Sejarah lambang bulan bintang dalam Islam

Beberapa versi ahli sejarah mengatakan bahawa sebenarnya asal usul lambang bulan bintang berasal dari lambang khilafah Islamiyah terakhir yang dimiliki umat Islam, iaitu Khilafah Turki Utsmaniah.

Khilafah ini adalah warisan terakhir kejayaan umat Islam. Memiliki luas wilayah yang membentang dari hujung barat sampai hujung timur dunia. 


Wilayahnya mencakupi tiga benua besar dunia, Afrika, Eropah dan Asia. Ibukotanya adalah kota yang sejak 1400 tahun yang lalu telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW sebagai kota yang akan jatuh ke tangan umat Islam.

Rasulullah bersabda, “Qonstantinopel akan kalian bebaskan. Pasukan yang mampu membebaskannya adalah pasukan yang sangat kuat. Dan panglima yang membebaskannya adalah panglima yang sangat kuat..”

Berabad-abad lamanya umat Islam memimpikan realisasi khabar gembira Rasulullah itu. Namun sejak zaman Khilafah Rasyidah, Khilafah Bani Umayah hingga Khilafah Bani Abbasiyah, khabar gembira itu tidak pernah juga terlaksana. 

Memang sebahagian Eropah sudah jatuh ke tangan Islam, iaitu wilayah Sepanyol dengan kota-kotanya antara lain: Cordova, Seville, Granada dan seterusnya. Namun jantung Eropah belum pernah jatuh secara penuh ke tangan Islam.

Sehinggalah ketika Sultan Muhammad II yang lebih dikenali dengan Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi panglima, jatuhlah kota yang pernah menjadi ibu kota Eropah itu. 

Semasa pertempuran yang sangat dahsyat dengan menggunakan senjata paling moden di masa itu, iaitu CANON, atau meriam yang sangat besar, Muhammad Al-Fatih berjayamenjatuhkan kota konstantininopel itu dan menjadikannya sebagai ibu kota Khilafah Turki Utsmaniah serta menjadikannya pusat peradaban Islam.

Wilayahnya adalah tiga benua dengan semua peradaban yang ada di dalamnya. Pada masa itu bulan sabit digunakan untuk melambangkan posisi tiga benua itu: 

- hujung yang satu menunjukkan benua Asia yang ada di Timur,
- hujung lainnya mewakili Afrika yang ada di bahagian lain dan
- di tengahnya adalah Benua Eropah.

Sedangkan lambang bintang menunjukkan posisi ibu kota yang kemudian diberi nama Istanbul yang bermakna: Kota Islam.

Bendera bulan sabit ini adalah bendera rasmi umat Islam pada masa itu, kerana seluruh wilayah dunia Islam berada di bahawa satu naungan khilafah Islamiyah. 

Tidak seperti sekarang ini yang terpecah-pecah menjadi sekian ratus negara yang berdiri sendiri hasil dari penjajahan barat.

Wajar kalau lambang itu begitu melekat di hati umat dari hujung barat Marocco sehingga hujung Timur Marauke. 

Inilah lambang yang pernah dimiliki oleh umat Islam secara bersama, bulan dan bintang. 

Dan lambang ini kemudian seolah menjadi lambang rasmi umat Islam dan selalu muncul di kubah-kubah masjid.SLL


Zaynab al-Ghazali : Serikandi Ikhwan Muslimin yang mengerunkan regim

Zaynab al-Ghazali bukanlah seperti wanita biasa. Seperti Aisha Abdul Rahman, beliau merupakan rakyat Mesir dan mempertahankan hak-hak wanita Islam berdasarkan apa yang diyakini beliau sebagai fahaman Islam yang betul. 

Beliau dilahirkan di Al-Bihira pada tahun 1917 di dalam keluarga yang terhormat, keturunan Umar al-Khattab dan al-Hasan bin Ali bin Abi Talib. 

Ayah beliau juga merupakan lulusan al-Azhar. Beliau lebih terkedepan sebagai pejuang dan aktivis Islam daripada seorang yang ulama’. 

Sewaktu mudanya, beliau aktif dalam pergerakan feminis, dan menyertai Kesatuan Wanita Mesir (Egyptian Feminist Union) yang diasaskan oleh Huda as-Syarawi pada tahun 1923. 

Beliau telah keluar daripada persatuan itu disebabkan tidak bersetuju dengan idea dan landasan perjuangan gerakan pembebasan wanita. 

Pada umur 18 tahun (1936), beliau mengasaskan Persatuan Wanita Islam untuk menguruskan hal-ehwal dan akitiviti-aktiviti wanita berlandaskan ajaran Islam dan tujuan ke arah Islam.

Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Hasan al-Banna pada 1928 mempunyai perancangan untuk mengasaskan sayap wanita di dalam pertubuhannya. Hasan al-Banna telah meminta beliau untuk mengetuai bahagian wanita dalam Ikhwan Muslimin. 

Beliau dan persatuannya menolak tawaran ini tetapi menyatakan persetujuan untuk memberikan kerjasama. Setelah Ikhwan Muslimin dibubarkan pada tahun 1948, Zaynab al-Ghazali telah berbaiah kepada Hasan al-Banna pada tahun 1949 untuk menyokongnya dan bersama memperjuangkan sebuah daulah Islam. 

Malangnya Hasan al-Banna telah gugur syahid tidak lama setelah itu. Kesedihan hati Zaynab telah tercoret dalam bukunya yang masyhur, Hari-hari Dalam Hidupku. 

Beliau menyambung perjuangan dan mengotakan baiahnya kepada pemimpin Ikhwan Muslimin yang menggantikan Hasan al-Banna iaitu Hasan al-Hudhaibi. 
 
Beliau menyertai dan bersama dengan ahli Ikhwan Muslimin terutama apabila Ikhwan Muslimin diharamkan dan mereka terpaksa bergerak secara rahsia di bawah pemerintahan Jamal Abdul Naser sekitar tahun 1950-1960an.

Dalam satu temuramah dirumahnya di Heliopolis, Mesir pada tahun 1981, Zainab al-Ghazali berkata:

“Islam telah menyediakan segala-galanya untuk lelaki dan perempuan. Islam memberikan wanita semuanya-kebebasan,hak ekonomi,hak politik,hak social, hak awam dan juga hak persendirian. Islam telah memberikan hak-hak wanita di dalam keluarga lebih daripada persatuan dan agama lain. Wanita boleh berkata tentang kebebasan wanita dalam masyarakat Kristian,Yahudi dan juga masyarakat pagan, tetapi dalam masyarakat Islam adalah satu kesilapan besar untuk berkata tentang kebebasan wanita. Wanita Muslim perlu mempelajari Islam supaya mereka tahu Islam telah memberikan mereka semua hak-hak mereka.”

Inilah intipati pemikiran Zainab al-Ghazali berkenaan dengan status wanita seperti yang selalu diluahkan dan disampaikan beliau dalam ceramah-ceramah beliau dan juga karya-karya beliau di dalam majalah al-Da’wa, dimana beliau merupakan editor sebuah ruangan untuk pembangunan rumah tangga Muslim yang sebenar. 

Perkara utama dalam perjuangan beliau adalah pentarbiyahan, iaitu untuk memberi kefahaman Islam di dalam pemikiran wanita, mendidik mereka tentang hak-hak dan tanggungjawab mereka dan mengubah masyarakat untuk membina sebuah daulah Islamiah yang berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Zainab al-Ghazali menyakini bahawa Islam membenarkan wanita untuk bergiat aktif dalam hal sosial, memegang jawatan, memasuki politik dan juga memberi pendapat. 

Beliau percaya Islam membenarkan wanita memiliki harta, menguruskan perniagaan dan apa sahaja yang mereka mahu dalam perkhidmatan masyarakat Islam. 

Beliau berpendapat tugas utama wanita Muslimah ialah menjadi ibu dan isteri. Oleh itu, tiada tanggungjawab lain yang boleh mengatasi tanggungjawab ini. 

Jika wanita itu mempunyai masa luang untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan setelah tugasnya sebagai ibu dan isteri telah dipenuhi, maka dia boleh berbuat demikian kerana Islam tidak melarang perbuatan tersebut.

Zainab al-Ghazali sangat meyakini tanggungjawab agama dan sosial apabila berkahwin. Pada perkahwinan beliau yang pertama, suami beliau tidak bersetuju untuk membenarkan beliau bergiat aktif dalam perjuangan Islam. 

Dengan sebab itu, beliau telah meminta cerai daripada suaminya kerana pra-syarat yang diletakkan oleh beliau sebelum berkahwin adalah membenarkan beliau memperjuangkan Islam. 

Suami beliau yang kedua memahami semangat dan gagasan perjuangan beliau dan melibatkan diri dalam penulisan untuk menyokong beliau dan sama sekali tidak menghalang beliau dari perjuangan. 

Didalam buku ‘Hari-hari dalam Hidupku’ (Ayyam min Hayati) beliau mengisahkan bagaimana suami beliau walaupun sangat bimbang akan diri beliau tetapi terus menerus menyokong perjuangan suci beliau. 

Zainab al-Ghazali juga menekankan beliau tidak akan mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan keluarga beliau walaupun beliau Amirah sayap wanita Ikhwan Muslimin. 

Tanggungjawab beliau yang berat itu menyebabkan beliau perlu bekerja pada waktu yang panjang di pejabat beliau dan aktiviti bersama Ikhwan Muslimin. 

Setelah kematian suaminya yang kedua, beliau masih di dalam penjara. Beliau merasakan tanggungjawabnya terhadap perkahwinan telah selesai dan beliau bebas untuk mengorbankan seluruh masanya untuk perjuangan Islam.

Sebagaimana pejuang-pejuang Islam yang lain, beliau juga kecewa dengan revolusi Mesir 1952 yang didokong mereka pada mulanya dan akhirnya pejuang Islam telah dikhianati oleh Jamal Abdul Naser. 

Zainab al-Ghazali menyatakan bahawa regim Jamal Abdul Naser adalah musuh kepada Islam. Setelah beberapa tokoh Ikhwanul Muslimin ditangkap dan dihukum mati dan ramai dipenjara, beliau mendahului pergerakan untuk menolong isteri, janda dan keluarga pejuang yang telah dibunuh dan dipenjarakan. 

Walaupun dipenjara, beliau meningkatkan usaha tarbiyyah secara rahsia diketuai oleh pimpinan Ikhwan Muslimin. Dalam tahun 1962, beliau dapat berhubung dengan Sayyid Qutb melalui dua orang adik Sayyid Qutb dan menerima tulisan beliau berkenaan perjuangan Islam dan tafsir al-Quran dan hadith serta syariah Islam. 

Beliau juga menerima sebahagian dari buku yang dikarang oleh Sayyid Qutb dalam penjara yang kemudian diterbitkan dengan judul Ma’alim Fit-Tariq (Petunjuk Sepanjang Jalan).
 
Tulisan dan petunjuk daripada Sayyid Qutb di dalam penjara dan juga ayat-ayat al-Quran akan dipelajari dalam satu kumpulan terdiri daripada lima hingga sepuluh pemuda yang berjumpa pada waktu malam di rumah Zainab ataupun tempat lain. 

Perbincangan, pandangan dan pendapat diutarakan di dalam pertemuan tersebut. Dengan persetujuan Sayyid Qutb dan pimpinan Ikhwan Muslimin, keputusan untuk menjalankan program tarbiyyah selama 13 tahun sepertimana zaman Rasulullah saw di era Mekah. 

Apabila tempoh ini berakhir, maka studi dan kajian akan dibuat adakah sekurangnya 75% daripada rakyat Mesir sudah yakin dengan keperluan adanya daulah Islam dan membangunkannya. 

Jika ianya terjadi maka gerak kerja menubuhkan daulah Islam akan dilakukan dan jika belum lagi mencapai tahap tersebut, program pentarbiyahan akan dilakukan semula selama 13 tahun lagi sehingga sehingga rakyat bersedia untuk membina daulah Islam, menerima pakai undang-undang syariah Islam dan menegakkan hukum Islam berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Apabila kerajaan Mesir berasa curiga dengan perkumpulan rahsia dan matlamat mereka ini, Ikhwan Muslimin diserbu pada tahun 1965. Ikhwah dan akhawat pergerakan Ikhwan Muslimin semuanya ditangkap dan dipenjarakan. 

Zainab al-Ghazali adalah salah seorang daripada mereka. Jemaah wanita Ikhwan Muslimin dibubarkan. Beliau dibicarakan bersama sahabiah yang lainnya pada tahun 1966 dan dihukum penjara seumur hidup dengan kerja berat. 

Satu hukuman yang tidak masuk akal bagi seorang wanita. Namun pada tahun 1971 beliau telah dibebaskan apabila kematian Jamal Abdul Nasir dan Anwar Sadat mengambil alih tampuk pemerintahan. 

Setelah itu, beliau terus sahaja meneruskan perjuangan beliau tanpa mengenal penat lelah dalam mendaulatkan Islam dibumi Mesir.

Beliau merupakan wanita yang terkemuka setelah jatuhnya khilafah Islamiah di Mesir. Beliau tidak mempunyai anak dan segalanya hidupnya diserahkan kepada perjuangan Islam. 

Beliau juga menjadi sanjungan dan pendorong kepada perjuangan wanita di seluruh dunia. Beliau dihormati oleh kawan dan lawan, malah disegani oleh tokoh-tokoh ulama’ kerana perjuangannya yang luar biasa.

Zainab al-Ghazali kembali ke rahmatullah pada hari Rabu 3 Ogos 2005 di kala umur beliau 88 tahun. Ternyata umur yang panjang yang dianugerahkan Allah pada beliau telah digunakan tanpa sia-sia sedikitpun, semuanya dikorbankan demi menegakkan agama Allah yang mulia. 

Beliau terus menjadi idola dakwah kepada pejuang-pejuang Islam di seluruh dunia. Beliau juga menjadi bukti kukuh bahawa sebenarnya Islam mampu membina wanita yang berjuang untuk Islam. 

Sejarah hidup beliau persis hidup srikandi di teratak Rasulullah saw. Jadi tidaklah salah jika kita menggelarnya sebagai Ummul Mujahidah pada masa kini. 

Moga Allah mencucuri rahmat yang melimpah ruah kepada beliau dan menjadikan beliau di kalangan para siddiqin,amilin dan mujahidin.Dakwah.Info

Perjalanan panjang perempuan Yunani menemui jalan Islam

 Pelbagai pertanyaan muncul dalam benak Myrto, perempuan berasal dari Athen, Greece, beberapa minit setelah ia mengucapkan dua kalimat syahadat, sebagai syarat sahnya ia menjadi seorang muslim.

Myrto masuk Islam pada Ogos 2011. Itu ertinya ia benar-benar masih menjadi seorang mualaf. Walau ia masuk Islam atas kesedaran dan pilihannya sendiri, Myrto tidak boleh menghalang pertanyaan-pertanyaan yang muncul di kepalanya.

Apakah syahadat ini membuat saya menjadi seorang muslim? Apa sebenarnya muslim itu? Mudahkah menjadi seorang muslim? dan apa yang akan terjadi setelah saya menjadi seorang muslim? Bagaimana jika saya menyesali pilihan saya ini?

Itulah pertanyaan-pertanyaan yang mengganggu fikiran Myrto, beberapa minit setelah ia bersyahadat.

"Saya perlu waktu 9 tahun untuk meyakini bahawa Tuhan itu ada dan memilih agama Islam sebagai cara untuk menyembah-Nya," ungkap Myrto memulakan kisahnya memilih Islam sebagai agamanya


Ia mengaku telah melepasi masa-masa sangat berat dalam hidupnya. Ia mengalami trauma yang berat semasa masih berusia kanak-kanak sehingga masa remaja dan dewasa, yang membuatnya merasakan kekecewaan yang dalam hingga ia benar-benar menolak mempercayai bahawa Tuhan itu ada, menolak kehadiran Tuhan dalam hidupnya.

Myrto juga merasa tidak puas melihat perilaku para pendeta di Yunani. Tapi ketidakpuasan itu yang lalu mendorongnya untuk mulai membaca segala hal tentang agama.

"Merasa tersiksa, letih dan putus asa untuk mendapatkan semua jawapan atas pertanyaan-pertanyaan saya, awalnya saya mempunyai untuk membaca berbagai tulisan tentang agama, falsafah, dan sejarah. Saya fikir itu lebih baik daripada saya mencari jalan keluar dengan berjumpa tukang ramal, tukang baca kad ramalan, menghisap ganja atau menegok arak," ujar Myrto.

Sebagai perempuan yang dibesarkan dengan nilai-nilai tradisional keluarga Yunani kelas menengah, yang menjunjung tinggi nilai-nilai kejujuran, kebanggaan diri dan martabat, Myrto merasa tidak perlu menjadi sebahagian dari sebuah kelompok agama atau kelompok ahli falsafah untuk memuaskan keperluannya akan kehangatan dan kasih sayang.

"Saya sangat mencintai dan menghormati identiti kebudayaan Yunani yang mengalir dalam darah saya, dan saya tidak mahu meniru atau memalsukan identiti atau kebangsaan yang lain," kata Myrto.

Namun pengalaman hidupnya yang pahit, membuatnya mulai mempelajari agama. Yang pertama ia pelajari adalah ajaran Kristian Ortodoks, lalu beralih ke Judaisme, Budha dan terakhir agama Islam. Semasa mengenali dan mempelajari Islam, perlahan-lahan Myrto mulai menyakini adanya Tuhan.

"Keyakinan saya terus kuat seiring berjalannya waktu. Pada beberapa tahap tertentu, saya mulai mempersoalkan tentang konsep Triniti, sebuah konsep yang akhirnya saya temui jawapannya dalam agama Islam," kata Myrto.

Ia meneruskan, "Yang saya tahu, Islam adalah agama yang hampir dengan lingkaran wahyu Ilahi.


- Islam bererti damai dan Muslim bererti orang yang menyerahkan dirinya pada Tuhan dan hanya pada Tuhan, tanpa penyesalan atau mencari keuntungan peribadi. 

- 'Allah' bukan satu penemuan baru, itu hanya kata dalam bahasa Arab untuk menyebut Tuhan.

- Lambang bulan sabit bukanlah simbol mandi darah dan balas dendam, tetapi pengingat bahawa orang-orang muslim menghitung waktu berdasarkan bulan, bukan matahari."

Pada tahap pemikiran itu, Myrto merasa dirinya sebagai seorang penganut agama dan bukan seorang agnostik. Pada masa  itu, ia sempat berpindah ke England untuk meneruskan peganjian universitinya. 

Di negara itulah ia bertemu dengan orang-orang yang ramah dan baik, dan majoriti orang yang dijumpainya itu adalah muslim, hingga berkahwin dengan seorang lelaki muslim.

"Saya tidak tahu apakah semua itu petanda. Tapi setelah itu saya membaca lebih banyak lagi tentang Islam, dan menjadi lebih fokus pada Islam. Selain membaca, saya menonton filem-filem dokumenter, menghadiri ceramah agama Islam, mengunjungi muzeum-muzeum Islam dan ikut kursus belajar agama Islam," kata Myrto.

Lalu pertanyaan itu datang, apakah saya ingin menjadi sebahagian dari agama yang memiliki banyak penafsiran yang pelbagai pada isi kitab sucinya? 

Apakah saya maHu menjadi sebahagian dari komuniti agama minoriti di negara saya? dan sebaris pertanyaan lainnya yang membuat hatinya bimbang untuk memutuskan masuk Islam.

Pada suatu waktu, Myrto mengaku pernah kecewa, bukan pada agama Islamnya atau Al-Quran-nya, tapi pada penganut Islam-nya sendiri. Namun ia menyedari bahawa ia tidak boleh menyalahkan agama di mana ia menemukan jawapan atas semua pertanyaannya selama ini tentang Tuhan.

"Saya lalu memutuskan untuk memulai hidup sebagai seorang muslim untuk beberapa waktu lamanya, untuk melihat bagaimana rasanya dan melihat apakah hidup sebagai muslim itu berat," ujar Myrto.

Dari situlah ia mengetahui sendiri bahawa Islam bukan agama yang kaku, yang mengekang orang seperti dalam penjara. Islam mengajarkan umatnya untuk selalu berbuat kebaikan, menghindari perbuatan buruk, solat sebanyak yang boleh dilakukan, begitu pula dengan berpuasa, menunjukkan rasa cinta dan kasih sayang, meningkatkan kemampuan diri dengan belajar setiap hari, dan berusaha untuk menjadi yang terbaik setiap hari.

"Begitulah kehidupan seorang muslim, dan saya jadi yakin boleh hidup sebagai seorang muslim. Saya terus meninggalkan kebiasaan makan daging babi dan minum minuman beralkohol, dan saya mengenakan tudung," tambah Myrto.

"Akhirnya, setelah perjalanan yang panjang, saya membulatkan tekad untuk bersyahadat. Mengakui bahawa tidak ada tuhan selain Allah, dan bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah," katanya.Eramuslim


Kisah sebenar Barbarossa, dari lanun kepada jihad


Anda yang gemar membaca komik Asterix dan anda yang pernah menonton filem ‘Pirates of The Carribean’, tentu ingat karakter jahat ‘Barbarossa’? Sejak zaman pertengahan, aneka macam karya fiksen Eropah dan Amerika biasa menggunakan nama Barbarossa untuk menamakan karakter seorang penjahat (biasanya seorang lanun laut jahat). 
 
Kebiasaan para penulis fiksen Eropah dan Amerika yang selalu menyudutkan ini tiba masanya kita selesaikan sehingga di sini.
 
The Barbarosa Brothers
 
Pada abad ke-15 masehi, di Laut Mediteranean ada dua lanun laut bersaudara yang disebut The Barbarossa Brothers. Kedua tokoh ini menjadi legenda dalam dunia ‘perlanunan’ dan merupakan tokoh pelaut yang sangat ditakuti orang-orang Eropah pada zamannya.

Kebiasaannya ialah merompak barang-barang berharga yang diangkut oleh kapal-kapal milik kerajaan-kerajaan Eropah yang melintasi Laut Mediteranean. 
 
Anak kapal yang dilanun biasanya diberi dua pilihan; mati kerana melawan atau hidup dengan menyerah secara sukarela.

Siapakah sebenarnya Barbarossa yang sangat ditakuti oleh orang-orang Eropah selama berabad-abad itu? Mengapa hingga zaman sekarang nama itu terus menghantui benak dan fikiran mereka?

Barbarossa bukanlah sebuah nama. Barbarossa merupakan kata dalam bahasa Latin –gabungan dari kata barber (janggut) dan rossa (merah). Jadi Barbarrossa bererti janggut merah. 
 
Barbarossa merupakan julukan yang diberikan oleh para pelaut Eropah kepada adik-beradik Aruj dan Khairuddin dari Turki. Kedua adik beradik ini hanyalah pelaut-pelaut biasa yang rutin berlayar di wilayah perairan Yunani dan Turki.
 
Awal Gerakan Barbarosa
 
Pada suatu hari, tanpa sebab yang jelas, kapal milik keluarga mereka diserang secara ganas oleh kapal tentera Knight of Rhodes. Dalam peristiwa ini, adik bungsu Aruj dan Khairuddin mati terbunuh. Aruj dan Khairuddin sangat terpukul dengan kematian adik bungsu mereka.

Sejak hari itu, mereka melakukan gerakan lanun laut kepada semua kapal-kapal tentera milik kerajaan-kerajaan Kristian. Gerakan mereka sangat menggemparkan dan membuat mereka ditakuti tentera Kristian. 
 
Aruj dan Khairuddin pun kemudian dikenali sebagai The Barbarossa Brothers Pirates kerana keduanya berjanggut merah.
Kaum Eropah menyebut Barbarossa sebagai lanun laut, walaupun tidak ada bendera hitam dan tengkorak yang menjadi simbol lanun laut. 
 
Bendera yang dipasang Aruj dan Khairuddin di kapal mereka adalah sebuah bendera berwarna hijau berisi kaligrafi doa Nashrun minallaah wa fathun qariib wa basysyiril mu’miniin, ya Muhammad, empat nama khulafa ur rasyidin, pedang Zulfikar dan bintang segi enam Yahudi (Bintang David) kerana anak kapal yang dipimpin kedua bersaudara ini terdiri daripada orang-orang Islam dari bangsa Moor, Turki, dan Sepanyol, serta beberapa orang Yahudi.

Pada tahun 1492 M, Andalusia yang sejak tahun 756 M dikuasai oleh Daulah Khilafah Islamiyah, jatuh ke tangan Pasukan Salib yang terdiri atas pasukan Gabungan Aragon dan Sepanyol. Dalam peristiwa penaklukan Andalusia ini, jutaan orang Islam dan Yahudi mati diserang pasukan yang dipimpin Raja Ferdinand II dari Aragon.

Perjuangan Jihad Barbarosa 
 
Peristiwa itu mengubah haluan misi dendam Aruj dan Khairuddin menjadi misi Jihad Islam. Bantu membantu bersama sekumpulan parajurit bangsa Moor, mereka kemudian menyelamatkan puluhan ribu Umat Islam dari Sepanyol ke Afrika utara (Maghribi, Tunisia dan Aljazair). 
 
Kemudian mereka membina asas pertahanan laut di Aljazair untuk menghadang gelombang serangan Pasukan Salib dari jalur Afrika Utara menuju Tanah Suci Palestin.

Khalifah Islam pada masa itu, Sulaiman I, mendengar cerita-cerita kepahlawanan Barbarossa bersaudara. Sulaiman I sangat kagum pada kepahlawanan mereka. 
 
Memandangkan prestasi mereka di lautan, akhirnya Sulaiman I mengangkat Aruj dan Khairuddin sebagai Kapudan Pasha (Panglima Angkatan Laut) Khilafah Islamiyyah untuk memperkemaskan Angkatan Laut Daulah Khilafah Islamiyah yang porak peranda.

Adu Domba Pihak Sepanyol 
 
Pada tahun 1518 Sepanyol berjaya menghasut Amir kota Tlemcen (Tilmisan) untuk melancarkan pemberontakan kepada kepemimpinan Aruj. Aruj kemudian menyerahkan pemerintahan Aljazair kepada Khairuddin untuk sementara. 
 
Lalu ia memimpin pasukan untuk berangkat ke Tlemcen. Hati Aruj sangat pilu karana ia terpaksa berperang dengan saudara sendiri sesama Muslim. Akibatnya ia kurang berkonsentrasi dan pasukannya kucar-kacir.

Aruj sempat melepaskan diri, namun banyak pasukannya yang tertangkap. Kerana hubungan emosionalnya dengan anak buahnya, Aruj kembali ke Tlemcen untuk bertempur dan ia gugur dalam pertempuran tersebut.

Dengan gugurnya Aruj, kepemimpinan Angkatan Laut Daulah Khilafah Islamiyah beralih ke tangan Khairuddin. Sepanyol mengira bahawa era kejayaan Barbarossa di Laut Tengah telah berakhir. 
 
Lalu, dengan percaya dirinya, Sepanyol mengirim 20.000 tenteranya ke Aljazair. Pertempuran hebat pun terjadi, namun Khairuddin berhasil mengalahkan pasukan laut tersebut.

Sejarah dan Kehebatan Pasukan Janissary 
 
Bagi mengurangkan ancaman dari negeri sekitar Aljazair, selain ancaman utama Sepanyol, Khairuddin kemudian meminta kepada Khalifah Sulaiman I agar kekuasaan Amir Tunisia dan Tlemcen dialihkan kepadanya. Sulaiman I pun setuju. 
 
Pada 1519, Khalifah mengangkat Khairuddin sebagai beylerbey (Bakhlair Baik) atau wakil Khalifah untuk wilayah Aljazair dan sekitarnya. Kemudian Khairuddin juga ditugasi memimpin pasukan pasukan elit Daulah Khilafah Islamiyah, Pasukan Janissary.

Dalam masa kepemimpinan Khairuddin, Pasukan Janissary berhasil melakukan banyak penyelamatan Umat Islam di Andalusia. Tercatat mereka melakukan 7 kali pelayaran dengan 36 buah kapal untuk mengangkut Umat Islam Sepanyol yang diburu bagai haiwan oleh Ferdinand II dan Pasukan Salibnya.

Pertengahan dekad 1520-an, Pasukan Darat Janissary yang dipimpin terus Khalifah Sulaiman I berjaya memenangi semua pertempuran darat. 
 
Pada masa yang sama , Pasukan Laut Janissary di bawah pimpinan Khairuddin juga berhasil mengawal lalu lintas pelayaran di Laut Tengah sepenuhnya. Keadaan ini menjadikan Pasukan Salib Kristian Eropah menjadi pusing tujuh keliling.

Akhir Gemilang Barbarosa Sebelum Tutup Usia
 
Tahun 1538, Pasukan Salib Gabungan Itali-Sepanyol menyerang Preveza yang pada masa itu merupakan pelabuhan penting di Laut Tengah. Andrea Doria memimpin 40 kapal dan Barbarossa hanya memimpin 20 kapal. 
 
Namun dengan kecerdikannya, Barbarossa memecah armadanya ke tiga arah dan memerangkap Pasukan Andrea Doria di tengah untuk kemudian mengebom armada Andrea Doria habis-habisan.

Andrea Doria dan armada lautnya pun lari dari pertempuran. Walau begitu, Khairuddin tidak mengejarnya kerana ia tidak ingin berperang di tengah lautan, mengingatkan kapal-kapal armada laut Sepanyol mempunyai peralatan yang lebih canggih. Apalagi ia hanya memimpin 20 kapal.

Tiga tahun kemudian, Pasukan Salib Gabungan Spanyol-Genoa kembali menyerang Aljazair dengan kekuatan 200 kapal. Mereka sengaja melancarkan serangan di luar musim berlayar, untuk menghindari pertemuan dengan Pasukan Barbarossa. 
 
Rakyat Aljazair di bawah komando Hasan Agha berjuang sekuat tenaga untuk mempertahankan Aljazair. Charles V dan Andrea Doria yang memimpin serangan tidak mengira bahawa pertahanan dan strategi perang Hasan Agha sangat matang, sehingga armadanya pun kacau-bilau.

Ketika itu pula tiba-tiba taufan laut dahsyat menghentam Laut Mediteranean. Andrea Doria dan Charles V berjaya selamat, dan kembali ke negerinya dengan kekalahan pahit.

Tahun 1565, dalam usia senja, Khairuddin Barbarossa memimpin pasukan untuk merebut Malta dari tangan Knight of St. John. Namun dalam pertempuran itu, Khairuddin gugur. Kemudian Khairuddin dimakamkan di Istanbul. 
 
Berhampiran kuburnya didirikan masjid dan madrasah untuk mengenangnya. Hingga kini makam tersebut masih terawat untuk menjadi bukti kepahlawanan Khairuddin atau Barbarossa yang namanya masih ditakuti bangsa Eropah hingga zaman sekarang.

Persoalannya, mungkinkah sejarah barbarossa brother yang amat ditakuti oleh orang Eropah hingga sekarang itu akan kembali berulang.


12 tasik terindah di dunia

Banyak orang yang memilih bercuti di tepi laut berbanding di tepi tasik. Sedangkan, banyak tasik yang tidak kalah indah dengan laut. Dari banyak tasik di dunia, inilah 12 tasik yang paling spektakuler. 
 
Tasik ini terletak di tempat yang tinggi, dalam, jernih, dan menampilkan pemandangan yang indah. Semuanya boleh dilihat melalui kapal, kereta kabel, pejalan kaki, atau menara kastil.

Danau Malawi1. Tasik Malawi, Malawi
 
Merupakan rumah bagi 1.000 spesies ikan, paling banyak di antara tasik lainnya. 


Tasik Malawi yang juga disebut Danau Nyasa merupakan tasik ketiga terbesar di Afrika dengan panjang 363 mil dan kedalaman mencapai 50 mil. 

Tasik ini terletak di 2.300 kaki di bawah permukaan laut, di antara perbatasan Malawi, Mozambik, dan Tanzania, yang menyokong ratusan penduduk tempatan dengan kekayaan sumber mata airnya, yang sayangnya semakin menipis akibat penangkapan ikan berlebihan. 

Bahagian selatannya bersempadan dengan daerah yang kaya kehidupan liar. Cape Maclear, yang merupakan taman nasional air tawar pertama dan kawasan warisan dunia UNESCO pada tahun 1984.


Danau Peyto2.
Tasik Peyto, Alberta, Kanada
 
Tasik Peyto terletak di bahagian Alberta, di daerah Pergunungan Canadian Rockies. 

Airnya berwarna turquoise yang indah dan kadang-kadang dihubungkan dengan keindahan perairan hangat seperti di Antigua dan Bora-Bora. 

Tasik Louise, yang juga ada di Alberta, memang merupakan yang paling terkenal dan sering dijadikan foto pada setem pos dan poster. 

Namun, Tasik Peytolah, yang terletak 29 mil sebelah utara Icefields Parkway, di antara pergunungan Canadian Rockies, merupakan yang paling indah untuk diabadikan. 

Untuk melihat pemandangan yang lebih dramatik dari tasik yang panjangnya 1,7 mil ini berkelilinglah di hutan yang tebal menuju puncak gunung, lalu turun ke arah Bow Summit, puncak tertinggi dari lorong taman kemudian ikuti lorong hiking untuk melihatnya.


Danau Crater3.
Tasik Crater, Oregon
 
Seribu tahun yang lalu, puncak gunung berapi Cascade Range meletus dan meninggalkan lubang besar yang dikenali sebagai
Tasik Crater. 

Tasik ini merupakan pusat Taman Nasional yang terletak di sebelah utara Oregon yang menampilkan keindahan alam yang indah dan dahsyat. 

Hutan yang hijau dan terletak di ketinggian 2.000 kaki di sekitar tasik , menambah keindahan yang ada. Kedalaman tasik yang mencapai 1.943 kaki menjadikan tasik ini sebagai tasik terdalam di daratan AS dengan warna perairan biru batu permata.

Danau Taal4.
Tasik Taal, Filipina
 
Letak
tasik ini adalah 37,38 mil di sebelah selatan Manila. Menjadi terkenal kerana dua sebab, iaitu mempunyai kedalaman yang mencapai 564 kaki dan rumah bagi gunung berapi terkecil di dunia yang paling aktif, Gunung Taal. 

Gunung Taal ini terletak di dalam perairan yang berdekatan dengan Pulau Luzon. Tasik ini terbentuk kerana ledakan gunung berapi yang meninggalkan lubang besar. 

Semasa ini, pakar gempa meluangkan waktu mereka untuk memonitor pusat gempa dan mengirimkan peringatan letusan kepada Jabatan Pelancongan. 

Namun, banyak agen perjalanan yang menawarkan pelancung ke sini walaupun daerah ini sudah diwartakan sebagai zon berbahaya. Jalan selamat untuk melihat pemandangan ini adalah dengan melalui jaan Tagaytay-Taal berhampiran Tagaytay City.


Danau Atitlan5.
Tasik Atitlán, Guatemala
 
Lebih kurang 1 mil di atas dataran tinggi Guatemala, Atitlán (Lago de Atitlán), mempunyai tiga lubang volkanik besar. 


Perkampungan Small Mayan terletak di pinggiran tasik yang dipenuhi dengan pokok oak dan pinus serta 800 spesies tanaman lain. 

Tidak cukup satu pemandangan, semua harus dilihat, jadi cubalah beberapa titik pengamatan, antara lain dari ketinggian Highway 1; dari bandar Panajachel melalui perahu kecil yang menghubungkan dari satu kampung ke kampung lain. 

Ada catatan menyedihkan mengenai tasik ini, pada Oktober dan November 2009 terjadi peningkatan alga biru-hijau di permukaan tasik yang menyebabkan permukaan tasik tertutup. Tasik ini boleh ditempuhi dengan jarak 2,5 jam dari Guatemala City.


Danau Loch Lomand6.
Tasik Loch Lomand, Scotland
 
Dengan latar belakang lembah yang penuh dengan angin dan kuil-kuil dari zaman abad pertengahan,
Tasik Loch Lomond sama seperti gambaran pada novel romantis zaman Victoria. 

Tasik yang panjangnya 24 mil ini ditandai dengan adanya beberapa pulau di antaranya sangat kecil hingga pulau ini akan hilang semasa ketinggian air mencapai tahaptertinggi. 

Kebanyakan feri akan berhenti di pulau terbesar, Inchmurrin (populasi 11 orang), sehingga pengunjung boleh melihat sisa-sisa biara abad ke-7 dan Kastil Lennok Abad ke-14, yang biasa digunakan sebagai kabin berburu oleh para raja zaman dahulu. 

Tasik ini terletak di 24 kilometer sebelah utara Glasgow dan 66 kilometer sebelah barat Edinburgh.


Danau Garda7.
Tasik Garda, Itali
 
Tasik Garda merupakan tasik terbesar di Itali dan merupakan salah satu pusat percutian paling popular bagi orang Itali. 

Daratan bahagian selatan merupakan rumah bagi penginapan dengan warna-warna pastel dan hotel-hotel dengan atap kemerahan. 

Daerah selatan juga merupakan daerah yang sepi dan nyaman. Bahagian utara merupakan pusat tertinggi Dolomit, magnet bagi para pejalan kaki dan penungang basikal yang ingin menguji keberanian mereka. 

Di Malcesine, terdapat bandar yang indah dengan jalanan terbuat dari batu granit dan kuil-kuil zaman abad pertengahan. 

Perjalanan dengan menggunakan kereta kabel boleh dilakukan dari puncak Gunung Baldo, untuk melihat pemandangan yang indah dari tasik ini. Tasik Garda terletak di antara Milan dan Venice.


Danau Annecy8.
Tasik Annecy, Perancis
 
Tasik yang terletak di jantung Pergunungan Alpen, Perancis, ini mudah dilihat, tapi jangan harap boleh melihat pantulan permukaan air ini pada masa bercuti. 

Tasik Annecy penuh dengan aktiviti terutama bulan Ogos semasa Paris tutup dan pemerintah Perancis memanjangkan cuti. 

Pelaut, pemain ski, penungang basikal, dan pejalan kaki meramaikan lorong di sekitar tasik itu. Pengunjung yang sering ke sini tahu apa yang harus mereka lakukan dibandingkan mereka yang baru pertama kali datang. 

Pada sabtu pertama bulan Ogos, semasa kembang api besar dan indah dinyalakan selama dua jam dan bayangannya nampak di permukaan air. Tasik ini terletak 20 kilometer sebelah utara bandar Geneva, Swiss.


Danau Plitvice9.
Tasik Plitvice, Croatia
 
16
tasik yang berwarna biru-hijau ini ditutupi oleh tumbuhan yang lebat dan dihubungkan dengan ratusan air terjun. 

Bagi para pengembara, boleh memulai perjalanan dari tasik terendah dan mengikuti lorong yang terbuat dari batang kayu yang bulat dan boleh menjadi lorong jalan kaki yang menyenangkan. 

Lakukan perjalanan selama 10 minit ke arah atas yang menuju ke air terjun terbesar di negara ini, Veliki Slap (“Big Waterfall”) dengan tinggi 230 kaki. 

Air-air yang jatuh terkumpul dalam satu kolam berwarna turquoise. Pada masa melakukan perjalanan, anda akan menemui rusa, kucing hutan, serigala, dan beruang yang mudah dilihat. 

Tasik ini boleh ditempuh dari bandar Zagreb dengan perjalanan menggunakan kereta selama dua jam.


Danau Nakuru10.
Tasik Nakuru, Kenya
 
Airnya cukup biru dengan latar belakang semak-semak hijau dan tebing yang indah untuk diabadikan. 


Namun, gambaran sesungguhnya terdapat pada tepi Nakuru yang berwarna merah muda, iaitu Burung Flamingo. 

Burung ini merupakan salah satu spesies yang mampu bertahan terhadap keadaan air yang banyak mengandungi sodium karbonat, yang mampu membakar siapa pun yang menyentuhnya. 

Selain itu, terdapat banyak burung yang memakan alga yang terdapat pada perairan cetek. Tasik ini terletak di jantung Taman Nasional Danau Nakuru, pembiakan badak, 3 jam dari Nairobi


Danau Matheson11.
Tasik Matheson, Selandia Baru
 
Tasik ini dikenali juga sebagai Danau Cermin. Tasik yang terdapat di South Island ini terkenal kerana pantulan Gunung Cook dan Gunung Tasman di atas permukaannya. 

Mengunjungi tasik ini setelah subuh adalah waktu yang ideal, semasa air tenang dan gambaran pada permukaan sempurna. Selain pantulannya, Tasik Matheson sendiri merupakan wilayah yang layak dijelajahi. 

Taman ini terletak berhamiran jambatan Sungai Clearwater dan pokok-pokok kahikatea dan rimu yang mempunyai ranting sangat panjang dan daun yang indah dan lebat, sama seperti yang tergambar pada buku Dr. Seuss. 

Tiga mil sebelah timur tasik terdapat bandar kecil Fox Glacier, perkampungan yang menyediakan kabin untuk para pengembara.


Danau Bled12.
Tasik Bled, Slovenia
 
Untuk menuju ke
tasik di kawasan Slovenia ini, segeralah menuju ke arah Kastil Bled di tepian tebing yang tingginya 460 kaki. 

Di sana anda akan melihat barisan pergunungan di segala penjuru, pergunungan Julian Alps dan Karavanke, dan di bawah lagi anda akan melihat Tasik Alpine dan Pulau Bled.
 
Pulau Bled merupakan lingkaran hutan kecil yang merupakan rumah dari Gereja Asumption abad ke-17 dan mempunyai jam menara yang klasik. 


Turun ke daratan di tepi tasik, banyak terdapat perahu pletna (seperti gondola) yang boleh membawa anda ke pulau ini. 

Pastikan untuk membunyikan lonceng gereja dan membuat permohonan sebelum anda kembali ke daratan utama. Pergunungan melindungi air tasik dari angin utara yang sejuk. 

Oleh sebab itu, Tasik Bled airnya relatif panas, 79 darjah Fahrenheit. Jika masih terlalu sejuk, bahagian utara tasik mempunyai tiga hotel yang membina kolam renang di sekitar sumber mata air panas. 

Ibu kota negara Slovenia, Ljubljana, terletak 35 mil jauhnya dari tasik ini.Detik-News



Rahsia keajaiban air Zam-Zam


Tidak banyak yang tahu bagaimana caranya telaga air zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada satu musim haji, tanpa pernah kering satu kali pun. 
Seorang pengkaji pernah diperintahkan raja Faisal menyelidiki telaga air zam-zam untuk menjawab tuduhan kotor seorang doktor dari Mesir.

Berapa Juta Liter air zamzam?
Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap musim haji? Mari kita kira secara sederhana. Jamaah haji yang datang dari seluruh pelusok dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah kira-kira dua juta orang. 
Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya. Kalau 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter zam-zam ke negaranya, itu sahaja sudah 10 juta liter. 
Disamping itu sepanjang di Mekah, jika kebanyakan jamaah  tinggal 25 hari, dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari, maka jumlahnya sudah 50 juta liter !!.

Keanehan air Zamzam
Pada tahun 1971, seorang doktor dari negeri Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air Zamzam itu tidak sihat untuk diminum. 
Perkiraannya didasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut. Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air Zamzam. Masya Allah.

Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini, dan mengirimkan sampel air Zamzam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.

Tariq Hussain, jurutera kimia yang bekerja di Institut Pemurnian Air Laut untuk diminum, di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya. 
Pada masa memulai tugasnya, Tariq belum ada gambaran, bagaimana telaga air Zam Zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.
Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut ketika menyaksikan bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 feet saja (Kira-kira 5 x 4 meter). 
Tidak terbayang, bagaimana caranya telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap musim hajinya. Dan itu berlaku sejak ribuan tahun yang lalu, sejak zaman Nabi Ibrahim AS.

Penyelidikan menunjukkan, mata air zamzam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air persaat. Dengan demikian, setiap minit akan dihasilkan 660 liter air. Itulah yang mengejutkan.

Tariq mulai mengukur kedalaman air telaga. Dia minta pembantunya masuk ke dalam air. Ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 feet 8 inci. 
Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tak ditemukan apapun!.

Dia berfikir, mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar. Bila seperti itu kejadiannya, maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.  
Tetapi dugaan ini pun tidak terbukti. Tidak ditemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak ditemuiada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.

Seterusnya, dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga. Lalu menyuruh berdiri, dan diam ditempat sambil mengamati sekelilingnya. 
Perhatikan dengan sangat cermat, dan laporkan apa yang terjadi, sekecil apapun. Setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak: 
“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku. Dan air itu keluar dari dasar telaga”.

Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk dialirkan ke tempat pendistribusian air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman. 
Aliran air yang keluar, besarnya sama di setiap titik, di semua kawasan. Ini menyebabkan permukaan telaga itu relatif stabil, tidak ada goncangan yang besar.

Mengandungi zat Anti Kuman
Hasil penyelidikansampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air Zam zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat. 
Lalu perbezaan air Zam zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.

Kandungan kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zamzam. Itu mungkin sebabnya air zamzam memberi kesan menyegarkan bagi jamaah yang keletihan.

Keistimewaan lain, komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil, sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. “Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang tiap tahun.

Boleh Menyembuhkan Penyakit
Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air Zam zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandung gizi”.

Nabi saw menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”. (HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).

Rasulullah saw pernah mengambil air zamzam dalam sebuah kendi dan tempat air dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah. Air zamzam itu digunakan Rasulullah saw untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.

Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.
1. Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lainnya, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
2. Air Zam zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
3. Yang juga menakjubkan adalah, tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam zam sentiasa bebas dari kontaminasi kuman.
4. Anehnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam zam tetap berair. Dan air zam zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.

Beberapa ulama fiqah merncadangkan agar jamaah haji membawa air zamzam ketika pulang ke negaranya sebab air zamzam itu boleh sebagai ubat untuk suatu penyembuhan. 
Ini terbukti, banyak jamaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zamzam.