6 manusia beratnya lebih 300 kilogram

Gaya hidup buruk dan makanan tidak seimbang mengakibatkan manusia obesiti kian bertambah. Dunia perubatan mencatatkan enam orang terberat di dunia yang pernah dirawat.

Berikut enam orang paling berat yang pernah ada di sepanjang sejarah;

1.Carol Yager: 727 kg


Berat badan Carol pernah mencapai 727 kg, dan terus mendapat kategori terberat di dunia. Dia juga terkenal sebagai orang paling berjaya menurunkan berat badan secara neutral. Carol kehilangan 362 kg beratnya hanya dalam masa tiga bulan.

Namun serangan infeksi bakteria pada kulitnya yang mengeleper selepas terlalu diet . Carol mendapat rawatan di Hurley Medical Center hingga meninggal dunia.

Carol tak dapat berdiri atau berjalan kerana otot-ototnya tidak cukup kuat. Dia meninggal dunia di usia muda, 34 tahun akibat kegagalan fungsi ginjal multi organ dan obesitas morbid pada tahun 1994.

2.Jon Brower Minnoch: 635 kg



Sejak kecil, John Brower sudah menderita obesiti. Semasa usia 12 tahun beratnya telah mencapai 132 kg. Beliau berkahwin dengan Jeannette, seorang wanita yang mempunyai berat badan normal dan mempunyai dua orang anak.

Minnoch dirawat di hospital selama 16 bulan dan kehilangan 419 kg. Namun ia kembali gemuk dan meninggal dunia pada 10 September 1983 semasa berusia 42 tahun.

3.Manuel Uribe: 597 kg

Seperti manusia obesiti umumnya, Manuel Uribe menghabiskan 9 tahun berada di tempat tidur sejak 2001-2009. Pada 2008, Uribe berkahwin dengan pujaan hatinya, Claudia di tempat tidurnya.

Semasa mengucap janji pernikahan, ia berkata, ?Saya adalah bukti yang benar bahawa anda dapat menemui cinta dalam keadaan apapun. Sekarang saya mempunyai isteri, berkeluarga dan hidup bahagia.?

4.Walter Hudson: 544 kg



Kebiasaan makan yang tak terkawal menyebabkan penduduk Brooklyn, New York ini mengalami obesiti sejak umur muda. Akibatnya , Walter yang makin membesar berada di pintu bilik sehingga pasukan penyelamat terpaksa memecahkan dinding rumahnya. ?

Saya makan apapun.? katanya apabila ditanya penyebab tubuh besarnya tersebut. Walaupun mengumumkan rancangan berkahwin, Walter meninggal dunia beberapa minggu sebelum melafazkan janji pernikahan.

5.Rosalie Bradford: 544 kg



Tubuh besar Rosalie Bradford memang kelihatan sejak semasa kanak-kanak. Beliau mencapai berat 92 kg semasa berumur 14 tahun dan naik menjadi 140 kg pada ulangtahun ke-15.

Rosalie berkahwin dan mempunyai seorang anak. Setelah berkahwin, dia menghabiskan sebahagian besar waktunya di rumah dan semakin gemuk.

Sebagai usaha menguruskan badan, Rosalie menggunakan berbagai ubat-ubatan penurun berat badan hingga beratnya mencapai 136 kg. Dia meninggal pada 29 November 2006 di usia 63 tahun.

6.Terri Smith 317kg



Ukuran tubuh ekstra dan penyakit yang mengintai tubuhnya membuatkan Terri Smith, 49 tahun bertekad menjadi lebih langsing. Tekad ini ingin dicapai agar tubuhnya muat mesin scan (MRI). Wanita terberat di dunia ini memiliki tubuh besar seberat 317,5 kg.

Penduduk Ohio Amerika Syarikat tersebut kini hanya boleh berada dalam biliknya. Ia tak mampu bergerak, berdiri dan berguling sendiri.

Sakit kepala parah yang ia alami memerlukan scan otak untuk mengetahui adanya potensi tumor otak. Masalahnya, ukuran tubuh ekstranya bakal tak muat dalam mesin scan maupun pintu-pintu hospital.

Berat badan Terri lebih berat 31.8 kg daripada wanita terberat di England, Sharon Mevsimler, yang meninggal tahun ini.

Suaminya, Myron 44 tahun dan anak perempuan sulong mereka, Najah 30 tahun setia merawat dan membantunya. Sejak tiga tahun lalu, Terri kena dimandikan, makan dan berpakaian di tempat tidurnya.slowbos.com


10 negara yang mempunyai ramai penduduk gemuk

Kegemukan tidak hanya menjadi masalah di negara maju, malah di negara paling miskin sekalipun banyak yang mengalaminya. Banyak faktor yang mempengaruhinya, bermula dari kurang bersukan hingga diet yang tidak sihat

Badan kesehatan dunia WHO menetapkan, seseorang boleh dikatakan mengalami overweight atau kegemukan jika memiliki Indeks Massa Tubuh (IMT) lebih dari atau sama dengan 25 kg/m2. Jika IMT sudah melebihi 30 kg/m2, maka boleh dikategorikan obesiti..

Semasa ini WHO mencatat, 1 dari 3 orang di seluruh dunia mempunyai masalah kegemukan sedangkan 1 dari 10 orang mengalami obesiti.

Jika tidak berupaya untuk memperbaiki gaya hidup dan pola makan, dianggarkan jumlah manusia yang alami kegemukan akan mencapai 2,3 milion pada tahun 2015. Angka ini cukup tinggi kerana menyamai jumlah penduduk China, ditambah Amerika dan seluruh Eropah.

Masalah kegemukan juga bukan hanya dialami negara maju yang umumnya terlalu makmur untuk sukan berat. Satu kajian yang dilakukan Globalpost sepanjang 1 dekad terakhir menunjukkan, beberapa negara miskin termasuk dalam 10 negara dengan masalah kegemukan paling besar.

Berikut ini daftar negara paling gemuk berdasarkan peratus warga yang mempunyai masalah berat badan, seperti diambil dari Globalpost, Isnin (28/3/2011).

1. Samoa (93,5 peratus)

Negara kepulauan yang terletak di Lautan Pasifik ini sebenarnya mempunyai tradisi diet yang sihat yakni karbohidrat kompleks yang tinggi serat dan rendah lemak. Namun sejak terjadi migrasi orang asing pada masa Perang Dunia II, diet itu berubah dan menjadikan negara ini sebagai negara tergemuk di dunia.

2. Kiribati (81,5 peratus)

Antara tahun 1964-2001, import makanan di salah satu negara termiskin di dunia ini meningkat 6 kali ganda. Makanan yang diambil dari negara lain umumnya berupa makanan olahan yang banyak mengandungi lemak dan tidak sihat. Tak hairan negara kepulauan yang terletak di Lautan Pasifik ini menduduki kedudukan 'runner up' negara paling gemuk di dunia.



3. Amerika Serikat (66,7 peratus)

Sejak tahun 1960-an, 24 peratus rakyat Amerika Syarikat sudah mengalami overweight. Kini jumlahnya terus meningkat, hingga 2 dari 3 warganya boleh dikategorikan obesiti. Junk food atau makanan tidak sihat disebut-sebut sebagai faktor utama kegemukan di Amerika Syarikat.

4. Jerman (66,5 peratus)

Tidak terlalu mengejutkan jika Jerman termasuk sebagai salah satu negara paling gemuk, kerana rakyatnya cukup dikenali dengan budaya minum bir dan makan masakan berlemak. Dalam usaha menghalang jumlah rakyat yang gemuk, pemerintah menyediakan buah dan sayuran sebagai makanan untuk pelajar sekolah .

5. Mesir (66 peratus)

Jumlah pengidap masalah kegemukan di Mesir meningkat sejak tahun 1980-an. Sejak masa itu, cepatnya pertumbuhan penduduk mulai tidak dapat dikawal sehingga pola makan menjadi tidak sihat. Terlebih dalam adat sebahagian penduduknyanya, perempuan dihalang untuk bersukan.

6. Bosnia-Herzegovina (62,9 peratus )

Masalah kegemukan tidak hanya terjadi di negara-negara dengan penghasilan perkapita relatif tinggi. Buktinya, Bosnia-Herzegovina yang rata-rata penduduknya masih hidup di bawah garis kemiskinan termasuk dalam 10 negara paling gemuk. Faktornya antara lain diet yang tidak seimbangt, ditambah dengan kebiasaan merokok dan minum alkohol.

7. Selandia Baru (62,7 persen)

Menurut kajian dari University of Otago, masalah kegemukan di Selandia Baru disebabkan oleh ketagihan menonton TV sejak kecil. Di negara ini, masalah kegemukan lebih banyak disebabkan kerana kurangnya aktiviti sukan dibandingkan kerana terlalu banyak makan.

8. Israel (62,9 peratus)

Sebagaimana yang terjadi di beberapa negara maju yang lain, timbunan lemak juga menjadi masalah serius di Israel. Dalam 30 tahun terakhir saja, jumlah manusia obesiti di negara ini sudah meningkat 3 kali ganda.

9. Kroasia (61,4 peratus)

Di negara ini, penyakit kardiovaskular menjadi penyebab kematian terbanyak kerana salah satu faktor risikonya adalah kegemukan. Wujud keprihatinan terhadap tingginya angka kegemukan, sebuah badan amal di Kroasia pada mencatatkan rekod pembuatan pakaian terbesar di dunia pada Jun 2010. Ukurannya 6 kali luas gelangang tenis, dijahit dari 8.023 pakaian yang disumbangkan rakyat

10. England/Inggeris (61 peratus)

Cukup masuk akal jika England/Inggeris termasuk 10 besar negara dengan rata-rata IMT tertinggi di dunia, sebab di Eropah sendiri gaya hidup rakyat Inggeris termasuk paling jarang bersukan. Bahkan rekod manusia paling gemuk pernah dipegang seorang lelaki Inggeris dengan berat badan 680 pound (sekitar 308 kg).menujuhijau

10 manusia yang genius sejak kecil

1. Kim Ung-Yong : Manusia Ber-IQ Tertinggi di Dunia

kim-ung-yong
Lahir pada tahun 1962, Anak pasangan Korea ini dinobatkan sebagai manusia genius di seluruh dunia. Bayangkan semasa berumur 4 tahun, dia sudah boleh membaca huruf Jepun, Korea,German,Inggeris.

Semasa berumur 5 tahun ia mampu menyelesaikan masalah kalkulus. Beliau mencatatkan dirinya pada Guinness Book of World Records dengan “Highest IQ” 210.
2. Gregory Smith : Mendapatkan Penghargaan Nobel Pada Usia 12

gregory-smith

Lahir pada tahun 1990, Gregory Smith mencatatkan namanya pada nobel perdamaian berkat usahanya dalam menubuhkan International Youth Advocates yang merupakan Persatuan Orang muda seluruh dunia. Ia pernah bertemu langsung dengan Presiden Bush, dan juga Michael Gorbacev lho…
3. Akrit Jaswal : Doktor Bedah berusia 7 tahun

akrit-jaswal

Diberi Jolokan “anak tercerdik di dunia” pada Akrit Jaswal, seorang anak pasangan India. Ia mengejutkan umum, ketika pada umur 7 tahun beliau melakukan pembedahan pada seorang gadis tempatan di tempatnya.
Gadis itu menderita luka terbakar di tangannya, hingga gengaman tangannya tidak dapat dibuka, dan Jaswal pun melakukan pembedahan hingga jari gadis itu boleh dibuka seperti sedia kala.

Pada masa ini, beliau tercatat sebagai doktor paling muda di dunia, ia diterima di Universiti pada usia 11 tahun.
4. Cleopatra Stratan : Penyanyi Berusia 3 Tahun dengan Gaji 1000€ per lagu

cleopatra_stratan

Lahir pada 6 Oktober 2002 di Chisinau. Beliau adalah pencatat sejarah di Industri muzik sebagai seorang penyanyi. Dengan albumnya tahun 2006 La vĂ¢rsta de trei ani (”pada usia 3″).

Dia mencatat rekod seorang artis kanak-kanak yang tampil di atas panggung dengan ribuan penggemarnya. Dia juga menerima penghargaan MTV Award sebagai artis termuda yang mencatat #1 Hit

5. Aelita Andre : Pelukis berusia 2 tahun

aelita_andre3

Anak kelahiran Australia ini, baru berumur dua tahun sudah menunjukkan kemahirannya yang qenius, beliau mempunyai sebuah gedung pertunjukan untuk karya-karya abstraknya.
Pada mulanya Mark Jamieson, Pengarah dari Brunswick Street Gallery di Melbourne’s Fitzroy. Tretarik melihat sebuah gambar lukisan dari Aelita Andre dan dia mahukan Aelita masuk dalam kumpulannya kerana bakat lukisannya itu.

Ketika undangan telah dibuat, beliau baru mengetahui bahawa Aelita adalah anak yang masih berumur 22 bulan. Namun beliau tetap meneruskan pertunjukannya itu.

6. Saul Aaron Kripke : Mengajar Havard Semasa Masih Duduk di Bangku Sekolah

thandong220409_1

Lahir di New York dan membesar dewasa di Omaha di 1940. Geniusnya ialah semasa berada di kelas empat beliau telah menguasai aljabar, semasa di akhir sekolah rendah beliau telah menguasai ilmu geometri, kalkulus dan falsafah.

Semasa berada di sekolah menengah beliau mendapat surat dari Harvard yang memintanya menjadi tenaga pengajar, namun ibunya menyuruhnya untuk menamatkan sekolahnya dahulu.

Kripke dihadiahkan Schock Prize, Nobel Filosofi.Pada masa ini beliau dinobatkan sebagai ahli falsafah terkenal dalam sejarah
7. Michael Kevin Keaulus masuk universiti pada umur 10 tahun

7

Kaerny, lahir tahun 1984, ia menyelesaikan pelajaran di universiti pada umur 10 tahun dan tercatat sebagai pemegang ijazah termuda. Beliau mengajar di universiti pada usia 17 tahun.

Namanya semakin terkenal apabila beliau memenangi satu pertandingan kuisz online. Pada tahun 2006, dia masuk pertandingan akhir burnett/aol perebutan Gold Rush, permainan menguji/teka-teki, dan menjadi pemenang pertama 1 juta di pertandingan kenyataan online.
8. Fabiano Luigi Caruana : Grandmaster pada usia 14

8

Seorang anak berwarganegara campuran Amerika dan Itali ini sungguh genius. Pada tahun 2007 ia mendapat gelaran Grandmasternya, 11 bulan, 20 hari. sejarah telah mencatat namanya dalam Grandmaster termuda.
Dan baru-baru ini pada bulan April 2009, beliau memperoleh Elo rating 2649, dalam usianya yang di bawah 18 tahun, membuatnya sebagai pencatat ranking terbanyak, dan menakjubkan, ini dilakukannya sebelum usianya genap 18 tahun.

9. Willie Mosconi : Pemain Bilyard Professional pada usia 6 tahun

WillieMosconi

Mendapat jolokan “Tuan Pocket Billiards”. Dia berasal dari Philadelphia, Pennsylvania. Ayahnya seorang pemilik tempat Billyard, namun ayahnya tidak mengizinkannya bermain billiard. Beliau sering bermain dengan menggunakan batang penyapu ibunya. Ayahnya melihat bakat anaknya, beliau sering mengalahkan orang-orang yang lebih tua darinya.
Antara tahun 1941 dan 1957, beliau menang BCA World Championship selama 15 kali tanpakalah sekalipun. Beliau melakukan berbagai macam trik, membuat banyak rekod, dan menjadikan billiard sukan yang terkenal.

10. Elaina Smith : Penyampai radio berumur 7 tahun
Dalam usianya yang 7 tahun Elaina telah menjadi penyampai radio dengan pendengar yang melebihi umurnya. Elaina banyak memberikan pandangan tentang percintaan kepada para pendengarnya.

Bagaimana caranya mencari kekasih , Bagaimana caranya untuk membina hubungan yang harmonis dan romantik.tidakmenarik.wordpress

Anda tidur berdengkur, baca 10 fakta tentang berdengkur

Apakah anda salah seorang yang suka berdengkur?? atau anda mempunyai pasangan atau keluarga yang suka berdengkur??

1. Satu dari lima penduduk dunia berdengkur. -Dianggarkan lebih dari satu milion orang di seluruh dunia berdengkur semasa tidur kerana pelbagai sebab.

2. Lelaki lebih banyak berdengkur. - Lebih banyak lelaki yang berdengkur dibandingkan wanita, perbandingannya adalah 80% laki-laki dan 20% perempuan.

Alasannya berkait dengan distribusi kelebihan berat badan orang lelaki yang bertumpu di bahagian dada dan leher sehingga menyebabkan penyempitan saluran udara.
Kelebihan berat badan pada wanita umumnya bertumpu di bahagian punggung. Lelaki juga mempunyai leher lebih besar daripada wanita. Ukur lilit leher 40 cm adalah lebih cenderung membuat orang berdengkur.

3. Radang amandel (tonsilitis) menyebabkan kanak-kanak berdengkur. - Salah satu ciri kanak-kanak yang terkena radang amandel (tonsilitis) adalah berdengkur semasa tidur.

4. Posisi tidur mempengaruhi seseorang berdengkur. - Tidur terlentang lebih cenderung untuk berdengkur dibandingkan tidur mengiring.

5. Kelebihan berat badan menyebabkan berdengkur. Kelebihan berat badan sangat biasa di kalangan orang yang berdengkur. Ini kerana lemak yang terbentuk di sekitar kerongkong akan menyempitkan saluran udara. Selain itu, lemak di perut dapat menyebabkan diafragma berfungsi secara tidak teratur.

6. Pil tidur dan obat penenang menambah resiko berdengkur. Ubat-Ubatan ini menyebabkan relaksasi otot dan meningkatkan peluang berdengkur.

7. Wanita berumur 50an yang berdengkur sama banyaknya dengan lelaki. Akibat proses penuaan, wanita kehilangan otot dan lemak di kawasan kerongkong. Lidah, pangkal kerongkong, dan jaringan lainnya yang berhampiran juga boleh sedikit menyusut.
Perubahan ini akan mengurangkan ukuran saluran nafas dan meningkatkan risiko berdengkur. Hanya 5% perempuan yang berdengkur semasa berumur tiga puluhan, namun pada usia di atas 50 tahun jumlahnya boleh mencapai 40%.
Pada usia ini, jumlah wanita yang berdengkur sama banyaknya dengan lelaki.

8. Berdengkur menandakan penyakit. - Bendengkur merupakan gejala obstructive sleep apnea (OSA), gangguan umum dan berpotensi serius di mana nafas berulang kali terhenti dan berlanjutan semasa tidur.
Seseorang dengan sleep apnea sering bangun malam untuk bernafas, tetapi biasanya tidak mengingatinya.
Sleep apnea seringkali tidak disedari tetapi sangat berbahaya bagi kesihatan kerana menyebabkan kurang tidur, kekurangan oksigen, depresi dan meningkatkan risiko serangan jantung dan stroke.

9. Bunyi dengkur dapat mencapai 90 desibel. - Sama dengan bunyi yang dihasilkan oleh sebuah lori truk yang laju di jalan raya.

10. Merokok menyebabkan berdengkur - Asap rokok dapat menginfeksi jaringan kerongkong yang menyebabkan bengkak. Ini menyebabkan penyempitan saluran udara dan membuat orang berdengkur.Harianblogger


7 sifat buruk watak-watak dalam kartun Sponge Bob

Dalam kartun Sponge Bob, setiap watak kartunnya memiliki beberapa karakter yang berbeza, dan setiap karakter itu terdapat beberapa sifat yang dianggap sebagai sifat buruk untuk kanak-kanak, ini adalah beberapa karakter dari semua watak kartun Sponge Bob tersebut.

1. Sloth/Kemalasan (Patrick)
http://hermawayne.blogspot.com

Kemalasan adalah suatu sifat yang dianggap tidak baik, termasuk malas untuk bertindak. Sifat ini adalah sifat Patrick. Dia tinggal di bawah batu sepanjang waktu dan tidak pernah melakukan apa-apa.

Malah dalam episode "Big Pink Loser", dia mendapatkan penghargaan kerana tidak melakukan apa-apa dalam jangka masa paling lama.


2. Wrath/Amarah (Squidward)
http://hermawayne.blogspot.com

Sifat amarah melibatkan perasaan kebencian dan kemarahan. Squidward membenci hidupnya dan juga membenci Sponge Bob, dan sebahagian besar waktunya dihabiskan untuk marah-marah.

3. Greed/tamak (Mr. Krabs)
http://hermawayne.blogspot.com
Jelas Mr. Krabs adalah tokoh yang sangat tamak terhadap wang. Bagaimana mungkin tidak? dia benar-benar berfikir bahawa wang adalah segalanya,

4. Envy/Iri hati (Plankton)
http://hermawayne.blogspot.com

Plankton iri hati kepada Mr. Krabs kerana The Krusty Krab sangat berjaya, sedangkan The Chum Bucket adalah sebuah kegagalan. Sifat iri hati membuatnya ingin cuba untuk mencuri formula rahsia Krabby Patty.


5. Gluttony/Kerakusan (Gary)
http://hermawayne.blogspot.com

Cuba anda perhatikan Sponge Bob dimana dia selalu mengatakan, "jangan lupa untuk memberi makan, Gary" atau mengatakan, "Saya harus pergi makan Gary". Gary sanggup lari jika Sponge Bob lupa untuk memberinya makan. Sifat rakusnya biasanya adalah berlebihan untuk makan.


6. Pride/Kebanggan (Sandy)
http://hermawayne.blogspot.com
Sandy mempunyai sifat bangga diri melampau. Sandy bangga terhadap siapa dirinya dan dari mana dia berasal. Dia bangga pada kenyataan bahawa dia dari Texas dan senang kalau semua orang tahu tentang itu.

Dia juga bangga pada kenyataan bahawa dia adalah mamalia dan makhluk darat, seperti dalam episode "Pressure", dimana dia cuba untuk membuktikan bahawa makhluk darat lebih baik daripada makhluk laut.


7. Lust/Nafsu (Sponge Bob)
http://hermawayne.blogspot.com
Sifat kasih sayang berlebihan terhadap orang lain jelas ada pada Sponge Bob. Dia menunjukkan cintanya yang berlebihan kepada orang lain dengan semangat untuk berbuat baik dan membantu orang serta berlebihan terhadap perkerjaannya.

Itulah beberapa definisi tentang beberapa sifat-sifat dari beberapa watak dari Sponge Bob yang mungkin saja termasuk dalam beberapa dosa , tapi di balik semua itu, kartun tersebut tetap lucu dan sebagai hiburan yang menarik untuk semua.Hermawayne

Peringatan kepada peminum arak , baca tulisan ini

Bismillahirrahmanirrahim

Selamat buat hati-hati yang beriman...:
Rasulullah saw bersabda;

"Siapa meminum arak di dunia, Allah akan meminumkannya racun hitam yang menghancurkan daging dan mukanya sebelum dia meminumnya. Jika dia telah meminumnya, maka mengelupaslah daging dan kulitnya hingga menyakitkan ahli neraka.

Ingatlah, bahawa peminumnya, penyimpannya, penjaganya, penghantarnya dan yang memakan wangnya, semuanya terlibat dalam dosanya. Allah tidak mahu menerima solat, puasa, mahupun haji mereka sebelum bertaubat.
 
Jika mereka mati sebelum sempat bertaubat, Allah akan menggantikan seteguk arak di dunia, dengan seteguk nanah Jahannam. Ingat, setiap yang memabukkan haram. Dan setiap arak itu haram."
Rasulullah saw bersabda;
"Tidak akan masuk syurga orang yang membiasakan minum arak."

Baginda bersabda lagi;
"Yang pertama, Tuhan melarangku setelah menyembah berhala adalah minum arak."

Allah berfirman;
"Sesungguhnya syaitan mengkehendaki supaya menjatuhkan kamu dalam permusuhan dan saling membenci kerana arak dan berjudi." (Al Maidah:91)

Allah berfirman;

"Orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan, setengahnya serupa dengan yang lain. Mereka menyuruh yang mungkar dan melarang memperbuat yang makruf, mereka menggenggem tangannya (bakhil).

Mereka melupakan Allah dan Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang- orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik (orang yang meninggalkan Allah dan Rasulullah saw-keluar dari petunjuk dan dalam kesesatan).

Allah telah menjanjikan Neraka Jahannam untuk orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan dan orang-orang kafir serta kekal di dalamnya. Itu cukup (untuk balasannya), Allah mengutuki mereka, dan untuk seksaan mereka abadi." (At-Taubah: 67-68)
Dari Suratun Nisa' ayat 140;
"Ertinya; "...sesungguhnya Allah menghimpun orang-orang munafik dan orang-orang kafir sekaliannya dalam Neraka Jahannam."

Firman Allah dalam An-Nisa' ayat 145;
"Sesungguhnya orang-orang munafik di tingkat yang paling bawah dalam Neraka, sedang engkau tidak memperolehi penolong untuk mereka itu."
Jibril berkata;

"Sesungguhnya Allah menciptakan Neraka dan Dia menyalakannya 1000 tahun sehingga menjadi merah. Lalu, dinyalakan lagi 1000 tahun sehingga memutih. Allah menyalakan lagi 1000 tahun sehingga menjadi hitam.

Hitam pekat dan gelap. Demi Allah yang mengutuskan Muhammad saw sebagai pengutus, seandainya sehelai pakaian ahli Neraka ada di atas bumi, tentu ahli bumi akan mati semua.

Dan seandainya setimba daripada minuman mereka ditumpahkan ke dalam air di bumi, tentulah mati semua orang yang meminumnya. Dan seandainya saja seseorang masuk ke dalam Neraka, kemudian dikeluarkan ke dunia, tentu ahli bumi mati kerana bau busuknya.

"
Neraka itu ada 7 pintu. Dari satu pintu ke pintu yang lain memakan waktu 70 tahun. Tiap pintu lebih panas daripada pintu yang sebelahnya berlipat 70 kali ganda. Rasulullah saw bertanya kepada Jibril tentang penghuni neraka-neraka tersebut.

Lalu Jibril menjawab; "Pintu terbawah, di sanalah tempat orang-orang munafik. Namanya Hawiyah. Seperti yang difirmankan Allah dalam An-Nisa' ayat 145; "Sesungguhnya orang-orang munafik dalam Neraka yang paling bawah."
Pintu ke-2 adalah bagi orang-orang musyrik. Namanya Jahim.

Pintu ke-3 adalah bagi tempat As-shabiun (orang-orang yang menukar agamanya). Namanya Saqar.

Pintu ke-4 adalah tempat Iblis dan pengikutnya daripada golongan Majusi (menyembah api). Neraka ini namanya adalah Ladha.

Pintu ke-5 adalah tempat orang-orang Yahudi namanya Huthamah.

Pintu ke-6 Neraka Sair, tempat bagi orang-orang Nasrani.

Neraka ke-7 ialah Neraka bagi orang-orang sombong dan umat Rasulullah saw yang mati sebelum sempat bertaubat."
Berapa ramai orang tua, anak muda dan wanita dipanggil ke neraka. Kemudian wajah mereka menjadi hitam dan tubuh mereka remuk! Yang tua tidak lagi dihormati, yang muda tidak lagi dikasihani dan wanita tidak diberi pakaian.

Kita adalah orang-orang Islam, jadi mengapa harus bersikap, berpakaian, dan mengikut cara Kafir? Sesungguhnya setiap maksiat yang berpunca dari syahwat dan nafsu masih boleh diampunkan.

Sedangkan setiap maksiat yang dilakukan kerana kesombongan... tidak akan diampunkan. Sepertimana Iblis syirik kerana sifat sombongnya. Apakah kita tegar sombong dengan Allah?

Sedangkan udara yang kita sedut ini juga adalah milikNya? Oleh itu, seharusnya kita bertaubat atas segala dosa-dosa yang tidak terkira banyaknya itu sebelum mati.

Dengan harapan Allah akan mengasihani kita dan menerima taubat kita. InsyaAllah. Allah itu Maha Pengasih dan Pengampun.
Allah berfirman;
"Wahai orang-orang mukmin, bertaubatlah kamu dengan taubat nasuha..."

Rasulullah saw bersabda;
"Tiga hal yang membinasakan: menuruti hawa nafsu, kedekut, dan diikuti dengan kesombongan seseorang akan diri sendiri."
Katakanlah (Muhammad), "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik," (12: 108)

Allahumma Ya Allah! Jauhkanlah kami dari Neraka dan seksaannya serta segala perbuatan yang mendekatkan kami padanya. Masukkanlah kami ke dalam Syurga bersama orang-orang yang beruntung mendapat rahmatMu. Amin.

Harapnya tulisan ini akan membuka hati para muslimin dan muslimat yang telah menjauh dari Allah agar pulang semula dalam jalan kebenaran. Semoga kita semua akan sentiasa diberi petunjukNya...
Allahu 'alam.

Syauqahwardah1209


10 sempadan negara terunik di dunia

10. Sempadan Sepanyol dan Maghribi


Ceuta seluas 18,5 kilometer persegi bandar outonomi di Sepanyol dan eksklave terletak di pantai utara Afrika Utara, dikelilingi oleh Maghribi. Dipisahkan dari semenanjung Iberia oleh Selat Gibraltar, Ceuta terletak di sempadan Laut Mediteranean dan Lautan Atlantik.

Maghribi menuntut hak ke atas Ceuta, bersama Melilla sebuah bandar outonomi di Sepanyol , dan sebahagian pulau Mediteranean yang bersempadan itu. Akibatnya, Sepanyol telah membina pagar setinggi 3 meter di sempadan bandar Ceuta dengan meletakkan kawat berduri di atas pagar.

9. Sempadan Baarle-Nassau/Baarle-Hertog


Baarle-Nassau adalah sebuah bandar di Belanda. Merupakan pembahagian sempadan dengan daerah Baarle-Hertog di Belgium.

Baarle-Hertog terdiri dari 26 bahagian terpisah dari wilayah yang dikelilingi oleh Baarle-Nassau, tetapi beberapa bahagian dari Baarle-Hertog juga adalah daerah milik Baarle-Nassau.Bahagian wilayah terkecil milik Belgium iaitu hanya dua pertiga dari (seperempat hektar) hektar.

Sempadan ini begitu rumit sehinggakan ada beberapa rumah yang terletak di tengah-tengah sempadan. Gambar di atas memaparkan Belanda di sebelah kiri dan Belgium di sebelah kanan.
 
8 Bir Tawil


Bir Tawil adalah sebidang tanah kira-kira seluas 795 mil persegi (2.060 kilometer persegi) , terletak antara Mesir dan Sudan. Sempadan ini dibuat pada tahun 1902, ketika Inggeris mengubah sempadan yang berbeza dari yang dibuat pada tahun 1899. Dua sempadan yang berbeza melibatkan dua daerah yang berbeza, Bir Tawil dan Halaib.

Halaib mempunyai pelbagai sumber kuasa dan menjadi rebutan, tetapi Bir Tawil tidak .Oleh kerana itu, Mesir menuntut supaya sempadan pada 1899, yang memberikan Halaib kepada Mesir dan Bir Tawil kepada Sudan.Sudan, sebaliknya, menuntut sempadan tahun 1902, yang memberikan Halaib kepada Sudan dan Bir Tawil kepada Mesir.

Sehingga hari ini Mesir dan Sudan menegaskan bahawa Bir Tawil bukan haknya, membuatkan Bir Tawil satu-satunya tanah di dunia (di luar Antartika) yang tidak dituntut oleh mana-mana negara.

7 Mount Everest


Mount Everest adalah gunung tertinggi di dunia, tetapi apa yang banyak orang tidak tahu adalah bahawa sempada Nepal dan Cina berada tepat di tengah-tengah gunung, termasuk puncak itu sendiri - sehingga bukan sahaja menjadi gunung tertinggi, malah juga daerah sempadan tertinggi di dunia.

6 District of Columbia


District of Columbia merupakan kawasan yang pada awalnya adalah berlian besar diukir dari Maryland dan Virginia (kemudian, bahagian Virginia dikembalikan ke Virginia).

Memandangkan, bentuk ukuran dan lokasi, sempadan mempunyai beberapa lokasi sukar ditentukan.

Ketika itu awalnya dikatakan, batu-batu besar ditempatkan terpisah kira-kira satu mil di sepanjang kawasan untuk menentukan sempadan sebanyak seratus batu jumlahnya, kawasan asli mempunyai sepuluh mil panjang di setiap sisi.
Beberapa dari batu ada yang hilang hari ini, namun sebahagian besar masih ada. Ada satu di Silver Spring, Maryland, yang menjadi tanda tempat paling utara dari kawasan. Sempadanya itu juga unik.

Avenue Timur dan Avenue barat membentuk sempadan Timur Laut dan Barat Laut. Jalan di trotoar di sebelah utara jalan di Maryland berada pada daerah itu dan pinggir jalan adalah garis sempadan negara.

Kedai di salah satu sebelah jalan yang menunjukkan nombor telefon di tingkap mereka akan mempunyai satu kod kawasan (untuk Maryland) pada sebelah utara jalan, dan kod kawasan yang berbeza (untuk Distrik) di sebelah selatan.

5 Derby Line, Vermont


Bandar Derby Line melintasi AS / sempadan Kanada. Sempadan ini melalui bandar, malah melalui beberapa bangunan dan rumah.

Dalam beberapa keadaan, sebuah keluarga memasak sarapan pagi di kanada dan memakannya di AS. Derby Line juga rumah bagi Haskell Free Library dan Opera House, yang sengaja dibina di semapadan.

Panggung opera berada di Kanada, tetapi pintu masuk ke opera, dan sebahagian besar kerusi panggung, berada di Amerika Syarikat.Oleh sebab itu itu pasaraya yang berada di sempadan ini, mempunyai dua alamat surat menyurat, satu untuk AS dan satu untuk Kanada.

4. Distrik Cooch-Behar


Distrik-Cooch Behar adalah daerah yang mempunyai sempadan agak mirip dengan sempadan Baarle-Nassau/Baarle-Hertog. Ada sejumlah tanah di bawah Yurisdiksi Bangladesh yang terletak di India, dan sebaliknya.

Satu keunikan tambahan adalah daerah India Balapara Khagrabari. Sebagai sebuah eksklave (enclave adalah sebuah wilayah yang sempadan geografi terletak sepenuhnya dalam sempadan-sempadan wilayah yang lain.), dikelilingi oleh wilayah Bangladesh.

Namun, juga mengelilingi wilayah lain Bangladesh, dan wilayah itu sendiri mengelilingi wilayah lain India, Dahala Khagrabari, sehingga satu-satunya tempat di dunia di mana sebuah eksklave mengandungi eksklave dan juga mengandungi eksklave lain.(Sempadan dalam sempadan )

3 .Korean Demilitarized Zone


Korean DMZ adalah sebidang tanah kira-kira 160 mil (258 kilomters) panjangnya dan 2,5 mil (4 km) lebarnya, membahagi Korea Utara dan Korea Selatan. Ini adalah sempadan paling banyak kedudukan tenteranya di dunia.

Memandangkan sangat dikawal ketat dan hampir tidak ada yang pernah masuk, itu telah menghasilkan alam semulajadi yang lestari. Sejumlah spesies yang terancam pupus telah diambil dan diletakkan di sana, dan ada sumber mengatakan bahawa spesies yang hampir pupus itu telah meningkat populasinya.

MZ juga penting kerana tidak menggambarkan sempadan, melainkan dikelilingi “Military Demarcation Line” atau MDL.

Sebuah sempadan antara kedua Korea yang bukan secara rasmi disepakati,kerana dua negara ini secara tidak langsung masih berperang.Satu gencatan senjata disepakati pada tahun 1953, tetapi tidak pernah ada perjanjian damai yang rasmi.

2. Sungai Tumen


Tumen adalah sungai di timur laut Asia. Di daerah dekat pantai, di sempadan antara Rusia dan Korea Utara.Hanya untuk bahagian selatan Danau Khasan, Tumen ular di antara Rusia dan Korea Utara sebenarnya di wilayah China.

Dengan demikian, di daerah ini, bermula di Korea Utara, dan hanya dengan berjalan kaki ke Utara kurang dari setengah mil, Anda akan melalui China dan berakhir di Rusia.

Kawasan ini adalah tempat umum bagi Korea Utara untuk cuba menyeberang dan kerana sebab itu, sempadan ini dikawal ketat oleh tentara Korea Utara.

1. Pulau Diomede


Diomedes adalah sepasang pulau di Selat Bering di Little Diomede yang terdapat bandar Diomede, dengan jumlah penduduk 146 orang adalah milik Amerika. Manakala Big Diomede milik Rusia dan tak berpenghuni.

Dua pulau hanya kira-kira 2,5 mil (empat kilometer) terpisah. International Date Line dihujung antara Diomedes dan berfungsi juga sebagai sempadan antara Amerika Syrikat dan Rusia.

Dari segi masa, ketika penduduk di Little Diomede melihat ke seberang selat di Big Diomede, mereka tidak hanya melihat negara lain tetapi juga mereka akan melihat hari esok , misalnya, ketika 09:00 adalah hari Sabtu di Little Diomede, Sedangkan di big Diomede pukul 6:00 hari Ahad.

Little Diomede telah menyediakan kamera untuk menikmati keidahan seberang pulau . Pengunjung dapat mengunakan kamera, mengamati dari sisi ke sisi ke arah pulau Big Diomede. Ini menjadikan Little diomede sebagai satu-satunya tempat risikan Amerika terhadap Rusia yang rasmi bukan bawah tanah.Surabayacybercity


10 keajaiban alam yang jarang diketahui manusia

Ketika kita berfikir tentang keajaiban dunia, pasti terfikir tentang Piramid di Mesir, Taman Gantung Babilon, Terowong Channel dan Colosseum di Roma serta sebahagian yang terdapat dalam buku keajaiban dunia kuno moden.

Apabila berfikir tentang keajaiban alam, kita akan terfikir tentang Grand Canyon di Colorado, Paricutin Volcano di Mexico dan Great Barrier Reef di pantai Queensland Australia.


Keajaiban alam bukan hanya terdapat di tempat-tempat di atas. Perlu diketahui dunia ini penuh dengan keajaiban, terdapat banyak keajaiban alam lain yang menarik, seperti di bawah ini yang belum diketahui orang.



1. Pamukkale (Turki)



Terletak di Daerah Denizli di barat daya Turki, menjadi tumpuan bagi mereka yang menginginkan suasana nyaman dan tenang. Yang terpenting tempat ini adalah kawasan alam mineral dan boleh mandi spa kerana perairan batu kapur (kalsium) yang panas, muka buminya halus dan struktur organik yang kelihatan aneh.

2. Fly Geyser (Nevada)

Terletak di Nevada, AS, Fly Geyser sesuai untuk mereka yang mencari air.
 

3. Valley of the Moon (Argentina)

Valley of the Moon, juga dikenali sebagai Taman Nasional Ischigualasto, adalah tempat "di mana kita merasa memegang bulan". Di lembah kering, dengan bentuk alam semulajadi yang terhasil dari tindakan angin yang mengambil masa yang lama untuk membentuk batuan raksasa menegak dan menakjubkan.
4. Enchanted Well - Chapada Diamantina National Park (Brazil)


Kolam cekung raksasa terletak di Taman Nasional Chapada Diamantina di Brazil. Poco Encantado, juga dikenali sebagai Enchanted Yah, mempunyai air transparan yang kelihatan dan pokok-pokok tua terutama ketika matahari hanya datang melalui celah batuan.

5. Wulingyan, Hunan (China)

Pemandangan batu gamping terbesar dan dramatik di Asia terdapat di Wulingyan dan memang terkenal di Cina. Orang-orang juga menemui kesamaan antara gambar pemandangan di wilayah Hunan.

6. Ice Towers of Mount Erebus (Antarctica)

Gunung Erebus adalah gunung berapi aktif terbesar di dunia. Ia mempunyai vulkanik panas yang dipenuhi dengan ais dingin telah menghasilkan sistem yang rumit dari gua ais di atas puncak Erebus. Ratusan menara ais juga dapat ditemui di Mars, Jupiter, Saturnus dan Neptunus.

7. Kasha Katuwe Tent Rocks (New Mexico)

Kasha-Katuwe berbentuk Tenda Batu di New Mexico dengan rekabentuk berpahat terhasil dari tindakan seragam yang berbentuk formasi batuan yang dihasilkan oleh letusan gunung berapi yang meledak.

8. Comodo National Park (Indonesia)
Pulau Komodo terletak di sebuah selat antara Pulau Flores di Nusa Tenggara Timur (NTT)dan Sumbawa di Nusa Tenggara Barat (NTB). Di Pulau Komodo terdapat biawak terbesar di dunia, iaitu biawak Komodo (Varanus komodoensis).
Komodo dipercayai keturunan binatang purba Dinosaurus yang masih hidup. Panjang komodo dapat mencapai 3 meter dengan berat boleh mencapai 140 kg.
Kawasan perairan di pulau Komodo juga terdapat perairan yang termasuk dalam keajaiban dunia bawah air. Dasar laut perairan Komodo adalah yang terbaik di dunia, di permukaan laut munculnya daratan-daratan kering yang berbukit karang.
9. The Stone Forest (China)
Dianggap sebagai "Keajaiban Dunia Pertama" sejak Dinasti Ming, Hutan Batu Cina penuh dengan batu gamping dalam bentuk arca.

10. Salar de Uyuni (Bolivia)
Terletak di Bolivia, Salar de Uyuni adalah gurun garam merupakan dataran paling besar di dunia. Meliputi kawasan seluas 10.582 kilometer persegi, jantung dari Altiplano mempunyai sedikitnya 10 milian ton garam.
fact and information