‘Gugurnya’ penakluk gunung ( Zaidi Bidin )


Gunung terakhir yang dijejaki arwah sehingga ke puncak iaitu Gunung Lawu di Jawa Timur, Indonesia pada 12 - 13 Februari 2011.
Salam,

Penulis baru menerima berita sedih dari Malaysia, Abang Zaidi ( Zaidi Bidin) sahabat seperjuangan di kampus telah kembali ke Rahmatullah semasa mendaki sebuah gunung di Sabah.

Terlalu banyak kenangan bersama Abang Zaidi di kampus. Seorang pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam dan aktivis kampus yang gigih, abang Zaidi banyak mengajar penulis berjuang secara tersusun.

Penulis banyak memerhati cara abang Zaidi melaksanakan tugasnya sebagai Setiausaha PMI dan jamaah kampus .

Kerjanya tidak bertangguh, kemas, minit yang tersusun, perancangan yang berstrategi cukup mengajar penulis bekerja dengan cara yang sama sehingga sekarang.

Kerap penulis pergi ke biliknya di asrama Harapan untuk mendapat nasihat dari beliau, meluahkan perasaan dan bertukar pandangan.

Penulis juga selalu meminta tolong beliau menterjemah artikel berbahasa Inggeris kerana beliau berkebolehan dalam bahasa Inggeris.

Pernah penulis , tinggal sebilik dengannya di rumah sewa Taman Brown semasa beliau sudah bekerja dan penulis berada di tahun empat. Masih terbayang senyuman yang sentiasa terukir, masih terkenang pengalaman berjuang bersamanya.
Penulis tahu melalui facebooknya, mengenai hobinya mendaki gunung. Dah banyak gunung ditakluknya di serata dunia. Walaupun begitu, beliau tetap sokongan kepada perjuangan Islam.
Tetap menjaga solat walaupun sesukar mana dalam pendakian. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Ini adalah berita kematiannya yang terpapar dalam akhbar . Bacalah......

LALUAN ke puncak gunung Nambuyukong dekat Pondok Seraya berhampiran sub stesen Serinsim, Kota Marudu, Sabah sunyi sepi seketika. Masing-masing terkesima menyaksikan peristiwa yang telah dicatatkan di dalam Luh Mahfuz.

Tepat pukul 1.10 petang, 4 Mac 2011 lalu, Zaidi Bidin yang terkenal sebagai penakluk gunung pergi buat selama-lamanya.
 

Allahyarham meninggal dunia ketika dalam misi untuk menawan tiga gunung di Sabah.

Berada di sisi ketika arwah menghembuskan nafas terakhir ialah pendaki dari Filipina Dr. Gideon Lasco, Zainudin Lot (Deeno), Ayieen Carlos Ng Ismail dan Muhammad Fuad Mohd.

Kesemua mereka bersama 15 pendaki lain sedang menjayakan program mendaki tiga gunung - Nambuyukong, Tambuyukon dan Trusmadi di Sabah pada 3 hingga 9 Mac 2011.

Manusia hanya merancang, Allah SWT menentukan segalanya. Tiada siapa menyangka itu merupakan misi terakhir Zaidi dalam aktiviti yang amat disukainya itu.

Zaidi rebah dekat Pondok Seraya, salah satu pondok rehat yang terdapat di sepanjang laluan ke puncak Nambuyukong.

Meneliti catatan Dr. Gideon yang dipaparkan di facebook arwah, pendakian bermula sekitar pukul 10 pagi. Mereka meninggalkan beg besar di pondok rehat pertama iaitu Pondok Damar untuk mendaki ke puncak. Kemudian turun semula bagi meneruskan pendakian ke gunung Tambuyukon.

Antara Pondok Damar ke Pondok Seraya, arwah mula kelihatan lemah dan meminta untuk berehat seketika.

Perjalanan diteruskan tetapi tidak lama kemudian, arwah meminta untuk berehat lagi. Kali ini lebih panjang dan arwah sempat tertidur.

Selepas 30 minit berehat, arwah meneruskan perjalanan, tetapi tidak lama kemudian, arwah berhenti seketika, sambil berkata: “I’m feeling much better now”.

Namun tidak lama kemudian iaitu kira-kira 200 meter melewati Pondok Seraya, arwah rebah. Melihat situasi itu, Fuad berlari ke arah Deeno dan Ayieen untuk meminta bantuan. Manakala Dr. Gideon melakukan CPR selama 45 minit untuk membantu arwah.

Sebaik sahaja menerima berita kecemasan itu, ketiga-tiga mereka berlari semula ke arah arwah yang ketika itu masih bernafas.

Namun nafas arwah sudah tersekat-sekat dan akhirnya Dr. Gideon berkata: “Biarlah dia pergi, tidak ada apa-apa yang boleh kita lakukan lagi.” Mendengar itu, kalimah syahadah dibisikkan ke telinga arwah, berkali-kali.

Peserta di hadapan diarahkan berpatah balik. Komunikasi melalui radio digunakan. Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, air mata para peserta terbabit tidak dapat ditahan lagi.

Baru sebentar tadi, mereka saling bergurau, ketawa bersama dan berbual mesra antara satu sama lain.

Tanpa melengahkan masa, jenazah diusung keluar secara bergilir-gilir sehingga tiba di pejabat perhutanan - tempat mula mendaki.

Dari situ, jenazah dibawa ke Hospital Kota Marudu, sebelum dipindahkan ke Kota Kinabalu dan terbang ke Kuala Lumpur dengan pesawat MasKargo tengah hari esoknya.

Jenazah tiba di Masjid Bukit Jelutong pada 5 Mac kala azan Asar berkumandang.

Beruntungnya arwah kerana ruang masjid dipenuhi jemaah yang mengerjakan solat Asar yang kemudian menyempurnakan pula solat jenazah sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam untuk disemadikan.

Keluarga angkat arwah yang berketurunan Cina termasuk rakan-rakan arwah dari Penang Adventure Club turut menziarahi.

Saya mengenali arwah pada 2005 ketika arwah mengikuti program anjuran kelab Eco Adventure ke gunung Benum, Pahang. Kemudian bersama-sama menjayakan program Everest Base Camp dan Kalapathar di Banjaran Himalaya, Nepal pada 2006.

Program terakhir bersama arwah adalah pada Mei tahun lalu iaitu ke gunung Mulu di Sarawak.

Pada usia 41 tahun, arwah yang masih bujang meninggalkan keluarga dan rakan-rakan dalam kesedihan yang masih tidak tertanggung.

Sayu hati melihat sekujur tubuh yang ketika hayatnya adalah seorang pemburu, penakluk dan pencinta gunung yang tiada tolok bandingnya.

Setakat yang diketahui, arwah seorang yang sihat. Tetapi dalam khidmat pesanan ringkas (SMS ) kepada rakan pendaki dari Indonesia yang dikenali Reginald Egi’ Rangingisan yang dipaparkan dalam facebook arwah berkata:

“Menurut doktor, x-ray menunjukkan paru-paru saya juga tiada masalah. Blood test juga okey tapi ada infeksi.

“Saya sudah diberi ubat. Hari Jumaat harus datang lagi ke rumah sakit untuk pemeriksaan dada.” Selain itu, ada khabar mengatakan arwah telah lima minggu mengalami batuk yang tidak sembuh walaupun telah menemui doktor.

Pemergian arwah meninggalkan satu legenda tersendiri dalam aktiviti mendaki gunung di negara ini.

Sejak mula mendaki pada 2002 sehingga Februari 2011, arwah telah menakluk 123 puncak gunung.

Bukan saja di negara sendiri, malah melangkau ke banjaran Himalaya; menjejak puncak tertinggi benua Afrika di gunung Kilimanjaro pada 2008; selain gunung-gunung di Vietnam, Filipina dan Indonesia.

Arwah begitu disayangi rakan taulan kerana sikapnya yang baik, saling menolong dan terkenal sebagai seorang pendaki tegar.

Dalam setiap ekspedisi, dia sentiasa berjalan paling hadapan selain tidak kedekut ilmu tentang selok belok aktiviti mendaki.

Tanyalah apa saja, arwah dengan senang hati akan berkongsi segala rahsia alam termasuk memberi tip mendaki dalam cuaca sejuk membeku di Himalaya, mahupun panas terik di jalur gunung berapi.

Draf stamina dan langkahnya yang panjang membuatkan arwah sentiasa sampai dahulu ke tapak perkhemahan mahupun di puncak.

Di puncak, perkara pertama yang arwah akan lakukan adalah melaungkan azan memuji-muji kebesaran Tuhan. Arwah selalu berkata, diri terasa dekat dengan pencipta tatkala berada di puncak-puncak gunung.

Masih terngiang-ngiang di telinga merdunya suara arwah melaungkan azan di puncak Kalapathar.

Semangat saya yang hampir hilang membara semula sebaik sahaja terdengar laungan azan itu.

Begitu juga di puncak Mulu dan puncak-puncak lain yang dijejakinya. Pasti selepas ini, rakan-rakan akan merindui suara azan arwah.

Coretan ini diakhiri dengan kata-kata kiriman rakan pendaki arwah dari Sulawesi, Indonesia yang dipaparkan di facebook arwah:

“Berjuta air mata tercurah mengenang masa-masa indah, kebersamaan, perhatian dan kasih sayang saat bersamamu...

Kau mengajarkan banyak hal dalam hidup kami... Kami tak kuasa mendengar hal ini, sungguh tak kuasa...”

Oleh ROHANA MAN
rohana.man@utusan.com.my

Akhir sekali, marilah kita sama-sama sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada Zaidi Bidin. AL-FATIHAH


Wassalam

Kambing jadi penjaga rumah di China

Kambing putih ini menjadi penjaga rumah di China

Seorang lelaki China mengatakan bahawa dia telah melatih kambing peliharaannya untuk melakukan trik agar boleh menjadi anjing penjaga.

Zhao Huaiyun mengatakan bahawa kambing unik berusia 20 bulan tersebut akan berkelahi dengan anjing jalanan untuk melindungi rumahnya di Mianzu, barat daya China Sichuan.

Dia pun mengatakan bahawa binatang tersebut juga selalu mengingatkannya untuk mengangkat telefon ketika dia berada di luar rumah dan tidak mendengar suara telefon berdering.


"Binatang itu sangat cerdas. Dia suka menari dengan saya, dia juga boleh berjabat tangan dengan tamu," ujar Zhao.

"Ketika dia mendengar suara telefon saya berdering, dia terus berlari ke arah saya, meletakkan kakinya ke tangan saya, dan terus mengembik hingga saya mengangkat telefon itu," lanjutnya.

"Terkadang anjing tetangga lari kerumah saya dan cuba mencuri makanan, kemudian kambing saya akan menghalanginya dan mengusirnya. Jika dia tidak boleh menang dalam perkelahian, dia akan lari masuk ke dalam rumah dan minta bantuan saya," katanya.blak-blakan

Ikan unik dan aneh yang berenang terbalik

 
Ikan unik yang berenang terbalik ini namanya Synodontis. Ikan Synodontis merupakan jenis ikan hiasan air tawar yang berasal dari daerah sungai Nil di benua Afrika. 

Ikan aneh ini termasuk dalam kelompok catfish dari keluarga Mochokidae. Nama Synodontis berasal dari bahasa Yunani, iaitu syn berarti bersama dan odon bererti gigi kerana ikan Synodontis hidup berkelompok dalam koloninya dan memiliki gigi-gigi mandibular.

Ikan Synodontis mempunyai sirip dorsal tegak yang indah dan menjulur panjang sehingga sering dinamakan featherfin catfish. Ikan Synodontis juga mempunyai keunikan iaitu dapat berenang dengan posisi tubuh terbalik. 

Memandangkan keunikannya ini ikan Synodontis mempunyai daya tarik dan menjadi buruan para penggemar ikan hias. Ikan ini memakan beberapa pakian alam seperti cacing, larva nyamuk dan pakan buatan (pellet). kaskus






Tulahan : Jangan kata Gobala, wakil rakyat PAS pun sama juga

Salam,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjUbDH8CrT5jBKjfDrjK9wHS2GgK9SAsQcb41FbYxcuz5M9Zzo1uQ8awGu9etk-EFIgaDArA68JmEcLBsuZgOgWEZyGSf19Ie2a6qnT5Xb9rMaujkk4NlzVPPKFirZp6IqDmLOanV9yxK6E/s400/rasuah85%25.jpg

Bersembang dengan orang atas pagar di kampung tidak sama bersembang dengan orang atas pagar berpengetahuan. Itulah kesimpulan penulis apabila diajukan dengan persoalan yang penulis sendiri sukar menjawabnya.

Apabila seorang kawan yang nampak neutral tetapi kritikal terhadap parti pemerintah dan pembangkang di Malaysia. Isunya yang dibincangkan mengenai kemampuan Gobala membeli tanah berharga RM 1.4 juta di Kelantan.

Penulis mengharap kawan berkenaan memberi respon yang positif terhadap tindakan Saifuddin mendedahkan perkara berkenaan . Penulis beritahu yang penulis tidak yakin SPRM akan siasat Gobala kerana Gobala sudah menyebelahi BN dengan mengambil contoh ADUN Kulim yang cuba dibeli.

Namun jawapannya , "sama sahaja SPRM ka, Umno ka, PAS ka. Jangan kata Gobala, wakil rakyat PAS pun sama juga". Tersentak penulis kerana sebut nama PAS . Penulis tanya apa yang sama? dia kata baru-baru ini ada laporan oleh Fauzi Muda kepada SPRM mengenai kewangan luar kemampuan pemimpin PR di Perak.

Kawan ini berkata, ada pemimpin PAS Perak yang lepas jadi wakil rakyat boleh pakai kereta mewah, ambil duit mana? bila sakit boleh duduk hospital swasta berhari-hari , ambil duit mana?.

Penulis tanya dia ada bukti ka, dia kata dia baca banyak blog , twitter, fb bukan pembangkang sahaja. Penulis kata mungkin wakil rakyat PAS itu dah memang banyak duit sebelum jadi wakil rakyat.

Kawan ini berkata, "itulah kau sama macam pemimpin PAS yang lain, kau sepatutnya pi la bagi tahu pemimpin tinggi PAS siasat wakil rakyat tu bukan dok pertahan saja, kau kata kat Umno sedangkan PAS pun sama macam Umno lindungi pemimpin yang seleweng"

 
Kawan penulis kata lagi, " Setakat nak dapat salinan bil hospital, resit kereta, resit bank semua tu dalam tangan Umno, jangan bila mai pilihanraya esok baru kelam kabut nak jawab" . Penulis kata, nanti penulis siasat. Lepas tu sembang bab lain pula.

Balik rumah penulis cari google nak tengok semula berita tentang dakwaan Fauzi Muda itu dan berjumpa di sini

Memang Fauzi Muda ada buat dakwaan beberapa pemimpin terbabit boleh beli rumah, boleh pakai kereta mewah, boleh duduk hospital swasta sedangkan dulu susah.

Penulis rasa tak senang hati bila ada kawan yang jauh duduk di luar negara boleh tahu berita politik Malaysia dan buat perbandingan macam tu. Mungkin dia ada maklumat dari blog tertentu, mungkin kawan-kawan Umno di Malaysia yang bagi maklumat.

Penulis rasa bukan dia sahaja yang berpandangan demikian , ramai lagi generasi muda yang banyak maklumat mempunyai pandangan sedemikian. Mengapa , PAS tidak ambil tindakan kepada pemimpin yang terbukti berbelanja di luar kemampuan. Tidakkah sama sahaja macam Umno.

PAS Perak kena siasat siapa wakil rakyatnya yang berkemampuan memiliki kereta mewah , boleh beli rumah baru, boleh membayar hospital swasta selama berhari-hari . Itu yang diberitahu , siasat juga kemewahan berbelanja wakil rakyat PAS yang berada dalam gengaman Umno tapi masih belum didedahkan.

Sepatutnya pimpinan PAS terutama di Perak lebih mengetahui tentang wakil rakyat PAS yang didakwa ini kerana mereka bersama pimpinan PR memegang tampuk pemerintahan. Tentulah mereka lebih tahu dari ahli di luar.

Rakyat sedang menilai ketelusan PAS dalam menangani isu pemimpin bermasalah. Usaha melindungi pemimpin PAS bermasalah hanya akan menghakis keyakinan rakyat terhadap ketelusan PAS.

Kena ingat bukan semua rakyat duduk di kampung, generasi muda mempunyai banyak maklumat termasuk mengenai pemimpin PAS. Pimpinan PAS boleh sahaja berkata, biar SPRM siasat kalau salah, salahlah.

Tapi jika mereka sendiri mengetahui tingkah laku pemimpin PAS bermasalah namun masih membiarkan tanpa tindakan. Tiada tindakan kerana nak menjaga imej parti, tiada tindakan kerana pemimpin ini dikenali. Bagi penulis samalah dengan jawapan Umno melindungi pemimpinnya yang bermasalah.

Penulis memang tertekan sama ada hendak menulis atau tidak tetapi penulis dah simpan lama sehinggalah perasaan mendesak untuk menulis bila mendengar hujah kawan di sini. Biarlah ada yang akan marah penulis kerana bagi penulis jika tak menulis begini akan ramai lagi pemimpin PAS yang berani menyeleweng dari perjuangan.

Laporan Fauzi Muda sudah berada di tangan SPRM dan penulis yakin laporan lengkap itu ada bersama Umno. Memang penulis pun pada asalnya tak ambil hirau tentang laporan berkenaan. Tapi bila ada kawan atas pagar bercakap demikian, penulis rasa Umno sudah ada senjata untuk menyerang PR di Perak.

Malah senjata itu disimpan dan hanya akan dikeluarkan apabila tiba hari pilihanraya. Bak kata kawan penulis, bukan payah untuk Umno dapatkan laporan dari bank, dari pemaju perumahan, dari syarikat kereta, dari hospital swasta.

Bagi penulis kemenangan PAS dalam PRU ke 13 nanti bukan sahaja bergantung kepada gerak kerja tetapi juga tarbiyyah. Bukan mudah untuk dapat kemenangan kerana ada syarat-syarat untuk mencapai kemenangan. Kenapa? kerana ini parti Islam bukan parti kebangsaaan.

Memang penulis akui tarbiyyah yang penulis dapat tidak seberapa mana jika dibandingkan pimpinan PAS . Bagi penulis, melindungi pemimpin bermasalah bukanlah tarbiyyah dalam PAS.

Penulis juga risau kerana sudah pemimpin pemuda PAS yang kata kepada penulis, " kalau semua nak ikut prinsip, teruk la" apabila penulis bersembang mengenai gejala pemimpin bermasalah dalam PAS.

Penulis ingatkan bahawa manusia boleh melindungi kesalahannya, parti boleh lindungi pemimpinnya tapi ingatlah Allah Maha Mengetahui.

Wassalam

Najib usaha tarik orang muda, PAS masih tercari-cari

Mulai 9/3/2011, golongan muda berpendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan boleh membuat pinjaman 100 peratus daripada 25 bank termasuk institusi kewangan Islam bagi membeli rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000 menerusi Skim Rumah Pertamaku.

Skim yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam, membolehkan pekerja swasta berusia 35 tahun ke bawah memohon pinjaman dengan tempoh maksimum pembiayaan 30 tahun.


Kerajaan melalui Cagamas Berhad akan menjamin bayaran pendahuluan atau deposit sebanyak 10 peratus, sebagai jaminan melindungi bank daripada kerugian.

Setelah melihat keputusan yang ketara sokongan undi muda kepada BN,dari PRK Merlimau dan Kerdau. Najib terus tingkatkan usaha bagi manrik sekurangnya 3%-5% lagi undi muda yang akan menjadi deposit besar BN pada Pilihanraya UMUM ke 13 nanti.

Najib sedang melihat kecederaan BN semakin sembuh dimata pengundi muda. Beliau akan menggunakan kesempatan ini untuk terus menarik golongan muda supaya lebih mesra BN.

Manakala PAS pula agak lemah dalam membaca peningkatan sokongan FELDA yang berlaku di Tenang dan Kerdau. PAS dan seluruh parti dalam PR tidak menyediakan ruang, keutamaan, fokus kepada ANAK(Ngo yang golongan Peneroka FELDA), yang telah membuahkan hasilnya dengan jelas dan terbukti.

Sekiranya PAS berada di alam realistik, mereka akan melihat ANAK perlu diberi satu peruntukan oleh tabung HARAKAH, Dana Ahli Parlimen, dan lain lain akses, seperti media, dan agensi Kerajaan Negeri.

BN sedar akan keberkesanan ANAK, pada peringkat awalnya lagi keatas Felda. Sebagai tindakbalas, BN menukar Yusof Nor yang terlalu exklusif gaya dan tindakan, kepada Tan Sri Isa Samad yang lebih down to earth.

PAS telah membiarkan satu segment jenteranya yang paling berkesan, DHPP, yang dulunya dikenali sebagai Kelab Penyokong. Segment ini menjadi beku dan kaku sekarang, di bawah pengurusan yang gagal memahami halatuju dan gaya, serta budaya yang dibentuk oleh pengasasnya. Ini terbukti apabila BN

PAS mesti berhenti melamun dalam seloroh dan gempaq, serta alam angan-angan.. Pemuda parti yang sedang menjelmakan diri seperti Ulama,(walaupun baru jadi Ustaz dari Arab, yang belajar di Masjid dan Madrasah entah apa-apa).
berjaya merampas kembali, sokongan pengundi bukan Melayu, melebihi 4% pada PRK Galas, Merlimau.

Tiada sebarang tindakan strategik, melainkan nak berhimpun ramai dan bersorak, macam penyokong bola sepak. PASTI yang telah lama, tidak digilap dan di lonjakkan sebagai alat komunikasi, dengan ibu muda yang beranak kecil, sudah tentu mibu iu ini pengundi muda.

Kalau tanya Pimpinan PAS, dia mesti kata BN tak pa la, dia banyak duit, dia guna jentera kerajaan. Jawapan yang sama bila kalah Pilihanraya, Duit, Jentera Kerajaan!! PAS ada te***

Harakah yang akaun tak teraudit proper, PASTI yang mempunyai pendapatan hasil buku dan lainnya tak diurus tadbir secara baik, Yuran Ahli, Derma Muktamar mencecah RM100 ribu pernah dicapai.

Dimaklumkan, sejak Dato Husam Musa tak jadi orang penting dalam Pimpinan PAS, Satu tingkat pejabat Agong PAS, tak mampu di baik pulih. Duit tak da? Atau akai tak dak. Kata mamak Penang dalam telo mamaknya, "Ada Arta Takdak Arti".
PAS mesti merombak parti ini pada Muktamar kan datang, bagi menyediakan mereka yang berwibawa membawa kejayaan dalam PRU13.Sembang Kerja


Ubur-ubur raksasa dua kali besar manusia di perairan China


Para pengkaji Jepun pada masa ini sibuk memantau akitiviti ubur-ubur raksasa di perairan China dan mereka mengimbau akan adanya pergerakan makhluk ini ke perairan Jepun dalam waktu terdekat yang berpotensi katastropik.

Kejadian yang sama juga pernah terjadi pada tahun 2005. Para pengkaji laut Jepun menangkap sinyal khuatir terhadap pertumbuhan populasi ubur-ubur Nomura yang luar biasa (ubur-ubur raksasa) yang dapat membesar hingga berdiameter 2 meter dan berat 220 kg.

Para pengkaji mengatakan bahwa arus air laut dapat membawa fauna unik itu memasuki perairan Jepun. Pergerakan besar-besaran ini dipastikan akan memberikan kesan negatif pada industri perikanan Jepun kerana ubur-ubur itu melepaskan toksik yang membunuh ikan tangkapan.

Berikut adalah gambar ubur-ubur raksasa, yang apabila dibandingkan antara ubur-ubur dengan manusia di dalam gambar tersebut menampakkan ubur-ubur 2 kali lebih besar dari manusia tersebut.



Kajian ini dilakukan oleh sebuah kumpulan yang diketuai oleh Shinichi Ue, seorang profesor biologi kelautan di Universiti Hiroshima yang juga mengetuai kumpulan pengkaji kerajaan yang bertugas untuk mengembangkan teknologi untuk memprediksi dan mengendalikan pertumbuhan ubur-ubur.


Prof Ue telah mengkaji populasi ubur-ubur di Laut Kuning dan Laut China selatan sejak tahun 2006.

Ubur-ubur Nomura umumnya hidup di perairan China pada musim semi dan ubur-ubur ini membesar dewasa ketika arus air laut membawa mereka ke utara secara perlahan-lahan.


Pada Julai 2009, ketika kelompok pertama menghampiri Selat Tsushima (utara pulau Kyushu), kebanyakan ubur-ubur ini telah mencapai ukuran seorang ahli Sumo.

Dengan ukuran seperti ini, hanya memerlukan 5 hingga 10 kawanan ubur-ubur untuk memusnahkan industri perikanan.

Sebelumnya, pada tahun 2005, industri perikanan Jepun memberikan info 100.000 kasus kerosakan yang diakibatkan oleh ubur-ubur ini.


Invasi terbesar di tahun itu dianggarkan setiap hari kira-kira 300 juta hingga 500 juta ekor ubur-ubur melepasi Selat Tsushima menuju laut Jepun. forum.vivanews

Anak muda sudah lari kerana PAS gagal fahami anak muda

PAS kehilangan pengundi muda di kesemua 6 pilihanraya kecil kebelakangan ini. Undi yang dulu semasa PRU 12, PAS mendabik dada dengan berkata, kalau sekiranya SPR mendaftarkan pengundi muda yang melebihi 700 ribu orang itu, BN pasti hilang kuasa dan kerajaan.

Sekarang senarionya sudah berubah, dan perubahan amat ketara. Angka telah melepasi 55% undi muda meninggalkan PAS.

Golongan muda mudi merasakan PAS terlalu asing dari mereka. Keadaan ini diterjemahkan, kerana muda mudi Malaysia 99% celik huruf, dan lebih 85% celik Komputer, maknanya membaca dan berpengetahuan.

Saya teringat, baru ini, apabila Ustaz YDP PAS, menegaskan yang dia sengaja memakai serban dan jubah dalam perarakan cingei dan tarian Naga,' kerana nak sampaikan Dawa'ah, supaya mereka kenal Islam'.

Saya jadi terpinga-pinga, adakah Islam dikenali kerana pakaian jubah, atau Nik Aziz itu di kenali kerana amanahnya, Ibnu Sina itu dikenali kerana kepakaranya. Negara Baghdad dan Cordova di kenali kerana tamadun yang dibukti.

Inilah pemikiran kebanyakan pemimpin PAS, memperjuangkan Islam yang tidak realistik dan tidak berpijak dibumi. Dan amat tidak sampai kepada sasaran pengundi

1 Negara dan dasar yang diperjuangkan PAS amat kabur, Contohnya Undang-Undang Keluarga Islam dan Peraturan Islam, mempunyai versi berbeza di Kelantan dan Terengganu (Semasa PAS berkuasa (1999-2004) dan sekarang di Kedah.

2. Kepimpinan yang nak di ketengahkan PAS, terlalu asing dari bidang ilmu dan
pengetahuan mereka. Seperti beruniform (Presiden, Timbalan PAS mesti Ustaz, yang berlatarbelakang pendidikan Islam sahaja) Pemimpin berserban semasa suit baju kot, amat janggal bagi muda mudi.

3. Keterbukaan (hanya bersifat terpilih) di kemukakan penceramah dan media PAS. Sebagai contohnya, Pemimpin tak boleh di kritik, Penulisan yang baik tapi berbeza dari pemimpin tidak dibenarkan siar. Ekonomi , samada teori atau amalan serta syarikat- syarikat perniagaan yang di siar dalam Harakah terlalu tradisional dan lemah dan terasing dari dunia pasaran semasa.

4. Peluang ekonomi tidak meyakinkan yang amat ketara berbeza, dalam Budget Kelantan dan Kedah, kalau nak di bandingkan Budget Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor.

Dengan Bukti yang terang diatas ini, menjadikan Muda-Mudi Malaysia merasakan PAS yang ada seperti berikut.

1 Pemuda yang ada hari ini amat kecewa dengan PAS yang gagal menguruskan dan menyediakan kehendak muda.

2. Pemuda-pemudi sekarang semakin jauh dari pas, yang menjadi Parti EXCLUSIF, atau untuk pihak tertentu sahaja(Ustaz,Ulama, Beruniform)

3. Pemuda-pemudi hanya berhubung dengan PAS melalui acara-acara terpilih dan khusus, hanya tempat tertentu, dan bersifat bilik darjah, monoloque dan tiada berpeluang libat .

4 Pemuda - pemudi melihat tidak konsisten akan pendirian dan keterbukaan PAS, terlalu politik dari kebajikan, sosial dan kesenian.

Dengan kefahaman dan pemerhatian diatas, lalu pemuda membuat keputusan dan diterjemahkan pada peti undi di saluran 4 dan 5 yang menjadi saluran pengundi muda, di PRK Merlimau yang saya pamerkan dibawah.
UNDI POS
BN 46 PAS 2 ROSAK 14 MAJORITI 44 JUMLAH 62

MERLIMAU UTARA
SALURAN 1: BN 328 PAS 110 ROSAK 10 MAJORITI 218 JUMLAH 448

MERLIMAU PASIR
SALURAN 1: BN 217 PAS 79 ROSAK 6 MAJORITI 138 JUMLAH 306
SALURAN 2: BN 334 PAS 159 ROSAK 5 MAJORITI 175 JUMLAH 498
SALURAN 3: BN 327 PAS 110 ROSAK 2 MAJORITI 217 JUMLAH 467
SALURAN 4: BN 340 PAS 115 ROSAK 3 MAJORITI 225 JUMLAH 458

AYER MERBAU
SALURAN 1 :BN 200 PAS 68 ROSAK 7 MAJORITI 132 JUMLAH 275
SALURAN 2 :BN 298 PAS 109 ROSAK 1 MAJORITI 189 JUMLAH 408

CHINCHIN
SALURAN 1 : BN 204 PAS 49 ROSAK 17 MAJORITI 155 JUMLAH 270
SALURAN 2 : BN 349 PAS 123 ROSAK 9 MAJORITI 226 JUMLAH 481
SALURAN 3 : BN 291 PAS 135 ROSAK 9 MAJORITI 156 JUMLAH 435
SALURAN 4 : BN 291 PAS 127 ROSAK 5 MAJORITI 164 JUMLAH 423

JASIN LALANG
SALURAN 1 : BN 196 PAS 35 ROSAK 10 MAJORITI 161 JUMLAH 241
SALURAN 2 : BN 256 PAS 48 ROSAK 3 MAJORITI 208 JUMLAH 307

PERMATANG SERAI
SALURAN 1 :BN 189 PAS 85 ROSAK 1 MAJORITI 104 JUMLAH 275
SALURAN 2 : BN 339 PAS 140 ROSAK 6 MAJORITI 199 JUMLAH 480
SALURAN 3 : BN 305 PAS 126 ROSAK 5 MAJORITI 179 JUMLAH 436
SALURAN 4 : BN 313 PAS 112 ROSAK 2 MAJORITI 201 JUMLAH 487

PENGKALAN SAMAK
SALURAN 1 : BN 204 PAS 70 ROSAK 6 MAJORITI 134 JUMLAH 280
SALURAN 2 : BN 314 PAS 177 ROSAK 6 MAJORITI 137 JUMLAH 497
SALURAN 3 : BN 283 PAS 185 ROSAK 6 MAJORITI 98 JUMLAH 474
SALURAN 4 : BN 338 PAS 127 ROSAK 2 MAJORITI 211 JUMLAH 477
Calon PAS Hassanuddin Salim pula tumpas di tangan Syed Ibrahim Syed Ahmad dengan majoriti 2,724 undi. Hassanuddin mendapat 2,336 undi manakala Syed Ibrahim mendapat 5,060 undi.

Dalam pilihan raya kecil kali ini, seramai 8,999 pemilih layak mengundi – pertambahan 542 orang daripada 8,451 pada tahun 2008.

Manakala peratusan keluar mengundi pula meningkat kira-kira 3 peratus - daripada 80.33 kepada 83.2 peratus. Berdasarkan keputusan di saluran ketiga di Jengka 22, Jengka 23 dan Desa Murni, berbanding 43 peratus (atau 307 pengundi muda) sokongan dalam pilihan raya umum, sokongan kepada PAS merosot 6 peratus kepada 37.44 peratus sahaja.

PAS mendapat 423 undi di ketiga-tiga kawasan itu berbanding BN sebanyak 707 undi. Jika ditanya apakah persamaan antara ketiga-tiga kawasan tersebut dibandingkan dengan tempat lain, mungkin satu jawapannya

Jika diteliti undi di kawasan 3+1, PAS hanya mendapat 1,276 undi berbanding BN sebanyak 2,131. Bagaimanapun, tidak harus menafikan, mereka mendapat tambahan 476 undi di kawasan itu.

Saya sudah beberapa kali mengenegahkan isu ini kepada pimpinan. PRK 13 ini akan melihat peningkatan undi BN 100 undi, bagi setiap Peti Undi,

Kalau setiap DUN ada 9-10 peti undi , maka PAS akan kalah tambahan sebanyak 900-1000 undi, dan kemenangan yang tipis oleh PAS akan disapu oleh UMNO. Oleh kerana PAS asyik dengan himpunan ramai-ramai, UMNO masuk kampung dengan kegiatan...

Kalau PAS terus berdegil dengan gaya yang tidak berpijak dialam Malaysia ini, PRU 13 bakal mengajar PAS, dan PAS parti yang akan menjadi kisah bersamaan dengan Dinasor, di zaman cucu saya.

Mungkin ada orang akan marah pendedahan ini. Kenapa nak dedahkan kelemahan PAS ni di media.. macam saya kata sebelum ini ' Kalau Nabi Sulaiman bunuh Hud-Hud.......Sembang Kerja