9 manusia yang dibesarkan binatang

Anda pasti pernah mendengar kisah tentang Tarzan ataupun Mowgli (The Jungle Book) ? Yang menjadi pertanyaan kita adalah, apakah mungkin manusia dijaga oleh binatang?

Menurut logik akal perkara tersebut tidak mungkin terjadi. Tetapi di dunia ini ada banyak kejadian yang terjadi dimana anak manusia dipeliharan oleh binatang.

Malah mereka berkelakuan dan berkomunikasi seperti binatang yang memeliharanya.

Ukrainan Dog Girl

Seorang gadis ditinggalkan di sebuah kandang anjing oleh orang tuanyayang tidak bertanggung jawab dari usia 3 sampai 8 tahun, Oxana Malaya membesar tanpa orang tua selain daripada anjing yang ada di kandang tersebut.

Ketika ia ditemui pada tahun 1991, ia tidak boleh bercakap,hanya boleh menggonggong, dan berlari sambil merangkak.

Sekarang umurnya sudah mencapai 20-an, Malaya telah diajarkan untuk bercakap tetapi masih mengalami gangguan kognitif. Pada masa ini Malaya bekerja menjaga lembu di sebuah ladang ternak berhampiran hospital mental tempat beliau tinggal.

Cambodian Jungle Girl
Semasa menggembala kerbau di sepanjang tepi hutan di Kamboja semasa berumur 8 yahun, Rochom P'ngieng hilang secara misteri. Lapan belas tahun kemudian, pada tahun 2007, seorang penduduk melihat seorang wanita tanpa pakaian menyelinap di sekitar halaman rumahnya untuk cuba mencuri beras.

Wanita itu disyaki Rochom P'ngieng yang telah lama hilang. Dia dikenali kerana bekas luka di punggungnya. Gadis itu telah membesar menjadi seorang wanita 30 tahun yang entah bagaimana boleh bertahan hidup sendiri di hutan tebal.

Gadis itu tidak dapat mempelajari bahasa tempatan atau untukmenyesuaikan iri dengan budaya tempatan. Pada akhirnya beliau melarikan diri dan belum ditemui.

Ugandan Monkey Boy
Setelah melihat ibunya dibunuh oleh ayahnya, John Ssebunya yang berumur 4 tahun menjadi trauma dan lari ke hutan. Dia dipercayai dibesarkan oleh kumpulan monyet vervet sehingga dia ditemui pada tahun 1991.

Seperti sering terjadi ketika anak-anak liar yang ditemui, beliau menolak untuk ditolong oleh penduduk kampung, dan beliau mendapat bantuan dari keluarga angkatnya monyet yang mmbaling penduduk kampung dengan ranting-ranting pokok.

John telah diajarkan bagaimana bercakap, dan sekarang boleh bercakap malah boleh menyanyi. Beliau mampu bergabung dengan paduan suara anak-anak mutiara Afrika.

Victor of Aveyron
Mungkin inilah anak liar paling terkenal dari yang lain, cerita Victor difilemkan dengan tajuk "L'Enfant Sauvage". Walaupun asal-usulnyaadalah misteri, namun ramai percaya Victor menghabiskan masa kanak-kanaknya tanpa pakaian dan sendirian di hutan sebelum diketahui masyarakat pada tahun 1797.

Setelah beberapa kali memunculkan diri, beliau akhirnya muncul sendiri berhampiran Saint-Sernin-sur-Rance, Perancis, pada tahun 1800.

Victor menjadi subjek untuk banyak filusufi dan ilmuwan yang mengkaji tentang asal-usul bahasa dan perilaku manusia, walaupun dalam perkembangannya kemajuan daripada kecerdasan anak ini sangatlah sedikit.

Madina
Kisah tragis Madina adalah seperti Oxana Malaya. Ditinggalkan ibu bapa sehingga ditemui semasa berumur 3 tahun. Dia hidup dan dipelihara oleh anjing.

Semasa ditemui, beliau hanya dapat mengucapkan dua kata, ya dan tidak, dan lebih suka berkelakuan seperti anjing.

Madina sihat secara mental dan fizikal dirawat pasukan perubatan tidak lama setelah ditemui. Walaupun perkembangannya terhalang akibat ditinggal, dia beruntung kerana masih kecil, seorang pengasuh percaya bahawa Madina akan kembali normal ketika usianya meningkat dewasa.
Lobo Wolf Girl of Devil's River
Pada tahun 1845, seorang perempuan muda misteri kelihatan berjalan merangkak di sarang serigala yang menyerang kawanan kambing berhampiran San Felipe,Mexico.

Cerita ini dikukuhkan setahun kemudian ketika perempuan muda itu kelihatan lagi,kali ini dia sedang melahap seekor kambing yang baru dibunuh.

Menurut cerita yang beredar, penduduk setempat khuatir dan mencari perempuan itu keesokan harinya dan akhirnya berjaya menangkapnya.

Dia melolong tak henti-henti sepanjang malam, menyebabkan sekumpulan serigala datang ke kampung untuk menyelamatkan perempuan muda itu. Pada akhirnya beliau dapat menyelinap keluar dari kandang dan melarikan diri.

Perempuan muda itu kelihatan lagi sehingga tahun 1852, terakhir kelihatan sedang menyusui dua anak serigala di tepi sungai. Merasa terganggu, dia mengambil dua anak serigala dan lari kembali ke hutan dan tidak pernah dilihat lagi.


Russian Bird Boy
 
Terkurung di sebuah ruangan yang dikelilingi oleh kandang burung, seorang anak Rusia dibesarkan seperti burung peliharaan oleh orang tuanya yang kejam. 
 
Ketika ia ditemui, beliau tidak boleh bercakap dan hanya dapat bercericip seperti burung. Ia tidak dapat berkomunikasi seperti manusia normal. 
 
Dia telah dipindahkan ke pusat perawatan psikologi di mana pakar profesional bekerja untuk merehabilitasi dirinya.
 
Amala and Kamala
 
Dua orang anak perempuan yang berumur 8 tahun dan 18 bulan, ditemui di sarang serigala 'pada tahun 1920 di Midnapore, India. Kisah ini menimbulkan banyak kontroversi kerana umur mereka berdua berbeza jauh dan para ahli tidak menganggap bahawa mereka bersaudara.
 
Mung juga mereka berdua diambil oleh serigala pada waktu yang berbeza. Seperti banyak anak-anak liar lain, mereka dilaporkan sangat ingin kembali ke alam liar dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan cara hidup manusia.

Peter the Wild Boy
Seorang anak lekaki, tanpa pakaian dan berbulu merangkak berjalan keluar dari hutan berhampiran Hameln, Jerman pada tahun 1724.

Akhirnya ia dipujuk dan ditangkap. Beliau berperilaku seperti binatang liar dan memilih untuk makan burung dan sayuran mentah bahkan ia tidak boleh bercakap.

Setelah dipindahkan ke England, beliau diberi nama Petru si Anak Liar. Walaupun beliau tidak pernah belajar bercakap, beliau sangat meminati muzik, melakukan pekerjaan keras, dan hidup sehingga tua.menujuhijau

Kisah lelaki benci kebenaran sayangkan fitnah

http://abufahmiabdullah.files.wordpress.com/2010/01/naga.jpg

"Suasana hingar bingar. Pagi itu kawasan pasar di Baghdad menjadi kecoh angkara seorang lelaki berbadan tegar dan berjanggut panjang yang mengucapkan kata-kata aneh dan membangkitkan kemarahan.


Lelaki itu berdiri di tengah-tengah orang ramai dan melaungkan:“Kawan-kawan! Hari ini saya sangat membenci perkara yang benar, tetapi amat menyenangi yang fitnah! Hari ini saya akan menjadi orang kaya, bahkan lebih kaya daripada Allah SWT sendiri!”

Sungguh aneh kata-kata lelaki itu kerana selama ini, dia terkenal sebagai orang yang alim dan warak. Orang ramai tertanya-tanya, apa sudah jadi dengan lelaki ini? 

Kalau hendak berlawak pun, janganlah sampai membenci kebenaran, menyukai fitnah dan mengatakan dia lebih kaya daripada Allah. Kata-kata itu boleh menyesatkan akidah. Orang ramai yang berada di pasar itu mula memarahinya.

Tetapi lelaki warak dan berjanggut panjang itu tidak memperdulikannya. Dia terus berceloteh tanpa ada tanda-tanda mahu berhenti. Tidak lama kemudian, datanglah askar kerajaan. Lelaki tersebut ditangkap lalu dibawa ke istana Khalifah Harun Al-Rasyid.

“Hah, kamu Abu Nawas!” kata khalifah sebaik melihat lelaki tersebut diheret oleh tentera ke hadapan baginda.

Abu Nawas mengangguk dan tersenyum sahaja. “Benarkah engkau kata begitu, hai Abu Nawas?” tanya Khalifah Harun Al-Rasyid yang memang kenal benar dengan Abu Nawas.

“Benar tuanku.” “Kenapa? Sudah kafirkah engkau ini?” sergah khalifah. “Tidak tuanku. Saya masih Islam. Tapi saya rasa tuanku juga seperti saya. Tuanku pasti membenci yang benar dan haq.”

Khalifah Harun Al-Rasyid tercengang. “Hah!? Sudah gilakah engkau ini wahai Abu Nawas?” baginda meninggikan suaranya kerana marah. “Jangan terburu-buru tuanku.

Dengarlah dahulu keterangan saya.” balas Abu Nawas. “Keterangan apa yang engkau hendak dakwahkan? Sebagai Muslim, aku membela kebenaran, bukan membencinya!” ucap khalifah, geram.

“Tuanku, apabila orang membaca talkin, saya selalu mendengar ucapan bahawa mati itu benar dan neraka itu juga benar. Nah, siapakah orangnya yang tidak membenci mati dan neraka yang benar itu? Tidakkah tuanku juga membencinya seperti saya?” soal Abu Nawas semula.

Khalifah terdiam. “Cerdik pula engkau ini. Tapi apa pula maksud engkau menyenangi fitnah?”

“Barangkali tuanku terlupa bahawa di dalam Al-Quran ada menyebut, harta benda dan anak-anak kita adalah fitnah. Padahal tuanku sangat menyenangi harta dan anak-anak tuanku seperti saya juga. Bukankah begitu, tuanku?”

“Ya memang betul, tetapi kenapa engkau mengatakan engkau lebih kaya daripada Tuhan?” tanya Khalifah Harun Al-Rasyid.

“Sebab saya ada anak, sedangkan Tuhan tidak mempunyai anak dan tidak pula diperanakkan.”

“Itu memang betul, tetapi kenapa engkau berkata begitu di tengah-tengah pasar hingga orang ramai menjadi kacau?” tanya khalifah yang masih belum faham dengan tindakan Abu Nawas.

“Supaya dengan cara begitu saya akan ditangkap dan kemudian dihadapkan kepada tuanku seperti sekarang ini” jawab Abu Nawas yang memang terkenal dengan loyar buruknya.

“Apa perlunya engkau menghadap aku?” “Supaya mendapat hadiah dari tuanku…” jawab Abu Nawas sambil tersengih. “Cis dasar orang cerdik!” kata khalifah lalu tergelak.

Suasana yang tadinya tegang terus bertukar menjadi riuh dengan gelak ketawa semua yang berhimpun di istana tersebut. Khalifah Harun Al-Rasyid kemudiannya menghadiahkan wang kepada Abu Nawas dan menyuruhnya balik. Gembira sungguh Abu Nawas. Ketika dia memasukkan wang dinar ke dalam sakunya dia pun berkata, “Alhamdulillah, dapat rezeki!”

Nota: Nama sebenar Abu Nawas ialah Abu Nuwas Al-Hasan bin Hani Al-Hakimi (750-810). Beliau lahir di Ahraz, Parsi dan merupakan salah seorang penyair yang terkenal di zamannya. Abu Nawas sebenarnya seorang yang warak, bagaimanapun beliau suka berjenaka dan pandai loyar buruk.


Kelahiran anak singa putih pertama di Argentina

 
Pemilik zoo di Buenos Aires, Argentina mengumumkan kelahiran tiga anak singa putih yang unik dan lucu. Ketiganya merupakan hasil daripada sepasang induk singa asal Afrika Selatan.

Ketiga-tiga anak singa tersebut dilahirkan pada 16 November 2010, terdiri dari dua betina dan satu jantan. Pemilik zoo mengatakan, ketiganya merupakan bayi singa putih pertama yang dilahirkan di wilayah Amerika Selatan.

"Kami sangat bangga. Tidak banyak anak singa putih yang berhasil dilahirkan di zoo," ungkap Miguel Rivolta, ahli veteriner zoo tersebut. Semasa anak singa itu pertama dipersembahkan kepada umum, pengunjung zoo sangat teruja.

Rivolta mengatakan, ketiga anaksinga putih itu belum diberi nama. Musim panas depan, zoo itu akan mengadakan pertandingan menamakan ketiga anak singa putih itu untuk kanak-kanak. 
 
Singa putih adalah spesies singa, melainkan variasi yang disebabkan faktor gen yang disebut leucism. 
 
Warna putih disebabkan singa membawa sifat warna gen yang resesif atau tak terekspresikan. Sunga putih termasuk salah satu jenis binatang yang hampir pupus.Kompas

Kisah kejam tentera Amerika membunuh kanak-kanak Afganistan


21 Mac 2011, adalah Tahun Baru Afghanistan. Tahun baru membawa harapan baru untuk masa depan. Namun, setiap prospek harapan bagi awal yang baru nampaknya jauh dari fikiran tiga anak perempuan kecil Afghanistan, yang kini menjadi yatim setelah tentera Amerika menyerang rumah mereka.
 
Peristiwa ini berlaku sebulan yang lalu, ketika pasukan kafir Amerika dipercayai telah mengejar Mujahidin Afghanistan. Ini adalah retorik khas pasukan AS setiap kali mereka memberikan alasan atas kematian orang awam.

Tragedi ini terjadi di Timur Afghanistan di Kaikawoo, daerah Wazir Khoogiani.

Ketika roket AS mendarat di rumah ini, orang tua, dua anak lelaki dan dua anak perempuan kehilangan nyawa mereka. Baki tiga anak perempuan menangis tak dapat mengawal perasaan atas kehilangan orang tua dan saudara kandungnya.

Kini anak perempuan berusia 7 sampai 11 tahun, tinggal bersama bapa saudara mereka. Setiap malam mereka bangun menangis teringatkan kisah duka kehilangan seluruh keluarga mereka.

Ini adalah tragedi Afghanistan dan anugerah “demokrasi” oleh pasukan tentera Amerika Serikat dan NATO.

Ini adalah secebis kekejaman yang dilakukan pasukan AS-NATO terhadap rakyat Afghanistan setiap hari. Pada tempoh yang sama, di daerah Kunar, dalam dua pengeboman beransingan oleh pasukan AS, 65 warga awam dan 9 kanak-kanak kehilangan nyawa mereka.


Dalam kejadian pertama, 65 warga awam menjadi sasaran tembakan berbagai jenis senjata termasuk perangkat pembakar yang membakar banyak kanak-kanak hingga mati.

Jeneral Petraeus bertemu Presiden boneka Afghanistan Hamid Karzai, Petraeus mengatakan orang tua Afghanistan mungkin telah membakar anak-anak mereka sendiri sampai mati untuk menyalahkan pasukan AS, dilaporkan oleh The Washington Post:

Jenderal David Petraaeus mengatakan di istana presiden Afghanistan bahawa mungkin orang tua telah membakar anak-anak mereka sendiri untuk membesar-besarkan jumlah korban warga awam.

Demikian juga NATO mengesahkan tidak ada korban awam dari operasinya di Kunar. NATO mengatakan bahwa warga desa pro-Taliban telah menciptakan cerita propaganda yang diambil oleh ahli politik di Kabul yang bersemangat untuk membuktikan identiti asionalis mereka.

Ini adalah sama dengan wajah kebinatangan dan kurangnya perhatian terhadap martabat manusia yang dilakukan oleh mereka atas nama angkatan bersenjata AS yang tidak pernah hormat setiap hari mereka di tanah Afghanistan.

Kejadian kedua terjadi beberapa hari setelah pengeboman 65 warga awam juga di daerah Kunar. Pada tarikh 1 Mac 2011, tentera AS-NATO mensasarkan sepuluh kanak-kanak berusia 8-14.

Sembilan kanak-kanak maut dan seorang cedera. Kanak-kanak yang selamat menceritakan kejadian berikut:


Kami sudah hampir selesai mengumpulkan kayu di hutan ketika tiba-tiba kami melihat helikopter datang. Ada dua helikopter. Mereka melintas di atas kami, dan kami melihat cahaya hijau.

Kemudian mereka kembali terbang tinggi, dan pada kali ini mereka melintas di atas kami dan mulai menembak. Mereka menembakkan bom roket yang menghantam sebuah pokok.

Dahan-dahannya menimpa saya dan pecahan peluru mengenai tangan kanan saya dan kiri saya.

Helikopter apache ini mempunyai sasaran tepat berdasarkan pertunjukan (TADS). Malah, sistem ini membolehkan juruterbang dengan kemampuan tanpa silap untuk membezakan antara anak-anak mengumpulkan kayu bakar dan orang dewasa membawa senjata:

TADS menyediakan co-pilot/gunner yang terlatih, kemampuan mengenalpasti dan pandangan dengan cara optik pandangan langsung, TV atau sistem FLIR yang dapat digunakan secara terpisah atau dalam kombinasi sesuai dengan keadaan persekitaran dan cuaca .

Sumber lain secara jelas mengatakan keberkesanan kemampuan Helikopter Apache visual dan kenalpasti sasaran yang ditetapkan dengan jelas memperlihatkan bahawa mereka adalah 10 kanak-kanak pencari kayu api, dan memang adalah kanak-kanak tidak bersenjata.

Apache mempunyai Target Akuisisi Penandaan Penglihatan (TADS) dan Pilot Night Vision Sensor (PNVS) yang membolehkan kru mengikut panduan dan melakukan serangan pada malam hari dan keadaan cuaca buruk.

Taliban dan pemberontak lainnya bukan berasal dari bulan. Mereka adalah ahli keluarga mangsa yang akan terus mengangkat senjata melawan pasukan tentera AS dan sekutunya yang menjajah Afghanistan. (haninmazaya/syrftbks/arrahmah.com)


9 binatang kecil berbahaya kepada manusia

9. Kutu


Kutu menghisap darah dan menghuni badan binatang lain (termasuk manusia). Kutu sukar untuk dihapus dan penghapusan harus dilakukan dengan hati-hati kerana kutu akan meninggalkan bahagian kepala yang kemudian dapat menyebabkan infeksi serius.

Menurut Wikipedia, kutu keras (hard ticks) dapat menyebarkan penyakit kepada manusia seperti penyakit Lyme, demam Rocky Mountain , tularemia, equine ensefalitis, demam kutu Colorado, African Tick Bite Fever, dan beberapa bentuk ehrlichiosis.

8
. Tarantula Hawk


Tarantula Hawk diberi nama sesuai fakta bahawa binatang ini membunuh tarantula sebagai makanan larva mereka. Sengatan binantang ini dinilai sebagai salah satu sengatan yang paling menyakitkan di dunia (walaupun tidak sesakit seperti semut api ).

Salah seorang pengkaji menggambarkan “[...] sengatan sebagai penyebab langsung, rasa sakit yang menyiksa dan menghilangkan kemampuan seseorang untuk melakukan apa pun, kecuali, mungkin, menjerit. Keadaan mental tidak berfungsi dalam situasi ini.” Tarantula Hawk adalah ‘serangga rasmi’ negara New Mexico.

7. Lalat Tsetse


Lalat ini merupakan lalat penyegat besar dari Afrika yang menghisap darah binatang vertebrata. Lalat ini diketahui menyebabkan penyakit tidur pada manusia dan Nagana kepada binatang ternak.

Penyakit tidur adalah penyakit parasit pada manusia dan binatang yang disebabkan oleh Trypanosoma, suatu protozoa yang ditularkan oleh lalat Tsetse.

Gejala penyakit tidur dimulai dengan demam dan sakit kepala lalu merebak di bahagian belakang leher. Setelah itu, mangsa mungkin mengalami tidur siang hari dan insomnia.
Ini boleh mengakibatkan kematian akhirnya.

6. Africanized Bees


Lebah ini juga disebut lebah pembunuh, dan merupakan spesis dari 26 ratu lebah Tanzania yang dibesarkan dengan spesies lain setelah mereka tanpa sengaja dibebaskan dari sarang di Brazil.

Apa yang membuat lebah boleh membunuh adalah sifat dasar pertahanan lebah ini dan kecenderungan untuk berkerumun menyerang mangsa bersama.

Selain itu, lebah ini cenderung mengikut mangsa malah sehingga jauh dari sarang. Lebah ini sangat ageresif ketika menyerang memastikan potensi ancaman kematian yang sangat menyakitkan bagi mangsa.

5. Deathstalker


Merupakan sebuah spesies kala jengking yang sangat berbahaya kerana racunnya. Racun itu sebenarnya adalah campuran neurotoxins kuat.

Meskipun, racun tidak akan membunuh orang dewasa yang sihat, boleh memberi kesan besar kepada kanak-kanak dan orang tua.

Ironinya, komponen racun (peptida chlorotoxin) mempunyai potensi untuk menyembuhkan tumor otak manusia sedangkan racun lain dapat membantu melawan diabetes.

4. Black Widow


Merupakan salah satu spesies labah-labah yang paling terkenal, terutama kerana racunnya yang boleh menyebab kesan teruk kepada manusia. Racunnya dikatakan lebih kuat daripada ular derik.

Jantan dan betina mempunyai tanda berbentuk jam pasir di bawah perut mereka. Labah-labah betina relatif lebih besar daripada jantan dan bertentangan dengan kepercayaan popular masyarakat, jarang labah-labah betina memakan labah-labah jantan setelah bersama.

3. Army Ants


Semut ini banyak ditemui di Afrika dan Asia dan mampu membina sarang begitu cepat. Risiko terbesar semut ini untuk manusia adalah ketika semut ini berkerumun melalui rumah.

Ketika persediaan makanan rendah, kawanan semut ini akan berkerumun dalam jumlah hingga 50 juta semut. Ada laporan bahawa biasanya manusia dibunuh dengan membuatnya sesak nafas (semut akan sering masuk ke dalam paru-paru).

2. Bullet Ant


Satu gigitan dari serangga ini tidak akan membunuh anda, tetapi anda tidak akan pernah melupakannya. Semut ini dinamakan demikian kerana gigitannya terasa seperti ditembak dan dapat menimbulkan gigitan yang paling menyakitkan dari setiap makhluk yang dikenali manusia.

Semut ini berada di kedudukan nombor satu di Schmidt Sting Pain Index di mana semut ini digambarkan sebagai penyebab “gelombang yang panas, berdenyut, mengalahkan semua rasa sakit yang terus berlanjutan sehingga 24 jam”.

1. Nyamuk Anopheles


Nyamuk ini dianggap antara binatang yang paling berbahaya di bumi kerana menyebabkan lebih dari 300 juta pengidap malaria setiap tahun, yang menyebabkan antara 1 hingga 3 juta kematian.

Nyamuk ini dapat juga membawa demam berdarah, kaki gajah, dan demam kuning. Biasanya aktif sewaktu malam hari, jadi salah satu cara untuk melindungi diri sendiri adalah dengan menggunakan ubat serangga dan mengenakan baju lengan panjang. beritaunik


Fitnah haram, tukang fitnah berdosa besar

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgpjibIsYNey_QPrRHfuubAJTyEch0eWXaUTvL17ObLW3FKr5WFfkqZG-isaVwI4x_gIfJ7szylSi7jStZs3IX5zjG8e6whDyqUhtEF9u8rK4gicQu6qbCMQRwv0NUHSJkbhiu5kIRSQ5M/s400/fitnah+akhir+zaman.jpg

MARILAH kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dalam melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.
Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana telah melimpahkan nikmat yang tidak terkira banyaknya kepada kita. Di antara nikmat yang utama yang dikurniakan Allah Subhanahu Wata'ala kepada hamba-Nya ialah lidah.

Lidah mempunyai kebaikan dan manfaat yang amat banyak, bagi mereka yang menjaga dan menggunakannya ke arah tujuan yang sebenar seperti berzikir kepada Allah Subhanahu Wata'ala, membaca Al-Qur'an, berdakwah menyeru manusia ke arah mentaati perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya dan memberi nasihat serta teguran yang berguna kepada sesama manusia.

Sesungguhnya lidah itu merupakan nikmat yang amat berharga kerana itu kita hendaklah menjaga dengan sebaik-baiknya, jangan sampai disalahgunakan seperti membuat fitnah.

Namun dalam era kemajuan sains dan teknologi ini, manusia bukan sahaja menyebar fitnah menggunakan lisan, tetapi juga melalui kecanggihan teknologi maklumat, sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik.

Tujuan kemudahan itu dicipta untuk memudahkan kita melihat, mendengar dan menyebarkan apa jua berita dan maklumat tentang keadaan yang berlaku di sekeliling kita, sama ada apa yang berlaku di dalam negeri mahupun di luar negeri.

Oleh itu kita hendaklah menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut dengan baik dan bijaksana.

Namun apa yang membimbangkan pada masa ini terdapat segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakannya untuk menyebarkan berita-berita yang tidak benar, khabar-khabar angin apatah lagi yang mengandungi unsur-unsur fitnah.

Kita perlu mengetahui bahawa fitnah itu adalah satu perkara yang buruk dan boleh menjejaskan maruah seseorang.

Fitnah ialah tuduhan, khabar, kisah dan lain-lain yang diadakan atau dibuat-buat untuk memburukkan atau membencanakan seseorang dan memfitnah pula ialah membuat fitnah dan mengada-adakan sesuatu untuk memburuk-burukkan atau membencanakan sesuatu pihak yang dilakukan sama ada dengan perkataan atau tulisan atau isyarat dan gerak-geri dan sebagainya, sama ada perkara itu sememangnya suatu keaiban atau kekurangan mahupun bukan.

Orang yang membuat fitnah itu dikatakan juga sebagai orang yang membawa mulut atau mengadu domba.

Adapun perbuatan fitnah itu hukumnya adalah haram dan termasuk dalam perkara dosa-dosa besar. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Qalam ayat 10 - 11 tafsirnya:

"Dan janganlah kamu menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina, yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan."

Diriwayatkan daripada Khuzaifah Radiallahuanhu, beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya:

"Tidak masuk syurga orang yang suka memfitnah (mengadu domba)." (Hadis riwayat Imam Muslim).
Daripada dalil-dalil tersebut jelas menunjukkan bahawa fitnah itu adalah suatu perkara yang sangat dilarang dan perlu dijauhi. Oleh yang demikian, kita hendaklah memelihara diri dan keluarga kita dari perbuatan menabur fitnah.

Maka apabila disampaikan kepada kita suatu berita yang memburuk-burukkan orang lain, maka kita hendaklah memelihara diri kita daripada mendengarnya dan menghebah-hebahkann ya kepada orang lain.

Memang tidak dapat dinafikan dalam kehidupan kita berkeluarga, berjiran dan bermasyarakat, sememangnya kita tidak dapat mengelakkan diri dari mendengar berita-berita atau cerita-cerita yang diperbualkan ketika bertemu, sama ada ketika berada di majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, majlis kenduri atau di kedai-kedai kopi dan sebagainya.

Dalam hal sedemikian, jika kita mendengar perbualan yang boleh mendatangkan dosa seperti cerita yang direka-reka, memburuk-burukkan orang lain, memfitnah dan sebagainya.

Maka kita hendaklah berusaha mengelakkan diri daripadanya, seperti tidak membenarkan atau mempercayai apa yang disampaikan itu, kerana orang yang membawa fitnah itu adalah termasuk dalam golongan orang-orang yang fasiq dan berita yang dibawa oleh mereka itu tidak boleh dipercayai.

Selain itu, kita sepatutnya melarang orang yang membawa fitnah itu daripada meneruskan perbuatannya dan menasihatinya serta menerangkan kepadanya bahawa perbuatannya itu adalah salah di sisi agama.

Janganlah pula cerita yang disampaikan oleh orang yang memfitnah itu membuatkan kita terdorong untuk menyelidiki dan mencari-cari sama ada ianya benar atau sebaliknya. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Al-Hujuraat, ayat 12 tafsirnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain."
Ketahuilah bahawa tidak ada orang yang suka dirinya diperkatakan atau menjadi bahan cerita orang, apatah lagi cerita itu tidak berasas, tidak benar dan hanyalah fitnah semata-mata.

Maka jika mendengar sesuatu cerita, berita atau khabar-khabar angin, yang mana cerita, berita atau khabar-khabar angin itu boleh menyebabkan hati orang yang dijadikan bahan cerita itu tidak tenteram, mencemar maruah dirinya dan sebagainya.

Maka hendaklah orang yang mendengar cerita, berita atau khabar-khabar angin itu tidak menceritakan atau memanjang-manjangka n lagi apa yang telah diceritakan kepadanya. Sebagaimana kita tidak suka diri kita diperkatakan orang, sepatutnya kita tidak juga memperkatakan tentang orang lain.

Jika difikirkan apakah kebaikan yang boleh diperolehi daripada perbuatan-perbuatan sedemikian? Ianya tidak lain hanyalah menggembirakan orang yang berhati busuk.

Sedangkan sebenarnya mereka itu telah terpedaya oleh syaitan sehingga pandangan mereka menjadi kabur, lalu merasakan apa yang mereka lakukan seolah-olah tidak salah, tetapi sebenarnya adalah buruk dan berdosa besar.

Perkara ini bukan sahaja dilarang oleh agama Islam, bahkan undang-undang dalam bernegara juga menegahnya dan boleh diambil tindakan, lebih-lebih lagi jika fitnah itu boleh menggugat keselamatan dan keharmonian dalam beragama, bermasyarakat dan bernegara.

Begitu juga dengan perbuatan mereka-reka dan menyebar khabar angin, baik dilakukan secara individu atau kumpulan yang bertujuan untuk memfitnah atau mengaibkan maruah atau martabat mana-mana pihak.

Maka dalam hal ini, perbuatan tersebut akan diambil tindakan oleh pihak-pihak yang berkenaan sebagai langkah dalam memastikan keharmonian dan ketenteraman awam.

Sebagai bahan renungan, pernah berlaku suatu peristiwa di zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, yang lebih dikenal dalam kitab-kitab Sirah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai hadisul ifki bilamana terjadinya fitnah ke atas isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu Sayidatina 'Aisyah Radiallahuanha.

Dalam peristiwa tersebut, Sayidatina 'Aisyah Radiallahuanha telah difitnah oleh orang-orang munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai bin Salul dan beberapa orang di kalangan Muslimin telah terpengaruh dengan cerita fitnah yang disebarkan itu.

Mereka menabur fitnah mengatakan bahawa Sayidatina 'Aisyah Radiallahuanha telah berlaku curang atau membuat hubungan sulit dengan seorang sahabat yang terkenal jujur dan amanah iaitu Safwan bin Muaatal.

Akhirnya Allah Subhanahu Wata'ala menurunkan ayat 11 - 20, Surah An Nuur sebagai penjelasan bersihnya Sayidatina 'Aisyah Radiallahuanha di atas fitnah yang dilemparkan ke atasnya.

Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam ayat 19, Surah An Nuur tafsirnya:

"Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebahnya tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui segala perkara sedang kamu tidak mengetahui yang demikian."
Membuat fitnah itu dipandang berat dan dilarang oleh agama Islam, sebab ia boleh menimbulkan permusuhan dan permusuhan pula boleh menimbulkan kepada perpecahan dan huru-hara. Fitnah adalah tuduhan yang tidak benar dan tidak berasas dan perbuatan itu mendatangkan azab di akhirat kelak.

Ingatlah! Bahawa semua anggota tubuh badan termasuk lidah akan menjadi saksi di depan penghakiman Allah Subhanahu Wata'ala pada Hari Kiamat.

Akhirnya peliharalah diri kita dari perbuatan fitnah dan menaburnya. Didiklah diri kita, keluarga kita dan masyarakat dengan saling menasihati dan tegur-menegur terhadap perbuatan yang membawa kepada dosa dan maksiat, apatah lagi membawa kepada dosa-dosa besar seperti membuat dan menabur fitnah.

Semoga dengan amalan sedemikian, kita dapat menikmati kehidupan yang aman tenteram dan sentiasa mendapat petunjuk, hidayah dan berkat dari Allah Subhanahu Wata'ala jua. Amin Ya Rabbal'alamin.

Firman Allah Subahanhu Wata'ala dalam Surah Al- Baqarah ayat 191, tafsirnya:

"Dan ingatlah bahawa angkara fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan."


zaharuddin group

Hadith yang di riwayatkan oleh Ibnu Abbas, katanya: ketika Rasulullah s.a.w melalui dua buah kubur baginda bersabda:

“Ingatlah, sesungguhnya dua mayat ini sedang diseksa, tapi bukan kerana melakukan dosa besar. Seorang diseksa kerana dahulunya dia suka membuat fitnah dan seorang lagi kerana tidak membersihkan dirinya daripada air kencing.”