4 spesis burung penyelam yang handal

1.Burung Loon
 


Burung loon adalah kumpulan burung akuatik yang ditemui di berbagai tempat di Amerika Utara dan selatan Eurasia. Loon sama besar angsa kecil, yang kadang-kadang kelihatan sama antara kedua jenis binatang itu ketika berenang. 
Bulu loon berwarna putih dan hitam, dengan warna kelabu pada kepala dan leher pada beberapa spesies, dan bulu bahagian perut yang berwarna putih. Seluruh spesies dari jenis ini mempunyai paruh berbentuk tombak

Loon adalah perenang yang baik. Menggunakan kaki untuk mendayung dan sayap sebagai bantuan dalam gerakannya. Memandangkan kakinya berada jauh di belakang, loon tidak mampu beradaptasi dengan baik di daratan kerana sukar berjalan dengan bentuk kaki demikian. Loon kebiasaanya tidak lama di daratan, kecuali untuk duduk di sarang.




2.Burung Grebe
 


Ukuran grebe berbeza dari kecil hingga menengah ke atas. Grebe terkecil, Least Grebe, berukuran 23,5 cm dengan berat 120 gram. Sedangkan yang terbesar, Great Grebe, berukuran 71 cm dengan massa 1,7 kg. 
Grebe merupakan burung perenang dan penyelam yang handal. Grebe mempunyai kaki yang terletak jauh di belakang, dapat berlari di atas air untuk masa yang singkat namun seringkali jatuh.

Grebe mempunyai sayap yang kecil, dan beberapa spesiesnya dapat terbang rendah. Dua spesies di Amerika Selatan tidak dapat terbang sama sekali. Grebe lari dari bahaya dengan menyelam daripada terbang.
Grebe mempunyai bulu yang tidak biasa, sangat padat dan tahan air. Dengan mengecutkan bulu-bulu pada tubuh, grebe dapat mengatur gaya apungannya.Kadang- kadang Grebe berenang rendah dengan hanya memperlihatkan kepala dan lehernya saja.
Grebe membuat sarang terapung dari buangan tanaman. Grebe muda bersifat precocial, yang dapat berenang terus setelah keluar dari telur.
 

3.Burung Kormoran
 


Seluruh spesies kormoran adalah pemakan ikan, belut kecil, malah ular laut. Kormoron menyelam di hampir permukaan air. Binatang ini mendayung dengan kaki untuk menyelam di laut mencari makan. Beberapa spesies diketahui mampu menyelam hingga 45 meter.



Setelah menangkap ikan, kormoron akan kembali ke pantai, dan seringkali kelihatan sedang menjemur sayapnya di bawah sinar matahari. Seluruh spesies kormoran mempunyai kelenjar khusus yang mampu menjaga bulu mereka tahan air, walaupun ada juga yang mengatakan bahawa bulu burung ini memang tahan air tanpa adanya kelenjar tersebut. 
Ada juga yang mengatakan bahawa bulu burung ini menyerap air namun tidak membasahi lapisan bulu dan kulit.



4.Burung Guillemot
 

Burung Guillemot dewasa mempunyai tubuh hitam dengan potongan sayap putih, paruh gelap nipis dan kaki merah. Burung ini menunjukkan garis sayap putih ketika terbang. Di musim sejuk, tubuh bahagian atasnya berwarna kelabu pucat dan bahagian bawah berwarna putih. Sayapnya tetap hitam dengan garis putih besar di sayap bahagian dalam.


Habitat untuk burung ini berkembang biak adalah di pantai berbatu, tebing, dan pulau-pulau di pantai Atlantik utara di Amerika Utara bahagian timur sehingga selatan, dan di Eropah barat sehingga selatan. Beberapa burung berkembang biak di Alaska, biasanya bertelur di lokasi berbatu berhampiran air.

 
gokiel-abiez

0 komentar:

Posting Komentar