“Siapa yang dikatakan Ulama? Siapa yang beri dia pangkat Ulama?”

ulama

“Siapa yang dikatakan Ulama? Siapa yang beri dia pangkat Ulama?” pertanyaan begini sering timbul.

“Kalau kita nak lantik Ulama sebagai ketua, apa kriteria yang menentukan seseorang itu Ulama atau tidak?” soalan dikaitkan pula dengan perjawatan dan perlantikan.

Apabila seseorang menggali khazanah Islam untuk mencari takrif Ulama, sempit pula dada memikirkan bahawa Ulama seperti itu hanya seperti sebutir pasir di tepian pantai di hari ini. Terlalu sukar untuk dicari calon yang memenuhi kriteria seperti yang dinukilkan.

Kesulitan itu bertambah lagi apabila Ulama mahu diangkat sebagai pemimpin. Timbul pula persoalan berkaitan kesarjanaan, apakah ia sinonim dengan kepimpinan?


KELUASAN TAKRIF

Mungkin pendapat-pendapat yang pelbagai tentang takrif Ulama itu, adalah sebagai petanda kepada luasnya cakupan makna bagi kalimah Ulama, yang disebut dua kali di dalam al-Quran, tetapi tidak diperincikan seperti Allah memperincikan perihal harta pusaka atau wanita mahram, di dalam al-Quran.

Ruang yang diberikan tanpa perincian itu bertujuan untuk menyediakan unsur keanjalan pada mendefinisikan Ulama sesuai dengan peredaran zaman, tahap keilmuan dan ketamadunan manusia serta keperluan-keperluan yang diperlukan dalam urusan awam merentas masa.

Hanya satu sifat yang melangkaui segala perubahan zaman dan keadaan, bahawa Ulama adalah manusia yang takut kepada Allah:

35_28
“Sesungguhnya, yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (Ulama). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.” [Faathir 35: 28]

Bagaimanakah soal takut kepada Allah ini dapat diukur untuk menentukan siapa yang Ulama dan siapa yang bukan Ulama?

Justeru kita bertemu dengan himpunan definisi yang pelbagai oleh sarjana Islam sepanjang zaman yang kesemuanya menjurus kepada makna komitmen penuh seorang hamba kepada segala kehendak, perintah dan larangan Allah Subhanahu wa Ta’aala.
KRITERIA NABI

Namun, Ulama sebagai pewaris para Nabi, bagaimanakah kualiti yang ada pada seorang Nabi, untuk pewarisan itu menepati kriterianya?

Allah Subhanahu wa Ta’aala membantu kita mengungkai persoalan ini melalui dua kisah yang terdapat di dalam al-Quran tentang Musa dan Yusuf ‘alayhima al-Solaatu wa al-Salaam.

Tatkala dua orang anak perempuan Nabi Shuaib menemukan Musa dengan bapa mereka berdua, salah seorangnya berkata kepada ayahanda mereka dengan ungkapan yang diabadikan di dalam al-Quran:
28_26
“Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah (Shuaib), ambilah dia (Musa) bekerja, Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang QAWIYY, lagi AMEEN” [al-Qasas 28: 26]

Penjelasan tentang kriteria Musa yang menjadikan beliau sebagai manusia yang paling berkelayakan untuk diupah bekerja diungkapkan sebagai Qawiyy dan Ameen.

Pembahagian kualiti Musa kepada dua dimensi Qawiyy dan Ameen ini sangat berguna dalam memahamkan kepada kita apakah yang Allah Subhanahu wa Ta’aala kehendaki dari seorang hamba berkaitan dengan kelayakan dirinya.

Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah membahaskan perkara ini di dalam kitabnya, al-Siyasah al-Syar`iyyah fi Islah al-Ra`i wa al-Ra`iyyah sebagai memudahkan kita mengukur kelayakan.

QAWIYY itu bermaksud kekuatan, keupayaan, kemahiran dan segala yang diperlukan untuk sesuatu tugasan itu dilakukan mengikut spesifikasinya. Di dalam bahasa semasa, kalimah Qawiyy ini boleh difahami sebagai nilai KOMPETENSI.

AMEEN pula merujuk kepada sifat amanah, bertanggungjawab dan segala kualiti akhlaq seseorang yang mudah untuk difahami sebagai nilai INTEGRITI.

Sudah tentulah di dalam suatu pekerjaan, kelayakan tertinggi ialah pada seseorang yang memiliki nilai integriti dan kompetensi yang sama tinggi.

Namun realitinya, manusia ada pasang surutnya pada kedua-dua dimensi kelayakan ini. Ada tugasan yang memerlukan keutamaan integriti, ada tugasan yang mesti mengutamakan kompetensi.

Bagi tugasan menguruskan gembala kambing seperti yang bakal dilakukan oleh Musa ‘alayhi al-Salaam, QAWIYY (kompetensi pada kekuatan fizikal dan kemahiran menggembala) disebut dahulu sebagai yang utama, berbanding sifat AMEEN (integriti).

Akan tetapi bagi tugasan yang bersangkutan dengan menguruskan harta dan wang, integriti dan kompetensi sama penting, dengan keutamaan diberikan kepada integriti berbanding kompetensi. Lalu tatkala Yusuf ‘alayhi al-Salaam meminta agar dirinya diposisikan kepada pengurusan perbendaharaan negara, beliau berkata:
12_55
Yusuf berkata: “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); Sesungguhnya aku adalah seorang yang teliti dalam penjagaan (HAFEEZ), lagi mengetahui cara mentadbirkannya (ALEEM)” [Yusuf 12: 55]

HAFEEZ itu adalah soal integriti manakala ALEEM pula merujuk kepada ilmu serta kemahiran sebagai nilai kompetensi baginda.

qawiyamin

Apakah input yang diperlukan untuk mengangkat manusia yang ULAMA berada dari kotak 2 dan 3 kepada Quadrant Par Excellence di kotak 4?

Di sinilah jawapan kepada kayu mengukur kriteria Ulama’ iaitu pada keupayaannya mematuhi seluruh hukum Tuhan pada Syariatullah dan Sunnatullah.

Seorang alim yang takutkan Allah bukan hanya takut melanggar hukum Syariat malah juga hukum Sunnatullah. Bukanlah seorang itu dikatakan takutkan Allah apabila dirinya berilmu tinggi tentang halal dan haram, tetapi tidak berasa apa-apa melanggar hukum alam pada pekerjaan dan kehidupannya sedangkan hukum alam itu adalah Sunnatullah yang juga merupakan tuntutan Allah ke atas kita.

Justeru, sebelum Allah Subhanahu wa Ta’aala mengisytiharkan bahawa manusia yang paling takut kepada-Nya adalah para Ulama, Allah Subhanahu wa Ta’aala menjelaskan terlebih dahulu senario-senario yang tidak mungkin difahami kecuali oleh manusia yang menjunjung Syariatullah bersama Sunnatullah.

35_25-28
Dan jika mereka (yang kafir itu) mendustakanmu, (maka yang demikian itu tidaklah menjadi hal) kerana sesungguhnya orang-orang yang terdahulu sebelum mereka telah juga mendustakan (Rasul masing-masing), mereka telah didatangi Rasul-rasulNya dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata dan Kitab-kitab (nasihat pengajaran) serta Kitab-kitab (Syariat) yang terang jelas.
Kemudian Aku timpakan orang-orang kafir itu dengan azab yang membinasakan, maka perhatikanlah bagaimana buruknya akibat kemurkaanKu.
Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam;
Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sesungguhnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (Ulama). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. [Faathir 35: 25-28]
Ya…

Keterangan itu menjelaskan bagaimana seluruh hidupan di alam ini patuh kepada ketetapan-ketetapan Allah Subhanahu wa Ta’aala. Itulah cara mereka takut dan khusyu’ kepada Allah, iaitu dengan menjalani kehidupan ini sesuai dengan hukum alam iaitu hukum Allah ‘Azza wa Jalla yang Maha Esa.

Jika seluruh makhluk di alam ini hidup dengan kepatuhan yang sedemikian rupa, bagaimanakah pula dengan manusia? Kemusnahan kaum-kaum yang engkar kepada perintah Allah (melanggar Syaritullah) adalah hukum Allah ke atas manusia (Sunnatullah).

Mampukah dikatakan seseorang itu takutkan Allah, dan dia adalah seorang yang Alim (Ulama), andai dia bersolat khusyu’, menjaga halal dan haram dalam kehidupan tetapi dalam masa yang sama menentang hukum alam?
Dia Syariatik.

Tetapi dia tidak saintifik.

Dengan ilmu Syariat, dilabelkannya manusia yang menolak Syariat sebagai golongan sekular. Tetapi dalam masa yang sama dia menolak hukum Sains (Sunnatullah) yang sebenarnya menjadikan dirinya juga sekular on the other side of the same coin.

KESARJANAAN ERA OTHMANIYYAH

Hal ini sangat ketara pada kaedah pembinaan tsaqafah (ilmu dan pemikiran) seseorang untuk melayakkan dirinya dianggap sebagai Ulama’ di era Othmaniyyah.

Taskopruluzade Ahmet (1495 – 1561), seorang encyclopaedist Othmaniyyah yang terkenal dengan kitabnya Shakaik al-Nu’maniya telah menjelaskan klasifikasi ilmu seorang yang diiktiraf sebagai Alim Ulama. Ilmu-ilmu yang perlu dikuasai adalah:
  1. The calligraphic sciences: writing implements, styles of writing, etc
  2. The oral sciences: the Arabic language amd phonetics, lexicography, etymology, grammar and syntax, rhetoric, prosody, poetry, composition, history and other literary sciences.
  3. The intellectual sciences: logic and dialectics.
  4. The Spiritual sciences:
    1. The theoretical rational sciences: general theology, natural sciences, mathematics.
    2. The practical rational sciences: ethics, political sciences.
    3. the theoretical religious sciences: the Quran and Sunnah, the sciences devoted to their interpretation – Quranic exegesis, the study of prophetic traditions, Islamic theology and the principles of Islamic law and jurisprudence.
    4. The practical religious sciences: practical ethics, etiquette, ihtisab, and all subjects relating to Muslim life and worship.
    • The Ottoman Empire: The Classical Age 1300 -1600 by Halil Inalcik (1997), page 165.
Inilah kriteria individu yang dikenali sebagai kelompok Sarjana atau Ulama di era Othmaniyyah. Kriteria inilah yang diletakkan untuk kelayakan seseorang itu mengisi jawatan mudarris, kadi, mufti dan seterusnya Sheikh ul-Islam.

Kesimpulannya, seorang saintis yang menolak hukum Syariat bukan sarjana dan bukan Ulama. Manakala seorang ustaz atau tuan guru yang menolak hukum Sains juga bukan sarjana dan bukan Ulama. Kedua-duanya adalah kelompok songsang yang tidak takut kepada Allah.

DEWAN ULAMA DAN INTELEKTUAL ISLAM


yusufrawaera80an
Al-Marhum Ustaz Yusuf Rawa dalam kenangan. Kembali ke Rahmatullah pada April 2000

Semasa Muktamar PAS berlangsung pada tahun 1983, Ustaz Yusuf Rawa yang mempelopori konsep Kepimpinan Ulama sebagai reaksi kepada peralihan era Dato’ Asri Muda kepada kepimpinan yang baru, beliau (Ustaz Yusuf Rawa) telah menukar nama Dewan Ulama PAS kepada Dewan Ulama dan Intelektual Islam.

Katanya:

Pembinaan kembali insan Muslim menerusi program pendidikan dan tarbiyyah akan dikendalikan perlaksanaannya oleh Dewan Ulama dan Intelektual Islam yang akan diberi tugas dan peranan penting dalam penyusunan baru organisasi Parti Islam.
Para Ulama dan intelektual Islam merupakan gabungan tenaga yang penting dalam usaha memupuk dan meningkatkan kesedaran Islam di kalangan ummah. Seluruh tenaga PAS di peringkat ahli-ahli dan pimpinan mestilah turut secara aktif bagi membantu para Ulama dan intelektual Islam itu melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka dalam suasana baru itu.
Perubahan Dewan Ulama kepada Dewan Ulama dan Intelektual Islam juga bertujuan untuk memadukan Ulama dan intelektual Islam sekali gus menghapuskan jurang perbezaan keilmuan yang wujud di kalangan mereka dan mengadunkan ilmu serta pengalaman masing- masing dalam konsep, matlamat dan peranan ilmu dalam Islam sehingga dualisma yang memisahkan ilmu Syariat dan ilmu akliyyah itu dihapuskan!
-[Kamaruddin Jaafar (ed.) : Memperingati Yusuf Rawa, pp. 55-66]
Sungguh hebat kenyataan Ustaz Yusuf Rawa ini kerana ia sudah pun dibentangkan seawal tahun 1983. Gagasan Kepimpinan Ulama yang diusahakan beliau bukanlah suatu gerakan untuk menghasilkan para MULLAH sebagaimana yang dirisaukan oleh al-Marhum Ustaz Abu Bakar Hamzah.

Sebaliknya ia adalah gagasan untuk merawat paradigma sekular sama ada sekular pada menolak agama, atau sekular pada menolak intelektual sains. Ulama yang berkelayakan memimpin ialah ulama yang harmoni pada konsep ini.

Apa yang diperlukan oleh PAS untuk memenangkan Islam, adalah para ideologue yang pemikirannya telah dirawat daripada dualisma sekularisma yang memisahkan di antara ilmu Syariat dan ilmu akliyyah itu tadi.

Tetapi, apa yang berlaku, hanyalah kepada memadukan golongan Ulama dan intelektual ini di dalam kebersamaan mereka bekerja di dalam satu parti, tetapi memadukan pemikiran, paradigma dan pandangan hidup (worldview) masih belum berlangsung dengan baik.

Golongan agamawan berjaya duduk semeja dengan golongan profesional tetapi proses memadukan disiplin dan ilmu masing-masing tidak berlaku.

Golongan agamawan melihat banyaknya bahagian mereka yang perlu dipelajari oleh golongan profesional, tetapi tidak pula jelas pada melihat apa yang perlu agamawan ini ambil daripada disiplin dan ilmu golongan profesional seperjuangannya itu tadi.

Pergeseran di antara golongan Ulama’ dan profesional, dalam mendefinisikan kelayakan kepimpinan, menunjukkan bahawa cita-cita al-Marhum Ustaz Yusuf Rawa masih jauh dari realiti yang ada.

Golongan profesional yang sekular mungkin tidak akan mendekatkan diri kepada PAS, tetapi masalah yang besar ialah bagaimana pula dengan ustaz sekular yang menolak ilmu aqliyyah,

Sunnatullah atau ilmu Sains di dalam PAS?

Justeru, dalam suasana PAS sedang bergerak menuju kepada kepimpinan negara, keperluan untuk menguasai ilmu secara holistik bagi menghasilkan response yang tepat kepada kemajmukan Malaysia, kecamukan ideologi di dalam politik, ekonomi dan sosial serta gelombang globalisasi yang begitu meruncing, sentimen pergeseran di antara golongan agamawan dengan profesional, hanya akan mengheret PAS berpatah balik ke belakang, lebih ke belakang daripada 1983 yang telah didefiniskan dengan tepat dan jelas oleh al-Marhum Ustaz Yusuf Rawa.

Sesungguhnya kelayakan memimpin bukanlah pada agamawan atau Profesional, tetapi pada kemurnian aqliyyah Islam yang dicernakan di dalam kriteria Nabi Musa dan Nabi Yusuf yang kita warisi perjuangannya itu. Itulah ULAMA yang HAKIKI.

Kepimpinan Ulama bukan slogan atau retorik, tetapi satu agenda yang menuntut perubahan. Mengubah pemikiran agar berubah pendekatan dan kaedah perjuangan.

Selamat maju jaya, buat sekalian pejuang agama!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang

BACAAN LANJUT

  1. ISLAM EMBEDDED: THE HISTORICAL DEVELOPMENT OF THE PAN-MALAYSIAN ISLAMIC PARTY PAS (1951-2003) oleh FARISH A. NOOR terbitan MALAYSIAN SOCIOLOGICAL RESEARCH INSTITUTE, KL (2004)
  2. THE OTTOMAN EMPIRE: THE CLASSICAL AGE 1300 – 1600 oleh HALIL INALCIK terbitan PHOENIX ORION BOOKS LTD, LONDON (1997)
  3. AGENDA 2008: APA ERTI SAYA MENGANUT ISLAM oleh ABU SAIF di http://saifulislam.com


12 mesin raksasa ciptaan manusia


1. Liebherr T 282B: Truck terbesar di dunia

Mesin raksasa Liebherr T 282B adalah dumptruck terbesar yang dibina tahun 2004 oleh syarikat Jerman. Truck seberat 203 Tan ini dapat mengangkut muatan sebanyak 365 tan, dan menghasilkan tenaga kira-kira 3650 Tenaga Kuda.

Features:
  • Weight: empty – 203 tons; maximum capacity – 365 tons; maximum operating weight – 592 tons
  • Length: 14.5 m long
  • Height: 7.4 m tall
  • Wheelbase: 6.6 m
  • Top Speed: 40 mph or 65 kph
  • Costs: US$3.5 M

2. Bagger 288: Mesin penggali terbesar di dunia


Mesin ini adalah mesin penggali terbesar di dunia. Excavator Berroda bernama Bagger 288 dibina oleh perusahaan Krupp Jerman.
Mesin seberat 13.500 Tan ini terdiri dari 2 bahagian, iaitu “bucket-wheeler excavator” sebagai alat penggalinya dan Crawler-Transporter sebagai kenderaan penumpang yang membolehkan alat tersebut bergerak.

Features:
  • Height: 95 m tall
  • Length: 215 m long
  • Weight: 13,500 tons 
3. Crawler-Transporter: Kenderaan pengangkut kedua terbesar di dunia


Crawler-Transporter digunakan untuk mengangkut roket Saturn V, Saturn IB, Apollo Soyuz San dan pesawat luar angkasa lain. Kenderaan ini adalah idea Bucyrus International dan dibina oleh Marion Power shovel Co. dengan kos mencecah USD 14 Juta.
Pada masa dibina, mesin ini merupakan kenderaan pengangkut terbesar, namun kini diatasi oleh Bagger 288.

Features:
  • Height: 20 ft or 6.1 m to 26 ft or 7.9 m
  • Length: 131 ft or 40 m
  • Width: 114 ft or 35 m
  • Weight: 2400 tons 2,700 short tons or 2,400,000 kg; 5,400,000 lb

4. TAKRAF RB293: Mesin terbesar dalam sejarah manusia

Seperti Bagger 288, ini adalah Excavator terbesar yang dibina oleh syarikat German, TARKAF Industry. Mesin ini memegang rekod sebagai mesin terbesar dan terberat di dunia dan digunakan di lombong arang batu di Victoria, Australia


Features:
  • Height: over 94.5 meters or 310 feet tall
  • Length: over 220 meters or 722 feet long,
  • Weight: over 14,196 tons or 31.3 million lbs
  • Operation: memerlukan lebih dari 5 orang untuk beroperasi
  • Others: Bucket nya mempunyai diameter 70M, dengan 20 bucket yang masing – masing dapat mengangkut 20 kubik. Mesin ini dapat memindahkan kira-kira 240.000 m kubik material tiap harinya.

5. Overburden Conveyor Bridge F60: Mesin terbesar yang dapat bergerak bebas


Overburden Conveyor Bridge F60 adalah mesin terbesar yang dapat bergerak bebas. Alat ini tidak diaktifkan setelah 13 bulan beroperasi dengan alasan sumber tenaga dan politik.
Ketinggian alat ini mencapai 60meter [F60] dan panjang sekitar 502 Meter. Alat ini juga sering disebut “Lying Eiffel Tower” F60 adalah salah satu dari lima Conveyor yang digunakan di lombong arang batu di German.

Features:
  • Length: 502 m long
  • Width: 240 m wide
  • Height: 80 m tall
  • Weight: 13,600 metric tons

6. Large Hadron Collider: Mesin akselerator partikel terbesar di dunia

Large Hadron Collider adalah kompleks memproses partikel berkuasa tinggi yang terbesar di dunia. Berfungsi untuk memancarkan dua pancaran partikel proton dengan tenaga kinetik yang sangat besar.
LHC dibina oleh Badan Kajian Nuklear Eropah(CERN).Projek ini dimulai sejak tahun 1995, dan merupakan projek terbesar yang pernah dilakukan oleh manusia, dengan menggunakan peralatan paling rumit di dunia, serta memakan kos lebih dari USD 10 milian dengan mengambil masa untu disiapkan lebih dari 14 tahun.
Terletak 91 meter di bawah sempadan Perancis-Swiss dekat Geneva, Switzerland, mesin yang berbentuk terowong sepanjang 27 kilometer ini dibina oleh 10 000 ilmuwan dan jurutera, dari lebih 100 negara, serta mendapat sokongan oleh ratusan universiti dan laboratorium.

Features:
  • Length: 27 km or 17 mil
  • Circumference: 175 m or 570 ft
  • Built & Funded: 10,000 scientists and engineers from 100 countries

7. BHC SR-N4 Mk-3: Hovercraft non militer terbesar

BHC SR-N4 adalah Hovercraft terbesar yang bertujuan untuk mengangkut 418 penumpang dan 60 kereta.
Rekabentuknya adalah sepanjang 40 meter (131 kaki), berat 190 ton (193 t), mampu meluncur hingga 83 knot (154 km / jam). Hovercraft ini dibangun oleh British hovercraft Corporation pada 1966.

8. Typhoon: Kapal selam terbesar yang pernah dibuat


Typhoon adalah sebuah kapal selam pengangkut rudal terbesar yang pernah dibuat. Kapal Selam ini menggunakan tenaga nuklear dan dioperasikan oleh angkatan Laut Soviet pada 1980an.
Dengan berat maksimum 26000 Ton, Typhoon adalah sebuah senjata pemusnah paling menakutkan pada masa itu. Oleh kerana kos operasi yang mahal, maka kapal selam ini dihentikan operasinya.

9. Emma Maersk kapal kontainer terpanjang yang pernah ada


Kapal besar ini adalah kapal kontainer terpanjang yang pernah dibna di dunia dan pada tahun 2008 itu menjadi kapal terpanjang pernah digunakan.
Kapal ini dapat membawa kira-kira 11.000 unit atau 1.400 unit [masing – masing sepanjang 20 kaki] muatan, jauh lebih banyak dari kapal lain yang pernah ada.
10. Knock Nevi’s: Kapal terbesar yang pernah dibina


Ini adalah super tanker terbesar. Knock Mevi adalah sebagai tempat simpanan dan pemindahan terapung [FSO] yang dimiliki oleh Fred Olse, Norwegia.
Kapal ini jauh lebih panjang/tinggi dari menara kembar petronas [1480 ft dibanding 1504 ft]

Features:
  • Length: 458.45 m or 1,504 ft long
  • Width: 69 m wide
  • Height: 30 m tall
  • Weight: 564,763 tons

11. Airbus A380: Pesawat penumpang terbesar


Airbus A380 yang dihasilkan oleh Airbus S.A.S. adalah sebuah pesawat dua tingkat, dengan empat mesin yang mampu memuatkan 850 penumpang dalam konfigurasi satu kelas atau 555 penumpang dalam konfigurasi tiga kelas.
Pesawat ini melaksanakan penerbangan pertama pada 27 April 2005 dan memulai penerbangan komersial pada akhir tahun 2007 setelah ditunda beberapa kali.

12. Antonov An 225: Pesawat terbesar dan terberat di dunia


Antonov An-225 Mriya merupakan pesawat terbesar kedua di dunia yang dibuat oleh Syarikat Antonov. Nama belakang pesawat ini Mriya yang dalam bahasa Ukrain berarti mimpi atau inspirasi.

Sebelum ini pesawat ini digunakan untuk mengangkut pesawat ulang alik Buran menggantikan Myasishchev VM-T. Namun seiring dengan pecahnya Kesatuan Soviet pada tahun 1991 dan projek Buran yang tidak dilanjutkan lagi pada tahun 1993, pesawat ini terpaksa dihentikan operasii (tidak kelihatan) selama hampir 8 tahun.
Pada tahun 2001, pesawat ini kembali beroperasi dengan menjadi pengangkut berat yang bernombor penerbangan UR-82060 (yang sebelumnya СССР-82060) sehingga sekarang.beritaunik

7 manusia pencipta mati akibat ciptaan sendiri

Teknologi memang boleh memberikan kemudahan. Namun bila tak berhati-hati, ia juga boleh membahayakan penggunanya. Bak 'pagar makan pagi ', inovasi dan teknologi ternyata juga boleh memudaratkan, malah meragut nyawa tuannya.

Akhir September lalu, Jimi Heselden, pemilik industri yang mencipta Segway, sebuah kenderaan seperti scooter yang popular di AS, mati semasa menaiki kenderaan beroda dua itu.

Discovery mengumpulkan kisah-kisah para pencipta atau pemilik inovasi, yang mati secara tragis oleh produk ciptaan mereka sendiri. Berikut ini para pencipta atau pemilik inovasi yang mati oleh inovasinya sendiri.

1. James Heselden

Pada 26 September 2010, James Heselden, pemilik perusahaan England Hesco Bastion, industri yang mencipta Segway, meninggal akibat menaiki kenderaan roda dua itu.

Menurut saksi , lelaki berusia 62 tahun itu terjatuh dari Segway dan tergelincir ke dalam jurang sedalam 30 kaki, hingga akhirnya mayat dan Segway-nya ditemui di sungai, berhampiran kediamannya di West Yorkshire, England.


Ironinya, kemalangan tragis ini cuma selang sehari sebelum pengumuman sebuah kajian yang menyatakan peningkatan angka kecederaan akibat kemalangan Segway, yang kebanyakan korbannya adalah mereka yang baru menaiki Segway dan belum berpengalaman.


2. Harry Houdini


Siapa tak kenal dengan ahli silap mata ini. Harry Houdini, bukanlah ahli silap mata yang menggunakan kaedah tradisional. Ia terkenal dengan berbagai trik genius yang ia ciptakan.

Namun, akhirnya Houdini meninggal akibat penyakit usus kerana mempamerkan trik fizikal kepada penggemarnya.

Sebelum memulakan sebuah pertunjukan, dikhabarkan dua orang mahasiswa meminta Houdini untuk mempersembahkan trik kekuatan fizikal, iaitu menyerap pukulan-pukulan yang dilayangkan pada tubuh bahagian atasnya tanpa terluka.

Beliau menerima permintaan itu, akibatnya penyakit usus yang telah dihidapi Houdini makin membarah dan bertambah parah. Pada 31 Oktober 1926, Houdini yang semasa itu berusia 52 tahun, meninggal akibat operasi usus terhenti.

Houdini disemadikan dan dibaringkan pada kotak tempat ia biasanya mempersembahkan trik ilusi terkenalnya: "buried alive (dikubur hidup-hidup)".

3. Marie Curie

Berkat penciptaannya, Marie Curie menjadi wanita pemenang penghargaan Nobel pertama sekaligus menjadi orang pertama yang memenangi dua penghargaan Nobel serentak.

Namun, Curie juga merupakan korban dari penciptaan dan eksperimennya sendiri : unsur radioaktif.

Marie menemui dua unsur radioaktif radium dan polonium. Ia kerap sekali menggunakan radon, gas yang dihasilkan oleh unsur radium, untuk penyembuhan penyakit bagi anggota tentera yang cedera semasa perang dunia pertama.


Akhirnya , baru diketahui bahawa radon mempunyai kesan yang membunuh. Setelah sekian lama berinteraksi dengan unsur berbahaya itu, perlahan-lahan kesihatannya terus menurun.

Akhirnya Curie meninggal dunia pada 4 Julai 1934, di usia 66 tahun. Ia meninggal akibat anemia aplastic, satu keadaan di mana sumsum tulang tidak lagi memproduksi sel darah yang baru.

Hari ini dunia perubatan menyimpulkannya sebagai akibat dari paparan radiasi.

4. Thomas Andrews


Thomas Andrews adalah salah seorang arkitek kapal Titanic, berasal dari Irlandia yang semasa itu berusia 39 tahun. Sebagai seorang pembina kapal yang bertugas mengawal kapal ciptaannya, Andrews turut serta dalam perjalanan perdana Titanic.

Pada 15 April 1912, akhirnya, sampai akhir hayatnya, Thomas pun 'mengiringi' ajal kapal besar itu bersama para penumpang lainnya.

5. Horace Lawson Hunley

Hunley adalah seorang legislator, pengacara, sekaligus jurutera marin bagi tentera konfederasi AS. Ciptaan terkenalnya adalah: kapal selam, yang digunakan semasa perang saudara Amerika Syarikat.


Namun, semasa itu penemuan Hunley memang belum mempunyai standard selaman yang cukup bagi manusia. Lima dari sembilan anak buah kapal selam itu, meninggal semasa misi selaman perdana.

Pada 15 Oktober 1863, Hunley sendiri pada akhirnya turut mengambil bahagian pada ujikaji kedua, iaitu dengan misi serangan terhadap Kumpulan Kesatuan di Charleston Harbour.

Pada ujikaji kedua ini, semua kru kapal selam termasuk Hunley yang semasa itu berusia 40 tahun, meninggal.

Tentera-tentera konfederasi berhasil mengambil bangkai kapal selam dan memperbaiki kapal selam ini. Pada ujikaji ketiga, akhirnya kapal selam berjaya menenggelamkan sebuah kapal milik Kesatuan.

Sayangnya, kejayaan itu tak dapat dirayakan oleh para kru, mengingat pada akhirnya kapal selam itu tiba-tiba tenggelam bersama seluruh krunya.

Setelah hilang selama 132 tahun, akhirnya jenazah Hunley ditemui di dasar Samudra Atlantik, berhampiran Charleston Harbour.

6. Alexander Bogdanov

Tak ramai yang mengenali nama ini. Namun, ciptaannya sangat penting bagi bidang kedoktoran: transfusi darah. Bogdanov, yang juga seorang ahli ekonomi, profesor, doktor, dan pencipta Bolshevisme, cuba untuk menyediakan transfusi darah secara terus menerus.

Pada 1928, Bogdanov berhasil mengujikan alat transfusi ini pada dirinya hingga 11 kantung. Namun, yang ke 12 akhirnya gagal, Bogdanov kemudian meninggal dunia.

Para pengkaji berbelah bahagi mengenai penyebab meninggalnya ilmuwan 55 tahun itu. Ada yang mengatakan ia terkena penyakit infeksi darah, inkompatibitas jenis darah, atau malah membunuh diri.

7. William Bullock

William Bullock adalah lelaki kelahiran New York, tahun 1813, yang menemui alat press cetak putar. Alat ini bekerja mencetak dengan memutar rol kertas secara berterusan.


Kisah legenda yang berkembang, kemudian menyebutkan Bullock secara tak sengaja kakinya tertarik oleh putaran mesin. Kakinya luka oleh mesin ini.

Akhirnya, lelaki yang pada masa itu itu berusia 54 tahun itu, mengalami infeksi dan tak lama kemudian ia meninggal dunia dengan keadaan kakinya yang telah membusuk.vivanews


10 kejadian misteri yang gagal dijelaskan FBI

Ada banyak kejadian aneh dan misteri yang tak dapat dijelaskan dengan akal normal. Secara ilmiah sukar dihuraikan, mungkin melalui kejadian supranatural.

Artikel ini bukan dimaksud membahaskan kejadian aneh tersebut, tapi kejadian-kejadian ini benar-benar terjadi dan sampai sekarang tak mampu dijelaskan sebab musababnya.

Bahkan FBI juga telah angkat tangan atau ‘menyerah’ dan masuk dalam ‘X Files’.

Berikut 10 kejadian aneh dan misteri dari berbagai pelusuk dunia, perkara aneh yang terjadi di dunia :

1. Rumah Hantu The Amityville


Anda pernah menonton filem horror Amityville House? Tahukah Filem yang diangkat dari novel horror karangan George dan Kathy Lutz, begitu menyeramkan ketika ditayangkan di pawagam.

Tapi tahukah anda bahawa sebenarnya semua kejadian horror itu adalah kisah benar. George dan Kathy menulisnya dalam novel berdasarkan kejadian sebenarnya yang kemudian diangkat ke pawagam.

Orang percaya apenulis sebenarnya adalah orang yang mengalami kejadian tersebut.

Kisah rumah berhantu itu berlaku pada tahun 1975 ketika pasangan suami isteri pindah ke sebuah rumah di Amityville, New York. Pasangan baru pindah ini tidak tahu bahawa rumah itu pada 13 tahun sebelumnya pernah terjadi peristiwa mengerikan.

Anak lelaki pemilik rumah telah menembak mati semua keluarganya yang berjumlah enam orang. Semasa ditangkap, dia mengaku, membunuh kerana arahan suara yang bermain-main di kepalanya.

Tapi anehnya, keenam korban di temui tertelungkup di tempat tidur mereka. Mereka nampak tidur seperti biasa, tidak ada tanda bahawa mereka sebelumnya minum ubat penenang.

Ini memang menjadi misteri yang aneh. Sementara pelaku Ronald DeFeo disumbatkan ke penjara di New York dan terpenjara di sana sehingga mati.

Berbalik kepada keluarga baru pindah ke rumah horror itu. Selama 28 hari di sana, banyak kejadian misteri dan mengerikan dialami pasangan ini.

Bukan hanya bau busuk yg tiba-tiba datang, atau suara ketukan yang bising, tapi juga serangan fizikal yang tidak diketahui siapa pelakunya.

Malah salah seorang anggota keluarga melihat nampak lembaga menyeramkan dengan mata merah bersinar.

Kathy menemui sebuah ruang kecil, anjing tidak mahu dekat ke sana. Ada apakah?

2. Misteri Kematian Mary Reeser


Ini kejadian luar biasa yang sehingga kini tidak boleh dijelaskan oleh akal normal. Mary Reeser, lahir pada 1881, ditemui hampir seluruh badannya hangus dijilat api di rumahnya di Florida pada 1951.

Tapi anehnya, walaupun seluruh tubuhnya rentung, kaki kirinya tidak dijilat api dan normal tanpa cacat sedikitpun. Ini tentu sangat mustahil.

Lebih aneh lagi, seolah-olah api hanya mensasarkan tubuh Mary Reseer saja. Kerana ruangan di sekitarnya tempat dia ditemui, sama sekali tidak terbakar..

Padahal dianggarkan suhu api begitu tinggi sama dengan kremasi mayat, dan sepatutnya menyambar ke seluruh ruangan bukan hanya tubuh wanita itu.

FBI telah datang untuk melakukan penyelidikan, forensik pun ikut ambil bahagian dalam siasatan itu, tapi tidak boleh memberi jawapan kenapa boleh terjadi demikian.

“Saya merasa sukar percaya hal ini. Tubuh manusia yang terbakar dengan suhu tinggi, boleh hanya tinggal kaki yang normal tak terbakar sedikitpun.

Apa sebenarnya yang terjadi pada malam 1 Julai 1951 itu? Ini sungguh suatu misteri.

Seharusnya seluruh ruangan ini hangus terbakar. Ini adalah kejadian paling luar biasa yang pernah saya lihat.

Rambutnya pendek dengan wajah seperti orang ketakutan amat sangat. Saya merasa seperti tinggal di abad pertengahan, di mana orang banyak berbicara tentang sihir dan ilmu hitam,” ungkap Profesor Krogman dari University of Pennsylvania’s School of Medicine.

Ia mengaku tak mampu menjelaskan misteri ini.

3. Misteri Jejak Syaitan Berkeliaran di Devon


The Devil’s Footprints adalah nama yang diberikan untuk sebuah fenomena yang aneh terjadi di Devon, Inggeris pada tanggal 8 Februari 1855. Setelah salji yang turun di malam hari, keesokannya muncul jejak-jejak kaki di salji berukuran 1,5 inc (4 cm) dan lebar 2,5 inc (6,35 cm).

Jejak-jejak itu bertebaran di seluruh kampung. Bukan hanya itu jejak -jejak itu juga ada di atap bahkan di dinding bangunan yang tinggi.

Penduduk kampung menjadi hairan, risau dan tak mengerti fenomena apa itu. Kerana tak jelas, orang pun mulai berfikir tentang makhluk aneh malah mungkin syaitan yang berkeliaran di kampung mereka. Itu sebabnya muncul istilah Devil’s Footprint.**

4. Misteri Zana ‘Manusia Purba’


Kejadian aneh ini terjadi pada abad pertengahan, sekitar abad 18. Ochamchir, seorang pemburu di wilayah Georgia ketika itu masih berada dalam Kesatuan Soviet.

Pemburu ini menangkap seorang perempuan liar di mana lengan, kaki dan jari ditutupi rambut tebal. Perempuan aneh ini diberi nama Zana.

Memandangkan liarnya, untuk menenangkannya pada awalnya dia terpaksa dikurung selama bertahun-tahun dengan makanan yang dilemparkan kepadanya.

Setelah ia tenang, barulah Zana dibebaskan dan diajar mengerjakan perkara-perkara ringan. Seperti menggiling jagung, dll.

Uniknya, Zana memiliki daya tahan tubuh yang tinggi lebih dari manusia biasa. Dia tahan pada cuaca sejuk luar biasa, namun dia tidak tahan pada udara panas dalam ruangan.

Dia sangat suka makan buah anggur dan tanaman menjalar. Dia banyak minum dan boleh tidur berjam-jam. Yang anehnya, dia boleh memiliki banyak anak dengan ayah yang berbeza-beza.

Tapi kebanyakan anak-anaknya mati kerana Zana memandikan mereka di sungai sejuk yang hampir beku.

Penduduk kampung khuatir dengan sifat aneh Zana, dan mereka pun mengambil anak-anaknya menjauhi ibunya.

Anak-anak Zana tidak seperti ibunya, mereka membesar seperti manusia biasa dan mereka juga telah dijadikan anak angkat oleh beberapa penduduk desa. Zana meninggal dunia di kampung itu tahun 1890 dan anak bungsunya meninggal 1954.

Kisah ini merupakan hasil pengkajian Professor Porchnev yang menemuramah orang-orang tua di kampung itu. Zana juga memiliki banyak cucu. Mereka berkulit gelap.

Salah seorangnya adalah Shalikula, ia memiliki gigi yang kuat sehingga ia dapat mengangkat sebuah kursi dengan seorang lelaki duduk di atasnya.

Pengkajian tentang Zana menghasilkan dugaan bahawa wanita aneh itu merupakan bentuk evolusi manusia yang belum sepenuhnya berubah menjadi manusia moden. ***

5. Misteri Wanita Penyebar Gas


The Mad Gasser dari Mattoon adalah nama yang diberikan kepada orang berada di balik serangkaian serangan gas yang terjadi di Botetourt County, Virginia, pada awal tahun 1930an, dan di Mattoon, Illinois, pada pertengahan tahun 1940-an.

Kejadian pertama terjadi di rumah Cal Huffman, di Haymakertown, Botetourt County, di mana terdapat tiga serangan dilaporkan selama satu malam.

Sekitar 10:00 pada 22 Desember 1933, Ibu Huffman melaporkan bau bau yang tidak biasa, dan dengan menyebabkan rasa mual. Bau yang mual dan kembali lagi sekitar 10:30, Cal Huffman kemudian menghubungi polis.

Ketiga serangan terjadi sekitar 1:00, pada masa itu serangan gas memenuhi seluruh rumah. Lapan anggota keluarga Huffman telah mati bersama dengan Ashby Henderson, seorang tetamu yang juga tinggal di rumah itu.

Berikutnya yang tercatat di Cloverdale insiden terjadi pada 24 Desember. Clarence Hall, isterinya, dan dua anak-anak mereka baru pulang dari gereja 9:00 Mereka pun lemas.

Polis menyiasat kawasan ini, menemui paku yang diambil dari belakang jendela, di mana bau gas sangat kuat. Diduga, lubang itu digunakan untuk memasukkan gas ke dalam rumah itu.

Kejadian ketiga pada 27 Desember, di mana penduduk Troutville, A. Kelly dan ibunya dilaporkan mengalami keadaan yang sama seperti tempat Huffman dan Hall.

Insiden keempat dan kelima terjadi pada 10 Januari, ketika Mrs Moore, seorang tetamu di rumah penduduk Haymakertown Homer Hylton melaporkan mendengar suara di luar, sebelum gas dimasukkan ke rumah mereka melalui jendela yang rosak. Kedua serangan malam yang dilaporkan dalam Troutville, di rumah Kinzie G.

Terdapat juga 10 tempat lain yang dilaporkan di Botetourt dan dalam 10 tahun kemudian, lebih dari 20 tempat baru dilaporkan di Mattoon.

Salah seorang saksi mengatakan, dia melihat pelaku penyebar gas itu adalah seperti seorang wanita bertubuh tinggi kurus, berpakaian seperti seorang lelaki namun tapak kakinya milik seorang perempuan.**

6. Misteri Lampu Hantu di Bridgewater Triangle



Bridgewater Triangle merupakan wilayah sekitar 200 mil persegi (520 km2) di tenggara Massachusetts, Amerika Serikat. Sejak masa penjajah, daerah itu dikenali sebagai daerah yang mempunyai banyak misteri yang sukar dijelaskan.

Berbagai laporan tentang daerah itu sempat dicatat di antaranya tentang fenomena Poltergeists dan orbs, bola api yang tiba tiba jatuh di sana dan juga fenomena hantu.

Berita yang beredar tentang nampaknya ‘bigfoot’, ular raksasa, burung raksasa, serta ditemui banyak sisa sisa binatang ternak, dll. Polis dan wartawan telah berusaha mengungkap kejadian-kejadian aneh di sana.

Kawasan itu menjadi sangat misteri dan tak didekati sehingga dipanggil Hockomock Swamp, yang berarti ” jiwa dwell”, atau penduduk setempat menyebutnya sebagai “The Devil’s Swamp”

Salah satu fenomena yang terkenal terjadi di daerah itu adalah munculnya cahaya berkelap-kelip dari rawa-rawa di sekitar situ. Orang menyebut kelip kelip itu sebagai lampu hantu yang biasanya terlihat di daerah berawa.

Fenomena lampu hantu itu terus muncul di sekitar Bridgewater Triangle. Lampu aneh itu juga muncul setiap Januari di sekitar rel keretapi yang melintasi daerah itu.***

7. The Clapham Wood Mystery


The Clapham Wood Mystery adalah nama yang diberikan terkait dengan peristiwa-peristiwa aneh yang terjadi di Clapham Wood, West Sussex, Inggeris.

Peristiwa-peristiwa itu merupakan laporan dari warga setempat yang mengalami fenomena aneh itu. Misalnya, binatang peliharaan keluarga yang hilang secara tiba-tiba atau orang yang tiba-tiba meninggal tanpa sebab.

Sejak 1960 dilaporkan di kawasan itu sempat terlihat adanya benda terbang aneh (UFO?), juga masyarakat yang tiba tiba merasa suatu yang aneh dan ghaib.

Jalur yang dilaporkan misteri adalah jalur menuju hutan. Dari hasil kajian diperoleh bahawa daerah itu memiliki tahap radiasi tinggi. Laporan ini mengejutkan, kerana daerah tersebut merupakan daerah batu kapur yang biasanya rendah radiasi.

Dalam foto, pada awalnya masih kelihatan pokok-pokok tinggi dan besar. Namun akibat ‘depresi’ pokok-pokok itu mati. Kini sangat sukar mencari pokok pohon besar di sana.

Dilaporkan ada empat kematian misteri berhampiran hutan. Pertama Jun 1972 dimana seorang polis, Peter Goldsmith hilang semasa hiking di daerah itu. Mayatnya telah ditemui 6 bulan kemudian.

Kematian yang kedua adalah dari Leon Foster, mayat yang telah ditemui pada Ogos 1975, setelah 3 bulan hilang.

Yang ketiga adalah kematian dari Reverend Harry Neil Snelling, mantan wakil dari Clapham. Dia menghilang pada Oktober 1978 dan mayatnya tidak ditemui sehingga 3 tahun kemudian. Kejadian di Clapham ini hingga kini tak dapat dijelaskan.

8. Misteri Rumah Hantu Summerwind


Summerwind Mansion, sebelumnya dikenali sebagai Lamont Mansion, merupakan gudang di pantai Barat Teluk Vilas di Lake County, North East Wisconsin. Daerah itu merupakan salah satu daerah paling keras di Wisconsin.

Keadaan gudang ini kini sepi dan terbiar. Keadaan ini berlaku kerana pernah terjadi kebakaran besar di daerah itu yang nyaris memusnahkan semua gudang di sana.

Summerwind pada awalnya dibangun pada awal abad ke-20 untuk kegunaan para nelayan. Pada 1916 telah dibeli oleh Robert P. Lamont, yang bekerja sebagai arkitek di perusahaan Tallmadge and Watson.

Kemudian dia mengubahsuai gedung itu dan tinggal di sana. Namun sebelumnya ia sudah diperingatkan bahawa gedung itu keras.

Tapi dia tidak percaya sehingga akhirnya dia sendiri bertemu dengan ‘penunggu’ rumah itu. Kejadian itu terjadi era 1930, Lamont melihat hantu di dapur rumahnya, membuat dia tergesa-gesa meninggalkan rumahnya itu.

Setelah kepergian Lamont, rumah itu dibiarkan kosong dan terbengkalai.

Tahun 1970-an, pasangan suami isteri, Arnold dan Ginger Hinshaw membeli rumah itu dan tinggal bersama empat anaknya. Sejak mula tinggal, keluarga ini kerap diganggu berbagai kejadian aneh.

Hinshaws melaporkan sejumlah kejadian aneh, mulai dari bayangan yang bergerak dari bawah ke atas dengan suara perlahan dan berhenti ketika mereka masuk ke bilik, atau jendela yang tiba-tiba terbuka sendiri. Mereka melaporkan beberapa kali melihat hantu wanita di sekitar ruang makan.

Mungkin kerana tidak tahan tekanan, dalam waktu enam bulan setelah pindah ke Summerwind, Arnold jatuh sakit dan Ginger , isterinya, cuba bunuh diri.

Akhirnya Arnold masuk ke hospital, sedang Ginger pindah dengan orang tuanya di Granton, Wisconsin.

Pada bulan Jun 1988, Summerwind beberapa kali terkena petir yang menyebabkan munculnya api dan membakar rumah. Sehingga banyak bahagian gedung itu rosak teruk.

Yang anehnya, petir menyambar berkali-kali, padahal di sekitarnya banyak pokok tinggi melebihi gedung itu tapi sama sekali tidak disambar petir.

Pada masa ini gedung itu tak wujud lagi hanya sisa tinggalan rumah yang tak dijaga.**

9. Hopkinsville Goblins: Munculnya Makhluk Aneh Bercahaya


Kejadian Hopkinsville Goblins dikenali sebagai kawasan teraneh dalam sejarah benda-benda terbang yang pernah ada. Kejadian ini terdokumentasi dengan baik. Kejadian ini berlaku berhampian bandar antara Kelly dan Hopkinsville, Kentucky, pada 21 Ogos 1955 malam hingga pagi.


Munculnya benda terbang aneh dalam tempoh yang lama, ada banyak saksi yang melihatnya. ” Beberapa saksi mengatakan, benda-benda itu terbang terlihat beberapa jam, memanjang sepanjang malam hingga pagi.

Mereka melihat nampak makhluk-makhluk bercahaya yang tingginya tiga kaki. Saksi melihat lengannya mengeluarkan api yang ditembakkan ke atas.

Pada malam 21 Ogos, 1955, Billy Ray Taylor mengundang teman-temannya gi untuk makan malam. Ketika menengok ke atas, mereka melihat ada cahaya aneh di langit sebelah barat.

Kumpulan ini juga melihat makhluk terang tingginya setengah kaki berkepala besar, telinga lebar dan mata bercahaya. Tangannya mengeluarkan api.

Makhluk itu mendekati rumah Taylor sampai berjarak 20 kaki. Orang-orang yang melihat mengambil kamera dan bersiap-siap menggunakannya. Namun makhluk itu kemudian melarikan diri ke arah kegelapan malam.

Setelah itu, semua anggota keluarga berulang kali melihat nampak makhluk itu yang sepertinya bergerak menuju rumah mereka. Ini memang cerita aneh. Untuk lebih jelas anda boleh membaca artikel lengkapnya di Wikipedia.**

10. Manusia Kadal dari Scape Ore Swamp


Kejadian ini terjadi di kawasan berawa di daerah Lee Country, Carolina Selatan. Makhluk aneh yang digambarkan memiliki tinggi 7 feed atau lebih dari 2 meter, berbadan tegap dengan kulit yang bersisik berwarna hijau muncul di sana.


Matanya menyeramkan sebesar jeruk glowing. Makhluk itu memiliki tiga jari pada tangan dan kakinya. Orang menyebutnya makhluk kadal dari rawa.

Laporan pertama tentang kewujudan makhluk itu disampaikan oleh Christopher Davis, 17 tahun, penduduk setempat. Ia mengatakan, makhluk yang ditemui pada masa membawa kenderaan melalui perbatasan Scape Ore Swamp.


Kebetulan pada masa itu keretanya mengalami masalah sehingga ia terpaksa berhenti untuk dibaiki. Ketika kereta selesai dibaiki, dia mendengar suara di belakangnya.

Semasa berpaling, betapa terkejutnya dia melihat makhluk aneh sedang berjalan menuju dirinya. Davis mengaku, makhluk itu cuba menyerang keretanya, dengan melompat di atas bumbung kereta.


David berusaha lari . Sampai di rumah, di lihatnya kaca cermin keretanya telah hancur, kerosakan juga pada bumbung kereta.

Beberapa bulan yang sama, muncul laporan hampir sama dengan kejadian dialami David. Dilaporkan, mahluk itu mirip kadal raksasa berada di dekat rawa.

Sebahagian besar laporan mengatakan kejadiannya sekitar 3 mil atau 5 km dari Bishopville atau di sekitar dari rawa-rawa.

Dua bulan kejadian, beberapa polis melakukan siasatan dan ditemui jejak tapak kaki berukuran 14 inc panjangnya. Lalu polis menghantar laporan itu kepada FBI untuk siasatanlebih lanjut.

Namun analisa FBI menemui jalan buntu, hingga sekarang tak jelas, makhluk apakah yang berperawakan mirip kadal itu.unik.supericson


Buku ' Menerjang Badai ' tulisan Ust. Ridhwan Mohd Nor difensif , tidak menjawab persoalan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEha7ZMM1Yw_Su5S4aBBXc5eyn89WXJV-zeoXlknxese9xVRYiTUR3rCM9zXFd8jX6LCEWQfYtCXp5FJl36UngUxLRVz6JKbma05kIo9orEkbUQfR2iEFs3cpBsFPkS1BpIVayEBDqc0VJHG/s1600/menerjang+badai-rasmi2.JPG

Buku ‘Menerjang Badai’ yang diforumkan di Kelantan dilihat seakan difensif ketika menjawab beberapa persoalan mengenai buku kontroversi Dr Mujahid Yusof Rawa, iaitu ‘Menuju PAS Baru’.
Wakil Jabatan Urusetia Penerangan PAS Kelantan memberitahu, Ustaz Ridhwan Mohd Nor dilaporkan langsung tidak menjawab soalan moderator mengenai ‘Teori Lekuk’ yang dikemukakan oleh Dr Mujahid.

Sebaliknya, jawapan Ridhwan hanya berkisar mengenai sejarah am pergerakan PAS sahaja.

Justeru wacana tersebut gagal menolak cadangan Dr Mujahid supaya kepemimpinan PAS perlu berubah sekarang selari dengan zaman sekarang tanpa perlu regid pada kepemimpinan ulama mahupun profesional.


“Dia (Ridhwan) tak jawab soal lekuk ketiga (dari buku Menuju PAS Baru), dia dok pusing pasal sejarah saja seolah-Olah PAS tidak ada masalah, tidak ada masalah UG (kerajaan perpaduan).

“Dia (Ridhwan) dok pusing keperluan merujuk pada sumber yang betul seolah-olah sumber sejarah yang relatif itu hanya satu sumber sahaja, iaitu buku dia.

“Biasa lah…buku (yang menjelaskan) ‘konflik organisasi’ PAS nak dijawab dengan ‘sejarah’, beginilah jadinya,” respons wakil penganjur.

Tindakan Ridhwan itu katanya lagi bak mencabar pasukan tertentu bermain bola, tetapi pemain pasukannya itu masuk ke padang bola memakai kasut permainan takraw.

“Orang dok nak main bola tapi dia nak cabar, pastu dok jawab perlunya PAS dipimpin ulama’.

“Bila masuk pasukan (ke padang bola), pakai kasut takraw sebab dia dok kata ulama ‘berkuasa’,” katanya lagi.

Dr Mujahid ketika menjelaskan teori ‘Lekuk Ketiga’ tidak pernah menolak sumbangan ulama terdahulu dalam berdakwah melalui wadah PAS.

Namun katanya, PAS perlu berubah dari konotasi ‘kepemimpinan ulama’ pada ‘kepemimpinan bertaqwa’.

“Dr Mujahid kata: Yang saya sentuh adalah keperluan perubahan berdasarkan ‘teori lekuk’ (iaitu) apabila seseorang sudah sampai ke kemuncaknya (maka) orang itu akan menjunam. Jadi, kita (PAS) kene bersedia untuk mencipta lekuk yang baru’,” ujarnya.

Tidak dapat menjawab persoalan wacana tersebut, Ridhwan dilihat cuba ‘merekrut’ Tuhan pula untuk mempertahan beberapa susuk peribadi Ulama dalam PAS yang belakangan ini kian dipertikai sejak terlontarnya idea Kerajaan Perpaduan oleh Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“(Ridhwan berkata) kita merangcang tetapi Allah lah sebagai perancang utama,” ujarnya lagi.

Tidak cukup dengan itu, Ridhwan secara emosional dilihat seakan cuba menafikan unsur konflik nyata berlaku di dalam PAS.

“(Ridhwan) seolah-olah menafikan bahawa di dalam PAS ini banyak konflik…penipu besar kenyataan itu.

“Dia (Ridhwan) kata punca perubahan disebabkan pengaruh, tekanan dan penindasan pihak luar (tanpa menjelaskan secara terperinci mengenai anggapannya itu),” beliau menambah.

Bagaimanapun Ridhwan dalam sesi soal jawab penonton terus dipertikai.
Bahkan, jawapan Ridhwan ketika itu dilihat seakan bercanggah dengan hujah-hujahnya sendiri sebelum ini.

Dijangka wacana mengenai buku Ridhwan dan Dr Mujahid dijangka akan terus merebak ke negeri-negeri lain sempena meraikan musim pemilihan pucuk pimpinan yang baru dalam Muktamar PAS pada Jun atau Julai depan.n.o.t.a. m.e.r.a.h

Ikan yang boleh mengecil dan membesar


Binatang dan manusia boleh bertambah besar dan lebih gemuk serta menjadi kurus bergantung kepada makanan yang dikonsumsi. Namun, apa yang terfikir di kepala anda jika ada binatang yang tubuhnya memendek dan memanjang sesuai dengan musim.

Fenomena menarik itu menjadi topik pengkaji dari Finland dan Norway yang hasil pengkajiannya disebarkan dalam jurnal Functional Ecology. Ini merupakan pengkaji dari dua negara tersebut, juga merupakan fenomena pengecilan tubuh pertama yang ditemui pada ikan.

Para pengkaji mengungkapkan, pengecilan itu terjadi semasa musim sejuk. Mereka mendeskripsikan, pengecilan atau penyusutan ukuran tubuh itu diambil oleh sebuah kondisi yang dinamakan over winter anorexia, semasa ketika nafsu makan ikan tersebut menurun drastik semasa musim sejuk.

Untuk sampai pada kesimpulan tersebut, kumpulan pengkaji yang dipimpin Ari Huusko dari Finnish Game and Fisheries Research Institute di Paltamo melakukan percubaan dengan kumpulan salmon, seperti ikan salmon dan trout.
Para pengkaji tersebut membuat kolam eksperimen yang telah direka sedemikian rupa sehingga memiliki keadaan seperti musim sejuk di wilayah subtropika.

"Kami dihadapkan pada fakta yang tak terduga dan belum pernah didokumentasikan sebelumnya. Ikan benar-benar mengecil dalam keadaan musim sejuk. Salmon muda menunjukkan pengecilan ukuran tubuh yang signifikan, sebesar 10 peratus dari panjang tubuhnya," kata para pengkaji dalam hasil kajiannya.

Pengkaji belum mengetahui secara pasti mekanisme biologi yang menyebabkan pengecilan tubuh itu. Namun, pengkaji menduga bahawa hal tersebut berkaitan dengan berkurangnya cairan, seperti gel, yang terdapat di tulang belakang yang memicu pengecilan ukuran tubuh.news.bbc

7 binatang albino yang unik dan menakjubkan

Albino, keadaan yang menyebabkan suatu makhluk hidup menjadi putih adalah kerana terjadinya genetik yang diterima dari kedua orang tuanya.

Hampir semua jenis dari binatang dapat lahir dalam keadaan albino, malah makhluk invertebrata sekalipun seperti ketam atau ikan. Berikut ini adalah 7 binatang albino yang sangat luar biasa :

1. Albino Alligator


Hanya terdapat sedikit sekali malah dapat dihitung dengan jari jumlah alligator/buaya putih yang ada di dunia. Namun tidak semuanya benar-benar menyerupai sebagai albino.

Gambar di atas adalah Bouya Blan, buaya albino berusia 22 tahun yang terdapat di Florida. Binatang albino ini memiliki pigmentasi yang sangat sedikit, malah matanyapun hampir tak berwarna.


Seterusnya adalah White Diamond yang lahir di Louisiana namun dibesarkan di Germany’s Serengeti Safari Park. Buaya berusia 15 tahun tersebut merupakan variasi buaya Mississppiensis albino satu-satunya terdapat di Eropah

2. Albino Snake


Ular dapat menunjukkan beberapa variasi dari pola abino, dan kulit mereka akan berpola mulai dari warna putih salji hingga warna yang nampak seperti cetakan yang fotocopy yang kering.

Sebagai pemangsa yang bergerak secara diam-diam, ular albino memiliki kerugian dalam dunia binatang buas (disebabkan warna kulitnya yang terang) dan mereka biasanya tidak dapat bertahan hidup lebih lama.



Ular albino berkepala dua, sungguh sangat tidak beruntung, namun akan sangat luar biasa jika dapat bertahan hidup dalam waktu lama.

Pemiliknya mengakui bahwa kesulitan terbesar yang dihadapinya adalah kerana dua kepalanya sering saling mematuk satu sama lain! Sehingga dikuatirkan tidak akan dapat bertahan hidup dengan lama.

3. Albino Peacock


Tidak perlu dijelaskan lagi betapa cantiknya burung merak albino pada gambar tersebut. Warna putihnya sungguh dapat menarik bukan hanya merak betina malah juga binatang lainnya yang ada di sekitarnya.


Siapa yang tidak kagum melihat merak jantan di atas? Sangat menarik malah dijadikan sebagai maskot untuk NBC Television Network.

4. Albino Zebra


Sungguh sangat unik sekali, seama zebra sejenisnya berpola garis hitam putih, namun tidak demikian dengan albino di atas.


Beberapa zebra albino memiliki pola dimana terdapat garis putih seperti zebra kebanyakan, hanya warna hitamnya tidak nampak, kerana tidak memiliki pigmentasi.


Gambar diatas bukanlah gambar zebra albino, melainkan percampuran antara kuda putih dan zebra non albino. Warna yang sangat luar biasa!

5. Albino Gorilla


Sebagai satu-satunya gorila albino yang berhasil diselamatkan, Snowflake sudah banyak mempesona para pengunjung zoo binatang selama hampir 40 tahun, sebelum akhirnya mati kerana kanser kulit pada akhir tahun 2003.

Kebanyakan gorila hanya dapat bertahan hidup selama 25 tahun, sehingga Snowflake sudah berhasil memecahkan rekod tersebut selama hidupnya, Snowflake sudah melakukan 22 kali pembiakan, namun tidak satupun keturunannya yang menjadi albino!


Kontributor dari website dari TotallyLooksLike.com menunjukkan bahawa Snowflake terkadang seolah-olah menyerupai manusia .

6. Albino Doplhin


Lumba-lumba albino pertama kali terlihat pada tahun 1962 dan sejak 1994, dapat dilihat kembali di sekitar Teluk Mexico.

Yang terakhir dilihat diberi nama “Pinky”, seekor lumba-lumba muncung botol yang kini dibesarkan di Louisiana’s Lake Calcasieu. Pinky kini menjadi lumba-lumba yang banyak menarik pelancong.

Jenis lumba-lumba albino lainnya hidup di Sungai Amazon Brazil. Namun berasal dari tempat yang berbeza. Yang sebelah kiri adalah Amazon Pinky, sedangkan yang sebelah kanan adalah American Pinky.

7. Abino whale


Awalnya banyak yang mengenalinya sebagai Great While Shark, namun kemudian diangkat menjadi Great White Whale! Ikan Paus Albino teramat sangat menarik sekali sehingga banyak mengundang perhatian.

Paus bernama Migaloo hidup di perairan panas di Southern Ocean di sekitar Australia. Spesies lainnya bernama seperti Beluga juga berwarna putih, namun bukan albino, kerana albino boleh dilihat dari warna matanya.

Ini adalah foto Ikan Paus Putih yang di abadikan oleh photografer Antonio Moreano in the Pacific Ocean off the coast of the Galapagos Islands.kaskus