Pembetulan : kisah bulan di atas Kaabah adalah palsu

Baru-baru ni kecoh bahawa selasa lepas (selasa minggu tarikh post ini ditulis) bahawa kejadian bulan berada diatas ka'bah disebarkan melalui media maya dan internet..
 
dan baru harini saya jumpa kononnya gambar kejadian tersebut


SMS tersebut berbunyi:

Daripada Dato Mazlan astrology.. Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah .. dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) . Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun .. Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan .. Mekkah 3.25 pagi , Singapore , Malaysia 8.25 pagi (Sabtu Pagi)...

==================
semak kesahihan mesej
=================
astrology = ahlil nujum
astronomer = baru ahli astronomi
bulan mengelilingi ka'bah = bulan keliling bumi, bukan ka'bah, kalau mesej tu tulis bulan terpacak di ka'bah, mungkin benar
Doa termakbul = tiada hadith2 sahih yang menyokong bahawa berdoa diwaktu tersebut doa akan termakbul.
10 Juta tahun sekali = Wallahualam, bulan peernah ke mengelilingi ka'bah, kecualilah dengan Kehendak-Nya. kun fayakun (surah yasin). walau bagaimanapun tiada bukti sahih pernah berlaku 10 juta tahun yang lalu.
========================

ini adalah gambar hoax/fake tentang kejadian tersebut


berikut adalah penerangan saya


gambar kejadian bulan sabit yang kelihatan di mekah.. sekian


tgk gambar no 2, gambar diambil dari blakang bulan = kalau satelit diblakang bulan sekalipon, tidak akan gambar jadi begitu, kerana jarak bumi dan bulan jauh, maka gambar bulan sepatutnya akan menitupi bumi, atau gambar diambil akan nampak keseluruhan bumi
gambar ini diambil di : http://www.pinkysmile.com/vb/archive/index.php/t-1687.html bertarikh - 03-14-2011

gambar 3: kalau bulan diatas ka'bah, sepatutnya gambar diambil dari bawah ka'abah pandang ke'atas, bukan dari tepi, kalau dari tepi bukan atas ka'bah tapi selari dengan gambar diambil dengan ka'bah.

=====================
menyedihkan
=====================
walaupun telah diterangkan pada sehari sebelum kejadian oleh Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
bahawa kejadian ini tidak berlaku, siap keterangan telah diberikan, masih disebarkan lagi mesej berantai tersebut
http://www.facebook.com/notes/agensi-angkasa-negara-angkasa/bulan-mengelilingi-kaabah/251976368158509
====================
mesej berantai tersebut hanyalah satu agenda untuk merendahkan aqidah umat2 islam. tambahan pula diwaktu bulan ramadhan ni, ramai mengejar2 pahala dan ini adalah salah satu cara singkat untuk bagi mereka2 yang bertanggungjawab untuk merosakkan aqidah umat islam dengan menggunakan "kebodohan"  Melayu2 Muslim yang mudah percaya dengan berita2  berantai berkaitan agama tanpa diselidik..
=================
Penyiasatan
---------------------------
walau bagaimanapun, Jeddah astronomy society ada mengeluarkan info tentang kejadian tentang bulan selari diatas ka'bah
=======================
JEDDAH: Makkah will witness Monday two astronomical phenomena: the equal length of day and night – sunrise and sunset at 6:30 A.M. and 6:30 P.M. respectively – and the moon in a vertical position above the Holy Ka’ba.
Majed Abu Zahra, head of the Jeddah Astronomy Society (JAS), said after sunset, the International Space Station (ISS) will enter the Makkah sky from the west at 7:15 P.M., and about three minutes later its bright light will be seen easily in Makkah and nearby areas. The moon will be vertical over the Ka’ba, for the second time this year, at 7:55 P.M. local time. It will be 67.9 percent illuminated, he added.
– Okaz/Saudi Gazette  __
sumber
 http://www.a1saudiarabia.com/monday-moon-vertical-over-holy-kaba/
=====================
berita tersebut juga mengatakan kejadian ini merupakan kali KEDUA.. bukannya 10 tahun sekali.

maklumat ini dikeluakan oleh Jeddah Astronomy Society pada 13/MARCH yang lalu..
bole

berita/gambar ini diambil do
http://www.pinkysmile.com/vb/archive/index.php/t-1687.html bertarikh - 03-14-2011
rasanya
=====================
sebelum mengakhiri analisis dan post saya
ingin saya quote komen sahabat di page ini
Misteri Para Wali ·
buatlah ibadat dgn istiqamah tanpa mengiri saat..

janganlah anda buat ibadat kerana TAKUT dengan mesej berantai, tetapi seperti yang diterapkan oleh islam sendiri, buatlah IBADAT seperti ESOK tiada lagi...

bukan apa, orang2 Melayu Muslim ni selalunya "BERIBADAT" lepas dapat mesej2 camni, didalam kesusahan atau sewaktu dengannya sahaja. anda patut ingat yang kita perlu beribadat dengan IKHLAS, bukannya sebab TAKUT dengan mesej2 dan berita yang sewaktu dengannya camni. HawauYU


Kisah Gabenur bersahaja menjadi kuli

http://jalanakhirat.files.wordpress.com/2010/03/salman-al-farisi.jpg

Salman Al-Farisi tergolong sebagai salah seorang sahabat Rasulullah saw yang memiliki keutamaan dalam hal hidup kesederhanaan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Beliau berasal dari negeri Parsi. 

Pernah di masa hidupnya, Salman telah diberi jabatan sebagai Gubernur daerah kelahirannya. Namun demikian kedudukannya itu tidak sedikit pun mengubah keperibadiannya yang penyantun, rendah diri, serta zuhud terhadap kemewahan dunia. 

Pada suatu hari, diriwayatkan seorang rakyat awam tanpa mengenali Salman terus menariknya secara kasar lalu menyuruhnya melakukan suatu kerja yang berat. 

Orang itu menjumpai Salman ketika berada di tepi jalan. Ia mempunyai sebuah karung besar lalu menyuruh Salman memikulnya sampai ke rumah.


Tanpa banyak tanya sahabat Nabi yang mulia ini terus memikulnya. Di pertengahan jalan, seorang lelaki telah memberi salam kepadanya. Alangkah terkejutnya melihat Salman memikul karung. 

Lalu berkata: “Wahai tuan! Tahukah tuan bahawa orang yang memikul karung tuan itu adalah Salman Al-Farisi, Amir negeri kita ini.” 

Terkejut lelaki itu mendengarnya, ternyata orang yang dikasarinya itu adalah Gubenurnya sendiri. Lantas dia meminta maaf lalu menyuruh Salman menurunkan karung yang sedang dipikulnya itu. 

Tetapi Salman menjawab: “Oh tidak mengapa tuan. Biarlah saya memikul barang tuan ini hingga sampai ke rumah tuan”. 

Demikianlah ketinggian budi pekerti Salman Al-Farisi, salah seorang sahabat Rasulullh saw. yang tidak mementingkan darajat dan kedudukan.Kisah Islami


Kisah Ummu Aiman wanita rajin berpuasa dan tahan lapar

  ummu-aiman-pengasuh-nabi

Namanya adalah Barakah binti Tsa’labah bin Amru bin Hishan bin Malik bin Salmah bin Amru bin Nu’man Al-Habasyiyah.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mewarisi wanita ini dari ayah beliau, dan Ummu Aiman sentiasa mengasuh Rasulullah hingga dewasa. 

Tatkala Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkahwin dengan Khadijah binti Khuwalid, beliau memerdekakan Ummu Aiman yang kemudian dinikahi oleh Ubaidullah bin Haris Al-Khazraji. 

Darinyalah ia melahirkan Aiman, yang pada gilirannya ikut berhijrah dan berjihad malah syahid semasa perang Hunain.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memuliakan Ummu Aiman, beliau sering mengunjunginya dan memanggilnya dengan kata, “Wahai Ibu, ….” Beliau bersabda,

هَذِهِ بَقِيَةُ أَهْلِ بَيْتِى,وَيَقُوْلُ أّيْضًا:أُمُّ أّيْمنٍ أُمِّي بَعْدَ أُمِّي
Beliau (Ummu Aiman) termasuk ahli baitku.” Beliau juga bersabda, “Ummu Aiman adalah ibuku setelah ibuku.”

Ummu Aiman senantiasa berkhidmat kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan lemah lembut terhadap beliau. Setelah datangnya masa kenabian, beliau bersabda,

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَتَزَوَّجَ امْرَ أَةً مِنْ أَهْلِ الْحَنَّةِ فَلْيَتَزَوًجْ أُمً أَيْمَنٍ
Barang siapa yang ingin menikah dengan wanita ahli surga maka hendaklah menikahi Ummu Aiman.”


Akhirnya, Zaid bin Haritsah menikahinya pada malam ketika ia diutus oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Dengannya, akhirnya Ummu Aiman melahirkan Usamah bin Zaid, buah hati Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Ketika Rasulullah mengizinkan kaum muslimin untuk berhijrah ke Madinah, Ummu Aiman termasuk wanita yang berhijrah angkatan pertama. Ummu Aiman berhijrah di jalan Allah dengan berjalan dan tanpa membawa bekal. 

Pada masa hari sangat panas, sementara ia sedang berpuasa, ia sangat kehausan, tiba-tiba ada baldi di atasnya yang menjulur dari langit dengan tali berwarna putih. 

Lalu, Ummu Aiman meminum air yang di dalamnya hingga kenyang. Ummu Aiman berkata, “Saya tidak pernah lagi merasakan haus sesudah itu. Sungguh, saya biasa menghadapi rasa haus dengan puasa di siang hari, namun kemudian aku tidak merasakan haus lagi setelah minum air tersebut. Meskipun aku puasa pada siang hari yang panas, aku tetap tidak merasakan haus.”

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersikap lemah lembut kepadanya dan terkadang mengajaknya bercanda kerana ia seperti ibunya sendiri. 

Telah diriwayatkan bahawa suatu ketika ia berkata kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Wahai Rasulullah, bawalah (ajaklah) aku ….” 

Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata, “Aku akan membawamu di atas anak unta.” 

Ummu Aiman berkata, “Anak unta tidak akan mampu membawaku. Lagi pula, aku tidak menyukainya.” 

Nabi bersabda, “Aku tidak akan membawamu kecuali dengan anak unta.” Ini adalah canda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada Ummu Aiman.

Hanya saja, sekali pun beliau bercanda namun tidak mengatakan kecuali yang benar, sebab setiap unta adalah anak unta.

Ummu Aiman adalah seorang wanita yang pelat suaranya. Suatu ketika, beliau ingin menyeru kaum muslimin pada perang Hunain dan berkata, 

Sabbatallahu aqdamakum (semoga Allah mengistirahatkan kaki kalian).” (Padahal mungkin yang dimaksud adalah “tsabbatallahu aqdamakum (semoga Allah mengukuhkan kaki kalian”, pent.). 
Kerananya, Nabi bersabda,

أُسْكُبِى يَا أُمَّ أَيْمَنٍ فَإِ نَّكِ عُسَرَاءُاللِّسَانِ
“Diamlah, wahai Ummu Aiman, karena Anda adalah seseorang yang pelat lisannya.”

Suatu ketika, Ummu Aiman masuk ke dalam rumah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan mengucapkan salam, “Salamun la alaikum (keselamatan bukan atas kalian),” padahal yang dimaksud adalah “assalamu ’alaikum“. Akan tetapi, beliau memberikan rukhshah kepadanya untuk mengucapkan salam (salamun la alaikum).

Di samping itu, Ummu Aiman memiliki sifat-sifat yang terpuji, ditambah lagi pada usianya sudah tua, beliau tidak mahu tinggal diam, beliau ingin menyertai para pahlawan Islam dalam menghancurkan musuh-musuh Allah subhanahu wa ta’ala untuk meninggikan kalimat-Nya. 

Oleh sebab itu, ia ikut dalam perang Uhud dan ikut serta dengan kemampuan yang ia miliki, ia memberikan minum bagi pasukan muslim dan mengubati yang terluka. Ia juga menyertai perang Khaibar bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam wafat, Abu Bakar berkata kepada Umar, “Pergilah bersama kami menemui Ummu Aiman, kita akan mengunjunginya sebagaimana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah mengunjunginya.” 

Tatkala mereka sampai di rumah Ummu Aiman, ternyata ia sedang menangis, keduanya berkata, “Apa yang membuat anda menangis? Bukankah apa yang di sisi Allah lebih baik bagi Rasul-Nya?”

Ummu Aiman menjawab, “Bukanlah saya menangis kerana tidak tahu bahawa apa yang di sisi Allah lebih baik bagi Rasul-Nya, hanya saja saya menangis kerana telah terputusnya wahyu dari langit.” 

Hal itu membuat Abu Bakar dan Umar menangis, sehingga keduanya menangis bersama Ummu Aiman.

Pada masa terbunuhnya Umar bin Khathab, Ummu Aiman menangis sambil berkata, “Pada hari ini, Islam menjadi lemah.”

Ummu Aiman wafat pada masa kekhalifahan Utsman bin Affan, tepatnya dua puluh hari setelah terbunuhnya Umar.

Semoga Allah merahmati Ummu Aiman, pengasuh pemimpin anak Adam. Beliau adalah seorang wanita yang rajin puasa dan tahan lapar, berhijrah dengan berjalan, diberi minum yang tidak diketahui asal-usulnya, minuman dari langit sebagai penyembuh bagi beliau.

Sumber: Mereka adalah Para Shahabiyah, Mahmud Mahdi Al-Istanbuli dan Musthafa Abu An-Nashir Asy-Syalabi, Pustaka At-Tibyan, Cetakan ke-10, 2009.

Kisah Bal’am ibnu Ba’ura seorang ulama jahat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiRqrmpM5nMeiQos0DhSYUS-ICBdlbgEfDaMAE51Lkwfs9l44RHl_JMFBE7OOu6FxmiR91XNBD8a5ZzPriHJnDsaJMqJsijXq3SUso-fpjTBtQliRxFXyCEixZjojbvyyUbqThVxEiZXms/s1600/alqur%2527an.jpg

TAFSIR AYAT 175 HINGGA 177 SURAH AL A’RAAF

175. Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang Yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang Yang sesat.

176. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya Dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika Engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.

177. Amatlah buruknya bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami, dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri.

KISAH DARI AYAT

Nabi Muhammad S.A.W. diperintahkan Allah menceritakan kisah seorang Ulama’ yang juga Wali Allah bernama Bal’am ibnu Ba’ura dari kalangan Bani Israel yang hidup di zaman Nabi Musa aliahissalam yang sangat mustajab doanya.

Dia termasuk salah seorang yang diberi ilmu tentang Ismul A’zham (Nama Allah Yang Paling Agung). Setiap kali menyampaikan kuliah, seramai 12 ribu ulama’ menimba ilmu agama darinya.

Menurut ulama tafsir yang diambil dari ‘Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, beliau mengisahkan:,

Ketika Nabi Musa ‘alaihissalam datang ke Kan’aan bersama para pengikutnya, para kerabat dan sepupu Bal’am datang menemui Bal’am lalu berkata: “Musa itu orang yang tiada tolak ansur dan mempunyai pasukan yang besar. Kalau dia menang tentulah dia akan memusnahkan kita. Maka doakanlah kepada Allah agar Dia menjauhkan Musa beserta pasukannya.”

Kata Bal’am: “Sesungguhnya, jika aku berdoa kepada Allah agar menghalau Musa dan orang-orang yang bersamanya, tentulah dunia dan akhiratku hilang.”

Tapi mereka terus menerus memujuknya hingga diapun menuruti permintaan mereka. Dikisahkan, setiap kali dia mendoakan keburukan terhadap Nabi Musa dan pasukannya, maka doa itu menimpa Bal’am dan orang-orang yang memujuknya. Begitulah seterusnya, wallahu a’lam.

Menyedari hal itu, merekapun menegurnya, mengapa dia mendoakan keburukan terhadap mereka?

“Begitulah, setiap aku mendoakan keburukan buat mereka(Musa dan pengikutnya) tidak dikabulkan doaku. Tapi aku akan tunjukkan kepada kamu satu hal yang semoga saja dapat menjadi sebab kebinasaan mereka. Sesungguhnya Allah membenci perzinaan, dan kalau mereka jatuh dalam perbuatan zina, nescaya mereka pasti binasa, dan aku berharap Allah menghancurkan mereka. Maka keluarkanlah para wanita menemui mereka. Kerana mereka itu para musafir, mudah-mudahan mereka terjerumus dalam perzinaan lalu binasa.”

Setelah sebahagian besar mereka terjerumus dalam perbuatan zina, Allah Subhanahu wa Ta’ala kirimkan wabak tha’un sehingga menewaskan 70 ribu orang dari mereka.

Pendek cerita, Bal’am pun tersungkur di pintu syurga dek diperdaya oleh syaitan walaupun berilmu tinggi.

PERUMPAMAAN ULAMA’ JAHAT DENGAN ANJING

As suddi berkata bahawa ayat itu merujuk kepada Bal’am yang ‘menjelir lidahnya’ selepas kesesatan beliau sebagaimana menjelirnya anjing. Dan tafsiran perumpamaan ini di sisi kebanyakan ahli ilmu tafsir secara umumnya merujuk kepada setiap orang yang mengetahui al Qur’an tetapi tidak beramal dengannya. Sesetengah pendapat(lemah) merujuk kepada orang munafik. Pendapat yang pertama lebih benar.

Begitu juga pendapat Mujahid tentang ayat ini; “Begitulah keadaan sesiapa yang membaca al Qur’an tetapi tidak beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya.” 

Sesetengah ulama pula menyebutkan bahawa ; “Inilah seburuk-buruk perumpamaan. Kerana sesungguhnya Allah menyamakan orang sebegitu yakni yang dikalahkan oleh hawa nafsunya sehingga ia tidak mampu mengawal dirinya daripada mendapat mudarat mahupun manfaat dengan seekor anjing yang sentiasa menjelir lidah.”

Allah membuat perumpamaan orang-orang yang mengambil ‘rasuah’ dalam agama dengan anjing yang sentiasa menjelir lidahnya. Betapa hinanya perlakuan mereka yang tahu ayat Allah tetapi sanggup menggadaikannya dengan mata benda dunia yang sedikit. 

Harta, pangkat, kedudukan dan wang ringgit yang mereka ambil daripada penguasa yang zalim tidak bernilai sedikitpun di sisi Allah. Mereka menjadi golongan yang hina sehina-hinanya kerana menyembunyikan kebenaran al Qur’an.ibnuabbas


Kisah keberanian Thâwûs al-Yamâny seorang ulama dihadapan pemerintah

 
1295900929681239813

Dikisahkan bahawa Hisyâm bin ‘Abdul Malik datang ke Baitullah, Ka’bah untuk melakukan manasik haji. Ketika masuk ke Masjid al-Haram, dia berkata,

“Tolong hadirkan ke hadapanku salah seorang dari kalangan para sahabat.!”
Lalu ada orang yang menjawab, “Wahai Amirul Mukminin, mereka semua sudah meninggal dunia.”
 
Lalu dia berkata lagi, “Kalau begitu, dari kalangan tabi’in saja.”

Maka dihadirkanlah Thâwûs al-Yamâny. Tatkala menemui sang Amir, dia menanggalkan kedua sandalnya di pinggir permadaninya dengan tidak memberi salam terlebih dahulu dan tidak pula memanggilnya dengan gelaran, lantas duduk di sampingnya tanpa izin pula lalu berkata,

“Bagaimana khabarmu wahai Hisyâm.?”

Maka meledaklah kemarahan sang Amir sehingga ia hampir saja berkeinginan untuk membunuhnya, namun kemudian ada yang mencegahnya lalu berkata,

“Wahai Amirul Mukminin, engkau pada masa ini berada di kawasan Haram Allah dan Rasul-Nya (Ka’bah) yang tidak boleh perkara itu terjadi.”

Maka Hisyam berkata, “Wahai Thâwûs, apa yang mendorongmu untuk berbuat seperti itu tadi.?”

“Apa gerangan yang telah aku perbuat,?” balas Thâwûs

“Engkau telah menanggalkan kedua sandalmu di pinggir permadaniku, tidak memberi salam dengan menyapa, ‘Wahai Amirul Mukminin,’ tidak memanggilku dengan gelaranku lalu duduk di sampingku tanpa izin,” kata Hisyâm

“Adapun kenapa aku menanggalkan kedua sandalku di pinggir permadanimu, kerana aku sudah biasa menanggalkannya kala berada di hadapan Allah Ta’ala setiap hari, sebanyak lima kali akan tetapi Dia tidak mencela ataupun marah kepadaku. 

Adapun ucapanmu ‘engkau tidak memberi salam kepadaku dengan menyapa, ‘wahai Amirul Mukminin’’ kerana tidak setiap Muslim setuju atas naiknya engkau ke tampuk kekuasaan. Jadi, aku takut kalau menjadi seorang pendusta (dengan menyapamu sebagai Amir semua orang-orang beriman-red.,). 

Mengenai perkataanmu ‘engkau tidak memanggilku dengan gelaranku’ kerana Allah Ta’ala juga menamai para Nabi-Nya, lalu memanggil mereka; ‘wahai Daud’ ‘wahai Yahya’ ‘wahai ‘Isa’ malah Dia malah menyebut musuh-musuh-Nya dengan gelaran dalam firman-Nya, ‘Celakalah tangan Abu Lahab.’ 

Sedangkan ucapanmu, ‘kamu duduk di sampingku (tanpa idzin), maka perkara itu kerana aku telah mendengar ‘Ali bin Abi Thalib RA., berkata, ‘Bila kamu ingin melihat salah seorang penghuni neraka, maka lihatlah kepada seorang yang duduk sementara orang-orang di sekitarnya berdiri menghormatinya,” jawab Thâwûs

Kemudian Hisyam berkata, “Kalau begitu, nasihatilah aku.”

Maka Thâwûs berkata, “Aku mendengar ‘Ali bin Abi Thalib RA., berkata, 
'‘Sesungguhnya di neraka Jahannam terdapat ular-ular dan kalajengking seperti bagal (peranakan antara kuda dan kaldai) yang mematuk setiap Amir (Penguasa) yang tidak berlaku adil terhadap rakyatnya.”

(SUMBER: Buku Mi`ah Qishshah Wa Qishshah Fî Anîs ash-Shâlihîn Wa Samîr al-Muttaqîn disusun oleh Muhammad Amîn al-Jundy, Juz II, h.29-33)

Rumah pokok terbesar di dunia

Seorang penduduk di Crossville, TN (US) bernama Horace Burgess mempunyai rumah pokok terbesar di dunia. tingginya mencapai 97 meter menjulang ke langit, yang ditunjang dengan pohon oak putih, dengan tinggi 80-kaki dan diameter 12 kaki.

Enam pokok lain membesar seperti menjadi menara benteng. Rumah megah ini mempunyai 80 bilik dan 20 beranda, menghadap celah dan tangga. Dibini dari kayu bekas, bangunan ini terletak di daerah pedalaman, namun telah menarik perhatian banyak orang dari seluruh negeri.

Dia menceritakan kisah kepercayaannya, pada tahun 1993, Horace Burgess sedang berdoa ketika Tuhan mengatakan kepadanya, "Jika kamu membina sebuah rumah pokok, aku akan melihat bahawa kamu tidak pernah kehabisan bahan."

Dirinya menjadi seorang tukang kayu mendadak yang belajar autodidact dan juga arkitek untuk landskap. Walaupun ia telah menghabiskan banyak masa dan kos  untuk membina rumah impiannya tersebut, namun dirinya tidak pernah merasa bahawa pekerjaannya telah sempurna.

Selama empat belas tahun, Burgess telah menambah rumah pokoknya dengan menggunakan potongan kayu daur terpakai dari garaj, dan gudang.

Rumah pokok ini mempunyai 10 lantai, kebanyakannya 9 sehingga 11 meter tingginya dan luas antara 8.000 sehingga10.000 kaki persegi. Dan di atasnya ada sebuah menara loceng seberat 5.700 pounds dilengkapi dengan 10 botol oksigen asetilena isi terpakai sebagai loceng.

Kira-kira 400 hingga 500 orang berkunjung selama seminggu, kebanyakannya dari luar negara dan kebanyakannya mendengar rumah istimewa ini dari mulut ke mulut.

Rumah pokok Horace Burgess akan segera masuk ke dalam buku Guinness book of records, tapi sebelum itu Burgess harus menyediakan pengukuran dari setiap inci rumah pokoknya, sebuah tugas yang berat namun ia yakin akan boleh menyelesaikannya dengan bantuan dari teman-temannya yang secara sukarela meluangkan waktu.

Burgess juga telah bersumpah untuk akan terus memperbaiki setiap struktur yang rapuh kerana dia tidak ingin kehilangan penghormatan sebagai pemilik rumah pokok  terbesar di dunia.
 
danish56


Kisah menjelang ajalnya kekasih Allah

Betapa mulia dan indahnya akhlak baginda Ya Rasulullah SAW Mengingatkan kita sewaktu sakratul maut.
Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbata memberikan petua, “Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua hal pada kalian, sunnah dan Al Qur’an. Barang siapa mencintai sunnahku, berati mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan bersama-sama masuk surga bersama aku.”


Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang teduh menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, masanya sudah tiba.


“Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” desah hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. 


Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cepat menangkap Rasulullah yang hampir terjatuh semasa turun dari mimbar.


Pada masa itu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu, kalau boleh. Matahari kian tinggi, tapi pintu Rasulullah masih tertutup. 




Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.


Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?”.”Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,”tutur Fatimah lembut. 


Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.


“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.


Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. 


” Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. 


“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. 


Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.


“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. 


“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” 


“Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril. 


Detik-detik semakin dekat, masanya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.


”Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.”


Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.


“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 


“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. 


“Ya Allah, dahsyat sungguh maut ini, timpakan sahaja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. 


“Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali mendekatkan telinganya.


”Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum – peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” 


Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. 


“Ummatii, ummatii, ummatiii!” – “Umatku, umatku, umatku”
 
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli ‘alaa Muhammad wa’alaihi wasahbihi wasallim. 


Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.reallife65