6 spesis binatang terkecil di dunia

Mungkin kerana berlainan genetik atau sebab lain yang menjadikannya kecil, namum spesis-spesis ini tetap hidup normal. 
1. Anjing terkecil di dunia
Ducky, seekor anjing di Massachusetts, USA, dengan 4,9 inci (12,4 cm), merupakan anjing yang masuk Guinness World Record untuk anjing terkecil di dunia. Anjing terkecil yang pernah memegang rekod sebelumnya menurut Guinness, adalah seekor Yorkshire Terrier yang mempunyai tinggi 2.8 inci.
2. Ular terkecil di dunia
 
 
Leptotyphlops Carlae adalah spesies ular terkecil di dunia, yang mempunyai panjang kurang dari 4 inci. Ditemui di kepulauan Karibia Barbados, Blair Hedges.

3. Ikan terkecil di dunia

 
Ikan terkecil di dunia ini ditemui pada Januari 2006 di pulau Sumatera Indonesia, dan merupakan spesies dari ikan gurami (Paedocypris Progenetica). Ini adalah ikan terkecil di dunia dengan panjang hanya 7,9 mm (0,3 inci)


4. Kucing terkecil di dunia

 
Kucing terkecil di dunia ini berusia 2 tahun dan terdapat di pusat Illinois, kucing ini mempunyai berat kira-kira tiga kilogram dan merupakan kucing terkecil yang masuk Guinness Book of World Records pada 2004.

5. Hamster terkecil di dunia


Hanya sedikit lebih besar daripada wang syiling 50 sen, Peewee adalah hamster terkecil di dunia dengan berat kurang dari satu auns, hamster ini berhenti membesar ketika ia berusia tiga minggu.

6. Sesumpah terkecil di dunia

 
Brookesia Minima adalah spesies sesumpah yang terkecil di dunia yang mempunyai panjang setengah inci. Ditemui di utara pantai barat Madagaskar.melorot

Kisah keindahan tangan seorang ibu

Semoga cerita di bawah ini dapat menjadi renungan buat kita semua. Ketika ibuku berkunjung ke rumah, ibu ingin untuk dibawa ke sebuah pasaraya kerana dia mahu membeli baju baru untuk pakaian di kampung.

Terus terang, sebenarnya aku sendiri tidak begitu suka pergi ke tempat-tempat tersebut dan aku bukan jenis orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pasaraya tersebut untuk membeli baju ibu. 
Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita dan ibuku mencuba sehelai demi sehelai pakaian lalu mengembalikannya ke tempat semula. katanya tidak ada yang sesuai.

Seiring waktu yang berlalu, aku mulai letih dan kelihatan jelas kecewa di wajah tua ibu. Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibuku mencuba sehelai baju yang sangat cantik.

Kerana tidak lagi sabarnya aku, maka kali ini aku ikut masuk dan berdiri bersama ibuku dalam fitting room, aku melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan bagaimana dengan susah payah dia mencuba untuk mengenakannya.

Ya Allah Ya Robb, ternyata tangan-tangannya sudah mulai tidak mampu kerana sakit tuanya dan sebab itulah ibu gagal memakainya dengan baik,sebab itulah tidak ada yang sesuai menurutnya. Ibu mencari baju yang mudah dia pakai. Perasaan tidak sabarku bertukar menjadi rasa bersalah dan rasa kasihan yang mendalam terhadapnya.

Aku keluar dari bilik itu, tidak dapat menahan sebak dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpaku sedari. Setelah aku mendapatkan ketenangan, aku kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu cantik, dan ibu pun akhirnya membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terkesan dan tidak dapat dilupakan dari ingatan.

Sepanjanghari itu, fikiranku tetap sahaja teringat semasa berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibuku yang terketar-ketar berusaha mengenakan pakaiannya.

Kedua tangan yang penuh dengan kasih sayang, yang pernah menyuapku, memandikan aku, memakaikan baju, membelai dan memeluk aku, dan terlebih dari semuanya, selalu menadah tangan berdoa untuk aku.

Sekarang tangan itu telah menyentuh hatiku dengan cara yang sangat berbekas dalam hatiku.

Pada malam harinya, aku pergi ke bilik ibu dan mengambil tangannya, lantas menciumnya hingga membuatnya terkejut, aku memberitahunya bahawa bagi aku kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini.

Aku sangat bersyukur bahawa Tuhan telah menyedarkan aku agar dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Aku hanya dapat berdoa bahawa suatu hari kelak tanganku dan hatiku akan mempunyai keindahannya tersendiri. Dunia ini mempunyai banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tidak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu.  Apriswahyudi

'Tidur ditindih syaitan'

Sleep Paralysis ( Pernah tidur  rasanya seperti ditindih setan)Sleep Paralysis, pada masa  mengalami ini biasanya kita akan sukar sekali bergerak dan kemudian ada sedikit rasa sejuk menjalar dari hujung kaki ke seluruh tubuh. 

Untuk boleh bangun, satu-satunya cara adalah menggerakkan hujung kaki, hujung tangan atau kepala secepat-cepatnya hingga seluruh tubuh boleh digerakkan kembali,biasanya disertai juga dengan munculnya bayangan kegelapan. 

Keadaan inilah yang dikatakankan “ketindihan” makhluk halus oleh sebahagian besar orang.  Berdasarkan fakta perubatan, keadaan ketika orang akan tidur atau bangun tidur merasa sesak nafas seperti dicekik, sesak dada, badan sukar bergerak dan sukar bersuara disebut sleep paralysis atau tidur lumpuh (kerana tubuh tidak boleh bergerak dan seperti rasa lumpuh). Hampir setiap orang pernah mengalaminya. Sekurang-kurangnya sekali atau dua kali dalam hidupnya.

Sleep paralysis boleh terjadi pada siapa sahaja, lelaki atau perempuan, dan umur kebanyakan orang yang pertama kali mengalami gangguan tidur ini adalah 14-17 tahun. 

Sleep paralysis atau tindihan ini memang boleh berlaku dalam kiraan saat hingga minit. Yang menarik, semasa tindihan terjadi kita sering mengalami halusinasi, seperti melihat sosok atau bayangan hitam di sekitar tempat tidur. Tidak hairan, fenomena ini pun sering dikaitkan dengan hal mistik.


Di dunia Barat, fenomena tindihan sering disebut mimpi buruk inkubus atau old hag berdasarkan bentuk bayangan yang muncul. Ada juga yang merasa melihat agen rahsia asing atau alien. 

Sementara di beberapa lukisan abad pertengahan, tindihan digambarkan dengan sosok roh jahat dudu atas dada seorang perempuan hingga ia ketakutan dan sukar bernafas.
Kurang Tidur

Menurut Al Cheyne, peyelidik dari Universiti Waterloo, Kanada, sleep paralysis, adalah sejenis halusinasi kerana adanya malfungsi tidur di tahap rapid eye movement (REM).

Sebagai pengetahuan, berdasarkan gelombang otak, tidur terbahagi kepada 4 tahap. Tahap itu adalah tahap tidur paling ringan (kita masih setengah sedar), tahap tidur yang lebih dalam, tidur paling dalam dan tahap REM. Pada tahap inilah mimpi terjadi. 

Semasa keadaan tubuh terlalu letih atau kurang tidur, gelombang otak tidak mengikuti tahap tidur yang sepatutnya. Jadi, dari keadaan sedar (semasa hendak tidur) ke tahap tidur paling ringan, terus melompat ke mimpi (REM).

Ketika otak mendadak terbangun dari tahap REM tapi tubuh belum, di sinilah sleep paralysis terjadi. Kita merasa sudah sedar, tapi tubuh tidak boleh bergerak. Ditambah lagi adanya halusinasi muncul sosok lain yang sebenarnya ini merupakan ciri khas dari mimpi. 

Selain itu, sleep paralysis juga boleh disebabkan sesuatu yang tidak dapat dikawal. Akibatnya, muncul tekanan dan terbawa ke dalam mimpi. Persekitaran kerja juga ikut mempengaruhi. Misalnya, anda bekerja shift sehingga kekurangan tidur atau mempunyai pola tidur yang tidak teratur. 

Walaupun biasa terjadi, gangguan tidur ini patut diambil perhatian. Ini kerana sleep paralysis boleh juga merupakan pertanda narcolepsy (serangan tidur mendadak tanpa tanda-tanda mengantuk), sleep apnea (berdengkur), kecemasan, atau depresi. 

Jika anda sering mengalami gangguan tidur ini, sebaiknya buat catatan mengenai pola tidur selama beberapa minggu. Ini akan membantu anda mengetahui penyebabnya. Lalu, atasi dengan mencari punca. Bila tindihan diakibatkan terlalu letih, cuba lebih banyak beristirahat.

Kurang tidur pun tidak boleh dianggap remeh. Jika sudah menimbulkan sleep paralysis, keadaan ini bererti sudah berat. Segera evaluasi diri dan cukupkan tidur. Usahakan tidur 8-10 jam pada jam yang sama setiap malam.

Perlu diketahui juga, seep paralysis umumnya terjadi pada orang yang tidur dalam posisi terlentang (wajah menghadap ke atas dan hampir nyenyak atau dalam keadaan hampir terjaga dari tidur). Itu sebabnya, kita perlu sering mengubah posisi tidur untuk mengurangi risiko diserang gangguan tidur ini. 

Jika tindihan disertai gejala lain, ada baiknya segera berjumpa doktor, pakar tidur atau laboratorium tidur untuk diperiksa lebih lanjut. Biasanya doktor akan menanyakan bila tindihan bermula dan sudah berlaku berapa lama. Catatan yang telah anda buat tadi akan sangat membantu ketika mendapat rawatan doktor.

Mitos Sleep Paralysis Di Berbagai Negara:

  1. Di budaya Afro-Amerika, gangguan tidur ini disebut the devil riding your back atau hantu yang sedang menaiki bahu seseorang.
  2. Di budaya China, disebut gui ya shen atau gangguan hantu yang menekan tubuh seseorang.
  3. Di budaya Mexico, disebut se me subio el muerto dan dipercayai sebagai kejadian adanya arwah orang meninggal yang menempel pada seseorang.
  4. Di budaya Kamboja, Laos dan Thailand, disebut pee umm, merujuk pada kejadian di mana seseorang tidur dan bermimpi makhluk halus memegang atau menahan tubuh orang itu untuk tinggal di alam mereka.
  5. Di budaya Island, disebut mara. Ini adalah kata kuno bahasa Island. Ertinya hantu yang duduk atas dada seseorang di malam hari, berusaha menjadikan orang itu sesak nafas dan mati lemas.
  6. Di budaya Tuki, disebut karabasan, dipercayai sebagai makhluk yang menyerang orang semasa tidur, menekan dada orang tersebut dan mengambil nafasnya.
  7. Di budaya Jepun, disebut kanashibari, yang secara sastera diartikan mengikat sehingga diertikan seseorang diikat oleh makhluk halus.
  8. Di budaya Vietnam, disebut ma de yang ertinya dikuasai syaitan. Banyak penduduk Vietnam percaya gangguan ini terjadi kerana makhluk halus merasuki tubuh seseorang.
  9. Di budaya Hungari, disebut lidercnyomas dan dikaitkan dengan kata supranatural boszorkany (penyihir). Kata boszorkany sendiri bererti menekan sehingga kejadian ini diterjemahkan sebagai tekanan yang dilakukan makhluk halus pada seseorang semasa tidur.
  10. Di budaya Malta, gangguan tidur ini dianggap sebagai serangan oleh Haddiela (isteri Hares), dewa bangsa Malta yang menghantui orang dengan cara merasuki orang tersebut. Dan untuk terhindar dari serangan Haddiela, seseorang harus meletak benda dari perak atau sebilah pisau di bawah bantal semasa tidur.
  11. Di budaya New Guinea, fenomena ini disebut Suk Ninmyo. Ini adalah pokok keramat yang hidup dari roh manusia. Pokok keramat ini akan memakan roh manusia di malam hari agar tidak menggangu manusia di siang hari. Namun, seringkali orang yang rohnya sedang disantap pokok ini terbangun dan terjadilah sleep paralysis.Erikakaputera


5 fakta mengkagumkan tentang azan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj8yeRzOd7UuowSbdTMKN_jBpwPschAbf1WaThQx9AhK7CvQA2MrTDIVR02Egc56SmZ9IIbYlK0U99iONRaWXoIVPo_eiNyp35vlYEf6WnDXSitPRsdJNGDA6MbVtSgpMDQOvx-4plL8VsO/s1600/muadzin.jpgAzan adalah media luar biasa untuk mengumandangkan tauhid terhadap Allah Yang Maha Kuasa dan risalah (kenabian) Nabi Muhammad SAW. Azan juga merupakan panggilan solat kepada umat Islam, yang terus bergema di seluruh dunia lima kali setiap hari.

Betapa mengagumkan suara azan itu, dan bagi umat Islam di seluruh dunia, azan merupakan sebuah fakta yang telah kukuh.

1 . Kalimat Penyeru Yang Mengandungi “Kekuatan Supranatural”

Ketika azan berkumandang, kaum yang bukan sekadar beragama Islam, tetapi juga beriman, bergegas meninggalkan seluruh aktiviti duniawi dan bersegera menuju masjid untuk menunaikan solat berjamaah. 

Simpulan kesedaran psiko-religius dalam otak mereka mendadak bergetar hebat, berhubung secara bersama dan dengan sepenuh kesedaran seorang hamba (abdi) mereka bersimpuh, penuh kesyahduan ibadah solat berjamaah.

2. Asal Mula Yang Menakjubkan:

Pada zaman dulu, Rasulullah Saw. kebingungan untuk memberitahu masa waktu solat telah tiba kepada seluruh umatnya. Maka dicarilah berbagai cara. 

Ada yang mencadangkan untuk mengibarkan bendera apabila waktu solat itu tiba, ada yang cadang untuk menyalakan api di atas bukit, meniup terompet, dan malah membunyikan lonceng. Tetapi semuanya dianggap kurang sesuai dan kurang elok.

Adalah Abdullah bin Zaid yang bermimpi bertemu dengan seseorang yang memberitahunya untuk mengumandangkan azan dengan menyerukan lafaz-lafaz azan yang sudah kita ketahui sekarang. Mimpi itu disampaikan Abdullah bin Zaid kepada Rasulullah Saw. 


Umar bin Khathab yang sedang berada di rumah mendengar suara itu. Ia terus keluar sambil menarik jubahnya dan berkata: ”Demi Tuhan yang mengutusmu dengan hak, ya Rasulullah, aku benar-benar melihat seperti yang ia lihat (di dalam mimpi). Lalu Rasulullah bersabda: ”Segala puji bagimu.”

Kemudian Rasulullah menyetujuinya untuk menggunakan lafaz-lafaz azan itu untuk menyerukan panggilan solat.

3. Azan Sentiasa Ada Semasa Peristiwa-Peristiwa Penting:

Azan digunakan Islam untuk memanggil umat untuk melaksanakan solat. Selain itu azan juga dikumandangkan di waktu penting. Ketika lahirnya seorang bayi, ketika peristiwa besar .

Peristiwa besar yang dimaksud adalah

- Fathu Makah : Pembebasan Mekah merupakan peristiwa yang terjadi pada tahun 630 tepatnya pada 10 Ramadan 8 H, di mana Nabi Muhammad beserta 10.000 pasukan bergerak dari Madinah menuju Mekah, dan kemudian menguasai Mekah secara keseluruhan, sekaligus menghancurkan berhala yang ditempatkan di dalam dan sekitar Ka’bah. Lalu Bilal mengumandangkan azan di atas Ka’bah

- Pengusaan Konstatinopel : Konstantinopel jatuh ke tangan pasukan Ottoman, mengakhiri Kerajaan Romawi Timur lalu beberapa perajurit Ottoman masuk kedalam Ramapsan terbesar Mereka Sofia lalu mengumandangkan azan di sana sebagai tanda kemenangan Islam..

4. Adzan Sudah Milion kali Dikumandangkan:

Sejak pertama dikumandangkan sehingga kini mungkin sudah sekitar 1500 tahunan lebih azan dikumandangkan. Anggaplah setahun 356 hari . bererti 1500 tahun X 356 hari= 534000 dan kalikan kembali dengan jumlah umat Islam yang terus bertambah tiap tahunnya. Kita anggap umat Islam pada masa ini kira-kira 2 milion orang dengan nisbah 2 milon umat dengan 2 juta muadzin.

Hasilnya = 534.000 x 2.000.000 = 1.068.000.000.000 dikalikan 5 = 5.340.000.000.000

5. Adzan Ternyata Tidak Pernah Berhenti Berkumandang

Setiap kali fajar menyingsing di sebelah timur Sulawesi, kira-kira jam 5:30 waktu tempatan, maka azan subuh mulai dikumandangkan. Ribuan muadzin di kawasan timur Indonesia mulai mengumandangkan tauhid kepada Allah Yang Maha Kuasa, dan risalah Nabi Muhammad SAW.

Proses itu terus berlangsung dan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan waktu antara timur dan barat pulau-pulau di Indonesia adalah satu jam. Oleh kerana itu, satu jam setelah azan selesai di Sulawesi, maka azan segera bergema di Jakarta, diikuti pula Sumatera. 

Azan belum berakhir di Indonesia, maka ia sudah dimulai di Malaysia. Burma adalah di baris seterusnyanya, dan dalam waktu beberapa jam dari Jakarta, maka azan mencapai Dacca, ibukota Bangladesh. Dan begitu azan berakhir di Bangladesh, maka ia ia telah dikumandangkan di barat India, dari Kalkuta ke Srinagar. Kemudian terus menuju Bombay dan seluruh kawasan India.

Srinagar dan Sialkot (sebuah kota di Pakistan utara) memiliki waktu azan yang sama. Perbezaan waktu antara Sialkot, Kota, Karachi dan Gowadar (kota di Baluchistan, satu bahagian di Pakistan) adalah empat puluh minit, dan dalam waktu ini, (Dawn) azan Fajar telah terdengar di Pakistan. 

Sebelum berakhir di sana, ia telah dimulai di Afghanistan dan Muscat. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Azan kembali terdengar selama satu jam di wilayah Hijaz al-Muqaddas (Mekah dan Madinah), Yaman, Emeriah Arab Bersatu, Kuwait dan Iraq.

Perbezaan waktu antara Bagdad dan Iskandariyah di Mesir adalah satu jam. Azan terus bergema di Syria, Mesir, Somalia dan Sudan sepanjang jam tersebut. Iskandariyah dan Istanbul terletak di garisan bujur geografi  yang sama. Perbezaan waktu antara timur dan barat Turki adalah satu setengah jam, dan pada masa ini seruan solat dikumandangkan.

Iskandariyah dan Tripoli (ibukota Libya) terletak di lokasi waktu yang sama. Proses panggilan Azan sehingga terus berlangsung melalui seluruh kawasan Afrika. Oleh kerana itu, kumandang keesaan Allah dan kenabian Nabi Muhammad saw yang dimulai dari bahagian timur pulau Indonesia itu tiba di pantai timur Lautan Atlantik dalam masa sembilan setengah jam.

Sebelum Azan mencapai pantai Atlantik, kumandang azan Zohur telah dimulai di kawasan timur Indonesia, dan sebelum berkumandang di Dacca, azan Asar telah dimulai. Dan begitu azan dikumandang di Jakarta setelah kira-kira satu setengah jam kemudian, maka waktu Maghrib menyusul. 

Tidak lama setelah waktu Maghrib dikumandang di Sumatera, maka waktu azan Isya' telah dimulai di Sulawesi.Bila muadzin di Indonesia mengumandangkan azan subuh, maka muadzin di Afrika mengumandangkan azan untuk Isya'. (eramuslim)

4 spesis burung penyelam yang handal

1.Burung Loon
 


Burung loon adalah kumpulan burung akuatik yang ditemui di berbagai tempat di Amerika Utara dan selatan Eurasia. Loon sama besar angsa kecil, yang kadang-kadang kelihatan sama antara kedua jenis binatang itu ketika berenang. 
Bulu loon berwarna putih dan hitam, dengan warna kelabu pada kepala dan leher pada beberapa spesies, dan bulu bahagian perut yang berwarna putih. Seluruh spesies dari jenis ini mempunyai paruh berbentuk tombak

Loon adalah perenang yang baik. Menggunakan kaki untuk mendayung dan sayap sebagai bantuan dalam gerakannya. Memandangkan kakinya berada jauh di belakang, loon tidak mampu beradaptasi dengan baik di daratan kerana sukar berjalan dengan bentuk kaki demikian. Loon kebiasaanya tidak lama di daratan, kecuali untuk duduk di sarang.




2.Burung Grebe
 


Ukuran grebe berbeza dari kecil hingga menengah ke atas. Grebe terkecil, Least Grebe, berukuran 23,5 cm dengan berat 120 gram. Sedangkan yang terbesar, Great Grebe, berukuran 71 cm dengan massa 1,7 kg. 
Grebe merupakan burung perenang dan penyelam yang handal. Grebe mempunyai kaki yang terletak jauh di belakang, dapat berlari di atas air untuk masa yang singkat namun seringkali jatuh.

Grebe mempunyai sayap yang kecil, dan beberapa spesiesnya dapat terbang rendah. Dua spesies di Amerika Selatan tidak dapat terbang sama sekali. Grebe lari dari bahaya dengan menyelam daripada terbang.
Grebe mempunyai bulu yang tidak biasa, sangat padat dan tahan air. Dengan mengecutkan bulu-bulu pada tubuh, grebe dapat mengatur gaya apungannya.Kadang- kadang Grebe berenang rendah dengan hanya memperlihatkan kepala dan lehernya saja.
Grebe membuat sarang terapung dari buangan tanaman. Grebe muda bersifat precocial, yang dapat berenang terus setelah keluar dari telur.
 

3.Burung Kormoran
 


Seluruh spesies kormoran adalah pemakan ikan, belut kecil, malah ular laut. Kormoron menyelam di hampir permukaan air. Binatang ini mendayung dengan kaki untuk menyelam di laut mencari makan. Beberapa spesies diketahui mampu menyelam hingga 45 meter.



Setelah menangkap ikan, kormoron akan kembali ke pantai, dan seringkali kelihatan sedang menjemur sayapnya di bawah sinar matahari. Seluruh spesies kormoran mempunyai kelenjar khusus yang mampu menjaga bulu mereka tahan air, walaupun ada juga yang mengatakan bahawa bulu burung ini memang tahan air tanpa adanya kelenjar tersebut. 
Ada juga yang mengatakan bahawa bulu burung ini menyerap air namun tidak membasahi lapisan bulu dan kulit.



4.Burung Guillemot
 

Burung Guillemot dewasa mempunyai tubuh hitam dengan potongan sayap putih, paruh gelap nipis dan kaki merah. Burung ini menunjukkan garis sayap putih ketika terbang. Di musim sejuk, tubuh bahagian atasnya berwarna kelabu pucat dan bahagian bawah berwarna putih. Sayapnya tetap hitam dengan garis putih besar di sayap bahagian dalam.


Habitat untuk burung ini berkembang biak adalah di pantai berbatu, tebing, dan pulau-pulau di pantai Atlantik utara di Amerika Utara bahagian timur sehingga selatan, dan di Eropah barat sehingga selatan. Beberapa burung berkembang biak di Alaska, biasanya bertelur di lokasi berbatu berhampiran air.

 
gokiel-abiez



Kisah benar seorang ibu dan karpet kotor

http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/41485_100000837172658_2193_n.jpg

Ada seorang ibu suri rumah tangga yang mempunyai 4 orang anak lelaki. Urusan belanja, mencuci, makan, kebersihan & jemuran; mengemas rumah dapat dilakukannya dengan baik. Rumah nampak selalu kemas, bersih & teratur Suami serta anak-anaknya sangat menghargai pengabdiannya itu.

Cuma ada satu masalah, ibu yang pembersih ini sangat tidak suka kalau karpet di rumahnya kotor. Ia boleh berleter dan marah berpanjangan hanya gara-gara melihat jejak kasut di atas karpet, maka suasana tidak enak akan berterusan seharian.

Sedangkan, dengan 4 prang anak lelaki di rumah,keadaan ini mudah serta berulang ulang kali terjadi dan ini begitu menyiksa ibu ini. Atas saranan keluarganya, ia pergi menemui seorang psikologi bernama Virginia Satir, dan menceritakan masalahnya.


Setelah mendengarkan cerita ibu dengan penuh perhatian, Virginia Satir tersenyum & berkata kepada ibu ini :"Ibu tutup mata ibu dan bayangkan apa yang akan saya katakan" Ibu itu kemudian menutup matanya.


"Bayangkan rumah ibu yang rapi dan karpet ibu yang bersih gebu, tak diusik, tanpa kotoran, tanpa jejak kasut, bagaimana perasaan ibu?"

Sambil tetap menutup mata, senyum ibu itu melebar, mukanya yang murung berubah cerah. Ia nampak senang dengan bayangan yang dilihatnya.


Virginia Satir meneruskan; "Itu ertinya tidak ada seorang pun di rumah ibu. Tak ada suami, tak ada anak-anak, tak terdengar gurau senda dan tawa ceria mereka. Rumah ibu sepi dan kosong tanpa orang-orang yang ibu kasihi".

Seketika muka ibu itu berubah muram, senyumnya terus menghilang, nafasnya mengandungi esakan. Perasaannya bimbang. Fikirannya terus cemas membayangkan apa yang sedang terjadi pada suami dan anak-anaknya.


"Sekarang lihat kembali karpet itu, ibu melihat jejak kasut & kotoran bertaburan di sana??ertinya suami dan anak-anak ibu ada di rumah, orang-orang yang ibu cintai ada bersama ibu dan kehadiran mereka mengembirakan hati ibu".


Ibu itu mulai tersenyum kembali, ia merasa lega dengan bayangan tersebut

"Sekarang bukalah mata ibu" Ibu itu membuka matanya


"Bagaimana, apakah karpet kotor masih menjadi masalah buat ibu?" Ibu itu tersenyum dan menggelengkan kepalanya. "Saya tahu maksud anda" ujar ibu ini,

 "Jika Kita melihat dengan sudut yang tepat, maka hal yang nampak negatif dapat dilihat secara positif".


Sejak hari itu, ibu ini tidak pernah lagi mengeluh soal karpetnya yang kotor, kerana setiap melihat jejak kasut di sana, ia tahu, keluarga yang dikasihinya ada di rumah.


catatan :


Kisah di atas adalah kisah benar. Virginia Satir adalah seorang psikologi terkenal yang membuka Richard Binder & John Adler untuk menciptakan NLP (Neurolinguistic Programming).

Teknik yang dipakainya di atas disebut Reframing, iaitu bagaimana kita 'membuka ulangan' sudut pandang kita sehingga sesuatu yang tadinya negatif dapat menjadi positif, salah satu caranya dengan mengubah sudut pandangnya.situslakalaka

8 binatang dengan mata yang unik

Mata gunanya untuk melihat. Tapi tahukah anda bahawa ada binatang yang sama sekali tidak mempunyai mata dan sebaliknya ada binatang yang matanya ada sehingga lapan biji?

Tuhan telah mengaturnya. Mata makhluk ciptaannya itu disesuaikan dengan kegunaannya. Oleh kerana itu kemampuan dan letak mata disesuaikan dengan keperluannya. 
Ada yang diciptakan-Nya untuk malam hari ada yang untuk siang hari atau untuk kedua-duanya. Ada yang untuk keperluan menyerang atau sebaliknya ada yang untuk membela diri. Masing-masing itu mempunyai kekurangan dan kelebihannya.

Tupai

Tupai terdapat di kedua belah kepalanya, dan berada pada kedua pipi-pipinya yang bentuknya memanjang ke depan dan menyerupai kerucut. Dengan demikian ia mempunyai pandangan yang tajam ke arah depan.
http://rayhan443.files.wordpress.com/2009/08/tupai6.jpg?w=490

Akan tetapi letak mata itu cukup hampir dengan pangkal kepalanya sehingga melalui kepalanya itu. Apabila lari memanjat pokok ia dapat melihat melalui punggungnya ,apakah ada yang mengejar atau tidak. 
Atau sambil berlari di atas tanah ia dapat melihat ke atas untuk mengawasi burung helang yang mengejarnya. Akan tetapi disamping kelebihannya itu ia mempunyai kelemahan iaitu tidak dapat melihat dengan mudah ke arah sisi.

Burung Helang

http://pilihan.files.wordpress.com/2008/04/eagle1.jpg?w=450&h=390

Mata burung helang mempunyai ketajaman penglihatan yang luar biasa untuk memburu. Ia dapat melihat seekor arnab yang melompat-lompat di antara semak-semak ribuan kaki di bawahnya.

Arnab

http://api.ning.com/files/z0mFox1dEzzIaPWvO9bVl1qnsuDweLahgmu6KYX8OfSvPIS8592RyF01qAL*esw6PJI1MtxSI6*8vDZueNueZ0cQEFe9i*HL/kelinci1.jpg
Akan tetapi arnab yang diburu itu mempunyai mata di kedua belah kepalanya yang tempatnya sedemikian rupa sehingga dapat melihat helang yang memburunya dan yang sedang memerhati untuk menyambarnya. 

Burung Hantu

Burung Hantu mempunyai mata yang letaknya tidak seperti mata burung pada umumnya iaitu di kiri kanan kepala, akan tetapi di bahagian depan mukanya. Penglihatannya sangat tajam dan dapat mengamati mangsanya dengan jelas dalam keredupan mahupun dalam kegelapan malam.
http://www.dicts.info/img/ud/owl2.jpg

Akan tetapi untuk menentukan tempat mangsanya ia lebih mengutamakan pendengarannya. Ia dapat menentukan dengan tepat posisi tikus dari suara dedaun yang terusik oleh gerakan tikus mangsanya itu. 
Burung hantu sebagai pemburu pada malam hari mempunya mata yang besar sekali, sedemikian besarnya sehingga bola matanya tidak dapat digerakkan di dalam rongga matanya itu.

Untuk menengok ke sisi ia harus memutarkan lehernya dan ia dapat melakukannya sampai menengok ke belakang sekalipun. Selain dari pada itu matanya itu tajam sekali sehingga di dalam cahaya redup, di mana mata manusia tidak dapat malihat apapun, ia dapat melihat mangsanya.

Burung Robin

Burung Robin, sejenis burung Murai yamg ada di Eropah tidak dapat melihat sesuatu dengan jelas yang berada beberapa cm di depannya. Jika burung ini mahu melihat dengan jelas, ia harus berada pada jarak yang agak jauh.
http://kontaktuhan.org/news/news186/images/an3-186.jpg

Untuk dapat melihat mangsanya, contohnya seekor cacing, ia berdiri tegak dan menggerakkan kepalanya ke arah belakang, sehingga matanya itu ada pada jarak “dapat melihat”. 

Rupanya seperti orang yang rabun dekat, untuk melihat benda dengan jelas (misalnya untuk dapat membaca) orang rabun dekat itu harus menjauhkan benda itu beberapa cm dari padanya.

Kucing

Kucing adalah binatang peliharaan yang sangat kita gemari. Ia termasuk binatang “noctural” iaitu binatang yang memburu mangsanya baik pada siang hari mahupun pada malam hari.
http://wb5.itrademarket.com/pdimage/27/1105027_persian-cat.jpg

Oleh kerana itu mata kucing boleh menyesuaikan diri baik untuk siang hari mahupun untuk malam hari. Biji matanya (pupil) tidak bulat sebagaimana kebanyakan binatang- lainnya, melainkan bentuk bulat telur (oval). 

Pada malam hari bentuk bulat telur itu terbuka melebar sedang pada cahaya yang kuat atau terang mengecil sampai menjadi bentuk celahan kecil.
Mata seekor kucing akan bersinar (seperti menyala) bila disuluh cahaya lampu yang kuat, kerana di bahagian belakang matanya itu terdapat lapisan selaput yang bekerja seperti cermin yang memantulkan kembali cahaya yang mengenainya. 

Selain daripada itu di dalam matanya itu terdapat sel-sel yang sangat peka terhadap cahaya yang redup. Akan tetapi sel-sel itu tidak dapat membezakan warna atau buta warna.

Ikan

Kedua mata kita itu merupakan suatu kesatuan, melirik bersama-sama ke arah yang sama dan melihat benda yang sama pula. Demikian pula pada mamalia dan burung. Akan tetapi tidak sama pada ikan, terutama ikan yang pipih, yang matanya itu terdapat di kiri dan kanan kepalanya.
http://i235.photobucket.com/albums/ee31/carolinadancer/FishEyes.jpg

Pada kumpulan ikan kedua matanya itu bekerja masing-masing dengan bebas, tidak bergantung satu sama lain, misalnya mata kiri mengarah ke depan sedang mata kanan mengarah ke belakang. 

Dengan demikian penglihatannya itu dapat mencakup jarak dan kawasan pandangan yang luas, kerana dapat melihat kepada dua arah yang berbeza secara serentak. 

Ikan tidak mempunyai kelopak mata, jadi tidak dapat berkedip. Dengan demikian air selalu dapat membersihkannya dan kerana itu matanya selalu bersih.

Labah-Labah

Mata labah-labah merupakan suatu gabungan beberapa mata. Setiap mata mempunyai lensa dan sel penerima kumpulan cahaya sehingga nampak seperti segi yang terpisah-pisah dan biasanya tersusun dalam kelompok-kelompok atau rumpun-rumpun pada belakang kepalanya.
http://niganku.files.wordpress.com/2011/01/jumpingspidereyes4.jpg?w=300

Labah-labah yang menangkap mangsanya dengan jaringnya dan menunggu mangsanya terperangkap, tidak begitu bergantung pada penglihatannya seperti labah-labah pemburu. Oleh kerana itu baginya tidak menjadi masalah sifat rabun dekatnya itu.
Labah-labah pemburu mempunyai rumpun mata yang terdiri dari lapan biji mata yang terdapat pada belakang kepalanya. Tiap-tiap mata dilengkapi lensa dan sel-sel yang dapat menangkap kumpulan cahaya. 

Walaupun tidak ada seekor labah-labah yang dapat melihat dengan jelas suatu benda yang letaknya pada jarak lebih dari 30 cm, labah-labah pemburu itu dapat mengikuti gerakan sekecil apa pun dari bayangan mangsanya yang berpindah-pindah dari satu mata ke mata berikutnya.7wolu

Air yang boleh memadamkan api neraka

menangis.jpg (200×154)

Dalam sebuah kitab (Bidayatul-Hidayah), diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan Neraka Jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyala api yang sangat dahsyat gemuruhnya, hingga semua umat menjadi berlutut kerana tak sanggup menahan ketakutannya.

Allah S.W.T berfirman, “Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan.” (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Ketika mereka menghampiri neraka, mereka mendengar gemuruh api neraka yang suaranya sudah dapat mulai didengar sejarak 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang, bahkan para nabi sekalipun akan berucap“Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah), kecuali hanya seorang nabi saja yang akan berkata“Umatku, umatku.”

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, “Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali.”

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak segera kembali, lalu malaikat Jibril berkata, “Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W”

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. “Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya.” Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. “Wahai Jibril, Apakah air itu?”

Maka Jibril berkata, “Itulah air mata orang durhaka di kalangan umatmu yang menangis karena takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu.” Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.”



Dalam sebuah kitab Daqa’iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. 
Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, “Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, barang siapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis karena amat takut kepada-Mu.”

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut.”

Sungguh telah bersabda Rasulullah S.A.W, ” Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ada lagi air mata.situslakalaka


Sisa peninggalan senibina Kaum Tsamud

Gunung-gunung batu ini dibina kaum Tsamud menjadi istana, rumah, dan kubur pembesar kaum. Pahatan ukiran dan hiasan sangat halus, indah dan menakjubkan.

Wilayah kekuasaan kaum Tsamud terbentang hingga ke wilayah Petra (Jordan). Bezanya, Petra sudah dijadikan kawasan pelancungan Jordan selain Laut Mati.

Sedangkan Mada’en Shaleh masih menjadi perdebatan antara kepentingan pelancongan Arab Saudi yang mulai menjadikan Mada’en Shaleh sebagai kawasan pelancungan, dengan para ulama yang berpendapat bahawa tempat tersebut adalah tempat peninggalan “kaum terlaknat,” sehingga umat Islam diharamkan untuk menziarahinya.
 

Dikisahkan dalam Al-Qur’an, pada zamannya, kaum Tsamud memiliki kepakaran senibina luar biasa. Nabi Shaleh, nabi kelima dari 25 nabi dan rasul yang tertulis, diutus Allah SWT, mengajak mereka untuk bertauhid.


Namun, kaum Tsamud tidak menerima Nabi Shaleh begitu sahaja. Mereka minta ditunjukkan satu mukjizat sebagai bukti bahawa Shaleh adalah utusan Allah. Bukan itu sahaja. Di luar batas kemampuan manusia, mereka minta seekor unta betina keluar dari celahan batu-batu.

Nabi Shaleh pun berdoa meminta kepada Yang Maha Kuasa. Doanya dimakbulkan, dan keluarlah seekor unta betina dari celahan batu-catu. 
Ia lalu berpesan kepada umatnya, jangan menyakiti unta tersebut, apa lagi membunuhnya. Azab Allah akan menimpa, jika unta tersebut dibunuh. Kaum Tsamud akhirnya sepakat menjadi umat Nabi Shaleh.

Seiring perjalanan waktu, salah seorang umatnya kemudian mengingkari dan nekad membunuh unta tersebut. Menurut riwayat, kononnya pembunuh ini adalah utusan para pembesar kaum yang ditawar dengan hadiah seorang wanita cantik.

Nabi Shaleh sangat marah. Ia tahu, azab Allah tidak lama lagi akan datang dan menimpa ke atas kaumnya. Ini kerana, “mukjizat unta” adalah simbol kepatuhan kaum Tsamud kepada Allah.

Setelah kejadian tersebut, kaum Tsamud masih menentang Nabi Shaleh, kerana  azab tidak pun datang menimpa mereka. Maka, tidak berapa lama, azab Allah pun datang. Angin puting beliung dengan suhu udara yang sangat sejuk melanda hari-hari kaum Tsamud, diiringi gempa dahsyat.

Akhirnya, kaum Tsamud tenggelam ditelan bumi. Yang tertinggal hanya beberapa rumah dan istana gunung batu sebagai hasil karya besar mereka.

Kini, tempat peninggalan ribuan tahun itu masih boleh dilihat pengunjung yang datang untuk se­kadar melancong atau para arkeologi de­ngan tujuan penyelidikan. Jabatan Pelancungan Arab Saudi kuat mempromosikan Mada’en Shaleh sebagai tarikan pelancungan se­jarah selain Dir’iyah, lokasi kota tua Raja Abdul Aziz, pengasas kerajaan Arab Saudi.huzaifahmuntalib

Cita-cita Almarhum Zainuddin MZ yang belum tercapai

Inilah Cita-Cita Zainuddin MZ yang Belum Terwujud
KH Zainuddin MZ


Almarhum Zainuddin MZ bercita-cita untuk mendirikan pesantren di dekat rumahnya. Cita-cita itu diawali dengan pembangunan masjid Fajrul Islam, yang kini berdiri megah.

Fikri Haikal, anak pertama alrmahum, mengatakan ayahandanya sudah lama ingin mendirikan pesantren. Nantinya, pesantren tersebut mengelilingi masjid. “Jadi beliau ingin seperti ulama salafiyah, yang memiliki pesantren, mengajar ditempat itu dan dimakamkan juga disitu,” papar dia.

Namun, dalam realisasinya, kata Fikri, tidak semudah membalikan telapak tangan. Butuh dana besar guna membangun pesantren sesuai dengan yang dicita-citakan almarhum.

KH Zainuddin MZ bin Tarmuzi meninggal di usia 59 tahun pada Selasa (5/7) bertepatan dengan 5 Sya'ban 1432 H. Meninggalnya dai sejuta umat diduga lantaran pola makan dan padatnya jadwal kegiatan.
Republika