Binatang yang dijadikan perisik tentera

8 Binatang Yang Pernah Melakukan Tugas James Bond
Seekor burung pemakan bangkai baru-baru ini "ditangkap" di Arab Saudi, dituduh sebagai perisik untuk agen asing Mossad Israel inteligen. Meskipun mungkin nampak seperti kejadian biasa, burung nasar ini hanyalah salah satu dari banyak binatang yang telah dituduh sebagai perisik.
Dari serangga sehingga ke tupai, binatang telah dituduh berbagai bentuk penyamar selama bertahun-tahun. Seiring perkembangan teknologi, nampaknya kecenderungan ini akan terus meningkat.
Apakah tuduhan ini hanya ketakutan tak beralasan atau kebenaran yang aneh ?, kami telah menyenaraikan binatang yang digunakan sebagai perisik yang unik dan aneh.
1. Burung nasar
Arab Saudi baru-baru ini menuduh burung nasar sebagai perisik setelah ditemui membawa gelang pemancar di kaki yang dipasang pensyarah Universiti Israel. Para pengkaji memberitahu bahawa penandaan itu digunakan untuk mendapatkan pola migrasi.

2. Kucing
Pada tahun 1960-an, CIA dilaporkan melakukan pembedahan untuk memasukkan mikrofon dan pemancar ke dalam seekor kucing, projek ini dipanggil "Acoustic Kitty." Mantan petugas CIA Victor Marchetti memberitahu akhbar The Telegraph tentang projek itu
"dengan membedah kucing, memasukkan bateri ke dalam dirinya, kabel . Ekor digunakan sebagai antena, Mereka membuat suatu keburukan.. "
Kucing kabel pertama , menurut Guardian, dilepas untuk menjadi perisik dan dengan hanya beberapa langkah menuju sasaran sebelum kucing dilanggar teksi. Lalu CIA menyimpulkan bahawa projek ini tidak praktikal untuk mengumpulkan data - data inteligen.
3.Tupai
Polis Iran dilaporkan menangkap 14 tupai di atas dipercayai dijadikan perisik pada tahun 2007.Menurut Mental Floss, badan inteligen asing menemui tupai telah dilengkapi dengan peralatan untuk merisik.
" Sementara itu, sumber Luar Negeri melaporkan kepada Sky News bahawa "cerita ini adalah samar."
4. Merpati
Iran mengesahkan telah menemui "perisik merpati" berhampiran kawasan operasi nuklearnya pada tahun 2008.Tuduhan ini bukanlah yang pertama. Menurut Wired, merpati pembawa kamera mungkin telah ada sejak tahun 1903, ketika seorang jurutera Jerman membuat eksperimen dengan idea tersebut.
Merpati telah memainkan peranan yang begitu penting dalam masa perang. Seekor merpati Cher Ami, memenangi anugerah kerana menyelamatkan nyawa tentera AS semasa Perang Dunia I.
Dalam Dunia Perang Dunia ke-II, Inggeris menggunakan dua ekor helang dari luar negeri untuk menangkap merpati perisik dari Jerman, dan beberapa kejayaan telah dilaporkan.
5.Singa Laut dan Lumba-Lumba
Angkatan Laut AS telah melatih singa laut dan lumba-lumba untuk program Marine Mammal.
Nampaknya tentera mendapat ilham latihan "Navy Seal," tetapi lebih memilih binatang ini kerana kemampuan mendengar dan melihat di bawah air dengan cahaya rendah.
Jadi, mamalia telah dilatih untuk membawa kamera malah bertindak di bawah air.
Kumpulan pencinta haiwan kurang bersetuju menggunakan binatang ini dalam pertempuran.
"Perang adalah untuk manusia semasa orang-orang dan parti politik dapat memutuskan perang diperlukan, haiwan tidak boleh," kata Dawn Carr kepada BBC.
6.Helang
Helang dicurigai menjadi perisik setelah sebuah jabatan di India menemui burung membawa apa yang nampak seperti kelengkapan untuk pengawasan berteknologi tinggi.
Menurut BBC, India awalnya megesyaki helang itu perisik dari Pakistan, seorang polis senior menjelaskan, dia menyatakan bahawa burung-burung itu hanya digunakan untuk membantu dengan ekspedisi berburu. Dengan kata lain, kelompok helang ini memang merisik tetapi merisik burung lain, bukan orang.
7. Serangga
Para ilmuwan dilaporkan melakukan eksperimen terhadap serangga untuk merisik. Telegraph menjelaskan bahawa elektroda, bateri, dan kamera video dipasang kepada serangga. US Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA) dapat memasukkan otak dengan pemancar ke dalam ngengat dan kumbang semasa masih kepompong.
Perkara ini diyakini bahawa makhluk yang secara alami akan menggabungkan bergabung dalam tubuh serangga ketika membesar.
8. Ayam
Mungkinboleh dinamakan operasi "KFC," adalah singkatan dari Kuwait Field Chicken, semasa tentera AS merancang untuk menggunakan ayam semasa pertempuran, lapor BBC
Rancangannya adalah ayam akan digunakan untuk mengesan gas beracun, tapi 41 ekor mati kerana penyakit di Teluk seminggu setelah sampai.morzing.com


Binatang yang hidupnya hanya 3 jam

Palingenia Longicauda atau dikenali juga dengan nama Tisa’s Flower adalah sejenis spesies serangga purba. Spesies serangga ini dianggarkan hidup 200 juta yang lalu. Salah satu tempat kemunculan serangga ini adalah di Tisa River.

Tisa River atau Sungai Tisa adalah salah satu tempat terakhir di mana setiap tahun serangga ini muncul dalam jumlah yang sangat besar. Kemunculannya menjadi tontonan menarik, “wedding dance” di atas Sungai Tisa.

Hanya beberapa hari di bulan Jun setiap tahun (mungkin juga tidak setiap tahun) Tisa’s Flower menetas, bersama pasangan dan mati. Hanya selama 3 jam segalanya akan berakhir, hidup yang sangat singkat. Serangga jenis ini tidak mempunyai mulut, mereka hidup hanya untuk bersama pasangan lalu mati.

Hidup yang sangat singkat, tapi sangat indah Ini benar-benar pemandangan menarik yang susah untuk diceritakan hanya melalui gambar atau kata-kata.





Sangatlah menarik untuk menyaksikan fenomena tersebut, yang merupakan salah satu fenomena terindah yang hanya berlangsung selama 5 hari saja di bulan Jun. Ribuan serangga ini terbang dengan semangatnya memenuhi seluruh sungai.


Serangga Palingenia Longicauda ini merupakan salah seekor serangga “mayfly” yang terbesar di Eropah. Jenis serangga jantan panjangnya dapat mencapai 12 cm, dari kepala sampai ke ekor. Serangga ini berada pada masa larva selama 3 tahun. Selama 3 tahun tersebut, larva berada di dasar sungai.

Tetapi masa hidupnya sangat singkat iaitu 3 jam saja. Bermula muncul membesar dewasa, berpasang-pasangan kemudian terus mati. Serangga ini mempunyai sayap yang unik, sayap mereka akan berganti kulit setelah mancapai fungsi utamanya.



Tisa’s Flower hidup dewasa hanya sekali. Semasa pertengahan bulan Jun, pada pukul 5.00 – 6.00 pm, mereka akan menari-nari di atas sungai dalam kumpulan yang besar. Kemudian mereka akan berganti kulit di atas pohon, di tanah, atau di manapun tempat yang mereka hinggapi.

Fenomena tersebut dikenali dengan nama Tissa Blooming atau Pemekaran Tisa. Setelah membesar dewasa secara normal (setelah beberapa saat berganti kulit), serangga jantan hanya memiliki beberapa jam saja untuk bersama pasangan betina sebelum mereka mati.

Setelah bersama, serangga betina terbang menyusuri sungai untuk memastikan telurnya sudah berada di dalam sungai dan jatuh ke dalam dasar sungai. Kemudian telur tersebut akan menjadi larva dalam waktu 45 hari dan akan menetas setelah 3 tahun.



Serangga ini merupakan serangga yang sensitif. Jika berada di sungai, pastilah sungai tersebut merupakan sungai yang bersih. Disamping sebagai indicator lingkungan, serangga ini juga makanan yang bagus buat ikan, sehingga beberapa pemancing menggunakan serangga ini sebagai umpan pada pancing mereka.

Pada masa ini serangga Palingenia longicauda sudah musnah di beberapa Negara Eropah dan hanya boleh ditemui di Serbia dan Hungari.storypricearea


10 spesis monyet yang terkenal

1. King Kong

Seekor gorilla yang sudah menjadi lagenda dan sudah dikenali oleh umum sejak berlakon filem hitam putih, King Kong, yang dibintangi oleh Fay Wray, yang ditayangkan pada tahun 1933.

Sejak itu, kisah tragedi antara king Kong dengan seorang wanita telah menjadi terkenal hingga dibuat ulangannya pada tahun 2005, yang diarah oleh Peter Jackson. Sehingga saat ini sudah ada 7 filem mengenai King kong yang pernah dibuat.

2. Donkey Kong

Donkey Kong pertama kali muncul pada tahun 1981 bersama Mario dalam video game Nintendo. kreatornya bernama Shigeru Miyamoto, dan pelakon suaranya adalah seorang pelawak bernama Souply Sales. Permainan game ini adalah, kena melompat ke atas dan melepasi Donkey Kong untuk menyelamatkan Pauline.

3. Mighty Joe Young



Filem Disney tahun 1998, Joe dibesarkan oleh seorang wanita bernama Jill (dilakonkan oleh Charlize Theron), dan membawanya ke Amerika. Seorang penjahat, yang juga bertanggung jawab atas kematian ibu Joe dan ibu Jill, mengancam hidup Joe.

Penamat filem ini begitu heroik apabila Joe menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terjatuh, namun filem itu dianggap buruk oleh pengkritik filem.


4. Bear (BJ & The Bear)



Greg Evigan membintang siri TV yang berlakon sebagai pemandu lori truk bersama teman istimewanya, Bear, seekor cimpanzi. Nama asal Bear adalah Sam. Bear begitu protektif terhadap Greg sepanjang pengambaran, dia akan menggigit siapa saja aktor yang ingin menyerang Greg.

5. Clyde



Orang utan ini muncul dalam filem popular Clint Eastwood, Every Which Way But Loose. Karakter Clint Eastwood, Phil Beddoe, memenangkan orang utan ini dalam sebuah taruhan. Sayangnya, binatang ini mati tidak berapa lama setelah filem ini ditayangkan.


6. Curious George


Monyet ini terkenal kerana sifat perasaan ingin tahu. Curious George dibawa dari Afrika oleh seorang lelaki bertopi kuning untuk tinggal di kota besar. Dia telah menjadi karakter kartun yang dicintai oleh kanak-kanak di dunia sejak tahun 1941.


7. Koko


Gorilla terkenal ini lahir pada 4 Julai 1971 di San Fransisco. Koko adalah seekor gorilla betina yang menguasai lebih dari 2000 kata dalam bahasa isyarat Amerika yang membuatnya boleh berkomunikasi dengan manusia. Tapi ada beberapa orang yang menganggap bahawa Koko membuat isyarat tanpa faham erti sebenarnya.


8. Albert, The First Monkey In Space


Monyet ini dihantar ke angkasa pada 11 Jun 1948 dengan roket. Albert adalah monyet yang pertama yang dihantar ke luar angkasa untuk menguji keamanan luar angkasa bagi manusia.


9. Grape Ape


Karakter kartun klasik ini diciptakan oleh Hanna-Barbera tahun 1975. Great Ape dikenali kerana warnanya yang ungu dan bajunya yang hijau. Dia juga terkenal atas kata-katanya yang sering diucapkan ketika karakter lain berbicara dengannya, "Grape Ape, Grape Ape!". Dia mempunyai seorang teman, Beegle Beegle, yang selalu menemaninya berjenaka.


10. Bubbles The Chimp


Bubbles The Chimp menikmati hidupnya yang membahagiakan di Neverland Ranch, yang dikelilingi oleh taman yang indah yang dibina oleh tuannya, Michael Jackson.

Bubbles selalu melakukan tugasnya, iaitu membersihkan debu dan membersihkan jendela. Namun seiring berjalannya waktu, ia mulai merasa tinggal di lingkungan aneh dan berbeza, Bubble menjadi terganggu dan suka menggigit beberapa pengunjung di Neverland Ranch.

Oleh kerana itu, dia dikeluarkan dari kediaman Michael Jackson kerana kelakuannya itu.
juandry

10 jambatan terpanjang di dunia

10. Seven-Mile Bridge, Panjang 10.887 M menghubungkan antara Teluk Mexico dengan daratan di Florida Amerika Syarikat



9. San Mateo - Bridge Hayoard, Panjang 11.265 M, melintasi teluk California, San Franscisco Amerika
.


8. Union Bridge, Panjang 12.900 M, menghubungkan antara pulau Prince Edward dengan dataran New Brunswick di Kanada



7. Rio Bridge - Niteroi, Panjang 13.290 M, Menghubungkan kota Rio de Janeiro di Brazil dan Niteroi.



6. Penang Bridge, Panjang 13.500 M, menghubungkan antara Pulau Pinang dan daratan Semenanjung Malaysia.



5. Vasco da Gama Bridge, Panjang 17.200 M, jambatan terpanjang di Eropah yang melintasi sungai-sungai di kota Lisbon Purtugal



4. Chesapeake Bay Bridge, Panjang 24.140 M, melintasi teluk Chesepake di Maryland Amerika



3. King Fahd Causeway, Panjang M, melintasi bendungan yang menghubungkan antara Saudi Arabia dan Bahrain



2. Bridge Donghai, Panjang 32.500 M, Jambatan terpanjang di Asia dan juga jambatan terpanjang yang melintasi lautan, terletak di Shanghai China.



1. Lake Pontchartrain, Panjang 38.420 M terdapat di Lousiana New Orleans, Amerika


agusta27


5 cerita aneh dan lucu manusia terlekat dan terperangkap

Sambungan cerita aneh dan lucu manusia terlekat;

6. Banduan yang terlekat di Jeruji ketika cuba melarikan diri



Beliau mungkin berharap untuk memasuki 2010 sebagai orang yang bebas tetapi beliau tidak teliti sebelum
melarikan diri. Banduan Roberto Carrillo berusaha melarikan diri dari sel di sebuah penjara Mexico di Valle Hermoso pada malam Tahun Baru.

Lelaki 42 tahun ini cuba untuk melepaskan dirinya sendiri melalui celah antara atap penjara dan jeruji selnya. Tapi bukannya boleh menyusup, tetapi akhirnya terlekat dan tergantung secara terbalik.

Beliau akhirnya terpaksa untuk meminta bantuan dan para warden dengan tertawa datang membantunya dan memotong jeruji untuk melepaskannya menggunakan gergaji lalu memasukkannya kembali ke dalam sel.

7. Peserta akrobatik motor yang terlekat pada ketinggian 204 m di udara bersama motornya



High-wire motorcyclist Mustafa, kini menjadi lebih terkenal setelah terlekat pada ketinggian 204 m di udara dalam usaha memecahkan rekod dunia.

Peserta akrobatik motor dari Maghribi ini terhenti usahanya di Benidorm semasa ingin menyempurnakan aksinya itu. Bahaya sudah dijangka dalam aksinya selama beberapa hari kerana cuaca buruk, sebelumnya dia sudah cuba di ketinggian 1.640 kaki melintas dengan motornya tanpa jaring penyelamat.

8. Kanak-kanak yang terlekat di dalam mesin arcade


Tak seorangpun akan menjangka hadiah dari mesin arcade ini adalah seorang anak laki-laki. Christopher yang berusia 3 tahun dibawa ibunya Elaine untuk bermain semasa hari keluarga di Skegness.

Kanak-kanak ini benar-benar ingin memenangi hadiah pada mesin arcade ini. Sebelumnya ia telah cuba beberapa kali tapi tidak berjaya. Lalu ibunya pergi untuk menukarkan lagi koin untuk meneruskan permainan.

Sementara ibunya pergi, beliau masih berusaha mencuba lagi, namun kali ini ia cuba dengan tangannya sendiri. Beliau melihat lubang tempat keluarnya hadiah. Lalu beliau masuk menyusup melalui lubang itu. Usahanya berjaya, namun apablia untuk keluar kembali tidak semudah semasa ia masuk.

Akhirnya ia pun terlekat di dalam mesin itu. Malangnya lagi, penjaga pusat itu tidak menemukan kunci untuk membuka kotak permainan itu.

Awalnya Christopher gembira semasa orang-orang melihatnya, namun lama-kelamaan orang semakin banyak berkumpul untuk melihat usaha mengeluarkannya, lalu ia pun akhirnya menangis. Masa selama 30 minit diambil untuk mengeluarkannya.

9. Nenek terkunci di bilik mandinya sendiri selama 3 minggu


Seorang wanita Perancis berjaya diselamatkan setelah terperangkap di bilik mandinya sendiri selama tiga minggu.

Nenek 69 tahun terperangkap setelah kunci pintu mengunci sendiri dari luar bilik mandi. Walaupun dia banyak membuat bising untuk mendapatkan bantuan, namun ia terpaksa bertahan hidup dalam bilik air sehingga jirannya sedar.

Mereka menyangka suara-suara bising pada malam hari adalah pekerja yang melakukan kerja pembaikan dan pemulihan apartemen.

Nenek yang tidak disebutkan namanya ini diselamatkan dari apartemennya di Essone, dekat Paris oleh polis. Mereka mengatakan ia telah berada dalam keadaan yang lemah ketika mereka menerjah masuk ke bilik mandi.

10. Wanita Perancis yang terperangkap di lift selama 3 hari



Seorang wanita Perancis semasa Perayaan Natal hampir mati setelah terperangkap dalam sebuah lift selama 72 jam. Wanita 19 tahun ini, dikenali sebagai Safiatou.Beliau masuk ke lift di perumahan Paris dan ditemui dalam keadaan dehidrasi tapi masih hidup tiga hari kemudian.

Ayah Safiatou's telah menghubungi pengawal bangunan untuk memberitahu anaknya yang hilang. Para petugas dan seorang juruteknik lift pergi untuk memeriksa tetapi tidak menemui seorang pun dan mengatakan tidak ada kerana alarm lift menyala.

Hari berikutnya ayah wanita ini telah melaporkan kepada polis tentang kehilangan anaknya. 3 hari kemudian, ketika seorang jurutenik datang untuk menyelesaikan kerja perbaikan lift, tangisan kecil lembut dari wanita muda itu didengarinya. Lucunya adalah mengapa Safiatou tidak menangis lebih awal agar dia segera ditemui.ArtikelRame

Cerita aneh dan lucu manusia yang terlekat

Kejadian-kejadian yang aneh dan sangat jarang terjadi berikut ini mungkin kerana tidak sengaja, walaupun bukan kemalangan yang mengerikan. Kejadian-kejadian ini sangat lucu sehingga orang akan menggeleng kepala dan bertanya, " sampai macam tu"

1. Pencuri yang terlekat di lubang udara

Terlekat dalam sebuah lubang udara dan berteriak minta tolong, pencuri ini diselamatkan setelah dia terlekat di saluran semasa cuba masuk ke ruang kedai pizza. Masa yang diambil hampir 30 minit untuk melepaskannya dari tergantung di dalam lubang udara di Paesan's Pizza.

Timothy J. Cipriani menutup wajahnya dengan topeng semasa diselamatkan dari saluran udara yang terlalu sempit di restoran Guilderland 2513 Ave.

Kawan yang bersamanya mencuri menghilangkan diri dari tempat kejadian sebelum petugas tiba. Cipriani, 46, dituduh merompak dan memiliki alat curi setelah polis menyatakan mereka menemui alat berkenaan di bahagian bawah badannya yang berayun di atas alat mengoreng masih panas jam 1 pagi di Ciprian.

2. 18 orang yang terlekat dalam keadaan terbalik di roller coaster


Lapan belas orang yang naik roller coaster di Anhui, Cina, mendapat lebih kepuasan dari apa yang mereka harapkan dari bencana ini. Mereka terlekat secara terbalik selama setengah jam ketika angin kencang menyebabkan roller coaster berhenti meluncur.
 
Angin kencang menyebabkan roller coaster berhenti di bahagian atas loop di sebuah taman permainan di Anhui, bahagian timur China. Mereka tergantung terbalik selama kira-kira setengah jam dengan enam dari mereka jatuh sakit.Enam orang itu dihantar ke hospital.

Mesin tersebut dalam keadaan baik dan cuaca yang baik untuk coaster mulai beroperasi tetapi tiupan angin kuat yang tiba-tiba menghentikan roller coster itu, yang kemudian terkunci di loop dengan perangkat keselamatan, dengan penumpang tergantung terbalik.

Zhang Shengying, Timbalan Pengarah Wuhu Biro Kualiti dan Pengawasan Teknik, mengatakan siasatan menunjukkan bahawa kemalangan itu disebabkan oleh "cuaca ekstrim" di taman hiburan.

3. Pemuda berkerusi roda yang tersangkut di depan lori sejauh 6,5 KM


Seorang pemuda 21 tahun mendapat pengalaman yang akan dikenang seumur hidup ketika kerusi roda yang dia naiki tersangkut di depan semi lori trailer dan dibawa di jalan raya sepanjang 6,5 KM kilometer dengan kelajuan 80 km/Jam.

Ben Carpenter tidak cedera tetapi dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga. Dia telah berjaya diselamatkan dari kerusi rodanya. Carpenter, yang mengalami masalah otot, mengatakan kepada sebuah stesen TV bahawa beliau berfikir tidak akan selamat dalam perjalanan menakutkan itu.

Semasa Carpenter menyeberang di persimpangan di Paw Paw, sekitar 140 mil sebelah barat Detroit. Lampu berubah menjadi hijau semasa anaknya berada di depan sebuah lori, yang mulai bergerak. Kursi roda yang dia naiki tersangkut di lori tersebut.

Seorang yang melihat kejadian itu menelefonn polis dan sepasukan polis yang sedang menyamar kebetulan berada berhampiran dan melihat apa yang terjadi.

Mereka berjaya menyuruh pemandu lori berhenti ke tepi, pemandu lori juga kebingungan. Kerusi itu tidak rosak kecuali kehilangan sebahagian besar getah di roda.

4. Orang yang lekat dalam lumpur selama 4 jam kerana malu untuk minta tolong


Pada suatu malam, Xiao Chen, 25, terbenam sampai ke pinggang dalam lumpur di tepi Sungai Chang Jiang di China. Walaupun beliau mempunyai wisel, dia terlalu malu untuk meminta bantuan pertolongan.

Dia cuba untuk mengeluarkan dirinya keluar selama empat jam sebelum meminta bantuan dari nelayan yang lalu. Para nelayan kemudian memanggil bantuan profesional.

Masa yang diambil selama untuk mengeluarkannya. Tugas Pasukan Penyelamat dibuat lebih sukar kerana pemuda ini malu semasa diminta untuk menanggalkan seluarnya sendiri supaya lebih mudah ditarik dari lumpur.

5. Orang yang tersangkut dalam tandas semasa cuba untuk mengambil handphone


Seorang pemuda di Jiangsu, China, terlekat di tandas ketika handphonenya terjatuh dan beliau cuba mendapatkannya kembali.

Ketika para pekerja penyelamat tiba di lokasi, mereka menemui orang itu membongkok dalam tandas di bilik mandi, seluruh lengannya terendam sehingga ke bahu di saluran pembuangan.Pekerja memecahkan saluran tandas itu sambil berhati- hati supaya tidak melukai orang itu.

Setelah 10 minit, orang itu bolehperlahan-lahan menarik lengannya dari tandas dan mengambil handphonenya yang digenangi air.

Bersambung 5 lagi di N3 akan datang.................


Tulahan : PRN Sarawak - Belum pun menang PAS sudah catat kejayaan

Salam,
Penamaan calon bagi pilihanraya Sarawak sudah berlangsung, PAS akan bertanding lima kerusi berbanding satu kerusi semasa pilihanraya Sarawak 2006. Walaupun sedikit berbanding parti dalam PR yang lain, namun bagi penulis sudah memadai.

PAS sebenarnya sudah ada kawasan yang agak kuat di Miri, Sibu dan Bintulu, namun PAS tidak bertanding di kawasan berkenaan kerana memberi peluang kepada parti lain dalam PR berdasarkan jumlah pengundi mengikut kaum.

Semua kerusi yang PAS tandingi jika diikut dari sejarah terletak di bahagian pertama Sarawak atau berdekatan. Sarawak asal sebelum kedatangan James Brooke.


 
Harapan PAS untuk memenangi kerusi untuk kelima-lima kerusi mungkin agak mustahil tetapi untuk mendapat satu atau dua kerusi adalah tidak mustahil terutama di kerusi Beting Maro dan Sadong Jaya.

Majoriti undi yang dimenangi Beting Maro dan Sadong Jaya semasa pilihanraya 2006 walaupun hanya lebih 800 undi tidaklah kecil kerana jumlah pengundinya kecil. Undi asas yang sudah ada bagi PAS berdasarkan pilihanraya 2006 ialah 40.6 % bagi Sadong Jaya dan 40.4 % bagi Beting Maro.

PAS memerlukan tambahan 10 % undi bagi kedua-dua DUN untuk memenangi DUN berkenaan. Tambahan undi boleh dicari dengan kerja kuat petugas PAS di kedua-dua DUN. 10 hari berkempen perlu digunakan sepenuhnya untuk menemui semua pengundi meminta mereka memberi peluang kepada PAS.

Kekuatan PAS di kedua-dua DUN ini ialah calonnya muda dan anak tempatan malah diminati oleh ramai pengundi berbanding calon BN yang tidak disukai pengundi. Pengundi di kedua-dua DUN ini juga sudah biasa dengan parti dari semenanjung sejak tahun 2006 lagi. Malah , PAS sudah ada cawangan di kedua-dua DUN berkenaan.

Rumah panjang yang berada di kedua-dua DUN ini juga sudah boleh menerima kehadiran calon dan petugas berkempen. Berbeza semasa pilihanraya tahun 2006.

Memandangkan jumlah pengundi yang kecil, maka peluang untuk menemui semua pengundi dalam masa 10 hari amat cerah.

PAS juga berpeluang untuk menang di kerusi Subayau yang ditandingi Pesuruhjaya PAS Sarawak Haji Adam Ahid. Memang undi asas untuk PAS hanya 25 % tetapi Haji Adam Ahid bukanlah sebarangan calon. Beliau amat berpengaruh kerana mempunyai keluarga yang besar terutama di Sebuyau, Sebangan, Sungai Apin, Seruyu dan Tebelu.

Peluang PAS di Tanjung Datu dan Muara Tuang amat tipis, hanya keajaiban yang mungkin boleh memenangkan PAS. Undi asas PAS di sini sangat kecil dan kedua-dua calon BN adalah tokoh besar , kaya serta berpengaruh di sini.

Penulis ada juga meletak sikit harapan semasa penangguhan pengumuman calon Muara Tuang kerana kegagalan calon BN mengemukakan penyata pilihanraya lepas. Harapannya, PAS akan menang percuma kerana kesilapan calon BN. Pun begitu dalam hati tak yakin SPR akan beri laluan kemenangan dan ternyata benar SPR sudah diprogramkan untuk bantu BN.

Kes yang sama berlaku di Bukit Selambau Kedah semasa PRU 12, calon PKR gagal kemukakan penyata yang sama. SPR tak tunggu sehingga 1.40 petang sebaliknya tepat jam 11.00 pagi terus batalkan pencalonan calon PKR berkenaan.

Hari penamaan calon di Sarawak, banyak blog yang namakan SPR sebagai celaka kerana terlalu nampak menyebelah. Memang dah banyak kes , SPR ni memang bertindak macam CELAKA.

Walaupun harapan PAS di Muara Tuang dan Tanjung Datu adalah sangat nipis, tetapi PAS sebenarnya sudah mencatat kejayaan besar kerana sudah meletakkan tapak di kedua-dua DUN.

Penulis ada bertanya seorang pimpinan PAS Perak yang bertugas di Muara Tuang tentang keadaan kempen di sana. Pada masa itu hari kedua beliau sampai sebelum hari penamaan calon.

Beliau beritahu PAS tidak ada cawangan di sini, petugas tempatan terlalu kurang, banyak bergantung dari petugas semenanjung. Memang nampak terlalu sukar namun sesuatu yang di luar dugaan adalah pada malam pengumuman calon diisytiharkan juga dua cawangan PAS dapat ditubuhkan.

Esok malam diisytiharkan lagi sebuah cawangan PAS ditubuhkan dan sehingga hari ke tiga berkempen sudah lima cawangan PAS ditubuhkan. Inilah kejayaan sebenar PAS walaupun peluang menang sangat tipis.

Penulis yakin akan lebih banyak cawangan akan dapat ditubuhkan sehingga hari pengundian. Pastinya, PAS tidak akan bermasalah untuk bertanding di Muara Tuang pada pilihanraya akan datang sebagaimana yang berlaku di Beting Maro.

Harapan PAS untuk menang memang sukar tapi akan berlaku pengurangan majoriti yang besar di Muara Tuang. Tak mustahil pada pilihanraya akan datang PAS akan mampu merampas kerusi ini.

Bagi penulis, penambahan cawangan dan pengurusan cawangan adalah perkara penting yang patut di beri penekanan dalam usaha meluaskan sokongan di kalangan rakyat.

Malah bukan sahaja semasa pilihanraya, usaha ini sepatutnya menjadi agenda penting setiap PAS Kawasan di kawasan masing-masing.

Wadah PAS adalah peluang petugas parti sebagai da'i meluaskan medan dakwah dan salah satu cara berdakwah adalah dengan menambahkan mad'u melalui penambahan cawangan.

Syabas kepada PAS Perak kerana berjaya menubuhkan banyak cawangan PAS di Muara Tuang. Tahniah juga kepada semua petugas PAS terutama petugas PAS Perak yang sanggup datang berkempen mengorbankan masa, tenaga dan belanja. Anda hebat sebab tak ramai yang berkemampuan seperti anda.

Wassalam.