Satu doa Rasulullah yang tidak dimakbulkan

Terdapat banyak riwayat tentang beberapa permintaan Rosulullah -sholallahu 'alaihi wasallam- kepada Allah -Ta'ala-. 3 permintaan untuk umat beliau -sholallahu 'alaihi wasallam-. diantara riwayat-riwayat yang shahih adalah hadist pada shahih Muslim yang diriwayatkan dari Sa'ad berkata :


"Bahawa suatu ketika Rasulullah -sholallahu 'alaihi wasallam - datang dari 'Aliyah, dan ketika melalui masjid milik Bani Mu'awiyah beliau masuk dan solat 2 rakaat, dan kamipun turut solat bersama beliau. beliau berdoa sangat lama. setelah selesai, beliau berpaling kepada kami dan bersabda : aku meminta kepada Tuhanku 3 permintaan, 2 dikabulkan dan 1 tidak. aku meminta kepada Tuhanku agar tidak membinasakan umatku dalam (adzab) satu tahun dan itu dikabulkan. dan aku meminta agar umatku tidak dibinasakan dengan ditenggelamkan (dan sepertinya) dan itu dikabulkan. kemudian aku meminta agar umatku tidak saling bermusuhan dan itu tidak diberikan kepadaku."

Dalam hadist tersebut terdapat mukjizat kenabian, bahawa beliau -sholallahu 'alaihi wasallam- telah mengkhabarkan akan hal yang akan terjadi. 2 hal yang diminta agar tidak terjadi atas umatnya kelak dan itu dikabulkan iaitu agar umat ini tidak dibinasakan sebagaimana umat-umat terdahulu dibinasakan hanya kerana mengurangi timbangan misalnya, dan semua kaum dibinasakan dan digantikan dengan manusia yang baru. tapi itu tidak akan terjadi pada umat ini.
Dan hal yang terakhir adalah beliau meminta agar umat ini tidak saling bermusuhan atau agar tetap bersatu, akan tetapi tidak diberikan. 
faedah dalam hal ini adalah adanya khabar dari beliau -sholallahu 'alaihi wasallam- bahawa perpecahan umat benar-benar akan terjadi. Timbulnya banyak golongan dan fitnah terjadi dimana-mana sehingga kebenaran terlihat samar-samar. 
Hampir tidak boleh dibezakan antara mana yang benar dan mana yang salah kecuali orang-orang yang dirahmati oleh Tuhannya.

Rosulullah -sholallahu 'alaihi wasallam- juga pernah bersabda :

لَتَتْبَعُنَّ سَنَنَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ

Artinya : "Sungguh kalian akan mengikuti sunnah (adat/perilaku) umat sebelum kalian."

Yang beliau maksud umat sebelum kalian adalah yahudi dan nasrani, bahawa telah terjadi pada agama mereka perpecahan umat dan timbulnya fitnah-fitnah dan hadist dalam shahih Muslim diatas, bahawa beliau mengkhabarkan kembali bahawa perpecahan benar-benar akan terjadi pada umat ini. 
Maka kita diperintahkan untuk berpegang teguh dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah agar tidak terjerumus dalam fitnah. Juga agar kita dapat bersiap-siap menghadapi badai perpecahan yang akan terjadi.

Video : Kekejaman Gaddafi melebihi jasanya



Gaddafi telah dibunuh dengan cara yang dahsyat dan tidak disangka. Seorang yang sebelum ini digeruni dan ditakuti, telah diheret dan dihina bagaikan binatang yang hendak disembelih. 

Bahkan lebih buruk daripada itu. Siapa sangka? Seorang manusia yang sebelum ini tiada siapa dapat membantahnya dibunuh demikian rupa.

Gaddafi bukan tiada langsung jasa. Banyak juga pihak yang ditolongnya. Namun, kekejamannya melebihi jasanya. Saya masih terkenang ramai kawan-kawan dari Libya yang amat ketakutan terhadap regim Gaddafi sekalipun berada di luar Libya. 

Mereka kelihatan risau jika kita bertanya atau mengkritik Presiden mereka. Apa tidak, banyak siri pembunuhan rakyat Libya yang berada di luar negara yang dituduh membangkang kerajaan.

Sejak memerintah dari tahun 1969, ribuan rakyat telah dibunuh atas tuduhan ‘tidak setia’. Pada tahun 1973, Gaddafi mengisytiharkan hukuman mati kepada sesiapa yang menubuhkan parti politik. Sejak itu ramai tokoh-tokoh pemikir Libya yang dibunuh dalam dan luar negaranya. Ramai yang diseksa sehingga mati, termasuk aktivis-aktivis pelajar.

Pada tahun 1983, Gaddafi menggantung mati pelajar di hadapan khalayak ramai dalam College of Engineering, Tripoli. Dalam 1984, Gaddafi menggantung mati pelajar Sadiq Shwehdi dalam bulan Ramadan dan keluarga dipaksa menonton hukuman itu. 

Demikian Mustafa al-Nuwairy dihukum mati di hadapan pelajar dan pensyarah di Benghazi University. Hafed al-Madani menerima nasib yang sama di hadapan pensyarah dan rakan di College of Agriculture, Tripoli. Demikian juga nasib pelajar di College of Pharmacy, Tripoli.

Begitu ramai aktivis pelajar dan pemikir yang dihukum mati di khalayak ramai. Keluarga dan taulan dipaksa menonton kekejaman itu. Bahkan ada yang disiarkan melalui siaran TV Libya, kononnya sebagai pengajaran kepada rakyat yang tidak setia. Kesemuanya atas ‘jenayah’ dituduh tidak setia kepada Muammar Gaddafi.

Puluhan ribu nyawa rakyatnya yang dibunuh dan diseksa sepanjang lebih 42 tahun menjadi rejim negaranya. Hilang tanpa berita, sudah menjadi perkara biasa bagi rakyat Libya. 

Dibunuh, dirogol dan pelbagai lagi hanya kerana bercakap tentang hak bersuara. Anak-anaknya begitu bermaharaja lela dengan hasil minyak Libya, dan kejam dengan kuasa yang ada.



Mana Kemuliaan


Mungkin kita juga tidak suka cara rakyatnya membunuh beliau. Mereka pun barangkali sudah terikut-ikut dengan perangai bekas pemimpin mereka itu, lalu mereka menyeksa dan membunuhnya serta disebarkan untuk menjadi tontonan ramai. 

Alangkah baik, jika dia ditangkap dan diserahkan kepada pengadilan, kemudian dihukum. Dalam usaha mereka hendak menegakkan negara yang adil, mereka sepatutnya melakar sikap baru yang berperaturan dan meninggalkan budaya lama yang merosakkan.


Namun, Gaddafi mengingatkan kita bahawa Allah Maha Berkuasa atas segalanya. Allah memuliakan siapa yang Dia kehendaki dan menghina siapa yang Dia kehendaki. 

Pada tanganNya kerajaan dan kekuasaan hakiki. Pernahkah Gaddafi, bahkan rakyat Libya sendiri bayangkan pada suatu hari pemimpin mereka yang begitu berkuasa dan megah akan dibunuh demikian rupa. 

Bukan di istananya, tetapi dalam lubang kotoran yang terpencil dalam negaranya yang porak peranda atas kekejamannya. Dia memanggil rakyatnya ‘tikus’ yang cuba menentangnya, akhirnya dialah yang bersembunyi dalam lubang tikus sebelum dibunuh oleh rakyatnya.



Akhbar UK melaporkan kematian Gaddafi dengan begitu hina.

Perasaan saya bercampur baur apabila membaca akhbar-akhbar di UK mengenai pembunuhan Gaddafi. Mereka bagaikan meraikan kematian Gaddafi, bahkan meraikan cara dia dibunuh. 

Sentiment Lockerbie mungkin menguasai mereka. Akhbar-akhbar menggelar Gaddafi sebagai ‘dead dog’, ‘mad dog’, ‘the rat’ dan pelbagai lagi.


Satu perasaan aneh menjelma apabila melihat seorang wartawan akhbar The Sun UK, yang berada di tepi mayat Gaddafi dengan penuh bangganya. Alangkah hinanya dunia Islam ini. Kita menjadi bahan sendaan orang lain. Di manakah ayat Allah (maksudnya):

“Dan demikianlah Kami jadikan kamu satu umat wasata (adil dan contoh), supaya kamu layak menjadi saksi kepada umat manusia (tentang kebenaran) dan Rasul itu (Muhammad) pula akan menjadi saksi ke atas kamu”. (Surah al-Baqarah: 143).

Apakah keindahan politik di dunia umat Islam yang dapat dicontohi oleh orang lain?! Di manakah kita sebagai saksi kebenaran?!


Gaddafi ketika membunuh rakyatnya menggunakan nama Islam sebagai tiket yang menghalalkan tindakannya. Anaknya pun bernama Saif al-Islam (Pedang Islam). Mereka yang membunuhnya juga menggunakan nama Islam. 

Laungan takbir ‘Allahu Akbar’ dilaporkan oleh media Barat dan Timur mengiringi pembunuhan ke atas Gaddafi. Di manakah Islam yang sebenar? Orang Barat mungkin bertambah keliru. 

Tuduhan Islam agama darah bertambah kukuh dalam benak mereka yang gagal memahami hakikat agama ini.



Benaissa


Dalam dua minggu di sini, saya bersahabat baik dengan seorang yang berpengalaman. Mohammed Benaissa. Beliau bekas menteri luar, Morocco (1999-2007). 

Pernah berkhidmat dengan PBB selama 11 tahun. Mendapat pelbagai anugerah antarabangsa, termasuk Aga Khan Award pada tahun 1989. Beliau turut menjadi fellow di OCIS, Oxford. Saya simpulkan beliau memang seorang yang ‘terbuka’ atau liberal.


Saya ramai kenalan arab, tetapi ramai yang stereotype saja. Beliau agak lain. Mungkin pengalamannya yang panjang menjadikan beliau mempunyai kesimpulan-kesimpulan yang menarik. 

Beliau ke sini untuk membahaskan tentang ‘Arab Spring’ ataupun kebangkitan Arab yang sedang berlaku. Sudah ada beberapa pembentang yang lain.



Penulis dan bekas Menteri Luar Morocco makan tengahari di sebuah restauran di Oxford.
 

Hari pertama saya jumpa beliau ketika sessi minum kopi di OCIS. Dalam diskusi tidak formal itu, beliau menegaskan kepada fellow yang lain tentang kepentingan memisahkan agama daripada politik. Baginya, agama telah mengelirukan keadaan politik. 

Sering dijadikan alat untuk menghalalkan pelbagai kehendak dan kerakusan. Ya, kerangka fikir ini, biasanya akan dicop oleh sesetengah sebagai sekularisma. Namun, saya cuba memahaminya dengan lebih mendalam. 

Saya anggap itu sebagai keluhan kecewa seorang insan arab yang gagal melihat peranan hakiki agama dalam penegakan keadilan dan kemajuan umat dalam politik.


Entah bagaimana, beliau kemudian, begitu baik dengan saya. Setiap kali waktu minum dan makan, beliau akan menelefon saya. Saya ambil peluang itu untuk berdiskusi dengan beliau. 

Banyak manfaat dari pengalamannya yang saya kutip. Beliau sekali menyatakan kepada saya bahawa ulama telah banyak mengelirukan rakyat Arab. Pelbagai fatwa untuk pelbagai kepentingan dikeluarkan.


Rakyat Arab dikhayalkan dengan pelbagai pandangan jumud agama yang gagal membawa mereka ke hadapan. Di kala rakyat susah dan miskin, golongan agama ada yang sibuk mengajak supaya orang Islam kembali memakai pakaian zaman Nabi s.a.w, menyingsing singkat kain dan menutup wajah. Kemiskinan dan kelaparan dihalalkan dengan nas-nas yang mengkhayalkan. 

Beliau seakan bersetuju dengan Karl Marx: “Religion is the sigh of oppressed creature…it is the opium of the people”.


Saya kata kepada beliau: “Itu agama palsu, atau yang disalahgunakan oleh golongan yang berkepentingan. Adapun Islam yang sebenar, yang diturunkan oleh Allah sebagai petunjuk untuk manusia, ia merentasi batasan kepentingan individu dan parti politik tertentu. Malangnya, Islam seperti itu jarang dizahirkan kerana manusia ramai yang berkepentingan”. Beliau jawab: “Ya, itu maksud saya”.


Dalam tempoh dua minggu bersahabat dengannya, ada perkara saya setuju dan ada yang saya kurang setuju. Namun saya hormati hak beliau dalam memberikan pandangan. 

Rabu baru ini beliau membentangkan kertasnya dalam seminar yang berkaitan dengan Arab Spring. Tajuk beliau The Economic and Political Causes of Change.


Ada beberapa perkara yang saya suka petik dari pembentangan itu. Antaranya beliau menyatakan bahawa Arab sedang menuju ke arah perubahan, namun memerlukan masa. 

Demokrasi dan kedamaian yang dinikmati oleh Eropah tidak datang dalam satu malam, sebaliknya setelah 200 tahun berperang antara satu sama lain, terhasillah keadaan sekarang. Arab juga barangkali memerlukan keadaan yang sama untuk menghasilkan kesimpulan yang terbaik.


Beliau menyentuh tentang kepentingan ‘hope’ atau harapan dalam jiwa rakyat tentang politik. Apabila hilangnya harapan atau impian rakyat maka segalanya mungkin berlaku. Perkara penting bagi sesebuah pemerintahan adalah menempatkan harapan dalam jiwa rakyat.



Harapan


Saya ingin mengembangkan nota ini. Ya, insan hidup dengan harapan atau cita-cita. Kecil atau besar tidak penting. Selagi ada harapan, insan akan cuba bangun dan meneruskan hidup. 

Jika putus asa mengambil tempat harapan, maka pelbagai perkara buruk akan dilakukan. Putus asa boleh membawa insan membunuh diri dan mengganas. Sanggup memusnahkan apa sahaja kerana segalanya sudah tidak bernilai lagi. 

Justeru, akidah Islam melarang putus asa terhadap Tuhan. Pintu harapan terhadap Tuhan sentiasa dibuka. Firman Allah (maksudnya):

“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Az-Zumar:53).

Dalam politik, sesebuah kerajaan yang gagal memberikan harapan dan menimbulkan putus asa dalam jiwa rakyat -seperti di beberapa negara Arab sekarang- akan menyebabkan rakyatnya bangkit mengorbankan apa saja. Apabila harapan sudah tiada, kekecewaan menyelubungi hidup maka manusia akan bertindak dengan cara yang tidak dijangka. 

Mati dan hidup sudah tiada bezanya. Tiada siapa hendak mengadu, maka tindakan atas apa saja harga akan dilakukan. Inilah yang berlaku dalam Dunia Arab hari ini.


Kembalinya sebahagian rakyat kepada agama dalam tempoh kekecewaan politik juga hendaklah dinilai dengen teliti; apakah kerana mereka benar-benar memahami ajaran agama, atau kerana mereka sudah hilang harapan melainkan mengadu kepada Tuhan. Apabila mereka kembali mempunyai harapan, jika mereka kekal atas agama, itu pengembalian yang tulen. Jika tidak, itu sebaliknya.


Dalam negara kita, bagi saya mana-mana parti politik yang paling boleh memberikan harapan impian dalam kerangka hari ini, akan mendapat tempat dalam jiwa rakyat terutama golongan muda yang mempunyai banyak harapan dan cita.Minda Tajdid


Tulahan : Ketua Penerangan Negeri dah OK, Ketua Penerangan kawasan jangan KO

Salam,

Penulis bersyukur  bila baca jamaah di Perak buat kursuskewartawanan dan pemberitaan untuk Ketua Penerangan jamaah kawasan. Ramai jugayang hadir untuk ambil ilmu dari Ahmad Lutfi dan Tarmizi Mohd Jam . 

Satu perkembangan yang baik ditunjukkan oleh KetuaPenerangan negeri yang baru. Web jamaah negeri pun dah diberi wajah baru dan aktif,sudah ada YOP TV, dan sudah rancang keluarkan buletin berkala untuk sebarkanmaklumat aktiviti jamaah kepada rakyat Perak.

Penulis nampakKetua Penerangan Negeri sudah laksana tugasnya mempopularkan jamaah bukanmempopularkan diri sendiri. Penulis yakin dengan kemampuan Ketua PeneranganNegeri  sejak beliau berada dalam sebagaipemimpin no 2 Dewan Pemuda negeri.

Cumanya , bagaimana Ketua Penerangan di kawasan ?bolehkah mengerakkan jentera penerangan kawasan. Kehadiran yang agak ramai kekursus ini mungkin boleh jadi tanda jentera penerangan kawasan akan bergerak.

4 tahun dulu pernah ada kursus yang sama diberioleh Ahmad Lutfi tapi tak ramai yang hadir. Penulis masa tu SU Jamaah kawasanhadir ganti Ketua Penerangan. 

Melalui kursus inilah ,penulis dapat ilmu tulisberita dan sejak hari itu sehingga sekarang rasanya dah beratus berita penulisbuat untuk masuk akhbar, blog dan web.

Mula-mula hanya masuk berita dalam web dan buletinberkala, hantar kepada harakah dan sekarang dah masuk akhbar harian, blog danfacebook.


Penulis tolong Ketua Penerangan kawasan untuksebarkan maklumat jamaah kawasan. Ketua Penerangan kawasan tak mampu nak buatkerja penulisan berita ini. Dia buat kerja penerangan lain, rancang ceramahkelompok dan ceramah besar.

Penulisan berita juga kena ada seninya, adacaranya. Ramai yang buat kenyataan akhbar beri kepada pemberita akhbar, lepastu tak siar. Kenapa? Kerana pemberita kena ambil masa nak ubah kenyataan akhbarjadi berita. Lebih baik hantar berita terus untuk senangkan pemberita, hanyaedit sikit-sikit sahaja.

Penulis sebenarnya dah perturunkan ilmu tulisberita ini kepada Ketua Penerangan Pemuda jamaah kawasan. Tapi mungkin diasibuk maka ilmu tu tak dapat digunakan lagi. Blog pemuda pun dah lama takupdate.

Bila fikir hal ini, timbul persoalan mampukahKetua Penerangan kawasan tulis berita? Mampu jika Ketua Penerangan masih muda, yang dah berumur boleh juga jika mahir guna komputer. 

Tapi bagi penulis takperlu pegang jawatan Ketua Penerangan , yang berkebolehan, yang tahu tulisberita boleh jadi wartawan jamaah untuk bantu Ketua Penerangan. Yang paling penting rajin dan bertanggungjawab baru kerja tu jalan.

Media jamaah bukan sekadar ceramah. Perlu gunasemua peluang yang ada web, blog, facebook, youtube, akhbar harian di samping buletin. 

Seperkara penting yang selalu jamaah kawasan tak ambil berat adalah gambar. Berita yangbaik perlu ada gambar sebagai bukti. Gambar juga sangat mempengaruhi pemikiranpembaca dan orang ramai. 

Tapi , sedih bila banyak aktiviti jamaah tidak dirakamdalam bentuk gambar . Ada jamaah kawasan yang kamera pun tak boleh nak belikerana tak nampak kepentingannya.

Penulis juga hadapi masalah dengan gambar, dulupenulis ada di Malaysia penulis akan pastikan ada yang ambil gambar aktiviti.Sekarang bila dok di luar negara , penulis hadapi masalah untuk dapatkan gambaraktiviti kerana tidak ada yang memperingatkan petugas jamaah. 

Kadang-kadanggambar ada, tak pandai guna email la pula. Bukan tak ada yang pandai guna emailtapi tak ambil berat perkara ini. Mungkin ada lepas ini yang tawar diri tolong email gambar kepada penulis.
Apa pun tahniah penulis kepada Ketua Penerangan Negeri , harap beliau teruskan usaha bantu Ketua Penerangan Kawasan. Jangan lemah semangat jika kehadiran tak tinggi, yang penting yang hadir tu balik boleh buat kerja tulis berita popularkan jamaah di kawasan masing-masing.

Kepada Ketua Penerangan kawasan dan petugas parti , bacalah tulisan penulis mengenai perkara ini yang ditulis dua tahun yang lalu. Bacalah semula....

ADAPELUANG TAPI TAK GUNA DAH TAK ADA NAK MARAH PULA

Cerita pasal peluang, penulis hairan denganpemimpin jamaah di kawasan yang tak mahu guna peluang hebahkan aktiviti jamaahterutama aktiviti kebajikan dalam akhbar harian RM 1.

Nak kata tidak ada yang pandai tulis berita, tidakjuga sebab ramai pemimpin jamaah yang keluar U, yang kerja kerajaan, yang jadicikgu.

Penulis pernah beri cadangan dalam muktamar pemuda negeri kepada pemimpinpemuda jamaah yang bagi tahu tak boleh nak ke depan kerana akujanji . 

Penulissaran kepada mereka tak perlulah ke depan, tak perlu tonjol diri sebaliknyabantu jamaah dengan kerja-kerja yang tak nampak tapi beri kesan kepadamasyarakat.

Penulis minta mereka bantu lujnah penerangan buat berita aktiviti jamaah untuksebaran umum atau melalui akhbar harian RM 1. Bukan payah pun, nak tolong atautidak sahaja.

Banyak berita terutama tentang program kebajikan kepada masyarakat yang bolehdihebah kepada umum. Berita ini akan menaikkan imej jamaah dan Ubn tak bolehtuduh jamaah tak bantu rakyat kerana rakyat tahu melalui berita yang tersebar.

Dulu tak da ruang langsung berita aktiviti jamaah dalam akhbar harian. Beritakebajikan jamaah kepada rakyat tak ramai yang tahu. Ubn guna peluang tuduhjamaah hanya pandai ceramah tapi tak buat aktiviti untuk bantu rakyat.

Masa tu pemimpin jamaah bagi alasan rakyat tak sokong jamaah kerana tak tahukerja kebajikan jamaah sebab tak masuk berita dalam akhbar harian. Semua akhbarharian hanya keluar berita Ubn tolong rakyat.

Sekarang dah ada peluang, gunalah peluang berbaik2 dengan pemberita . Merekamencari berita, berilah berita kepada mereka.

Lujnah penerangan tak perlu keluar kos nak cetak risalah berita, tak perlurumah ke rumah untuk hebahkan berita kebajikan jamaah. Hanya ambil gambar dantulis berita. Hari ini tulis, esok keluar berita.

Pernah perwakilan jamaah kawasan marah kepada harakah kerana tidak keluarberita aktiviti kawasan mereka. Bila ada peluang masuk akhbar harian RM1 tak dapun berita aktiviti kawasan keluar.

Harakah hanya dibaca ahli dan penyokong jamaah. Tapi akhbar harian RM 1, masukke semua rumah termasuk rumah penyokong kuat Ubn seluruh negeri.

Peluang ini masih tak digunakan oeh pemimpin jamaah kawasan. Di Perak, hanyapemuda negeri dan beberapa jamaah kawasan yang ambil peluang ini. Ada kawasanyang langsung tak da berita, sedangkan banyak aktiviti. Di negeri2 lain , lebihkurang begitulah juga.

Bukan tidak ada yang boleh bantu lujnah penerangan buat berita, tapi ada satusifat yang menyebabkan mereka tak mahu tolong iaitu sifat tak mahu orang laindapat nama , popular, dapat perhatian kerana keluar berita dalam akhbar harian.

Ada terdetik di hati mereka “ aku yang susah2, depa yang dapat nama. Manaboleh”

Kepada mereka penulis nak pesan. Walaupun orang tak tahu siapa yang buat berita, biarkanlah tapi inggatlah ganjaran pahala yang diperoleh kerana berita yangditulis menaikkan imej jamaah Islam, mengubah manusia daripada tidak menyokongkepada menyokong perjuangan Islam.

Wasalam

Kisah dua orang raja yang sakit


Rasulullah pada suatu waktu pernah menceritakan satu kisah. Pada zaman sebelum anda, pernah ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini ditimpa penyakit yang sangat berat.

Maka seluruh tabib yang ada dalam kerajaan itu dikumpulkan. Dibawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya. Namun sayangnya tidak ada seorang tabib pun yang mampu menyembuhkannya.

Hingga akhirnya ada seorang Rahib yang mengatakan bahawa penyakit raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan tertentu, yang sayangnya semasa ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan. 
 
Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini. Meskipun raja menyedari bahawa pada masa ini bukanlah musim ikan itu muncul kepermukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu. 
 
Aneh bin ajaib walaupun belum musimnya, ternyata ikan itu sangatlah mudah ditemui. Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.
Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal kebijakannya. Ia sangat dicintai oleh rakyatnya. Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit. 
 
Ternyata kesimpulan para tabib sama, iaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang pada masa itu sangat banyak terdapat di permukaan laut. Kerana itu mereka sangat optimis rajanya akan segera pulih kembali.
 
Tapi apa yang terjadi? Ikan yang seharusnya banyak dijumpai di permukaan laut itu, tidak ada seekor pun yang kelihatan..! Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetap sahaja ikan itu tidak berjaya ditemui. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun meninggal…

Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya, “Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau menggiring ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat; sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal?”

Tuhan pun berfirman, “Wahai para malaikat-Ku, sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu didunia, sehingga pada waktu dia datang menghadap-Ku, tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah !

Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia didunia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Kutunaikan seluruhnya di dunia!”

Kita dapat mengambil beberapa pengajaran dari kisah ini.

Pengajaran pertama adalah: Ada kesalahan yang hukumannya terus ditunaikan Allah di dunia ini juga; sehingga dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak diperhitungkan-Nya lagi. Keyakinan perkara ini dapat menguatkan iman kita bila sedang tertimpa musibah.

Pengajaran kedua adalah: Bila kita tidak pernah tertimpa musibah, jangan terlena. Jangan-jangan Allah ‘menghabiskan’ tabungan kebaikan kita. Keyakinan akan perkara ini dapat menjaga kita untuk tidak dibuai dengan lazatnya kenikmatan duniawi sehingga melupakan urusan ukhrowi.

Pengajaran ketiga adalah: Musibah yang menimpa seseorang belum tentu kerana orang itu telah berbuat kesalahan. Keyakinan ini akan dapat mencegah kita untuk tidak berprasangka buruk menyalahkannya, justeru yang timbul adalah keinginan untuk membantu meringankan penderitaannya.

Pengajaran keempat adalah: Siapa yang tahu maksud Allah?


10 tahun atheis, akhirnya Dr Jeffrey Lang memilih Islam

 http://www.usislam.org/converts/drlang.gif
Sejak kecil Dr Jeffrey Lang mempunyai sifat ingin tahu. Ia kerap bertanya logik sesuatu dan mengkaji apa pun berdasarkan perspektif rasional. 
 
“Ayah, syurga itu ada?” tanya Jeffrey kecil pertama kali kepada ayahnya tentang wujudnya syurga, keduanya berjalan bersama anjing peliharaan mereka di pantai. Bukan suatu kejutan jika suatu masa Jeffrey Lang menjadi profesor matematik, sebuah wilayah dimana tidak ada tempat selain logik.

Semasa menjadi siswa tahun terakhir di Notre Dam Boys High, sebuah Sekolah Katholik, Jeffrey Lang mempunyai kemusykilan rasional terhadap keyakinan akan wujudnya Tuhan. 
 
Diskusi dengan pendeta sekolah, orang tuanya, dan rakan sekelasnya tak juga boleh memuaskannya tentang wujudnya Tuhan. 
 
“Tuhan akan membuatmu tertunduk, Jeffrey!” kata ayahnya ketika ia membantah wujudnya Tuhan di usia 18 tahun.

Ia akhirnya memutuskan menjadi atheis pada usia 18 tahun, yang berlaku selama 10 tahun ke depan sepanjang menjalani kuliah S1, S2, dan S3, hingga akhirnya memeluk Islam.

Adalah beberapa masa sebelum atau sesudah memutuskan menjadi atheis, Jeffrey Lang mengalami sebuah mimpi. Berikut penuturan Jeffrey Lang tentang mimpinya itu:

Kami berada dalam sebuah ruangan tanpa perabot. Tidak ada apa pun di tembok ruangan itu yang berwarna putih agak kelabu.

Satu-satunya ‘hiasan’ adalah karpet bertompok merah-putih yang menutupi lantai. Ada sebuah jendela kecil, seperti jendela ruang bawah tanah, yang terletak di atas dan menghadap ke kami. Cahaya terang mengisi ruangan melalui jendela itu.
 
Kami membentuk deretan. Saya berada di deretan ketiga. Semuanya lelaki, tidak ada wanita, dan kami semua duduk di lantai di atas tumit kami, menghadap arah jendela.
Terasa asing. Saya tidak mengenal seorang pun. Mungkin, saya berada di negara lain. Kami menunduk serentak, muka kami menghadap lantai. 
 
Semuanya tenang dan hening, bagaikan semua suara dimatikan. Kami serentak kembali duduk di atas tumit kami. Semasa saya melihat ke depan, saya sedar kami dipimpin oleh seseorang di depan yang berada di sisi kiri saya, di tengah kami, di bawah jendela. 
 
Ia berdiri sendiri. Saya hanya boleh melihat sedikit punggungnya. Ia memakai jubah putih panjang. Ia mengenakan selendang putih di kepalanya, dengan bentuk merah. Semasa itulah saya terbangun.

Sepanjang sepuluh tahun menjadi atheis, Jeffrey Lang beberapa kali mengalami mimpi yang sama. Bagaimanapun, ia tidak terganggu dengan mimpi itu. 
 
Ia hanya merasa nyaman semasa terbangun. Sebuah perasaan nyaman yang aneh. Ia tidak tahu apa itu. Tak ada logik di balik itu, dan kerananya ia tidak peduli walaupun mimpi itu berulang.

Sepuluh tahun kemudian, semasa pertama kali memberi kuliah di University of San Fransisco, dia bertemu murid Muslim yang mengikuti kelasnya. Tidak hanya dengan seorang murid, Jeffrey pun tidak lama kemudian menjalin persahabatan dengan keluarga sang murid. 
 
Agama bukan menjadi topik bahasan semasa Jeffrey menghabiskan waktu dengan keluarga murid itu. Hingga setelah beberapa waktu salah seorang anggota keluarga muridnya memberikan Al-quran kepada Jeffrey.

Walaupun tidak sedang berniat mengetahui Islam, Jeffrey mulai membuka-buka Alquran dan membacanya. Semasa itu kepalanya dipenuhi berbagai prasangka.

“Anda tak boleh hanya membaca Alquran, tidak boleh jika anda tidak menganggapnya serius. Anda harus, pertama, memang benar-benar telah menyerah kepada Al-quran, atau kedua, ‘menentangnya’,” ungkap Jeffrey.

Ia kemudian mendapati dirinya berada di tengah-tengah pergelutan yang sangat menarik. “Ia (Alquran) ‘menyerang’ anda, secara langsung, personal. Ia (Alquran) mendebat, mengkritik, membuat (anda) malu, dan menentang. Sejak awal ia (Alquran) menorehkan garis perang, dan saya berada di wilayah yang berseberangan.”

“Saya menderita kekalahan parah (dalam pergelutan). Dari situ menjadi jelas bahawa Sang Penulis (Al-quran) mengetahui saya lebih baik ketimbang diri saya sendiri,” kata Jeffrey. 
 
Ia mengatakan seakan Sang Penulis membaca fikirannya. Setiap malam ia menyiapkan sejumlah pertanyaan dan kemusykilan, namun selalu mendapati jawapannya pada bacaan berikutnya, seiring ia membaca halaman demi halaman Al-quran secara berurutan.

“Al-quran selalu jauh di depan pemikiran saya. Ia menghilangkan halangan yang telah saya bina bertahun-tahun lalu dan menjawab pertanyaan saya.” Jeffrey cuba melawan dengan keras dengan kemusykilan dan pertanyaan, namun semakin jelas ia kalah dalam pergelutan. “Saya dituntun ke sudut di mana tidak ada lain selain satu pilihan.”

Semasa itu awal 1980-an dan tidak banyak Muslim di kampusnya, University of San Fransisco. Jeffrey mendapati sebuah ruangan kecil di basement sebuah gereja di mana sejumlah mahasiswa Muslim melakukan solat. Selepas pergelutan panjang di benaknya, ia memberanikan diri untuk mengunjungi tempat itu.

Beberapa jam mengunjungi di tempat itu, ia mendapati dirinya mengucap syahadat. Selepas syahadat, waktu s0lat Zuhur tiba dan ia pun diundang untuk beribadah. Ia berdiri dalam deretan dengan para mahasiswa lainnya, dipimpin imam yang bernama Ghassan. Jeffrey mulai mengikuti mereka solat berjamaah.

Jeffrey ikut bersujud. Kepalanya menempel di karpet merah-putih. Suasananya tenang dan hening, bagaikan semua suara dimatikan. Ia lalu kembali duduk di antara dua sujud.

“Semasa saya melihat ke depan, saya boleh melihat Ghassan, di sisi kiri saya, di tengah-tengah, di bawah jendela yang menerangi ruangan dengan cahaya. Dia sendirian, tanpa barisan. Dia mengenakan jubah putih panjang. Selendang (scarf) putih menutupi kepalanya, dengan bentuk merah.”

“Mimpi itu! Saya berteriak dalam hati. Mimpi itu, persis! Saya telah benar-benar melupakannya, dan sekarang saya terpegun dan takut. Apakah ini mimpi? Apakah saya akan terbangun? Saya cuba fokus apa yang terjadi untuk memastikan apakah saya tidur. Rasa sejuk mengalir cepat ke seluruh tubuh saya. Ya Tuhan, ini benar! Lalu rasa sejuk itu hilang, berganti rasa hangat yang berasal dari dalam. Air mata saya bercucuran.”

Ucapan ayahnya sepuluh tahun silam terbukti. Ia kini berlutut, dan wajahnya menempel di lantai. Bahagian tertinggi otaknya yang selama ini berisi seluruh pengetahuan dan intelektualnya kini berada di titik terendah, dalam sebuah penyerahan sepenuhnya kepada Allah SWT.

Jeffrey Lang merasa Tuhan sendiri yang membawanya kepada Islam. “Saya tahu Tuhan itu selalu dekat, mengarahkan hidup saya, menciptakan lingkungan dan kesempatan untuk memilih, namun tetap meninggalkan pilihankepada saya,” ujar Jeffrey kini.

Jeffrey kini professor jurusan matematik University of Kansas dan mempunya tiga anak. Ia menulis tiga buku yang banyak dibaca oleh Muslim AS: Struggling to Surrender (Beltsville, 1994); Even Angels Ask (Beltsville, 1997); dan Losing My Religion: A Call for Help (Beltsville, 2004). Ia memberi kuliah di banyak kampus dan menjadi jurucakap di banyak persidangan Islam.

Ia mempunyai tiga anak, dan bukan sebuah kejutan anaknya memiliki rasa ingin tahu yang sama. Jeffrey kini harus menghadapi pertanyaan-pertanyaan yang sama yang dulu ia lontarkan kepada ayahnya. Suatu hari ia ditanya oleh anak perempuannya yang berusia delapan tahun, Jameelah, selepas mereka solat Ashar berjamaah. “Ayah, mengapa kita solat?”

“Pertanyaannya mengejutkan saya. Tidak sangka berasal dari anak di usia lapan tahun. Saya tahu memang jawaban yang paling jelas, bahawa Muslim diwajibkan solat. Tapi, saya tidak ingin membuang kesempatan untuk berkongsi pengalaman dan keuntungan dari solat. Bagaimana pun, selepas menyusun jawapan di kepala, saya memulai dengan, ‘Kita solat kerana Tuhan ingin kita melakukannya’,”

“Tapi kenapa, ayah, apa akibat dari solat?” Jameela kembali bertanya. “Sukar menjelaskan kepada anak kecil, sayang. Suatu hari, jika kamu melakukan solat lima waktu tiap hari, saya yakin kamu akan mengerti, namun ayah akan cuba yang terbaik untuk menjawab pertanyaan kamu.”


Mengingati perjuangan Al-Syahid Umar al-Mukhtar - inspirasi rakyat Libya


TOKOH kali ini ialah Umar al-Mukhtar iaitu seorang tokoh pro-Kemerdekaan abad ke-20 yang muncul memperjuangkan pembebasan negara Libya dari diduduki penjajahan kuku besi Itali. 

Pada awalnya nama Umar al-Mukhtar agak asing dan kurang mendapat perhatian ramai berbanding beberapa tokoh-tokoh pro-Kemerdekaan Islam yang lain.

Ketokohan dalam perjuangan beliau mula dikenali sekitar tahun 80-an apabila ketika itu muncul sebuah filem Omar al-Mukhtar: Lion Of The Dessert yang mana wataknya dilakonkan oleh pelakon Hollywood iaitu Anthony Quin. 

Promosi percuma Barat tersebut telah mengangkat lagi senarai tokoh-tokoh Islam yang sepatutnya menjadi sumber inspirasi buat umat Islam hari ini. Al-Syahid Umar atau Omar al-Mukhtar bin Umar al-Minifi telah dilahirkan pada tahun 1858 di Barqah, Libya. 

Beliau dikatakan keturunan daripada keluarga farhat iaitu salah satu daripada puak al-Minifiyah yang mengamalkan aliran sufi al-Sanusiyah yang berpusat di Cyrenaica, iaitu di bahagian timur Libya. 

Sejak kecil lagi Umar al-Mukhtar sudah menunjukkan kebijaksanaannya. Beliau terdidik dalam suasana keluarga yang mengutamakan nilai kerohanian. 

Tambahan pula keluarganya sangat kuat berpegang kepada amalan sufi al-Sanusiyah sehingga berjaya mempengaruhi sikap dan keperibadian beliau menjadi seorang yang warak dan terpuji akhlaknya. 

Pendidikan awal Umar al-Mukhtar hanyalah di sebuah sekolah pondok di Zanzur. Pada tahun 1887, setelah mendapat galakan daripada keluarganya, minat Umar al-Mukhtar untuk mendalami ilmunya mula bertambah. 

Beliau kemudiannya menyambung pelajarannya di Universiti Jaghbub iaitu ibu kota Libya ketika itu dan memilih bidang agama yang bersesuaian dengan nalurinya. Kemudian beliau berhijrah bersama gurunya ke kawasan padang pasir Kufra pada tahun 1895.


Dua tahun kemudian, setelah berjaya menamatkan hafalan al-Quran dan pengajian agamanya Umar al-Mukhtar telah dilantik menjadi pengetua sekolah al-Zawiyah al-Qusur di Jabal al-Ahdar iaitu di bahagian Tenggara Libya. 

Kebolehan dan keistimewaan yang ada pada beliau telah menyebabkan beliau dijemput oleh Muhammad al-Mahdi dan dilantik menjadi pengetua di sebuah sekolah di Sudan. 

Di sini beliau telah menimba pengalaman pertama dalam bidang ketenteraan apabila turut serta dalam peperangan ketika menentang tentera Perancis. Pada tahun 1321/1903 beliau kembali semula ke Libya untuk mentadbir sekolah al-Zawiyah al-Qusur sehingga tahun 1921. 


Mujahid Umar al-Mukhtar merupakan simbol jihad telah diangkat oleh umat Islam Libya yang menyokong penentangan terhadap penjajahan Itali. Ketika itu Itali di bawah pemerintahan diktator Musolini yang telah mengisytiharkan perluasan kuasa dengan melebarkan empayarnya melalui penjajahan ke atas negara Libya. 


Setelah mendengar pendirian angkuh Musolini, Umar al-Mukhtar telah menyusun strategi dengan menyatukan kabilah-kabilah dan seluruh rakyat Libya melalui panji-panji jihad. 

Dalam sejarah Libya, beliau digambarkan antara tokoh terpenting yang menyalakan semangat dan bara perjuangan rakyatnya demi mempertahankan negara dan agama Islam.

Peperangan pertama berlaku pada tahun 1911. Strategi tentera Itali untuk menguasai Libya ketika itu, dilakukan dengan cara menyerang dan menguasai kota-kota di bahagian pantai seperti Tripoli, Benghazi, Misrata dan Derna satu demi satu. Namun begitu usaha Umar al-Mukhtar untuk mempertahankan negara tidak kurang hebatnya sehingga berjaya memberi tentangan walaupun dalam keadaan serba kekurangan. 

Misalnya pertempuran yang terjadi di al-Hani dekat Tripoli pada 23 Oktober 1911, al-Rmaila dekat Misrata, al-Fwaihat dekat Benghazi pada Mac 1912 dan Wadi al-Shwaer dekat Derna. 

Walaupun ada beberapa wilayah yang gagal dipertahankan namun, mereka telah menyusun gerakan semula di kawasan pergunungan. Di sana mereka tidak hanya berdiam diri, namun menyusun beberapa siri serangan lanjutan secara gerila.

Sesungguhnya jumlah bala tentera dan peralatan perang yang canggih tentera Itali ketika itu, masih tidak berjaya melumpuhkan kekuatan roh jihad yang ditiup oleh Umar al-Mukhtar terhadap tenteranya. 

Mereka penuh yakin dengan janji syahid buat mereka, walaupun jumlah tentera yang berjuang bersama-samanya tidak ramai tetapi mereka mempercayai akan janji Allah SWT yang menjelaskan bahawa golongan yang sedikit akan berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah dengan syarat mereka sentiasa bersabar. 

Akhirnya dalam satu pertempuran yang besar di al-Gherthabiya, dekat Sirt pada April 1915, tentera Itali telah menerima tamparan hebat apabila kehilangan ribuan tenteranya. Pertempuran tersebut menyebabkan pemerintahan pusat di Itali terpaksa mengisytiharkan gencatan senjata pada tahun 1917.

Sesungguhnya gencatan senjata tersebut telah memulihkan kekuatan tentera Umar al-Mukhtar untuk menyusun semula pasukannya. Tambahan pula beliau telah mendapat sokongan yang kuat daripada pemimpin baru gerakan al-Sanusiyah iaitu Muhammad Idris untuk sama-sama membantu perjuangan beliau. 

Pada tahun 1922, Umar al-Mukhtar dengan corak kepimpinannya yang berkarisma telah menyusun para mujahidin di Jabal al-Ahdar dan melancarkan penentangan baru terhadap tentera Itali.

Kebolehan Umar al-Mukhtar dalam bidang ketenteraan sangat masyhur yang dilihat melalui strategi perangnya yang luar biasa terutama di kawasan padang pasir. Kemahiran beliau itulah menyebabkan beliau diberi gelaran lion of the dessert. 

Selain itu kemahirannya dalam bidang politik juga dikagumi sehingga mampu menyatukan perpaduan dan semangat jihad umat Islam ketika itu. Faktor-faktor di atas membuatkan tentera Itali tidak senang duduk. 

Mereka merasai bahaya yang bakal mengancam mereka sekiranya Umar al-Mukhtar tidak ditangkap. Lalu pemerintah pusat Itali mengutus panglima perangnya iaitu, Badolio dan kemudiannya Rodolfo Grasiani yang terkenal dengan kezaliman mereka bagi memimpin tentera Itali menangkap dan melumpuhkan tentera Umar al-Mukhtar. 

Rodolfo Grasiani sewaktu menyerang Libya dengan angkuh beliau menyatakan prinsipnya, “Jika kamu tak bersamaku maka kamu adalah lawanku” Dengan itu, mereka sendiri menghalalkan nyawa umat Islam yang tidak berdosa dan dibunuh dengan kejam disebabkan kononnya menyokong perjuangan Umar al-Mukhtar.

Langkah pertama untuk melumpuhkan kekuatan tentera Islam, Rodolfo Grasiani telah menghalang serta memutuskan sebarang bantuan ketenteraan dan perhubungan luar yang bersempadan dan memasang kawat berduri sepanjang 300 km manakala tingginya 2 meter dan lebarnya 3 meter yang merentasi dari pelabuhan Bardiyat Slaiman, bahagian utara Libya sehinggalah ke al-Jagboub di bahagian tenggara Libya. 

Langkah kedua beliau telah membina kem-kem tahanan seluruh Libya baik di al-Aghaila, al-Maghroun, Solouq, dan al-Abiyar. 

Pada akhir November 1929 semua rakyat Libya di tangkap dan dipaksa untuk tinggal di kem-kem tersebut.

Pada tahun 1933, Dr. Todesky, ketua turus angkatan tentera darat Itali, dari unit kesihatan menulis sebuah buku yang bertajuk Cerinaica Today

Dalam bukunya itu beliau menyebut bahawa dari bulan Mei sehingga September 1930, lebih daripada 80 ribu warga Libya dipaksa meninggalkan tanah kelahirannya dan hidup di kem-kem tahanan. 

Kehidupan di kem-kem tahanan tersebut sangat mengerikan. Bahkan ribuan yang mati kelaparan. Beliau menambah bahawa hampir 55 peratus daripada 80 ribu tahanan tersebut meninggal dunia. 

Seorang sejarawan Libya, Mahmoud Ali al-Taeb menyatakan bahawa pada November 1930 paling tidak terdapat 17 kematian dalam sehari disebabkan kelaparan, penyakit dan depresi.

Pada tahun 1931, ketika gerakan menangkap rakyat Libya giat dijalankan, pada masa yang sama usaha-usaha memburu tentera Umar al-Mukhtar terus dilancarkan. Ini menyebabkan tentera Umar al-Mukhtar bergerak dan bertahan di kawasan pergunungan sambil terus berjuang melawan penjajahan Itali. 

Walaupun usia Umar al-Mukhtar ketika itu 80 tahun, ditambah dengan kesihatannya yang tidak menentu namun beliau tetap meneruskan perjuangannya sehinggalah beliau berjaya ditangkap. 

Setelah dibicarakan beliau didapati bersalah dan dijatuhi hukuman gantung. Umar al-Mukhtar meninggal dunia pada 16 September 1931 di Kota Solouq. Patah tumbuh hilang berganti. 

Walaupun jihadnya di tali gantung, namun roh jihadnya tidak mati, malah perjuangannya telah membangkitkan inspirasi kepada tokoh pemimpin Islam yang lain sehingga melahirkan singa padang pasir yang baru seperti Ramadan al-Swaihli, Mohammad Farhat al-Zawi, al-Fadeel Bo-Omar, Solaiman al-Barouni dan Silima al-Nailiah.Ibnuahmadakkurauwi

Buat pemuja Gaddafi , bacalah tulisan ulama mujahid Libya mengenai manusia kejam ini

 
Ketika kita mengatakan Moammar Qaddafi adalah taghut, diktator, , murtad, sekuleris, sosialis, penyambung Musthafa Kemal Ataturk, Fir’aun, dan Musailamah al-Kadzab dari Libya, banyak kalangan terkejut, bimbang, dan kebingungan. 

Tidak sedikit pihak yang marah, benci, mengumpat, dan balas melemparkan tuduhan . Misalnya tuduhan anjing NATO, pro USA, pro-Barat, teroris, fundamentalis, radikalis, Wahhabi, antek Saudi, dan seterusnya. 

Namun, tahukah anda siapa sebenarnya Moammar Qaddafi itu? Berikut  menyingkap rahsia hitam Qaddafi, bahagian pertama.
Mereka hanya mengenali Qaddafi dari kegarangannya mengkritik regim-regim negara Arab yang memang boneka AS dan Barat. Mereka mengerti jati diri Qaddafi dari kebongkakannya untuk membebaskan Palestin, melawan AS dan Barat, atau menjatuhkan regim-regim diktator di  negara-negara Arab. 

Mereka memahami Qaddafi dari permusuhannya kepada AS, Barat, dan zionis Israel. Mereka mengenalinya dari gelaran Barat kepadanya sebagai teroris, , pelopor revolusi di dunia ketiga, musuh Barat, anti Barat, dan julukan  lainnya yang kerap menghiasi media massa. 

Qaddafi yang meledak-ledak melalui pidato berapi-api di pertemuan Negara Liga Arab, atau Majlis Umum PBB, itulah standard mereka memberikan pandangan SANGAT POSITIF kepada Qaddafi. Bagi mereka, Qaddafi adalah pahlawan dunia Islam.

Mereka tentu sahaja tidak banyak mengetahui kejahatan dan kekafiran Qaddafi yang dilakukannya secara terang-terangan, dan berulang kali, dengan penuh kebanggaan diri, tanpa rasa malu dan kekok sedikit pun. 

Mereka tentu sahaja tidak meneliti kejahatan dan penghinaan Qaddafi terhadap Allah SWT, Rasulullah SAW, Al-Qur’an, as-Sunnah, syariat Islam, dan ibadah-ibadah mahdhah dalam Islam. 

Mereka tentu tidak mengerti betapa jabatan-jabatan dakwah dan keilmuan Islam berskala internasional telah mengeluarkan fatwa dan rayuan serta dakwah kepada Qaddafi untuk bertaubat dari seluruh kekafiran yang ia telah lakukan. Mereka tidak mengerti, puluhan ulama dari berbagai negara telah memfatwakan kekafirannya.

Mungkin mereka juga tidak mengetahui, selama puluhan tahun masa kekuasaannya, ribuan muslim dan muslimah Libya telah mengalami penindasan luar biasa kejam dari Qaddafi. 

Mulai dari penangkapan, penyiksaan, pembunuhan, pemenjaraan, pemerkosaan, dan seterusnya. Aktivis dakwah dan jihad yang memperjuangkan syariat Islam diburu dan ditindas. 

Banyak tokoh dan aktivis terpaksa melarikan diri ke luar negeri untuk menghindari kekejamannya. Selama 42 tahun masa kekuasannya, dakwah Islam mengalami masa-masa kelam.

Kita akan mengambil rujukan penulisan dari buku karya Syaikh Abdurrahman bin Hasan Al-Libi, seorang ulama dan mujahid Libya yang berjihad fi sabilillah bersama mujahidin Libya (Jama’ah Islamiyah Muqatilah, Libya) melawan regim taghut Qaddafi. 


Buku yang diterbitkan pada bulan Dzulhijah 1418 H (1997 M) tersebut diberi judul Qaddafi Musailamatul ‘Ashr (Qaddafi, Musailamah Moden ) dan diberi kata pengantar oleh seorang ulama besar dan mujahid Libya, Syaikh Abu Mundzir As-Sa’idi Al-Libi. 

Sungguh sebaik-baik dan setepat-tepat sumber adalah para ulama Libya sendiri yang bertauhid, berdakwah, dan berjihad fi sabilillah, kerana mereka puluhan tahun menjadi saksi secara terus atas seluruh kekafiran dan kekejaman Qaddafi .

Qaddafi : Anak zina, ibunya wanita Yahudi


Moammar Qaddafi dilahirkan pada tanggal 7 Jun 1942 M di  padang pasir dalam wilayah  Sirte. Ia berasal dari suku Qadadafah, sebuah suku nomad yang hidup berpindah-randah di gurun pasir kering dan hanya tinggal di khemah. Karakter Badwi yang keras, dan baran inilah yang kemudian mewarnai corak kekuasaan Qaddafi
 
Qaddafi sewaktu muda
 
Nasabnya dari  ayah dan ibunya diperselisihkan oleh berbagai sumber di kota kelahirannya, Sirte. Namun semua sumber tersebut sepakat menyatakan Qaddafi adalah anak hasil perzinaan. Ibunya adalah seorang wanita Yahudi. 

Adapun ayahnya diperselisihkan oleh berbagai sumber tersebut. Sebahagian sumber menyatakan ayahnya adalah seorang pedagang  berkewarganegaraan Itali. Sumber lainnya menyebutkan ayahnya adalah pembantu dari pedagang Itali tersebut, yang mengaku bernama Muhammad Abu Niyar Qaddafi. 

Semua penduduk kota Sirte mengerti asal usul keyahudian ibunya, sehingga sejak kecil Moammar Qaddafi terkenal dengan julukan ‘anak Yahudi’.

Moammar Qaddafi menjalani kehidupan penduduk badwi yang keras. Meskipun demikian, ia mampu menduduki bangku sekolah dan masuk Akademi Militer Benghazi pada tahun 1963 M. 


Sebelum lulus dari akademi tentera, pada tahun 1965 M ia juga meneruskan pendidikannya dengan masuk Universiti Libya, Fakulti Adab jurusan sejarah. 

Di fakulti inilah, pensyarahnya seorang warga negara Itali mengenali nasab ke-Yahudi-an Qaddafi dari jalur ibunya. Maka ia menggunakan Qaddafi untuk merealisasikan tujuan-tujuan zionis Yahudi di kemudian hari.

Qaddafi lulus dari akademi tentera pada tahun 1965 M. Pada tahun 1966 M ia dihantar ke UK untuk mengikuti pendidikan (kursus) inteligen dan tentera peringkat tinggi. 


Dari UK, Qaddafi mulai menjalankan rancangan yang telah digariskan oleh tuan zionis Yahudinya dengan membentuk  Tanzhim adh-Dhubbat al-Wahdawiyyun al-Ahrar (organisasi rahsia para perwira bebas dan kebebasan). 

Organisasi perwira tentera inilah yang melakukan ‘sandiwara’ kudeta tentera pada tahun 1969 M.

Sandiwara kudeta tenteta Qaddafi dan pengusiran tentera Barat

Ketika berusia remaja, Qaddafi sangat mengagumi Presiden Mesir, Jamal Abdul Nashir dan menganut ideologi sosialis nasionalis, yang membuatnya benci dengan bentuk pemerintahan kerajaan seperti yang berlaku di Libya pada masa itu. 


Jamal Abdul Nashir adalah taghut represif yang sangat sekuleris, sosialis, anti syariat Islam, dan menindas gerakan dakwah Islam. 

Pada masa kekuasaannya, ribuan aktivis Islam dan ulama yang bergabung dalam Ikhwanul Muslimin ditangkap, dipenjara, disiksa secara keji, dan beberapa di antaranya dihukum mati. 

Padahal mereka tidak melakukan tindakan jenayah. Mereka hanya menuntut ditegakkan syariat Islam di Mesir dan membantu jihad rakyat muslim Palestin melawan penjajah zionis Israel.


Sejak mendapat pendidikan di akademi tentera Bengazhi, rupanya pandangan sosialis-nasionalis Khadafi yang anti kerajaan, mulai disalurkan dalam wujud jelas. Ia mulai mengumpulkan rakan-rakan calon perwira yang sama dengan idea-ideanya. 


Hal itu berterusan dengan pembentukan organisasi rahsia para perwira bebas dan kebebasan semasa kuliah tentera lanjutan di England. Sudah tentu, sejak masa itu Inggeris  mulai berperanan besar mengarahkan pemikiran dan langkah-langkah Qaddafi pada masa yang akan datang.

Tiga tahun setelah pulang dari pendidikan tentera lanjutan di UK, tepatnya, 1 September 1969, semasa usianya hampir 27 tahun, Qaddafi melancarkan kudeta ‘damai’, menggulingkan Raja Idris yang pada masa itu sedang berada di Turki untuk menjalani perubatan. 


Dipimpin Qaddafi, para pengkudeta ini menahan Putera Mahkota Sayyid Hasan ar-Rida al-Mahdi as-Sanusi  anak saudara Raja Idris, sebagai tahanan rumah. Para pengkudeta lantas mengisytiharkan Libya sebagai negara republik, menggantikan kerajaan.

Selama ini, kekuatan zionis-kristian antarabangsa mengembangkan kepada dua jenis pemerintahan di dunia ketiga, terutamanya di negeri-negeri berpenduduk maoriti muslim. 


Pertama, rejim diktator yang pro Barat dan anti rakyat. Mereka mengendalikan seluruh aspek kehidupan berbangsa dan bernegara dengan berkuku besi, menindas rakyat, dan menjalankan arahan tuan besar AS dan Barat. 

Terkadang pemerintahan dijalankan dalam bentuk monarki, tapi lebih sering dalam bentuk negara republik-demokrasi. Jenis inilah yang paling sering dipakai oleh AS dan Barat. Majoriti negara Arab, Afrika, dan Asia Tenggara termasuk dalam jenis ini.

Kedua,
rejim diktator yang secara lahiriah mempamerkan sikap anti-Barat, anti-zionisme dan imperialism, pro rakyat, bahkan pro-Islam dan pro-Palestin. 

Namun di sebalik sikap tersebut, mereka memainkan peranan sebagai agen pelaksana segala titah AS dan Barat. Mereka memerangi syariat Islam, melarang dakwah dan jihad, dan menjalin konspirasi tersembunyi dengan tuan besar AS dan Barat. 

Secara ‘kulit’, mereka pahlawan Islam dan musuh Barat, namun secara ‘isi’ musuh Islam dan boneka Barat. Jenis ini muncul, misalnya, pada regim Sadam Husain dan Moammar Qaddafi.

Kudeta ‘tanpa kekerasan’ yang dilancarkan oleh Qaddafi dan para perwira tersebut berlangsung sangat halus. Pemerintahan monarki Libya pro-Barat digantikan oleh pemerintahan baru Qaddafi yang ‘anti-Barat’. 


Tujuh bulan setelah kudeta tersebut, hanya dengan mengerahkan 150 tentera bersenjatan pistol, pemerintahan Qaddafi berhasil ‘menutup’ dan ‘mengusir’ dua kekuatan ketenteraan Barat.
Pertama, pangkalan tentera Adam milik UK di bandar Tobruk. Pangkalan tentera ini mengangkut personal, persenjataan, ubat-ubatan, dan perbekalan tentera UK dari kota Tobruk ke Libya Timur, Libya Barat, negara-negara Afrika lainnya dan Teluk Arab. Beberapa markas tentera UK yang terdapat di beberapa wilayah Libya juga ikut ‘ditutup’. 

Kedua, pangkalan tentera AS di kota Huwailis. Pangkalan ini merupakan salah satu pusat komando AS yang kuat untuk menguatkan cengkaman dominasi AS di benua Afrika.

Kejayaan Qaddafi mengusir ‘musuh’ iaitu tentera UK dan AS dari Libya dengan modal 150 pucuk pistol, tanpa seorang pun maut sebagai korban boleh dikata merupakan peristiwa paling menggemparkan dunia. 


Sangat ganjil dan mencurigakan. Pangkalan tentera AS dan UK memiliki kekuatan tentera yang sangat besar dan dahsyat. Fungsinya sangat jelas, mengamankan kepentingan AS-UK di kawasan Timur Tengah dan Afrika,  dan memperkukuh hegemoninya atas kedua kawasan tersebut. 

Mungkinkah kedua pangkalan tentera tersebut beserta markas-markas tentera lainnya di seluruh negeri Libya rela diusir? Mungkinkah pangkalan-pangkalan tentera tersebut sudah bosan menjalankan misinya? Ataukah ada sandiwara dan konspirasi tersembunyi yang membawa misi zionis dan kristian internasional di sebalik kudeta tak berdarah dan pengusiran tentera asing dari Libya ini?

Seorang yang berakal sihat tentu telah mengetahui jawapannya. Qaddafi hendak dinampakkan oleh kekuatan zionis dan kristian antarabangsa sebagai PAHLAWAN REVOLUSI yang akan membawa dunia Islam kepada kejayaan, kemerdekaan, kebebasan, kemakmuran, dan perlawanan terhadap Barat. Itulah langkah awal pembangunan citra Qaddafi. 


Seterusnya ia akan memainkan peranan yang pernah dimainkan oleh diktator Yahudi Turki Musthafa Kamal Pasya Ataturk atas senario dan arahan pengarah kekuatan zionis dan kristian internasional. Dahulu Musthafa Kamal dimunculkan sebagai perwira bijak yang berhasil mengusir tentera Barat dari Turki, tanpa pengorbanan sebutir peluru pun. 

Ia adalah pahlawan revolusi, pengusir penjajah Barat, dan pembangun Turki modern. Lalu perjalanan waktu membuktikan peranannya sebagai boneka zionis-kristian untuk memerangi syariat Islam dan menanamkan sekulerisme di dunia Islam. Sungguh sebuah konspirasi yang sangat jijik dan keji untuk memerangi Islam dan kaum muslimin.Pejuang Muda


Gagak wariskan 'dendam' pada keturunannya

http://halimlading21.files.wordpress.com/2010/11/gagak.jpgSatu penyelidikan yang dilakukan selama 5 tahun terhadap gagak-gagak yang tinggal di kawasan Seattle, Washington, Amerika Syarikat menunjukkan bahawa burung gagak boleh mengingat mana ‘manusia yang berbahaya’ bagi keselamatannya.

Hebatnya, burung ini boleh memberitahukan informasi ini pada anak-anaknya serta gagak-gagak lain.

Menurut John Marzluff, profesor dari University of Washington, kemampuan ini telah membantu spesies itu beradaptasi dengan berjaya serta berkembang biak bersama dengan manusia.

“Perilaku setiap individu manusia terhadap haiwan sangat berbeza dan berubah-ubah,” kata Marzluff, seperti dipetik dari ABC, 30 Jun 2011. 
 
“Berhubung manusia sering hadirkan ancaman bagi haiwan, kemampuan mempelajari perilaku sosial ini sangat berguna bagi haiwan,” katanya.

Pada percubaan, penyelidik menggunakan topeng lalu menangkap, mengikat kemudian melepas 7 sehingga 15 ekor burung di 5 kawasan yang berbeza di Seattle. 
 
Untuk mengetahui kesan penangkapan tersebut, selama 5 tahun kemudian, dilakukan pengkajian terhadap perilaku burung itu terhadap orang-orang yang melintas di kawasan lokasi penangkapan.
Penyelidik menggunakan topeng ‘penjahat’ atau topeng yang mereka pakai semasa menangkap para burung. Setelah itu mereka membandingkannya dengan menggunakan topeng lain yang tidak ada kaitannya dengan penangkapan tersebut.

Dalam 2 minggu setelah penangkapan, rata-rata 26 peratus gagak ‘memarahi’ orang yang menggunakan topeng penjahat. Gagak ini mengganggu orang itu dengan mengepakkan sayap dan mengibaskan ekornya. Kadang, tindakan gagak yang pernah disakiti itu dibantu oleh gagak-gagak lain yang bergabung dan mengerumuni ‘penjahat’ tersebut.

Setelah lebih dari setahun, lebih dari 30 peratus menyerang orang yang memakai topeng penjahat. Angkanya malah meningkat lebih dari dua kali ganda, iaitu mencapai 66 peratus setelah tiga tahun dari waktu penangkapan terhadap gagak.

Marzluff menyebutkan, kawasan di mana gagak menyerang manusia yang menggunakan topeng ‘penjahat’ juga semakin meluas. Namun demikian, tidak ada perubahan pada perilaku gagak terhadap manusia yang menggunakan topeng ‘baik-baik’.