Bahaya berdua-duan mengikut kajian saintifik

 
Perintah untuk tidak berkhalwat (berdua-duaan) antara seorang lelaki dan wanita yang bukan mahram selama ini dipatuhi seorang mukmin sebagai ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Tapi, jarang dari kita yang mengetahui alasan ilmiah di sebalik perintah itu.

Kenapa perkara tersebut dilarang dan dianggap berbahaya oleh syariat Islam? Bahagian tubuh kita yang mana ternyata berpengaruh terhadap keadaan berdua duaan tersebut?

Baru-baru ini, sebuah kajian ilmiah membuktikan sendiri tentang bahaya berdua duaan.

Para pegkaji di Universiti Valencia menegaskan bahawa seorang laki laki yang berduaan dengan seorang wanita menjadi penyebab utama naiknya sekresi (pengeluaran hasil kelenjar atau sel secara aktif) hormon kortisol.

Kortisol adalah hormon yang bertanggung jawab terjadinya tegangan dalam tubuh. Walaupun subjek kajian (seorang lelaki) yang diuji cuba hanya dengan mengkhayalkan tentang seorang wanita dalam sebuah simulasi pengkajian. 
 
Namun perkara tersebut tidak mampu mencegah tubuh dari mengeluarkan hormon tersebut.

"Cukup anda duduk selama lima minit dengan seorang wanita. Dan anda akan membuktikan jika peningkatan hormon anda dalam proporsi tinggi benar-benar berlaku," inilah penemuan kajian ilmiah baru-baru ini yang dimuat pada Daily Telegraph!
 
Para pengkaji mengatakan bahawa hormon kortisol sangat penting bagi tubuh dan berguna untuk perkembangan tubuh tetapi dengan syarat mampu meningkatkan proporsi yang rendah, namun jika meningkatnya hormon dalam tubuh dan berulang terus proses tersebut, maka yang demikian dapat menyebabkan meningkatnya............NAFSU SEKSUAL.

Bentuk yang menyerupai alat proses hormon pengkajian tersebut menyimpulkan bahawa tegangan yang tinggi hanya terjadi ketika seorang lelakiberduaan dengan lawan jenis (bukan mahram), dan tegangan tersebut akan terus meningkat pada masa wanitanya memiliki daya tarik lebih besar!

Para pengkaji mengatakan bahawa ketika ada lawan jenis di sekitar lelaki, lelaki itu kemungkinan besar membayangkan bagaimana mulai membina hubungan dengan sang wanita. 
 
Dan dalam pengkajian lain, para pengkaji menekankan bahawa situasi ini jika diulang (ertinya jika keadaan seperti itu dibiarkan), bukan cuma mustahil akan muncul berbagai penyakit kronik, masalah psikologi dan kehancuran moral yang teramat parah tahapnya, tetapi sudah memasuki hal yang PASTI. 
 
Inilah juga sebabnya Rosulullah saw berulang ulang mengingatkan kita agar berhati hati terhadap wanita, bahawa bencana besar sepeninggalan beliau berasal dari KAUM WANITA

Sudah sejak 1500 tahun yang lalu Nabi saw malah memberi amaran akan perkara itu melalui sebuah hadits. 
 
"Tidaknya ada orang yang seorang lelaki berkhalwat dengan wanita kecuali syatan adalah yang ketiga"

Allah swt selaku Pencipta sudah benar-benar memberikan manusia sebuah petunjuk  lunak dan  petunjuk keras termasuk petunjuk pemakaiannya. Tidak ada alasan lain bagi kita sebagai manusia selain mencerminkan diri dan membaca situasi itu melalui petunjuk pemakaiannya itu.

Jadi, jika ada dari pembaca yang melihat lawan jenis sedang berduaan, maka dari penjelasan ilmiah dan amaran Allah swt diatas, YAKINLAH jika keduanya sedang terlibat sebuah getaran NAFSU yang sangat dahsyat, yang belum satu pun makhluk di muka bumi ini yang boleh membendungnya apalagi menolaknya sekalipun itu seorang yang mengaku dirinya MUSLIM & MUSLIMAH.

Anda setuju atau tidak, tetapi sungguh Allah telah membongkar topeng para pelaku KEKASIH dengan satu pengetahuan moden dimana anda berkiblat kepadanya. 
 
Jika anda masih berkeras, lalu fikirkanlah rahsia apa di sebalik perintah Allah swt yang menyuruh para orang tua memisahkan anak mereka ketika sudah berusia baligh? 
 
Mengapa pula Allah swt mengatakan jika berduaan dengan Ipar bererti maut? belum cukupkah bukti bukti dimata anda?eramuslim

Kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu ?

 http://abizakii.files.wordpress.com/2010/09/islamic_wallpaper_muhammad_green_floral-1ab99wtv0ag0ks080cw8co404-2ob3lob1nvsw4440kcosg0wg8-th.jpeg?w=300&h=180
Pernah suatu hari Rasulullah SAW pulang dari perjalanan jihad fisabilillah. Beliau pulang diiringi para sahabat. Di depan pintu gerbang kota Madinah nampak Aisyah r.a sudah menunggu dengan penuh kerinduan . 

Rasa rindu kepada Rasulullah SAW sudah sangat terasa. Akhirnya Rasulullah SAW tiba juga ditengah kota Madinah. Aisyah r.a dengan sukacita menyambut kedatangan suami tercinta. 

Tiba Rasulullah SAW dirumah dan beristirehat melepas rasa letih. Aisyah dibelakang rumah sibuk membuat minuman untuk suaminya. Lalu minuman itupun dihidangkan kepada Rasulullah SAW. 

Beliau meminumnya perlahan hingga hampir menghabiskan minuman tersebut tiba tiba Aisyah berkata “ Ya Rasulullah biasanya engkau memberikan sebahagian minuman kepadaku tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu?”. 


Rasulullah SAW diam dan hendak meneruskan meminum habis air digelas itu. Dan Aisyah bertanya lagi, Yaa Rasulullah biasanya engkau memberikan sebahagian minuman kepadaku tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu?”

Akhirnya Rasulullah SAW memberikan sebahagian air yang berbaki di gelas itu Aisyah r.a meminum air itu dan ia terus terkejut terus memuntahkan air itu.Ternyata air itu terasa masin bukan manis. 

Aisyah baru tersedar bahawa minuman yang ia buat dicampur dengan garam bukan gula. Kemudian Aisyah r.a terus meminta maaf kepada Rasulullah.
Itulah sebahagian dari banyaknya kemuliaan akhlak Rasulullah SAW. 

Dia memaklumi kesalahan yang dilakukan oleh isterinya, tidak memarahinya atau menasihatinya dengan kasar. Rasulullah SAW memberi kita teladan bahwasanya akhlak yang mulia boleh kita mulai dari persekitaran terdekat dengan kita. 

Sebuah hadits menyebutkan, “ Lelaki yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik akhlaknya kepada isterinya”. Semoga kita diberi taufik untuk boleh meneladani akhlak Rasulullah SAW.Kisah Islami


Kisah Islamnya Nicolas Anelka atau Abdul Salam Bilal Anelka



Bagi Anelka, Islam merupakan sumber kekuatan dan petunjuk dalam hidupnya.

Bagi peminat sepak bola dunia, terutama penyokong kelab Inggeris, Chelsea Football Club, tentu tidak asing dengan nama Nicolas Anelka (gambar kiri)
Anelka adalah salah seorang striker paling berbahaya apabila berada di depan mulut gawang lawan.

Anelka dikenali sebagai  striker yang sangat produktif dalam menciptakan peluang dan menjaringkan gol ke gawang lawan. Pada Liga Primer Inggeris ( England Primiership League /EPL) 2008-2009 lalu, Nicolas Anelka menjadi penjaring gol terbanyak ( top score ) dengan 22 gol. 
Jumlah ini lebih banyak dibandingkan gandingannya, Didier Drogba, penyerang Chelsea berasal dari Pantai Gading.

Nicolas Anelka dan Didier Drogba, adalah salah satu duet  striker yang sangat ditakuti di liga Inggeris. Keduanya dikenali sebagai  striker yang hauskan gol.
Anelka termasuk sebagai pemain bolasepak kelas dunia. Di kelab yang disertainya pada masa ini, Chelsea, Anelka menjadi salah seorang pemain utama jika tidak dilanda kecederaan.

Di sebalik kegarangannya dalam menjaringkan gol ke gawang lawan, Nicolas Anelka mempunyai sikap yang sangat pendiam. Ia sangat jarang tersenyum ketika sudah berada di padang. 

Kadang-kadang, rakan-rakannya sering merasa serba salah ketika bercakap dengannya. Dirinya sangat fokus pada permainan.

Di garis depan  The Blues, Chelsea, Anelka dikenali sebagai pemain yang tenang dalam sikapnya, namun garang di depan lawan. 

Ia juga dikenali pemain yang tenang dan tidak emosional. Keadaan ini bertitik tolak ketika masih memperkuat Real Madrid, Liverpool, Manchester City, dan Arsenal. 
Ketika itu, lelaki kelahiran Versailles, Perancis, ini dikenali sebagai lelaki yang suka merajuk dan emosional.
|
Memeluk Islam
Kini, Anelka di kenali tenang, tidak tergesa-gesa, dan tidak suka  merajuk lagi sejak bermain di Chelsea. Apakah yang terjadi dengan Anelka? Apa yang menyebabkan dirinya makin bijak dan tenang itu?
Dalam wawancara dengan sebuah media di England, ketika ditanyakan tentang sikapnya yang kini tenang dan lebih dewasa itu, Anelka menjawab ringan.

''Islam banyak membantu saya untuk boleh bersikap tenang dan berkonsentrasi dan memiliki semangat tinggi. Saya senang menjadi seorang Muslim, satu agama yang tenang dan saya banyak belajar dari Islam,'' kata Abdul Salam Bilal Anelka, nama Muslimnya.


Sebelumnya, Anelka sempat menyembunyikan identiti keislamannya dari hadapan awam. Malah, tidak seperti rakannya Franck Ribery, pemain FC Bayern Muenchen, Jerman, berasal dari Perancis, yang selalu berdoa ketika pertandingan akan dimulai. 

Anelka hanya diam saja dan benar-benar menyembunyikan identiti Muslimnya.
''Bagi saya, agama adalah masalah peribadi, tidak perlu diungkapkan ke awam,'' terangnya.

Namun kebelakangan ini, ketika awam sudah mengetahui identitinya sebagai pemeluk agama Muhammad SAW, Nicolas Anelka semakin dilihat arif dan bijaksana.

Sejak bila Anelka memeluk Islam? Ternyata, perpindahannya ke kelab dari Turki, Fenerbahce, selepas bermain di Manchester City selama tiga musim, pada tahun 2004 Anelka mendapatkan hidayah untuk memeluk Islam. 
Oleh sebab itu, pemilik nama lengkap Nicolas Sebastian Anelka ini mengumumkan secara rasmi berkaitan perpindahan dirinya menjadi seorang Muslim.

Dilahirkan di Versailles, Perancis, pada 14 Mac 1979, Anelka menghabiskan masa kecilnya di Trappes, sebuah bandar kecil yang berada di pinggir barat Paris.

Sebelum menjadi seorang Muslim, Anelka adalah seorang ateis (tidak beragama). Ia juga bukan pemeluk agama Kristian seperti yang dikatakan oleh sebahagian orang. Ia dulunya benar-benar tidak mempunyai Tuhan.

Namun demikian, semasa dirinya tidak beragama itu, Anelka banyak bergaul dan menjalin persahabatan dengan keluarga Muslim. Dan, dari situlah Anelka mulai tertarik dengan Islam. 

''Saya menjadi seorang Muslim sejak saya berusia 16 tahun,'' katanya dalam wawancara dengan majalah Arab, Super Magazine .

Kepada para pembaca majalah FourFourTwo, pemain berasal dari Perancis ini menyatakan alasannya mengapa memilih Islam. Islam, katanya, adalah cara hidup yang sesuai dengan dirinya. 

''Saya merasa nyaman dan tenang dengan agama dan hidup sayapada masa  ini. Tapi, ini masalah peribadi dan itu mengapa saya tidak kerap membicarakan hal itu. Itu adalah sisi peribadi saya.''

Menganut Islam, diakui striker Chelsea ini banyak membawa perubahan positif dalam hidupnya. Menurutnya, agama Islam membawanya untuk tetap bersikap arif. 

Dan, perkara inilah yang menjadikannya bersikap tenangnya semasa berada di padang.

''Islam banyak membantu saya untuk boleh bersikap tenang dan berkonsentrasi dan memiliki semangat tinggi,'' katanya.

''Saya senang menjadi seorang Muslim, satu agama yang tenang dan saya banyak belajar dari Islam,'' tambahnya. 

Dalam wawancara yang dimuat di Match, majalah terbitan Perancis, Anelka menyatakan bahawa Islam adalah sumber kekuatannya di dalam mahu pun di luar padang. 

''Saya menjalani karier yang berat. Saya kemudian menetapkan hati untuk menemui kedamaian. Dan, akhirnya saya menemui Islam.''

Dalam kehidupan peribadi, Anelka berkahwin dengan seorang perempuan berbangsa Belgium, Barbara Tausia, pada 9 Jun 2007 di Marrakesh, Maroko. 

Perkahwinannya dengan wanita yang berprofesion sebagai seorang koreografer ini tidak membuat Anelka memilih meninggalkan keyakinan barunya tersebut. 

Bahkan, Anelka merancang untuk tinggal di Emiriah Arab Bersatu setelah pencen nanti. Dan, di samping bermain sepak bola, Anelka kerap bermain tenis dan pernah berlakon untuk satu filem berjudul ''Le Boulet'' sebagai pemain sepak bola bernama Nicolas.

Tetap berpuasa
Sebagai seorang pemain sepak bola profesional dan penganut Islam yang taat, kewajiban berpuasa sepanjang bulan Ramadhan tidak membuat Anelka kesukaran untuk tetap menjalankan aktivitinya di lapangan hijau. 

Seperti kebanyakan pemain sepak bola Muslim lainnya di Liga Premier, Anelka berusaha tetap menjalankan ibadah puasa.

Dalam satu wawancara dengan majalah FourFourTwo, pemenang Golden Boot Premiership musim kompetisi 2008/2009 ini menyatakann bahawa sebagai seorang Muslim yang taat, ia wajib menghormati bulan Ramadhan dengan menjalankan kewajiban puasa.

''Sebenarnya puasa bukan suatu hal yang sukar untuk dijalankan. Saya pernah melakukannya beberapa kali. Namun, dalam beberapa kali Ramadhan saya mengalami dua atau tiga cedera. Sehingga, kecederaan itu menyebabkan saya tidak boleh berpuasa.''

Ucapkan Syahadat di Fenerbache

Musim lalu,  striker Chelsea Nicolas Anelka menjadi penjaring gol terbanyak Liga Premier.  Penyerang Perancis ini memang berimpian untuk kembali menjadi top skor bersama rakan sepasukannya, Didier Drogba.

Sejak menyatakan diri memeluk agama Islam tahun 2004 lalu, Anelka juga menggunakan nama Islam, iaitu Abdul Salam Bilal Anelka. Diyakini perpindahan Anelka memeluk agama Islam ini ketika dia menyarung jersey Kelab terkenal Turki, Fenerbahce, setelah tiga musim bermain untuk Manchester City, Inggeris. 


Memulai karier di Paris Saint-Germain, namun setelah itu berpindah ke Arsenal, Anelka terus menjadi pemain utama dan meraih gelaran pemain muda terbaik versi PFA.

Selepas bermain untuk  The Gunners , jolokan bagi Arsenal, Anelka berpindah ke Real Madrid tahun 1999 dengan nilai perpindahan  22,3 juta pound. 


Sayangnya ia tidak bertahan dan kembali lagi ke kelab lamanya, Paris Saint-Germain, dengan nilai perpindahan lebih rendah, iaitu sebanyak 20 juta pound.

Walaupun sudah selesa di Paris, Anelka kembali menyertai Liga Premier dan bermain untuk Liverpool pada Januari 2002 dengan status pinjaman. 


Setelah itu, dia bergabung dengan Manchester City dengan perpindahan bernilai 13 juta pound di awal musim 2002-2003. Setelah bermain selama tiga musim bersama Manchester City, kemudian dia pindah ke Fenerbahce.

Semasa bermain untuk kelab Turki inilah, Anelka diyakini mengucapkan dua kalimat syahadat. Setelah dari Fenerbahce, Anelka kembali Lige Premier Inggeris. 


Di benua biru ini, Anelka bermain untuk Bolton Wanderers yang membelinya dari Fenerbache dengan nilai perpindahan 7-8 juta pound.

Kemudian, pada musim kompetisi 2008/2009, Anelka berpindah ke Chelsea dengan nilai perpindahan 15 juta pound. Ia mulai bermain dengan  The Blues pada Januari 2008 lalu, dan menjadi penjaring gol terbanyak dengan 22 gol.

Biodata :


Nama Lengkap : Nicolas Sebastien Anelka

Nama Muslim : Abdul Salam Bilal Anelka
TTL : Versailles, Prancis, 14 Mac 1979
Istri : Barbara Tausia
Kelab semasa ini : Chelsea FC
Masuk Islam : 2004
Karier Profesional :
1. Paris Saint-Germain/PSG (Perancis)
2. Arsenal (Inggeris)
3. Liverpool (Inggeris)
4. Real Madrid (Sepanyol)
5. Manchester City (Inggeris)
6. Fenerbahce (Turki)
7. Bolton Wonderes (Inggeris)

Difahamkan Thiery Henry (gambar atas kanan) juga telah bersama-sama kita - Alhamdulillah
Siasahkini

Rasulullah pembawa kasih Tuhan



Lelaki berwibawa itu membariskan anak-anak saudaranya, Abbas, Abdullah, Ubaidillah, dan Kutsair.  
Ia berkata kepada kanak-kanak itu, ”Ayuh, siapa yang lebih dulu mencapaiku, aku beri hadiah.” Kanak-kanak itu dengan gembira berlarian, berlumba mendapatkan lelaki yang mereka cintai itu.
Ada yang kemudian jatuh di dadanya, ada yang di punggungnya. Lelaki yang tidak lain adalah pemimpin agung Nabi Muhammad SAW itu pun memeluk dan menciumi mereka.


Ketika waktu solat tiba, Rasulullah SAW seperti biasa datang untuk mengimami jamaah. Namun, kali ini, beliau datang dan solat dengan mendukung cucunya, Umamah binti Abil ’Ash, di bahunya. Pada masa rukuk, Umamah diletakkan dan semasa bangkit dari rukuk cucunya itu diangkat lagi.


Kisah Lain
Zahir sedang berada di pasar Madinah ketika tiba-tiba seseorang memeluknya kuat-kuat dari belakang. Tentu saja Zahir terkejut dan berusaha melepaskan diri, katanya, ”Lepaskan aku! Siapa ini?”

Orang yang memeluknya tidak melepaskannya, lalu berteriak, ”Siapa mahu membeli budak saya ini?” Begitu mendengar suaranya, Zahir sedar siapa orang yang mengejutkannya itu.
Bahkan, ia merapatkan punggungnya ke dada orang yang memeluknya, sebelum kemudian mencium tangannya. Lalu, katanya riang, ”Lihatlah, ya, Rasulullah, ternyata saya tidak laku dijual.”

”Tidak, Zahir, di sisi Allah hargamu sangat tinggi,” sahut lelaki yang memeluk dan ”menawarkan” dirinya seolah budak itu yang ternyata tidak lain adalah Rasulullah, Muhammad SAW.

Zahir Ibn Haram dari suku Asyja’ adalah seorang di antara sekian banyak orang pedalaman yang sering datang berkunjung ke Madinah, berkunjung bertemu Nabi Muhammad SAW.

Di perjalanan, rombongan berhenti untuk beristirehat. Ketika mereka menyiapkan makanan, seseorang mengangkat tangan dan berkata, ”Aku yang menyembelih kambingnya.”

”Aku yang membuang kulitnya!” kata yang lain. ”Aku yang memasak!” sahut yang lain lagi. ”Kalau begitu, aku yang mencari kayu bakar!” kata pemimpin mereka, Nabi Muhammad SAW. 
Orang- orang pun serentak berkata, ”Tak usah, ya, Rasulullah, biar kami saja yang bekerja.”

”Aku tahu anda semua boleh menyelesaikan pekerjaan ini tanpa aku,” kata Nabi, ”tetapi aku tidak ingin berbeza dari istimewa melebihi anda semua. Allah tidak suka melihat hambanya berbeza dari sahabat-sahabatnya.”

Pengajaran utama berbagai nukilan kisah diatas adalah Nabi Muhammad SAW yang bagi Michael H Hart, namanya ditempatkan dalam urutan pertama 100 manusia paling berpengaruh di dunia. 
Pengajaran utama nukilan kisah itu adalah utusan Allah, Muhammad SAW, yang agamanya diikuti oleh najoriti bangsa ini. Pemimpin yang berjaya membina masyarakat madani di Madinah. 
Pemimpin yang mencintai dan dicintai umatnya. Pemimpin yang ditaati kerana dicintai dan bukan kerana ditakuti.

Di dada dan punggung Pemimpin Agung itulah kanak-kanak, anak-anak saudaranya, bergayutan dengan riang. Di bahu Pemimpin Agung itulah Umamah binti Abil ’Ash, cucunya, didukung dibawa mengimami solat. 
Pemimpin Agung itulah yang bergurau dan mengusik salah seorang rakyatnya di pasar. Pemimpin Agung itulah yang tidak mahu diistimewakan oleh kawan- kawan rombongannya dan meminta bahagian pekerjaan juga seperti anggota rombongan yang lain.

Dari adegan-adegan sederhana itu, anda pasti dapat membaca, antara lain, kasih sayang dan kerendah hati Nabi Muhammad SAW. Kasih sayang dan kerendah hati inilah yang menjadi faktor utama mengapa beliau amat dicintai dan disayangi umatnya. Kasih sayang sudah menjadi sifat Nabi SAW.

Pernah Nabi SAW mencium cucunya, Hasan Ibn Ali, di hadapan tokoh suku Tamim, Aqra’ Ibn Habis. Aqra’ berkata, ”Aku punya sepuluh anak dan tak seorang pun pernah aku cium.” 
Nabi memandang Aqra” dan bersabda, ”Man laa yarhamu laa yurhamu.” ”Orang yang tidak menyayangi, tidak akan disayangi.”

Kasih sayang bukan saja sifat Rasulullah SAW dan merupakan sikap hidup beliau, melainkan juga merupakan misi beliau; sesuai dengan yang difirmankan Tuhannya dalam Al Quran (Q. 21: 107). 
Seperti nabi-nabi sebelumnya, Nabi Muhammad SAW adalah pembawa kasih sayang Tuhan. Maka, mereka yang mengaku pemimpin penerus risalah Nabi, tetapi tidak memiliki kasih sayang, akan mengalami kesukaran malah juga menyukarkan orang lain.

Semoga selawat dan salam dilimpahkan kepada NabiMuhammad SAW.


Buat pemuja Gaddafi : Baca penghinaan manusia ini terhadap Allah, Rasulullah dan ajaran Islam

Sejak 1969, Gaddafi adalah penguasa Libya. Semua ucapan, tindakan, dan kelakuannya selama memerintah diliputi oleh TV, radio, dan surat khabar secara meluas, baik dalam skala tempatan, regional, mahu pun antarabangsa. 

Dia dengan bangga, berani, dan tanpa malu mempamerkan ucapan, tindakan, dan kelakuannya selaku pemimpin revolusi dan ‘musuh’ Barat.

Alhamdulillah, dengan semua dokumentasi tersebut, para ulama   Islam dan Persatuan-persatuan Islam antarabangsa memiliki data yang sangat lengkap tentang kekafiran dan kemurtadan Gaddafi. 

Berkali-kali para ulama Islam dan persatuan Islam antarabangsa menempuh dengan cara dialog, nasihat, teguran, dan ajakan kepada Qaddafi untuk bertaubat dan menarik kembali semua kekufurannya tersebut. 

Namun Qaddafi tetap angkuh mempertahankannya, tanpa sekalipun mahu bertaubat dan memperbaiki dirinya. Walhasil, vonis kafir-murtad untuk Qaddafi tetap disandangnya sampai saat nyawanya berpisah dengan jasadnya.

Sama seperti para taghut diktator lainnya di negeri-negeri berpenduduk majoriti muslim, pada awal revolusinya Gaddafi mempamerkan dirinya sebagai pahlawan revolusi, pejuang Islam, pembela kaum muslimin, pengusir penjajah kristian Barat, dan pendukung kuat perjuangan untuk membebaskan Palestin dari cengkaman zionis Yahudi. 

Setelah ia berhasil menarik simpati kaum muslimin dan kekuasaannya telah kukuh, maka ia mulai menunjukkan jati dirinya sebagai agen zionis-kristian dan  kekafiran yang sangat kuat memusuhi Islam. 

Berikut ini beberapa ucapan, tindakan, dan kepandaian Qaddafi yang merupakan kekafiran yang nyata, sehingga para ulama dan persatuan Islam antarabangsa menghukumnya sebagai seorang kafir murtad.

Syirik (menyekutukan Allah dengan selain-Nya) dan mempermainkan Allah SWT

  • Bagi Gaddafi, Allah Pencipta tidak jauh berbeza dengan parti politik pembangkang. Gaddafi menuduh Allah berbuat zalim. Dalam pertemuan dengan para pemimpin politik membahas proses ‘Teori Internasional Ketiga’ di ibukota Tripoli pada 9 Ogos 1975, Qaddafi mengatakan: “Revolusi tidak secara automatik mesti selalu berwarna ‘putih’. Ia juga boleh berwarna ‘merah’ terhadap lawan-lawannya. Musuh haruslah dibinasakan. Saya katakan kepada anda semua, agama-agama juga membinasakan para lawannya. Allah juga membinasakan para lawannya, padahal Allah juga yang telah menciptakan mereka. Jadi setiap orang membinasakan para lawannya.”

    Gaddafi mempermainkan Allah dan menyamakan dirinya dengan Allah. Dalam Al-Qur’an (QS. Al-Haj (22): 73), Allah menentang tuhan sembahan kaum musyrik untuk bersatu demi menciptakan seekor nyamuk. Dalam pidato kenegaraan pada 1 Oktober 1989 untuk memperingati terusirnya penjajah Itali dari bumi Libya, Gaddafi mengatakan: “
    Aku menentang anda semua sebagaimana Dia berfirman kepada mereka; ‘Buatlah untukku seekor nyamuk saja!’ Dia menentang mereka yang mengatakan ‘Allah bukanlah apa-apa.’ Dia menentang mereka ‘Buatlah untuk Kami seekor lalat!’ Maka aku tentang anda semua: ‘Buatlah untuk kami Pepsi saja!’

    Gaddafi membandingkan Allah dengan manusia. Jika Allah menjadi tuhan di langit, maka rakyat juga menjadi tuhan di bumi. Dalam pidato kenegaraanpada 1 Oktober 1989 tersebut, Gaddafi juga menyatakan: “
    Rakyat itu seperti Allah…Allah di langit, dan rakyat di bumi. Dia tidak memiliki sekutu. Jika Allah memiliki sekutu, Dia akan berfirman ‘Mereka akan mencari jalan untuk naik kepada Pemilik ‘Arsy’. Jika ada tuhan-tuhan selain Dia, niscaya setiap tuhan akan mengatakan ‘Aku ingin menjadi Tuhan.’ Jika Dia berada di Arsy, niscaya tuhan-tuhan lain akan melakukan kudeta untuk menjatuhkan-Nya…Rakyat di atas bumi juga harus seperti ini, menjadi tuhan di atas buminya.”
Dalam pidato kenegaraan pada 27 Disember 1990, Qaddafi mengatakan, “Rakyat adalah penguasa di atas muka bumi. Rakyat menentukan apapun di bumi yang ia kehendaki. Adapun Allah berada di langit. Maka tiada penengah antara kita dengan Allah.” Inilah prinsip sekularisme yang dipraktikkan Gaddafi di Libya. 

Seluruh ajaran Al-Qur’an dan as-sunnah dalam bidang politik, ekonomi, sosial, budaya, ketenteraan, dan lainnya dicampakkan. Ajaran Islam hanya diakui dalam urusan ibadah ritual semata-mata. 

Sebagai gantinya, di bidang politik, ekonomi, sosial, budaya, ketenteraan, dan lainnya Gaddafi menerapkan undang-undang positif yang ia karang sendiri. Ia menamakannya al-kitab al-akhdar, Kitab Hijau (Green Book).  

Terbit dalam bahasa Arab, Kitab Hijau menggariskan tiga  dasar, iaitu “Demokrasi berdasarkan Kekuasaan Rakyat,” “Ekonomi Sosialisme” dan “Teori Internasional Ketiga.” Perkara itu lalu menjadi panduan bagi sistem demokrasi ala Khadafi, sekaligus panduan politik luar negeri Libya.Tidak aneh jika Qaddafi sangat kuat menerapkan sekularisme dan menolak penerapan syariat Islam dalam kehidupan berbangsa dan bernegara. Ia sangat mengagumi bapa sekularisme Turki, Musthafa Kamal Ataturk.

Ia bekerja sangat kuat demi menerapkan sekularisme ala Turki di Libya. Dalam dialog dengan para ulama dan  penghafal Al-Qur’an pada tanggal 3 Julai 1978, Qaddafi menyatakan para ulama Turki yang fanatik, bodoh, dan lugu menolak memberi fatwa kebolehan sekularisme. 

Qaddafi mengatakan : “Ataturk adalah orang yang dizalimi…saya katakan perkara ini kepada sejarah. Hal itu kerana orang-orang yang bodoh, lugu, dan fanatik (maksudnya para ulama Islam di Turki, edt) memaksanya (maksudnya Musthafa Kamal Ataturk, edt) untuk kafir (maksudnya menghukum Ataturk Kafir kerana menerapkan sekularisme di Turki, edt). Mestinya mereka menyatakan kepadanya ‘ya, boleh’ sehingga mereka tetap sebagai muslimin. Namun mereka menjawab ‘tidak, tidak boleh, haram’. Siapa yang berkata kepada anda semua? Mereka memakai serban di kepala, lalu mengatakan ‘tidak boleh, haram’. Ataturk bertanya kepada mereka, “Apakah sama sekali tidak ada fatwa ulama yang menyatakan kita tetap sebagai kaum muslimin, dan pada masa yang sama kita memisahkan agama dari negara?’ Mereka menjawab, “Tidak, sama sekali tidak ada fatwa.

Sebagai seorang penguasa sekular, Qaddafi menegaskan fungsi masjid terhad membahas urusan peribadi; syurga, neraka, pahala, siksa, dan ibadah ritual. Adapun urusan politik, ekonomi, sosial, budaya, ketenteraan, dan aspek kehidupan masyarakat yang lainnya tidak boleh dibahas di masjid. 

Ia menekankan urusan awam adalah hak penguasa semata, sedangkan urusan peribadi adalah urusan setiap hamba dengan Tuhannya. 

Dalam khutbah Jum’at di masjid Jado, 11 Julai 1980, Qaddafi mengatakan: “Pokok dari khutbah Jum’at adalah masyarakat meninggalkan kesibukan-kesibukan dunia dan masalah mereka di luar masjid, lalu mempergunakan waktu yang singkat untuk solat (Jum’at), mereka mendengarkan firman Allah tentang kematian, kehidupan, syurga, neraka, kebangkitan, perhitungan amal, dan balasan. Adapun masalah kehidupan harus dibahas di luar masjid.”

Mempermainkan Nabi SAW

  • Kebencian Qaddafi terhadap Nabi SAW dan sunahnya tidak boleh ditutupi, bahkan ia mengumumkannya di depan awam dengan berbangga diri dan penuh keangkuhan. Tidak hairan apabila ia memerintahkan membakar kitab-kitab hadits dengan alasan kitab kuning yang telah usang dan ketinggalan zaman. Lebih dari itu, Qaddafi mengingkari As-sunnah sebagai sumber kedua ajaran Islam. Qaddafi mencampakkan kalender hijrah. Sebagai gantinya, ia menetapkan sistem kalender baru yang dimulai dengan wafatnya Nabi SAW.

    Berdalih atas tindakannya itu, Qaddafi mengatakan, “
    Ada banyak peristiwa sejarah yang saya yakini lebih penting dari hijrah Nabi… di antaranya adalah kewafatan Nabi SAW. Wafatnya Rasul SAW setara dengan kelahiran Isa AS… Jika kita harus membuat kalender dengan berpandukan kepada peristiwa-peristiwa sejarah, maka yang lebih utama adalah dengan berpandukan kepada kewafatan Nabi SAW. Di antara peristiwa penting adalah kewafatan Nabi, sehingga kita boleh menetapkan kalender atau menuliskan untuk umat manusia suatu sejarah sampai setelah berlalu jutaan tahun, bahawasanya ada seorang rasul penutup para nabi yang wafat pada tahun sekian, atau telah berlalu kewafatannya sejak sekian tahun atau sekian abad.” (Khuthab wa Ahadits al-Qaid ad-Diniyah, hal. 290)

    Qaddafi juga menyatakan alasan  tersebut dengan mengatakan, “
    Jadi Umar bin Khatab adalah orang yang menyatakan ’Tahun ini tahun hijrah’. Itu adalah pendapatnya peribadi. Namun kita juga punya pendapat sendiri. Kita berpendapat…kita boleh menyatakan bahawa peristiwa hijrah tidaklah memiliki erti sepenting itu. Hal yang lebih penting darinya adalah penaklukan Mekah. Dan yang lebih penting lagi adalah wafatnya Nabi SAW.”  (Khuthab wa Ahadits al-Qaid ad-Diniyah, hal. 300-301)
Sungguh ganjil. Wafatnya Rasulullah SAW dianggap sebagai mukjizat yang sama dengan keajaiban kelahiran nabi Isa AS. Siapakah yang merasa gembira dengan wafatnya Rasulullah SAW, sehingga merayakannya dan menjadikannya sebagai permulaan kalender? 

Tiada orang yang bergembira dan merayakan wafatnya Rasulullah SAW dengan cara seperti itu selain orang Yahudi, Nasrani, Majusi, dan musyrikin yang memendam kebencian terdalam terhadap diri Rasulullah SAW!

Rasulullah SAW bersabda, “
Wahai manusia! Siapapun seorang mukmin yang ditimpa oleh sebuah musibah, maka hendaklah ia berdukacita dengan musibah (kehilangan)ku sebagai ganti dari berdukacita kerana kehilangan orang lain. Sesungguhnya tiada seorang pun dari umatku yang tertimpa musibah yang lebih berat dari musibah kehilanganku.” (HR. Ibnu Majah, disahihkan syaikh al-Albani dalam Shahih al-Jami’ ash-Shaghir no. 7879)

Bekas ibu pengasuh Nabi SAW, Ummu Aiman menangis di hadapan Abu Bakar dan Umar. Keduanya bertanya kepada Ummu Aiman tentang sebab ia menangis, maka ia menjawab, “
Aku tidak menangisi peribadi beliau SAW, kerana aku mengetahui balasan di sisi Allah lebih baik bagi Rasulullah SAW. Namun aku menangis kerana wahyu Allah telah terputus (dengan meninggalnya Rasulullah SAW).” Maka Abu Bakar dan Umar ikut menangis. (HR. Muslim)

Bekas pembantu Nabi SAW, Anas bin Malik berkata, “
Pada hari Rasulullah SAW tiba di Madinah, segala sesuatu bersinar terang. Namun pada hari beliau SAW wafat, segala sesuatu di Madinah menjadi gelap.” Anas berkata lagi, “Tangan-tangan kami telah selesai menimbun jenazah Nabi SAW, namun hati kami seakan mengingkari (kewafatan)nya.” (HR. Ibnu Majah dan Ahmad. Dinyatakan shahih oleh imam Ibnu Katsir dan syaikh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibnu Majah no. 1631)

Penghinaan dan kebencian Qaddafi kepada Rasulullah SAW tidak berhenti setakat urusan sistem tarikh kalendar kontroversi ini. Dalam khutbahnya pada acara perayaan maulid Nabi SAW di masjid Maulaya Muhammad, ibukota Tripoli pada 19 Februari 1978, Qaddafi mengatakan: ”
Jika aku mengatakan kepada anda semua, Rasulullah, maka kalian semua menjawab Shallallahu ‘alaihi wa salam. Namun jika aku mengatakan kepada anda semua, Allah, ternyata anda semua tidak mengatakan apa-apa. Ini merupakan sebuah bentuk penghambaan (bertuhankan Nabi SAW, edt) dan paganism yang kita jalani…Jika sekarang saya mengatakan Allah sebanyak seribu kali, ternyata keadaannya biasa saja. Namun ketika saya mengatakan Rasulullah, setiap orang di antara kita mengatakan Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Seakan-akan perkara itu berarti kita lebih takut kepada Rasulullah melebihi takut kita kepada Allah. Atau seakan-akan kita merasakan Rasulullah lebih dekat kepada kita melebihi dekatnya Allah kepada kita. Ini sepenuhnya sama dengan orang-orang Masehi (Nasrani, edt) yang mengatakan: ‘Isa lebih dekat kepada kita daripada Allah’.

Di dalam Al-Qur’an tidak ada ayat yang menegaskan: ‘Sesungguhnya Nabi bersabda: Anda semua wajib mengikuti semua ucapan yang aku katakan!’ Jika ada ayat seperti itu, maka dimana gerangan perkataan yang ia ucapkan selama 40 tahun sebelum diangkat menjadi nabi? Telah dipastikan bahawa ia juga berbicara sebelum diangkat menjadi nabi. Jika Nabi mengatakan ‘Ikutilah hadits (sabda)ku!’, maka itu ertinya haditsnya akan diberlakukan sebagai pengganti dari Al-Qur’an. Namun secara terus-menerus ia menegaskan kewajiban berpegang teguh dengan Al-Qur’an semata. Seandainya ia menganggap suci haditsnya dan menempatkannya dalam kedudukan yang sangat segera seperti Al-Qur’an, tentulah ia sudah membuat kitab lain yang akan menggantikan kedudukan Al-Qur’an.”katanya lagi



Qaddafi jelas-jelas mengingkari perintah Al-Qur’an dan hadits sahih kepada umat Islam untuk banyak membaca salawat atas Nabi SAW. Qaddafi juga secara terang-terangan menolak hadits Nabi SAW, dan mengingkari ayat-ayat Al-Qur’an, hadits-hadits Nabi SAW, dan ijma’ ulama yang memerintahkan berpegang teguh kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah, serta menempatkan As-sunnah sebagai sumber kedua ajaran Islam setelah Al-Qur’an.

Qaddafi juga mengingkari ayat-ayat Al-Qur’an, hadits-hadits shahih, dan ijma’ ulama yang menyatakan Nabi SAW diutus kepada seluruh umat manusia dan jin. 

Dalam pertemuan dengan para pensyarah universiti pada  9 Februari 1982, Qaddafi mengatakan, “Jasad bangsa Arab adalah nasionalisme Arab dan ruh mereka adalah Islam, kerana Muhammad diutus kepada bangsa Arab semata-mata! Al-Qur’an datang untuk bangsa Arab dan dengan bahasa Arab, ditujukan kepada bangsa Arab saja.Siapa pun orang selain bangsa Arab yang memeluk agama Islam, pada hakikatnya adalah sukarela saja (bukan wajib, edt). Urusannya terserah Allah, namun sebenarnya ia tidak dimaksudnya (sebagai objek dakwah Al-Qur’an dan Islam, edt).”

Dalam pertemuan Sekretariat Jenderal Sementara Konferensi Internasional Bangsa-bangsa Islam pada 19 Disember 1989, Qaddafi mengatakan kebencian dan penghinaannya kepada Nabi SAW dan para sahabat. 

Qaddafi menyatakan, “Ketika para sahabat Rasul SAW menjadi para penguasa, maka mereka diinjak-injak dengan kaki dalam kapasiti mereka sebagai para penguasa awam. Usman dibunuh dalam kedudukannya sebagai ketua negara republik atau raja. Umar dengan keadilannya menjadi seorang penguasa, dan menaklukkan Parsi dan Rom. Ali diperangi oleh kaum muslimin. Orang-orang terdekat, pengikut-pengikut, dan kawan-kawannya telah memisahkan diri darinya. Kenapa? Kerana ia berkeinginan  kekuasaan dan ingin menjadi ketua negara republik. Seandainya Muhammad SAW menjadi ketua negara republik, niscaya orang-orang akan meninggalkannya.” 

Pejuang Muda

Kisah gadis Budha memilih Islam


Setelah memeluk agama Islam, namanya menjadi Asiya Abdul Zahir. Kedua orang tuanya adalah pemeluk agama Budha, tapi ia lebih merasa sebagai seorang Kristian kerana ia bersekolah di sekolah Kristian dan berada di persekitran umat Kristian.

Saya selalu meyakini kewujudan satu-satunya  Pencipta, dimana semua yang ada sangat bergantung pada Penciptanya. Sejak usia 13 tahun, padaPencipta tunggal inilah, setiap hari saya berdoa dan memohon petunjuk,” kata Asiya menceritakan kehidupannya sebelum masuk Islam.

“Sayang, semasa itu pengetahuan saya tentang Islam masih sedikit. Saya memandang Islam sebagai agama yang aneh, hanya untuk segelintir bangsa-bangsa yang masih terbelakang, yang kebanyakan berada di Timur Tengah, agama yang membatasi gaya hidup, khususnya bagi kaum perempuan,” sambungnya.

Asiya yang ketika itu belum mengenal Islam lebih dalam, menganggap Islam merendahkan kaum perempuan, perempuan dalam Islam diperlakukan sebagai budak, mengalami kekerasan fizikal dan dipaksa untuk bersaing diantara empat perempuan untuk merebut kasih sayang suami (poligami) dan suami boleh melakukan apa sahaja terhadap isteri-isterinya.

Asiya mengakui bahwa penilaiannya itu berdasarkan apa yang sering ia dengar saja dan beberapa program dokumentari yang pernah ia saksikan di televisyen. 
 
Pandangannya mulai berubah ketika ia mengikuti kuliah di Institut perguruan tinggi dan berinteraksi dengan beberapa mahasiswa muslim dari berbagai latar belakang.
 
“Aneh, malah saya merasakan diri saya aneh, saya tertarik dengan mereka dan berkeinginan ingin mempelajari dan memahami agama mereka lebih jauh.”

“Saya perhatikan mereka sangat bahagia, saya terkesan dengan keterbukaan dan kemesraan mereka pada saya dan pada orang lain. Tapi yang lebih penting, saya terkesan dengan kebanggaan dan rasa memiliki terhadap agama yang selama ini selalu dianggap dengan hal-hal negatif,” kata Aisya.

Sedikit demi sedikit, ia merasa kagum pada Islam, dan melalui proses edukasi, penghormatanya terhadap agama Islam bertambah tinggi, bahkan jika dibandingkan dengan penghormatan terhadap agama Kristian yang selama ini ia kenali.

Asiya tercengang ketika menyedari kesalahan tentang pandangannya selama ini terhadap Islam, terutama panilaiannya yang salah tentang kedudukan  perempuan dalam Islam. “Saya menyedari realiti tentang gaya hidup Islam dan kebenaran dikaitkan dengan istilah yang diciptakan orang-orang Amerika tentang ‘fundamentalisme Islam’,” kata Asiya.

“Makin banyak literatur, tanda-tanda dan bukti yang diungkapkan pada saya, daya intelektual saya makin terstimulasi dan jiwa saya, merasakan suka. Saya ingin tahu semuanya tentang Islam dan saya sudah merasakan persaudaraan dan rasa memiliki diantara orang-orang Islam,” jelasnya.

Asiya memberitahu, yang paling membuatnya terkesan pada Islam adalah, Islam adalah agama yang praktik dan bagaimana Islam memberikan mengatur kehidupan semua makhluk hidup. 
 
“Dan atas kurnia Allah, saya akhirnya memahami kesalahan konsep teologi agama Kristian dan konsep yang sebelumnya saya terima tanpa pertanyaan,” tambah Asiya.

Klimaks dari itu semua terjadi pada 4 Ogos 1994. Di hadapan 20 saksi, Asiya mengucapkan dua kalimat syahadat dan secara rasmi menjadi seorang muslim.

“Saya tidak akan pernah melupakan hari penuh rahmat itu, dan bagaimana hidup saya berubah drastik hanya dalam waktu satu tahun. Saya sering ditanya, bagaimana rasanya menjadi mualaf dan kesukaran apa yang saya hadapi. Walaupun saya tidak mahu membicarakan masalah ini, saya tetap memberikan contoh apa saja kesukaran yang saya alami,” ujar Asiya.

Ia mengakui beratnya tantangan semasa ia menjalani puasa pada bulan Ramadan pertamanya. Belum lagi sikap keluarganya yang belum boleh menerima keislaman Asiya. 
 
Asiya sering menerima umpatan kasar bahkan ancaman dari keluarganya. Dalam berbagai kesempatan, Asiya juga mengalami serangan keganasan, biliknya dirosak-rosak, buku-bukunya banyak yang hilang secara misteri dan pesanan sms berisi fitnah terhadapnya, yang dikirim ke teman-teman dan orangtua teman-teman Asiya.

“Jika saya ingin membaca, atau bercakap di telefon, semuanya dilakukan dengan cara diam-diam. Begitu pula jika saya ingin pergi ke masjid atau tempat-tempat yang menggadakan acara keislaman. Jika Saya mahu solat, saya memastikan tidak ada orang di sekitar saya, dan saya juga tidak boleh menunjukkan kegembiraan saya semasa Ramadan tiba, dan tidak bersama mengecap kebahagiaan melihat teman-teman muslim yang sudah mengenakan tudung,” kata Asiya.

Tapi Asiya tidak menganggap semua itu sebagai penderitaan hidupnya, kerana setelah memeluk Islam, Asiya merasakan kepuasan dan kedamaian yang belum pernah ia rasakan sebelumnya.


64 tahun terpisah akibat kekejaman Israel

Diusir secara paksa dan dengan kekerasan, dua bersaudara ini berpindah dari satu tempat ke tempat lainya menjadi pendatang. Kerinduan untuk kembali bertemu dengan ibu tercinta adalah harapan dan cita-cita seluruh Palestin dimanapun mereka berada.

Hjh Rosmiyah Abdul Hamid puteri keluarga Shufuriyah yang terusir dari tanah keluarganya dalam penderitaan, sudah lama tidak melihat negaranya, tanahnya dan tidak mencium wangi tumbuhannya.

Hjh Rosmiyah (64 tahun) meninggalkan kampungnya di Shufuriyah dan negaranya Palestin sejak tahun 1948, semasa terjadinya pencerobohan Palestin (penjajahan). Semasa itu dirinya masih kecil baru berumur 2 tahun. Sementara saudarinya, Raimah berusia 11 tahun.

Rosmiyah tidak boleh menceritakan bagaimana perasaannya semasa bertemu dengan saudaranya yang sudah lama tidak bertemu. “Saya tidak boleh mempercayai peristiwa ini. Malah saya tidak percaya akan dapat kembali bertemu dengan saudaraku dan mencium tanahnya yang sudah ditinggalkanya sejak kecil."
Awal Cerita
Tahun-tahun berlalu, tidak lekang dari ingatan semua bangsa Palestin dimanapun mereka berada dapat bermimpi untuk kembali dan berkumpul dengan saudaranya. 
Ummu Adil, Raimah Abu Shalah yang tinggal di daerah Shufuriyah berhampiran Nazaret, tidak pernah bertemu dengan saudarinya, Rasmiyah Abdul Hamid sejak 64 tahun yang kini tinggal di salah satu Kem pendatang di Lubnan, lalu berpindah ke Jerman, mengikuti pemergian suaminya 20 tahun lalu.
Ia mulai mencari keluarga dan saudaranya yang ia tinggalkan sejak pemergian suaminya di Lubnan. Ia tinggal sendirian ditemani harapan bahawa ia masih mempunyai saudara. 
Ia tinggal di Jerman hingga mendapat kwarganegaraan Jerman yang memungkinkan ia dapat kembali ke kampung Shufuriyah Palestin.

Setelah enam dekad ia meninggalkan tanah kelahiranya, kini ia kembali memijak dan mencium bau tanahnya. Ketika berdiri di gerbang depan rumah keluarganya, ia bahkan mencium setiap wanita yang dikira saudaranya, setelah seorang wanita mengkhabarkan bahawa ia bukan saudaranya, lalu ia mencium wanita lainnya tapi wanita ini juga memberitahu bahawa ia juga bukan saudaranya.

Hingga ketika ia sampai pada satu tubuh wanita yang tidak dikenalnya dan wanita itu tidak mengenalinya kerana berpakaian bukan khas Palestin. 
Tapi tatkala diketahui bahawa dia adalah saudaranya yang sudah 64 tahun tak bertemu, barulah meledak tangisan keduanya, saling berpelukan menangis bersengukan, tidak menyangka dapat bertemu dengan saudara yang telah lama ditinggalkanya.

Hj Ramiyah masih terus menceritakan kisahnya yang masih ia ingat. Ketika pada suatu malam yang pekat di bulan Ramadhan tahun 1948. Semua keluarga di Shufuriyah semasa itu sedang menunggu suara adzan. 
Tapi tiba-tiba yang mereka dengar adalah suara tembakan dan bom serta gugurnya sejumlah syuhada terkena tembakan mortal dan senjata otomatik.

Semasa itu, keluarganya dipaksa ke luar dari rumahnya dengan kekerasan agar meninggalkan tempat tinggalnya. Maka pertama daerah yang pertama mereka tuju adalah Lubnan, sebagaimana para keluarga lainya di Hebron atau Sahil, setelah kampungnya digempur jentolak dan rumahnya hancur rata dengan tanah.

Tidak Menyangka
Hjh Rosmiyah duduk di samping saudarinya Hjh Raimiyah di rumah salah seorang keluarganya. Mereka saling bercerita kisah masing-masing. Keduanya seolah-olah tidak percaya dengan kejadian ini. 
Ketika Rosmiyah bersama saudara-saudaranya meninggalkan tempat kelahirannya menuju Lubnan, kemudian berkahwin dengan seorang warga Palestin berasal dari Shufuriyah, setelah terjadinya perang tahun 1966.

Keduanya kemudian tinggal di Kem Zatir Libanon. Dan pada masa terjadinya perang tahun 1973, mereka berpindah ke Berlin, Jerman menjadi pendatang. 
Setelah berusaha sekian lamanya, akhirnya ia mendapat kewarganegaraan Jerman untuk mendapatkan pasport hingga dapat mengunjungi Palestin dan bertemu dengan saudaranya, Ramiyah.Republica

Khabar gembira akan lahir Nabi Ismail, khabar duka akan dimusnahkan negeri Sodom


 http://hbis.files.wordpress.com/2008/10/laut-mati.jpg
Syahdan, Nabi Ibrahim kedatangan tetamu yang belum dikenalinya. Mereka belum pernah bertemu sebelumnya. Demi menghormati tetamu, Nabi Ibrahim menjamunya dengan hidangan lazat. 
 
Namun didapati tetamu tidak berselera terhadap jamuannya, Nabi Ibrahim gementar. Ia sedar, tetamunya ini bukan tetamu biasa.

Dadanya bergetar hebat, segera ingin tahu ada apa gerangan. Ia menanyakan maksud kedatangan tetamu dengan perasaan takut yang tak tersembunyikan. “Tidak usah takut, kami memberi khabar gembira, Allah swt akan mengurniakanmu seorang putera”, jelas tetamu.

Sebagai seorang yang sangat menginginkan seorang putera, tentu khabar itu sangat menggembirakan. Tapi ia menahan rasa gembira itu, perasaanya mengatakan, pasti ada khabar lain yang tidak kurang hebat. 
 
Hati-hati ia bertanya, “Apakah masih ada urusan lain?” Tetamu menjawab tegas: “Kami diperintahkan menghancurkan negeri dimana Luth tinggal”.

Alkisah, mendengar jawaban tetamu, Nabi Ibrahim tertegun. Ia, yang dadanya penuh cinta, pengasih, dan taat kepada Allah, memberanikan diri bertanya. 
 
Mungkin menggugat. dikatakan, terjadilah soal-jawab antara Nabi Ibrahim dengan tetamu :

Ibrahim : Bagaimana mungkin negeri itu dihancurkan, padahal di sana ada (Nabi) Luth dan banyak orang baik.
 
Tetamu : Allah tidak akan menghancurkan satu negeri bila di negeri itu banyak orang baik.
 
Ibrahim : Baiklah, tidak banyak. Katakanlah 50% dari mereka orang baik.
 
Tetamu : Allah tidak akan menghancurkan satu negeri bila 50% penduduk negeri itu orang baik.

Ibrahim : Bagaimana kalau 25% ?!
 
Tetamu : Allah tidak akan menghancurkan satu negeri bila 25% penduduk negeri itu orang baik.

Ibrahim : Setidak-tidaknya 5% dari mereka orang baik.
 
Tetamu : Allah tidak akan menghancurkan satu negeri bila 5% penduduk negeri itu orang baik.

Nabi Ibrahim terdiam, sedih. Ia menangis. Ia cuba mencari-cari argumen lain untuk mencegah bencana itu. Tiba-tiba, tetamu berkata tegas: “Kita hentikan saja soal-jawab ini, ini sudah menjadi keputusan Allah”. Tetamu itu pun pergi.

Dari tempatnya berdiri, ia memandang ke arah dimana Luth tinggal. Ia melihat batu-batu dijatuhkan dan asap hitam pekat membumbung ke langit. 
 
Negeri itu dihancurkan, penduduknya dibinasakan. Hanya penghuni 1 rumah yang diselamatkan kecuali isterinya.

Khabar gembira akan mendapat putera tidak cukup untuk menghiburnya. Ia bersimpati terhadap “musibah” yang menimpa negeri sodom.Situslakalaka


Kisah Syifa' binti Abdullah al-Adawiyyah r.a. pakar dalam istirqa'


Namanya Syifa' binti Abdullah ibn Abd Syams al-Quraisyiyyah al-Adawiyyah. Ada pendapat mengatakan nama sebenarnya Laila binti Abdullah. 

Beliau adalah isteri kepada Abu Hathmah ibn Huzaifah ibn Ghanim al-Quraisy al-Adawi. 

Beliau dikurniakan seorang anak bernama Sulaiman bin Abu Hathmah, seorang lelaki yang dihormati sebagai orang yang kuat beragama di kalangan ummat Islam.

Kemuliaan

Nama adalah identiti dan pengenalan awal diri. Ia juga adalah sebuah doa dan harapan yang terawal dilakarkan oleh ibu bapa buat seorang anak. 

Sesuai dengan namanya Syifa' memiliki kepakaran dalam istirqa' iaitu suatu kaedah pengubatan dengan cara memberikan dorongan jiwa agar pesakit bermotivasi dan optimis untuk sembuh. 

Beliau adalah seorang sahabiah yang terkenal dengan kebaikan hatinya dan kepintarannya dan merupakan salah seorang daripada segelintir kau hawa Quraisy yang mahir menulis dan membaca. 

Beliau tergolong di kalangan sahabat dan sahabiah yang terawal memeluk Islam, ikut serta membaiah Rasulullah s.a.w. bersama sahabiah yang lain dan turut berhijrah ke Madinah.


Beliau turut memiliki kedudukan yang terhormat di sisi Ummahatul Mukminin, isteri-isteri Rasulullah s.a.w. As-Syifa' sentiasa datang menjenguk Ummul Mukminin, Hafsah dan mengajarkannya menulis. 

Rasulullah s.a.w. telah menyuruh as-Syifa' mengajarkan Hafsah menulis dan cara mengubati penyakit kulit dengan teknik ruqayyah. 

Diriwayatkan oleh Abu Daud, dari Syifa' binti Abdullah bahawa dia berkata:
 
"Rasulullah s.a.w. datang menjengukku dan aku sedang bersama Hafsah. Rasulullah berkata kepadaku, "Ajarkanlah Hafsah cara mengubati penyakit kulit dengan teknik ruqayyah sebagaimana engkau mengajarkannya menulis."

Rasulullah s.a.w. menghormatinya dan bersaliturahim dengannya. Rasulullah s.a.w. juga telah memberinya sebuah rumah di Madinah. As-Syifa' telah tinggal di rumah tersebut bersama anaknya Sulaiman.

Kepakaran dalam Perubatan

Pada zaman jahiliyyah, Syifa' binti Abdullah mengubati sakit kulit dengan menggunakan ruqayyah. Setelah memeluk Islam, dia telah datang bertemu Rasulullah untuk meminta izin agar dapat meneruskan pekerjaannya itu. 

Ibnu Qayyum berkata bahawa di zaman jahiliyyah as-Syifa' menggunakan ruqayyah untuk mengubati penyakit kulit. Ketika turut serta dalam hijrah dan membaiah Nabi s.a.w. dia telah berkata kepada Rasulullah s.a.w.:

"Ya Rasulullah, pada zaman jahiliyyah aku mengubati penyakit kulit dengan cara ruqayyah dan aku ingin memperlihatkannya kepadamu."

Syifa' berkata, maksudnya: "Dengan nama Allah, sehingga kembali ke asalnya dan tidak membahayakan seseorang pun. Ya Allah, Tuhan sekalian manusia. Hilangkanlah penyakit ini."

Ibnu Qayyum berkata: "Syifa' binti Abdullah membaca ruqayyah tersebut sebanyak tujuh kali ke atas sebuah dahan gaharu. Kemudian, dia menumbuknya sampai halus pada tempat yang bersih dengan menggunakan batu yang tajam. Setelah itu, dia akan menggoreskannya ke atas penyakit kulit tersebut."

Setelah diizinkan oleh Rasulullah s.a.w. beliau meneruskan pekerjaannya itu.As-syifa' juga menyertai beberapa peperangan sebagai tentera dan juga pasukan perubatan.

Bersama Umar al-Khattab

Syifa' binti Abdullah mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Umar al-Khattab r.a. sebagaimana mulianya as-Syifa' di sisi Rasulullah s.a.w. Sayyidina Umar selalu mengutamakan as-Syifa' dalam hal pandangan. 

Bahkan, beliau turut memberi kepercayaan kepada as-Syifa' dengan melantiknya sebagai seorang qadhi di pasar. As-Syifa' adalah Muslimah pertama memegang jawatan itu. Beliau memikul tugas tersebut dengan penuh amanah dan tegas.

Pada suatu hari, as-Syifa' melihat sekumpulan anak muda berjalan dengan perlahan dan bercakap dengan lambatnya. 

As-Syifa' bertanya: "Apa ini?" Mereka menjawab: "Ini adalah ahli ibadah." As-Syifa' membalas: "Demi Allah! Dahulu Umar ibn Khattab berjalan dengan pantas, bercakap dengan lantang dan apabila memukul pasti sangat sakit dan dialah sebenarnya yang disebut sebagai ahli ibadah."

Umar Ibn Khattab sentiasa datang menjenguk as-Syifa' dan bertanyakan keadaannya, anak dan suaminya. Umar juga kerap membimbing mereka kepada kebaikan kalau keadaan memerlukan. 

Syifa' binti Abdullah berkata: "Umar ibn Khattab datang ke rumahku. Dia melihat dua orang lelaki tertidur di rumahku (suami dan anak as-Syifa'). 

Umar ibn Khattab bertanya: "Ada apa dengan dua orang lelaki ini sehingga mereka tidak solat berjemaah dengan kami?" Aku menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Mereka berdua solat bersama yang lain – ketika itu bulan Ramadhan – mereka terus solat berdua sehingga datang waktu Subuh. 

Setelah mereka solat Subuh, mereka tidur. Umar ibn Khattab berkata: "Solat Subuh berjemaah bersama yang lain lebih baik bagiku daripada solat sepanjang malam sehingga datang Subuh." 

Hal ini menunjukkan pemahaman fiqh Umar yang mendalam dan bimbingan halus daripadanya yang berlandaskan sunnah Rasulullah s.a.w dan anjuran untuk menghadiri solat jemaah.

As-Syifa' dan Hadis Rasulullah s.a.w.

As-Syifa' r.a. juga sempat meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. secara terus dan dari Umar al-Khattab. Adapun yang meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w. daripada as-Syifa' adalah anaknya Sulaiman, kedua cucunya Abu Bakar bin Sulaiman dan Utsman bin Sulaiman, hamba sahayanya Abu Ishaq dan Hafsah Ummul Mukminin.

Di antara riwayatnya, bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang sebaik-baik pekerjaan. Baginda menjawab: "Beriman kepada Allah, jihad di jalanNya dan haji yang mabrur."

As-Syifa' menghabiskan hayatnya untuk menuntut ilmu, beramal, berzuhud dan beribadah sehingga ajal menjemputnya pada zaman khalifah Umar al-Khattab pada tahun 20H.

Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dari Ilahi.

Marilah kita berdoa: "Ya Allah, Tuhan sekalian manusia. Hilangkanlah penyakit ini."I luv Islam