11 ikan terpantas di dunia

1. Sailfish, max. recorded speed = 110 kilometer perjam



2. Marlin, max. recorded speed = 80 kilometer perjam



3. Wahoo, max. recorded speed = 78 kilometer perjam



4. Tunny, max. recorded speed = 74 kilometer perjam



5. Bluefish tuna, max. recorded speed = 70 kilometer perjam



6. Great blue shark, max. recorded speed = 69 kilometer perjam



7. Bonefish, max. recorded speed = 64 kilometer perjam



8. Swordfish, max. recorded speed = 64 kilometer perjam



9. Barracuda 58km/jam



10. Four-winged flying fish, max. recorded speed = 56 kilometer perjam
 

11. Tarpon, max. recorded speed = 56 kilometer perjam

terselubung

Asal mula bulan Ramadhan

Ramadan (bahasa arab: رمضان‎ Ramaḍān, pengucapan bahasa arab: [rɑmɑˈdˤɑːn]) (juga dikenali dengan sebutan Ramadhan, Ramadan, Ramazan) adalah bulan kesembilan dari kalendar Islam, yang berlangsung 29 sehingga 30 hari. Ini adalah bulan puasa umat Islam, di mana umat Islam menahan diri dari makan dan minum sepanjang siang hari dan dimaksudkan untuk mengajarkan umat Islam tentang kesabaran, kerendahan hati, dan ketundukan kepada Allah. 
 
Umat Islam berpuasa kerana Allah dan berdoa lebih banyak dari biasanya. Dibandingkan dengan kalendar matahari, awal Ramadhan bervariasi, bergerak ke belakang kira-kira sebelas hari setiap tahun, bergantung pada pergerakan bulan. Umat Islam percaya Ramadhan merupakan bulan penuh berkah, juga bulan di mana ayat-ayat pertama dari Al-Qur'an diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Asal Ramadhan

Kata Ramadhan berasal dari akar bahasa arab ر م ﺿ, seperti dalam kata-kata "ramiḍa" atau "ar-ramaḍ" yang bererti panas yang membahang. Sebelum Islam, nama untuk bulan Ramadhan adalah Natiq dan jatuh pada musim yang panas. Kata demikian dipilih, baik kerana mewakili iklim asal pada bulan tersebut dan atau juga kerana keadaan fisiologi yang dialami semasa berpuasa. 
 
Dalam Al Qur'an, Allah berfirman bahawa "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas umat-umat sebelum kamu, agar kamu bertakwa." (Al Baqarah: 183)

Awal Ramadhan

pergerakan bulan

Hilal adalah proses menampakkan bulan dengan mata terbuka yang paling awal kelihatan menghadap bumi setelah bulan mengalami konjungsi (conjunction). Hilal merupakan kriteria pengiraan awal bulan. Setelah nampak Hilal, umat Islam biasanya dapat dengan yakin menentukan awal Ramadhan.

Ada perbezaan pendapat mengenai hilal bulan Ramadhan setiap tahunnya. Ini kerana penggunaan dua kaedah yang berbeza yakni melalui Rukyah (melalui pandangan mata) dan Hisab (melalui perkiraan astronomi).

Aktiviti Sepanjang Ramadhan

Solat Tarawih

Sepanjang bulan Ramadhan umat Islam memperbanyak ibadah. Selain mendirikan solat wajib juga dianjurkan untuk melakukan solat tarawih. Solat tarawih merupakan solat sunat yang dilakukan khusus pada bulan Ramadhan saja. Solat tarawih boleh dilakukan sendiri-sendiri atau juga berjamaah di masjid. Ada fakta menarik tentang solat tarawih ini, Rasulullah SAW hanya pernah melakukan secara berjamaah sebanyak 3 kali saja. Rasul kemudian tidak meneruskan pada malam-malam berikutnya kerana khuatir umat Islam akan berfikir solat ini (solat tarawih) diwajibkan.
Nuzulul Qur'an dan Lailatul Qadar

Nuzulul Qur'an adalah malam di mana Al Qur'an pertama kali diturunkan. Pada masa tersebut surah Al-Alaq ayat 1-5 diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang sedang berada di gua Hira. Terdapat perbezaan pendapat ulama mengenai tanggal pasti Nuzulul Qur'an, namun banyak yang menyakini pada 17 Ramadhan terjadi Nuzulul Qur'an.

Lailatul Qadar malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran surah Al-Qadr ayat 1-5:

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur`an) pada malam kemuliaan.
2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan.
5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

Lailatul Qadar diyakini berada di 10 malam terakhir bulan Ramadhan terutama pada malam ganjil.

"Rasulullah ShallAllahu 'alaihi wa sallam beri'tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda, yang artinya: "Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Romadhan" (HR: Bukhari 4/225 dan Muslim 1169).

Zakat Fitrah

Zakat fitrah merupakan kewajiban zakat yang dikeluarkan oleh umat Islam yang berkemampuan. Besarnya zakat fitrah adalah sebesar satu sha' makanan asasi di daerah berkenaan. Jumlah ini adalah kira-kira 2,5 kilogram atau 3,5 liter beras. Ada 8 golongan penerima zakat fitrah iaitu fakir, miskin, amil, muallaf, hamba sahaya, gharimin, fisabilillah, ibnu sabil.

Idul Fitri

Idul Fitri merupakan hari raya setelah menuaikan ibadah bulan suci Ramadhan. dan jatuh pada 1 Syawal. Pada pagi harinya dilaksanakan solat Idul Fitri, biasanya dilakukan di tempat yang luas seperti di tanah lapang, atau malah jalan raya sebagai menampung banyaknya jumlah umat. Hukum dari solat Idul Fitri ini adalah sunat mu'akkad.wikipedia

10 projek bangunan menakjubkan yang gagal dibina

10. Hotel Attraction Designed in 1908 for New York City

 
Hotel Attraction mahu dijadikan bangunan tertinggi di New York pada masaitu. Direkabentuk oleh Antoni Gaudi, tingginya adalah 360 meter, dan nampaknya sangat tak mungkin dapat dibina pada waktu itu. Sedikit sekali fakta yang diketahui tentang projek ini sehinggalah pada tahun 1956, sebuah buku berjudul “The NEw World Called Gaudi” diterbitkan. Tidak jelas mengapa projek ini dihentikan. 

9. The Illinois Designed in 1956 for Chicago Illinois


The Illinois dikatakan akan menjadi pencakar langit setinggi 1.609 meter yang diimpikan oleh Frank Lloyd Wright. Wright percaya bahawa bangunan ini mungkin dibuat, pada waktu itu. Rekaannya terdiri dari 528 tingkat, dengan luas 18,46 kaki persegi. Masalah yang timbul adalah ruang yang diperlukan untuk mendirikan pencakar langit itu kurang, dan terhadnya lift (elevator) yang diperlukan. Faktor itulah yang akhirnya menggagalkan projek ini. 


8. Fourth Grace / The Cloud Designed in 2002 for Liverpool England


Walaupun banyak orang yang menganggap kalau Fourth Grace adalah proposal terburuk, Arkitek Will Alsop memenangi penghargaan rekaan untuk projek yang dinamakannya “The Cloud” ini. Projek ini diberhentikan kerana masalah dana yang besar untuk membina design spiral yang mahal. Fourth Grace direka untuk pejabat, 107 bilik hotel, dan 50000 kemudahan termasuk bar, restauran, dan galeri.

7. Beacon of Progress Designed around 1891 for Chicago Illinois



Rancangannya adalah sebuah menara batu setinggi 457 meter di Jackson Park, Chicago. Rekabentuk yang memenangi penghargaan ini dikemukakan oleh Professor MIT Désiré Despradelle, seorang Prancis. Jika ada lebih banyak sokongan dana, bangunan ini boleh menjadi bangunan buatan manusia tertinggi di dunia pada masa itu. 

6. Ville Contemporaine Designed in 1922 for Paris France 


The Ville Contemporaine mahu dijadikan tempat tinggal bagi 3 juta penduduk. Ville ini dikemukakan oleh arkitek Swiss-Prancis Le Corbusier. Bahagian tengah bangunan ini dirancang adalah sejumlah bangunan pencakar langit 60 tingkat yang dibina dengan logam simen dan ditutupi oleh dinding kaca. Digunakan untuk pejabat dan apartmen. Tidak jelas mengapa projek ini dihentikan. 

5. Tatlin’s Tower Designed around 1917 for St. Petersburg Russia 












 
Tatlin’s Tower sekira jadi dibina, akan menjadikan Eiffel Tower dikenali. Rancangannya, bangunan ini diperbuat dari besi, kaca, dan simen. Menara ini mahu dijadikan simbol permodenan. Bentuk utama menara ini adalah twin helix yang naik secara lilitan sehingga tinggi 400m, dimana orang-orang boleh naik ke atas, melalui jalur itu.  

4. Shimizu Mega-City Pyramid Designed in 2004 for Tokyo Japan 



















The Shimizu Mega-City Pyramid adalah sebuah piramid buatan terbesar di Tokyo Bay, Jepun. Struktur itu 12 kali lebih tinggi dari Piramid Giza, dan mampu menampung 750.000 manusia. Ini akan menjadi hasil binaan manusia yang terbesar sepanjang sejarah. Piramid ini sebenarnya dibina dengan 55 piramid yang lebih kecil dan saling digabung. Masing-masing piramid kecil ini besarnya setara dengan Luxor Hotel di Las Vegas. Alasan projek ini tak boleh dibina adalah kerana rekaan mega piramid ini tergantung akan material canggih yang ringan namun sungguh kuat, yang pada masa itu masih belum ada.

3. Volkshalle (The Great Dome) Designed around 1930 for Berlin Germany


The Volkshalle (People’s Hall) adalah sebuah bangunan monumen yang dirancang oleh Adolf Hitler dan arkiteknya Albert Speer. Ia mahu dijadikan  bangunan paling impresif dan penting di Berlin, sebagai tanda kehebatan Hitler. Untungnya, bangunan ini tidak jadi dibina kerana perang. 

2. Palace of Soviets Designed in 1933 for Moscow Soviet Union 


Jika Palace of Soviets jadi dibina, ia akan menjadi struktur tertinggi di dunia. Konstruksi yang dipelopori oleh Boris Iofan’s ini sebenarnya sudah dimulai di tahun 1937 dan diberhentikan kerana invasi Jerman. Tahun 1942, bahan besi nya digunakan untuk membuat jambatan.
1. Ultima Tower Designed in 1991 for San Francisco California 


 
Rekabentuk ini nampaknya sungguh tidak mungkin (lihat saja ilustrasi projeknya diatas), tapi sebaliknya, sangat kukuh jika boleh dibina. Arkitek Eugene Tsui mendapat idea bangunan ini semasa belajar di San Fransisco. Struktur ini akan menggunakan tenaga hasil konversi tenaga atmosferik dengan cara mengubah tenaga yang dihasilkan perbezaan tekanan udara dari atas dan bawah bangunan ini menjadi tenaga elektrik. Bangunan ini mempunyai 500 lantai (2 mil tingginya) dan diharapkan menjadi tempat tinggal sekitar 1 juta penduduk.Infoque


10 negara yang mempunyai umat Islam teramai

Dianggarkan terdapat lebih kurang 1.8 billion umat Islam di dunia ketika ini berdasarkan kepada kajian yang dilakukan oleh Pew Research Centre’s Forum on Religion and Public Life. 

Hasil kaji selidik itu didapati lebih banyak umat Islam dari bukan Arab dari kalangan orang Arab. Dianggarkan 1 dalam 4 orang di dunia ini ialah seorang Islam. Dan pada kali ini kami dedahkan kepada anda 10 negara dengan populasi muslim teramai di dunia. Mari kita lihat negara berkenaan.

Morocco/Maghribi

http://img.agoda.net/Map/ms-my/continent1/Country2.gif


Bangsa Arab yang datang telah membawa adat, kebudayaan dan ajaran Islam di sana dan menjadikan Morocco moden pada abad ke-7 Masihi. Sejak itu hingga ke hari ini ramai bangsa Barbar yang mula memeluk agama Islam. Kini dianggarkan lebih kurang 28,780,000 orang adalah muslim.

Algeria

Bani Umayyah yang pertama kali bertanggungjawab membawa ajaran Islam ke Aljazair ataupun Algeria setelah penaklukan dari Uqba bin Nafi setelah banyak proses penaklukan dan penukaran yang dibentang pada awal 670-711 Masihi. 

Namun seperti di Timur Tengah, negara ini berusaha untuk menggabungkan Islam dengan penentangan mereka terhadap peraturan luar negeri. Sehingga kini di Algeria dianggarkan hampir 30,530,000 orang adalah muslim.

Nigeria

Penyebaran Islam di Nigeria melalui tiga peringkat iaitu Peringkat Trans Sahara Afrika Selatan, Peringkat Atlantik dan Peringkat Kemerdekaan. Hampir 50% dari seluruh penduduk Nigeria menganut agama Islam iaitu lebih kurang 53 ribu orang adalah muslim.

Mesir

Pada 628 Masihi, Islam mula tersebar ke Mesir dan pada 639 Masihi ketika Islam di bawah pimpinan Saidina Umar Al-Khattab, 3000 pasukan Amru bin Ash memasuki Mesir. Gabenor Mukaukis pada ketika itu menandatangani perjanjian damai. Sejak itu, Mesir menjadi wilayah kekuasaan Islam. Dianggarkan hampir 58,630,000 orang adalah muslim.


Iran

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/3/3f/Iran_map.png/225px-Iran_map.png
Sebelum kedatangan ajaran Islam, Iran dipengaruhi oleh ajaran-ajaran Parsi, Sassania da Akhemenid meliputi negara-negara jirannya yang kebetulan mempunyai persamaan dari segi bahasa dan kebudayaan. Namun sehingga kini di anggarkan lebih kurang 63,430,000 orang penduduknya adalah muslim.

Turki

Wilayah yang terdiri daripada Turki moden mempunyai tradisi Islam yang lama dan kaya dengan latar belakang zaman permulaan Seljuk dan Empayar uthmaniyyah dengan penduduk awal di Turki berdasarkan budaya dan sejarah adalah Islam. 65,510,000 orang di Turki adalah muslim.

Bangladesh

Islam mula datang ke setelah penaklukan daerah kekuasaan Parsi oleh pemimpin Islam yang terkenal iaitu Shah Jalal di samping kedatangan pedagang-pedagang arab. Dalam bancian 2001 hampir 80% daripada jumlah penduduk Bangladesh adalah Islam dan kini Islam adalah agama terbesar di Bangladesh dengan anggaran hampir 11,080,000 orang penduduk adalah muslim.

India

Sejak ajaran Islam menular di India, ajaran Islam mula mempengarahui kesenian, falsafah, kebudayaan, politik, sejarah dan warisan di India. Agama Islam merupakan agama kedua terbesar di India selepas agama Hindu. Lebih kurang 121,000,000 orang penduduk adalah muslim iaitu kira-kira 17% dari jumlah penduduk di India.

Pakistan

Nama Pakistan adalah hasil dari gabungan awalan daerah Punjab, Afghan, Kashmir, Sind dan Baluchistan dan dalam bahasa Parsi ‘Pak’ bererti suci manakala ‘Stan’ ialah negara. Dengan lebih kurang 150 juta jumlah penduduk dianggarkan lebih kurang 134,480,000 orang adalah muslim.

Indonesia

Seperti yang diketahui Indonesia merupakan negara muslim terbesar di seluruh dunia. Islam mula tersebar di Indonesia pada tahun 30 hijrah setelah Khalifah Usman ibn Affan singgah di Kepulauan Nusantara dan mendirikan pengkalan dagan di pantai barat Sumatera. 

Sejak itu ahli pelayaran dan pedagang muslim terus datang dan mula membeli hasil bumi disana dan sambil berdakwah. Indonesia sebuah negara orang Islam dan dianggarkan 88% iaitu 182,570,00 orang penduduknya adalah Islam.

Amalan yang baik dilakukan di bulan Ramadhan

 http://filhaqiqatulislah.files.wordpress.com/2011/08/kelemahan.jpg

Bulan puasa adalah bulan penuh berkah dan maghfirah dari Allah SWT. Itu sesuai dengan janji-janji Allah dan RasulNya. Bahawa Allah akan melipat gandakan pahala yang dikerjakan oleh muslim yang melaksanakan ibadah puasa

Bagi umat Islam sebaiknya mengisi bulan ramadhan dengan kegiatan-kegiatan yang bermanfaat agar puasanya penuh dengan hikmah dan manfaat. Jadi puasa kita tidak hanya menahan lapar dan dahaga. Tapi mengisinya dengan amalan-amalan yang baik. Di antara amalan yang baik untuk dilakukan pada bulan puasa dan hal-hal penting berkaitan dengan puasa adalah :

Membaca Al-Qur’an
Menurut suatu riwayat malaikat Jibril datang kepada Nabi Muhammad SAW untuk menyampaikan wahyu dari Allah dan membacanya di hadapan Nabi. Dalam Islam itu disebut tadarusulqur’an. Alqur’an itu membacanya berpahala. Apalagi dengan memahami makna-makna yang terkandung di dalamnya. Apalagi di 10 hari terakhir maka Nabi Muhammad SAW akan semakin memperbanyak kegiatan penting seperti membaca Alqur’an.

Segera berbuka dan mengakhirkan waktu sahur
Islam tidak akan menyiksa umatnya dengan  perintah puasa menahan lapar dan dahaga. Salah satu contohnya adalah sunat bagi yang puasa untuk segera berbuka jika sudah sampai waktunya ( azan maghrib). Juga sunat hukumnya untuk mengakhirkan waktu makan sahur. Dari segi kesihatan tentu hal ini sangat bermanfaat sekali. Di waktu sahur akhirkan waktunya supaya esok siangnya tidak begitu letih kita menahan lapar. Sedangkan bila azan maghrib tiba segerakan makan / berbuka puasa agar perut yang telah menahan lapar seharian segera terubat.


Bangun di tengah Malam Untuk Solat Sunat (Qiamulail)
Dalam urusan ibadah kita wajib mencontohi Nabi Muhammad SAW. Salah satunya adalah jika bulan ramadhan Nabi selalu dan kerap bangun malam terutama di 10 hari terakhir bulan ramadhan iaitu malam ke 21 hingga 30. Kenapa? Kerana waktu itu ada suatu malam yang sangat istimewa untuk umatnya yang berpuasa malam turunnya Lailatul Qodar hingga terbit fajar. Lailatul Qodar hanya diturunkan kepada Nabi Muhammad dan umatnya dan tidak diturunkan pada nabi dan umat sebelum Nabi Muhammad.

I’tikaf Di Masjid
I’tikaf ertinya adalah diam/duduk di masjid untuk berzikir kepada Allah. Kegiatan Nabi pada malam 10 terakhir adalah I’tikaf di masjid dan membangunkan seluruh keluarganya untuk I’tikaf di masjid.

Mungkin masih banyak amalan yang lain seperti bersedekah kepada fakir miskin, membantu yang lemah yang sangat memerlukan bantuan kita, memakmurkan masjid dan lain-lain. Semua kegiatan dan amalan baik kita akan dipahalakan oleh Allah dengan pahala yang berlipat ganda. Marilah banyak-banyak beramal. Semoga ibadah puasa kita akan tahan dan kuat serta diterima oleh Allah SWT. Amin


Mummia Thutmose II - Firaun yang ditenggelamkan di Laut Merah


Menurut kajian yang dilakukan oleh Sejarawan Alan Gardiner, setelah kematian Thutmose I dan masa persinggahannya selama 40 tahun di Madyan / Midian, Musa memutuskan untuk kembali ke tanah Mesir tempat beliau dibesarkan. 
 
Allah menugaskan Musa untuk menyampaikan ajaran agama yang hakiki kepada Fir'aun. Pada masa itu, Mesir dipimpin oleh Raja Thutmose II yang memperisteri Ratu Hatshepsut.

Thutmose II, menurut sejarah bukanlah Fir'aun yang hebat, sebaliknya isterinya Hatshepsut yang banyak berperanan penting bagi kemajuan kerajaan. 
 
Walaupun bukan merupakan pemimpin yang dikatakan berpengaruh, Gardiner tetap meyakini Thutmose II merupakan calon paling kuat fir'aun yang melakukan pengejaran terhadap Musa beserta kaum Bani Israel. Ini kerana banyaknya kesesuaian dengan kajian sejarah yang ia lakukan.

Penyelidikan terhadap Mummi Thutmose II yang ditemui di kawasan Deir el-Bahri pada tahun 1881 mengungkapkan bahawa terdapat banyak bekas cedera di tubuhnya, dan Mummi-nya ditemui tidak dalam keadaan yang sempurna. Ini mungkin menandakan Thutmose II mati secara tidak wajar. 
 
Apakah cedera di tubuhnya itu akibat hempasan kekuatan gelombang Laut Merah yang secara tiba-tiba tertutup kembali? Wallahu 'alam Bishawab (Hanya Allah Yang Maha Tahu: red)

Al-Quran sendiri mengisahkan saat-saat terakhir kehidupan Sang Fir'aun :
Dan Kami memungkinkan Bani Israel melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir'aun dan bala tentaranya, kerana hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir'aun itu telah hampir tenggelam berkatalah ia ;" Saya percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israel, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)". ( QS Yunus 90).

Dari ayat diatas kita dapat mengetahui bahawa Fir'aun cuba memohon kepada Allah agar ia diselamatkan ketika air menenggelamkannya. Namun sangatlah jelas bahwasanya tindakan Fir'aun hanyalah suatu pembohongan semata-mata sebagai alasan untuk menyelamatkan dirinya sendiri dari maut. (Baca : Bukti Malaikat Menutup Mulut Firaun Sesaat Sebelum Ditenggelamkan)

Setelah Fir'aun jatuh pada tempoh pemerintahannya yang tergolong singkat, besar kemungkinan jalannya roda pemerintahan diambil alih sementara oleh Ratu yang tak lain ialah Hatshepsut sebelum akhirnya Thutmose III naik tahta.

Jika benar Thutmose II merupakan Fir'aun yang dimaksud, ada suatu kemungkinan kronologi sejarahnya menjadi demikian :

Pertama, Musa dibesarkan dilingkungan kerajaan Mesir semasa Thutmose I berkuasa, dan isteri Thutmose I yang menemui bayi Musa semasa hanyut di Sungai Nil.

Kedua, selang puluhan tahun setelah Musa melarikan diri dari tanah Mesir kerana ancaman hukuman mati akibat peristiwa terbunuhnya seorang tentera kerajaan olehnya, ia kembali untuk menyampaikan ajaran Allah kepada Fir'aun. Namun pada masa itu mungkin Thutmose I telah meninggal dan digantikan putranya Thutmose II.

Mummi Thutmose II 
 
Mengapa Thutmose II diyakini sebagai Firaun yang tenggelam di Laut Merah sedangkan Mumminya sendiri berjaya ditemui?

Pertanyaan diatas memang kerap ditanyakan. Mereka yang bertanya kebanyakan beranggapan bahawa Jasad Fir'aun tidak mungkin berhasil ditemui apalagi dalam bentuk Mummi, sebab telah tenggelam di Laut Merah bersama bala tentaranya.

Maha Besar Allah yang telah DENGAN SENGAJA menyelamatkan jasad  Fir'aun. perhatikan firman Allah berikut:
 
Apakah sekarang (kamu baru percaya), padahal sesungguhnya kamu telah durhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan. Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuatan Kami. ( QS Yunus 91-92).Situslakalaka

Pura-pura menjadi pengemis untuk mendapatkan ilmu

  pura-pura-menjadi-pengemis

Imam Baqi bin Makhlad Al-Andalusi menyamar sebagai pengemis untuk mendengar ilmu dari Imam Ahmad bin Hanbal  rahimahullah.

Ini adalah kisah lain, termasuk kisah yang unik lagi menarik, yang terjadi pada diri seorang alim daerah Maghribi, dari kalangan ulama yang melakukan perjalanan dari Maghribi Aqsha ke arah timur. 

Seorang alim daerah Maghribi ini merantau ke timur untuk menemui salah seorang Imam dan mengambil ilmu darinya. Namun, semasa ia sampai kepadanya, ia mendapatinya sedang di isolasi dan di halang , tidak boleh menemui manusia. 

Maka, dia mencari taktik dan cara unik, sehingga dia boleh bertemu dengannya dan mengambil ilmu darinya. Cara yang mungkin tak pernah dibayangkan, kalau seandainya itu tidak terjadi. Dan, sejarah adalah bapanya keajaiban dan keunikan.

Terkandung di dalam Al-Manhajul Ahmad fi Tarajim Ashhabil Imam Ahmad, karya Al-Ulaimi, I: 177; dan dalam Ikhtisarun Nablusi li Thabaqatil Hanabilah, karya Ibnu Ya’la, hal.79, tentang biografi Imam Baqi bin Makhlad Al-Andalusi. 

Dia adalah Abu Abdurrahman Baqi bin Makhlad Al-Andalusi Al-Hafidz, lahir tahun 201 H. Dia melakukan perjalanan ke Baghdad dengan kedua kakinya. Keinginan besarnya adalah bertemu dengan imam Ahmad bin Hanbal dan mengambil ilmu darinya.


Dikisahkan darinya, bahawa ia berkata, ‘Ketika aku hampir tiba di Baghdad, aku mendengar berita ujian yang menimpa Ahmad bin Hanbal. Dan, ia pun dilarang berkumpul dan mendengarkan ilmu dari beliau. 

Aku sangat sedih kerananya, lalu aku pun memilih tempat untuk singgah. Setelah aku letakkan barang aku bawa di bilik yang aku sewa di sebuah penginapan, maka aku tidak melakukan apapun selain pergi ke masjid jami’ yang besar. Aku ingin duduk bersama halaqah-halaqah yang ada, dan mendengarkan apa yang mereka bicarakan.

Aku masuk ke sebuah halaqah yang mulia, ternyata ada seorang lelaki yang menghuraikan keadaan para perawi, dia men-dha’if-kannya dan menguatkan mereka. 

Aku bertanya kepada orang yang berada hampir denganku, ‘Siapa dia?’ Dia menjawab, ‘Yahya bin Ma’in.’ Maka, aku melihat celah yang terbuka berhampirannya. 

Aku bergegas dekat kepadanya, lalu berkata, ‘Wahai Abu Zakariya, semoga Allah merahmatimu. Aku adalah seorang lelaki perantau, yang negerinya jauh. Aku ingin bertanya, mohon jangan menghampakanku.’ 

Dia berkata kepadaku, ‘Katakanlah.’ Maka, aku bertanya kepadanya tentang sebaagian ahli hadits yang aku temui. Dia mengesahkan baik sebahagian dari mereka, dan mengesahkann cacat sebahagian yang lainnya.

Di akhir pertanyaan, aku bertanya kepadanya tentang Hisyam bin Ammar, aku sendiri banyak mengambil ilmu darinya. Yahya berkata, ‘Abul Walid Hisyam bin Ammar, ahli solat dari Damaskus, tsiqah bahakan di atas tsiqah. Dan, kalau pun di balik pakaiannya terdapat kesombongan atau dia membawa kesombongan, maka itu tidak berpengaruh apa pun terhadapnya, kerana kebaikan dan kemuliannya.’ 

Maka, orang-orang yang berada di halaqah berteriak, ‘Cukup bagimu, semoga Allah merahmatimu, yang lainnya juga ada pertanyaan.’

Akupun berkata sambil berdiri, ‘ Aku bertanya kepadamu tentang seorang lelaki, Ahmad bin Hanbal?’ Maka, Yahya bin Ma’in memandangku hairan, dia berkata kepadaku, ‘Orang seperti kita menceritakan Ahmad bin Hanbal? Dia adalah Imam kaum muslimin, orang terbaik dan termulia dari mereka.’

Aku pun keluar mencari rumah Ahmad bin Hanbal. Kemudian,ada orang menunjukkan padaku. Aku mengetuk pintu rumahnya. Dia pun keluar dan membuka pintu. Dia melihat lelaki yang belum dikenalinya. 

Aku berkata, ‘Wahai Abu Abdillah, inilah seorang lelaki perantau, yang negerinya jauh. Ini adalah pertama kali kedatanganku di negeri ini. Aku pencari hadits dan pengumpul sunnah. Aku tidak melakukan perjalanan, kecuali hanya kepadamu.’ 

Dia berkata kepadaku, ‘Masuklah lorong itu, dan jangan sampai dilihat oleh seorang pun.’

Dia bertanya kepadaku, ‘Di mana negerimu?’ Aku menjawab, ‘Daerah Maghribi yang jauh.’ Dia bertanya kepadaku, ‘Afrika?’ Aku menjawab, ‘Lebih jauh lagi. Aku menyeberangi lautan untuk tiba di Afrika. Negeriku Andalusia.’ Dia berkata, ‘Negerimu benar-benar jauh. 

Tidak ada sesuatu yang lebih aku sukai daripada membantu orang sepertimu dengan baik, untuk mewujudkan keinginannya. Walaubagaimanapun, semasa ini aku sedang menghadapi ujian dengan sesuatu yang mungkin kamu telah mendengarkannya.’ 

Aku berkata, ‘Benar, aku telah mendengarkannya, semasa aku berjalan ingin menemuimu dan hampir tiba di sini.’

Aku bertanya kepadanya, ‘Wahai Abu Abdillah, ini adalah kedatanganku yang pertama kali. Aku adalah orang yang tidak di kenali di kalangan kamu semua. Jika anda berkenan, aku akan datang setiap hari dengan menyamar sebagai pengemis. 

Di depan pintu, aku akan mengucapkan apa yang sering diucapkan para pengemis. Lalu, anda keluar ke tempat ini. Seandainya anda tidak menyampaikan setiap hari kecuali hanya satu hadits saja, maka itu sudah cukup bagiku.’ 

Dia menjawab, ‘Ya, dengan syarat kamu jangan muncul di halaqah-halaqah, dan tidak pula kepada para ahli hadits.’ Aku menjawab, ‘Aku janji.’

Pada hari berikutnya, aku mengambil ranting pohon dengan tanganku, kemudian mengikat kepalaku dengan kain. Kertas dan tinta aku sembunyikan di balik lengan bajuku. Lalu, aku mendatanginya pintunya sambil teriak, ‘Pahala, semoga Allah merahmati kalian.’ 

Begitulah yang diteriakkan oleh para pengemis di sana. Maka, dia keluar kepadaku dan menutup pintu. Dia menyampaikan dua, tiga hadits atau lebih kepadaku.

Aku terus melakukan perkara itu sehingga orang yang menimpakan ujian kepadanya telah mati. Setelah itu, kepemimpinan di ambil alih oleh orang yang berpegang kepada madzhab ahlus sunnah. 

Maka, Ahmad bin Hanbal kembali muncul, namanya naik harum. Dia dihormati di mata manusia, ketokohannya terkenal, orang-orang berduyun-duyun mendatanginya. Dan, dia semakin mengetahui kesabaranku yang sebenarnya. 

Jika aku mendatangi halaqahnya, dia melapangkannya untukku dan mendekatkanku kepada dirinya. Dia berkata kepada para ahli hadits, ‘Orang ini berhak lulus sebagai pencari ilmu.’ 

Kemudian, dia menceritakan kisahku bersamanya. Dia menyampaikan hadits kepadaku, membacakannya untukku, dan aku membacakannya kepadanya.

Suatu ketika, aku jatuh sakit. Aku berusaha untuk segera sembuh. Imam Ahmad bin Hanbal mencariku, kerana aku tidak hadir di majlisnya. Dia bertanya tentang diriku, dan ada yang memberi tahu perihal sakitku kepadanya. 

Maka, dia terus berdiri, berjalan untuk menjengukku bersama orang ramai. Semasa itu, aku terlentang di bilik yang aku sewa, beralaskan tikar, berselimut kain dan buku-buku yang ada di kepalaku.

Aku mendengar suara orang ramai di penginapanku. Aku mendengar mereka berkata, ‘Dia di sana. Lihatlah ini imam kaum muslimin datang.’ Pemilik penginapan pun datang kepadaku dengan tergopoh-gopoh. Dia berkata kepadaku, ‘Wahai Abu Abdirrahman, ini Abu Abdillah Ahmad bin Hanbal, imam kaum muslimin datang menjengukmu.’

Imam Ahmad segera masuk. Dia duduk di sisi kepalaku. Bilik tersebut penuh sesak dengan orang-orang sampai tidak muat. Sebahagian dari mereka berada di luar bilik dengan berdiri, sementara tergenggam pena di tangan mereka. Imam Ahmad tidak mengatakan kepadaku melebihi dari kata-kata ini. 

Dia berkata, ‘Wahai Abu Abdirrahman, berbahagialah dengan pahala Allah. Engkau telah menjalani hari-hari sihat, yang tidak ada sakit padanya. Dan, engkau sekarang sedang menjalani hari-hari sakit, yang tidak ada sihat padanya. 

Semoga Allah meninggikanmu kepada keselamatan, dan mengusapkan kesembuhan kepadamu dengan tangan kanan-Nya.’ Aku melihat pena-pena menulis lafaz yang Imam Ahmad ucapkan.

Kemudian, dia keluar meninggalkanku. Maka, penghuni penginapan berbondong-bondong mndatangiku, mengasihiku, dan melayaniku kerana kepentingan  agama dan ingin mendapatkan pahala dari Allah. 

Ada yang membawakan alas tidur, ada yang membawakan selimut dan makanan-makanan yang lazat. Dalam merawat diriku yang sedang sakit, mereka lebih perhatian daripada keluargaku, seandainya kau berada di tengah-tengah mereka. Hal itu kerana aku telah di jenguk oleh seorang lelaki solih.

Baqi bin Makhlad wafat pada yahun 276 H. di Andalusia. Semoga Allah merahamatinya.Kisah Muslim


Kisah penyembah berhala mendapat hidayah

penyembah-berhala-dapat-hidayah

Abdul Wahid bin Zaid berkata, “Ketika itu kami naik perahu, angin kencang berhembus menerpa perahu kami, sehingga kami terdampar di sebuah pulau. 
Kami turun ke pulau itu dan mendapati seorang lelaki sedang duduk menyembah patung.”

Kami berkata kepadanya, ‘Di antara kami, para penumpang perahu ini tidak ada yang melakukan seperti yang kamu perbuat.’

Dia bertanya, ‘Kalau demikian, apa yang kamu sembah?’

Kami menjawab, ‘Kami menyembah Allah.’

Dia bertanya, ‘Siapakah Allah?’

Kami menjawab, ‘Dzat yang memiliki istana di langit dan kekuasaan di muka bumi.’

Dia bertanya, ‘Bagaimana kamu boleh mengetahuinya?’

Kami jawab, ‘Dzat tersebut mengutus seorang rasul kepada kami dengan membawa mukjizat yang jelas, maka rasul itulah yang menerangkan kepada kami mengenai hal itu.’

Dia bertanya, ‘Apa yang dilakukan rasul kamu?’

Kami menjawab, ‘Ketika beliau telah selesai menyampaikan risalah-Nya, Allah Subhanahu wa Ta’ala mencabut rohnya. Kini utusan itu telah meninggal.’


Dia bertanya, ‘Apakah dia tidak meninggalkan sesuatu tanda kepada kamu?’

Kami menjawab, ‘Dia meninggalkan kitabullah untuk kami.’

Dia berkata, ‘Cuba kamu tunujukkan kitab suci itu kepadaku!’

Kemudian kami memberikan mushaf kepadanya. 

Dia berkata, ‘Alangkah bagusnya bacaan yang terdapat dalam mushaf itu.’ Lalu kami membacakan beberapa ayat untuknya. Tiba-tiba ia menangis, dan berkata, ‘Tidak layak Dzat yang memiliki firman ini didurhakai.’ Kemudian ia memeluk Islam dan menjadi seorang muslim yang baik.’

Seterusnya, dia meminta agar diizinkan ikut serta dalam perahu. Kami pun menyetujuinya lalu kami mengajarkan beberapa surat Al-Quran. 

Ketika malam tiba, sementara kami semua berangkat tidur, tiba-tiba dia bertanya, ‘Wahai kamu semua, apakah Dzat yang kamu beritahukan kepadaku itu juga tidur?’ Kami menjawab, ‘Dia Hidup terus, Maha Mengawasi dan tidak pernah ngantuk atau tidur.’

Dia berkata, ‘Ketahuilah, adalah termasuk akhlak yang tercela bilaseorang hamba tidur nyenyak di hadapan tuannya.’ Dia lalu melompat, berdiri untuk mengerjakan solat. Demikianlah, kemudian ia qiyamullail sambil menangis hingga datang waktu subuh.

Ketika sampai di suatu daerah, aku berkata kepada kawan-kawanku, ‘Laki-laki ini orang asing, dia baru sahaja memeluk Islam, sangat patut jika kita membantunya.’ Mereka pun bersedia mengumpulkan beberapa barang untuk diberikan kepadaya, lalu kami menyerahkan bantuan itu kepadanya. Kemudian ia bertanya, ‘Apakah ini?’

Kami menjawab, ‘Sekadar infak, kami berikan kepadamu.’

Dia berkata, ‘Subhanallah. Kamu telah menunjukkan kepadaku suatu jalan yang kamu sendiri belum mengerti. Selama ini aku hidup di suatu pulau yang dikelilingi lautan, aku menyembah dzat lain (bukan Allah Subhanahu wa Ta’ala). Sekalipun demikian, dia tidak pernah mensia-siakan aku…. Maka bagaimana mungkin dan apakah layak Dzat yang aku sembah sekarang ini, Dzat Yang Maha Mencipta dan Dzat Maha Memberi rezeki akan membiarkan aku terlantar?’

Setelah itu, dia pergi meninggalkan kami. Beberapa hari kemudian, aku mendapat berita bahawa ia dalam keadaan sakaratul maut. Kami segera menemuinya, dan ia sedang dalam saat-saat kematian. 

Setiba di sana, aku ucapkan salam kepadanya, lalu bertanya, ‘Apa yang kamu inginkan?’

Dia menjawab, ‘Keinginan dan harapanku telah tercapai pada masa kamu datang ke pulau itu, ketika itu aku tidak mengerti kepada siapa aku harus menyembah.’

Kemudian aku bersandar pada salah satu hujung kainnya untuk menenangkan hatinya, tiba-tiba sahaja aku tertidur. Dalam tidurku aku bermimpi melihat taman yang di atasnya terdapat kubah di sebuah kuburan seorang ahli ibadah. 

Di bawah kubah terdapat tempat tidur sedang di atasnya nampak seorang gadis sangat cantik. Gadis itu berkata, ‘Demi Allah, segeralah mengurus jenazah ini, aku sangat rindu kepadanya.’ 

Maka aku terbangun dan aku dapati orang tersebut telah mati. Lalu aku mandikan jenazah itu dan aku kafani.

Pada malam harinya, semasa aku tidur, aku memimpikannya lagi. Aku lihat ia sangat berbahagia, didampingi seorang gadis di atas tempat tidur di bawah kubah sambil menyanyikan firman Allah.
سَلاَمٌ عَلَيْكُم بِمَا صَبَرْتُمْ فَنِعْمَ عُقْبَى الدَّارِ
(Sambil mengucapkan), ‘Salamu ‘alaikum bima shabartum.’’ Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (QS. Ar-Ra’d: 24) (Al-Mawa’izh wal Majalis, 40).
KisahMuslim

Kisah pemuda bertakwa pergi mencuri

http://carihikmah.files.wordpress.com/2010/03/hikmah-ketakwaan1.jpg?w=257&h=300
Ada seorang pemuda yang bertakwa, tetapi dia sangat lurus. Suatu masa dia belajar pada seorang syaikh. Setelah lama menuntut ilmu, Syaikh menasihati dia dan teman-temannya, 

“Kamu tidak boleh menjadi beban orang lain. Sesungguhnya, seorang alim yang menadahkan tangannya kepada orang-orang berharta, tidak ada kebaikan dalam dirinya. Pergilah kamu semua dan bekerjalah dengan pekerjaan ayah kamu masing-masing. Sertakanlah selalu ketakwaan kepada Allah dalam menjalankan pekerjaan tersebut.”

Maka, pergilah pemuda tadi menemui ibunya lalu bertanya, “Ibu, apakah pekerjaan yang dulu dikerjakan ayahku?” 

Sambil bergetar ibunya menjawab, “Ayahmu sudah meninggal. Apa urusanmu dengan pekerjaan ayahmu?” Pemuda ini terus meminta agar diberitahu, tetapi ibunya selalu mengelak. 


Namun, akhirnya si ibu terpaksa memberitahu juga, dengan nada kesal dia berkata, “Ayahmu itu dulu seorang pencuri!”
 
Pemuda itu berkata, “Guruku memerintahkan kami -murid-muridnya- untuk bekerja seperti pekerjaan ayahnya dan dengan ketakwaan kepada Allah dalam menjalankan pekerjaan tersebut.”

Ibunya mencelah, “Hai, apakah dalam pekerjaan mencuri itu ada ketakwaan?” Kemudian anaknya yang begitu betul menjawab, “Ya, begitu kata guruku.” 

Lalu dia pergi bertanya kepada orang-orang dan belajar bagaimana para pencuri itu melakukan aktivitinya. Sehingga dia mengetahui teknik mencuri. Inilah masanya beliau melakukan kerja mencuri. 

Dia menyiapkan alat-alat mencuri, kemudian solat Isya’ dan menunggu sehingga semua orang tidur. Sekarang dia keluar rumah untuk menjalankan kerja ayahnya, seperti perintah gurunya (syaikh). 

Dimulailah dengan rumah jirannya. Semasa hendak masuk ke dalam rumah dia ingat pesan syaikhnya agar selalu bertakwa. Sedangkan mengganggu jiran tidaklah termasuk takwa. Akhirnya, rumah jiran itu di tinggalkannya. 

Ia lalu pergi ke rumah lain, dia berbisik pada dirinya, “Ini rumah anak yatim, dan Allah memperingatkan agar kita tidak memakan harta anak yatim.” 

Dia terus berjalan dan akhirnya tiba di rumah seorang pedagang kaya yang tidak ada penjaganya. Orang-orang sudah tahu bahawa pedagang ini memiliki harta yang melebihi keperluannya. “Ha, di sini,” kata hatinya. 

Pemuda tadi memulakan kerjanya. Dia berusaha membuka pintu dengan kunci-kunci yang disiapkannya. Setelah berhasil masuk, rumah itu ternyata besar dan banyak biliknya. Dia mencari di dalam rumah, sehingga menemui tempat simpanan harta. 

Dia membuka sebuah kotak, didapatinya emas, perak dan wang tunai dalam jumlah yang banyak. Dia ingin untuk mengambilnya. Lalu dia berkata, “Eh, jangan, syaikhku berpesan agar aku selalu bertakwa. Barangkali pedagang ini belum mengeluarkan zakat hartanya. Kalau begitu, sebaiknya aku keluarkan zakatnya terlebih dahulu.”

Dia mengambil buku-buku catatan di situ dan menghidupkan lampu kecil yang dibawanya. Sambil membuka lembaran buku-buku itu dia mengira. Dia memang pandai mengira dan berpengalaman dalam pembukuan. 

Dia menghitung semua harta yang ada dan memperkirakan berapa zakatnya. Kemudian dia pisahkan harta yang akan dizakatkan. Dia masih terus menghitung dan menghabiskan waktu berjam-jam. 

Masa beralih, dia lihat fajar telah menyingsing. Dia berbicara sendiri, “Ingat takwa kepada Allah! Kau harus melaksanakan solat dulu!” 

Kemudian dia keluar menuju ruang tengah rumah, lalu berwudhu di bilik air untuk seterusnya melakukan solat sunat. Tiba-tiba tuan rumah itu terbangun. Dilihatnya dengan penuh kehairanan, ada lampu kecil yang menyala. 

Dia lihat pula kotak hartanya dalam keadaan terbuka dan ada orang sedang melakukan solat. Isterinya bertanya, “Apa ini?” Dijawab suaminya, “Demi Allah, aku juga tidak tahu.” 

Lalu dia menghampiri pencuri itu, “Kurang ajar, siapa kau dan ada apa ini?”  Pemuda itu berkata, “Solat dulu, baru bicara. Ayuh, pergilah berwudhu, lalu solat bersama. Tuan rumahlah yang berhak jadi imam.”

Khuatir pencuri itu membawa senjata  tuan rumah menuruti kehendaknya. Tetapi –wallahu a’lam- bagaimana dia boleh solat. Selesai solat dia bertanya, “Sekarang, cuba ceritakan, siapa kau dan apa urusanmu?” 

Dia menjawab, “Saya ini pencuri.” “Lalu apa yang kau perbuat dengan buku-buku catatanku itu?”, tanya tuan rumah lagi. 

Pemuda itu menjawab, “Aku menghitung zakat yang belum kau keluarkan selama enam tahun. Sekarang aku sudah menghitungnya dan juga sudah aku pisahkan agar kau dapat memberikannya pada orang yang berhak.” 

Hampir saja tuan rumah itu dibuat gila kerana terlalu kehairanan. Lalu dia berkata, “Hai, ada apa denganmu sebenarnya. Apa kau ini gila?” 

Mulailah pemuda itu bercerita dari awal. Dan setelah tuan rumah itu mendengar ceritanya dan mengetahui ketepatan, serta kepandaiannya dalam menghitung, juga kejujuran kata-katanya, juga mengetahui manfaat zakat, dia pergi menemui isterinya. 

Mereka berdua mempunyai seorang puteri. Setelah keduanya berbicara, tuan rumah itu kembali menemui pemuda itu, kemudian berkata, 

“Bagaimana sekiranya kalau kau aku nikahkan dengan puteriku. Aku akan angkat engkau menjadi pembantuku dan jurukiraku. Kau boleh tinggal bersama ibumu di rumah ini. 

Kau kujadikan rakan perniagaanku.” Ia menjawab, “Aku setuju.” Di pagi hari itu juga tuan rumah memanggil para saksi untuk acara akad nikah puterinya.KisahMuslim

Kisah berbuka puasa dalam gelap

SABIT adalah seorang sahabat Nabi Muhammad yang baik hati. Apabila Sabit mendengar ada seorang sahabat lain yang terpaksa berpuasa setiap hari kerana tidak cukup makanan, Sabit berasa simpati.

Selepas mendengar berita mengenai sahabatnya itu, beliau pulang ke rumah. Di rumah, beliau memberitahu isterinya dan beliau bercadang mahu menjamu makanan kepada sahabat itu semasa waktu berbuka puasa nanti. 

"Assalamualaikum," ucap Sabit kepada isterinya yang berada di rumah.

"Waalaikumsalam," jawab isterinya yang pada waktu itu menguli tepung bagi membuat roti.

"Malam ini kita ada tetamu istimewa," kata Sabit yang baru sahaja sampai di muka pintu rumah.

"Siapakah orang itu?" tanya isterinya pula.

"Malam ini saya membawa seorang tetamu. Tetamu itu saudara kita juga. Beliau terpaksa berpuasa pada hari ini kerana tidak cukup makanan," jelas Sabit kepada isterinya.

"Saya mahu kamu sediakan makanan istimewa bagi tetamu ini berbuka puasa nanti. " kata Sabit kepada isterinya.

"Saya hendak pesan satu perkara. Semasa tetamu itu makan, kamu padamkan lampu pelita?" kata Sabit lagi.

"Mengapa? Sekiranya lampu pelita itu terpadam, bagaimanakah tetamu itu mahu menjamah makanannya nanti?" tanya isterinya pula.

Isterinya tidak mengetahui rancangan sebenar Sabit mahu berbuat demikian. Kemudian, beliau menjelaskan perkara sebenar kepada isterinya.


"Kamu buat-buat sahaja membaiki lampu pelita itu. Biarkan tetamu kita itu makan sehingga kenyang," kata Sabit kepada isterinya.

Isterinya kebingungan selepas mendengar penjelasan suaminya. Tangannya mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Satu lagi pesanan saya, kamu jangan makan makanan yang terhidang itu nanti. Sebaliknya kita berpura-pura mengambil makanan dan mengunyah makanan itu," pesan Sabit kepada isterinya.

"Baiklah, saya turuti kata-katamu," jawab isterinya.

Tibalah masanya berbuka puasa. Sabit sekeluarga menyambut baik kedatangan tetamu itu.

Sebaik sahaja tetamu itu berbuka puasa dan makan, lampu pelita di rumah Sabit dipadamkan oleh isterinya. 

"Maafkan saya. Lampu minyak tanah di rumah kami ini mungkin rosak. Saya cuba membaikinya. Silalah makan. Jangan malu-malu. Makanan ini saya sediakan bagi kita makan bersama-sama," kata isteri Sabit kepada tetamu itu.
Kemudian isterinya berpura-pura membaiki lampu pelita itu.

"Silakan makan. Sebentar lagi eloklah lampu pelita itu. Tetapi sekarang kita terpaksa makan dalam keadaan gelap ini," kata Sabit kepada tetamunya itu.

Tetamu itu tersenyum lebar. Tanpa berlengah masa, tetamu itu menikmati makan malam itu dalam keadaan gelap gelita.

Sabit dan isterinya tetap duduk menemani tetamu itu makan. Tetamu itu tidak mengetahui bahawa Sabit dan isterinya tidak makan langsung dan hanya berpura-pura mengambil dan mengunyah makanan itu.

Pada malam itu, tetamu itu makan makanan yang dihidangkan oleh keluarga Sabit sehingga kenyang. 

"Terima kasih wahai Sabit. Saya sudah kenyang pada malam ini. Inilah hidangan istimewa yang pernah saya makan selama ini," kata tetamu itu kepada Sabit.

Kemudian tetamu itu pulang ke rumah.

Pada keesokan hari, Sabit pergi berjumpa Nabi Muhammad yang tersenyum melihat kedatangannya.

Kemudian Nabi Muhammad berkata kepada Sabit, "Ada berita gembira yang mahu saya sampaikan kepada kamu."

"Apakah berita gembira itu?" tanya Sabit kepada Nabi Muhammad.

"Tahukah kamu bahawa Allah sangat menghargai perbuatan kamu memberi layanan baik kepada tetamu yang datang ke rumah kamu semalam," kata Nabi Muhammad kepada Sabit.

Begitulah sifat baik dan pemurah Sabit. Beliau dan isterinya terpaksa berlapar kerana mahu tetamu yang datang itu makan sehingga kenyang. Mereka suami isteri lebih mengutamakan orang lain walaupun mereka terpaksa berada di dalam kesusahan. 

Petikan daripada buku Sayap dari Syurga terbitan PTS Islamika