10 tumbuhan aneh pemakan serangga

10. Sarracenia

9.Nepenthes
http://www.botany.org/carnivorous_plants/images/Nepenthes-DW-4.jpg
8. Genlisea

7. Darlingtonia Californica

6. Utricularia

5. Pinguicula

4. Drosera

3. Byblis

2. Aldrovanda vesiculosa

1. Dionaea Muscipula

haxims

10 bandar paling jarang dikunjungi

Ada bandar-bandar popular yang diyakini bahawa banyak orang yang mengunjungi sepanjang waktu kerana keindahannya. Bagaimanapun ada juga bandar yang diabaikan kerana tidak diberi banyak perhatian oleh media. Berikut ini adalah 10 bandar besar yang jarang dikunjungi :

1. Akiak, Alaska


"Akiak" jika secara langsung diterjemahkan menjadi "sisi lain" dan penduduk pada tahun 2000 hanya 309 orang. Bandar ini mempunyai lapangan terbang yang dijaga baik dan menyediakan akses ke pesawat terbang peribadi dan sewaan. Bandar ini tidak ada cukai, tidak ada harta benda dan tidak ada yang istimewa tentang harta benda.

2. Setiap bandar di Sri Lanka


Orang mungkin tahu bahawa jika mereka ingin bercuti dengan damai dan tenang, mereka harus tinggal jauh dari Sri Lanka. Walaupun anda akan mencari tempat untuk bersenang-senang, penduduk akan terus bercerita tentang betapa miskin negara ini atau bagaimana bermaharajalelanya masalah rasuah.

3. Youngstown, Ohio


Orang tidak mengunjungi Youngstown kerana mereka tahu bahawa ada kemungkinan bahawa anda akan ditembak mati jika anda kebetulan melangkah keluar dari rumah atau hotel. Bandar ini terjadinya rasuah secara terang-terangan. Terdapat fakta bandar ini dikenali sebagai bandar pembunuhan dunia sehingga anda tidak datang ke bandar ini.

4. Mallocra, Sepanyol


Bandar di Sepanyol ini telah melakukan sesuatu untuk meningkatkan reputasinya. Penduduk bandar ini dikatakan kasar dan luar biasa tidak bersahabat. Mereka yang telah mengunjungi bandar ini mencadangkan tidak patut tinggal di bandar ini .

5. Arvin, California


Bandar di California ini dikatakan paling berasap/berkabut di negara ini. Udara begitu tebal yang membuat sukar untuk melihat orang berjalan di hadapan anda pada waktu malam. Sekiranya anda tidak mahu paru-paru anda hitam dan mendapat penyakit paru-paru elakkan dari mengunjungi Arvin.

6. Linfen, China


Bandar ini mempunyai penduduk lebih dari 4 juta. Akibatnya , kenderaan dimana dan berlakunya pembakaran karbon monoksida di semua tempat menyebabkan semua tercemar. Penduduk sesak nafas dan air minum bercampur dengan arsenik.

7. Norilsk, Rusia


Bandar ini mempunyai 134 ribu penduduk dan industri terbesarnya ialah memproses logam berat terdapat di sini.

Asap berasid yang dilepaskan ke udara sangat berbahaya dan mengurangi harapan hidup seseorang oleh sekurang-kurangnya 10 tahun.

8. Dakar, Senegal


Bandar ini merupakan pusat kosmopolitan paling terkenal di Afrika Barat, tapi kerana berada dalam jarak berhampiran ke The Baie de Hanne, sangat tidak popular di kalangan pelancung.

The Baie de Hanne memberikan air minum 'bersih' bagi rumah tangga tetapi sebenarnya adalah dicampur dengan kumbahan dan asid logam.

9. Sumgayit, Azerbaijan


Bandar ini sangat popular dan dikenali sebagai pengeluar racun serangga dan bahan kimia tertentu. Namun, juga diketahui membuang sisa kumbahan ke Laut Kaspia yang menyebabkan penyakit kanser telah meningkat secara mengejutkan selama beberapa tahun terakhir. Tidak ada sesiapa pun yang ingin menderita kanser datang ke bandar ini.

10. La Oroya, Peru


Bandar ini dikenali kerana industri peleburan logam seperti timah dan tembaga. Hampir setiap anak di bandar ini menderita penyakit kerana pembuangan sisa kumbahan beracun yang tinggi yang telah masuk ke dalam aliran darah penduduk. Bandar ini boleh berubah menjadi gurun kerana hujan asid yang kerap berlaku.nemoto


PAS perlu kempen besar-besaran daftar pengundi dan ahli

Salam,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRiKQWc8ZKiXsVHJ1S-CMUnIiHtWV6poeTHVGK9M2n6Xmsn4gzSNpdXTYzfD9xeYLdEndeps7V05IMw6E5G5JA-a8defPh38xJER4ziGLkTX4qV1G18E1q-S0jevFRmbQREwOyzc-5SsU/s1600/150820101669.jpg

Penulis kali ini paparkan tulisan Faris Zaini yang patut dibaca oleh pimpinan PAS Negeri, Kawasan dan Cawangan. Sebelum ini penulis ada menulis beberapa N3 yang menekankan kepentingan gerakerja penambahan pengundi baru dan ahli PAS. Bacalah tulisan beliau...

PAS dalam fasa pra PRU 13, pada pandangan saya perlu menyorot kembali sejarah perjuangan untuk memperkukuhkan jamaah dan parti. TG Dato’ Hj Fadzil Mohd Noor, Presiden PAS sebelum ini, pernah mengarahkan setiap peringkat dalam PAS menggempur ahli baru untuk memenangkan Islam di Malaysia khususnya.

Ini penting, kerana tanpa ahli yang ramai dan kompeten, bagaimana PAS mahu bergerak dan menyampaikan dakwah di semua kawasan tidak kira di bandar mahupun di kampung-kampung dan taman-taman perumahan. Sasaran dakwah perlu didekati secara berhemah dan berhikmah.

Dengan media utama menjadi kuda tunggangan satu pihak sahaja, PAS dan Pakatan Rakyat perlu ‘berkempen’ melalui ahli-ahlinya, yang mana ‘sentuhan peribadi’ atau personal touch selalunya lebih membekas di hati pengundi atas pagar misalnya.

Mengambil ibrah (pengajaran) dari tokoh gerakan hebat As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, beliau seorang pemimpin yang sangat menyantuni ahli-ahli Ikhwan Muslimin dan juga masyarakat tanpa mengira latar belakang mereka.

Beramah mesra dan berdakwah di kedai kopi dan di ceruk-ceruk kampung adalah perkara biasa bagi beliau walaupun beliau seorang pemimpin gerakan terkenal sewaktu itu.

Jika kita betul-betul menyusuri sejarah, betapa ramai tokoh-tokoh hebat yang dicipta Ikhwan Muslimin di Mesir, yang mereka ini asalnya seseorang yang bukannya dari latar belakang agama, namun setelah menyertai Ikhwan, mereka mampu memahami agama dan membahaskannya dalam masyarakat, mendalami isu-isu semasa malah membincangkan isu-isu ekonomi, hasil terpikat dengan peribadi dan karektor yang ada pada diri Imam Hassan Al-Banna pada mulanya.

Betapa luasnya ruang lingkup dakwah dan hasil ledakan tarbiyyah yang melangkaui batas politik dan latar belakang sasaran dakwahnya, mampu membawa kefahaman Islam yang sebenar kepada rakyat dan masyarakat umumnya.

Akhirnya di Mesir ketika itu, ahli-ahli Ikhwan yang ramai inilah yang menjadi agen-agen pendakwah di dalam masyarakat dan di ceruk-ceruk kampung sehingga Ikhwan berjaya menang dalam pilihanraya Mesir beberapa ketika selepas itu.

PAS Pernah Melalui Kempen Menambah 500,000 Ahli

Diungkap dari sejarah, setelah menjadi Presiden PAS, TG Dato’ Hj Fadzil Noor atau lebih mesra di kalangan rakyat Kedah dengan panggilan Ustaz Fadzil Noor, menyedari bahawa walaupun setelah 40 tahun usia PAS, jumlah keahliannya baru mencecah 300,000 orang.

Pada tahun 1990, Ustaz Fadzil Noor melancarkan kempen menambahkan keahlian PAS kepada 500,000 orang dalam tempoh lima tahun. Sasaran ini adalah sebelum pilihanraya tahun 1995.

Dalam satu Ucapan Dasarnya ketika muktamar, Ustaz Fadzil Noor menyarankan supaya pemimpin-pemimpin di semua peringkat hendaklah memastikan agar ada cawangan PAS di setiap kampung, di setiap taman-taman perumahan dan di setiap lorong.

Ustaz Fadzil Noor menegaskan hendaklah ada sekurang-kurangnya seorang ahli PAS dalam setiap rumah. Ustaz Fadzil Noor membuktikan arahannya itu dilaksanakan di kawasannya sendiri di DUN Bukit Raya, Kedah. Di Bukit Raya, cawangan-cawangan PAS jauh melebihi cawangan-cawangan UMNO.

Pada Jun 1995, keanggotaan PAS telah mencecah 400,000. Walaupun jumlah tersebut tidak memenuhi sasarannya, namun purata penambahan 2,000 orang ahli sebulan telah dapat dicapai.

Ledakan pertambahan ahli ini walau bagaimanapun berlaku setelah tercetusnya Reformasi ekoran pemecatan Anwar Ibrahim. Purata penambahan ahli PAS untuk beberapa bulan berikutnya adalah antara 10,000 hingga 15,000 orang sebulan.

PRU 13 Semakin Dekat

Dengan harapan kita letakkan kepada saf kepimpinan PAS yang baru, diharapkan dengan pimpinan yang berjiwa aktivis dan bersifat massa, mereka juga perlu gunakan peluang yang ada, dengan masa yang sangat suntuk ini, untuk memperhebatkan gempur penambahan pengundi muda dan pengundi atas pagar ke dalam PAS. Daftarkan mereka kepada SPR segera sebelum kita terlambat.

Tuan Guru Dato’ Seri Hj Hadi, yang dibantu pembantu-pembantu yang hebat, perlu menekan butang kecemasan segera, untuk mengimbangi salahguna pihak musuh dalam pentas demokrasi negara kini.

Tanpa gerak kerja dan kempen besar-besaran penambahan ahli ini, mungkin sahaja kita akan kalah dek penambahan besar-besaran pengundi BN sejak kebelakangan ini yang entah datang dari mana, sedangkan jelas analisis semasa dari penganalisis politik mahupun pusat kajian politik, golongan anak muda menyokong Pakatan Rakyat.

Melihat hasil tindakan bijak TG Dato’ Hj Fadzil Noor suatu ketika dahulu, pada pandangan peribadi saya, Ustaz Fadzil Noor telah berjaya menempatkan PAS sebaris dengan gerakan-gerakan Islam dan parti-parti politik Islam di peringkat nusantara mahupun antarabangsa.

Sebelum saya akhiri penulisan ini, suka saya menukilkan antara amanat beliau buat semua, TG Dato’ Hj Fadzil Noor pernah menegaskan :

”PAS sebagai sebuah jamaah Muslimin dan wadah kepada perjuangan umat, adalah satu daripada mata rantai Gerakan Islam seluruh dunia. Ia bersama-sama dengan Ikhwan Muslimin di Mesir, Jamaati Islami di benua kecil India, Refah Party di Turki, FIS di Algeria, HAMAS di Palestin dan lain-lain harakah Islam di seluruh dunia, mendukung perjuangan Islam dan bangun bersama Islam serta merealisasikan corak hidup Islam”

Baca juga tulisan penulis dalam N3 di bawah :



Wassalam.

12 tempat dengan pemandangan terindah di dunia

1. Puncak Himalaya Tibet


Tempat ini adalah kemuncak tertinggi di seluruh planet Bumi.


2. Langit Alaska


Sinar Aurora Borealis yang ada di Langit Alaska (hujung utara Amerika, berhampiran Kutub Utara) sungguh menakjubkan. Aurora itu sendiri ad
alah cahaya semulajadi di angkasa yang terjadi akibat pancaran partikel-partikel medan magnet bumi dengan atom dan molekul dari atas atmosfera bumi. Umumnya, terdapat dua warna iaitu hijau dan merah dan hanya boleh dilihat pada waktu malam.

3. Benteng Chittogarh, India
http://i282.photobucket.com/albums/kk244/speedbreaker16/image003.jpg

4. Cinque Terre, Riviera


Salah satu tempat tumpuan pelancung paling popular di Itali ini merupakan bahagian dari UNESCO World Heritage Site dan terletak di pinggir laut Mediteranean.


5. College The Valleyfield


Sebuah universiti pendidikan di Quebec, Canada.


6. Machu Picchu


Terletak di Lembah Urumba, Peru dan mempunyai ketinggian 2.430 meter di atas permukaan laut.


7. Massif De La Chartreuse


Sebuah formasi batu-batuan di pergunungan timur Perancis.


8. Laut Artik
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj3uR9IEPZY6AhWXuCNZj4ytjU9UuppTb-VqAOBayTrJfxvwIp0YYx3yl9fkAfQH_G-mtD5y1nkz3ihGrH9Ggzto2a_zeFUNIEKucQFMsBcSbuapLVtZ3zUaFCvMrsyvMvX92kqlAIuDj0/s400/Laut+Arktik.jpg
Boleh berdayung santai di laut Artik seperti sejernih Kristal dan berada di wilayah Kutub Utara Bumi.


9. Petra


Petra adalah sebuah kota yang dibentuk di dalam sebuah gunung batu di Jordan. Dibina pada 100 tahun SM oleh bangsa Nabatean dengan aliran sungai di bawah tanah.


10. Gunung Tungurahua, Ecuador


11. Oasis In the Middle of Nowhere


This amazing place is built in the middle of the desert, around a small lake, dan tepatnya berada di Ica Province- southwestern Peru. Oasis bernama Huacachina ini dikenal sebagai ‘oasis of America’.


12. Millau Bridge in France
http://i424.photobucket.com/albums/pp329/ii-chris-ii/MillauViaduct02.jpg

Paris mempunyai jambatan tertinggi di dunia , yang lebih tinggi dari Menara Eiffel mencapai awan.
Jambatan yang dinamakan Millau ini melintasi Sungai Tarn dan lembah-lembah pergunungan Massive Central. Panjang jambatan hingga 2,5 km dan tingginya 340 meter (lebih tinggi 16 meter dari Menara Eiffel), jambatan ini dibina dengan kekuatan tahan gempa oleh seorang arkitek dari England bernama Norman Foster.i-dus


Masa untuk PAS semarakkan aktiviti kebajikan

Salam,
http://i31.photobucket.com/albums/c368/paspb/IMG_0678.jpg?t=1304468199

Penulis dan banyak menulis mengenai pentingnya PAS mendekati rakyat melalui program kebajikan yang terancang dan tersusun. Penulis menulis berdasarkan pengalaman mengerakkan lujnah kebajikan kawasan penulis.

Kali ini, penulis paparkan pula pandangan seorang penulis Mat Zain Mat Isa tentang perkara yang sama . Pimpinan PAS Negeri dan Kawasan serta Cawangan boleh baca serta laksanakan bagi yang belum melaksanakannya. Bacalah.....

Di antara perkara yang disentuh agak kerap oleh Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Ucapan Dasar Presiden PAS pada muktamar tahunan parti itu di ibu negara dua minggu lalu ialah peri pentingnya jentera parti mempergiatkan usaha dan aktiviti memasyarakatkan PAS. Walau pun beliau tidak menyebutkan kalimah tersebut secara khusus, intipati hasrat itu terakam dalam beberapa bait ucapannya.

“Semua Dewan dan aktiviti PAS Kawasan hendaklah sekurang-kurangnya melaksanakan 70% tumpuan program ke arah mendekati pengundi yang masih menunggu PAS bertemu dengan mereka dan golongan atas pagar yang masih belum membuat keputusan (menyokong parti mana) dalam pilihan raya yang akan datang nanti,” baca ucapan itu.

Tidak syak lagi penegasan Tuan Guru Presiden ini mengambilkira hakikat bahawa dalam sistem politik demokrasi, rakyat adalah hakim. Di tangan merekalah kekuasaan sebenar menentukan jatuh-bangun sesebuah kerajaan.

Hak dan kuasa mereka untuk memilih siapa atau parti mana bukan sahaja terjamin menurut sistem digunapakai, malah turut menjadi bahan percaturan pihak-pihak yang bertanding. Sebab itu mereka mesti dijadikan sasaran dan rebutan.

Pemikiran mereka perlu dikuasai. Kecenderungan politik mereka bukan sahaja mesti dijadikan bahan kajian, malah dijadikan asas kepada parti menyusun tindakan memujuk dan memaut sokongan mereka.

Akuilah bahawa setinggi mana pun hasrat dan keazaman sesebuah parti untuk mencapai kemenangan dan membentuk kerajaan, ia tidak mungkin dicapai tanpa sokongan dan undian rakyat. Sebab itu fokus utama gerakerja parti semestinya dihalakan ke arah mendampingi dan menambat hati mereka selaku pengundi.

Tugas dan tanggungjawab merealisasikan agenda itu terpikul di bahu semua pihak, sama ada pemimpin, ahli atau pendokong. Bagaimana pun secara praktikalnya pihak paling bertanggungjawab menjayakan hasrat ini ialah jentera di peringkat akar umbi.


Sebab itu Tuan Guru menyambung penegasannya, “manakala jentera di peringkat UPU (Unit Peti Undi) pula wajar mengalami perubahan drastik di atas peranan mereka yang semakin penting, terutamanya kerana merekalah yang setiap hari berada paling hampir dengan pengundi”.

Justeru katanya lagi, menjadi suatu tanggungjawab bagi jentera di peringkat itu ‘mengenali kesemua pengundi di lingkungan mereka seumpama mereka mengenali saudara-mara mereka sendiri’.

Gerakerja memperkenalkan PAS ke dalam masyarakat sebetulnya bukan terlalu asing dalam kalendar aktiviti parti, terutama di peringkat akar umbi. Contohnya, kita sering adakan ceramah terbuka yang boleh disertai segenap lapisan masyarakat. Surau dan markas parti kita juga tidak kurang dengan program kuliah dan ceramah agama saban minggu.

Namun itu belum cukup memesrakan PAS ke tengah masyarakat. Bahkan di sebilangan kampung atau lokaliti, penduduk merasakan seolah PAS masih asing, walau pun jarak rumah mereka dalam lingkungan berjalan kaki sahaja dengan markas atau surau tempat berkumpul orang-orang PAS setempat.

Inilah hakikatnya. Sebab itu kita kerap dimaklumkan ada kumpulan petugas muslimat PAS yang turun berkempen rumah ke rumah di waktu pilihan raya mendapat reaksi yang agak mengecewakan. Tidak sedikit antara mereka dilontarkan pertanyaan sinis, “kenapa tiba-tiba datang ziarah kami ni? Ada hajat besar barangkali?”

Puncanya ialah kerana selama ini, sejak entah berapa tahun atau sejak pilihan raya lalu, mereka tidak pernah dijengah oleh orang PAS. Malah sebilangan mereka tidak langsung pun ada interaksi dan perbualan dengan jentera parti, jauh sekali untuk mewujudkan perasaan mesra dan saling kenal-mengenali.

Seakan wujud benteng pemisah yang menghalang wujud kemesraan antara orang PAS dengan anggota masyarakat setempat. Barangkali kepimpinan tertinggi PAS menyedari dan menginsafi hakikat ini. Sebab itu, Ucapan Dasar Presiden PAS yang terbaru menggesa perubahan drastik menangani realiti ini.

Tuan Guru turut mengandaikan ‘pendekatan ceramah terbuka kadangkala hanya berlegar di kalangan ahli kita sahaja’. Manakala kuliah-kuliah agama oleh para ulamak disifatkannya sekadar memenuhi program kebiasaan dan gagal ‘mendepani isu-isu yang memerlukan ulasan kalangan ulamak terutamanya yang menyentuh suasana semasa’.

Di sana tersurat sudah hasrat dan arahan dari pemimpin tertinggi PAS. Pun begitu, apa-apa hasrat tidak selesai setakat slogan. Ia mesti diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan gerakerja sebenar.

Begitu juga hasrat memasyarakatkan PAS atau menjadikannya parti yang mesra rakyat atau dilihat orang sebagai pihak yang prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan hidup mereka.

Justeru, selain membuktikan dalam kadar termampu di beberapa negeri dikuasai atau dikongsi perintahnya, ada baiknya PAS tidak perlu menunggu menjadi parti bergelar kerajaan untuk memula atau menyemarakkan aktiviti kebajikan dalam masyarakat.

Untuk itu, aktivit-aktiviti menjurus ke arah itu sepatutnya tidak sekadar memenuhi kalendar tahunan di musim tertentu, seumpama di ambang Idulfitri atau menjelang bermulanya penggal baru persekolahan sahaja. Lebih teruk lagi sekiranya ia hanya menjadi agenda bermusim di saat kempen pilihan raya berada di kemuncak.

Nilaian keutamaan menyusun program parti perlu diubah. Agenda kebajikan perlu dijulang.

Di bawah ini , penulis paparkan tulisan penulis N3 yang lepas- lepas





Wassalam

9 mata wang teraneh di dunia

9. Wang dari lembaran kayu (Jerman)
Pernah digunakan sebagai wang darurat di Jerman semasa pemulihan pasca Perang Dunia I. Semasa darurat, wang dicetak dari alumunium foil, kain sutera, malah sisa-sisa playing card semasa perang.

Seorang pengumpul wang lama pasti berani membayar mahal untuk wang-wang aneh ini, yang paling mahal adalah batu yang dicetak menjadi wang syiling pada masa tersebut.

8. Wang dengan ancaman hukuman mati (Amerika, semasa masih dijajah Inggeris)

US Dollar memang telah menjadi mata wang yang paling stabil dan dianggap sebagai safe heaven currency. Jika dilihat dari sejarahnya, mata wang ini telah banyak pengalaman dalam memerangi para pembuat wang palsu.

Pada masa-masa awal penjajahan Inggeris, sangatlah mudah untuk mencetak wang kerana banyak alat cetak beredar dan reka bentuk cetakan wang tidaklah terlalu rumit seperti sekarang.

Oleh kerana mudahnya, pembuat wang palsu boleh mencetak sendiri. Bagaimana cara pemerintah semasa itu untuk memberikan ancaman keras kepada pembuat wang palsu?

Dengan mencetak “To Counterfeit is Death” atau hukuman mati untuk pemalsuan. Sepertinya daripada “In God We Trust” lebih sesuai “In The Death Penalty We Trust”.

7. Wang kumpulan voucher (Vietnam)
Jika kita pernah berfikir bahawa wang boleh membeli segalanya, ternyata tidak. Wang Vietnam di tahun 70an ini berlaku sebagai kumpulan potongan voucher yang hanya boleh digunakan untuk membeli pakaian dan kelengkapannya.

Mungkin jika kita harus memotong salah satu bahagian untuk membayar baju, sebahagian lagi untuk membayar seluar, dan sebahagian lagi untuk tali pinggang.

6. Mata wang berbentuk bahan komoditi
Garam adalah salah satu barang tertua yang digunakan sebagai pembayaran. Sebenarnya, kata “salary” (gaji) berasal dari bahasa Latin “salarium” iaitu wang yang telah dibayarkan kepada parajurit Rom untuk membeli garam.

Garam juga juga digunakan sebagai alat tukaran (mata wang) utama di gurun Sahara selama berabad-abad, dan digunakan secara meluas di seluruh Afrika Timur.

Biasanya, seseorang pada masa itu akan membentuk garam menjadi satu blok untuk memastikan garam tersebut asli dan membuat pecahan dari blok itu sebagai pecahan wang kecil.

Blok garam pada gambar berusia 1500 tahun.

Mata wang unik lainnya adalah :

* “RENG”, wang berbentuk bola benang yang dibungkus dalam sabut kelapa. Digunakan zaman duhulu di Kepuluan Solomon.
* Kakao digunakan di seluruh Mexico dan Amerika Tengah
* Keju Parmigiano Reggiano ,malah boleh digunakan sebagai jaminan pinjaman di Itali.

5. Wang pecahan terbesar (Hungari)
Inilah pecahan mata wang yang memegang rekod dunia sehingga kini. Dicetak oleh Hungari pada tahun 1946 dengan nominal 100,000,000,000,000,000,000 Pengo. Seratus juta triliun Pengo dengan kos pada masa itu hanya sekitar 20 US sen.

4. Modifikasi wang kerana rampasan kuasa (Zaire)
Semasa regim Joseph Mobutu digulingkan pada tahun 1997 di Zaire (yang sekarang bernamaThe Democratic Republic of the Congo) Pemerintah yang baru pada masa itu terlalu sibuk untuk mereka bentuk dan mencetak wang baru sedangkan jumlah wang pada masa itu terbatas.

3. Wang kulit tupai (Rusia)
Di beberapa abad silam, kulit tupai merupakan wang yang sah digunakan di Rusia.Malah, beberapa bahagian dari tupai mati seperti kuping, hidung, dan kuku-kukunya berfungsi sebagai “receh”. Kemungkinan Rusia pada masa itu boleh terbebas dari penyakit-penyakit yang disebabkan satwa tikus.

2. Wang syiling perak ditambah bonus air suci (Kep. Palau)
Jika wang kertas USD ada “In God We Trust”, negara kepulauan Palau setapak lebih maju. Negara ini pada tahun 2007 mencetak syiling perak dengan gambar gadis suci dan memasukkan bonus botol kecil berisi beberapa tetes air suci dari sebuah mata air suci di Lourdes Perancis. Negara ini pernah juga memasukkan mutiara, malah batu meteor pada wang syilingnya.

1. Wang dari batu (Pulau Yap, Kep. Solomon)
Di pulau Yap, sebuah pulau di Kepulauan Solomon, anda akan menemui “wang” terbesar dan teraneh di dunia : batu rai (semacam batu kapur). Wang ini berbentuk lingkaran dengan diameter 12 kaki dan berat 8 ton.

Mungkin sejarah atau kepercayaan yang menyebabkan masyarakat di Pulau Yap ini sangat meraikan batu ini, mungkin sama seperti masyarakan moden sangat mengagungkan batu emas.

Memandang jenis batu ini tidak boleh ditemui di Pulau Yap, masyarakat Pulau Yap rela mengorbankan nyawa mereka untuk mengembara mencari batu ini.
Nilai nominal dari batu ini dinilai bukan hanya berdasarkan ukuran, tapi juga dinilai berdasarkan pengorbanan mendapatkannya ke Pulau Yap, termasuk jumlah nyawa yang melayang kerana pengorbanan tersebut.

Oleh kerana bentuknya besar, wang ini dibiarkan tergolek di luar rumah pemiliknya, malah kadang-kadang di hutan. Walaupun tergolek di mana-mana, penduduk pasti mengetahui siapa pemiliknya pada masa ini. Apabila terjadi mahu ditukar milik, akan dilakukan dalam upacara tertentu.
 
Pemerintah tempatan telah melarang batu-batu wang ini keluar dari Pulau Yap. Namun, batu ini boleh ditemui terdapat di lobi Bank of Canada di Ottawa.Nugum
Anda mungkin juga


10 taman negara terindah di dunia

Taman Negara adalah sesuatu yang sangat berharga, kerana di dalamnya kita boleh melihat banyak keindahan alam flora dan fauna yang khas dari suatu kawasan.

Negara-negara di dunia ini berusaha untuk memulihara dan mempercantik taman negara yang ada di negara masing-masing, disamping usaha dari kerajaan, keindahan alam semulajadi juga turut mempengaruhi tahap keindahan taman negara tersebut.

Berikut adalah senarai 10 taman negara terindah di dunia yang diambil dari sumber Listphobia:

10. Snowdonia National Park, Wales, Great BritainInilah salah satu taman negara terindah di Britain, dengan hamparan hijau pemandangan pergunungan Snowdon di ketinggian 3560 kaki dari atas permukaan laut, menjadikannya mempunyai suhu yang sejuk dan tentunya indah untuk dinikmati.

http://listphobia.com/wp-content/uploads/083109_1045_10MostBeaut1.jpg

9. Grand Canyon National Park, Arizona
Taman negara paling dikenali di dunia ini adalah salah satu aset pemandangan alam terindah milik Amerika Syarikat. Alam semulajadinya yang berbatu, menjadikan tempat ini menjadi tumpuan pelancong.
http://listphobia.com/wp-content/uploads/083109_1045_10MostBeaut2.jpg

8. Kruger National Park, South Africa
Taman negara yang terindah di afrika selatan adalah Kruger Park. Taman negara yang penuh dengan sensasi kehidupan alam liar Afrika Selatan yang sangat memukau dan sesuai untuk pengembaraan melihat alam binatang.

http://listphobia.com/wp-content/uploads/083109_1045_10MostBeaut3.jpg

7. Deosai National Park
Taman negara yang terletak di Wilayah Scardu pakistan ini adalah salah satu taman negara terindah di Wilayah Asia. Taman ini terkenal dengan pemandangan musim seminya dimana bunga-bunga banyak bermekaran serta kupu-kupu banyak berterbangan.
http://listphobia.com/wp-content/uploads/083109_1045_10MostBeaut4.jpg

6. Kakadu National Park, Northern Territory, Australia
Ini adalah taman negara yang menjadi tempat tinggal orang asli suku Aborigin Australia. Dengan pemandangan alam indah serta berpadu dengan kehidupan liar khas Australia menjadikan wilayah ini adalah kawasan yang sangat sesuai bagi pasangan yang berbulan madu.
http://listphobia.com/wp-content/uploads/083109_1045_10MostBeaut5.jpg

5. Iguazu National Park Argentina
Taman negara ini dipenuhi keindahan alam khas Argentina dan Brazil. Terdapat pemandangan alam hijau khas Amerika Selatan disamping pemandangan alam menakjubkan berupa air terjun Iguazu yang sangat masyhur.
http://listphobia.com/wp-content/uploads/083109_1045_10MostBeaut6.jpg

4. Sagarmantha National Park, Nepal

Taman negara yang masih merupakan teritori pergunugan Everest ini menawarkan sensasi keindahan alam semulajadi dengan pergunungan sejuk khas Nepal serta dihias dengan biara - biara yang ada di wilayah ini.
http://listphobia.com/wp-content/uploads/083109_1045_10MostBeaut7.jpg

3. Madain Saley National Historic Park, Saudi Arabia
Wilayah ini mungkin disebut dengan sebutan Midian. Salah satu sebab kenapa taman negara ini boleh disenaraikan kerana faktor keindahan gurun dan batuan alam khas gurun yang semulajadi serta dihias dengan keindahan bangunan kuno yang ada di beberapa bahagian wilayah taman negara ini.
http://listphobia.com/wp-content/uploads/083109_1045_10MostBeaut8.jpg

2. Plitvice Lakes National Park, Croatia
Taman negara ini mempunyai pemandangan alam indah berpadu dengan tasik bersih nan biru . Taman negara mempunyai pemandangan alam khas Eropah dengan tasik biru yang indah.
http://listphobia.com/wp-content/uploads/083109_1045_10MostBeaut9.jpg

1. Hortobagy National Park, Hungary
Taman negara ini adalah pertama di Hungari, di dalamnya terdapat banyak pemandangan alam yang indah serta berbagai jenis spesies burung yang hampir pupus. Kesemuanya berpadu dengan harmoni menghasilkan keindahan alam khas Eropah Timur.
http://listphobia.com/wp-content/uploads/083109_1045_10MostBeaut10.jpg
Terselubung