Pelbagai jenis pelangi yang jarang dilihat manusia

Pelangi adalah gejala optik dan meteorologi berupa cahaya beraneka warna selari yang nampak di langit atau medium lainnya. Di langit, pelangi nampak sebagai panahan cahaya dengan hujungnya mengarah pada horizon pada masa hujan gerimis. Pelangi juga dapat dilihat di kawasan air terjun yang deras.

1. Classic Rainbows

Pelangi Alam terdiri dari enam warna: merah, oren, kuning, hijau, biru dan ungu. kekuatan warna masing-masingnya bergantung kepada keadaan atmosfera dan waktu.


2. Circular Rainbows

Pelangi ini benar-benar kelihatan seperti pahanan lingkaran sempurna (dengan radius tepat 42 darjah, menurut Descartes).

3. Secondary Rainbows

Pelangi primer, sering disertai dengan pelangi sekunder biasanya nipis dan redup daripada pelangi primer. Pelangi sekunder terkenal dengan karakteristik tertentu, spektrum ditampilkan dalam urutan terbalik dari sebuah pelangi primer.


4. Red Rainbows

Red Rainbows biasanya terlihat semasa fajar atau senja ketika ketebalan filter atmosfera bumi menjadi biru, terlihat lebih merah atau seperti titisan cahaya oren mencermin dan membiaskan air. Hasilnya adalah pelangi dengan spektrum hujung merah.


5. Sundogs

Yang paling sering terlihat rendah di langit di musim dingin yang cerah, sundogs terjadi ketika matahari bersinar melalui kristal ais yang tinggi di atmosfera. Sundogs berwarna merah di bahagian dalam dan ungu di bahagian luar dengan baki spektrum banyak di antaranya. semakin tebal konsentrasi kristal ais di udara, semakin tebal pula strukturnya.


6. Fogbows

Fogbows lebih jarang kelihatan daripada pelangi biasa, kerana parameter tertentu yang harus disesuaikan untuk pelangi ini terhasil . Misalnya, sumber cahaya harus berada di belakang pengamat dan hampir ke bumi. Juga, kabus di belakang pengamat harus sangat tipis sehingga sinar matahari yang dapat bersinar melalui kabus tebal di depan.


7. Waterfall Rainbows

Kabus air terjun bercampur ke dalam aliran udara konstan atmosfera terus menerus, terlepas dari cuaca. Ini menghasilkan sebuah foto air terjun yang sangat baik untuk pelangi.



8. Fire Rainbows

Pelangi ini bukan dihasilkan dari api, nama untuk kesan optik yang indah ini adalah “circumhorizontal arc”. Fenomena ini hanya dapat dilihat dalam keadaan spesifik tertentu: awan cirrus, yang bertindak seperti prisma setidaknya berada di ketinggian 20.000 kaki dan matahari harus tidak kelihatan ketika berada di ketinggian 58-68 darjah. Rainbow Fire tidak pernah kelihatan di lokasi lebih dari 55 darjah utara atau selatan.


9. Moonbows

Moonbows adalah mitra untuk pelangi lunar. Pelangi ini juga jauh lebih sukar dilihat kerana berlaku selepas hujan berlalu dan bulan purnama yang terang tidak terhalang oleh awan.

apakabardunia


10 spesis burung cenderawasih tercantik

Ada pelbagai jenis spesies dalam keluarga Paradisaeidae, atau lebih dikenali dengan bird of paradise. Ada kira-kira 13 jenis dari burung-burung ini dan yang paling terkenal adalah jenis Paradisaea.

Kita menyebutnya dengan nama burung cendrawasih. Bercirikan dengan warna yang menarik dan cerah, bulu berwarna kuning, biru, merah, dan hijau. Dengan warna-warna yang demikian burung ini menjadi burung paling indah dan menarik di dunia, sehingga disebut sebagai burung dari surga.

Burung cendrawasih banyak ditemui di Papua atau Papua New Gunuei dan pulau-pulau sekitarnya, termasuk juga Australia Timur. Sayangnya kewujudan burung ini semakin berkurang seiring dengan banyaknya perburuan liar yang tidak bertanggungjawab.

1. Lesser bird of paradise (Paradisaea minor)
The Lesser bird of paradise dikenali dengan nama Cendrawasih kuning kecil. Burung ini berukuran sederhana dengan panjang sekitar 32 cm, berwarna merah-coklat dengan mahkota kuning dan ekor atas kuning coklat.

Burung jantan mempuyai leher berwarna zamrud-hijau tua, sepasang ekor panjang dan dihiasi dengan bulu hiasan sayap yang berwarna kuning di bahagian pangkal, berwarna putih di bahagian luarnya.

Burung betina berukuran lebih kecil dari burung jantan, mempunyai kepala berwarna coklat tua, dada berwarna putih dan tanpa dihiasi bulu-bulu hiasan.
Kawasan habitatnya meliputi seluruh hutan bahagian utara Papua New Gunuei dan pulau-pulau di dekat Misool dan Yapen.


2. Raggiana bird of paradise (Paradisaea Raggiana)

The Raggiana bird of paradise dikenali juga dengan nama Count Raggi’s bird of paradise. Burung ini juga dikenali sebagai burung Cendrawasih. Habitat burung ini terdapat secara meluas di Pulau Irian selatan dan timur laut.

Mempunyai panjang 34 cm panjang, berwarna merah-coklat kelabu, kepala kuning dan kaki berwarna coklat kelabu. Burung jantan mempunyai mahkota kuning, leher zamrud-hijau tua dan kuning di antara leher.

Warna bulu sayap bervariasi dari merah ke jingga tergantung subspesies. Burung betina berukuran lebih kecil dari burung jantan, dengan muka berwarna coklat dan tidak mempunyai bulu-bulu hiasan.


3. Astrapia Ribbon-tailed (Astrapia mayeri)

Ini adalah salah satu jenis burung cendrawasih yang paling spektakular. Namanya Astrapia Ribbon-tailed dan mempunyai bulu ekor terpanjang dalam kaitannya dengan ukuran badan, panjangnya mencapai lebih dari tiga kali panjang tubuhnya.

Panjang burung dewasa mencapai 32 cm dengan ekor burung jantan yang boleh mencapai 1 meter. Burung jantan mempunyai warna hitam dan hijau zaitun sedangkan burung betina berwana coklat.
Burung jantan mempunyai ekor panjang berbentuk pita berwarna putih. Kawasan habitatnya adalah di bahagian tengah Pulau Irian.


4. Blue bird of paradise (Paradisaea rudolphi)

Burung ini berukuran kira-kira 30 cm, berwarna hitam, kepala warna coklat gelap, kaki kelabu. Burung jantan dihiasi dengan bulu sayap dengan dominasi warna ungu biru. Sehingga disebut juga dengan Cendrawasih Biru.

Blue Bird of Paradise adalah burung endemik Papua New Gunei .Kawasan habitatnya meliputi pergunungan tenggara
Papua New Gunei.


5. Riflebird Paradise (Ptiloris paradiseus)

Kalau anda pernah menonton filem Planet Earth, maka anda akan melihat burung ini. Burung ini mempunyai panjang kira-kira 30 cm dengan burung jantan berwarna hitam dengan warna-warni mahkota biru kehijauan, kaki hitam, kepala coklat gelap dan mulut kuning
Burung betina jenis ini berwarna coklat zaitun. Merupakan endemik di Australia timur, Riflebird juga terdapat di hutan hujan di New South Wales dan pusat Queensland.
Burung jantan dapat mengembangkan sayapnya dan memamerkannya sambil bergerak ke kanan dan ke kiri di hadapan burung betina untuk memikat burung betina.


6. Red bird of paradise (Paradisaea rubra)

Kita menamakannya Cendrawasih Merah, panjang kira-kira 33cm berwarna kuning dan coklat, serta berparuh kuning. Burung jantan dewasa boleh mencapai 72cm termasuk bulu-bulu hiasannya yang berwarna merah darah dengan hujung berwarna putih pada bahagian sisi perutnya.
Bulu muka berwarna hijau zamrud gelap dan di ekornya terdapat dua buah tali yang panjang berbentuk pilin ganda berwarna hitam. Burung betina berukuran lebih kecil dari burung jantan, dengan muka berwarna coklat tua dan tidak mempunyai bulu-bulu hiasan.

Merupakan endemik dari Indonesia, Cendrawasih Merah hanya ditemui di hutan dataran rendah pada pulau Waigeo dan Batanta di kabupaten Raja Ampat, daerah Irian Jaya Barat.


7. Lawes’s Parotia (Parotia Lawesii)

Parotia lawesii berukuran sederhana dengan 27 cm. Kawasan habitatnya meliputi hutan pergunungan di tenggara dan timur Papua New Gunei. Burung jantan memiliki warna hitam dengan kening putih, warna-warni tengkuk biru ungu dan emas bulu dada hijau.
Dihiasi dengan tiga kawat hias kepala dari belakang setiap mata dan memanjang mengapit bulu yang berwarna hitam. Burung betina berwarna coklat dengan kepala burung gelap, dada kuning dan gelap.


8. King of Saxony bird of paradise (Pteridophora alberti)

King of Saxonyi adalah sejenis burung pengicau berukuran kecil, dengan panjang kira-kira 2cm. Burung jantan dewasa mempunyai bulu berwarna hitam dan kuning tua, dikepalanya terdapat dua helai bulu kawat bersisik biru-langit berkilap seperti panji yang panjangnya mencapai 40 cm dan dapat ditegakkan semasa memikat betina.
Burung ini dimakan Cendrawasih Panji. Bulu mantel dan ekor tumbuh memanjang berbentuk tudung berwarna hitam. Dada mata berwarna coklat tua, kaki berwarna kelabu coklat dan paruh berwarna hitam dengan bahagian dalam mulut berwarna hijau laut.

Burung betina berwarna kelabu coklat dengan garis-garis dan bintik gelap. Betina berukuran lebih kecil dari burung jantan dan tanpa dihiasi mantel atau bulu kawat hiasan. Kawasan habitatnya terdapat di hutan pergunungan pulau Irian.


9. Wilson’s Bird of Paradise (Cicinnurus respublica)

Wilson’s Bird of Paradise berukuran agak kecil dengan 21 cm. Burung jantan adalah berwarna merah dan hitam dengan jubah kuning di leher, mulut hijau muda, kaki biru dan dua bulu ekor berwarna ungu yang melengkung.
Sementara itu betina berwarna coklat dengan mahkota biru. Merupakan endemik Indonesia, dengan kawasan habitatnya di bukit dan hutan hujan dataran rendah Kepulauan Waigeo dan Batanta dari Papua Barat.


10. Princess Stephanie’s Astrapia (Astrapia stephaniae)
Stephanie Astrapia berukuran kira-kira 37 cm, burung ini berwarna hitam dengan warna-warni kepala biru-hijau dan ungu, disamping itu mempunyai bulu ekor panjang hitam ungu.
Burung betinanya berwarna coklat gelap dengan kepala hitam kebiruan. Habitat aslinya ada di pergunungan di pusat dan timur Papua New Gunei.Sepaku88

8 gambar kartun politik dari blog baru bakal hot



9 binatang bukan burung yang boleh terbang

1. FLYING FROG

Katak terbang mempunyai kaki berselaput dan penutup kulit yang membolehkan untuk bergerak secara aerodinamis melalui pokok-pokok di hutan.

Malah, katak terbang menghabiskan seluruh kehidupannya di pokok-pokok, hanya turun untuk makan dan bertelur. Katak terbang menyamarkan diri di daun di sekelilingnya, mengurangkan ancaman pemangsa, dan membolehkannya untuk berburu serangga.

2. FLYING FISH

Ditemui di semua lautan, ikan terbang menggunakan sirip dada besar mereka untuk meluncur 50 meter di atas air ketika diancam oleh pemangsa. Untuk terbang di udara, ikan terbang akan mengepakkan ekornya 70 kali per saat.

Ekor ini juga digunakan untuk menekan air untuk membolehkan ikan ini meluncur beberapa saat di udara sebelum turun ke laut. Ikan terbang dapat lebih lama melayang di udara dengan meluncur mengikuti arus udara dan laut yang kuat.
3. GLIDING LIZARD

Kadal ini seperti makhluk naga legenda cuma ia tidak menyemburkan api. Binatang ini mempunyai panjang hanya 9 cm, dengan ekor lebih panjang dari badannya.
Kadal ini menggunakan penutup kulit di bawah lengannya yang memungkinkan untuk melayang dari puncak pokok ke puncak pokok lainnya. Makanannya adalah serangga.

Hidupnya selalu dia atas pokok, hanya ketika sudah menemui pasangan sahaja, kadal ini meluncur turun ke dasar hutan untuk bertelur.

4. GLIDING ANT

Semut ini sangat bergantung dari kelajuan angin dan udara untuk dapat melayang. Namun binatang ini juga mampu memandu arah dengan baik dan dapat mengatur ke arah mana mereka akan melayang dan mendarat.

5. SQUIRREL GLIDER

Sudah hampir pupus sejak tahun 1939, hanya baru-baru ini ia disahkan bahawa tupai peluncur masih hidup, tinggal di hutan kering Selatan- Australia Timur.

Tupai peluncur adalah poligami marsupial yang memakan buah-buahan dan kacang, dan bersembunyi dari rubah dan burung hantu.

6. FLYING SQUID


Ketika melarikan diri dari pemangsa, sotong ini melompat terbang dari laut dan boleh tetap melayang di udara hingga beberapa meter.

Untuk terbang di udara,sotong ini akan meniup keluar air untuk membawanya keluar dari laut. Oleh sebab itu sotong ini dianggap binatang-jet yang mempunyai kemampuan meluncur seperti jet.

Sirip kecilnya dapat membantu memberikan keseimbangan semasa meluncur.

7. FLYING SNAKE

Tanpa sayap, sirip, atau anggota badan, ular terbang ini mampu bergerak dari satu pokok ke pokok lainnya dengan melompat dan melayang. Jadi, ketika di pokok, ular terbang ini bergerak ke hujung cabang.

Di sini, ia mengangkat tubuhnya, menghisap udara ke dalam-dalam perut dan tulang rusuk yang menonjol keluar sehingga berbentuk cekung. Lalu ia menghentakkan ekornya, ular terbang meluncur bebas di udara untuk mencapai cabang berikutnya.

Ular terbang beracun, wujud di Asia Selatan, dan sering meelan mangsanya yang juga boleh terbang seperti burung dan kelelawar.

8. FLYING LEMURS


Flying lemur, atau dikenal sebagai Flying lemur dari Filipina, mempunyai kaki berselaput besar dan ekor kaki panjang, yang dihubungkan oleh membran pada anggota hadapan badannya.

Makhluk malam ini dulu pernah diburu untuk dijadikan sebagai salah satu menu makanan yang lazat, tetapi baru-baru ini telah diletakkan pada spesies hampir pupus.

9. FLYING GECKO

Cicak terbang mempunyai jaring-jaring dari membran meliputi badannya, yang membolehkannya untuk melayang di udara dan melekat pada pokok sewaktu mendarat.

Cicak terbang bergantung pada kamuflase untuk melindungi diri dari pemangsa, seperti labah-labah besar.klikunic


10 kerajaan terbesar dalam sejarah dunia

10 Khalifah Usthmaniah ( Ottoman )


Pada puncak kekuasaannya sekitar abad ke-16-17, Kekuasaan Uthmaniah melingkungi di tiga benua, menguasai sebahagian besar Eropah Tenggara, Asia Barat dan Afrika Utara.

Mempunyai 29 propinsi dan negara naungan yang sangat banyak, sementara yang lain diberikan berbagai jenis otonomi selama berabad-abad.

Kerajaan ini berada di pusat interaksi antara dunia Timur dan Barat selama enam abad. Dengan Constantinopel sebagai ibu kota kerajaan, dengan kawasan penguasaan yang luas di sekitar Mediteranian timur pada masa pemerintahan Suleiman the Magnificent (memerintah 1520-1566), Khalifah Usthmaniah, adalah penerus kepada Kerajaan Islam Rom Timur (Byzantium).

9 Khalifah Umaiyah


Khalifah Umaiyah adalah yang kedua dari empat khalifah Islam yang didirikan setelah kematian Nabi Muhammad. Khalifah ini diperintah oleh dinasti Umaiyah, yang namanya berasal dari Umaiyah bin Abd Syams, datuk kepada khalifah pertama Umaiyah.

Walaupun keluarga Umaiyah awalnya berasal dari kota Mekah, Damaskus (Damsyiq) adalah ibukota khalifah Umaiyah. Wilayah kekuasaannya mencakupi lebih dari lima juta mil persegi, menjadikannya kerajaan terbesar dunia, dan kerajaan kelima terbesar yang pernah ada di dunia.
Bani Umaiyah mendirikan negara Arab-Muslim terbesar dalam sejarah. Selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W hingga tahun 1924, khalifah Islam berlangsung dan dikuasai oleh berbagai dinasti - yang terakhir adalah Khalifah Usthmaniah.

8 Kerajaan Parsi ( Persia )


Kerajaan Babilonia, Akkadians, Assyria, Sumeria, Hitites, Bactrians, Scythians, Partia, Media, Elam, Mesir dan Etiopia . Sebelum wujudnya kerajaan Rom, ada kerajaan Parsi.

Kerajaan ini pada dasarnya menyatukan seluruh Asia Tengah yang terdiri dari banyak berbezaan, budaya, kerajaan dan suku. Ini adalah kerajaan terbesar dalam sejarah kuno.

Pada puncak kekuasaannya, kerajaan ini mencakupi kira-kira 8 juta km2. kerajaan ini mencapai kejayaan pada masa pemerintahan Cyrus yang Agung, dengan kekuasaannya melingkungi tiga benua: Asia, Afrika dan Eropah.

7. Kerajaan Byzantium ( Bizaitun )


Kerajaan ini juga dinamakan kerajaan Rom Timur, adalah Kerajaan Rom semasa abad pertengahan, berpusat di ibukota Constantinopel, dan diperintah oleh raja yang mempunyai hubungan langsung dengan raja Romawi kuno.
Ia dipanggil kerajaan Rom, dan juga Rumania.

Selama kewujudannya, lebih dari seribu tahun, Kerajaan ini mempunyai kekuatan ekonomi, budaya dan tentera yang paling kuat di Eropah, walaupun menghadapi kejatuhan dan kerugian teruk, khususnya semasa Rom dan Parsi berperang.

Kerajaan Rom hancur pada tahun 1204 semasa Perang Salib Keempat, apabila dipecahkan dan dibahagi menjadi Yunani dan Latin Bizantium. Walaupun akhirnya berlaku pemulihan Constantinopel dan pembentukan kembali Kerajaan Rom pada tahun 1261, di bawah raja Palaiologan, perang saudara berterusan pada abad keempat belas telah melemahkan kekuatan kerajaan ini.

6 Dinasti Han


Dalam tempoh China berperang menunjukkan bahawa seluruh China terlibat dalam perang saudara melibatkan kerajaan-kerajaan yang berbeza yang berjuang satu sama lain untuk menguasai wilayah.

Akhirnya, kerajaan Qin telah menang, dan menguasai seluruh China, dengan 40 juta orang di bawah kawalannya. Dinasti Qin tidak memerintah lama, apabila seterusnya dikuasai dinasti Han, yang akhirnya menguasai China selama hampir 400 tahun.

Tempoh pemerintahan Dinasti Han dianggap sebagai masa keemasan dalam sejarah China dalam bidang ilmiah, kemajuan teknologi, kestabilan ekonomi, budaya dan politik.

Malah sehingga hari ini, sebahagian besar orang Tionghoa menyatakan diri mereka sebagai orang Han. Pada masa ini, "orang Han" dianggap kumpulan etnik tunggal terbesar di dunia.

5 Kerajaan Inggeris


Kerajaan Inggeris dikenali sebagai kerajaan terbesar dalam sejarah, kerana menguasai lebih dari 13.000.000 kilometer persegi, yang kira-kira seperempat dari jumlah luas kawasan bumi, dan memerintah lebih dari 500 juta orang , juga merupakan seperempat
penduduk dunia.

Akibatnya, warisan itu dicantumkan pada tanah jajahan memberi kesan sangat besar dalam melibatkan reformasi politik, pertukaran budaya dan cara hidup.

Bahasa Inggeris, yang tersebar adalah bahasa kedua ayang paling-banyak digunakan di dunia pada masa ini, dan ahli linguistik setuju bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa standard de facto dunia.

Kerajaan Inggeris pasti salah sebuah kerajaan yang paling berpengaruh yang pernah ada dalam sejarah manusia.

4 Kerajaan Rom Suci


Semasa abad pertengahan, kerajan ini dianggap sebagai "adikuasa"pada zamannya.
Pada masa itu, Kerajaan Rom Suci terdiri dari Perancis timur, seluruh Jerman, Itali utara dan bahagian barat Poland.

Walaupun relatifnya kecil dari segi kekuasaan, pengaruhnya terhadap sejarah Eropah Tengah masih terasa sehingga kini. Kerajaan ini memerintah pada pertengahan abad ke-19.

Kerajaan ini secara rasmi dibubarkan pada tanggal 6 Ogos 1806 ketika raja terakhir Rom Suci, Francis II (kemudian Francis I dari Austria), turun tahta setelah kekalahan tentera kepada Perancis di bawah Napoleon.

Setelah kejatuhannya, negara-negara berikut muncul: Swiss, Belanda, Austria, Belgium, Prusia, Principality of Liechtenstein,Persekutuan Rhine dan Kerajaan Perancis pertama.

3 Kerajaan Rusia


Kerajaan Rusia sudah tertegak dari tahun 1721 sehingga Revolusi Rusia tahun 1917.
Ia adalah penerus kepada Tsardom Rusia, dan permulaan dari Kesatuan Soviet.

Kerajaan ini adalah kerajaan ketiga terbesar dalam sejarah dunia, hanya diatasi oleh Kerajaan Inggeris dan Kerajaan Mongol. Pada satu ketika pada tahun 1866, kekuasaannya terbentang dari Eropah Timur, Asia, dan Amerika Utara.

2 Kerajaan Mongol


Semuanyabermula ketika Temujin (yang kemudian dikenali sebagai Genghis Khan), bersumpah di masa mudanya untuk menakluk dunia di bawah kakinya. Tindakan pertamanya adalah menyatukan suku-suku Mongolia tersebar.

Lalu ia mengatur matanya di China, dan bakinya adalah sejarah. Dari Vietnam ke Hungari, Kerajaan Mongol adalah kerajaan terbesar dalam sejarah umat manusia.

Sayangnya kerajaan ini terlalu besar untuk dikawal, dan tidak ada penyatuan di antara budaya yang berbeza. Mongol adalah pejuang yang tak kenal takut dan kejam, namun mempunyai sedikit pengalaman dalam pentadbiran. Gambaran dari Mongol adalah orang brutal dan buas dapat dikenali melalui sejarah.

1 Kerajaan Rom


Pada mulanya kerajaan ini dipimpin oleh raja-raja yang dianggap wakil tuhan, kemudian menjadi republik sebelum akhirnya menjadi sebuah kerajaa
n.

Bagaimana sekumpulan petani, yang pada mulanya menghadapi serigala bagi melindungi ternak mereka, akhirnya menjadi bersatu menjadi kerajaan terbesar dalam sejarah.

Ditambah dengan sistem ketenteraan dan pentadbiran yang sangat baik, Kerajaan Rom, atau lebih tepatnya Rom kuno, adalah juga salah satu kerajaan terpanjang abadi.

Rom Kuno memberikan sumbangan besar terhadap perkembangan hukum, perang, seni, sastra, arkitek, teknologi, agama dan bahasa di dunia Barat.

Malah banyak sejarawan menganggap Kerajaan Rom menjadi kerajaan yang sempurna - berpengaruh, adil, tahan lama, besar, serta membela dan ekonomi maju.

Pengaruh Kerajaan Rom dirasai sehingga hari ini.listverse