10 tempat paling unik dan aneh di dunia

Bumi di mana kita hidup mempunyai banyak tempat luar biasa, baik keunikannya, keanehannya.

Berikut ini 10 tempat unik dan aneh di seluruh dunia:

1. GuaĆ­ra Falls, sempadan Brazil-Paraguay


Kebanyakan orang menganggap air terjun Niagara adalah yang terbesar di dunia. Sedangakan Guaira Falls lah yang terbesar di dunia dengan jumlah air terjun yang mencapai kira-kira 1.750.000 kubik per-saat. Bandingkan dengan Niagara Falls yang hanya 70.000 kubik per-saat.

Sumber Guaira Falls yang terletak di sempadan Brazil-Paraguay, adalah sungai Parana. Pada tahun 1982, lokasi air tejun Guaira ini dibina empangan untuk hidro elektrik yang dinamakan Itaipu Dam merupakan empangan hidro elektrik kedua terbesar di dunia setelah Gorges Dam. Itaipu Dam menyalurkan 90 peratus elektrik ke Paraguay, dan 19 peratus ke Brazil, iaitu Rio de Janeiro dan Sao Paulo.

2. Iceberg B-15, Antartika


Gunung ais B-15 adalah gunung ais terbesar yang tercatat dalam sejarah. Luasnya mencapai 3.100 km, menjadikannya lebih besar dari Pulau Jamaica. Gunung ais raksasa ini terjadi kerana bongkahan Ross Ice Shelf pada Mac 2000.

Maka pada tahun 2003, gunung ais B-15 ini kembali pecah menjadi beberapa bahagian, salah satunya yang terbesar disebut B-15a hanyut ke utara, akhirnya hancur ke dalam glesier pada tahun 2005, meninggalkan bongkahan sepanjang 8 km. Keadaan ini menyebabkan perubahan besar pada peta Antartika dan patut dinilai semula petanya.

Sebahagian hanyut ke sepanjang pantai akhirnya pecah. Pada tahun 2006, angin taufan di Alaska, menyebabkan gelombang lautan yang merentas hingga 13.500 km selama 6 hari ke Antartika, dan memisahkan baki pecahan pecahan menjadi semakin banyak.


Hampir satu dasawarsa berlalu, bahagian-bahagian gunung ais itu masih belum cair seluruhnya, bahagian yang terbesar masih dianggap sebagai B-15a, dengan luasnya mencapai 1.700 Km.

Gambar di atas merupakan gunung ais yang disebut B-15a sesudah hanyut ke dalam Drygalski Glasier (terbawah), akhir nya pecah menjadi beberapa bahagian.
3. Don Juan Pond, Antartika



Tempat manakah yang paling tinggi kandungan garamnya? Pasti orang akan menyebut Laut Mati. Laut Mati memang terkenal di dunia kerana kandungan garamnya yang sangat tinggi. Berdasarkan kajian, air laut kandungan garam tinggi itu boleh menjadi terapi kesihatan.

Tak hairan kalau di sekitar Laut Mati banyak dibina spa-spa untuk terapi, khususnya terapi kecantikan dan kesihatan. Namun, Laut Mati bukanlah yang termasin di dunia. Jadi di Antartika lah, tempatnya Don Juan Pond,merupakan tasik dengan kandungan garam tertinggi di dunia.


Perbezaannya jika dibandingkan dengan laut pada umumnya, Don Juan Pond 18 kali lebih masin daripada air laut biasa, jika dibandingkan dengan Laut Mati, Don Juan Pond 8 kali lebih masin.


Lokasi ini ditemui oleh Lt Don Roe dan Lt John Hickey, pada tahun 1961, semasa keduanya melakukan kajian di Antartika. Nama Don Juan Pond juga diberi mengikut nama kedua pengkaji tentera ini, hasil gabungan nama keduanya.

Suhu di kolam itu-seperti umumnya di kawasan Antartika, cukup rendah, dengan paras terendah boleh mencapai -30 darjah Celcius. Namun tidak pernah sehingga membeku seperti tempat lain di Antartika.


4. Rotorua, New Zealand


Rotorua adalah bandar di tepi laut selatan tasik dengan nama yang sama. Lokasinya di Teluk Plenty, pulau utara New Zealand. Keunikan dari kawasan itu adalah banyaknya kolam-kolam sumber air panas, khususnya Pohutu Geyser di Whakarewarewa, dan lumpur- lumpur mendidih. Kawasan itu menjadi unik dan menarik sehingga banyak dikunjungi pelancung.

5. 83-42, Greenland



Aneh dan unik. Tapi 83-42 dipercayai merupakan satu-satunya bidang tanah yang ada di bahagian utara. Memang hanya ‘secoik’ ukurannya kira 35 m x 15 m dan tinggi 4 m. Kalau dilihat dari atas, ibarat hanya setompok tanah yang dikelilingi pecahan pecahan ais.

Unik! jika kutub utara dilitupi oleh ais, namun tanah ini tidak. Lihat gambar! Keunikan ini sekaligus memecahkan rekod sebelumnya iaitu ATOW 1996. Keunikan 83-42 ini ditemui tahun tahun 1998.


6. Socotra, Republic of Yemen



Socotra tempat paling aneh sekaligus paling unik di dunia. Hampir semua yang ada di sana kelihatan aneh, bermula dari bentuk pokok ataupun sekitarnya, tidak hairan banyak yang menyebut Socotra yang berada di Republik Yemen sebagai salah satu kawasan alien di dunia.

Tempatnya sangat aneh, iklim kering lain daripada yang lain. Keanehan ini menyebabkan kehidupan tanaman maupun benda apapun di sana tumbuh dengan aneh. Sebut saja tanaman terkenal seperti Dragon’s Blood Tree yang aneh, bentuknya sangat tidak umum.

Pokok ini menghasilkan getah berwarna merah. Di sana juga ada binatang binatang asli, seperti burung-burung, labah-labah dan binatang asli lainnya. batuan juga karang, yang bentuknya tidak umum dan hanya ada di pulau itu. Dengan segala keanehan isi pulau ini, tak hairajikan Socotra, pulau yang berada di laut arab, termasuk dalam Warisan Peninggalan Dunia.


7. The Great Dune of Pyla, Perancis



Yang kita tahu bahwa Eropah tidak mempunyai gurun, hanya bukit pasir yang biasa saja. Tapi anggapan ini salah. Eropah mempunyai bukit pasir unik iaitu Pyla, panjangnya 3 km, lebar 500 m dan tinggi 100 meter.

Bukit pasir ini sangat curam sebahagiannya menghadap ke hutan. Tempat ini terkenal kerana menjadi tempat aktivitis paragliding. Selain keunikan bukit pasir itu, yang juga menakjubkan adalah pemandangan sekitarnya di mana dari ketinggian kita boleh melihat laut dan hutan. Bukit pasir ini jauh lebih tinggi dari hutan, sehingga dari bukit pasir itu kita boleh melihat semuanya.


8. Meteor Crater, USA



Meteor Crater adalah kawah yang terbentuk akibat jatuhnya meteorit. Letaknya sekitar 43 mil (69 km) sebelah timur Flagstaff, dekat Winslow di gurun utara Arizona Amerika Syarikat.
Tempat itu disebut Meteor Crater kerana sesuai dengan nama kantor post. Kawah meteor ini dikatakan terbentuk sejak 50.000 tahun lalu pada zaman Pleistocene ketika iklim setempat menjadi lebih sejuk dan basah.
Pada masa itu kawasan ini adalah padang rumput yang luas serta hutan yang dihuni oleh wol mammoths, dan unta. Mungkin kawasan itu belum di huni manusia. Meteor yang jatuh itu mengandung nikel dan membentuk kawah seluas 50 meter.

9. Mount Roraima, Venezuela, Brazil and Guyana


Mount Roraima adalah tempat luar biasa yang indah. Gunung batu ini berbentuk unik kerana seperti kap meja yang berada di awan. Tingginya 400 meter.
Satu satunya cara untuk mencapai puncak atap meja itu adalah dengan memanjat jalur tangga yang memang sudah disediakan kerajaan Venezuela. Cara lain yang tidak disarankan adalah yang biasa dilakukan para pemanjat tebing.
Di sana hujan hampir turun setiap hari, menghayutkan tanaman - tanaman menjalar yang berada di atas atap. , akibatnya atap gunung itu menjadi unik, kerana bersih seperti ‘meja kosong’.

10. The Door To Hell, Turkmenistan



Tempat ini mungkin sudah semua tahu, paling kurang telah membaca beritanya atau melihat gambar-gambarnya. Memang tak hairan kerana fenomena alam di Turkmenistan ini sangat unik.
Orang menyebutnya ‘Pintu Neraka” kerana di kawah selebar 70 meter itu keluar api yang terus menerus sejak 35 tahun terakhir. Bermula dari tahun 1971 di mana geologi menjadikan kawasan itu untuk mencari lombong gas.
Apa yang terjadi adalah semburan api dari bawah yang terus menerus, malah memusnahkan segala peralatan mereka. Ahli geologi ini tidak ada yang berani turun ke dalam kawah beracun itu.

Serangga terkuat di dunia

Satu spesies kumbang najis bertanduk menjadi serangga terkuat di dunia. Kumbang bernama Onthophagus Taurus didapati dapat menarik benda 1141 kali ganda berat tubuhnya, dan ini sama dengan orang yang mempunyai berat 70 kg mengangkat 6 bus bertingkat yang penuh.

Walaupun pengkaji mengetahui mitos tentang kutu yang dapat menarik rambut, tapi organisme itu termasuk arachnida, bukan serangga.

Onthophagus Taurus kumbang terkuat
Onthophagus Taurus

Penemuan ini diterbitkan dalam edisi terbaru jurnal Proceedings of the Royal Society B mengungkapkan status kumbang tersebut, dan memberikan wawasan mengenai evolusi biologis spesies ini.

Kumbang ini bukanlah jenis hama pembawa kotoran, meskipun model betina membawa banyak najis (dengan sedikit bantuan kumbang jantan) misalnya najis lembu.
Kumbang betina akan membina terowong dalam najis tersebut untuk menyimpan telur. Dalam terowong ini akan terjadi persenyawaan dan pertarungan antara kumbang jantan berebut kumbang betina.

Tetapi tidak semua kumbang jantan dapat bertarung kerana ada kumbang jantan yang tidak bertanduk. Kumbang jantan tidak bertanduk akan menunggu di sekitar terowong, kadang-kadang menyembunyikan diri untuk memaksakan diri masuk untuk melakukan persenyawaan namun akhirnya akan ditangkap kumbang jantan bertanduk. Kumbang jantan bertanduk bertarung dengan kepala.

“Tanduk kumbang jantan akan saling bertemu di kepala, dan akan saling menekan satu sama lain, dan kumbang jantan yang menekan akan terus menekan sehingga jauh dari terowong,” ujar Rob Knell dari Queen Mary, University of London.

Dalam kajian ini, Knell dan Leight Simmons dari University of Western Australia juga menyiapkan senario pertarungan yang sama. Namun, mereka membahagikan kumbang bertanduk dengan makanan yang cukup, sedikit makanan, dan tanpa makana.

Untuk menguji kekuatan, pengkaji menyiapkan benang kapas ke bahagian belakang setiap kumbang peserta, sebelum membiarkan serangga masuk ke terowong kecil yang dibuat dalam laboratorium.

Sepanjang di terowong, kumbang mendapatkan tarikan dari pengkajii dengan rantai kecil yang sudah disiapkan. Tarikan ini menyebabkan kumbang tersebut menyepit kakinya, sama seperti yang dilakukan semasa bertarung.

Kumbang yang bertanduk dengan mendapatkan makanan cukup akan jauh lebih kuat dibandingkan yang sedikit makanan ataupun tidak ada makanan.
Kajian lain menunjukkan kumbang tidak bertanduk dengan makanan yang cukup, akan berkembang cukup pesat namun tidak menunjukkan peningkatan kekuatan.lokebanget


Tulahan : Lantiklah pemuda aktifkan kawasan

Salam,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjtISogZAvj9GkEWzqAs0lD-IGo4rJPllvO2fP9UAAB6TbcgQecTrk55_km82zW26QxHYmCZfUNbjAoRaVletpcDRu4phFtAGq-KBqBw9ibPDpQQ6eqzrIVF-TfHPmz7kP6DT6tklLMEOZc/

Semasa balik ke Malaysia , penulis sempat menjadi perwakilan pemuda kawasan ke Muktamar Pemuda Negeri. Bila berada di sana, berjumpalah beberapa orang yang bertanya kepada penulis " Eh, anta masih pemuda ". Penulis jawab " Muktamar tahun depan pun kalau ada di Malaysia, saya boleh datang muktamar pemuda"

Kenapa mereka sangka penulis bukan lagi pemuda ? kerana keberadaan penulis yang lama sebagai SU jamaah Kawasan. Di fikiran mereka mungkin SU Kawasan mesti orang bukan pemuda.

Ada betulnya mereka ada fikiran sedemikian kerana semasa penulis jadi SU Kawasan penulis sahaja pemuda , yang lain dah melepasi usia pemuda.

Kesempatan muktamar ini , penulis ambil peluang membahaskan ucapan ketua pemuda, ucapan perasmian, buku muktamar.

Penulis mengulas cadangan pemuda negeri yang mahu 10 orang pemuda menjadi calon pilihanraya mewakili jamaah dalam PRU 13. Penulis kata, cadangan ini tidak akan tercapai jika pemuda tidak bergerak dalam jamaah kawasan masing-masing.



Walaupun pun pemuda mempunyai calon yang hebat mana pun , tidak akan diangkat menjadi calon jika tidak terlibat secara langsung dengan jamaah kawasan. Kenapa begitu ? kerana jamaah kawasan yang menentukan calon di kawasan masing-masing.

Penulis tidak bermaksud mahukan pemuda terlibat dengan jamaah kawasan kerana hendak menjadi calon. Penekanan penulis ialah pemuda mesti dilantik menjadi AJK kawasan supaya jamaah kawasan dapat segar dengan aktiviti dan idea baru.

Tidak bergerakkah kawasan jika pemuda tidak menjadi AJK Kawasan ? Bergerak , tapi perlahan dan ada yang statik tak berubah aktiviti setiap tahun.

Banyak jamaah kawasan yang tidak memandang kepentingan pemuda berada dalam jamaah kawasan. Pemuda hanya berada dalam organisasi pemuda di kawasan. AJK Kawasan hanyalah mereka yang berpengaruh di cawangan atau orang yang dikenali masyarakat setempat.

Malangnya, ramai yang dilantik sebagai AJK Kawasan hanya sekadar memanaskan kerusi AJK. Ramai AJK Kawasan bukanlah pengerak tapi sekadar penumpang. Akibatnya, lujnah tidak bergerak, tidak ada aktiviti, jika ada program yang dibuat hanya menanti bantuan kewangan dari jamaah kawasan.

Penulis bagi contoh , jamaah kawasan penulis yang aktif kerana pengeraknya adalah dikalangan AJK Pemuda yang menjadi AJK Kawasan. Sejak penulis jadi SU Kawasan , setiap tahun 5 hingga 6 daripada AJK Kawasan terdiri daripada AJK Pemuda.

Trend ini berterusan walaupun penulis sudah tidak menjadi SU Kawasan. Tahun ini , 6 AJK Pemuda menjadi AJK Kawasan. Tiga kouta Penolong SU Kawasan yang dilantik, 2 daripadanya diisi AJK Pemuda.

Keadaan ini tidak berlaku di banyak kawasan, malah ada kawasan yang langsung tidak melantik AJK Pemuda menjadi AJK Kawasan.

Apa salahnya, AJK Pemuda diberi peluang menjadi pengerak jamaah Kawasan jika AJK Kawasan yang bukan pemuda tidak mampu menggerakkan jamaah. Perlembagaan parti yang baru diubah memberi tambahan bilangan AJK Kawasan, jadi gunalah peluang ini untuk melantik AJK dikalangan pemuda.

Apabila AJK Pemuda berada lama dalam AJK Kawasan, pengalaman dalam kawasan ini akan mematangkannya kerana tidak sama berada dalam AJK Pemuda dengan AJK Kawasan. Malah , jamaah Kawasan tidak akan kehilangan pelapis kepimpinan kerana mereka sudah berada dalam Kawasan.

Penulis ucap tahniah kepada AJK pemuda negeri yang dipilih menjadi YDP di dua kawasan. Harapan penulis kawasan ini akan lebih aktif dengan kepimpinan yang muda.

Pandangan penulis ini bukan kerana penulis masih pemuda tetapi pengalaman selama beberapa tahun sebagai SU Kawasan menyebabkan penulis memberi pandangan ini. Selamat berjuang....

Wassalam

11 seni mempertahankan diri di serata dunia

1. Gusti Highland


Orang Scotland telah dikenali sebagai pejuang yang ganas, tapi hanya sedikit yang membandingkannya dengan Jackie Chan dan William Wallace walaupun kebanyakan orang Scotland menjalani banyak latihan seni mempertahankan diri.

Gusti Highland adalah jenis pertarungan pertama yang diajarkan pada anak muda
Scotland , biasanya teknik-teknik keluarga diperturunkan dari ayah kepada anaknya. Tercatat bahawa seringkali pahlawan Inggeris ditangkap oleh orang Scotland tanpa senjata yang boleh menyeret baju lapis dan kuda mereka dengan mudah.

Gusti Highland sekarang ini kebanyakan digunakan oleh kumpulan reenactment (kelompok yang membuat simulasi dari kejadian sejarah) dan tertinggal dalam sejarah kerana banyak tekniknya hilang seiring berjalannya waktu.
2. Pankration


Olimpik Yunani kuno memang ganas pada umumnya, tetapi yang paling ganas dari acara-acara tersebut adalah Pankration, yang maksudnya “Tanpa aturan”. Dalam pertandingan ganas yang merupakan kombinasi dari tinju dan gusti ini dibenarkan melakukan apapun aksi, mulai dari pukulan ke pangkal paha, mencucuk mata, malah mematahkan jari.

Tujuan pertandingan ini adalah supaya keyakinan kepada setiap lelaki di kota bersedia untuk menjadi tentera, dan teknik dari Pankration akan berguna ketika melawan musuh.

Sekarang, masyarakat Yunani masih melatih Pankration sebagai sukan dan teknik yang dikembangkan ribuan tahun tersebut menjadikannya seni mempertahankan diri campuran.

3. Anggar Eropah


Pedang di Eropah Barat selama abad ke-14 dan 15 merupakan bukti keterampilan penting yang harus dimiliki setiap pemuda, kerana lelaki dari kalangan bangsawan selalu membawa pedangnya dan seringkali diajak bertarung oleh orang lain.

Anggar Eropah muncul sebagai seni mempertahankan diri yang canggih dan kompleks, menghasilkan ribuan buku panduan dan manual yang dicetak di seluruh Eropa.

Pemain anggar terkenal kerana ketepatan menusuk, gerakan kaki yang halus dan tubuh yang penuh kawalan yang sama seperti samurai. Setiap negara dan daerah di Eropah mempunyai gaya yang khas, termasuk jumlah pedang yang digunakan.

4. Pisau Suku Apache


Suku Apache menguasai penggunaan berbagai senjata untuk serangan terhadap orang tempatan atau musuh penduduk asli Amerika lain, dan dari banyaknya senjata-senjata yang menakutkan tersebut, mereka menjadi paling bahaya dengan pisau mereka.

Setiap suku Apache mempunyai hanya satu pisau yang mereka bawa sepanjang waktu yang mereka gunakan untuk berburu, tapi untuk pertarungan suku Apache boleh membawa puluhan pisau sekaligus. Mereka biasa melempar pisau-pisau tersebut dengan akurasi yang mengerikan, atau memotong orang dari jarak dekat, menebas bahagian dada, leher atau urat yang lemah.

Pada masa ini tentera Amerika menggunakan beberapa pelatih keturunan Apache untuk mengajar tentera pasukan khas bertahan hidup dan bertempur dengan pisau. Tidak hairan navy SEALS (pasukan khas Angkatan Laut Amerika) dianggap sebagai pertarung pisau terbaik di dunia.

5. Sambo


Sambo termasuk seni mempertahan diri moden, sukan tempur dan sistem pertahanan diri yang dikembangkan di Kesatuan Soviet ini diakui oleh USSR All-Union Sports Committee tahun 1938, diasas oleh Anatoly Kharlampiev.

Umumnya ada tiga jenis variasi sukan kompetitif Sambo yang diakui: Sambo sukan yang mirip dengan gaya gusti amatur atau judo; Sambo Tempur, dimanfaatkan dan dikembangkan untuk tentera dan menyerupai campuran seni mempertahankan diri moden, termasuk teknik memukul dan mencakar; dan Sambo Gaya Bebas, yang menggunakan peraturan unik Sambo kompetitif Amerika yang digubal American Sambo Association.

6. Tongkat Nguni


Dasar dari pertempuran legenda Suku Zulu adalah seni mempertahankan diri tongkat dimana dua orang Zulu dengan senjata sepotong batang pokok untuk menyerang bersama perisai kecil untuk pertahanan.

Walaupun tongkat tidak terlalu mencederakan bahagian tubuh dari pukulan rendah, dihentam langsung dengan tongkat boleh menyebabkan sakit yang amat sangat dan dalam pertandingan ada banyak kesempatan untuk dihentam berkali-kali.

Pertempuran dengan tongkat membantu Suku Zulu untuk bertahan dari rasa sakit dan rasa takut, yang melatih mereka berhadapan terus dengan senjata-senjata Inggeris tanpa berkedip. Pemimpin terkenal Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan dirinya pernah belajar seni memprtahankan diri tongkat semasa kecil.

7. Krav Maga


Seni mempertahankan diri bahaya ini datang dari Israel dan asalnya dari jalanan, dikembangkan oleh pendatang Yahudi untuk mempertahankan lingkungan mereka dari kumpulan anti-Yahudi.

Krav Maga berbeza dengan kebanyakan seni mempertahankan diri lain kerana lebih fokus untuk mengakhiri pertarungan secepat mungkin menggunakan “Overwhelming Force”, membuat Krav Maga menjadi seni mempertahankan diri yang paling bahay dari yang lain. Sekarang, Krav Maga digunakan oleh tentera dan polis, dan juga dimanfaatkan oleh pasukan khas Amerika dan FBI.

8. Jeet-Kune-Do


Banyak berita salah bahawa Jeet Kune Do adalah salah satu seni mempertahankan diri dari Timur, pada hal sebenarnya seni ini dikembangkan di Amerika, oleh Bruce Lee (seorang penduduk Amerika) kerana dia mengagumi kesederhanaan gaya berlawan Barat seperti tinju dan gusti.

Bosan dengan cara Kung fu yang terlalu rumit, Bruce lee memperkenalkan seni mempertahankan diri sampai ke asasnya ketika ia mengembangkan Jeet Kune do, mengajarkan bahawa teknik yang terbaik memenangi pertarungan. Banyak teman-teman selebriti Lee yang berlatih seni diri ini, seperti Kareem Abdul-Jabbar, John Saxon, Jim Kelly dan Steve McQueen.

9. Savate


Dikembangkan di Perancis pada abad ke-19 oleh petarung jalanan yang biasa memakai kasut bot tua dan menendang kepala orang, kata “Savate” sendiri sebenarnya adalah istilah orang-orang tua yang bererti skasut tua.

Savate berpindah dari jalanan ke sekolah tinju dengan masih menjadi seni mempertahankan diri kompetitif tanpa nama yang popular di Perancis, terkenal kerana tendangan muka dan kepalanya yang ganas yang bertujuan untuk menjatuhkan orang sekali serang.

Sekolah savate juga mulai mengajarkan teknik dengan senjata. Seni mempertahankan diri jalanan ini disatukan dengan penggunaan tongkat, pisau dan 'cukup aneh' menggunkan kerusi rotan.

10. Capoeira


Kombinasi dari pertarungan dan tarian, Capoeira mungkin adalah seni mempertahankan diri yang paling menarik untuk ditonton. Capoeira adalah sebuah sistem
mempertahankan diri tradisional yang bermula di Brazil oleh budak-budak Afrika yang dibawa oleh orang-orang Portugis ke Brazil untuk bekerja di ladang-ladang besar.

Pada zaman dahulu mereka melakukan latihan dengan diiringi oleh alat-alat muzik tradisional. Capoeira tidak saja menjadi satu kebudayaan, tetapi juga sukan nasional Brazil, dan guru-guru dari negara tersebut menjadikan capoeira terus menerus lebih bertaraf antarabangsa, mengajar kumpulan mahasiswa, bermacam-macam pusat kecergasan, organisasi-organisasi kecil, dll.

Pada masa ini capoeira dipelajari hampir di seluruh dunia, dari Portugal sehingga ke Norway, dari Amerika Syarikat sehingga ke Australia, dari ndonesia sehingga ke Jepun.

11. Silat


Tradisi silat diturunkan secara lisan dan tersebar dari mulut ke mulut, diajarkan dari guru ke murid. Sebab itulah catatan tertulis mengenai asal usul silat sukar ditemui. Di Minangkabau, silat atau silek dimulakan oleh Datuk Suri Diraja dari Pariangan, Tanah Datar, di kaki Gunung Marapi pada abad XI.[1] Kemudian silek dibawa dan dikembangkan oleh perantau Minang ke seluruh Asia Tenggara.

Kebanyakan sejarah silat diceritakan melalui legenda yang berbagai dari satu daerah ke daerah lain. Seperti asal usul silat aliran Cimande yang mengisahkan tentang seorang perempuan yang menyaksikan pertarungan antara harimau dan monyet dan ia mencontohi gerakan pertarungan binatang tersebut.

Asal usul ilmu mempertahankan diri di Indonesia kemungkinan berkembang dari kemunculan suku-suku asli Indonesia semasa berburu dan berperang dengan menggunakan parang, perisai, dan tombak. Seperti yang kini ditemui dalam tradisi suku Nias yang hingga abad ke-20 relatif tidak dicemari pengaruh luar.

Silat dikatakan tersebar di kepulauan Nusantara semenjak abad ke-7 masihi, akan tetapi asal usulnya belum dapat dipastikan. Meskipun demikian, silat pada masa ini telah diakui sebagai budaya suku Melayu dalam pengertian yang luas,[2] iaitu penduduk daerah pesisir pulau Sumatera dan Semenanjung Malaka, serta berbagai kelompok etnik lainnya yang menggunakan lingua franca bahasa Melayu di berbagai daerah di pulau-pulau Jawa, Bali, Kalimantan, Sulawesi, dan lain-lainnya juga mengembangkan silat tradisional mereka sendiri.

Dalam Bahasa Minangkabau, silat itu sama dengan silek. Sheikh Shamsuddin (2005)[3] berpendapat bahawa terdapat pengaruh ilmu mempertahankan diri dari Cina dan India dalam silat.

Malah sesungguhnya tidak hanya itu. Perkara ini dapat dimaklumi kerana memang kebudayaan Melayu (termasuk Pencak Silat) adalah kebudayaan yang terbuka yang mana sejak awal kebudayaan Melayu telah beradaptasi dengan berbagai kebudayaan yang dibawa oleh pedagang maupun perantau dari India, Cina, Arab, Turki, dan lainnya.

Kebudayaan-kebudayaan itu kemudian berasimilasi dan beradaptasi dengan kebudayaan penduduk asli. Maka kiranya sejarah pencak silat itu lahir bersamaan dengan munculnya kebudayaan Melayu.

Sehingga, setiap daerah umumnya mempunyai tokoh persilatan yang dibanggakan. Sebagai contoh, bangsa Melayu terutama di Semenanjung Malaka meyakini legenda bahwa Hang Tuah dari abad ke-14 adalah pendekar silat yang terhebat.Begitu juga yang terjadi di Jawa, yang membanggakan Gajah Mada.

Perkembangan dan penyebaran silat secara sejarah mulai tercatat ketika penyebarannya banyak dipengaruhi oleh kaum Ulama, seiring dengan penyebaran agama Islam pada abad ke-14 di Nusantara.

Catatan sejarah ini dinilai otentik dalam sejarah perkembangan pencak silat yang pengaruhnya masih dapat kita lihat hingga pada masa ini. Pada masa itu pencak silat telah diajarkan bersama-sama dengan pelajaran agama di surau-surau.

Silat kemudian berkembang dari sekadar ilmu mempertahakan diri dan seni tari rakyat, menjadi sebahagian dari pendidikan mempertahakan negara untuk menghadapi penjajah. Disamping itu juga pencak silat menjadi sebahagian dari latihan spiritual.

Silat berkembang di Indonesia dan Malaysia (termasuk Brunei dan Singapura) dan mempunyai akar sejarah yang sama sebagai cara perlawanan terhadap penjajah asing. [4] . Setelah zaman kemerdekaan, silat berkembang menjadi ilmu mempertahankan diri formal. Organisasi silat nasional dibentuk seperti Ikatan Pencak Silat Indonesia (IPSI) di Indonesia, Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) di Malaysia, Persekutuan Silat Singapore (PERSIS) di Singapura, dan Persekutuan Silat Brunei Darussalam (PERSIB) di Brunei.

Telah muncul pula puluhan perguruan-perguruan silat di Amerika Syarikat dan Eropah. Silat kini telah secara rasmi termasuk sebagai cabang sukan dalam pertandingan antarabangsa, khususnya dipertandingkan dalam SEA Games.Chatatanku


10 negara tumpuan pencari kerja

Laman bisnes terkemuka, Forbes menyenaraikan 10 negara yang menjadi tumpuan bagi pencari kerja dunia. Iklim bisnes dan prospek yang positif menjadi parameter utama dalam pemilihan ini.

India

Untuk urutan pertama negara tumpuan bagi pencari kerja ialah India. Negara yang mempunyai jumlah penduduk kedua terbanyak dunia dan prospek pertumbuhan ekonomi yang tinggi menjadikan India sebagai salah sebuah negara yang mempunyai modal cukup sebagai negara kuasa ekonomi baru dan dapat bersaing dengan negara-negara industri dunia lainnya.

Berkembangnya sektor-sektor ekonomi mulai dari otomotif sehingga teknologi merupakan momentum yang baik bagi para pencari kerja di seluruh dunia.

Malah Golman Sachs menganggarkan ekonomia India akan terus meningkat sehingga tahun 2020 dan tidak menutup kemungkinan kekuatan ekonomi India akan melampaui AS di tahun 2050.

China

Kedudukan kedua ialah China, negara berpenduduk paling besar dengan pertumbuhan tertinggi dunia sudah dipastikan akan menjadi tumpuan bukan hanya bagi pelabur tapi juga calon-calon pekerja.

Cukup menarik China dapat dilihat dari beberapa keadaan dan apresiasi dari berbagai pihak seperti Fortune yang menilai bahawa China tahun ini berada pada peringkat 29 di Global Competitiveness Index, selain itu beberapa industri tempatannya pun kini mempunyai peluang yang semakin berkembang dimana menurut Fortune, PetroChina merupakan industri perlombongan minyak terbaik di dunia pada masa ini.

Dari segi perbankan, ICBC menduduki posisi ketiga sebagai bank terbaik dunia dan China Mobile menduduki tempat kelima sebagai industri telekomunikasi terbaik di dunia tahun ini.


Taiwan

Kedudukan ketiga ialah Taiwan. Pemilihan Taiwan sebagai salah satu tumpuan bagi pencari kerja tidak lain kerana berkembangnya beberapa industri seperti industri teknologi dan telekomunikasi yang dipimpin oleh beberapa industri seperti Acer, Asus, BenQ, HTC, D-Link.

Brazil

Di kedudukan keempat ialah Brazil yang juga termasuk sebagai salah sebuah negara ekonomi baru di dunia. Negara dengan tingkat GDP kelapan terbesar di dunia ini merupakan negara yang kehadapan dalam sektor bisnes di bidang agrikultur dan komoditi yang menjadi penyerap tenaga kerja dan menjadi salah satu tulang belakang ekonomia negara. Industri ethanol, perladangan dan perlombongan pastinya akan menjadi sektor tumpuan bagi pencari kerja.

Turki

Kedudukan kelima ialah Turki yang kini telah menjelma sebagai salah sebuah negara industri berprospek positif di Eropah. selepas bergabung dengan Kesatuan Eropah di tahun 1995, ekonomi Turki kian berkembang. Beberapa industri utama di Turki ialah pembuatan, tekstil dan kejuruteraan berat.

Singapura

Singapura berada di kedudukan keenam, Singapura mempunyai tingkat daya saing ekonomi negara tersebut kian mengalami peningkatan setelah 2 tahun lalu terkena imbasan krisis ekonomi global. Sebagai negara pelabuhan tersibuk di dunia sudah pasti memberikan jaminan bahawa pergerakan ekonomi dan bisnes di Singapura akan terus berkembang dan hal tersebut akan menjadi daya tarik bagi pencari kerja.

Peru

Kedudukan seterusnya diisi oleh Peru. Nama negara ini memang cukup asing di percaturan ekonomi dunia. Namun secara data-data ekonomi Peru mempunyai prospek yang baik dan merupakan salah sebuah negara di Amerika Selatan yang akan mengikuti jejak Brazil. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh IMF, GDP per kapita negara tersebut mencapai tahap 5.195 dollar dan memiliki HDI sebesar 0,723 pada tahun ini.

Sektor utama Peru ialah industri perlombongan seperti emas, tembaga dan zink yang majoritinya merupakan komoditi import dari AS, China dan negara-negara Amerika Selatan lainnya.

Hong Kong

Kedudukan kelapan dikongsi oleh dua negara iaitu Australia dan Hong Kong. Hong Kong mempunyai posisi sentral salah sebuah negara dengan ekonomi terbesar di Asia ini memang cukup dominan.

Bursa saham Hong Kong tercatat dari 7 bursa saham terunggul di dunia dan memiliki nominal IPO terbanyak yang mendominasi IPO di seluruh dunia. Sebagai negara pelabuhan, Hong Kong juga mempunyai potensi yang hampir sama dengan Singapura. Pada tahun lalu, Hong Kong menduduki tempat kelima sebagai negara termahal di dunia.

Costa Rica

Cota Rica menduduki tempat kesembilan kerana mempunyai daya tarikan tersendiri berikutan kian berkembangnya pelaburan asing dan mulai banyaknya industri-industri besar dunia yang telah melabur di negara tersebut. Tercatat beberapa industri besar telah mendirikan pabriknya di Costa Rica seperti GlaxoSmithKline, P&G dan Intel.

Argentina

Negara pada kedudukan kesepuluh ialah Argentina, negara industri utama di kawasan Amerika Selatan ini terus membuktikan posisi sebagai negara yang berpengaruh dalam ekonomi kawasan. Negara anggota G20 ini juga tercatat mempunyai GDP yang ke 31 tertinggi di dunia.

Maaf Malaysia tidak ada dalam senarai

vibiznews

Tulahan : Sebulan rasa tak cukup

Salam,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwI46oT1FL2-fWhwJgJ5QJy1aU6SPTtVBfk23H1aayyftnOCJNj4Y1MEGS_lVpqtxDUg9E60nf-Q0zg9B_okicOqWy-18hpB5e7Zz5UCYoHdKSWLl7D8rlUIfr04NnznAvZ2lFkNo_Hgxt/s400/demi+masa.jpg

Balik Malaysia sebulan rasa tak cukup hari untuk selesaikan kerja-kerja jamaah. Ada Mat Saleh tempat kerja tanya " How was your holidays" , penulis senyum je. Mat Saleh ni ingat penulis balik sebulan untuk bercuti.

Walaupun tak cukup hari , penulis dapat selesaikan banyak perkara penting berkaitan cawangan. Minit, penyata, borang 9 dan senarai jawatankuasa bagi tahun 2011 untuk 38 Cawangan sudah dihantar ke Pejabat Agung untuk dihantar ke Pendaftar Pertubuhan.

Tinggal 11 Cawangan yang belum hantar, 5 kerana tak buat mesyuarat agung . 6 kerana lambat hantar kepada penulis. Penulis harap Penolong SU Kawasan terus berhubung dengan cawangan yang belum hantar ini supaya kesemua 11 Cawangan ini dapat hantar.

5 Cawangan yang tak buat mesyuarat agung, bila balik penulis hubungi dan berjumpa dengan orang cawangan ini. Memang depa bagi macam-macam alasan tak dapat buat, tapi bila penulis minta buat semua sanggup buat.



2 daripadanya buat mesyuarat agung semasa penulis di Malaysia. 3 lagi penulis tak sempat kerana kena balik ke negara orang putih. Penulis dah maklum kepada SU dan PSU kawasan agar usahakan 3 cawangan ini buat mesyuarat agung kerana penulis dah jumpa orang cawangan ini.

Penulis juga tak sempat untuk habiskan pertemuan penulis dengan kesemua cawangan ikut 8 zon yang penulis tetapkan. Hanya 7 zon penulis dapat turun dan buat pembentangan kepada AJK Cawangan tentang bagaimana cara mengaktifkan cawangan.

Syukurlah, semua cawangan dapat berkumpul mendengar taklimat dari penulis. Hanya satu zon yang penulis tak sempat turun kerana tak cukup masa sebab dah penuh. Penulis dah minta SU Kawasan buat pembentangan untuk baki satu zon ini, bahan pun dah diberi.

Ada yang tanya, kenapa penulis tak minta AJK Kawasan turun sekali. Penulis cakap bagilah peluang kepada mereka sebab penulis hanya sebulan tapi mereka setahun kena buat kerja jamaah. Walaupun begitu, YDP ada turun juga 2 zon, TYDP ada bersama 4 zon, SU pun ada turun satu zon.

Penulis juga dapat bersama dalam mesyuarat lujnah kebajikan yang TYDP jadi pengerusi barunya. Bincang cara nak dapat dana kebajikan selain yang rutin, bincang mengenai program cakna rakyat yang sudah jadi program tetap lujnah dibantu pemuda dan muslimat.

Hadir juga mesyuarat lujnah memperkasa parti yang SU jadi pengerusi. Bagi kerja yang perlu di buat PSU berkaitan cawangan dan keahlian. Harap mereka dapat laksana dengan baik. kerja keahlian perlu teliti sebab tu serah kepada muslimat sebagai PSU. Kerja dengan cawangan perlukan psikologi dan kena banyak bersabar dengan karenah cawangan.

Unit Amal pun buat mesyuarat minta penulis hadir bagi idea untuk aktif dan menarik lebih ramai ahli. Semasa mesyuarat penulis bagi tahu, boleh bagi idea tapi jika tidak ada pengerak idea hanya jadi idea tak dilaksana. Malam tu , mesyuarat putuskan bekas Ketua Pemuda jadi penasihat untuk gerakkan Unit Amal untuk ganti penulis. Harap Unit Amal aktif kembali, penulis yakin dengan bekas Ketua Pemuda sebab dia rajin dan boleh bersama Unit Amal.

Duduk juga dalam mesyuarat lujnah tarbiyah, bentang program liqa' ikut zon dengan AJK Harian Kawasan sebagai pembentang kertas kerja. Dulu buat Usrah gabungan ikut zon tapi tak jadi kerana Naqib tak aktif. Kali ini harap liqa' ikut zon ini berjalan kerana AJK Harian Kawasan yang jadi Naqibnya.

Bila dah balik maka, kerja update blog Tulahan dan blog jamaah bukan lagi keutamaan. Memang tak sempat masa untuk update blog. Talian internet pula slow, memang sakitkan hati tak sama macam negara orang putih.

Kalau ada masa penulis akan pergi CC yang taliannya laju untuk update blog. Bila dah tak ada masa maka N3 dalam blog Tulahan copy terus dari blog bahasa Indonesia tanpa alih ke bahasa Melayu. Blog jamaah pun , ikut mana sempat sahaja.

Akibatnya, bila balik negara orang putih tengok rank dalam blog Cenangau, blog Tulahan dah tak ada dalam senarai maksudnya dah teruk jatuh, Blog jamaah pun jatuh juga tapi masih ada dalam carta Cenangau. Tak kisah lah, bukan ranking yang diburu.

Penulis puas hati kerana balik sebulan banyak kerja jamaah yang dapat dibuat. Namun , masih banyak yang perlu dibuat oleh AJK Kawasan, Pemuda dan Muslimat. Selamat berjuang......

Wassalam

Pesawat peribadi orang-orang kaya di dunia


1. Donald Trump dan Boeing 727-23 nya
Pada awalnya dioperasikan oleh American Airlines, vintage jet 1968 ini adalah rekonfigurasi 23, dengan kerusi kulit pucat, gesper berlapis emas, lukisan minyak, dan lampu kristal Waterford. Logo TRUMP di samping pesawat mempunyai panjang 30 kaki, tinggi 4 kaki , dan dibuat daripada emas 23 karat.




2. Roman Abramovich dan Boeing 767-33A nya
Pemilik Chelsea ini mempunyai pesawat peribadi , Boeing 767 ini mungkin dilihat biasa di luar, tapi dalamnya dilengkapi dengan kenari dan dihiasi dengan emas. Pesawat ini sering kelihatan di Bandar Udara Luton sekitar 40 mil di utara London, di mana Abramovich menghabiskan sebahagian besar waktunya




3. Sultan of Brunei dan Boeing 747-430 nya
Sultan ini membeli Boeing 747 baru pada harga kira-kira $ 100 juta dan telah dilengkapi dengan hiasan dalaman khusus dan fitur seperti wastafel dari emas murni dan kristal Lalique dengan kos tambahan sekitar $ 120 juta. Sultan ini mempunyai beberapa pesawat lain, tapi ini yang terbesar.





4. Jimmy Buffett dan Grumman HU-16 Albatross nya
Pesawat tentera Grumman HU-16 Albatross yang dimiliki oleh penyanyi-penulis lagu Jimmy Buffett yang dinamakan The Hemisphere Dance . Pada tahun 1996, pesawat itu ditembak di Jamaica oleh polis setempat, yang dicurigai pesawat itu membawa ubat-ubatan.




4. Mark Cuban dan Boeing 767-277nya
Millioner Mark Cuban, pemilik pasukan basketball NBA Dallas Mavericks, didalam Boeing 767 nya mempunyai kerusi yang dibuat terpasang pada pesawat yang cukup besar untuk menampung pasukannya, dan pemain tinggi.




5. Elvis Presley dan Convair 880 nya
Elvis mempunyai pesawat Cenvair 880 , Convair telah diubahsuai dengan 28 kerusi bukan 110 kerusi seperti biasa. Ekor jet sekarang dicat dengan logo TCB, yang merupakan singkatan dari Taking Care Business




6. Bill Gates dan Bombardier BD-700 Global Express nya
Dimiliki oleh Challenger Administrasi LLC atas nama Bill Gates, jet ini boleh membawa hanya lapan orang. Terbang pada ketinggian 51.000 kaki untuk jarak 6.500 mil laut, merentangi tanpa henti Tokyo-New York atau Los Angeles-Moscow.




7. John Travolta dan pesawat serta garaj pesawatnya
Pelakon ini mempunyai pesawat bersekali garaj pesawat peribadinya.


unikboss