Tulahan : PRN Sarawak - Belum pun menang PAS sudah catat kejayaan

Salam,
Penamaan calon bagi pilihanraya Sarawak sudah berlangsung, PAS akan bertanding lima kerusi berbanding satu kerusi semasa pilihanraya Sarawak 2006. Walaupun sedikit berbanding parti dalam PR yang lain, namun bagi penulis sudah memadai.

PAS sebenarnya sudah ada kawasan yang agak kuat di Miri, Sibu dan Bintulu, namun PAS tidak bertanding di kawasan berkenaan kerana memberi peluang kepada parti lain dalam PR berdasarkan jumlah pengundi mengikut kaum.

Semua kerusi yang PAS tandingi jika diikut dari sejarah terletak di bahagian pertama Sarawak atau berdekatan. Sarawak asal sebelum kedatangan James Brooke.


 
Harapan PAS untuk memenangi kerusi untuk kelima-lima kerusi mungkin agak mustahil tetapi untuk mendapat satu atau dua kerusi adalah tidak mustahil terutama di kerusi Beting Maro dan Sadong Jaya.

Majoriti undi yang dimenangi Beting Maro dan Sadong Jaya semasa pilihanraya 2006 walaupun hanya lebih 800 undi tidaklah kecil kerana jumlah pengundinya kecil. Undi asas yang sudah ada bagi PAS berdasarkan pilihanraya 2006 ialah 40.6 % bagi Sadong Jaya dan 40.4 % bagi Beting Maro.

PAS memerlukan tambahan 10 % undi bagi kedua-dua DUN untuk memenangi DUN berkenaan. Tambahan undi boleh dicari dengan kerja kuat petugas PAS di kedua-dua DUN. 10 hari berkempen perlu digunakan sepenuhnya untuk menemui semua pengundi meminta mereka memberi peluang kepada PAS.

Kekuatan PAS di kedua-dua DUN ini ialah calonnya muda dan anak tempatan malah diminati oleh ramai pengundi berbanding calon BN yang tidak disukai pengundi. Pengundi di kedua-dua DUN ini juga sudah biasa dengan parti dari semenanjung sejak tahun 2006 lagi. Malah , PAS sudah ada cawangan di kedua-dua DUN berkenaan.

Rumah panjang yang berada di kedua-dua DUN ini juga sudah boleh menerima kehadiran calon dan petugas berkempen. Berbeza semasa pilihanraya tahun 2006.

Memandangkan jumlah pengundi yang kecil, maka peluang untuk menemui semua pengundi dalam masa 10 hari amat cerah.

PAS juga berpeluang untuk menang di kerusi Subayau yang ditandingi Pesuruhjaya PAS Sarawak Haji Adam Ahid. Memang undi asas untuk PAS hanya 25 % tetapi Haji Adam Ahid bukanlah sebarangan calon. Beliau amat berpengaruh kerana mempunyai keluarga yang besar terutama di Sebuyau, Sebangan, Sungai Apin, Seruyu dan Tebelu.

Peluang PAS di Tanjung Datu dan Muara Tuang amat tipis, hanya keajaiban yang mungkin boleh memenangkan PAS. Undi asas PAS di sini sangat kecil dan kedua-dua calon BN adalah tokoh besar , kaya serta berpengaruh di sini.

Penulis ada juga meletak sikit harapan semasa penangguhan pengumuman calon Muara Tuang kerana kegagalan calon BN mengemukakan penyata pilihanraya lepas. Harapannya, PAS akan menang percuma kerana kesilapan calon BN. Pun begitu dalam hati tak yakin SPR akan beri laluan kemenangan dan ternyata benar SPR sudah diprogramkan untuk bantu BN.

Kes yang sama berlaku di Bukit Selambau Kedah semasa PRU 12, calon PKR gagal kemukakan penyata yang sama. SPR tak tunggu sehingga 1.40 petang sebaliknya tepat jam 11.00 pagi terus batalkan pencalonan calon PKR berkenaan.

Hari penamaan calon di Sarawak, banyak blog yang namakan SPR sebagai celaka kerana terlalu nampak menyebelah. Memang dah banyak kes , SPR ni memang bertindak macam CELAKA.

Walaupun harapan PAS di Muara Tuang dan Tanjung Datu adalah sangat nipis, tetapi PAS sebenarnya sudah mencatat kejayaan besar kerana sudah meletakkan tapak di kedua-dua DUN.

Penulis ada bertanya seorang pimpinan PAS Perak yang bertugas di Muara Tuang tentang keadaan kempen di sana. Pada masa itu hari kedua beliau sampai sebelum hari penamaan calon.

Beliau beritahu PAS tidak ada cawangan di sini, petugas tempatan terlalu kurang, banyak bergantung dari petugas semenanjung. Memang nampak terlalu sukar namun sesuatu yang di luar dugaan adalah pada malam pengumuman calon diisytiharkan juga dua cawangan PAS dapat ditubuhkan.

Esok malam diisytiharkan lagi sebuah cawangan PAS ditubuhkan dan sehingga hari ke tiga berkempen sudah lima cawangan PAS ditubuhkan. Inilah kejayaan sebenar PAS walaupun peluang menang sangat tipis.

Penulis yakin akan lebih banyak cawangan akan dapat ditubuhkan sehingga hari pengundian. Pastinya, PAS tidak akan bermasalah untuk bertanding di Muara Tuang pada pilihanraya akan datang sebagaimana yang berlaku di Beting Maro.

Harapan PAS untuk menang memang sukar tapi akan berlaku pengurangan majoriti yang besar di Muara Tuang. Tak mustahil pada pilihanraya akan datang PAS akan mampu merampas kerusi ini.

Bagi penulis, penambahan cawangan dan pengurusan cawangan adalah perkara penting yang patut di beri penekanan dalam usaha meluaskan sokongan di kalangan rakyat.

Malah bukan sahaja semasa pilihanraya, usaha ini sepatutnya menjadi agenda penting setiap PAS Kawasan di kawasan masing-masing.

Wadah PAS adalah peluang petugas parti sebagai da'i meluaskan medan dakwah dan salah satu cara berdakwah adalah dengan menambahkan mad'u melalui penambahan cawangan.

Syabas kepada PAS Perak kerana berjaya menubuhkan banyak cawangan PAS di Muara Tuang. Tahniah juga kepada semua petugas PAS terutama petugas PAS Perak yang sanggup datang berkempen mengorbankan masa, tenaga dan belanja. Anda hebat sebab tak ramai yang berkemampuan seperti anda.

Wassalam.


Hanya tangan kanan dan al-Quran yang didakap tidak dibakar api

api
Kebakaran di Jl Merpati Selatan 11 RT 1/RW 8, Kelurahan Sukun Kecamatan Sukun Kota Malang, menyaksikan cerita mengharukan.

Jasad Lilik Aminah,70, satu-satunya mangsa korban dalam peristiwa tersebut, ditemui dalam keadaan mengejutkan. Hampir semua bahagian tubuhnya hangus terbakar, kecuali tangan kanan dan sebuah al-Qur'an yang tengah didakapnya.

“Saya melihat tangan kanannya mendakap al-Quran dan buku tuntutan solat. Dan tangan itulah bahagian tubuh yang tidak terbakar,” kata Ichwanto, petugas pemadam kebakaran Kota Malang.

Kapolsekta Sukun AKP Badriyah belum boleh memastikan penyebab munculnya api yang membuat Lilik terkorban. Tidak ada yang mengetahui secara pasti bagaimana keadaan Lilik semasa kebakaran terjadi, memandangkan janda tanpa anak ini hidup sendirian.

Namun menurut beberapa penduduk, pada masa itu terlihat asap mengepul dari bahagian belakang.

“Waktu kami masuk, ibu Lilik sudah dalam posisi kaku telentang di lantai. Beberapa bahagian atap rumah yang rapuh menimpa tubuhnya,” kata Mulyohadi, ahli keluarga yang tinggal di belakang rumahnya.helma02


Kisah Islamnya Parieska

Ketika Hasrat Terhadap Islam Itu Muncul, Abdullah Masih Belia

Abdullah Ramadhan

Ramai orang berketurunan Cina yang tinggal di Bangka Belitung, salah seorang daripadanya ialah Parieska, pemuda yang dilahirkan pada tahun 1987 yang hidup membesar di Bangka. Interaksi antara rakyat Tionghua Bangka dengan Masyarakat Melayu yang rapat dirasainya sejak kecil telah membawa banyak perubahan dalam hidupnya.

“Dua kebudayaan (Melayu dan Tionghua) mempunyai hubungan yang baik, jika orang Melayu merayakan hari lebaran orang Tionghua juga turut serta merayakannya, begitu juga semasa orang Tionghua merayakan Tahun Baru orang melayu turut bersilaturahim. “ cerita Parieska

Pengenalan Parieska, kini 24 tahun, dengan Islam telah bermula sejak berada di bangku sekolah dasar. Ia yang berkeyakinan Kong Hu Chu seamasa itu mengikuti pelajaran Agama Islam kerana sekolah negeri tempat beliau belajar tidak menyediakan pilihan agama dalam kurikulum yang ada.
 
 
Parieska tidak merasa keberatan. Malah beliau merasa senang kerana tak ada perbezaan dalam pelajaran dengan kebanyakan kawan-kawan sekolah yang beragama Islam. 

“Ayah saya orang Budha sedangkan ibu beragama katolik, tidak ada kedua agama tersebut dalam kurikulum sekolah saya.” Ujar Parieska.

Ketika ia mempelajari Islam di sekolahnya, muncullah rasa tertarik terhadap Islam. Bahkan suatu hari ketika mendengar azan maghrib berkumandang ia rasa sangat terpanggil dan ingin ikut melaksanakan ibadah solat.

Beliau sempat mengutarakan keinginannya untuk masuk Islam. Tetapi kerana Parieska masih di sekolah dasar maka keinginannya tidakdianggap serius oleh orang-orang di sekitarnya.

“Mungkin saya masih kanak-kanak” kenangnya

Lulus sekolah dasar, Parieska melanjutkan pelajaran di SMP Swasta. Di sana ia mempelajari agama yang dianuti ibunya, Katholik. Namun, pelajaran Islam yang dipelajarinya semasa di sekolah dasar begitu memberi kesan, hingga Parieska berdebat mengenai konsep triniti dalam agama tersebut dengan salah seorang guru agamanya.

Sejak ia mempelajari Katolik, ia ditawari untuk masuk Katolik. Gurunya mengatakan bila Parieska masuk Katolik maka ia tetap diperbolehkan melaksanakan ibadah agama Budha.

“Mereka menganggap Konghucu sama dengan katolik, dengan menjanjikan kebebasan bagi orang Tionghua dalam menjalankan ibadahnya serta diikuti dengan ibadah digereja. Jadi kedua agama itu tidak ada yang beza," tutur Parieska.

Namun otak Pareieska sukar menerima logik itu kerana beliau meyakini tuhan kedua agama itu jelas berbeza. Kesedaran itu ada dalam diri Parieska semasa masih di SMP.

Kegemarannya membaca buku juga ikut membantu pencarian Parieska. Ia tak pernah berhenti mencari ilmu agama Islam. Ia mempelajari Agama Islam dari Literatur, buku pelajaran hingga ke majalah-majalah Islam.

“Saya banyak membaca mengenai kisah hidup orang-orang yang memilih Islam, juga kisah tentang tokoh-tokoh besar yang masuk Islam. Yang semakin memotivasi saya” cerita Parieska.

Banyaknya ilmu yang diperolehi membuatkan ia makin yakin dengan ajaran Islam. Beliau juga tidak mendapat jawapan rasional mengenai ajaran Triniti, hasrat untuk masuk Islam semakin kuat. Sedangkan pada masa itu beliau masih terlalu muda.

“Sewaktu berada di SMP saya pernah nekad masuk mushola, kerana rasa keinginan saya terhadap Islam” ujar Parieska.

Perasaan ingin tahunya akan kebenaran Islam seolah terjawab oleh mimpinya

"Semasa itu saya mimpi sujud ke arah kiblat dengan berlinangan air mata, ketika itu saya merasa sangat tenang dan hati saya sejuk. “ kenang anak kedua dari tiga bersaudara ini

Tangis dalam mimpinya ternyata betul-betul terjadi. Lantas Parieska terbangun dan mendapati beliau sedang menangis. Setelah kejadian yang aneh itu, Parieska pun menceritakan kepada salah seorang kawan disekolahnya.Kawannya sangat menyokong keinginan Parieska untuk memeluk Islam, bahkan ia menyuruh Parieska untuk segera melaksanakan niatnya itu.

“Saya ingat kawan saya berkata ‘Parieska kalau kamu ingin masuk Islam segeralah laksanakan, jangan tungggu lama-lama kerana umur tidak ada yang tau, boleh sahaja kamu mati esok dan kamu akan rugi dan sangat menyesal’ perkataan itu yang membulatkan tekad saya” kenangnya

Semasa itu juga Parieska menyampaikan keinginannya memeluk Islam kepada salah seorang guru agama Islam di sekolahnya. Tanpa menunggu lama akhirnya Parieska mengucap dua kalimat syahadat di hadapan kawan-kawan nya. Peristiwa penting berlaku tepat tiga hari sebelum hari lebaran.

“Ketika itu kawan-kawan serta guru saya menangis terharu, saya merasa bahagia telah menjadi sebahagian dari orang-orang Islam” Ujar Parieska

Setelah rasmi menjadi seorang Muslim, Parieska mengganti namanya menjadi Abdullah Ramadhan.

Keputusan besar dalam hidupnya itu segera diceritakan kepada orang tuanya, Ayahnya tidak menyalahkannya kerana ia dianggap sudah dewasa. Tetapi tidak bagi ibunya yang sangat menentang keputusan Abdullah.

“Setiap kali belajar bacaan solat saya selalu mengurung diri di bilik agar tidak terganggu, tetapi ibu saya juga tidak pernah menyerah untuk menghalang saya mempelajari Islam, acapkali ia menendang pintu bilik saya.” Kenang Abdullah

Dengan tekad kuatnya untuk terus mempelajari Islam, Abdullah berusaha walaupun mendapat tindakan buruk dari ibunya. Namun tak ada sedikitpun rasa benci terhadap ibu yang menentangnya

"Saya tidak mahu menjadi anak yang durhaka. Keinginan saya adalah mangajak ibu memeluk Islam.” Lanjutnya

Walaupun sering mendapat tekanan dari ibunya, Abdullah tetap menunjukkan sikap anak yang berbakti kepada orang tua, tidak pernah ia membentak atau berlaku tidak sopan. Hal itulah yang membuat orang tuanya boleh menerima Abdullah sebagai muslim.

Ilmu agama yang telah diperoleh Abdullah membuatnya mampu mengajak kakaknya untuk memeluk Islam di tahun 2005.

“Tidak hanya kakak saja, adik saya yang baru pulang setelah menjalankan misi gereja saya ajak berdialog mengenai Islam dan akhirnya ia memilih Islam. Alhamdulilah kami bertiga sudah Islam” ujarnya.

Tidak ada kata berhenti bagi Abdullah dalam mempelajari Islam, pada masa ini ia telah menghafal 2 juz al-Quran. Hanya satu keinginan besar Abdullah yang ingin ia tunaikan iaitu mengajak orang tuanya masuk Islam. Ia mengaku akan berusaha mencapai impiannya setelah merasa cukup ilmu serta mampu membantu kedua orang tuanya.voa-Islam


Binatang-binatang terpantas

1. CHEETAH - 70 Mil/jam (112 Km/jam)


Cheetah adalah binatang terpantas yang hidup di daratan, boleh mencapai kelajuan 112 km/jam sampai 120 km/jam hanya pada lintasan sepanjang 460m (500yard), kemampuannya juga tidak boleh ditandingi binatang apapun, cheetah boleh mencapai kelajuan dari 0 km/jam sehingga 110 km/jam hanya dalam waktu 3 saat!!

2. ANTELOP - 61 Mil/jam (80 Km/jam)

Binatang ini juga dikatakan sebagai binatang darat kedua terpantas di dunia, kelajuan maksima binatang ini sangat sukar untuk dipastikan secara akurat, kerana setiap ekor binatang ini mempunyai kemampuan yang berbeza beza, binatang ini juga mempunyai kemampuan sprint lebih lama kerana dibantu ruang paru paru dan jantung yang lebih besar.

3. WILDEBEEST - 50 Mil/jam (80 Km/jam)

Wildebeest adalah binatang yang bergantung hidupnya pada kelajuannya untuk menghidar dari pemangsa, binatang ini adalah makanan kesukaan kucing besar, habitat Wildebeest terletak di daratan terbuka Afrika, binatang ini adalah komuniti terbanyak yang boleh hidup sehingga 20 tahun


4. SINGA - 50 Mil/jam (80 Km/jam)

Raja dari segala pemburu, Singa, tidak perlu mempunyai kepantasan untuk menjadikan dirinya sebagai yang terbaik di antara yang terbaik, dalam berburu untuk meneruskan hidupnya, kebanyakannya dilakukan oleh singa betina, namun singa jantan yang boleh berlari mencapai kelajuan 80km/jam

5. RUSA THOMPSON - 50 Mil/jam (80 Km/jam)

Dinamai sempena nama manusia yang menemuinya, Joseph thompson, Rusa Thompson diakui di dunia sebagai rusa terbaik, baik dari segi bentuk fizikal, kepantasan, juga kecerdikannya dibanding jenis rusa lainnya, dalam rangka menghindari musuh utamanya cheetah, rusa ini boleh mencapai kelajuan 80 km/jam disertai dengan pergerakan zigzag yang mengelirukan, rusa ini juga mempunyai ketahanan lebih baik dari cheetah (ibarat motor, rusa thompson bahan bakarnya lebih berkualiti).

6. KUDA - 47,5 Mil/jam (76 Km/jam)

Jenis kuda tercepat adalah Quarter Horse, mendapatkan namanya “quarter’ kerana dalam pacuan kuda boleh memimpin pacuan hampir seperempat panjang trek (misal lintasan 100 m, kuda ini boleh menamatkan 25 meter di depan peringkat ke dua) dari kuda jenis biasa lainnya, kuda ini boleh mencapai kelajuan maksima 76 km perjam.

7. RUSA BESAR - 46 Mil/jam (73,6 Km/jam)

Rusa ini sering dianggap sebagai rusa terbesar kedua didunia, dan juga salah satu mamalia terbesar di amerika utara dan asia timur, berbeza dengan binatang berkelajuan tinggi lainnya, binatang ini menggunakan kelajuannya untuk menghindari pemangsa, tapi bagaimanapun, melihat ukuran dan kepantasannya, banyak pemangsa sekalipun lapar, lebih suka memendamkan niatnya untuk memburu rusa ini.

8. ANJING PEMBURU - 45 Mil/jam (72 Km/jam)

Anjing ini menggabungkan antara kepantasan dan kecerdikan dalam memburu mangsanya, mereka berburu secara berkumpulan dan sangat berorganisasi, salah seekor daripada anjing ini mengarahkan mangsanya ke satu tempat, dan ajing lainnya siap menyerang silih berganti sehingga mangsa tak berdaya.

9. COYOTE - 43 Mil/jam (68.8 Km/jam)


Coyote menggunakan kepantasannya untuk berburu binatang kecil seperti kelinci, tikus-tikus, tupai, rusa dan ternak.Binatang pemakan daging ini, hidup berkumpulan, dan memburu sepanjang musim.

10. RUBAH - 42 Mil/jam (67.2 Km/jam)

Rubah adalah pemburu yang memakan daging dan sayur sayuran. Binatang ini menggunakan kepantasan untuk berburu kelinci, tikus-tikus, malah burung-burung.jelajahunik

7 air terjun tertinggi di dunia

7.Yosemite Falls, USA

Dengan ketinggian 739 meter (2.425 kaki), Yosemite Falls yang terkenal di dunia kerana air terjun tertinggi di Amerika Utara dan terletak di Yosemite National Park.

6.Mutarazi Falls, Zimbabwe

Terletak di lembah Honde Zimbabwe dengan ketinggian 762 meter (2,499 kaki)

5.Gocta Cataracts, Peru

Terletak di daerah di wilayah Chachapoyas Amazona, Peru dengan tinggi 771 meter (2,532 kaki)

4.Mongefossen, Norwegia


Dengan ketinggian 773 meter (2,535 kaki) terletak di utara rauma railway

3.Ramnefjellsfossen, Norwegia

Dengan ketinggian 818 meter (2,685 kaki), air terjun ini mengisi tasik Lovatnet yang indah

2.Tugela Falls, Africa Selatan


Air terjun kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian 948 meter (3,110 kaki), menurun dari tebing curam di Drakensberg (Dragon's Mountains) di dalam Royal Natal National Park
1.Angel Falls, Venezuela


Air terjun tertinggi di dunia dengan ketinggian 979 meter (3.212 kaki), terletak di Canaima National Park

Surabayacybercity


Inikah yang akan manusia alami di dunia masa depan


Anda make-up dengan kadar sangat cepat


Komputer akan memberi hukuman kalau anda membuka laman haram


Doktor boleh memeriksa tulang manusia tanpa bantuan X-Ray



Kita boleh menukar penyanyi kegemaran tanpa menukar channelnya


Bas akan digantikan oleh basikal roda satu


Alat khas untuk pesakit selsema


Boleh meluncur di tandas


Robot yang membantu anda untuk bersukan sambil tidur


Anda tidak lagi membawa beg, tapi beg yang membawa anda
hermawayne

10 hasil laut terbesar pernah ditangkap

10. Largest Black Sea Bass - 400 lbs.


9. Largest Barracuda - 95 lbs.

8. Largest Marlin - 1656 lbs.


7. Largest Squid - 26 feet


6. Largest Crab - 15 kg


5. Largest Whale Shark - 21 feet


4. Largest Eel - 5 feet 3 inches


3. Largest Salmon - 89 lbs.


2. Largest Stingray - 256 kg


1. Largest Catfish - 9 feet



Top.20lists.com


Kisah tiga anak diktator Arab

Ada pepatah Arab yang menyebut ‘Anak lelaki adalah mereka yang berkata, inilah saya, bukan ayah saya atau datuk saya.’ Maksudnya, anak lelaki yang sebenar adalah mereka yang tampil dengan kebolehan sendiri, samada dia seorang yang berani, bijak, kaya, berpengaruh, disegani, berpangkat semuanya kerana dirinya.

Bukanlah seorang anak lelaki kalau setakat dia berbangga dengan sejarah silam keluarganya samada ayahnya atau datuknya atau sesiapa sahaja. Kalau diri sendiri tak memiliki apa-apa tapi sekadar bersandar dan bergantung dengan pengaruh keluarga.

Banyak kali saya mendengar pepatah ini diucapkan oleh sahabat-sahabat sekuliah dulu dan saya amat tertarik dengan maksudnya agar kita tampil sebagai seorang individu yang hebat dan berdikari.

Gamal Mubarrak
Krisis politik yang berlaku di beberapa Negara Arab membuka mata kita bagaimana hebatnya pengaruh seorang anak lelaki di belakang seorang bapa yang telah berpuluh tahun bertakhta di puncak kuasa sekalipun dibenci oleh rakyat sendiri.

Gamal Mubarak atau nama sebenarnya Gamal Al Din Mohammed Hosni Sayed Mubarak seketika pernah menjadi sebutan kerana kekayaan dan pengaruhnya di belakang bapanya bekas Presiden, Hosni Mubarak sehingga beliaulah dikatakan individu yang dipersiapkan oleh ayahnya untuk mengambil alih kepimpinan Negara. 

Usaha untuk mempersiapkan Gamal sebagai Presiden dalam pembikinan dimulakan secara serius sekitar tahun 2000. Dengan ketiadaan jawatan Naib Presiden dalam struktur pemerintahan Mesir memudahkan tumpuan media beralih kepada Gamal disamping bapanya Hosni.

Walaupun berkali-kali pernah menafikan bahawa beliau bercita-cita ke puncak kuasa, tetapi dengan posisinya sebagai Timbalan Setiausaha Agong parti pemerintah NDP di samping mengetuai Komiti yang menentukan polisi parti, satu komiti terpenting dalam NDP, penafian ini sukar dipercayai oleh kebanyakkan rakyat Mesir.

Penganalisis politik meletakkan tanggungjawab bahawa kekacauan politik dan ekonomi Mesir ketika hari-hari terakhir kekuasaan Hosni adalah direncanakan dan diatur oleh Gamal dan kawan-kawan rapatnya yang berkepentingan dengan mengambil alih kedudukan penasihat politik kepada ayahnya, mengasingkan ayahnya daripada orang ramai dan beliaulah yang menulis ucapan perletakkan jawatan ayahnya mengenepikan ucapan yang telah didrafkan oleh Timbalan Presiden.

Pada 28 Februari 2011, Akhbar Egyptian Daily, Al Ahram melaporkan satu senarai panjang akaun bank yang didakwa dimiliki oleh Gamal. Al Ahram melaporkan Ketua Pendakwaraya Mesir menerima laporan mengenai sejumlah wang luar biasa yang telah didepositkan ke dalam akaun-akaun tersebut yang diyakini milik anak lelaki bekas Presiden ini.

Semua akaun milik keluarga Mubarak ini telah menerima arahan pembekuan dari Pejabat Pendakwaraya Mesir termasuklah milik Gamal dan Mahkamah Rayuan Mesir memutuskan tarikh pada 5 Mac 2011 untuk semakan semula perintah pembekuan ini tetapi dijangkakan arahan pembekuan ini akan dikekalkan.

Uday Saddam Hussein
Sebelum ini ketika menuntut di Iraq saya selalu diceritakan berkenaan anak lelaki sulong Presiden Saddam Hussein dan isteri pertamanya Sajida Tulfah, Uday Saddam Hussein al-Tikriti. Dilahirkan 18 Jun 1964 ketika bapanya sedang dipenjarakan. Asalnya beliau dilihat sebagai bakal penganti bapanya, tetapi perlakuan buruk, salah laku seks, perlakuan jenayah serta hubungan renggangnya dengan adik beradik yang lain meminggirkannya dari peranan penting Negara.

Uday menamatkan pengajian peringkat menengah dengan markah tertinggi luar biasa yang tak pernah dicapai oleh sesiapa, 100 % dari kesemua 6 subjek! Realitinya, guru yang mengajar diarahkan mengurniakan markah istimewa kerana beliau anak Presiden dengan markah penuh bagi semua subjek sekalipun Uday menghantar kertas jawapan kosong dalam peperiksaan!

Memasuki Kuliah Perubatan, Universiti Baghdad tetapi Uday hanya belajar di kuliah tersebut selama 3 hari sebelum bertukar ke Kuliah Kejuruteraan, Universiti Baghdad. Saya sangat pasti ramai di kalangan pensyarah yang menarik nafas lega dengan pemergian Uday.

Semasa di kuliah Pergigian, Universiti Baghdad dahulu, antara teman sekelas saya adalah anak lelaki Tariq Aziz, bekas Perdana Menteri Iraq dan bekas Menteri Luar Iraq. Saya dapat rasakan bagaimana ketatnya kawalan keselamatan untuk seorang anak Perdana Menteri, apatah lagi untuk Uday, anak seorang Presiden.

Di Kuliah Kejuruteraan, sebagaimana dijangka, sekali lagi beliau berjaya menamatkan pengajian dan muncul sebagai pelajar terbaik dari seramai 76 pelajar di kelasnya! Tentu sekali kedudukannya sebagai anak lelaki Presiden mewajibkan pensyarah mengurniakan markah penuh kepadanya sekalipun beliau lebih banyak ponteng dari hadir ke kuliah!

Tahun 1988, ketika penganjuran satu parti yang dihoskan oleh Suzanne Mubarak, isteri bekas Presiden Hosni Mubarak, Uday terlibat dalam jenayah besar pertamanya, membunuh pembantu peribadi bapanya merangkap tukang rasa makanan (food tester) Kamel Hana Gogeo.

Ada dakwaan yang mengatakan, ia adalah arahan ibunya Sajida Tulfah kerana Gogeo bertanggungjawab memperkenalkan seorang wanita bernama Samira Shahbanbar kepada bapanya yang akhirnya menjadi isteri kedua Saddam. Bagi Uday, hadirnya Samira dalam keluarganya telah merampas hak ibunya.

Ekoran pembunuhan ini, Uday telah dijatuhkan hukuman penjara selama 8 tahun.
Tetapi atas permintaan peribadi Raja Hussein Jordan, Uday telah diampunkan oleh Saddam hanya setelah 3 bulan sahaja menjalani hukuman penjara. Kemudian Uday dihantar ke Switzerland sebagai pembantu duta Iraq di Swiss.

Ekoran satu perlakuan jenayah yang dilakukan apabila Uday menikam seorang rakyat Swiss di sebuah restoren, beliau telah dihalau keluar oleh kerajaan Swiss.
Jenayah kedua Uday.

Berkahwin dengan anak perempuan Izzat Ibrahim Ad Douri, Naib Presiden Iraq yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Revolusi Iraq. Isteri beliau kemudiannya diceraikan.

Memiliki dan menguasai akhbar harian Iraq, Babel dan saluran stesyen TV tempatan, As Shabab TV serta memegang tugas sebagai Presiden Majlis Olimpik Iraq dan Presiden Persatuan Bolasepak Iraq, Uday kelihatan begitu berkuasa tanpa dapat dibantah oleh sesiapa.

Selaku Presiden Majlis Olimpik Iraq dan Presiden Persatuan Bolasepak Iraq, sebuah Negara dengan rakyat yang sangat fanatik terhadap sukan bolasepak, Uday meletakkan sasaran wajib menang apabila pasukan bolanya atau atlit Iraq beraksi .

Kekalahan bermakna mereka akan dihukum dan didera, kepala akan dibotakkan. Atlit-atlit yang gagal untuk menang akan dirotan di tapak kaki, lokasi yang mendatangkan kesakitan yang ekstrem tetapi tidak meninggalkan bekas.

Uday akan memberikan arahan bertulis tentang berapa kali bilangan rotan yang sepatutnya diterima oleh seorang atlit berdasarkan tahap kegagalan mereka. Atlit-atlit yang gagal akan dipanggil dengan panggilan monyet dan anjing, suatu penghinaan yang amat memalukan bagi orang-orang Arab.

Kegagalan memasuki pusingan akhir Piala Dunia 1994 menyebabkan sebahagian pemain dipenjarakan dan dipaksa menyepak bola yang dibuat daripada konkrit! Kekalahan 4-1 di tangan Jepun ketika pusingan akhir Piala Asia 2000 di Labenon ternyata menjadi petaka buat penjaga gol, Hashim Hassan, pemain pertahanan, Abdel Jabbar dan penyerang, Qahtan Chatir apabila mereka dipersalahkan dan diseksa selama 3 hari oleh pengawal-pengawal Uday.

Selalu juga diceritakan bagaimana gadis-gadis Iraq ramai yang dilarikan untuk menjadi mangsa kebuasan nafsu Uday, tanpa pernah diadili. Ada yang akhirnya membunuh diri atau dibunuh keluarga sendiri untuk menutup aib.cubacuba mencederakan anak lelaki Presiden dan menentang kepimpinan Saddam.

Dalam satu tragedi sadis, seorang wanita muda yang sedang berjalan bersama suaminya diganggu Uday dan diajak untuk melakukan hubungan seks di mana Uday menghina suami wanita tersebut sebagai anjing yang tidak memiliki apa-apa, sedangkan dirinya seorang lelaki hebat, beruniform tentera, memiliki harta dan kekuasaan.

Apabila wanita tersebut enggan, Uday mengarahkan pengawalnya menangkap wanita tersebut, suaminya yang mempertahankan isterinya dibelasah teruk oleh pengawal-pengawal peribadi Uday. Wanita tersebut dirogol dan dibunuh, suaminya juga dijatuhkan hukuman bunuh atas tuduhan

Antara kegemaran pelik Uday adalah memelihara binatang buas seperti singa, cheetah dan harimau di rumahnya. Singa selalunya menjadi lambang kegagahan dan keberanian sehingga ada yang menamakan anak lelaki mereka dengan nama ‘Haidar’ bermakna anak singa.

Uday Saddam pernah membelasah sehingga tidak sedarkan diri seorang pegawai tenteranya yang enggan membenarkan beliau menari bersama isterinya. Pegawai tentera tersebut akhirnya meninggal dunia di hospital. Ada anggota tentera yang tidak memberikan tabik hormat kepadanya juga ada yang ditembak mati.

Bertongkat keluar dari hospital setelah terselamat cubaan bunuh
Satu tragedi hitam telah berlaku sekitar Disember tahun 1996 di Wilayah Mansour, Baghdad ketika beliau sedang memandu Porsche di mana satu serangan hendap bertujuan membunuh Uday berlaku.

8 butir peluru yang singgah di tubuhnya menyebabkan kecederaan parah kepada anak lelaki sulong Saddam ini sehingga memaksa satu pasukan pakar bedah diterbangkan dari Francis ke Hospital Ibnu Sina, Baghdad untuk berusaha menyelamatkan nyawa beliau.
akan lumpuh.

Beberapa pembedahan berulang kali dilakukan untuk mengeluarkan peluru tetapi satu peluru masih melekat di tulang belakangnya yang terlalu hampir dengan saraf tunjang dan tidak dapat dikeluarkan. Beliau pulih walaupun terpaksa bertongkat. Jangkaan awal beliau

Rumah lokasi terakhir Uday menghirup udara dunia

Wajah Uday setelah terbunuh
Terselamat dalam serangan pertama dan setelah melalui pelbagai episod hitam dalam hidupnya, tanggal 22 Julai 2003 adalah hari terakhir Uday melihat matahari apabila beliau terbunuh dalam serangan hendap anggota marin US di sebuah rumah yang terletak di daerah Mousul, bahagian utara Iraq.
Saif Islam Gaddafi
Anak lelaki Muammar Gaddafi, Saif al-Islam Muammar al-Gaddafi yang tegar memberikan amaran bahawa bumi Libya akan digenangi dengan darah para penentang ayahnya sekiranya mereka terus berdegil untuk meneruskan demonstrasi menentang kepimpinan ayahnya yang telah 42 tahun berkuasa.

Seorang jurutera berkelulusan Al Fateh University, Tripoli.Ekoran dakwaan ini, LSE berhadapan dengan tekanan untuk menarik balik penganugerahan ijazah tersebut. Ijazah PhD beliau dari London School of Economic (LSE) pada 2008 menjadi pertikaian ekoran ada dakwaan ‘plagiarism’ pada thesis PhD beliau.

Plagiarism didefinisikan sebagai ‘The practice of taking someone else's work or ideas and passing them off as one's own’ (mengambil hasil kerja atau idea orang lain kemudian mendakwanya sebagai milik sendiri).

Beliau merupakan anak lelaki kedua Gaddafi. Ibunya isteri kedua Gaddafi, Safia Farkash. Saif pernah menjalinkan hubungan romantik pada 2006 dengan artis Israel, Orly Weinermen.

Gaya hidup mewahnya ketara apabila pernah menganjurkan parti sambutan hari lahir ke 37 pada 2009 Montenegro dengan tetamu kenamaan seperti Prince Albert of Monaco, Peter Munk dan Oleg Deripaska. Parti yang sama pernah dianjurkan di St Tropez dan Monaco.

Saif adalah Presiden Persatuan Kebangsaan Libya bagi Pengawalan Dadah dan Narkotik serta mengasaskan Yayasan Kebajikan Antarabangsa Gaddafi yang pernah terlibat dalam misi pembebasan tebusan dan perbicaraan kes jururawat asing yang dituduh terlibat dalam penyebaran HIV di Libya.

Kerap kali mewakili bapanya dalam beberapa misi diplomatic dan hubungan awam sehingga kelihatan beliaulah yang dipersiapkan sebagai peneraju Negara seterusnya walaupun beberapa kali menafikannya.

Dalam interview dengan agensi berita ABC News, dengan kerasnya beliau menafikan bahawa bapanya membunuh orang awam sambil memberikan amaran bahawa protes yang membawa kepada perang saudara ini.

Beliau juga mendakwa bahawa Libya sebenarnya masih ‘aman’ dan seluruh rakyat sayang dan cintakan bapanya Gaddafi sambil menyalahkan Al Jazeera, BBC News dan Al Arabiya atas laporan putar belit dan tidak mengambarkan situasi sebenar di Libya.
mengakibatkan tiada lagi perdagangan, tiada minyak dan Negara akan diambil alih oleh orang asing.Dr. Azman Ibrahim

Makhluk raksasa ditemui di Syney , mungkin sama seperti makhluk misteri ini ......sambungan.......

7. Bunyip.


Ciri-ciri:
  • Ekornya seperti kuda.
  • Mempunyai sirip.
  • Taringnya seperti singa laut.
  • Sesetengah orang mengatakan mempunyai tanduk.
  • Dalam legenda dikatakan makhluk ini memerangkap mangsanya untuk memasuki paya, danau atau sungai tempat dimana monster ini tinggal
  • Bunyinya seperti tangisan ketika malam hari sewaktu mencari mangsa.
Bunyip yang bererti iblis atau roh jahat adalah makhluk mistik yang berasal dari cerita rakyat Australia. Berbagai gambaran dan penjelasan tentang makhluk ini telah diberikan sejak zaman kolonial di Australia.

Makhluk yang tercatat dalam Mythologi Aborigin ini juga dipastikan adalah jenis binatang yang hampir pupus..

Pada tahun 1846 dijumpai tulang belulang di dalam sungai Murrumbidgee yang berada di New South Wales. Beberapa pengkaji menyimpulkan bahawa tulang tersebut adalah milik makhluk yang belum pernah diketahui oleh pengkaji mana pun.

Pada tahun 1874, tulang yang dikatakan tulang Bunyip dipamerkan di Australian Museum (Sydney) selama dua hari dan akhirnya dicuri dari museum itu.

The Great Bunyip adalah kawasan yang dipercayai sebagai tempat tinggal Bunyip. Kawasan paya-paya di sekitar Greta,Victoria Australia. Penduduk tempatan sering mendengar raungan keras yang misteri yang datang dari rawa tersebut.

Pernah suatu ketika paya tersebut dikeringkan demi mencari makhluk ini,. dan akhirnya suara suara misteri tersebut hilang.Beberapa orang percaya bahawa bunyip pindah ke kawasan lain sebagian lainnya mengatakan bahawa bunyip akan mati jika habitatnya dimusnahkan.

Diperkatakan, bahawa bunyip adalah sebahagian dari mahluk Cryptozoologi seperti diprotodon atau jenis binatang megafauna lainnya yang sepatutnya telah pupus 50 ribu tahun yang lalu.

Jeritan Possum atau Koala sering dikatakan raungan bunyip,. suara Barking Owl (sejenis burung hantu) kadang juga disalah tafsir sebagai suara bunyip kerana bunyi spesies burung yang tinggal di hutan dekat danau ini mirip dengan tangisan wanita atau anak anak yang menakutkan.

Tapi mustahil suara tersebut boleh disalah tafsir oleh orang-orang aborigin kerana suku asli Australia ini tahu betul dengan suara suara binatang tersebut.

Kesimpulan sementara,bunyip adalah salah satu jenis Quinkana. Binatang seperti buaya yang hidup di masa pra-sejarah yang sepatutnya pupus 40 ribu tahun yang lalu.

8. Megalodon.


Ciri-ciri:
  • Ikan Hiu saiz besar
Nenek moyang dari Great White Shark ini hidup sekitar 1-25 juta tahun lalu dan memiliki panjang badan kira-kira 40 hingga 60 meter!! bandingkan dengan hiu putih terbesar yang hanya mempunyai panjang 15-20 meter. 
 
Sebenarnya Megalodon yang dikatakan masih hidup ini belum pernah ditemui dan didokumentasikan. Namun, menurut para ahli biologi dan marin arkeologi bahawa mereka masih boleh menemui tinggalan gigi dari Megalodon di dalam laut, dan fossil gigi megalodan yang paling muda masih berumur antara 10,000-15.000 tahun yang lalu.

Bagi skala evolusi dan fossil umur 10.000 tahun ini masih termasuk “baharu'" dibanding zaman dinosaur yang telah pupus ratusan bahkan jutaan tahun yang lalu.

Banyak ahli Cryptozoology percaya jika Megalodon masih ada di dunia, jumlahnya sangat-sangat sedikit dan hidup di perairan dalam yang jarang ditemui manusia.

9. Belum ada nama


Baru-baru ini, ahli dari kumpulan perubatan dan kehakiman Moskwa telah melakukan penentuan untuk ke lima kalinya terhadap satu mayat misteri sepanjang 25 cm.

Ahli pengkaji dari Rusia yakni W. Chernoburov mengatakan bahawa mayat ini tidak termasuk dalam organisme apa pun yang sudah diketahui, sebab mereka tidak berjaya menemui molekul DNA ini. Oleh itu mayat ini dinamakan “Makhluk luar angkasa Ural”

Menurut laporan, bahawa mayat misteri ini ditemui pada musim panas tahun 1996 oleh seorang wanita tua di kawasan Ural, Rusia.

Ketika itu, mahluk kecil ini masih dalam hidup, kepalanya seperti bawang yang terbungkus, tidak mempunyai telinga, matanya besar seperti mata kucing, tidak boleh bercakap, hanya boleh meringit. Wanita tua yang menemuinya telah membawanya pulang, namun tidak lama kemudian makhluk kecil ini mati.

Sepasukan pengkaji Rusia kemudian pergi ke kawasan Ural, dengan maksud untuk mengkaji mayat makhluk misteri ini. Namun, malang wanita tua tersebut menemui ajalnya dalam satu kemalangan, dan mayat makhluk misteri itu pun ikut lenyap.

Awalnya dicurigai sebagai janin yang keguguran. “mayat angkasa luar” yang hilang ini kemudian ditemui oleh mantan polis Bendelyn.

Tenyata Bendelyn menangkap seorang yang disangka pencuri kabel setempat, dan menyita bungkusan yang dibawanya, dari bungkusan itu ia menemui mayat makhuk aneh berbentuk mummi.

Doktor bidang urologi (bahagian penyakit saluran ) yakni Uskever, adalah doktor pertama yang melakukan pemeriksaan terhadap mayat makhluk misteri ini. Ia berkata, bahawa mayat makhluk berbentuk mummi ini sama besarnya dengan janin manusia yang berusia 20 minggu.

Dan menurut doktor genekologi dan sakit puan setempat bahawa mayat ini mungkin janin yang belum matang pembesarannya atau janin yang gagal. Polisi setempat mulai percaya bahawa itu adalah janin manusia, dan yang ia dikatakan adalah kes keguguran yang sama.

Namun, Bendelyn memutuskan meminta pakar perubatan untuk melakukan pemeriksaan mayat secaramendalam , memastikan apakah ia janin yang mati keguguran atau janin yang sengaja digugurkan.

Pakar autopsi mayat memastikan bahawa itu adalah pembentukan makhluk hidup baru. Ketua bahagian anatomi dari hospital setempat iaitu Shamohikyn telah melakukan pemeriksaan yang teliti terhadap makhluk misteri ini.

Dan secara mengejutkan ia berkata, bahawa ia (organisme-red) bukan mayat manusia, juga bukan mayat binatang apa pun, tapi suatu mayat dari pembentukan makhluk hidup baru.

Doktor Shamohikyn berkata : “makhluk hidup ini dipastikan bukan golongan manusia, tengkorak mahkluk ini kurang dua kerangka dari manusia, selain itu, struktur kerangka lainnya juga tidak sama dengan struktur kerangka manusia, perbezaan-perbezaan ini tidak seperti kelainan kongenital (kelainan bawaan).”

Secara berturut-turut ilmuwan Rusia telah 5 kali melakukan penentuan laboratorium terhadap “mayat makhluk misterius” ini, dengan tujuan dapat mengetahui asal dan perkembangannya.

Baru-baru ini penentuan DNA dilakukan oleh ahli dari pkumpulan perubatan dan kehakiman Moskwa ,dan hasilnya sangat mengejutkan. Ilmuwan Rusia Chernoburov mengatakan : “kami menemui satu gen dari sample DNA makhluk ini, gennya sama sekali berbeza dengan gen manusia atau antropoid (kera mirip manusia).

Pada masa ini kami tidak menemui gen apa pun yang sepadan dengannya dalam laboratorium kami. Sebelum ini kami belum pernah melihat makhluk mana pun yang mempunyai molekul DNA seperti ini.Zonamaya.info