Nasib orang-orang yang halal darahnya semasa pembukaan Kota Mekah

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjUxjQTz9IGt6bN3Mv7dbROIjhVydp3GK5UQZnFgNGHVAF8s480ISrvvOKJp69COFXqDlC101oaFpxb3eydDhFIA2B8VJQWRSXihSe6Bx3IKShMZyWib-yxapQJxUkyCXObxhlYpoIe-hfJ/s400/1_200864_2601.gif
Di hari Pembukaan Kota Mekah, Rasulullah menghalalkan darah sembilan orang kepala penjenayah Makkah, malah Rasulullah memerintahkan supaya dibunuh kesembilan-kesembilan mereka walau pun didapati mereka berpaut ditirai Kaabah. 

Mereka ialah: Abd al-Uzza bin Khatal, Abdullah Ibni Abi Surah, Ikrimah bin Abi Jahal, al-Harith bin Nufail bin Wahab, Muqis bin Sababah, Habbar bin Aswad, dua orang penyanyi wanita milik Ibn Khatal, kedua mereka ini sering mencaci Rasulullah melalui nyanyian mereka dan Sarah hamba perempuan milik seorang Banu Abdul Muttalib, beliau inilah yang membawa risalah dari Hatib bin Abi Baltaah.

Ada pun Ibni Abi Surah, telah dibawa oleh Saidina Uthman kehadapan Rasulullah, beliau menjadi orang tengah kepada Rasulullah, maka dengan itu terhindarlah nyawa beliau dari ancaman pembunuhan, malah Rasul telah menerima pengakuan Islamnya, di mana sebelum ini Baginda menangguh untuk menerimanya, dengan harapan akan terdapat di kalangan sahabat yang bertindak membunuhnya, kerana beliau sebelum ini sudah memeluk Islam dan turut berhijrah kemudian beliau murtad dan lari balik ke Makkah.

Ikrimah bin Abi Jahal telah melarikan diri ke negeri Yaman, namun isterinya telah berusaha mendapatkan perlindungan, maka Rasulullah pun memberi jaminannya, dengan itu beliau telah berusaha untuk mendapat kembali suaminya yang lari itu, setelah bertemu beliau turut pulang ke Makkah dan memeluk Islam akhirnya beliau menjadi seorang Islam yang baik.

Manakala Ibni Khatal didapati sedang bergantung di tirai Kaabah, hal beliau telah dilaporkan kepada Rasulullah, maka kata Baginda: “Bunuh sahaja”. Maka beliau pun terus dibunuh di situ. 

Adapun Muqais bin Sababah telah dibunuh oleh Namilah bin Abdullah, Muqais sebelum ini telah pun ‘ memeluk Islam, tiba-tiba berlaku peristiwa di mana Muqais telah menyerang seorang lelaki Ansar menyebabkan beliau membunuh lelaki Ansar, kemudian beliau murtad dan lari menyertai kaum musyrikin di Makkah.

Al-Harith merupakan orang yang paling, menyakiti Rasulullah semasa di Makkah. Beliau telah dibunuh oleh Ali bin Abi Talib.


Habbar bin al-Aswad adalah orang yang menganggu Zainab binti Rasulullah di hari beliau hendak berhijrah menyebabkan beliau terjatuh ke atas ketulan batu hingga berlaku keguguran, namun di hari pembukaan beliau telah lari dari Makkah, kemudian beliau memeluk Islam dan menjadi orang baik.

Kata ibnu Hajar: Abu Ma’syar telah menyebut tentang mereka yang telah diisytiharkan halal darah, mereka ialah al-Harith bin Talatil al-Khuzai’e beliau telah dibunuh oleh Ali. 

Al-Hakim menyebut bahawa di antara mereka yang dihalalkan darahnya ialah Kaab Zuhair, cerita mengenai beliau adalah cerita yang terkenal, akhirnya beliau memeluk Islam dan bermadah memuji Rasulullah.

Adapun perihal Wahsyi bin Harb dan Hind binti Utbah berakhir dengan memeluk Islam, manakala Arnab hamba perempuan Ibnu Khatal telah terbunuh, juga Ummu Saad sebagaimana yang diceritakan oleh Ibnu Ishak, dengan itu maka genaplah bilangan mereka yang dibunuh semasa pembukaan Makkah itu lapan orang lelaki dan enam perempuan. 

Malah seorang dari dua orang penyanyi telah dibunuh, yang kedua telah diberi jaminan keselamatan, justeru itu beliau memeluk Islam, sebagaimana berlaku kepada Sarah yang juga turut memeluk Islam.

Berkemungkinan Arnab dan Ummu Saad itu adalah dua orang penyanyi, berlaku ikhtilaf pendapat mengenai kedua-dua nama mereka atau nama keduanya itu sebenarnya nama timangan atau gelaran.manaratulhuda


Ummu Sulaim: "Islammu, itulah maharku!"


                                             Gambar hiasan

Nama sebenar beliau ialah Ummu Sulaim binti Malhan bin Khalid bin Zaid bin Haram bin Jundub bin Amir bin Ghanam bin ‘Ady bin Najjar. 
 
Beliau merupakan seorang wanita yang cantik dan memiliki sifat keibuan. Dirinya dihiasi dengan kebijaksanaan, ketabahan, kefasihan berkata-kata dan berakhlak mulia.
 
Pada mulanya, ummu sulaim berkahwin dengan Malik bin Nadlar dan mendapat seorang cahayamata yang diberi nama Anas. Apabila agama Islam datang ke Madinah, Ummu sulaim telah memeluk agama Islam bersama kaumnya. 
 
Beliau telah mengajak suaminya untuk sama-sama memeluk agama Islam namun suaminya enggan. 
 
Bukan sahaja menolak marah memarahi ummu sulaim. “Apakah engkau sudah membelakangkan agama datuk nenek selama ini?”

Kemudian Ummu sulaim menjawab dengan penuh keyakinan, “Sesungguhnya aku telah menyerahkan wajahku kepada Allah, Tuhan semesta alam ini.” Kemudian beliau mengajarkan anaknya, Anas untuk mengucap syahadah. 
 
Malik menjadi bertambah marah dan berkata, “kau sudah rosakkan kepercayaan anakku!”

Ummu sulaim segera menjawab dengan tegas, “ saya tidak merosakkan kepercayaannya tetapi saya memimpinnya ke jalan yang lurus agar dia membesar dengan mendapat hidayah.” 
 
Akibat terlalu marah, Malik bin Nadlar telah meninggalkan negerinya dan berhijrah ke Syam.

PERKAHWINAN KEDUA UMMU SULAIM :
Tidak lama selepas itu, beliau mendapat khabar yang suaminya Malik telah meninggal dunia di Syam. Abu talhah al-Ansari telah datang membawa rombongan meminang tetapi Ummu sulaim segera menolak lamaran tersebut. 
 
“wahai Abu Talhah, bagaimana aku boleh menjadi isterimu sedangkan kau masih menyembah batu dan tunduk kepada pokok yang tidak memberi manfaat kepadamu. Kau sanggup menyembah kayu yang boleh membakar sehingga menjadi abu dan kemudian boleh ditiup angin. Dimana akalmu?” ujar Ummu sulaim.

Setelah pulang, Abu Talhah memikirkan semula kata-kata Ummu sulaim dan menyedari perkara yang dikatakan Ummu sulaim adalah benar. Abu Talhah datang semula kepada Ummu sulaim dan menyatakan keislamannya. 
 
Ummu sulaim berasa gembira dan menerima pinangan Abu Talhah tanpa sebarang mas kahwin.

Ummu sulaim telah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Abdullah, hasil perkahwinan beliau bersama Abu Talhah. Rasulullah saw telah memberkatinya dan baginda sering berkunjung menziarahi Ummu sulaim di rumahnya. 
 
Baginda pernah berkata, “aku kasihankan Ummu sulaim, ayah dan saudaranya telah terbunuh di hadapan mataku dalam medan perang.”

KEBERANIAN UMMU SULAIM :

Ummu sulaim seorang yang sangat berani, beliau pernah keluar ke medan perang bersama-sama Rasulullah dan pernah menyaksikan pertempuran  di Badar dan Uhud. 
 
Ummu sulaim ditugaskan untuk memberi minum dan membalut luka kaum muslimin. Pada perang Hunain, beliau telah keluar membawa pisau sabit. Maka berkata Abu Talhah, “wahai Rasulullah, ini Ummu sulaim telah membawa pisau sabit.”

Rasulullah bertanya tentang pisau tersebut kepada Ummu sulaim dan beliau menjawab, “wahai Rasulullah, aku membawa pisau ini untuk mempertahankan diriku. Jika orang musyrik mendekatiku maka akanku coretkan pisau ini ke perutnya. Dengannya aku boleh membunuh sesiapa yang lari dari medan perang dan aku juga boleh membunuh sesiapa yang ingin membunuhmu.”

KETAQWAAN KEPADA ALLAH :

Anak ummu sulaim bersama Abu Talhah telah sakit tenat sehingga menyebabkan anaknya
meninggal dunia namun ketika itu, suaminya Abu Talhah tiada disisinya. Ummu sulaim telah memandikan dan menguruskan jenazah anaknya kemudian jenazah anaknya diletakkan di atas katil seperti orang sedang tidur. 
 
Walaupun dalam keadaan berduka, beliau sempat berpesan kepada ahli keluarganya agar tidak memberitahu kepada Abu Talhah sehinggalah Ummu sulaim sendiri yang akan memberitahunya.

Pada malam itu sekembalinya Abu Talhah ke rumah, Ummu sulaim menyambutnya dengan senyuman mesra seperti biasa. Abu Talhah bertanya khabar anaknya, Ummu sulaim memberitahu anaknya kini telah lebih tenteram dan tenang. 
 
Abu Talhah berasa gembira dengan berita yang disampaikan isterinya. Ketika mereka berdua duduk berehat, tiba-tiba Ummu sulaim bertanya kepada suaminya. “Apa pendapatmu jika kita meminjam sesuatu daripada jiran tetangga, patutkah kita memulangkannya?”

“Tentu sekali, tiap pinjaman mestilah dikembalikan kepada tuannya,” jawab suaminya, Abu Talhah. Ummu sulaim berkata lagi, “begitu juga dengan anak kita, wahai Abu Talhah. Dia adalah pinjaman kepada kita, maka tuannya telah mengambil kembali milikNya, iaitu Allah swt.”

Mendengar itu, Abu Talhah mendapat tahu yang anaknya telah meninggal dunia. Maka, beliau telah menyerahkan segalanya kepada Allah. Abu Talhah telah berjumpa dengan Rasulullah lalu menceritakan peristiwa itu kepada baginda. Maka baginda Rasulullah s.a.w mendoakan kesejahteraan suami isteri tersebut.

Begitulah ketaqwaan seorang wanita agung yang memiliki kedudukan tinggi di sisi Rasulullah s.a.w. Baginda pernah membawa berita khabar gembira bahawa Ummu sulaim tergolong dalam ahli jannah. 
 
Baginda bersabda : “aku masuk syurga lalu aku mendengar suara, maka aku bertanya “siapa itu?” mereka menjawab, dialah Ummu Sulaim binti Marham, ibu kepada Anas bin Malik.”masyitah88


Wartawan mampu menangkan Gerakan Islam

  https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhUiTNLAOkRhDcP6rnDIJgkperDxMzPFIDy1C3XMWjTJi79QM5Am02kRjSqvQ3iUW0UB70ljKyDvTRgKcTDiHl_fhJ33LGn3-LH4lNy0rHvO_j9kdqDgiDmjxt3Mqt8kVlIxdRTVihxASo/s320/daie+copy.png
KITA rasa bersyukur yang teramat sangat dengan berita kemenangan besar Parti an-Nahdah Tunisia pimpinan Dr Rasyed Ganouchi yang pulang ke tanah air setelah berlaku penggulingan kuasa ke atas pemimpin diktator, Zein al-Abidin ben Ali yang dijatuhi hukuman penjara 35 tahun di negaranya sendiri.

Mungkin itu lebih baik daripada menerima nasib diktator Libya, Kolonel Muammar Gaddafi yang dibunuh oleh rakyatnya sendiri yang sudah lama memendam perasaan marah terhadapnya kerana kelantangannya yang jelas menghina Allah, Nabi Muhammad s.a.w. dan Islam.


Malah kepulangan Dr Rasyed pula tepat pada waktu ketika mana rakyat sudah bosan dengan sistem pemerintahan secara sekular yang berlangsung puluhan tahun di bumi Tunisia.

Kegemilangan Islam Apa yang menarik di Turki pun sudah mula kelihatan ajaran Islam sudah dapat diterima, iaitu negara yang memperkenalkan sistem sekular melalui pengkhianat agama iaitu Mustafa Kamal Attaturk, ini menunjukkan bahawa umat Islam di mana-mana pun sekarang ini sedang meniti jalan untuk mengembalikan kegemilangan Islam yang pernah ditonjolkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

Mungkin ini satu petanda bahawa Islam akan mula bertapak di negara-negara umat Islam dan akan menerajui kepimpinan dunia ke arah mengimarahkan bumi Allah yang sudah lama menerima akibat negatif daripada pelaksanaan undang-undang yang menyanggah kebesaran Allah SWT.


Ia tidak sekadar bumi, malah akibatnya juga tempias kepada kebanyakan bangsa manusia yang semakin terserlah penentangan mereka terhadap Allah. Bumi ini mengharapkan khalifah yang mengurus tadbirnya dengan Islam seperti yang dihendaki-Nya.

Namun demikian, apakah rahsia kejayaan golongan aktivis Islam menguasai negara dimulai dengan Turki? Insya- Allah selepas ini Tunisia, Mesir dan disusuli pula negaranegara yang berpotensi besar dengan urus tadbir berpaksikan tuntutan ajaran Islam atau Siyasah Syar’iyyah seperti Yaman? 

Mungkin antara jawapannya ialah keberkesanan para wartawan gerakan Islam memainkan isu dan peranan hingga jatuhnya kuasa-kuasa besar.

Apakah ciri wartawan gerakan Islam?

Pengalaman bergaul dengan segelintir pimpinan Ikhwan Muslimun Mesir pada era 80-an ketika menjadi pelajar di situ, banyak yang penulis belajar khususnya dari sudut penulisan akhbar dan majalah yang diterbitkan oleh Maktab al-Irsyad (Jabatan Mursyidul Am). 

Penulis dapati bahawa kebanyakan wartawan atau penulis yang terlibat mengendalikannya adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar komited dengan jemaah.

Dalam erti kata mereka menjaga disiplin bukan sahaja sebagai wartawan Muslim yang komited, malah lebih daripada itu bagaikan para perawi hadis pada zaman silam yang amat memelihara etika periwayatan dengan mengambil kira faktor keberkatan dan keredaan Allah dalam setiap bahan disiarkan.

Faktor keberkatan dan keredaan Allah menurut pandangan mereka ialah dengan menjaga solat fardu pada awal waktu yang dilakukan dalam bentuk jemaaah, mereka merealisasikan amanat Imam Hasan al-Banna yang menekankan 10 perkara bagi menjamin keberkesanan dalam dakwah.

Yang mana menurutnya perkara pertama ialah menunaikan solat pada awal waktu ketika mendengar azan walau dalam apa jua keadaan, kerana tidak ada panggilan yang lebih baik daripada panggilan muazzin menyeru yang lain untuk bersolat jemaah.

Inilah yang menjadi etika utama kerjaya sebagai wartawan ‘gerakan Islam’ yang bertanggungjawab bukan sahaja dalam penulisan, tetapi pada masa yang sama menyeru manusia sejagat untuk menjadi hamba Allah terbaik dengan melaksanakan segenap titah perintah Allah SWT dan meninggalkan segenap larangan dan tegahan-Nya.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga dikehendaki menghadiri kuliah atau ceramah yang disampaikan oleh pimpinan atau sesiapa sahaja di kalangan mereka yang komited dengan jemaah atau gerakan yang mereka dukungi.

Mereka menekuni setiap maklumat yang disampaikan bagi mengasah bakat penulisan mereka menepati piawaian dan kehendak pimpinan.

Pimpinan bertanggungjawab memantau cara berfikir yang menjurus kepada ‘Wehdatul Fahmi’ iaitu kesatuan cara berfikir, dalam erti kata bahawa tidak ada seorangpun di kalangan wartawan yang tidak intima’ (komited) dengan pemikiran jemaah, apatah lagi yang cenderung kepada fahaman aliran sosialis, kapitalis atau sekular, ini kerana bagi menjamin kualiti penulisan yang berteraskan roh Islam yang sebenar. 

Mungkin ada di kalangan penulis yang hebat menulis, tetapi cara hidup, cara berfikir, penampilan tidak kelihatan sebagai pekerja gerakan Islam yang mempunyai peranan merubah suasana politik negara.

Kemenangan

Inilah juga berlaku dengan rakan-rakan wartawan atau pemberita di Turki, yang bekerja keras pada 2002 memastikan kemenangan Parti Keadilan (AKP) pimpinan Recep Taiyip Erdogan memenangi pilihan raya penting tahun itu. 

Tulisan mereka dijelmakan oleh mereka yang benar-benar mempunyai roh Islam. Ia bukan sahaja dalam penulisan, tetapi roh yang terdapat dalam pemikiran, cara hidup dan penampilan yang dibantu dengan kudrat Allah SWT.

Pokoknya, mereka yang bekerja di jabatan penerbitan jemaah adalah mereka yang bertindak sebagai daie (pendakwah) yang berkemampuan menyalurkan maklumat agama dan jemaah kerana mereka adalah individu yang ditarbiyah dengan kefahaman Islam yang betul di samping bahan-bahan bacaan yang berunsur pendidikan yang menjurus kepada pendidikan roh, jiwa dan mental bagi melahirkan cara berfikir yang selaras dan selari dengan tuntutan jemaah.

Mudah-mudahan sekelumit daripada catatan penulis mengenai etika kewartawanan ini menjadi inspirasi kepada rakan-rakan penulis yang bekerja untuk memenangkan parti yang kita sayang ini, yang menghadapi pelbagai birokrasi dan karenah pihak lawan yang senagaja mencari jalan untuk menyekat kemaraannya, justeru kemenangan kita adalah kemenangan yang bertunjangkan ‘roh Islam’ yang mungkin tidak ada pada mereka.

USTAZ ZAINUDIN HASHIM 

Dosa yang lebih besar dari 1000 kali berzina


Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang menekan.

Tudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hiasan muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan rauk wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kesedihan yang tengah menekan hidupnya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.

Diketuknya pintu perlahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”.

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.

“Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya.”jawab wanita cantik itu.

“Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun mula bercerita, “Saya… telah berzina. “Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya pun… terus hamil. Setelah anak itu lahir, terus saya… cekik lehernya sampai… mati,” ucap wanita itu lalu menangis teresak-esak.


Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka marah ia mengherdik, “Perempuan jahat, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!”… teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca dihempas batu, hancur luluh segera bangun dan melangkah perlahan. Dia terhoyong hayang keluar dari dalam rumah Nabi Musa.

Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa ke mana lagi kaki-kakinya.

Apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?

Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun menemui Nabi Musa.

Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya.

Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?”

Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”

” Ada !” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Musa kian mahu tahu.” Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal.

Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina” . Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya.

Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya.

Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak ada hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya. (Dirujuk daripada buku 30 kisah teladan – KH Abdurrahman Arroisy

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur’an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka’bah.

Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub.

Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.

Wallahualam…

Tolong sebarkan kepada saudara-saudara kita yang belum mengetahui.

Wassalamu’alaikum wbt..

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (QS. Ali Imran 104:105)


Kisah Bar'ah anak yatim yang cekal


Ini adalah kisah kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun bernama Bar`ah, yang orang tuanya doktor dan telah berpindah ke Arab Saudi untuk mencari kehidupan yang lebih baik. 

Pada usia ini, Bar `ah menghafal seluruh Al Qur’an dengan tajwid, dia sangat cerdas dan gurunya mengatakan bahawa dia sudah maju untuk kanak-kanak seusianya.

Keluarganya kecilnya berkomitmen untuk Islam dan ajaran-ajarannya sebagai pedomannya hingga suatu hari ibunya mulai merasa sakit perut yang parah dan setelah beberapa kali diperiksakan diketahuilah bahawa ibu bar’ah menderita kanser, dimana hasil ujian laboratorium kanser ini sudah dalam keadaan tahap akhir/kronis.

Ibu bar’ah berfikir untuk memberitahukan penyakitnya pada anak perempuannya, jika ia terbangun nanti, semasa anak perempuannnya ada disampingnya ibunya berkata pada bar’ah. inilah ucapan ibu bar’ah kepadanya”

“Bar`ah aku akan pergi ke syurga, tapi sebelum aku pergi aku ingin kamu selalu membaca Al- Quran dan menghafalkannya setiap hari kerana itu yang akan menjadi pelindungmu kelak.. “

Bar'ah itu tidak mengerti apa yang disampaikan ibunya, Tapi dia mulai merasakan perubahan keadaan ibunya, terutama ketika ia mulai dipindahkan ke hospital untuk waktu yang lama.
Bar'ah menggunakan waktu apabila pulang sekolahnya untuk menjenguk ibunya di hospital dan selalu membaca Quran untuk ibunya sehingga malam hingga ayahnya datang dan membawanya pulang.

Suatu hari pihak hospital memberitahukan ayah Bar’ah melalui telefon bahawa keadaan isterinya sangat buruk dan ia perlu datang segera, setelah mendengar berita tersebut ayah Bar’ah menjemput Bar `ah dari sekolahnya dan menuju ke hospital.

Ketika mereka tiba di depan hospital ayahnya memintanya Bar’ah untuk tinggal dalam kereta agar bar’ah tidak akan terkejut jika ibunya meninggal dunia. Ayah bar’ah keluar dari keretanya, dengan penuh air mata di matanya, ia menyeberang jalan untuk masuk kehospital, tapi tiba-tiba datang sebuah kereta yang terlalu laju dan merempuh ayah Bar’ah seketika itu ayah Bar’ah meninggal di depan anak perempuannya

Tidak dapat dibayangkan tangis kanak-kanak perempuan ini pada masa itu…! Tragedi Bar`ah belum selesai sehingga di sini berita kematian ayahnya yang disembunyikan dari ibu bar’ah yang masih opname di hospital, berharap ibunya tidak terkejut mendengar bahawa ayahnya meninggal namun setelah lima hari semenjak kematian suaminya akhirnya ibu bar’ah meninggal dunia juga.

Dan kini kanak-kanak perempuan ini sendirian tanpa kedua orang tuanya dan oleh orang tua kawan-kawan sekolah Bar’ah diputuskan untuk mencarikan ahli keluarganya di Mesir, sehingga ahli keluarganya boleh memeliharanya.

Tidak berapa lama tinggal di Mesir Bar`ah mulai mengalami sakit mirip dengan ibunya dan oleh keluarganya Bar’ah lalu diperiksakan dan setelah beberapa kali ujian didapati Bar’ah juga mengidap kanser seperti ibunya. 


Sungguh menghairankan pada masa ia di beritahu kalau ia menderita kanser, inilah perkataan Bar’ah pada masa itu:

“Alhamdulillah, sekarang aku akan bertemu dengan kedua orang tuaku”

Semua kawan-kawan dan keluarga terkejut. Kanak-kanak perempuan ini sedang menghadapi musibah yang bertubi-tubi dan dia tetap sabar dan ikhlas dengan apa yang ditetapkan Allah untuknya!…..Subhanallah

Orang-orang mulai mendengar tentang kisah Bar’ah dan Arab Saudi memutuskan untuk mengurusnya agar Bar’ah dihantar ke England untuk mengubat penyakitnya. 


Salah satu saluran TV Islam (Al Hafiz) dapat berhubung  dengan Bar’ah dan memintanya untuk membaca ayat suci al Quran dan Maasya Allah, suara indah yang di lantunkan oleh Bar’ah dalam Surat AS SYAFFAAT 83 - 102 benar-benar membuatkan kerongkong saya tersekat. Ya Allah, kuatkan Imannya.



Mereka menghubungi lagi Bar’ah sebelum ia pergi ke Coma(nama bandar) dan dia berdoa untuk kedua orang tuanya dan menyanyikan Nasyid. Hari-hari berlalu dan kanser mulai tersebar di seluruh tubuhnya. 


Para doktor memutuskan untuk memotong kakinya, dan ia telah bersabar dengan apa yang ditetapkan Allah baginya tapi beberapa hari setelah pembedahan kakinya sekarang kansernya tersebar ke otaknya, lalu oleh doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan otak dan sekarang Bar’ah berada di sebuah hospital di England menjalani rawatan

Mari kita berdoa untuk Bar’ah, dan bagi saudara-saudara kita di seluruh dunia. Mudah mudahan kisah Bar’ah ini menjadi inspirasi bagi kita semua agar selalu bersabar dan penuh keikhlasan dalam menjalani ketetapan Allah..
Bara’a is a 10 year old girl from Egypt and belong to small happy religious family. Both of her parents are doctors and have moved to Saudi Arabia for better opportunities. Bara’a is a very sweet and intelligent young girl and she succeeded, at this young age, to memorize the entire Quran along with its proper rules. Unfortunately, tragedy was in its way to change the course of life for this young girl.
One day her mother felt a lot of pain and after some medical tests she was diagnosed with a deadly form of cancer. Then her mother began to think about her young girl’s future and how she can tell “Bara’a” of the devastating news. How she would wake up one day without her mother besides her. Afterward the mother decided to tell her daughter and said:
“Mommy will soon be going to Heaven, ahead of you, sweet heart”
She emphasized to her that she should continue reciting the Holy Quran everyday which would protect her and keep her safe in this life.  At this time Bara’a could not fully comprehend what lays ahead. Soon after, she began to recognize the gravity of the matter when her mother’s health deteriorated and she was admitted to the hospital. Then Bara’a began going to visit her mother at the hospital every day after school and recite the holy Quran next to her mother’s bed until late in the afternoon. She keeps doing that until her father would come from work to pick her up.
One morning the hospital called the house and asked Bara’a’s father to come to the hospital immediately for his wife’s health has gone for the worse and she was near death. The father immediately took his daughter Bara’a and left for the hospital, but he did not inform his daughter what was going on with her mother. When they arrived at the hospital he thought to himself that he should leave his daughter in the car so that she would not be shocked of whatever is waiting to happen to her mother. Therefore he asked his daughter to stay in the car while he finds out more of her mother’s situation and he assured her he would be back in a few minutes. He stepped out of the car and his eyes are filled with tears; bewildered of the grim news of the fate of his wife. While he was walking away from his car Bara’a was watching him crossing then another tragedy hit; he was struck by an incoming bus and was killed immediately. She ran out of her car hysterically and threw herself at her father‘s dead body.
Bara’a’s tragic events do not end here. The hospital staff did not tell Bara’a’s sick mother, who was fighting for her life at the hospital, of the death of her husband which occurred on his way to see her. Five days after, Bara’s mother lost her battle with cancer and died leaving Bara’a alone in Saudia Arabia with no family members nor  relatives. She lost her mother and father in the same week.  Some friends and good people who were touched by the tragedy of Bara’a story attempted to help her to return to her grand parent family back in Egypt. While arrangements were under way to send Bara’a home, another tragedy came her way again but this time she was the target. She experienced a sudden pain and after some medical test sure enough she was diagnosed with same form of cancer which killed her mother. At this point, when Bara’a was told of her diagnosis of cancer she smiled and said: all praise be to Allah, at last, I will be seeing my Baba and Mama soon.
It is extraordinary to see this young child  welcome death and accept the decree of God which has befallen upon her.
Bara’s tragic story became known in Saudia Arabia then an anonymous Saudi Man, a good Samaritan, decided to send Bara’a to London for medical treatment. While Bara’a was being treated in the hospital in London she was interviewed by an  Egyptian TV station, called al-Hafiz TV. She was asked to recite verses from the holy Quran aired for a special program dedicated to Quran recitation. Her recitation was powerful and heavenly sweet and brought tears to the program anchor. I am certain it will bring tears to anyone who listens to her beautiful recitation (see link below).
The cancer has taken its toll on Bara’s health and she went through a lot of pain and suffering in the hospital. She was going into commas periodically. During these difficult times, another TV station interviewed her in the hospital and asked her to recite a song about the Mother and orphans. She made millions crying in the Arab world while she was singing .
Days past and she continues living at the mercy of the cancer which by now has spread to her legs which doctors decided to amputate in an attempt to limit the spread of her cancer. During these difficult times she has continued to go into comma periodically but when she is awake she begins to recite Quran to keep her spirit alive. Days passed, the cancer spread to her brain and doctors decided to perform brain surgery to remove the cancer cells. She is still in the hospital fighting for her life. So please remember her in your Du’a and May Allah the most High save her life.
SUMBER: KATIB


Namun,sekarang anak kecil bernama BARA-AH itu telah pergi dijemput menghadap Ilahi. Ya. Bara-ah telah meninggal dunia pada bulan Jun tahun ini. ALLAH. 
Moga Kau tempatkan dia bersama keluarganya dalam kalangan hambaMu yang Kau sayangi. Inilah merupakan antara kisah benar yang telah membuatkan hatiku luluh dan insaf.. 
Terasa diri amat hina dan penuh dosa. Tertanya-tanya, di manakah tempatku dalam pandangan ALLAH? 
Begitu ramai yang begitu suci hatinya, yang benar-benar tulus dan ikhlas dalam mentaati segala perintah ALLAH dan meninggalkan segala laranganNya. 
Mengabdikan diri hanya untuk DIA, ALLAH..Tuhan yang Maha Segala. Aku? Aku bagaimana? ASTAGHFIRULLAH!
Kawan2..mari kita dengar lantunan kalamulLah..dari suara yang begitu lunak oleh anak kecil ini sewaktu dia berada di hospital. KLIK SINI!
MasyaALLAH... indahnya suara kurniaan ALLAH kepada anak kecil ini.Lakaranhamba88
Wa’allahu bi-showab


Pesan roh untuk manusia di dunia


 http://virouz007.files.wordpress.com/2010/06/roh.jpg
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam yang ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. 
 
Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirehat daripada seretan malaikat maut”.

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. 
 
Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang sejuk kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”. 
 
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : “Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”.

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sehingga Hari Kiamat. 
 
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”.
 
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. 
 
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: “Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku”. 
 
“Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mau menanggung kesalahanku”. 
 
“Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.

Ada satu riwayat dari Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. 
 
Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu.

Maka mayat itu menjawab: “Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk daripada anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”. 
 
Setelah mendengar jawaban mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka.

Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
 
Baginda Rasullullah S.A.W berkata:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. 
 
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. 
 
Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. Akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril A.S.”

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.

Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: 
 
“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.” 
 
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T .dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” 
 
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. 
 
Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.” 
 
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.

Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.” 
 
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.

Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.” 
 
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini senantiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini senantiasa menangis kerana takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T.

Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” 
 
Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. 
 
Abu Bakar R.A.telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat:

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para syuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sehingga hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya hingga sehingga hari Kiamat.”

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan disambut tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
 
Wallohua’lam
 
Tranungkite


Tuntutan persamaan hak terbaik sepanjang sejarah manusia

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhx5bwW0y-cdHtB1L-2-fdL6kGQpUIVXLyLjK3qTC2q154WkcPJQlNiFWLoyf4CtYkRYAUPxWYIt9b4i_OU3KJzrx-tQCN7bQBOhCW6hyphenhyphenH1TOPQDX5KGDhHk9oc0OW0mbEsV131PbJ9JWch/s1600/gender.jpeg
Segala sesuatu akan menjadi baik jika berada di atas fithrahnya. Ikan akan tetap hidup jika ia tinggal di air, burung akan terpelihara kelestariannya jika burung terbang di udara dan tinggal di dahan-dahan pokok dan cacing akan selamat jika ia tetap tinggal di dalam tanah. 
 
Bencana akan menimpa makhluk ini ketika masing-masing telah jemu dengan apa yang menjadi fitrahnya.

Demikian juga lelaki dan perempuan yang juga merupakan makhluk Allah Subhanahu Wata'ala. Dia menjadikan lelaki dan perempuan bukan tanpa maksud
 
Masing masing telah dilengkapi dengan kelebihan dan keistimewaan yang berbeza sesuai dengan tugas dan peranannya.

Jika kita sedar, kita akan mendapati banyak perbezaan antara keduanya baik dalam sifat, susunan tubuh, gerak-geriknya, cara berjalan, duduk, berdiri, cara bercakap, kesenangannya, kebiasaannya dan juga perasaannya
 
Subhanallah, perbezaan tersebut benar-benar dicipta untuk sesuai dengan kekhususan fungsi dan peranannya sebagaimana yang kehendaki Allah Subhanahu Wata'ala.

Allah Subhanahu Wata'ala menggariskan bagi kaum lelaki untuk memimpin wanita kerana memang Allah Subhanahu Wata'ala mengurniakan sesuatu bagi lelaki untuk memimpin yang tidak dikurniakan kepada wanita. 
 
Demikian pula Allah Subhanahu Wata'ala mempercayakan seorang bayi kepada kaum wanita lantaran Allah Subhanahu Wata'ala telah memberikan  kepadanya sesuatu yang tidak dimiliki oleh kaum lelaki.

Fitrah adalah ketetapan yang Allah swt gariskan bagi para makhluknya. Allah yang menciptakan hambaNya sehingga Allah Subhanahu Wata'ala yang paling mengetahui apa-apa yang baik bagi hambaNya dan apa yang buruk bagi hambaNya.

Allah Subhanahu Wata'ala memberikan tugas kepada masing-masing makhluk serta memberikan sesuatu sesuai dengan tugasnya di dunia. 
 
Ketika seorang di antara mereka mengambil tugas yang bukan menjadi tugasnya, maka akan ada suatu pekerjaan yang tidak diselesaikan dan semakin banyak pekerjaan yang bertindih dan tidak teratur yang semakin besar pula kekacauan yang timbul.
Wanita sendiri ibarat pedang bermata dua, apabila dia baik, serta berjalan diatas fitrah yang telah digariskan oleh Allah Subhanahu Wata'ala, maka ia ibarat batu bata yang baik bagi sebuah pembinaan masyarakat Islam yang komitmen dengan ketinggian akhlak dan cita-cita yang luhur.

Akan tetapi, ketika wanita menyimpang dari tugas pokoknya dan mengambil tugas yang bukan menjadi tanggungjawabnya serta meniru dan mengikuti  hawa nafsu, menjadi pejuang persamaan hak  maka dia benar-benarmenjadi musuh besar bagi manusia

“Sesungguhnya dunia itu manis dan menggiurkan. Dan sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala menyerahkan dunia kepada kalian. Kemudian hendak melihat apa yang kalian perbuat terhadapnya. Maka hati-hatilah terhadap dunia dan berhati-hatilah terhadap wanita. Sesungguhnya fitnah pertama yang menimpa Bani Israil adalah kerana wanita.” (HR Muslim).

“Aku tidak meninggalkan fitnah sepeninggalku yang lebih berat bagi lelaki dari fitnah wanita.” (HR Muslim, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Sa’id bin Musayyib berkata, “ketika syaitan merasa putus asa menggoda manusia, maka ia bersembunyi di sebalik wanita (memperalatnya).”

Benar, seringkali wanita mampu berbuat dengan sesuatu yang tidak dapat diperbuat oleh syaitan. Ia mampu menimbulkan kerosakan yang lebih besar, dahsyat dan mengerikan dari kerosakan yang ditimbulkan oleh syaitan. 
 
Ya.........ketika ia bosan dengan apa yang telah digariskan oleh Allah atasnya. Wanita semacam ini akan menjadi senjata yang dipercayai syaitan untuk menghadapi manusia.

Kenyataannya itulah yang telah diketahui oleh syaitan-syaita,n jin dan manusia. Maka mereka berupaya untuk menyimpangkan wanita dari tugasnya yang utama, agar ia mahu berperang di pihaknya dan membela misinya.

Jika kita meneliti tulisan diatas, maka MENUNTUT PERSAMAAN GENDER pada hakikatnya adalah sebuah tuntutan untuk memaksakan kesamaan dua hal yang jelas jelas berbeza. 
 
Menyeru persamaan hak dan kewajiban antara lelaki dan perempuan adalah bentuk “perlangaran” terhadap fitrah yang telah Allah Subhanahu Wata'ala gariskan terhadap manusia.

Sekiranya tugas dan peranan lelaki sama dengan perempuan, maka dimanakah letak kebijakan Allah Subhanahu Wata'ala menciptakan manusia menjadi dua jenis? mengapa tidak cukup menciptakan dengan satu jenis kelamin sahaja jika memang sama tugas dan hak-haknya?

Jika kemunduran kaum wanita muslimah hari ini yang menuntut persamaan hak mendapatkan persamaan kerusi, persamaan hak untuk mendapatkan persamaan warisan dan barang murahan lainnya, maka perhatikanlah tuntutan persamaan dari generasi terbaik yang seharusnya menjadi teladan kita berikut ini.

Suatu ketika Asma’ bin Yazid bin Sakan menghadap Rasulullah Shallallahu a'alaihi wasallam dan berkata, “wahai Rasulullah Shallallahu a'alaihi wasallam, sesungguhnya aku adalah utusan para wanita yang berada dibelakangku, mereka sepakat dengan apa yang aku katakan dan sependapat dengan pendapatku… sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala mengutus Anda kepada lelaki dan juga kepada para wanita. 
 
Kamipun beriman kepada Anda dan mengikuti Anda sedangkan kami para wanita terbatas gerak-geriknya, kami mengurus rumah tangga dan menjadi tempat menumpahkan syahwat bagi suami-suami kami, kamilah yang mengandung anak-anak mereka. 
 
Namun Allah Subhanahu Wata'ala memberikan keutamaan kepada kaum lelaki dengan solat jama’ah, mengantar jenazah, dan berjihad. Jika mereka keluar untuk berjihad, kamilah yang menjaga hartanya dan memelihara anak-anaknya, maka apakah kami mendapatkan pahala sebagaimana yang mereka dapatkan?

Mendengar tuntutan Asma’ tersebut, nabi menoleh kepada para sahabat lalu bersabda, “pernahkah kalian mendengar pertanyaan seorang wanita tentang agamanya yang lebih bagus dari pertanyaan ini?” 
 
kemudian Beliau bersabda, “pergilah wahai Asma’ dan beritahukan kepada para wanita dibelakangmu bahawa perlakuan baik kalian terhadap suami dan usaha kalian mendapat ridha darinya serta keta’atan kalian kepadanya, pahalanya sama dengan apa yang engkau sebutkan tentang pahala lelaki.“

Sungguh pertanyaan terbaik dan tuntutan persamaan terbaik yang mungkin hanya sekali kita dengar dari seorang Wanita. 
 
Satu tuntutan yang benar-benar menempelak para pejuang persamaan hak yang sesat dan di luar kebiasaan.