Salam,
Penulis rasa amat rugi kerana tidak dapatbersama dalam Himpunan Bersih 2.0 yang baru berlalu. Himpunan Bersih 2007penulis dapat hadir , dapat la bau air asid tapi tak kena pun.
Tinggal di bandar negara orang putih , yang masihtak ramai pelajar dan rakyat Malaysia. Penulis rasa peluang untuk sertaihimpunan Bersih di luar negara tipis.
Sudah dibaca dalam facebook di bandar laindalam negara orang putih ini akan ada himpunan Bersih. Ada satu perhimpunanlain yang dianjur muslim di bandar ini dibuat pada tarikh yang sama.
Penulis bincang dengan seorang kawan lamasatu jamaah di kampus kat Malaysia untuk buat banner kemudian bawa ke himpunanitu. Orang kata ambil semangat orang ramai, kemudian pegang banner Bersih.
Tiga hari sebelum 9 Julai , baru penulisdapat tahu melalui Facebook Bersih 2.0. Himpunan Bersih di bandar ini jugadibuat dan digerakkan oleh rakyat Malaysia PR dan pelajar .
Lega rasanyadapatlah , berhimpun nyatakan sokongan kepada Bersih 2.0 walaupun tak semanisdi KL.
Memang hanya mencapai ratusan orang tapimeriah dengan aktiviti tanpa ganguan polis. Cukup hanya dengan makluman akanmengadakan himpunan kepada polis dengan mengisi borang melalui internet.
Blogger UMNO menuduh himpunan di luar negarahanya dihadiri orang Cina dan India , kerana dari gambar-gambar memang terpaparramai orang Cina dan India.
Sebenarnya , ramai pelajar Melayu yang hadirtapi tidak mahu bergambar atau berada pada jarak yang jauh. Kenapa begitu?Kerana takut dengan tekanan dan ugutandari kerajaan UMNO/ BN.
Pelajar Cina dan rakyat PR tidak takut keranaramai antara mereka belajar dengan menggunakan perbelanjaan sendiri. Sebabitulah , ramai pelajar Melayu tidak kelihatan dalam gambar. Perasaan takut-takut inilah yang menyebabkanmereka berada jauh.
Himpunan Bersih kali ini telah mencatatkansejarah baru dalam politik Malaysia. Melihat kepada jumlah yang hadir melaluibukti gambar dan video , tidak ada siapa yang boleh menafikan kecuali merekadari jenis suka berbohong.
Blogger UMNO pun tidak mampu menafikannya danmereka akan mengunakan kenyataan bertahan yang sama untuk mengelakkan malu UMNO. Apa kenyataan blogger UMNO dan pencacai UMNO yang memberi komen di blog-blog? “ 100 000 tidak ramai jika nakdibandingkan dengan 27 juta rakyat Malaysia”
Himpunan Bersih kali ini memang banyakberbeza dari himpunan Bersih tahun 2007 walaupun tujuannya sama. Tindakankerajaan Najib melalui polis menangani himpunan Bersih kali ini lebih kerasberbanding zaman Pak Lah.
Sebelum berlaku himpunan Bersih , setiap harimedia massa kerajaan menghentam dan memburukkan Bersih. Serangan fitnah melaluiblog UMNO , Facebook, SMS juga dibuat ke atas penganjur Bersih terutamaPengerusinya.
Pemuda UMNO melalui Patriot , Perkasa dan Pertubuhan Silat di bawah Omar Dinsentiasa membuat kenyataan provokasi menentang Bersih.
Polis pula langsung tidak bertolak ansuruntuk melakukan tangkapan terhadap sesiapa sahaja yang mempunyai bahanberkaitan Bersih.
Rasional fikiran UMNO , melalui hentamansegenap penjuru ini akan menyebabkanrakyat takut untuk menyertai Bersih. Mereka beranggapan , himpunan Bersih kaliini tidak akan mendapat sambutan sebagaimana tahun 2007.
Penulis hadir semasa himpunan tahun 2007 bersama anak isteri. Kebetulan isteriada conference di KL keesokanharinya, penulis sewa hotel dekat pusat KL. Semasa pergi di hari himpunan tidakada pun sekatan polis yang penulis kena lalui.
Berbeza dengan himpunan Bersih kali ini,polis membuat sekatan di sekeliling KL, menghalang komuter masuk pusat bandar,mengadakan kawalan di stesen keretapi. Memang ketat, jika tidak kuat semangat,tidak bijak mencari jalan masuk memang tidak boleh masuk KL.
Jika dulu , polis hanya mengadakan sekatanlonggar dengan tangkapan yang kecil. Kali ini , setiap yang disyaki akanditangkap dan dibawa ke balai. Begitu hebatnya tekanan dan halangan yangterpaksa ditempuh rakyat.
Sungguhpun meghadapi sekatan dan tekanan begitukuat , rakyat Malaysia memang-memang berani-berani . Berdasarkan gambar danvideo yang diambil, jumlah rakyat yang dapat berkumpul di pusat KL mencapai 50000 , manakala yang tidak dapat masukakibat sekatan polis adalah berkali ganda daripada jumlah itu. Himpunan Bersihkali ini sebenarnya mencatatkan jumlah peserta yang lebih ramai dari himpunanBersih 2007.
Jika dulu majoriti yang hadir adalah Melayuyang berani-berani, kali ini sangat berbeza kerana begitu ramai orang Cina danIndia juga berani-berani untukbersama-sama orang Melayu turun berhimpun menyokong Bersih.
Himpunan Bersih tahun 2007 hanya berlangsungdi KL sahaja tapi tidak untuk kali ini. Sokongannya pada tahab global. Rakyat Malaysia diluar negara juga berani-berani untuk mengadakanhimpunan Bersih 2.0 hampir di setiap ibu kota dunia.
Rakyat Malaysia yang berani-berani dapat lepas sekatan polis mencapai 50 000 .Rakyat Malaysia kurang berani sudah hadir tetapi tidak dapat melepasi sekatanpolis berlipat kali ganda .
Manakala berjuta lagi rakyat Malaysia yangmenyokong Bersih 2.0 tapi takut-takut untuk hadir himpunan Bersih 2.0. Inimenjawab kenyataan bertahan UMNO “ 100 000 tidak ramai jika nak dibandingkandengan 27 juta rakyat Malaysia” .
Siapakah rakyat Malaysia yang takut-takut ?termasuklah orang awam, pegawai kerajaan, guru-guru dan pelajar universiti.Orang awam takut-takut kerana termakan dengan ugutan dan ancaman polis melaluimedia massa setiap hari.
Pegawai kerajaan dan guru-guru takut-takutakibat tekanan dari kerajaan UMNO/BN . Mereka tajut dibuang kerja, tak naikpangkat, disenarai hitam, kena tukar dan macam-macam.
Mahasiswa dan pelajar takut-takut denganancaman AUKU, buang U, gantung belajar, tarik biasiswa, buang asrama dan banyaklagi.
Tidak boleh salahkan mereka yang takut-takutkerana mereka belum diberi kekuatan untuk menyertai rakyat Malaysia yangberani-berani. Bukan nak kata, ada ramai juga pimpinan dan ahli jamaah yangterima tarbiyyah pun termasuk dikalangan rakyat yang takut-takut. Inikan pulaorang awam yang tidak terima tarbiyah.
Kerajaan UMNO/BN memang berjaya melahirkanrakyat yang takut-takut dengan tekanan dan ugutan. Namun, rakyat yangtakut-takut ini hanya tidak berani menzahirkan secara terbuka sebaliknya akanmengajar kerajaan UMNO/BN semasa pilihanraya ke 13 nanti.
Majoriti rakyat yang takut-takut tetapi menyokong bersih . Sebab itulah, dalammasa 10 jam laman facebook ’100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation’ sudahmencapai lebih 100 000 sokongan.
Malah , pertambahan jumlah peserta himpunanBersih 2.0 berbanding himpunan Bersih 2007 menunjukkan semakin ramai yangtakut-takut sudah menjadi berani-berani. Himpunan Bersih 3.0 yang bakal diadakan sekiranya SPR tidak mahu berubah bakal menarik lebih ramai rakyat yang takut-takut menjadi berani-berani turun ke KL.
Wassalam
0 komentar:
Posting Komentar