Ketika ikan bertasbih

http://www.isiutm.org/wp-content/uploads/2010/10/koi-fish.jpg
Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. dan tidak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun. (QS.17:4)

Para ulama berbeza pendapat tentang ayat diatas. Menurut Ikrimah, selain malaikat, manusia dan jin mukmin, yang bertasbih hanya tumbuh-tumbuhan saja. 
 
Ibnu Abbas berpendapat bahawa yang bertasbih adalah makhluk yang hidup saja. Al-Qurthuby mengatakan bahawa segala sesuatu bertasbih, termasuk benda mati.

Pendapat ini didasarkan atas banyak hadits, di antaranya adalah sebuah hadits yang menyatakan bahawa Abdullah bin Mas’ud pernah makan bersama Rasulullah Saw. dan mendengar makanan bertasbih.

Abi Dzar Al-Ghiffarustify;">Ikan mendengus dengan menggetarkan otot kandung kemih. Semua ikan boleh mendengar, tapi tidak semua boleh bersuara . Ikan emas mempunyai pendengaran yang baik, tetapi tidak terlalu cekap dalam bervokal.

Ikan bersuara untuk kepentingan berbeza-beza, seperti untuk menarik perhatian persekitarannya, untuk menakutkan musuhnya, atan>
Memang, tasbih benda-benda tersebut belum dapat difahami oleh manusia di masa itu sehingga Az-Zamakhsyary dalam tafsir Al-Kasysyaaf berpendapat bahawa tasbih mereka hanya berupa lisanul -hal, bukan dengan lidah dan suara.
 
Tasbih mereka pun diertikan sebagai kewujudan makhluk dan benda-benda itu sahaja. Ya, kewujudan benda-benda tersebut pada hakikatnya adalah untuk memuliakan Allah Swt.

Pendapat ini banyak diikut sehingga sains moden menemui bukti bahawa semua benda tersebut memang betul-betul bertasbih dalam erti fizikal.

Contohnya adalah ikan. Selama ini kita beranggapan bahawa hanya lumba-lumba yang dianggap sebagai jenis ikan cerdas dan boleh berkomunikasi. 
 
Namun demikian, Dr. Shahriman Ghazali (Pakar Kelautan Universiti Auckland) menemui bukti bahawa semua ikan dapat berbicara satu sama lain.

Ikan mendengus dengan menggetarkan otot kandung kemih. Semua ikan boleh mendengar, tapi tidak semua boleh bersuara . Ikan emas mempunyai pendengaran yang baik, tetapi tidak terlalu cekap dalam bervokal.

Ikan bersuara untuk kepentingan berbeza-beza, seperti untuk menarik perhatian persekitarannya, untuk menakutkan musuhnya, atau untuk bicara pada diri sendiri. 
 
Ikan Gurnard mempunyai repertoar vokal yang luas dan menghasilkan obrolan yang konstan. 
 
Ikan Cod terkenal pendiam dan hanya berbicara ketika mereka sedang berkembang biak.

Nah, kerana sains sudah membuktikan bahawa ikan boleh berbicara, logiknya ikan pun boleh bertasbih. 
 
Seterusnya adalah tugas saintis muslim untuk meneliti dan membuktikan bahawa benda-benda ciptaan-Nya yang lain pun memang bertasbih. Wallahu a’lam.

Hijrah dalam menubuhkan negara Islam dan menegakkan syariat

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhTk7zYEfcCGjzKUCTzgoZXOXGur_3oktUfwuf1ub_k0iud8qftn7wJk8W-RdbFt_lAu0I2a6ORT0mPr3046p1oZbxccwG1-F7HpCluTIHXAwS323JTTS4V-mPFYVtCNk6IJcWuaBsJ7aM/s320/Picture1.png
Melaksanakan misi ini, ianya tidaklah berlaku secara spontan melainkan beberapa strategi dan langkah bijak telah diambil oleh Rasulullah saw ke arah pembentukan Daulah Islamiyyah.
Baiatul Aqabah ( Baiatul Kubra ) adalah merupakan detik akhir dari perancangan besar Nabi saw untuk membina kedaulatan Islam setelah 12 tahun Baginda saw bertungkus lumus membentuk syakhsiyyah dan aqidah ummah agar mereka kembali mentauhidkan Allah dan memakmurkan muka bumi dengan sifat mahmudah .

Kandungan baiah itu sebagaimana yang diriwayatkan dari Jabir Rha. :
"Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah al Ansori rha kami bertanya : “Wahai Rasulullah , di atas dasar apakah kami berbaiah ? Sabda Rasulullah saw : “Di atas dasar mesti dengar dan taat sama ada di masa cergas atau malas, di atas dasar bernafqah di masa susah atau senang, di atas dasar menyuruh kepada kebaikan dan menegah kemungkaran. Di atas dasar bangun kerana menegakkan agama Allah swt dengan tidak memperduli celaan orang mencela dan di atas dasar memberi pertolongan kepadaku apabila aku tiba kepadamu, kamu pertahankan aku sebagaimana kamu mempertahankan diri kamu dan anak–anak kamu, jika kamu melakukan itu nescaya diberikan untuk kamu syurga .”

* Baiah yang dianggotai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan ( Nusaibah bt Kaab dan Asma’ bt Amru ) itu adalah merupakan tunas dan benih subur untuk Islam bertapak di Madinah ( Yathrib ) . Setelah selesai mereka berbaiah, satu persatu berjabat tangan dengan Rasulullah saw maka Rasul saw melantik 12 orang naqib mewakili kaum mereka.
Bermulanya Hijratul Kubra

Setelah menyaksikan kesempitan ruang untuk Baginda menegakkan Islam di bumi Makkah sebagai sebuah Negara berpelembagaan dan berdaulat, ditambah pula dengan tekanan dan ancaman yang kian berlipat ganda dikenakan ke atas Islam dan perjuangannya, maka Nabi saw mengizinkan para sahabatnya berhijrah ( keluar ) dari bumi Makkah menuju Yathrib setelah menerima baiah dari penduduk Yathrib.
Nabi saw. bersabda : "Sesungguhnya aku telah diberitahu akan negeri hijrah kamu, iaitu Yathrib. Maka barangsiapa yang mahu keluar ( hijrah ) maka hijrahlah kepadanya ( Yathrib ) ."
Pensyariatan hijrah ini juga boleh dilihat bagaimana Allah menegaskannya di dalam al Quran.
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu dengan yang lain. Dan orang-orang yang beriman yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikitpun untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah. Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) ugama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia di antara kamu dengan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha melihat akan apa yang kamu lakukan." (Surah al Anfaal : Ayat 72)

Hijrah Bukan Takut Melarikan Diri

Rasul saw dan para sahabat rhm melakukan hijrah adalah untuk mendaulatkan syariat Ilahi, justeru itu tidak timbul soal takut dan melarikan diri. Sebaliknya hijrah adalah perintah dari Allah yang diwahyukan kepada Nabi saw.
Sabda Rasulullah saw.
"Aku bermimpi bahawa aku berhijrah ke negeri yang banyak pokok tamar, aku menyangka Yamamah atau Hajar, tiba–tiba tempat itu ialah Yathrib."
Lihat pula bagaimana Umar al Khattab rha berhijrah. Kenyataannya sangat pasti bahawa ia bukan hijrah seorang yang penakut yang melarikan diri .

Umar berkata :
"Sesiapa yang mahu ibunya kehilangan anak, meyatimkan anaknya dan menjandakan isterinya, maka silalah berjumpa dengan ku di belakang lembah ini."

Hijrah Adalah Perjuangan

Islam adalah agama yang menuntut supaya syariatnya didaulatkan dan segala hukum hakamnya dikuatkuasakan sebagai satu perundangan yang mengawal kehidupan manusia di atas muka bumi.
Al Imamul Ghazali pernah berkata :
"Dunia adalah ladang akhirat dan tidaklah sempurna agama tanpa dunia sementara kerajaan dan agama dua perkara yang berkembar. Agama adalah tapak ( asal ) dan kedaulatan ( sultan ) adalah pengawal . Suatu yang tiada tapak ( asal ) baginya maka pasti ia runtuh ( binasa ) dan suatu yang tiada pengawal pasti ia hilang ( sia–sia ). Malah tidak sempurna kerajaan dan pegawainya kecuali dengan kedaulatan."
Kedaulatan yang dimaksudkan adalah untuk memastikan manusia hidup diatur urus berasaskan pedoman wahyu ilahi . Firman Allah swt .
"Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka kitab suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan Kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa."

Bertolak dari kesedaran dan tanggungjawab itulah, maka Nabi saw dan para sahabat memperjuangkan kedaulatan Islam meskipun mereka terpaksa meninggalkan tanahair tercinta. Sabda Rasulullah saw:
"Sesiapa yang keluar ( hijrah ) dari rumahnya sebagai seorang pejuang di jalan Allah Azza wa jalla kemudian ia berkata ( dengan tiga jarinya ibu jari , telunjuk dan jari tengah dihimpunkan ) mana mana mereka yang berjuang lalu ia jatuh tersungkur dari kenderaannya dan mati maka tetaplah pahalanya disisi Allah atau ia disengat oleh binatang lalu mati maka telah tetaplah pahalanya di sisi Allah atau mati biasa maka sesungguhnya tetaplah pahalanya di sisi Allah Azza wa Jalla."
Firman Allah swt :
"Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah an Nisaa’: Ayat : 100)

Tegasnya, perjuangan Rasulullah saw untuk meletakkan Islam mengatasi segala bentuk fahaman ( ideologi atau berhala ) dan memartabatkan ummahnya dapat disingkap melalui peristiwa hijrah ini. Justeru itu, kalendar baru bagi ummat Muhammad saw dikira dari tarikh mula berlakunya hijrah.
Kalendar tersebut merupakan bermulanya diari baru, bagi ummat Islam muncul sebagai ummat yang berdaulat dan menjadi kuasa baru buat ummat manusia seluruhnya ke arah meletakkan mereka sebagai ummat yang bebas dari perhambaan sesama hamba dan sekaligus memerdekakan manusia dari belenggu fahaman dan anutan agama ciptaan manusia serta fatamorgana dunia yang penuh tipu daya.
Agenda Menegakkan Negara Islam
Menegakkan Negara Islam sebagai Baldatun Toiyyibatun wa Rabbun Ghafur dan mendaulatkan syariat Ilahi adalah menjadi asas utama hijrah Rasulullah saw ke Madinah.
Semata–mata untuk mendirikan solat, puasa, haji dan zakat tidak memerlukan Nabi saw. berhijrah ke Madinah dan barangkali Makkah adalah tempat yang lebih sesuai malah Nabi tidak mendapat tentangan hebat dari kuffar Quraisy andainya perjuangan baginda sekadar untuk solat dan mengerjakan haji.
Baginda ditentang dan diperangi apabila Baginda saw berjuang untuk mendaulatkan syariat Ilahi menjadikan Islam sebagai cara atau pedoman dalam segala aspek hidup ummat manusia. Dari sekecil kecil perkara seperti memakai sepatu ke tandas hingga kepada sebesar–besar perkara seperti memimpin dan memerintah Negara, diajar oleh Baginda saw agar ianya dilaksana berasaskan manhaj Islami dengan sumber asalnya wahyu Ilahi dan sunnah Baginda saw sendiri.

Hijrah Adalah Pengorbanan

Sebuah perjuangan pastinya tidak lepas dari pengorbanan sebagai harga perjuangan tersebut. Semakin penting perjuangan itu, semakin tinggi nilai pengorbanan yang mesti dibayar oleh para pejuangnya.
Berjuang menegakkan negara Islam dan mendaulat syariat Ilahi adalah merupakan sepenting–penting urusan demi meletakkan agama Allah tinggi mengatasi segalanya dan serentak itu memartabatkan ummahnya agar tidak lagi menjadi ummat belasahan pula hina di mata dunia.

Pengorbanan Harta

Peristiwa Suhaib ar-Ruumi yang dihalang oleh kuffar Musyrikin dalam perjalanan beliau hijrah ke Madinah, Suhaib terpaksa meninggalkan seluruh harta kekayaan yang diperolehi sewaktu mengurus perniagaannya di Makkah sebagai 'passport' untuk menjayakan hijrah beliau. (setelah beliau diletakkan syarat bahawa beliau hanya dibenarkan hijrah selepaskan meninggalkan seluruh hartanya)
Harta telah tiada nilainya lagi bagi Suhaib berbanding kepentingan hijrah ke arah mendaulatkan syariat Allah swt di muka bumi ini. Demi hijrah yang bermisikan kedaulatan Islam itu, Suhaib memilih untuk tidak bersama hartanya asal sahaja beliau dibebaskan pergi ke Madinah melepasi halangan atau sekatan kuffar Musyrikin.
Mendengar berita pengorbanan Suhaib ar Ruumi rha tersebut , Baginda Rasul saw berkata :
“beruntunglah Suhaib , beruntunglah Suhaib“
Pengorbanan yang dilakukan oleh Suhaib ar Ruumi bukan sahaja mendapat pengiktirafan dari Rasulullah saw bahkan turut mendapat sanjungan dari Allah swt. Dengan firman-Nya :

"Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula amat belas-kasihan akan hamba-hambanya." (Surah al Baqarah .Ayat : 207)

Pengorbanan Perasaan

Pengalaman yang dialami oleh Abu Salamah rha melakarkan segalanya, bagaimana perasaan terpaksa diketepikan jua demi mengharapkan agar hijrah berjaya dilakukan.
Sebagaimana umum mengetahui bahawa hijrah berhadapan dengan sekatan ( road block ) dan halangan oleh pihak kuffar guna menghalang dan menggagalkan hijraturrasul saw.
Antara mereka yang berhadapan dengan sekatan kuffar itu ialah Abu Salamah dan isterinya Ummu Salamah radiyallahu ‘anhuma. Turut serta dalam sekatan itu ialah anggota keluarga Abu Salamah dan keluarga isterinya.
Keluarga isterinya mengambil isterinya ( ummu Salamah rha ) dan keluarganya mengambil anaknya. Namun Abu Salamah tetap meneruskan hijrah ke Madinah tanpa anak dan Isterinya.
Sehinggalah beberapa ketika setelah pemergiaan Abu Salamah, Ummu Salamah hanya menangis pagi dan petang dan akhirnya menimbulkan rasa simpati dari sebahagian anggota keluarganya dan Ummu Salamah dan anaknya dibenarkan kembali ke pangkuan suaminya di Madinah. Ummu Salamah berhijrah bersama anaknya meredah padang pasir sejarak 500 kilometer .

Ummu Salamah dibantu oleh Uthman bin Talhah bin Abi Talhah sejurus beliau tiba bersama anaknya di Tan`im yang membawanya sampai ke Quba’.
Pengorbanan perasaan yang dilalui oleh para sahabat ini turut dilihat melalui doa Baginda saw bagi menenangkan perasaan para sahabat yang amat merindui kampung halaman dan ahli keluarga mereka.
“Ya Allah! campakkan rasa kasih kami kepada Madinah sebagaimana kami kasih kepada Makkah atau lebih kasih daripadanya. “

Hijrah Adalah Penyatuan

Hijraturrasul saw turut mencatat sejarah bagaimana Baginda saw mempersaudarakan golongan Ansar ( Madinah ) dengan golongan Muhajirin ( Makkah ) serta berjaya menamatkan persengketaan kaum antara Aus dan Khazraj yang berselisih sejak sekian lama.
Hijrah membuka lembaran baru yang menyatukan mereka sedang penyatuan itu pula menjanjikan kekuatan dan kehebatan kepada mereka serta mereka mula digeruni oleh lawan. Malah persaudaraan erat mereka menjadikan mereka mendapat keampunan dan kemuliaan disisi Allah swt . Firman Allah swt :
"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah ( Muhajirin ) serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam), dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Surah al Anfaal .Ayat : 74)

Nilai perpaduan yang diterap dan dididik oleh Rasulullah saw sangat berkesan dan menyentuh perasaan. Lihat sahaja bagaimana keperihatinan Nabi saw terhadap nilai persahabatan dan perpaduan ini dalam peristiwa gotong royong membina Masjid an Nabawi di atas tapak tanah tempat baginda berhenti dan turun dari unta dalam peristiwa hijrah.
“Ya Allah, tiada kehidupan sebenar kecuali kehidupan di akhirat, maka ampunilah Ansar dan Muhajirin.”
Kemuliaan dan kehebatan perpaduan mereka sebenar dicerna dari nilai persaudaraan dan persahabatan yang tiada taranya. Saksikan bagaimana mereka ( Ansar dan Muhajirin ) mempamerkan nilai ukhuwwah mereka dalam membentuk perpaduan kental yang tentunya menjadi syarat kekuatan ummat ini.
Tatkala mereka sampai ke Madinah, Rasulullah saw telah mempersaudarakan di antara Abdur Rahman bin Auf dengan Saad bin Rabi’. Saad telah berkata kepada Abdur Rahman bin Auf : “Saya adalah orang yang paling kaya dikalangan Ansar, marilah kita bahagi dua hartaku dan saya mempunyai dua isteri, maka lihatlah yang mana satu kamu suka agar aku ceraikan dia lalu apabila selesai iddahnya maka kamu kahwinilah ia." Abdur Rahman bin Auf menjawab : "Semoga Allah memberkati kamu dan keluargamu dan hartamu, tunjukkan aku dimanakah pasar kamu." maka ia dibawa ke pasar Bani Qainuqa’.

Hijrah Adalah Kedaulatan

Kemuncak kejayaan hijrah ialah apabila Baginda meletakkan Piagam Madinah atau Miithaaqul Maadinah sebagai perlembagaan negara Islam pertama justeru ia menepati sebuah perjanjian antara kerajaan yang dibentuk dengan rakyat yang dipimpin.
Asas terpenting di dalam piagam ini ialah:
“Apa jua yang menjadi perselisihan dikalangan kamu maka tempat rujuknya ialah Allah Azza wa Jalla dan Muhammad saw.” Inilah kedaulatan Islam .
Hijrah Rasul saw membina kedaulatan Islam dan meletakkan ummatnya aman, harmoni, bahagia, tenang, selamat, bertamaddun, maju, berjaya dan kuat. Islam menjadi asas dan sumber pedoman atau petunjuk, sementara ummah pula sebagai khalifah yang mentadbir dan mengurus kehidupan di dunia berasaskan agama.
Syiar Negara Islam pula sebagaimana ungkapan Ruba`i bin `Amir kepada Rustam Panglima Parsi :
“Sesungguhnya Allah telah mengutuskan kami untuk mengeluarkan manusia dari perhambaan sesame hamba kepada menghambakan diri kepada Allah yang maha Esa , ( mengeluarkan manusia ) dari kesempitan dunia kepada keluasannya dan ( mengeluarkan manusia ) dari kedholiman ideology kepada keadilan Islam.”


Hijrah Adalah Kemenangan

Bermula dengan kejayaan Nabi saw melepasi kepungan rumah baginda oleh 11 mafia yang dilantik mewakili kabilah masing–masing, Nabi saw terus mencipta kejayaan demi kejayaan sehinggalah tiba di Madinah .


Ancaman pertama ( di rumah Baginda ), Nabi saw berjaya melepasinya dengan menabur pasir ke atas kepala musuh seraya membaca firman Allah swt :

"Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). Lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar)." (Surah Yaasin Ayat : 9)
Ancaman kedua ialah sewaktu Baginda Rasul saw bersama Abu Bakar di dalam Gua Thur. Ianya adalah saat yang paling getir pula terputus hubungan dengan pihak luar.

Peringkat awal, Abu Bakar rha telah menunjukkan rasa resah berhadapan dengan situasi sedemikian, tetapi Nabi saw sangat optimis bahawa hijrahnya untuk menegakkan Negara Islam dan mendaulatkan syariat Allah pasti tidak disia–siakan oleh Allah Jalla wa `Ala. Lantas Baginda menegaskan :

“ Jangan bimbang ( berduka cita ) sesungguhnya Allah bersama kita “
Penegasan tersebut telah dirakamkan oleh Allah swt .dalam firman-Nya di surah at-Taubah :
"Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita".
"Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."  (Surah at Taubah .Ayat : 40)

Ternyata Allah swt telah menghantar nusrah dan ma`unah-Nya kepada mereka yang berjuang untuk menegakkan agamaNya. Nabi saw dan Abu Bakar rha selamat dari kepungan tersebut dan meneruskan hijrahnya ke Madinah.
Ancaman ketiga, dikala Nabi saw berhadapan dengan Suraqah bin Malik yang begitu teruja dengan tawaran pembesar Quraisy lalu berhajat benar ia membunuh Nabi saw. Ternyata Suraqah bukan sahaja tidak berjaya membunuh Nabi saw malah mencederakan Baginda pun tidak berupaya .
Sebaliknya Nabi saw penuh bergaya dan hebat, menawarkan hadiah lebih lumayan mengatasi apa yang ditawarkan oleh pembesar musyrikin. Nabi saw menawarkan 2 gelang maharaja Farsi. Gelang yang ditawarkan oleh Nabi saw akhirnya dipakaikan kepada Suraqah bin Malik di zaman pemerintahan Saiyidina Omar al Khattab rha. setelah amirul mukminin berjaya mengalahkan Parsi sang kuasa besar dunia dan merampas gelang tersebut.
Saiyidina Omar al Khattab memanggil Suraqah untuk memakai gelang tersebut seraya mengajar Suraqah agar berkata :
“Segala puji bagi Allah, Tuhan yang telah merampaskan keduanya dari Kisra bin Hurmuz yang pernah berkata : Akulah tuhan kepada manusia dan Tuhan telah memakai keduanya kepada Suraqah bin Malik .”
Ketibaan nabi saw di Madinah disambut penuh gembira dan meyakinkan oleh golongan Ansar dengan slogan yang menandakan mereka adalah golongan yang menang dan berjaya malah bakal muncul menjadi ummat yang terbaik memimpin dunia.
“Bulan purnama telah terbit menaungi kita, dari arah Tsaniah al Wida’. Wajiblah ke atas kita bersyukur, apa yang diseru kerana Allah oleh yang menyeru. Wahai orang yang dibangkitkan dikalangan kita, kamu membawa perkara yang mesti ditaati.”

Tertegaknya negara Islam Madinah, Islam tidak lagi diperkotak katik dan dipersenda melainkan mereka terpaksa menerima tentangan sengit dan akhirnya terpaksa akur dan tewas kepada Islam. Bermula dari peperangan Badar al Kubra hinggalah Pembukaan Kota Makkah, nabi saw terus meletakkan Islam dan ummatnya unggul di pentas antarabangsa sebagai bangsa dan agama yang merdeka dan menang.Penerangan Dppnk


Rahsia keajaiban angka dalam al-Quran

Kata-kata dalam Al-Qur’an, dengan sejumlah pengulangannya merupakan Mukjizat, keistimewaan yang tidak dimiliki Kitab Suci Agama lain sekaligus bukti bahawa Al Quran dibuat bukan tanpa perhitungan super teliti, seolah olah dengan itu Si Pembuat berusaha menyampaikan bahawa Al Quran Adalah Benar Dan Sempurna.

Jumlah kata-kata dalam Al-Qur’an yang menegaskan kata-kata yang lain ternyata jumlahnya sama dengan jumlah kata-kata Al-Qur’an yang menjadi lawan kata atau kebalikan dari kata-kata tersebut, atau diantara keduanya ada nisbah kontradiktif.

Al-Qur’an tidak hanya terbatas pada ayat-ayat mulianya, makna-maknanya, prinsip-prinsip dan dasar-dasar keadilannya serta pengetahuan-pengetahuan ghaibnya saja, melainkan juga termasuk jumlah-jumlah yang ada dalam Al-Qur’an itu sendiri, begitu juga pengulangan kata dan hurufnya, orang-orang yang melakukan ‘ulum’ Al-Qur’an sejak dulu sudah menyedari adanya fenomena tersebut mempunyai maksud dan tujuan tertentu.

Para pengkaji terdahulu sudah mencatat, bahawa surat-surat yang dibuka dengan huruf-huruf ‘muqaththa’ah’ berjumlah 29 surat, sementara jumlah huruf ‘hijaiyah’ Arab ditambah dengan huruf “Hamzah” juga berjumlah 29 huruf hal ini dengan sudut pandang bahawa Al-Qur’an diturunkan dalam bahasa Arab.

DR. Abdul Razaq Naufal dalam bukunya berjudul ‘ Al’Ijaz Al’Adadiy Fi Al-Qur’an Al Karim” beliau menulis beberapa tema-tema tersebut terjadi keharmonisan diantara jumlah kata-kata Al-Qur’an dan berikut ini adalah sejumlah perhitungan yang benar-benar merupakan Mukjizat, dari jumlah kata dalam Al-Qur’an sebanyak 51.900, Jumlah Juz 30, Jumlah Surat 114, keanehan yang ada diantaranya sebab :
 
Kata ‘Iblis” ( La’nat ALLAH ‘alaihi ) dalam Al-Qur’an disebutkan sebanyak 11 kali, sementara “Isti’adzah” juga disebutkan 11 kali, 
 
Kata “ma’siyah” dan derivat/berimbuhannya disebutkan sebanyak 75 kali, sementara kata “Syukr” dan derivatnya juga disebutkan sebanyak 75 kali.
 
Kata “al-dunya” disebutkan sebanyak 115 kali, begitu juga kata “al-akhirah” sebanyak 115 kali.
 
Kata “Al-israf” disebutkan 23 kali, kata kebalikannya “al-sur’ah” sebanyak 23 kali.
 
Kata “Malaikat” disebutkan 88 kali, kata kebalikannya ‘Al-syayathin” juga 88 kali.
 
Kata “Al-sulthan disebutkan 37 kali, kata kebalikannya “Al-nifaq” juga 37 kali.
 
Kata “Al-harb”(panas) sebanyak 4 kali, kebalikannya “ Al-harb” juga 4 kali.
 
Kata “ Al-harb (perang) sebanyak 6 kali, kebalikannya “Al-husra” (tawanan) 6 kali.
 
Kata “Al-hayat” (hidup” sebanyak 145 kali, kebalikannya “Al-maut” (mati) 145 kali.
 
Kata “Qalu” (mereka mengatakan) sebanyak 332 kali, kebalikannya “Qul” ( katakanlah) sebanyak 332 kali.
 
Kata “Al-sayyiat” yang menjadi kebalikan kata “Al-shahihat” masing-masing 180 kali.
 
Kata “Al-rahbah” yang menjadi kebalikan kata “Al-ragbah” masing-masing 8 kali.
 
Kata “Al-naf’u” yang menjadi kebalikan kata “Al-fasad” masing-masing 50 kali.
 
Kata “Al-nas” yang menjadi kebalikan kata “Al-rusul” masing-masing 368 kali.
 
Kata “Al-asbath” yang menjadi kebalikan kata “Al-awariyun” masing-masing 5 kali
 
Kata “Al-jahr” yang menjadi kebalikan kata “Al-alaniyyah” masing-masing 16 kali
 
Kata “Al-jaza” 117 kali ( sama dengan kebalikannya),
 
Kata “Al-magfiroh” 234 kali ( sama dengan kebalikannya),
 
Kata “Ad-dhalala” ( kesesatan) 191 kali ( sama dengan kebalikannya),
 
Kata “Al-ayat” 2 kali “Ad-dhalala” yaitu 282 kali. Dan masih banyak lagi yang tidak dapat disebutkan satu persatu disini.
 
Kata “Yaum” (hari) dalam bentuk tunggal disebutkan sebanyak 365 kali, sebanyak jumlah hari pada tahun Syamsyiyyah.
 
Kata “Syahr” ( bulan) sebanyak 12 kali, sama dg jumlah Bulan dalam satu Tahun.
 
Kata “Yaum” (hari) dalam bentuk plural (jamak) sebanyak 30 kali, sama dengan jumlah hari dalam satu Bulan.
 
Kata “Sab’u” (minggu) disebutkan 7 kali, sama dengan jumlah hari dalam satu minggu.
 
Jumlah “ saah” (jam) yang didahului dengan ‘harf’ sebanyak 24 kali, sama dengan jumlah jam dalam satu hari.
 
Kata “Sujud” disebutkan 34 kali, sama dengan jumlah raka’at dalam solat 5 waktu
 
Kata “Shalawat” disebutkan 5 kali, sama dengan jumlah solat wajib sehari semalam.
 
Kata “Aqimu” yang diikuti kata “Shalat” sebanyak 17 kali, sama dengan jumlah Raka’at Solat fardhu/ wajib.


Tulahan : Bumi OZ bawaku kepada bahang berbilang jamaah

Salam,
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiCMGHiTCW8dzIidvrizg9zKq6BIFSijfhJH0M3CzMa5SO_45qOF7g8ilPOa7oGisAhBvd0mTzhK0GvzN7M-4RVLsm036uf1AG0y3a75wnqx5pFY6GOOFvAWfAlhUx4-7nUUpHzLlBJfEE/s320/teamwork.jpg

Setelah kemenangan an-Nahdah di Tunisia ,setiap hari penulis cuba dapat perkembangan terkini Ikhwan melalui Parti Kebebasandan Keadilan (FJP) dalam pilihanraya.  Penulisberdoa Ikhwan akan mendapat kemenangan setelah pilihanraya berlangsung secaraadil dan telus.

Menanti pilihanraya di Egypt tiba-tiba beritaparti Islam melalui Parti Keadilan dan Pembangunan (PJD) menang di Morocco,syukur kepada Allah. Tak tahu pun penulis, bahawa Morocco juga ada pilihanrayasetelah Raja Morocco buat pembaharuan dalam pilihanraya.

Menangnya an-Nahdah di Tunisia, PJD diMorocco dan kini Ikhwan di Egypt membuktikan parti Islam boleh menang jikapilihanraya bersih dan adil. Percayalah jika pilihanraya di Malaysia bersih danadil dah lama BN dan Umno berkubur.

Bukan hanya Ikhwan sahaja yang menang diEgypt, parti an-Nour dari pergerakan Salafi juga mendapat undi yang besar. PergerakanSalafi setahu penulis tidak mahu sertai pilihanraya semasa Regim Mubarak, tapibila Mubarak tumbang pergerakan ini turut mahu sertai pilihanraya.

Memang ada perbezaan antara jamaah Ikhwandengan pergerakan Salafi yang mirip fahaman dari Arab Saudi . Terdapat satulagi parti Islam iaitu Parti Wafd yang dapat sokongan dari sebahagian kecilrakyat Egypt. Kewujudan jamaah lain menyaingi jamaah Ikhwan yang sudah 80 tahunbertapak di Egypt bukanlah satu perkara yang baru dalam perjuangan Islammelalui jamaah.

Penulis juga tidak terkecuali merasai bahangberbilang jamaah setelah berada di negara orang putih ini. Persaingan berbilangjamaah yang penulis tempuhi semasa berada di kampus dalam negara bagi penulistelah berakhir bila penulis tinggalkan kampus.

Sejak berjuang di medan sebenar denganjamaah PAS di kampung-kampung , penulis sudah tidak lalui lagi persainganmendapatkan mad’u dengan jamaah lain. Orang kampung pun tak tahu jamaah lain,yang mereka tahu jamaah PAS dan sekali sekala mereka tahu jamaah Tabligh bilaada orang Tabligh masuk kampung. Orang kampung tak kenal pun JIM, Ikram, Abim,Ismar dan lain-lain.

Masih ingat di kampus dulu, semasa penulismemimpin PMI, Jawatankuasa PMI terdiri dari berbilang jamaah kerana dipilihmelalui syura’ bukan pemilihan biasa secara angkat tangan. Perbezaan pandangandan persaingan mendapatkan mad’u membuatkan penulis pada masa itu tidak setujudengan kewujudan jamaah lain.

Kenapa begitu? Kerana jamaah ini berjuang tanpaprinsip yang jelas, kerana pemimpin mereka yang pada masa itu dalam pemimpin No2 dalam kerajaan.
Bila berhujah tidak lekang di mulut merekadakwah bil hal wal hikmah, seolah-olah perjuangan jamaah mereka yang berhikmah.Sertai  pilihanraya dikatakan tidak syarie, buatdemontrasi dikatakan tidak berhikmah , macam-macam lagi.

Tup-tup bila pemimpin harapan mereka dalamkerajaan ditendang keluar, diperlaku zalim regim kerajaan , mereka pula takdan-dan nak anjur demontrasi. Hilang dah perkataan tak berhikmah yang dulubermain di mulut mereka.

Selepas itu, ramai pemimpin mereka yangsertai jamaah PAS sertai pilihanraya yang mereka katakan tak syarie. Itu sebabnya ,penulis anggap mereka tidak berprinsip pada masa tu.

Setelah penulis berjuang di medan sebenar,penulis tidak ambil kisah sangat persoalan berbilang jamaah. Malah , penulissanggup terima saranan sahabat jamaah dalam kawasan untuk terima anak bekasMursyidul Am yang merupakan ahli jamaah lain jadi calon Parlimen kawasanpenulis. Sedangkan , jika nak ikut marah masa di kampus mahu ditolak sahajakerana penulis pun ada cadangan calon lain.

Sebab itu, bila ada kawan kampus yangbergurau tentang ketegasan penulis di kampus dengan jamaah lain dikatakanberubah bila berjuang di medan sebenar. Penulis bagi tahu, itu keputusan jamaahkawasan penulis bukan keputusan penulis. 

Bagi penulis sesiapa sahaja yang jadi calonatau wakil rakyat hatta asli dari jamaah akan penulis tentang jika  menyeleweng, tidak amanah, tidak mahu ikutarahan jamaah. 

Penulis bukanlah berjuang untuk calon atauwakil rakyat tetapi berjuang untuk jamaah kerana Allah. Jika wakil rakyatparlimen dari jamaah lain ini pun buat masalah , penulis tidak akan pertahankandia. Pernah penulis ditegur oleh seorang Ajk Kawasan kerana ‘belasah’ ahliparlimen ini teruk dalam mesyuarat jamaah kawasan.

Penulis kata kepada dia, biarlah penulisjadi ‘kambing hitam’ bercakap kerana benar. Bukan tidak berani walaupun tahudengan jelas kesalahan pemimpin. Tidak mahu bercakap kerana mahu jaga hatipemimpin, tidak mahu bercakap kerana nak tunjuk ‘aku baik ‘ di mata pemimpin.Berapa ramai ada orang macam tu sehingga perkara yang sepatutnya selesai cepatberlarutan lama.

Kewujudan berbagai jamaah ada juga baiknya, hanya dalam keadaan tertentu bila berlaku persaingan yang menyebabkan rasatidak senang antara jamaah. Semua jamaah mahu membawa mad’unya kepada Islam kearah kebaikan.  Yang datang ke kampustidak bertudung masuk jamaah dah pakai tudung, yang berakhlak buruk jadi baik,yang suka bersosial dan bergaul bebas tahu batasan pergaulan.

Lebih baik masuk jamaah di kampus dari ikutprogram Kelab Umno kalau di luar negara yang banyaknya ke arah maksiat. Anjurtari menari, anjur pertandingan fesyen, pesta hiburan dan bergaul bebas.

Cumanya, bila dah dapat mad’u yang ramaibawalah mereka ke arah keperibadian Islam sebenar. Berjuang untuk Islam bukanuntuk bangsa. Jangan jadi satu jamaah yang dah rasa hebat kerana ahli semakinramai bawa Slogan ‘ Hidup Melayu Hidup Islam’ semasa program Himpun.

Bila ada jamaah lain tak mau sertaidikatakan jamaah lain tak pertahan aqidah umat Islam. Sedangkan, jamaah laindah berjuang lama dah sejak peristiwa murtadnya Natrah. Penulis ada menulisnyadi sini.

Bila berada di negara orang putih ini,nampaknya penulis tidak boleh lari dari hakikat persaingan berbilang jamaahini. Pula tu tanggungjawab penulis di sini semakin berat kerana di tempatpenulis , jamaah masih belum terorganisasi , mad’u pun baru satu batch yangbaru diorganisasi setelah penulis sampai di sini. Sedangkan dua jamaah lain sudahkukuh dan ramai mad’unya setiap batch.

Apabila penulis fikir balik kenapa penulisberada di negara orang putih ini. Inilah sebabnya, kenapa bukan UK , US, Eropahdan bandar-bandar lain dalam negara orang putih ini. Allah Maha Mengetahui,kelebihan sedikit yang penulis ada diperlukan bagi mengasas dan membina jamaahdi sini.

Semoga Allah memberi kekuatan kepadapenulis meneruskan perjuangan ini di medan yang berbeza dari medansebenar.  Tempoh berjuang untuk medan initidak lama hanya dua tahun, tapi dua tahun ini perlu dipastikan jamaahteroganisasi dan diurus pula oleh mad’u yang dilatih. Selepas itu, penulis akankembali semula ke medan sebenar di kawasan penulis.

Wassalam


Antara Bubur Asyura dan 14 perkara sunat Hari Asyura

Antara Bubur Asyura Dan 14 Perkara Sunat Pada Hari AsyuraSebut sahaja Asyura, perkara pertama yang terlintas di benak kita adalah Bubur Asyura. 

Terbayang kemeriahan semasa menyediakan juadah istimewa itu bersama rakan dan taulan, tambah lagi dengan rasanya yang lazat. 

Namun Asyura lebih daripada itu..

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura (hari yang jatuh pada setiap kali 10 Muharram). Dalam penjelasan yang mudah, Hari Asyura itu ialah hari kesepuluh setiap kali selepas menjelang tahun baru dalam kelendar Hijriah. 

Sebelum itu, saya tahu ramai di kalangan pembaca blog ini yang terdiri daripada golongan remaja atau kurang pengetahuan dalam hal agama . Maka saya perjelaskan dahulu apa itu sunat.

Sunat ialah sesuatu perkara yang tidak berdosa kalau ditinggalkan tetapi mendapat pahala jika dilakukan dan dalam hal ini berkaitan amalan pada Hari Asyura.

Kenapa perlu melakukannya jika tidak berdosa kalau tak buat pun? Kerana itu akan melambangkan ketinggian iman anda, disebabkan anda melakukannya tanpa sebarang paksaan seperti amalan wajib yang lain. 
 
Jadi apa pula fadhilat yang tertulis di bawah itu? Fadhilat ialah manfaat yang anda akan perolehi untuk setiap perbuatan baik yang anda lakukan di bawah. Setiap perbuatan itu ada manfaatnya yang tersendiri.

Jadi jangan berlengah, segera lakukan kalau mahu. Ada masa beberapa lagi dari sekarang sebelum hari Asyura tamat. Kalau tak sempat, kena la tunggu tahun depan pula. 

Berikut 14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura:

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri
fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.


3. Menahan marah
fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

6. Bersedekah
fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.


7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.


8. Mandi Sunat
fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu. Lafaz niat : ‘Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala’


9. Bercelak
fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu.


10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.


11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat : ‘Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala’ Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.


12. Membaca ‘hasbiyallahhu wani’mal wakil wa ni’mal maula wa ni’mannasiiru’
fadhilat – Tidak mati pada tahun ini .


13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.


14. Puasa
fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. Lafaz niat – ‘Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala’


Jadi Hari Asyura bukan hanya bermakna Bubur Asyura sahaja ya.. 
 

Selamat beramal.. 

Keajaibanpenjimatan


Fakta menakjubkan mengenai wudhu


Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.

Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki. 
 
Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.

Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.

Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.
Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?

Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.

Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki. 
 
Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.

Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).
Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.

Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran. 
 
Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.