Rahsia ubun-ubun dalam al-Quran

Gambaran otak manusia bahagian depan yang disebut Allah dalam Al Qur’an Al Karim dengan kata nashiyah (ubun-ubun). Al-Qur’an menyifati kata nashiyah dengan kata kadzibah khathi’ah (berdusta lagi durhaka). 
 
Allah berfirman, “(Yaitu) ubun-ubun yang mendustakan lagi derhaka.” (Al-‘Alaq: 16). 
 
Bagaimana mungkin ubun-ubun disebut berdusta sedangkan ia tidak berbicara? Dan bagaimana mungkin ia disebut derhaka sedangkan ia tidak berbuat salah?

Prof. Muhammad Yusuf Sakr memaparkan bahawa tugas bahagian otak yang ada di ubun-ubun manusia adalah mengarahkan perilaku seseorang. 
 
“Kalau orang mahu berbohong, maka keputusan diambil di frontal lobe yang bertepatan dengan dahi dan ubun-ubunnya. Begitu juga, kalau ia mahu berbuat salah, maka keputusan juga terjadi di ubun-ubun.”

Kemudian ia memaparkan masalah ini menurut beberapa pakar . Di antaranya adalah Prof. Keith L More yang menegaskan bahawa ubun-ubun merupakan bertanggungjawab di atas pertimbangan-pertimbangan tertinggi dan pengarah perilaku manusia. 
 
Sementara organ tubuh hanyalah parajurit yang melaksanakan keputusan-keputusan yang diambil di ubun-ubun.

Kerana itu, undang-undang di sebahagian negara Amerika Syarikat menetapkan saksi penjahat yang membuat laporan kepada polis dengan mengangkat bahagian depan dari otak (ubun-ubun) kerana merupakan pusat operasi dan instruksi, agar penjahat tersebut menjadi seperti anak kecil menurut yang menerima perintah dari siapa saja.
 
Dengan mempelajari susunan organ bahagian atas dahi, maka ditemui bahawa ia terdiri dari salah satu tulang tengkorak yang disebut frontal bone. Tugas tulang ini adalah melindungi salah satu cuping otak yang disebut frontal lobe. 
 
Di dalamnya terdapat sejumlah pusat neorotis yang berbeza dari segi tempat dan fungsinya.

Lapisan depan merupakan bahagian terbesar dari frontal lobe, dan tugasnya berkait dengan pembentukan keperibadian individu. Ia dianggap sebagai pusat tertinggi di antara pusat-pusat konsentrasi, berfikir, dan memori. 
 
Ia memainkan peranan yang terstruktur bagi kedalaman sensasi individu, dan ia memiliki pengaruh dalam menentukan inisiasi dan kognisi.

Lapisan ini berada tepat di belakang dahi. Maksudnya, ia bersembunyi di dalam ubun-ubun. Dengan demikian, lapisan depan itulah yang mengarahkan sebahagian tindakan manusia yang menunjukkan keperibadiannya seperti kejujuran dan kebohongan, kebenaran dan kesalahan, dan seterusnya. 
 
Bahagian inilah yang membezakan di antara sifat-sifat tersebut, dan juga memotivasi seseorang untuk bernisiatif melakukan kebaikan atau kejahatan.

Ketika Prof. Keith L Moore membuat kajian bersama kami mengenai mukjizat ilmiah dalam ubun-ubun pada seminar internasional di Kairo, ia tidak hanya berbicara tentang fungsi frontal lobe dalam otak (ubun-ubun) manusia. 
 
Bahkan, pembicaraan merangkumi kepada fungsi ubun-ubun pada otak haiwan dengan berbagai jenis. Ia menunjukkan beberapa gambar frontal lobe sejumlah haiwan dan menyatakan, “Pengkajian komparatif terhadap anatomi manusia dan haiwan menunjukkan kesamaan fungsi ubun-ubun.

Ternyata, ubun-ubun merupakan pusat kawalan dan pengaruh pada manusia, sekaligus pada haiwan yang memiliki otak. 
 
Seketika itu, pernyataan Prof. Keith mengingatkan saya tentang firman Allah, “Tidak ada suatu binatang melata pun melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.” (Hud: 56)

Beberapa hadits Nabi SAW yang berbicara tentang ubun-ubun, seperti doa Nabi SAW, “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba laki-laki-Mu dan anak hamba perempuan-Mu, ubun-ubunku ada di tangan-Mu…”

Juga seperti doa Nabi SAW, “Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan setiap sesuatu yang Engkau pegang ubun-ubunnya…”

Juga seperti sabda Nabi SAW, “Kuda itu diikatkan kebaikan pada ubun-ubunnya hingga hari Kiamat.”

Apabila kita menyandingkan makna nas-nas di atas, maka kita menyimpulkan bahawa ubun-ubun merupakan pusat kawalan dan pengendali perilaku manusia, dan juga perilaku haiwan.

Jangan benci aku, Mama......


http://static.wix.com/media/7077b67d81205be43a88800571258ba9.wix_mp
Dua puluh tahun yang lalu aku melahirkan seorang anak lelaki, wajahnya agak tampan namun kelihatan agak bodoh. Hasan, suamiku, memberinya nama Erik. 
Semakin lama semakin nampak jelas bahawa anak ini memang agak terbelakang. Aku berniat memberikannya kepada orang lain sahaja atau diletakkan di pusat asuhan agar tidak membuat malu keluarga kelak.

Namun suamiku mencegah niat buruk itu. Akhirnya dengan terpaksa kubesarkan juga. Di tahun kedua setelah Erik dilahirkan, akupun melahirkan kembali seorang anak perempuan yang cantik molek. 
Kuberi nama Angel. Aku sangat menyayangi Angel, demikian juga suamiku. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan dan membelikannya pakaian anak-anak yang indah-indah.

Namun tidak demikian halnya dengan Erik. Ia hanya memiliki beberapa pasang pakaian lama. Suamiku sebenarnya sudah berkali-kali berniat membelikannya, namun aku selalu melarangnya dengan dalih menjimatkan wang keluarga. Suamiku selalu menuruti perkataanku.

Semasa usia Angel 2 tahun, Suamiku meninggal dunia. Erik sudah berumur 4 tahun pada masa itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin bertambah. 
Akhirnya aku mengambil sebuah tindakan yang akan membuatku menyesal seumur hidup. Aku pergi meninggalkan kampung kelahiranku bersama Angel. Erik yang sedang tertidur lelap kutinggalkan begitu saja.

Kemudian aku memilih tinggal di sebuah rumah kecil setelah tanah kami berjaya dijual untuk membayar hutang. Setahun, 2 tahun, 5 tahun, 10 tahun.......... telah berlalu sejak kejadian itu.

Kini Aku telah berkahwin kembali dengan Beni, seorang lelaki dewasa yang stabil hidupnya. Usia perkahwinan kami telah menginjak tahun kelima. Berkat Beni, sifat-sifat burukku yang dulunya pemarah, egois, dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang.

Angel kini telah berumur 12 tahun dan kami menyekolahkannya di asrama perempuan sekolah jururawat. Tidak ada lagi yang ingat tentang Erik dan tidak ada lagi yang mengingatnya. 
Sehinggalah suatu malam. Malam di mana aku bermimpi tentang seorang anak. Wajahnya agak tampan namun tampak pucat sekali. Ia melihat ke arahku. Sambil tersenyum ia berkata, "Mak Cik, Mak Cik kenal mama caya? caya lindu cekali cama Mama!"

Setelah berkata demikian ia mulai beranjak pergi, namun aku menahannya,
"Tunggu..., sepertinya saya kenak akan kamu. Siapa namamu anak manis?"
"Nama caya Elik, Tante."
"Erik? Erik... Ya Tuhan! Kau benar-benar Erik?"

Aku terus tersentak bangun. Rasa bersalah, sesal dan berbagai perasaan aneh lainnya menerpaku saat itu juga. Tiba-tiba terlintas kembali kisah ironis yang terjadi dulu, seperti sebuah filem yang sedang diputar di kepala. 
Baru sekarang aku menyedari betapa jahatnya perbuatanku dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu.

Ya, sepertinya saya memang patut mati..., mati..., mati... Ketika tinggal seinchi jarak pisau yang akan saya goreskan ke pergelangan tangan, tiba-tiba bayangan Erik melintas kembali di fikiranku. Ya Erik, Mama akan menjemputmu Erik...sabar ya nak...."

Petang itu aku memandu kereta biruku dan meletakkan di samping sebuah pondok, dan Beni suamiku dengan pandangan hairan menatapku dari sisi. "Maryam, apa yang sebenarnya terjadi?"

"Oh, suamiku, kau pasti akan membenciku setelah kuceritakan hal yang telah kulakukan dulu." tetapi aku menceritakannya juga dengan terisak-isak.

Ternyata Tuhan sungguh baik kepadaku. Ia telah memberikan suami yang begitu baik dan penuh pengertian. Setelah tangisku reda, aku pun keluar dari kereta diikuti oleh suami dari belakang. 
Mataku menatap lekat pada pondok yang terbentang dua meter di hadapan. Aku mulai teringat betapa pondok itu pernah kutempati beberapa tahun lamanya dan Erik..... Erik......

Aku meninggalkan Erik di sana 10 tahun yang lalu. Dengan perasaan sedih aku pun berlari menghampiri gubuk tersebut dan membuka pintu yang terbuat dari bambu itu. Gelap sekali... Tidak terlihat sesuatu apa pun! Perlahan mataku mulai terbiasa dengan kegelapan dalam ruangan kecil itu.

Namun aku tidak menemui sesiapa pun juga di dalamnya. Hanya ada sepotong kain lama bergelimpangan  di lantai tanah. Aku mengambil lalu mengamatinya dengan teliti... Mataku mulai berkaca-kaca, aku mengenali betul potongan kain tersebut, itu bekas baju lama yang dulu dikenakan Erik sehari-hari, baju lama yang kadang aku sendiri jijik mencucinya......

Beberapa ketika kemudian, dengan perasaan yang sukar digambarkan, aku pun keluar dari ruangan itu... Air mataku mengalir dengan deras. Semasa itu aku hanya diam saja. Tidak lama kemudian aku dan suami mulai menaiki kereta untuk meninggalkan tempat tersebut. 
Namun, tiba - tiba aku melihat seseorang di belakang kereta kami. Aku agak hairan sebab suasana semasa itu gelap sekali. Kemudian kelihatan wajah orang itu yang demikian kotor.

Ternyata ia seorang wanita tua. Kembali aku tersentak hairan apabila ia tiba-tiba menegur saya dengan suaranya yang parau.
"Heii...! Siapa kamu?! Mahuu apa kau ke sini?!"

Dengan memberanikan diri, aku pun bertanya, "Ibu, ibu kenal dengan seorang anak bernama Erik yang dulu tinggal di sini?"

Tiba - tiba Ia menjawab, "Kalau kamu ibunya, kamu sungguh perempuan terkutuk! Tahukah kamu, 10 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Erik terus menunggu ibunya dan memanggil, 'Mamaaa..., Mamaaa!'

Kerana tidak tahan melihatnya, saya kadang-kadang memberinya makan dan akhirnya mengajaknya tinggal bersama saya. Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai pengutip sampah, namun saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu! 
Tiga bulan yang lalu Erik meninggalkan sekeping kertas ini. Ia belajar menulis setiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu....."

Saya pun membaca tulisan di kertas itu...
"Mama, mengapa Mama tidak pernah kembali lagi...? Mama benci ya pada Erik? Ma...., biarlah Erik yang pergi sahaja, tapi Mama harus berjanji ya, kalau Mama tidak akan benci lagi pada Eric. Udah dulu ya Ma, Erik sayaaaang sama Mama, ......"

Aku menjerit histeria membaca surat itu. "Bu, tolong beritahu... beritahu di mana ia sekarang? Aku berjanji akan meyayanginya sekarang! Aku tidak akan meninggalkannya lagi, Bu! Tolong beritahu..!!" Suamiku memeluk tubuhku yang bergetar sangat kuat.

"Puan, semua sudah terlambat. Sehari sebelum puan datang, Erik telah meninggalkan dunia. Ia meninggal betul-betul di belakang pondok ini. Tubuhnya sangat kurus, ia sangat lemah. 
Hanya demi menunggumu ia rela bertahan di belakang pondok ini tanpa ia berani masuk ke dalamnya. Ia takut apabila Mama-nya datang, Mama-nya akan pergi lagi bila melihatnya ada di dalam sana ...

Ia hanya berharap dapat melihat Mamanya dari belakang pondok ini... Meskipun hujan lebat, dengan keadaannya yang lemah ia terus berkeras menunggu puan di sana. Puan, dosa anda sangat besar!"

Aku kemudian pengsan dan tidak ingat apa-apa lagi.Situslakalaka


Rufaidah binti Sa’ad : Tokoh Jururawat Islam

Kenapa tarikh 12hb Mei setiap tahun disambut sebagai Hari Jururawat Sedunia?

Florence Nightingale – 1820-1910 M (Tokoh Jururawat British)

Dunia barat berjaya mendapatkan tarikh ini sebagai tarikh penting bagi pengamal kerjaya kejururawatan bersempena dengan tarikh lahir Florance Nightingale. 

Florance Nightingale telah diwarwarkan sebagai tokoh jururawat dunia yang tersohor dan dikenali di mana-mana. Beliau telah dilahirkan di Itali pada 12 Mei 1820 sebelum bertugas di England. 

Anak warga British kelas atasan ini lebih dikenali sebagai ‘The Lady with the Lamp’ kerana telah bekerja gigih termasuk di sebelah malam bagi merawat askar-askar British yang luka ketika perang. Beliau juga telah mengasaskan Pendidikan Kejururawatan secara professional di St Thomas Hospital, London pada 1860 sebelum meninggal dunia pada 1910.

Adakan anda pernah dengar nama Rufaidah binti Sa’ad?


Abul Qassim az Zahrawi 936-1013M, Pakar Bedah Dunia – Cordova, Andalusia (Spain)

Nama Rufaidah Binti Sa’ad mungkin tidak semasyhur seumpama tokoh-tokoh Muslim yang lain seperti Al-Razi, Ibnu Sina dan Abul Qassim Az`Zahrawi tetapi Rufaidah sebenarnya memberikan sumbangan yang cukup besar di dalam dunia perubatan Islam.

Rufaidah Binti Sa’ad adalah merupakan jururawat pertama di dalam dunia Islam dan dunia perubatan sebenarnya. 

Sekiranya dunia moden kini menyanjungi Florence Nightingale sebagai jururawat tersohor kerana sumbangannya yang merawat para tentera British, seharusnya kita sebagai muslim menyanjungi dan menjadikan Rufaidah binti Sa’ad sebagai ikon, seorang jururawat hebat yang telah mempelopori dunia perawatan ini 1300 tahun  lebih awal sebelum Florence Nightingale.

Nama penuhnya ialah Rufaidah binti Sa’ad al Aslami, daripada suku Khazraj di Madinah. Beliau telah dilahirkan di Yathrib (Madinah) sebelum tahun hijrah dan merupakan di antara penduduk Madinah yang pertama memeluk Islam.

Apakah keistimewaan Rufaidah?

Beliau merupakan seorang  jururawat cemerlang yang  telah dilatih oleh ayahnya yang merupakan seorang doktor di Madinah pada ketika itu. Rufaidah menjalani latihan secara praktikal dengan menjadi pembantu klinikal kepada ayahnya.

Sejarah mencatatkan bahawa Rufaidah adalah seorang jururawat yang cemerlang yang mempunyai banyak ciri-ciri pengamal perubatan yang sangat istimewa.


Di antaranya ialah :

1-Seorang yang sangat baik, dedikasi dan mempunyai empati yang tinggi.

2-Seorang pengurus dan ketua yang berkebolehan yang mampu menggerakkan pasukannya  untuk menghasilkan tugas yang terbaik.

3-Berkemahiran klinikal tinggi dan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu mengajar dengar  jururawat-jururawat lain yang bekerja bersama-samanya.

4-Beliau tidak menghadkan tugasnya di dalam situasi klinikal sahaja, malah turut turun ke padang melihat sendiri keadaan masyarakat untuk menyelesaikan masalah sesuatu penyakit dari akar umbi.

5-Sumbangan Rufaidah tidak terhad kepada merawat orang sakit sahaja. Sifat ‘peduli ummah’ yang dimilikinya membuatkan Rufaidah bukan sekadar jururawat biasa. 

Beliau juga bertindak sebagai seorang aktivis sosial yang gemar ‘ambil peduli’ dan menyelesaikan masalah masyarakat. Tenaganya banyak disalurkan kepada kerja-kerja kebajikan dan tanggungjawab sosial di kalangan masyarakat.

6-Pelbagai golongan muslim telah didekati Rufaidah sama ada yatim piatu mahupun orang kurang upaya. Mengajar anak-anak yang buta huruf juga menjadi sebahagian daripada rutin dalam jadual hidup wanita istimewa ini.

Apakah pengiktirafan Rasulullah kepadanya?

Rufaidah telah mewakafkan dirinya untuk membantu barisan pejuang di Rasulullah saw. 

Ketika Kota Madinah menjadi sebuah Negara Islam yang mengalami banyak proses perkembangan kemajuan, Rufaidah telah mengabdikan dirinya untuk merawat orang ramai yang sakit. Sebuah khemah perubatan telah dibina di luar Masjid Nabawi ketika suasana aman.

Manakala ketika Perang Badar, Uhud, Khandaq dan Khaibar, Rufaidah sentiasa bersedia di barisan belakang sebagai aktivis perubatan dan merawat tentera Islam yang tercedera. 

Nabi Muhammad s.a.w sendiri memerintahkan perajurit yang cedera dirawat oleh Rufaidah.

Semasa Perang Khandaq, Panglima Sa’ad bin Mu’adz yang cedera telah dihantar ke khemah perubatan yang telah dibina dan kemudiannya Pahlawan yang berani itu kemudiannya telah dirawat oleh Rufaidah. 

Dengan kepakaran yang dimiliki, Rufaidah telah berjaya mencabut anak panah yang terpacak di lengan Sa’ad Bin Mu’adz.

Rufaidah juga telah melatih sekumpulan sahabiah sebagai jururawat yang sentiasa bersedia untuk menghadapi peperangan. 

Apabila Rasulullah s.a.w sedang sedia menuju ke lokasi Perang Khaibar, Rufaidah dan rakan-rakannya pergi bertemu Rasulullah s.a.w. untuk meminta kebenaran untuk turut serta menyertai rombongan para mujahidin itu ke medan perang.

Rasulullah s.a.w telah memperkenankan permintaan mereka. Dengan penuh semangat dan keazaman yang tinggi, kumpulan perubatan yang diketuai oleh Rufaidah telah menjalankan tugas dengan baik sehinggakan Rasulullah s.a.w mengurniakan sebahagian harta rampasan kepada mereka. 

Bahagian yang diterima oleh Rufaidah sama banyak jumlahnya dengan seorang mujahid yang turun berjihad di barisan depan di medan perang. 

Adakah pandangan anda terhadap kehebatan Rufaidah Binti Sa’ad ini?

Benarlah bahawa Rufaidah adalah seorang ’Ikon Peduli Ummah’ yang wajar diteladani kerana beliau adalah tokoh yang telah memenuhi objektif sabdaan Rasulullah yang bermaksud, ““Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain” (Hadith Riwayat Bukhari)

Peduli Ummah

Menangani Firaunisme

 
Dalam buku Tugas Cendikiawan Muslim, penulis dan pemikir terkenal dari Iran, Ali Shariati (1933-1975) menegaskan betapa ada “triniti sosial” yang selalu bergabung dalam melakukan penindasan dalam masyarakat. 

Firaun (kuasa), Bal’am (agamawan) dan Qarun (harta) merupakan tiga individu di dalam al-Quran yang telah dihuraikan oleh Shariati sebagai pewaris legasi Qabilian dalam pergelutan antara haq dan batil, keadilan dan kezaliman. 

Antara ketiga-tiga simbol kezaliman tersebut, saya berminat menghuraikan mengenai simbol kekuasan dan politik iaitu Firaun, memandangkan menerusi perbincangan ini kita juga bisa melihat penyalahgunaan agama dan pemonopolian harta.

Firaunism dan agama

Ramai yang seolah-olah tersilap faham mengenai hubungan antara Firaun dan agama, disebabkan Firaun sepertimana telah disebut dalam al-Quran dan juga Bible merupakan watak seorang raja yang menolak ajaran seorang Rasul.

Namun demikian, jangan kita lupa apa yang tersirat dalam pemerintahan dan pengamalan kasta pada zaman Firaun, sistem kasta piramid sosial sebagaimana bisa ditemui dalam banyak tulisan dan buku kajian mengenai tamadun purba Mesir menunjukkan bahawa kumpulan pendeta dan bangsawan (high priests and nobles ) pada zaman itu merupakan penghuni kelas yang ketiga selepas Firaun dan penasihatnya (Vizier, Haman merupakan vizier kepada Firaun pada zaman Musa as). 

Vizier dipilih oleh Firaun untuk menjadi rujukan dan mendapat nasihat sebelum membuat keputusan, para pengkaji menyebutkan bahawa dalam pelbagai zaman pendeta agama dilantik sebagai Vizier oleh Firaun, selain itu vizier dan pendeta lebih utama untuk berada dalam barisan pentadbiran jika dibandingkan dengan kelompok bangsawan.

Melihat pada kelas-kelas pada piramid sosial tersebut menunjukkan bahawa peranan agama dalam administratif monarki di Mesir sangat tinggi pengaruhnya dan di sinilah timbul persoalan, apakah peranan terpenting agama dalam pemerintahan firaun?

Apabila kita melihat kelompok terakhir dalam piramid sosial tersebut iaitu para hamba dan petani/buruh (slaves and farmers) yang merupakan peratus tertinggi dalam populasi masyarakat Mesir Purba, seakan-akan sebahagian daripada jawapan telah diperoleh untuk menjawab soalan di atas. 


Apakah rasionalnya sebuah agama jika penindasan dan kezaliman dihalalkan? Di manakah relevansi agama tatkala suara rakyat dihalang sementara kemuncak firaunism pula ialah deklarasi wajibnya kepatuhan dan ketuhanan tanpa soal, tiadanya konsep semak imbang?

Agama yang dicandukan

Pengamalan agama secara tidak jujur dan berkepentingan sebegitu telah berleluasa dalam sejarah Barat dan Muslim, justeru tidak hairanlah Karl Marx (1818-1883) mengkritik peranan agama dengan menyatakan:

“Religion is the sigh of the oppressed creature, the heart of a heartless world, and the soul of soulless conditions. It is the opium of the people. The abolition of religion as the illusory happiness of the people is the demand for their real happiness. To call on them to give up their illusions about their condition is to call on them to give up a condition that requires illusions. The criticism of religion is, therefore, in embryo, the criticism of that vale of tears of which religion is the halo.”

Kritikan tersebut sewajarnya diterima secara kritikal oleh kita, bahawasanya telah berlaku dan sedang berlaku tindakan pembodohan atas nama agama. 

Tatkala rakyat menderita dengan inflasi yang diakibatkan salah guna kuasa, maka ketika itulah agamawan kerajaan berperanan menyeru kepada kepentingan syukur! Apabila penindasan dan pengamalan dictator semakin berleluasa, tika itu televisyen menyiarkan forum agama tentang haramnya demonstrasi aman.

Pembodohan atas nama agama merupakan rukun utama firaunism, sebagaimana ternukil dalam al-Quran (al-Zukhruf : 54):

“Maka firaun mempengaruhi kaumnya, lalu mereka patuh kepadanya, sesungguhnya mereka (kaumnya) itu dari kalangan orang-orang fasiq”

Firaun memperolok dan memperendah akal kaumnya, lantas kaum yang tidak berfikir itu menuruti dan menyahut segala arahan, tanpa soal dan tanpa bantahan. 

Kebodohan rakyat dan sikap “redha” merupakan syarat asas dalam mengekalkan Firaun di tampuk kuasa, sementelah Firaun telah mendapat bantuan pendeta agama dan memutar belit falsafah agama. 

Malahan dalam strategi politik kolonial, sememangnya sesuatu bangsa itu akan dibiarkan terus dalam kitaran kebodohan dan pasif dalam isu-isu politik dan kebangsaan.

Lebih mendukacitakan apabila sentimen agama dan perkauman telah dimanipulasi demi mengekalkan kekuasaan, isu-isu agama diputar 180 darjah demi menutup segala amalan penyelewengan, rasuah dan ketidakadilan dalam pemerintahan. 

Institusi-institusi fatwa yang terang-terangan tidak bebas daripada pengaruh pemerintah pula akan mengeluarkan fatwa-fatwa dalam pelbagai isu kecil dan sudah diketahui hukumnya oleh majority umat Islam, sambil mendiamkan diri daripada laporan audit yang menyentuh soal penyelewengan wang dan “ghaibnya” harta rakyat. 

Kepentingan mengekalkan pemerintah korup yang satu bangsa dan satu agama dengan rakyat majoriti telah didoktrin kononnya demi menegakkan keIslaman dan kebangsaan, lantas sentiment keagamaan itu telah menghanyutkan sampah sarap kezaliman dan kediktatoran.

Pengalaman Ghannouchi dan Gerakan Islah

Satu ketika dahulu, Ghannouchi (1941-sekarang )merumuskan bahawa salah satu halangan untuk menentang rejim zalim di Tunisia (sekitar 1970-an) ialah at-tadayyun at-taqlidi at-tunisi (the traditional Tunisian religiosity)yang mengandungi tiga unsur iaitu mazhab fiqh Imam Malik, doktrin akidah al-Ash ‘ariyah dan Sufism. Dalam buku biografi pemikiran Ghannouchi, Azzam Tamimi menulis sebagaimana berikut:

“He sees the exclusive adoption of the Maliki school of fiqh (jurisprudence) as a sign of rigidity and intolerance, and consequently a restriction of ijtihad. The adoption of the al-Ash’ariyah doctrine of theology, in his analysis, compounded the crisis, because the doctrine tends toward al-jabariyah (fatalism).”

Menurut beliau juga, Sufism di Tunisia juga telah mengajarkan budaya penyerahan tanpa soal kepada guru (konsep murid dan shaykh dalam sesetengah tarekat), Ghannouchi berpendirian untuk menentang fatalism dan fahaman taqlid dalam bermazhab. 

Beliau berpandangan, fatalism mesti diganti dengan free will (menurut doktrin taqdir Ibn Taymiah) dan Ghannouchi sendiri merupakan penulis dan pengkaji pertama dalam dunia kontemporari Tunisia yang menghasilkan tulisan tentang Ibn Taymiah menerusi buku beliau bertajuk al-Qadar ‘inda Ibn Taymiah (Destiny in the thought of Ibn Taymiah/ al-Qadar menurut pandangan Ibn Taymiah). 

Selain itu menurut beliau perubahan hanya akan dicapai sekiranya taqlid diganti dengan budaya ijtihad dan ketaatan buta terhadap guru tarekat diganti dengan sikap yang diasaskan pada kesamaan, kebebasan memilih dan menghilangkan sakral dan kesucian tokoh-tokoh sufi.

Syahdan, apa yang dilalui oleh Ghannouchi merupakan resam setiap agenda islah, bahkan itu juga yang pernah dilalui oleh Shaykh Muhammad Abduh dan diteruskan oleh murid-muridnya di banyak ceruk dunia dan tidak berkecuali di Tanah Melayu.

Selain Syed Syeikh al-Hadi dan Syeikh Tahir Jalaludin, Zaaba (1895-1973) juga merupakan tokoh yang penting dalam berhadapan dengan konservatif agama. Bukunya, “Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri” sarat dengan pelbagai mesej mengkritik budaya taqlid buta, “redha” dengan pembodohan dan menyeru kepada budaya berfikir yang baru dalam beragama terutama dalam kalangan bangsa Melayu. 

Pemikiran dan tulisan Zaaba telah ditentang oleh para konservatif agama di Perak pada satu masa dahulu, lalu tulisan-tulisan beliau dilarang daripada disebarkan, namun akhirnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengambil tanggungjawab menyebarkan khazanah bernilai tersebut kepada masyarakat.

Antara kata-kata Zaaba dalam buku tersebut ialah: “Tuhan selalu mencela keras akan orang-orang yang hanya mengikut dengan buta tuli sahaja apa yang dikatakan orang atau apa yang biasa dibuat orang. Umpama mereka yang berdegil mengikut jalan nenek moyang atau pendapat orang dahulu-dahulu dengan tiada ditimbang lagi salah benarnya atas neraca timbangan akal sendiri, bahkan tiada dikira walaupun berlawanan dengan akal fikiran yang insaf dan bersalahan dengan ilmu pengetahuan yang sah betulnya.” (m.s 24)

Secara umumnya, kita dapat melihat dalam merawat krisis umat, Abduh, al-Banna, Ghannouchi, Syed Syeikh al-Hadi, Zaaba dan lain-lain telah menawarkan pendidikan dan pencerahan akal dalam mengeluarkan umat daripada kelemahan menuju kekuatan.

How Islamic are Islamic Countries?

Tragedi pembodohan atas nama agama tidak berhenti setakat itu sahaja, malahan dalam berpolitik dan bernegara, masih banyak terdapat “self-declared Islamic State” yang berdiri tegak dengan memutar belit hujah-hujah agama. 

Wacana kebebasan dimulakan dengan “kebebasan dalam Islam ada hadnya”, lantas diceritakan had-hadnya hingga ditinggalkan makna kebebasan daripada disebar dan diamal. Wacana hak asasi manusia dan demokrasi ditolak kerana katanya ia berasal dari Barat, lantas dipraktikkan apa yang diakui mereka sebagai nilai-nilai Islam sambil menolak pandangan-pandangan sarjana lain. 

Dalam hal ini, rasionalnya persoalan yang dikemukakan oleh Scheherazade S. Rehman dan Hossein Askari dalam sebuah makalah yang disertai statistic, “How Islamic are Islamic Countries?”

Kajian yang menjadikan isu-isu ekonomi, keadilan, akauntabiliti, tata-kelola yang baik (good governance), isu pendidikan dan nilai-nilai utama yang lain (Sebelum mengemukakan hasil kajian, Rehman dan Askari telah menguraikan dengan agak terperinci mengenai nilai-nilai yang diambil kira, sila rujuk lanjut kajian tersebut) telah menobatkan anggota OIC (Organization of Islamic Conference) di tangga yang terkebelakang dan corot berbanding negara-negara bukan Islam yang lain. 

New Zealand, Luxembourg, Ireland, Iceland telah mendahului senarai Overall Islamicity Index Rank, sementara jaguh negara agama seperti Arab Saudi dan Iran masing-masing menduduki tangga ke-131 dan 163.

Sekali lagi diulang pertanyaan, sejauh manakah Islamnya Negara Islam? Asas-asas dan nilai yang disediakan Islam dalam konsep kenegaraan sangat jelas, bahkan menurut Rehman dan Askari, lebih teliti berbanding doktrin dalam agama Kristian. 

Namun mengapakah negara-negara yang mengistiharkan pemisahan antara negara dan gereja (agama) mendahului kategori negara yang mempraktikkan nilai-nilai Islam jika dibandingkan dengan self-declared Islamic Countries?

Dalam menjawab persoalan tersebut, saya merujuk kembali kepada perbincangan kita di atas iaitu bahawa budaya firaunism seperti memanipulasi peranan agama, pengsakralan pemerintah, menghalang hak asasi rakyat, pembodohan terhadap rakyat (menyekat maklumat-maklumat menerusi kawalan terhadap media) dan seumpamanya telah mendominasi sesetengah negara umat Islam. 

Maka menjadi tanggungjawab umat yang sedar untuk merubah dan merawati masyarakat, selain menentang segala macam unsur-unsur firaunism, atas apa nama sekalipun sama ada akta mahupun rang undang-undang. 

Menentang firaunism ialah tanggungjawab utama manusia, selain merupakan bukti keluruhan keimanan manusia beragama. Bagaimana bisa diakui hidup berTuhan sekiranya dalam masa yang sama membiarkan peraturan dan manusia angkuh berlagak Tuhan?

Demokrasi dan kebebasan bersuara

Terbaru di tanah air kita, Rang Undang-undang Perhimpunan Aman telah diluluskan oleh parlimen (khasnya menerusi pihak Kerajaan sementara ahli parlimen Pakatan Rakyat telah sebulat suara membantah). 

Hal yang sungguh mendukacitakan ini berlaku setelah beberapa tragedi tragis menimpa demokrasi di tanah air seperti tindakan polis terhadap demonstran Bersih (Julai 2011) dan hak kebebasan akademik yang dicabul.

Kebebasan bersuara dan berhimpun merupakan salah satu rukun terpenting demokrasi. Tindakan menyekatnya atas apa jua nama mengingatkan kita dengan peristiwa Firaun yang menyatakan kepada kaumnya (al-Ghafir : 29) :

“Wahai kaumku! Kamulah yang memiliki kerajaan (Mesir) pada hari ini, kamulah yang terkemuka di dunia ini, tetapi siapakah yang dapat menolong kita dari azab Allah jika azab itu menimpa kita?

Jawab Firaun: Aku tidak kemukakan fikiranku melainkan apa yang aku pandang baik dan aku tidak tunjukkan kepada kamu melainkan jalan yang benar.”

Salah seorang yang beriman dengan ajaran Musa as telah menasihati Firaun menerusi ruang yang ada, namun dijawab penuh kesombongan oleh Firaun, “Aku tidak kemukakan fikiranku melainkan apa yang aku pandang baik dan aku tidak tunjukkan kepada kamu melainkan jalan yang benar.” 

Jawapan itu telah menutup pintu semak imbang, akauntabiliti dan bantahan daripada masyarakat. Jawapan itu jugalah yang akan menyebabkan kediktatoran berkekalan atas nama pemerintah sentiasa betul!

Pengamalan menyekat kebebasan bersuara dan berhimpun petanda kepada malapetaka yang besar menimpa seluruh manusia dan tidak menghormati karamah insaniah (human dignity) kerana dalam dunia hari ini, hak untuk bersuara merupakan antara hak paling asas yang dimiliki insan. Prof Tariq Ramadhan dalam bukunya The Quest For Meaning menyatakan:

"At the human and physiological level, the first freedom is the freedom we acquire once we have satisfied our elementary natural needs.” (pg. 55)

Kenyataan daripada Prof Tariq itu lebih menekankan bahawa apalah gunanya kehidupan sebagai seorang manusia sekiranya hak-hak asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal (keperluan terdesak/dharuri) masih tak terjamin, dan dalam konteks hari ini ketempangan pemerintahan dan salah guna kuasa antara yang menyumbang ke arah terbatasnya hak-hak asas tersebut. 

Dari sudut yang lain, “elementary natural needs” selaku seorang warganegara pula mengajak kita merenung betapa status kita selaku warganegara (manusia) mesti diragui lantaran hak asasi kita iaitu kebebasan bersuara dan berhimpun telah dinafikan secara tidak rasional.

Khatimah

Seorang ulama Turki, Musa Topbas telah menukilkan kata-kata penuh inspirasi daripada Rumi dalam bukunya, The Secret in The Love for God (edisi asal bertajuk Muhabbetteki Sir, diterjemah daripada bahasa Turki):

"O traveller of truth! Do you want to know the truth? Neither Moses nor the Pharoah are dead. They are alive in you. They keep fighting each other in you! So look for them in yourself!"

Puisi ini boleh dinilai dan dihayati dari pelbagai sudut, namun temanya tetap sama iaitu menonjolkan pertarungan dan pergelutan antara haq dan bathil, adil dan zalim, dosa dan pahala dan sebagainya. 

Ya benar, Firaun dan Musa itu sedang mendiami diri kita, pertarungan itu berterusan dan sentiasa berlaku. Pergelutan antara Musa dan Firaun juga telah melatari sistem politik kita. Oleh itu di mana ada firaunism maka di pada ketika itu kita semua adalah Musa!

Islah adalah jalan keluarnya, sementara pembodohan adalah halangan terbesar.

Artikel ini juga boleh dibaca di laman al-ahkam.net ( sini )

Dari Tunisia, kemudian Maghribi dan kini Mesir

 http://emajmagazine.com/wp-content/uploads/2011/05/muslim-brotherhood.jpg
Dalam pengiraan awal Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), nampaknya akan memenangi plihanraya parlimen Mesir. Menurut hasil pengiraan awal Parti Kebebasan dan Keadilan mendapat sokongan 40 peratus. 

Sementara itu, Parti al-Nour yang didirikan oleh kumpulan Salafi kemungkinan mendapatkan 70 kerusi. Meskipun, pemerintah melewatkan pemunguman keputusan pilihanraya, sehingga hari Jum'at atau Sabtu.


Nampaknya, pasca regim-regim kuku besi di dunia Arab dan Afrika Utara, seperti Zine el Abidin ben Ali, Hosni Mubarak, Ali Abdullah Saleh, Muammar Gaddafi, Bashar al-Assad, dan sejumlah negara lainnya, seperti Maghiribi, Algeria dan Jordan, kekuatan politik Islam akan mengambil alih kekuasaan di beberapa negara.


Sesudah Parti An-Nadhah yang dipimpin Prof. Rashid Ghannoushi memenani pilihanraya Tunisia, di susuli Parti Islam Keadilan Maghribi, juga memenangi pilihanraya di negeri Afrika Utara itu. 

Sementara itu, pilihanraya di Mesir, negeri yang paling tinggi jumlah penduduknya di dunia Arab yang jumlahnya mencapai 86 juta,nampaknya Partai Kebebasan dan Keadilan (FJP)), yang didirikan oleh Jamaah Ikhwanul Muslimin memenangi pilihanraya. 

Kemenangan Parti Kebebasan dan Keadilan semakin mengukuhkan perubahan di dunia Arab dan Afrika menuju Islam.


Pengiraan keputusan pilihanraya


Hasil kiraan awal pilihanraya pertama Mesir selama enam dekad , yang diterima pada Khamis, Parti Kebebasan dan Keadilan memenangi majoriti di parlimen. 

Kemenangan Parti Kebebasan dan Keadilan ini, semakin menunjukkan perubahan politik yang luas di dunia Arab dan Afrika, pasca revolusi telah memberikan peluang yang lebih besar kepada Jamaah Ikhwan.


Ikhwanul Muslimin, sebuah Jamaah yang tertua dan lahir di tahun l928, yang didirikan oleh Hasan al-Banna, layak mendapatkan dukungan politik dari rakyat Mesir. 

Kumpulan Islam yang terorganisasi dengan sangat baik di Mesir telah memiliki pengalaman politik yang sangat luar biasa menghadapi para regim kuku besi. Jamaah Ikhwan menghadapi kehidupan politik yang sangat keras, hampir satu abad.


Para pemimpinnya terus berjuang dengan sabar menghadapi penindasan politik. Bahkan banyak para tokohnya yang syahid, termasuk pengasasnya al-syahid Hasan al-Banna yang maut ditembak aparat penguasa Mesir. 

Sebahagian diantara mereka ada yang dihukum gantung, seperti Sayyid Qutb, Abdul Qadir Audah, dan sejumlah tokoh Ikhwan lainnya, yang menolak mendukung Presiden Gamal Abdul Nasser.


Para pemerhatil politik melihat kemungkinan Parti Kebebasan dan Keadilan mendapatkan kira-kira 40 peratusundi , yang merupakan keputusan pusingan pertama pemungutan suara.


Keberhasilan kekuatan politik Islam dalam pilihanraya Mesir, yang mempunyai posisi strategik secara geopolitik, selterusnyanya akan mempunyai spektrum politik yang luas bagi dunia Arab dan Afrika Utara. 

Ini akan terus mendorong perubahan di seluruh kawasan. Kemenangan kekuatan politik Islam itu, kerana faktor keikhlasan dan kesabaran serta kesungguhan para pemimpin yang sudah menghadapi penindasan, tanpa harus bersikap pragmatis dan oportunis terhadap para penguasa yang kuku besi.


Perdana Menteri Qatar Sheikh Hamad bin Jassim al-Thani, mengatakan kekuatan kumpulan Islam kemungkinan besar akan mengambil alih kekuasaan di seluruh dunia Arab dan Afrika Utara, pasca revolusi, ujarnya.


Pejabat Parti Kebebasan dan Keadilan mengatakan partinya akan memenangi pilihanraya dalam perebutan kerusi parlimen sekkurang-kurangnya sepertiga dari jumlah kerusi parlimen. 

Sementara itu, Parti Al-Nour, salah satu dari kumpulan Islam Salafi, mengatakan bahawa al Nour akan mendapat 70 kerusi di majlis yang baru.


Kemungkinan parti-parti Islam akan membentuk blok majoriti yang solid di parlimen. Nampaknya, kekuatan Ikhwan dan Salafi di parlimen Mesir masa hadapan akan menjadi kekuatan penentu dalam politik di Mesir.


Bahaya Demokrasi


Ali Khafagi, pemimpin komite pemuda Parti Kebebasan dan Keadilan, mengatakan, tujuan Ikhwan adalah mengakhiri rasuah dan melakukan reformasi dan pembangunan ekonomi.


Keutamaa Jamaah Ikhwan melalui Parti Kebebasan dan Keadilan adalah membenteras kemiskinan, yang menjadi warisan Hosni Mubarak. 

Mungkin langkah pertama yang akan dilakukan Parti Kebebasan dan Keadilan adalah meningkatkan pertumbuhan ekonomi, memerangi kemiskinan, dan meyakinkan para pengundi, bahawa mereka mampu mengatasi masalah rakyat Mesir, yang sudah berlangsung berpuluh-puluh tahun.


Setiap pemerintah baru harus bergelut dengan krisis ekonomi yang telah memaksa mata wang Mesir ke tahap terendah dalam hampir tujuh tahun ini. Pelaburan di Mesir juga turun drastik akibat revolusi, termasuk di bidang pelancungan.


Dewan Agung Tentera (SCAF) Mesir yang dipimpin Marsal Ahmad Husien Tantawi, kemungkinan tahun depan, segera akan menyerahkan kekuasaannya kepada pemerintahan awam. 

Setelah selesai pemilihan presiden. Sebuah perubahan yang sangat menarik, yang dimulai dari penumbangan regim Hosni Mubarak, dan pengalihan kekuasaan melalui pilihanraya.


Sebelumnya, kelompok nasionalis dan sekular yang dipimpin Mohammad el-Baradei, berusaha menghalang kemaraan kumpulan Islam dengan cara melakukan pendudukan Tahrir Square, dan memaksa Marsal Tantawi menyerahkan kekuasaan tenterakepada el-Baradei, tetapi itu gagal.


Namun, nampaknya sesudah Parti Kebebasan dan Keadilan memenangi pilihanraya, kemungkinan segera akan membentuk pemerintahan baru. Posisi perdana menteri kemungkinan akan jatuh kepada Parti Kebebasan dan Keadilan. 

Hal itu, seperti dikemukakan oleh pemimpin Parti Kebebasan dan Keadilan, pada hari Selasa lepas.


Perdana Menteri Essam Sharaf telah mengundurkan diri semasa berlangsung tunjuk perasaan besar-besaran di Tahrir Square, yang mengorbankan 42 orang , dan menjadi pusat pemberontakan anti-Mubarak.


Kemudian, Kamal al-Ganzouri, diminta oleh tentera membentuk "Pemerintah Keselamatan Nasional", bertujuan untuk menyelesaikan tugas berikutnya, tetapi dia mengakui pada Rabu bahawa lima calon presiden telah menolak undangan untuk bergabung dengan kabinetnya.


Sejarah baru di dunia Arab dan Afrika Utara berubah. Di mana regim-regim kuku besi yang nasionalis dan sekular telah berakhir dan ditumbangkan oleh kekuatan rakyatnya. Sekarang kekuatan baru yang digerakkan kumpulan Islam mengambil alih kekuasaan.


Namun, tidak sedikit para pemimpin dan tokoh Gerakan Islam yang jatuh tertelungkup, sesudah menggapai kekuasaan, dan meninggalkan tugasnya yang asas, menegakkan Islam.


Kerana, demokrasi boleh menjadi "candu" yang mengangu gugat komitmen mereka bagi menegakkan Islam, dan mengkompromikan dengan kepentingan duniawi. Adakah akan ada kehidupan lebih baik? Eramuslim


Kelebihan Hari 'Asyura - 10 Muharram



"Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik.

Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (HR Bukhari)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (HR Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (HR Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (HR Muslim)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (HR Muslim)

Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla', disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja.
lenggangkangkung


Fadhilat surah As-Sajdah



SURAH As-Sajdah (bererti sujud) adalah surah yang ke 32 dalam Al-Quran mengandungi 30 ayat. la dinamakan As-Sajdah kerana terdapat ayat yang menerangkan perihal orang-orang yang beriman, apabila mendengar ajaran kitab Allah lalu sujud sebagai bersyukur atas segala nikmat Allah. Selain dari itu ditegaskan dasar tauhiddan dalil-dalil yang membuktikan keesaan Allah, disamping mengurniakan taufiq dan hidayah kepada umat Islam.

Surah As-Sajdah adalah di antara beberapa surah di dalam Al-Quran yang mengandungi ayat Sajdah iaitu ayat yang disunatkan Sujud Tilawah bagi seseorang yang sedang membacanya, sama ada ketika solat atau tidak.

Terdapat beberapa Hadis Rasulullah SAW yang menerangkan fadhilat, faedah dan hikmah untuk mereka yang mengamalkan membaca Surah As-Sajdah ini.

1. Baginda tidak akan tidur sebelum membaca Surah ini dan Surah Al-Mulk.

2. Melindungi pembacanya dari seksa kubur.


3. Mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka tetap solatnya pada malam lailatul-qadar.

4. Mendapat hidayah ilmu yang yakin.

5. Dikurniakan cahaya (nur) pada dirinya semasa ia mati.

Surah ini dibaca oleh imam di kebanyakan surau dan masjid pada pagi Jumaat di dalam solat subuh. Dengan menghadiri solat subuh tersebut, insyallah, hikmah dan fadhilat akan diperolehi.

** Sentiasalah Berusaha Untuk Mendekatkan Diri kita kepada Allah S.W.T. **
I Luv Islam