Sukan yang disyariatkan Rasulullah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgS8uqMdKlZmWNALj95qV3U2HH1cgMqTdmC3Qzp1WMYEf9cLQGmAES2wRY5Ol58kXdUS0_1fEKoWe9UrYTJ-Ngpbhq0glX8pppm9vs86XbvXBq6wvm66tQ15ZhW6HxQA_eBCqQplSvoJnMR/s1600/226261_131807786893932_128071920600852_215630_417230_n.jpg

Sukan sesuatu yang mengembirakan. Ia boleh dikategorikan sebagai jenis-jenis permainan dan hiburan yang halal. Bersukan bermatlamat seperti yang dinukilkan dalam hadis di bawah ini amat dituntut.

JENIS-JENIS SUKAN YANG HALAL
Ada beberapa macam sukan yang disyariatkan Rasulullah SAW, untuk kaum Muslimin, guna memberikan kegembiraan dan hiburan mereka. 

Di mana sukan itu sendiri dapat mempersiapkan diri untuk menghadapi ibadah dan melaksanakan kewajiban dan lebih banyak mendatangkan ketangkasan dan keinginan. 

Sukan tersebut kebanyakannya bentuk suatu latihan yang dapat mendidik mereka kepada manusia berjiwa kuat, dan mempersiapkan mereka untuk maju ke medan jihad fi sabilillah.

Di antara sukan itu ialah:

1.Pertandingan.
Sahabat-sahabat Nabi SAW dulu pernah mengadakan pertandingan lumba lari cepat, kerana Nabi sendiri membolehkan. Ali adalah salah seorang yang paling cepat. 

Nabi sendiri mengadakan pertandingan dengan isterinya, bertujuan memberi pendidikan kesederhanaan dan kesegaran serta mengajar kepada sahabat-sahabatnya.

Kata Aisyah, “Rasulullah bertanding dengan saya dan saya menang. Kemudian saya berhenti, sehingga ketika badan saya menjadi gemuk, Rasulullah bertanding lagi dengan saya dan ia menang, kemudian ia bersabda: Kemenangan ini untuk kemenangan itu.” Iaitu seri atau sama-sama menang. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).

2.Lumba lari dan bergusti
Rasulullah SAW pernah gulat/bergusti dengan seorang lelaki yang terkenal kuatnya, namanya Rukanah. Permainan ini dilakukan beberapa kali. (Riwayat Abu Daud). Dalam satu riwayat dikatakan:

"Sesungguhnya Rasulullah SAW gulat/bergusti dengan Rukanah yang terkenal kuatnya itu, kemudian ia berkata: kambing lawan kambing. Kemudian Nabi bergusti, dan ia berkata: berjanjilah dengan saya. untuk lain kali lagi, lantas Nabi bergusti, dan ia berkata: berjanjilah dengan saya, lantas Nabi bergusti untuk ketiga kalinya. 

Lantas seorang lelaki itu bertanya: Apa yang harus saya katakan kepada keluargaku? Nabi menjawab: Katakan "kambing telah dimakan oleh serigala, dan larilah kambing." Kemudian apa pula yang aku katakan untuk yang ketiga? 

Nabi menjawab: Kami tidak dapat mengalahkan kamu untuk bergusti dengan kamu dan untuk mengalahkan kamu, kerana itu ambillah hadiahmu."

Dari hadis ini ahli-ahli fiqih beristimbat hukum tentang dibenarkannya pertandingan lari cepat, baik dia itu dilakukan antara lelaki dengan lelaki atau antara lelaki dengan perempuan mahramnya atau dengan isteri-isterinya. 

Dari hadis-hadis itu pula ulama fiqih berpendapat bahawa pertandingan lari cepat, gusti dan sebagainya tidak menghilangkan kekhusyukan, kehormatan, pengetahuan, keutamaan dan lanjutnya umur. Sebab Rasulullah SAW. sendiri waktu bergulat dengan Aisyah sudah berumur di atas 50 tahun.


3.Memanah
Di antara hiburan yang dibenarkan oleh syara' ialah bermain memanah dan perang-perangan. Sebab di satu masa Nabi pernah berjalan-jalan menjumpai sekumpulan sahabatnya yang sedang mengadakan pertandingan memanah, maka waktu itu Rasulullah SAW. memberikan dorongan kepada mereka dengan sabdanya: "Lemparkanlah panahmu itu, saya bersama kamu." (Riwayat Bukhari)

Pertandingan lempar panah itu bukan sekedar hobi atau sekadar bermain-main saja, tetapi salah satu bentuk daripada mempersiapkan kekuatan sebagai yang diperintah Allah dalam firmanNya "Dan bersiap-siaplah kamu untuk menghadapi mereka (musuh) dengan kekuatan yang kamu sanggup." 

Dalam menafsirkan ayat ini Rasulullah bersabda: "Ketahuilah! Bahawa yang dimaksud 'kekuatan' itu ialah memanah - beliau ucapkan kata-kata itu tiga kali." (Riwayat Muslim) 

Dan sabdanya pula: "Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu." (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik) 

Namun begitu, Rasulullah SAW. memperingatkan para pemain agar tidak menjadikan binatang-binatang jinak dan sebagainya sebagai sasaran latihannya, sebagaimana yang biasa dilakukan oleh orang-orang Arab jahiliah.

Abdullah bin Umar pernah melihat sekumpulan manusia yang sedang berbuat demikian, kemudian Ibnu Umar mengatakan: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. melaknat orang yang menjadikan sesuatu yang bernyawa sebagai sasaran memanah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dilarangnya permainan seperti itu kerana terdapat unsur-unsur penyiksaan terhadap binatang dan meragut jiwa binatang serta memungkinkan untuk membuang-buang harta, Tidak benar kalau permainan manusia itu dengan mengorbankan makhluk hidup yang lain.
Justeru itu pula Rasulullah SAW. melarang mengadu binatang seperti yang dilakukan orang-orang Arab dahulu, iaitu mereka membawa dua ekor kambing atau lembu kemudian diadu sampai mati atau hampir mati.

Lantas mereka senang dan tertawa. Para ulama berkata: "Bahawa prinsip dilarangnya mengadu binatang, kerana terdapatnya unsur menyakiti dan melumpuhkan binatang tanpa faedah, tetapi hanya sekadar bermain-main."

4.Main Anggar
Yang sama dengan permainan memanah, ialah main anggar. Dalam hal ini Rasulullah SAW telah memberi perkenan kepada orang-orang Habsyah (Ethiopia) bermain anggar di dalam Masjid Nabawi, dan ia pun memberi perkenan pula kepada Aisyah untuk menyaksikan permainan itu. 

Dan kepada para pemain Rasulullah mengatakan: "Kerana kamu (kami melihat), hai Bani Arfidah." Panggilan Bani Arfidah adalah suatu jolokan yang biasa digunakan orang-orang Arab untuk memanggil penduduk Habsyah. Umar, kerana wataknya tidak suka bermain-main, maka dia bermaksud akan melarang orang-orang Habsyah yang sedang bermain itu, tetapi kemudian dilarang oleh Nabi. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, ia berkata:

"Ketika orang-orang Habsyah sedang bermain anggar dihadapan Nabi, tiba-tiba Umar masuk, kemudian mengambil kerikil dan melemparkannya kepada mereka. Kemudian Rasulullah SAW. berkata kepada Umar.--biarkanlah mereka itu, hai Umar." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ini merupakan suatu kelapangan dari Rasulullah SAW dengan mengizinkan permainan seperti ini dilakukan di Masjidnya yang mulia itu, agar di dalam masjid dapat dipadukan antara kepentingan duniawi dan ukhrawi; dan sebagai suatu pendidikan buat kaum Muslimin, agar mereka suka bekerja di waktu bekerja dan bermain-main di waktu santai. Di samping itu, bahawa permainan semacam ini bukan sekedar bermain-main saja, tetapi suatu permainan yang bermotif latihan.

Para ulama berkata setelah membawakan hadis ini sebagai berikut: "Bahawa masjid dibuat adalah demi kepentingan urusan kaum Muslimin. Oleh kerana itu apa saja yang kiranya bermanfaat untuk agama dan manusia, maka bolehlah dikerjakan di masjid." 

Kiranya kaum Muslimin di zaman-zaman terakhir ini mahu memperhatikan, mengapa masjid-masjid mereka itu dikosongkan dari jiwa hidup dan kekuatan, dan dibiarkan sebagai tempat orang-orang apatis.

Pengarahan Nabi dalam mendidik dan memberikan hiburan hati isteri-isterinya, iaitu dengan memperkenankan permainan yang mubah seperti itu. 

Sehingga kata Aisyah: "Sungguh saya saksikan Nabi membatas saya dengan selendangnya, sedang saya melihat orang-orang Habsyah itu bermain di dalam masjid, sehingga saya sendiri yang merasa bosan. Mereka itu lincah selincah gadis muda belia yang masih suka bermain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Aisyah juga berkata: "Saya pernah bermain-main dengan boneka perempuan di rumah Rasulullah SAW, bersama kawan-kawan saya perempuan yang juga bermain-main dengan saya; dan tatkala Rasulullah SAW masuk, mereka itu bersembunyi, tetapi Rasulullah SAW. senang melihat mereka itu bersamaku, kemudian mereka bermain-main bersamaku lagi." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

5 Menunggang Kuda (Berpacu Kuda)
Allah SWT berfirman: "Kuda, kaldai dan himar adalah supaya kamu naiki dan sebagai perhiasan." (an-Nahl: 8) 

Dan bersabda Rasulullah SAW "Kuda itu diikat jambulnya untuk kebaikan." (Riwayat Bukhari) 

Dan sabdanya pula: "Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda)." (Riwayat Muslim) 

Dan sabdanya lagi: "Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah bererti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: (1) Seorang lelaki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah). (2) Seorang yang mendidik kudanya. (3) Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya. (4) Belajar berenang." (Riwayat Thabarani) 

Dan berkatalah Umar: "Ajarlah anak-anakmu berenang dan memanah; dan perintahlah mereka supaya melompat di atas punggung kuda." 

Ibnu Umar meriwayatkan. "Sesungguhnya Rasulullah SAW. pernah mengadakan pacuan kuda dan memberi hadiah kepada pemerangnya." (Riwayat Ahmad) 

Semua ini sebagai dorongan Nabi terhadap masalah pacuan kuda. Sebab berpacu kuda sebagaimana kami katakan di atas, adalah permainan, olahraga juga suatu latihan.

Anas pernah ditanya: Apakah kamu pernah bertaruh di zaman Rasulullah s.a.w.? Apakah Rasulullah s.a.w. sendiri juga pernah bertaruh? 

Maka jawab Anas: "Ya! Demi Allah, sungguh ia (Rasulullah SAW) pernah bertaruh terhadap suatu kuda yang disebut sabhah (kuda pacuan), maka dia dapat mengalahkan orang lain, ia sangat tangkas dalam hal itu dan menghairankannya." (Riwayat Ahmad)

Taruhan yang dibenarkan, atau yang dimaksud di sini ialah suatu upah (hadiah) yang dikumpulkan bukan dari orang-orang yang berpacu saja atau dari salah satunya saja, tetapi dari orang-orang lainnya.

Adapun hadiah yang dikumpulkan dari masing-masing yang berpacu, kemudian siapa yang unggul itulah yang mengambilnya, maka hadiah semacam itu termasuk judi yang dilarang. 

Dan Nabi sendiri menamakan pacuan kuda semacam ini, yakni yang disediakan untuk berjudi, dinamakan Kuda Syaitan. Harganya adalah haram, makanannya haram dan menungganginya pun haram juga. (Riwayat Ahmad).

Dan Beliau bersabda: "Kuda itu ada tiga macam: kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah, maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja - mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang dipakai untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan adapun kuda manusia, iaitu kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk menutupi keperluannnya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sekian pandangan Al-Qardhawi. Sebenarnya inilah dasar hiburan dan sukan yang sepatutnya menjadi dasar dalam sesebuah pemerintahan.IH

Bakteria pembunuh dan penyembuh pada sayap lalat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi2yqjj_f_pH2__i_99nXLm7YHZQyysqYDELDt7eKIo-GZH8WQJBfFC3ZVjkgTlWzHtjZg-b4PZal09WOr-RedNScJ3hxwHdnA7H5zHdaseCryrXHhcdaMSh5oTni5peMZrhG029L2gB-o/s1600/lalat.jpg
Dalam riwayat lain: "Sungguh pada salah satu sayap lalat ada racun dan pada sayap lainnya ubat, maka apabila ia mengenai makananmu maka perhatikanlah lalat itu ketika hinggap di makananmu, sebab ia mendahulukan racunnya dan mengakhirkan ubatnya" (HR. Ahmad, Ibn Majah)

Nabi Bersabda, "Apabila seekor lalat masuk ke dalam minuman salah seorang kalian, maka celupkanlah ia, kemudian angkat dan buanglah lalatnya sebab pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap lainnya ada ubatnya (HR. Bukhari, Ibn Majah, dan Ahmad)

Diantara mu'jizat kenabian Rasulullah dari aspek kedoktoran yang harus ditulis dengan tinta emas oleh sejarah kedoktoran adalah alat pembuat sakit dan alat pembuat ubat pada kedua sayap lalat yang sudah beliau ungkapkan 14 abad sebelum dunia kedoktoran berbicara.

Dan penyebutan lalat pada hadits itu adalah bahawa air tetap suci dan bersih jika dihinggapi lalat yang membawa bakteria penyebab sakit, kemudian kita celupkan lalat tersebut agar sayap pembawa ubat (penawarnya) pun tercelup ke air.

Dan kajian  ilmiah terkini pun sudah dilakukan untuk mengungkapkan rahasia di balik hadits ini. Bahawasanya ada kekhususan pada salah salah satu sayapnya yang sekaligus menjadi penawar atau ubat terhadap bakteria yang berada pada sayap lainnya.
 
Oleh kerana itu, apabila seekor lalat dicelupkan ke dalam air keseluruhan badannya, maka bakteria yang ada padanya akan mati, dan hal ini cukup untuk menggagalkan "usaha lalat" dalam meracuni manusia, sebagaimana hal ini pun telah juga ditegaskan secara ilmiah.

Iaitu bahawa lalat memproduksi zat sejenis enzim yang sangat kecil yang dinamakan Bakter Yofaj, iaitu tempat wujudnya bakteria. Dan tempat ini menjadi tumbuhnya bakteria pembunuh dan bakteria penyembuh yang ukurannya sekitar 20:25 mili mikron.

Maka jika seekor lalat mengenai makanan atau minuman, maka harus dicelupkan keseluruhan badan lalat tersebut agar keluar zat penawar bakteria tersebut.

Maka pengetahuan ini sudah dikemukakan oleh Nabi kita Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam dengan gambaran yang menakjubkan bagi siapapun yang menolak hadits tentang lalat tersebut.

Dan Dr. Amin Ridha, Pakar Penyakit Tulang di Jurusan Kedoktoran Univ. Iskandariyah, telah melakukan penyelidikan tentang "hadits lalat ini" dan menegaskan bahawa di dalam rujukan-rujukan kedoktoran masa silam ada penjelasan tentang berbagai penyakit yang disebabkan oleh lalat.

Dan di zaman sekarang, para pakar penyakit yang telah mengkaji selama berpuluh-puluh tahun, baru boleh mengungkap rahsia ini, padahal sudah dibongkar informasinya sejak dahulu. 
 
Iaitu kurang lebih 30-an tahun yang lalu ketika mereka menyaksikan dengan mata kepala sendiri bahawa ubat berbagai penyakit yang sudah kronik dan pembusukan yang sudah bertahun adalah dengan LALAT.


Bayi bersujud dalam janin bila mendengar bacaan al-Quran


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcqdRz0uFAER8p6CioZ_lJdjECdwnd68QI6RSbuMPJaW70K9_ypI508NDQIME7OWntK0xwkPXtXTVsmE6Rt90L0Qh2W_Q5btkHlZuA702v2Rur9ukpegR5iboabwxtENXC9HR5zm_AyNoh/s1600/bayisujud.jpg
Penelitian yang mengejutkan akhir-akhir ini bahawa muzik classic seperti Mozart dapat mempengaruhi pembesaran janin. Malah di sebuah laman dinyatakan Surabaya Ehealth klo ingin mempunyai anak yang cerdas hendaknya ibu bapa mengoptimalisasi anak sejak awal. Dan oleh doktor di web tersebut disarankan menggunakan muzik Mozart.

Tetapi bagaimanakan Islam memandang perkara ini. Tiap bayi lahir dalam keadaan fitrah, tentu suara-suara firman Allah lebih baik daripada suara-suara orang yang tidak pernah bersujud pada pencipta janin. Berikut ini kutipan pendapat Habib Munzir mengenai kehamilan seorang ibu.
“saya sarankan agar anda dan isteri anda banyak membaca al-qur’an untuk menuntun kemuliaan dalam rahim isteri anda.
Dibuktikan oleh para ilmuwan bahawa bayi didalam rahim terpengaruh dengan suara muzik, oleh sebab itu bila diperdengarkan suara musik blues, classic dan musik muzik yang tenang maka itu membantu pembesarannya
Dari penemuan ini kita mengambil kesimpulan betapa agungnya bayi yang ketika didalam rahimnya diperdengarkan kalamullah swt, tentunya jauh lebih agung dari muzik-muzik non muslim.

saya sarankan anda dan isteri anda banyak membaca surat Muhammad saw, berharaplah rahmat Allah sebagaimana bangkitnya rahmatan lil ‘alamin kemuka bumi ini (saw) membawa segala rahmat Nya swt.”

Untuk membuktikan pendapat Habib Munzir, setelah saya baca sana-sini ternyata sudah ada yang berekspresimen dengan meng-USG ibu hamil kemudian dibacakan Al Quran, dan selama proses pembacaan tersebut dipantau melalui alat USG kehamilan. Dalam video tersebut dibandingkan posisi bayi sebelum dan sesudah di bacakan.

Subhanallah, kerana semua bayi hakikatnya sudah Islam dan iman kepada Allah dan orang tuanya-lah yang menjadikan nasrani, yahudi dan majusi. 
Hasilnya ketika dibacakan surat Al Fatihah dan Al Baqarah bayi dalam janin dengan di USG terdiam dalam keadaan sujud seakan-akan mengenali suara-suara yang sedang dibacakan.


Kisah Ummu Ma'bad menyaksikan mukjizat Rasulullah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjAnxgK2xTnnJ3kyFZQjopqVdVYeJDuKjDybJTC46d6G0VNAA2UjnN23dSxoEPKNhv8pCjUPNOfqyURta7IEfLoEMr1PbD_-AHrga2vizpoaOcl__fmB_H_CBrNyRx-nPjZrEQGTADY1R8/s1600/gurun-sahara-afrika.jpg
Secara diam-diam, Rasulullah SAW bersama Abu Bakar RA, Amir bin Fahira dan seorang penunjuk jalan bernama Abdullah bin Uraiqith bergegas meninggalkan Makkah menuju Madinah. Dua belas tahun sesudah Rasulullah menyebarkan agama Allah di kota Makkah, namun tekanan dari kafir Quraisy kian bertambah.

Malah, kaum kafir Quraisy berniat untuk membunuh Rasulullah beserta sahabatnya yang telah masuk Islam. Bagi menghindari kekejaman kafir Quraisy, Rasulullah pun kemudian melakukan hijrah ke kota Madinah.

Tanpa perbekalan yang memadai, Rasulullah berangkat menuju Madinah. Sebuah perjalanan yang tidak mudah dan tidak juga ringan.

Di tengah perjalanan menuju kota Madinah, rombongan Rasulullah melalui sebuah khemah milik seorang wanita tua bernama UMMU MA'BAD di wilayah Qudaid -antara Makkah dan Madinah. 
Pada masa itu, Ummu Ma'bad sedang duduk berhampiran khemahnya. Lantaran bekalan yang kurang, rombongan Rasulullah pun singgah ke khemah Ummu Ma'bad.

Rasulullah dan sahabatnya ingin membeli daging dan kurma dari Ummu Ma'bad. Namun, mereka tidak mendapatkan apa-apa. Pada masa itu, wilayah Qudaid sedang dilanda musim kekurangan makanan. Lalu Rasulullah melihat seekor kambing yang ada berdekatan khemah Ummu Ma'bad.

Rasulullah pun bertanya, "Kambing betina siapa ini wahai Ummu Ma'bad?", Ummu Ma'bad menjawab, "kambing betina tua yang sudah ditinggalkan oleh kambing jantan." 

Rasulullah kembali bertanya, "Apakah ia masih mengeluarkan air susu?" Ummu Ma'bad menjawab, "Malah ia tak ada air susu sama sekali.'' Lalu Rasulullah meminta izin, "Bolehkah aku memerah air susunya?"

Ummu Ma'bad menjawab, "Jika engkau merasa boleh memerahnya, maka silakan lakukan.'' Nabi Muhammad SAW pun mengambil kambing tersebut dan tangannya mengusap kantong susunya dengan menyebut nama Allah dan mendo'akan Ummu Ma'bad pada kambingnya tersebut.

Tiba-tiba kambing itu membuka kedua kakinya dan keluarlah air susu dengan derasnya.Kemudian Rasulullah meminta sebuah bekas yang besar lalu beliau memerasnya sehingga penuh. 
Beliau memberi minum kepada Ummu Ma'bad hingga ia puas, lalu beliau memberi minum rombongannya hingga mereka pun puas.

Dan beliau adalah orang yang terakhir minum. Beliau kemudian memerah susu untuk kedua kalinya hingga bekas tersebut kembali penuh, lalu susu itu ditinggalkan di tempat Ummu Ma'bad dan beliau pun membai'atnya. Setelah itu rombongan pun berlalu.

Tidak lama, datanglah suami Ummu Ma'bad dengan membawa kambing yang kurus kering, berjalan beriringan kerana lemahnya. Setelah melihat susu, ia bertanya kehairanan, 
"Darimana air susu ini wahai Ummu Ma'bad? padahal kambing ini sudah lama tidak mengandung dan kita pun tidak mempunyai persediaan susu di rumah?" Ummu Ma'bad menjawab, "Demi Allah, bukan kerana itu semua. 
Sesungguhnya seseorang yang penuh berkah telah melalui (rumah kita), sifatnya begini dan begitu." Abu Ma'bad berkata, "Ceritakanlah kepadaku tentangnya wahai Ummu Ma'bad."

Ummu Ma'bad berkata: "Aku melihat seorang yang tawadhu (rendah hati). Wajahnya bersinar berkilauan, baik budi pekertinya, dengan badannya yang tegap, indah dengan bentuk kepala yang sesuai bentuk tubuhnya.'' 
Ia adalah seorang yang berwajah sangat tampan. Matanya elok, hitam dan lebar, dengan alis dan bulu mata lebat dan halus. Suaranya bergema indah berwibawa, panjang lehernya ideal, janggutnya tumbuh tebal dan sangat kontras lagi sesuai warna rambutnya; rapi, rata ditepinya (dengan jambangnya) dan antara rambut dan janggutnya bersambung rapi.

Jika ia diam, nampaklah kewibawaannya. Jika ia berbicara nampaklah kehebatannya. Jika dilihat dari kejauhan, ia adalah orang yang paling bagus dan berwibawa. 
Jika dilihat dari dekat, ia adalah orang yang paling tampan, bicaranya mudah difahami, jelas, tidak banyak dan tidak pula sedikit. Nada bicaranya seperti untaian mutiara yang berguguran.

Beliau berperawakan sedang, tidak tinggi dan tidak pula pendek. Ia bagaikan sebuah dahan di antara dua dahan. Diantara ketiga orang itu, penampilannya paling bagus dan kedudukannya paling tinggi. 
Ia memiliki banyak teman yang mengelilinginya. Jika ia berbicara, maka yang lain pun mendengarkannya. Jika ia memerintah, maka mereka segera melaksanakannya. Ia adalah orang yang ditaati, tidak masam muka dan bicaranya tidak sembarangan.

Abu Ma'bad berkata, "Demi Allah, ia adalah seorang dari Quraisy yang sedang diperbincangkan di kalangan kami di kota Makkah. Aku ingin menjadi sahabatnya. Sungguh aku akan melakukannya jika aku boleh menemui jalan untuk mendapatkannya."

Sungguh terperinci sifat sifat Rasulullah yang dituturkan Ummu Ma'bad. Kisah Ummu Ma'bad sangat masyhur, diriwayatkan dari banyak jalan yang saling menguatkan satu dengan lainnya. (Seperti diuraikan dalam buku Perempuan perempuan Mulia di Sekitar Rasulullah by Muhammad Ibrahim Salim)


Kisah Ashabul Kahfi



 http://tokomuflih.com/268-310-large/kisah-ashabul-kahfi-.jpg
Siapa yang tidak tahu kisah Ashabul Kahfi? Kisah ini sangat terkenal baik bagi penganut agama Islam atau Kristian. Ashabul Kahfi dalam Islam iaitu kisah yang menceritakan 7 pemuda yang mendapat petunjuk dan beriman kepada Allah tertidur dalam gua selama 309 tahun. Mereka melarikan diri dari kekejaman raja Dikyanus.

Lokasi Gua :
Banyak terjadi perselisihan faham tentang lokasi gua. Ada yang mengatakan berada di Syria, ada pula yang mengatakan di Turki, akan tetapi banyak yang berpendapat lokasi gua terdapat di Jordan di perkampungan Al-Rajib atau dalam Al-Quran di sebut Al-Raqim, yang berjarak 1.5 km dari kota Abu A’landa dekat kota Amman- Jordan.

Info terakhir yang diperolehi bahawa Raja Abdullah ke 2 (Raja Jordan) telah secara rasmi untuk mendirikan di muka gua Ashhabul Kahfi masjid dan ma’had yang diberi nama “Masjid Gua Ahlul Kahfi” dan Ma’had Da’wah dan Dai’.

Nama nama Ashhabul Kahfi: Maksalmina, Martinus, Kastunus, Bairunu, Danimus, Yathbunus dan Thamlika manakala anjingnya bernama Kithmir.

Sebab turun kisah ini dalam Al-Quran: 
Kisah dimulai dari seorang kafir datang kepada seorang Yahudi di Madinah. Dia memceritakan kepadanya bahawa Muhammad mengaku dirinya sebagai Nabi dan dia meminta nasihat kepadanya bagaimana caranya untuk menentangya. 
Yahudi tadi berkata “Tanya kepada Muhammad tentang kisah Ashhabul Kahfi, jika dia mengetahuinya maka ia benar sebagai Nabi”. 
Lalu orang kafir tadi bertanya kapada Rasulallah saw tantang kisah tersebut.
Mereka menyangka beliau tidak mengetahuinya sehingga mereka boleh mengalahkan dan menentang beliau. Tapi apa yang terjadi. Allah perintahkan Jibril as agar segera turun dari langit menceritakan kepada Rasulullah saw kisah tersebut sebagaimana tertera dalam Al-Qur’an dalam surat Al-Kahfi.

18:9. Atau kamu mengira bahawa orang-orang yang mendiami gua dan (yang mempunyai) raqim itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang menghairankan?

18:10. (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”.

18:11. Maka Kami tutup telinga mereka beberapa tahun dalam gua itu,
18:12. kemudian Kami bangunkan mereka, agar Kami mengetahui manakah di antara kedua golongan itu yang lebih tepat dalam menghitung berapa lamanya mereka tinggal (dalam gua itu).

18:13. Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk;

18:14. dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata: “Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran”.

18:15. Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan (untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih lalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?

18:16. Dan apabila kamu meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain Allah, maka carilah tempat berlindung ke dalam gua itu niscaya Tuhanmu akan melimpahkan sebagian rahmat-Nya kepadamu dan menyediakan sesuatu yang berguna bagimu dalam urusan kamu.

18:17. Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan, dan bila matahari itu terbenam menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada dalam tempat yang luas dalam gua itu. Itu adalah sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Allah. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barang siapa yang disesatkan-Nya, maka kamu tak akan mendapatkan seorang pemimpin pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya.

18:18. Dan kamu mengira mereka itu bangun padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri, sedang anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan (diri) dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi dengan ketakutan terhadap mereka.

18:19. Dan demikianlah Kami bangunkan mereka agar mereka saling bertanya di antara mereka sendiri. Berkatalah salah seorang di antara mereka: “Sudah berapa lamakah kamu berada (di sini?)”. Mereka menjawab: “Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari”. Berkata (yang lain lagi): “Tuhan kamu lebih mengetahui berapa lamanya kamu berada (di sini). Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa wang perakmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik, maka hendaklah dia membawa makanan itu untukmu, dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seseorang pun.

18:20. Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, niscaya mereka akan melempar kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian niscaya kamu tidak akan beruntung selama-lamanya”.

18:21. Dan demikian (pula) Kami mempertemukan (manusia) dengan mereka, agar manusia itu mengetahui, bahwa janji Allah itu benar, dan bahawa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya. Ketika orang-orang itu berselisih tentang urusan mereka, orang-orang itu berkata: “Dirikanlah sebuah bangunan di atas (gua) mereka, Tuhan mereka lebih mengetahui tentang mereka”. Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka berkata: “Sesungguhnya kami akan mendirikan sebuah rumah peribadatan di atasnya”.

18:22. Nanti (ada orang yang akan) mengatakan (jumlah mereka) adalah tiga orang yang keempat adalah anjingnya, dan (yang lain) mengatakan: “(Jumlah mereka) adalah lima orang yang keenam adalah anjingnya”, sebagai tekaan terhadap barang yang ghaib; dan (yang lain lagi) mengatakan: “(Jumlah mereka) tujuh orang, yang kelapan adalah anjingnya”. Katakanlah: “Tuhanku lebih mengetahui jumlah mereka; tidak ada orang yang mengetahui (bilangan) mereka kecuali sedikit”. Kerana itu janganlah kamu (Muhammad) bertengkar tentang hal mereka, kecuali pertengkaran lahir saja dan jangan kamu menanyakan tentang mereka (pemuda-pemuda itu) kepada seorang pun di antara mereka

Mimpi Rasulullah sebelum Baginda di Isra'kan

http://haluanpalestin.haluan.org.my/wp-content/uploads/2011/07/israk-mikraj.jpg
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan... ... .."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, tetapi dia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, tetapi dia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada ALLah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan,setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang tetapi
mereka tidakpun membalas bicaranya  ,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.



Faustino lempar surau dengan batu sebelum memeluk Islam

 
Tidak ada mimpi bukan pula ajakan dari seseorang. Namun dalam lubuk hati terdalam, Faustino begitu tertarik dengan Islam. Perkenalan Muhammad Ilyas, nama baru Faustino, dengan Islam berlaku dalam keadaan biasa sahaja. 
 
Malah, dia pernah bertengkar dengan seorang Muslim yang pada masa itu sedang membina sebuah surau.

Ia tersinggung, apabila Muslim menganggap remeh peringatannya soal kemungkinan banjir. Apalagi, perbincangan berubah menjadi saling memburukkan ajaran agama masing-masing. Ia mengambil batu, melempar surau itu. 
 
Namun, setelah amarah reda, ia membenarkan orang Muslim berbincang itu tentang bahan perdebatan itu. Dia pun mulai banyak membaca buku dan berbincang. Dia pun tahu, fakta yang dikatakan orang Muslim itu dalam perdebatan panas itu ternyata benar.

Ringkas cerita, Ilyas pun berinisiatif mendatangi surau untuk bertemu abangnya yang telah menjadi penganut Islam. Pada masa itu, selesai undian pendapat, suasana Timor Leste sangat panas. Muslim dimusuhi. 
 
Pada masa itu, selepas tengah malam. "Mengapa kau ke sini," tanya abangnya, seperti dikatakan Faustino. Ia berwaspada, di belakang adiknya ada orang lain yang akan menyeretnya keluar, malah membunuhnya.
Melihat keadaan aman, abangnya meminta agar ia  pagi esok datang lagi, bertemu Pak haji, ketua takmir surau.

Pagi, pukul 09.00 di bulan Februari 2008, Faustino mengikrarkan dua kalimat syahadat.

Selepas memeluk Islam, ia memutuskan untuk pergi ke Dili untuk belajar Islam. 
 
"Sudah masuk Islam tapi tidak tahu apa-apa. Akhirnya saya lari ke Dili, ibukota Timor Leste, saya belajar disana,” katanya.

Sepanjang belajar di Dili, kemampuan Faustino tidak berubah. Ia goyah. Dalam keadan ini, seorang temannya yang telah lebih dulu menganut islam, mengirimnya satu keeping CD dialog Ustaz Nababan dengan seorang Nasrani. 
 
Dalam CD tersebut, diceritakan bagaimana Ustaz Nababan berjaya mematahkan setiap dalil dari kitab suci lama Nasrani. Dari CD itu, keimanan Ilyas yang goyah segera naik kembali.

“Saya makin mantap memilih Islam sebagai jalan kehidupan," kata pemuda yang kini dipanggil Ilyas itu.

Ilyas pun memutuskan untuk berhijrah ke Jepara pada tahun 2008. Di pondok itu, Ilyas kena belajar dengan anak kecil. 
 
“ Saya di pondok itu, ada dua teman dari Timor Leste, kami yang tertua. Dan kami sama sekali tidak boleh membaca huruf Arab, tapi Alhamdulillah, dengan belajar, saya pun boleh,” kenang dia.

Selepas dari pondok di Jepara, Ilyas pun ingin melanjutkan pendidikan di Jakarta. Ternyata, mencari pendidikan Islam di Jakarta begitu sukar bagi Ilyas. 
 
Sejumlah tempat dia kunjungi. Malah, dia sempat mengunjungi masjid Kubah Emas. Di masjid itu, Ilyas mendapat saranan untuk mengunjungi pondok AJ-Jamiah.

Namun sayang, pondok tersebut sudah penuh. Terasa mahu berpatah arang, Ilyas mengunjungi rumah ustaz Arifin Ilham. Malang lagi, Ilyas terpaksa menerima kenyataan pahit; yayasan hanya menerima anak yatim dan piatu.

Beruntung, ada yang membawanya bertemu Ustaz Nababan. Akhirnya, ia belajar di pondok Pembinaan Muallaf Annaba’ Center, Tangerang Selatan.

Sayangnya, cita-cita Ilyas di sekolah formal terbantut. Rahsia keislamannya yang pada awalnya ditutup rapat, bocor pada orang tuanya. Biaya pendidikan pun terhenti.

“Orang tua saya hanya tahu kalau saya kuliah di Jawa. Mereka tidak tahu bahawa saya sudah memeluk Islam,” kata dia. 
 
Kini, komunikasi antara Ilyas dan keluarganya terputus. Tiga bulan lalu, Ilyas cuba menghubungi keluarganya. Namun, tidak jua mendapatkan balasan.

Kuliahnya terhenti, kerana tak ada biaya lagi.

Dia berharap, suatu masa boleh meneruskan kuliah. Sambil terus menekuni jalan dakwah. "Insya Allah, saya mantap dengan Islam," katanya. republika.co.id