Ummu Waraqah binti Naufal syahid di rumah sendiri


Beliau ialah Ummu Waraqah Binti Abdullah Bin al-Harith Bin 'Uwaimir Bin Naufal. Beliau lebih terkenal dengan nama Ummu Waraqah Binti Naufal iaitu dinasabkan kepada moyangnya yang bernama Naufal. 
 
Tidak diketahui tahun kelahiran dan kewafatannya secara tepat, namun ahli sejarah telah bersependapat bahawa beliau meninggal dunia pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Bin al-Khattab. 
 
Justeru, dapat diketahui bahawa beliau hidup pada zaman Rasulullah, zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar, dan zaman pemerintahan Umar al-Khattab. Telah dinyatakan dalam kitab al-Tabaqat al-Kubra bahawa beliau telah syahid pada tahun 22 Hijrah.

Ummu Waraqah merupakan seorang wanita di kalangan Ansar. Beliau merupakan antara wanita Ansar terawal yang beriman dengan risalah yang dibawa oleh Rasulullah saw dan berbai'ah dengan nabi ketika nabi berhijrah ke Madinah. 
 
Apabila memeluk Islam, beliau berpegang bersungguh-sungguh dengan agama Islam serta mendalami ilmu agama. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan beliau juga merupakan seorang wanita yang banyak menghafaz ayat-ayat al-Quran.

Keunggulan peribadi Ummu Waraqah dapat dilihat apabila Rasulullah SAW sendiri pernah menziarahinya. Ziarah Rasulullah itu adalah sebagai penghormatan kepada Ummu Waraqah yang mempunyai keimanan yang mantap kepada Allah serta memiliki ilmu agama yang tinggi. 


Ummu Waraqah bukan sahaja mempelajari ilmu secara teori semata-mata, tetapi beliau juga berusaha mempraktikkannya sedaya mungkin sehingga beliau berusaha untuk ke medan jihad melawan musuh dalam peristiwa Peperangan Badar, dengan tidak mengetepikan tanggung jawab dalam rumahtangga.

Pada tahun kedua Hijrah, Ummu Waraqah telah mendengar berita bahawa akan berlaku pertembungan di antara orang Islam dengan tentera Musyrikin. 


Lalu beliau bergegas menemui Rasulullah untuk meminta keizinan untuk turut serta dalam usaha jihad tersebut, sekurang-kurangnya sebagai orang yang akan membantu merawat tentera yang cedera, menghulurkan bantuan makanan dan minuman dan memberikan apa jua pertolongan kepada tentera Islam semasa peperangan berlangsung.

Telah disebut di dalam kitab al-Isobah, bahawa Ummu Waraqah telah berkata kepada Rasulullah: 'Wahai Rasulullah, sekiranya engkau memberikan keizinan kepadaku untuk turut serta, nescaya aku dapat memberikan bantuan dan rawatan kepada tentera yang cedera, dan semoga Allah mengurniakan syahid kepadaku'. 


Lalu jawab Rasulullah: 'Wahai Ummu Waraqah, duduklah di rumahmu, sesungguhnya Allah akan mengurniakan syahid di rumahmu'. Semenjak hari itu, Rasulullah telah menggelarkan Ummu Waraqah sebagai 'syahidah' iaitu orang yang syahid. 

Ketika Rasulullah mengajak para sahabat menziarahi Ummu Waraqah, baginda berkata, 'mari kita menziarahi al-syahidah'.

Kehebatan Ummu Waraqah juga dapat dilihat dalam beberapa perkara iaitu:

 
1. Beliau merupakan wanita pertama dalam Islam yang diberi keizinan untuk dilaungkan azan dari dalam rumahnya.

 
2. Beliau wanita pertama yang menjadi imam solat kepada wanita di Madinah.

 
3. Beliau wanita pertama dalam Islam yang digelar 'al-syahidah'.

Ummu Waraqah telah meminta keizinan daripada Rasulullah untuk menjadikan rumahnya sebagai musolla, dan dilaungkan azan dari musolla di rumahnya itu. 


Rasulullah telah memberikan keizinan, justeru terdapat muazzin yang dikhususkan untuk melaungkan azan dari musolla di rumah Ummu Waraqah pada setiap kali masuk waktu solat fardhu. Keadaan ini berterusan sehinggalah Ummu Waraqah meninggal dunia.

Rasulullah saw mengetahui bahawa Ummu Waraqah merupakan seorang wanita yang cerdik, banyak menghafaz ayat al-Quran dan alim dalam ilmu agama. Justeru, Rasulullah menyuruh Ummu Waraqah untuk menjadi imam kepada ahli keluarganya di kalangan wanita. 


Bukan itu sahaja, apabila muazzin mengumandangkan azan dari musolla rumah Ummu Waraqah, wanita-wanita yang tinggal berhampiran dan mendengar seruan azan tadi, akan datang menunaikan solat jamaah yang diimami oleh Ummu Waraqah.

Telah timbul persoalan apakah Ummu Waraqah turut menjadi imam kepada lelaki kerana muazzin yang melaungkan azan itu merupakan seorang lelaki. Al-Syarbasi melalui kitabnya 'Yas'alunaka fi al-Din wa al-Hayat' telah menyatakan bahawa muazzin tersebut hanya melaungkan azan, kemudian beliau akan pergi ke masjid dan menunaikan solat bersama-sama jamaah lelaki. 


Syeikh Ahmad al-Syarbasi juga menyatakan bahawa Ummu Waraqah mengimami solat di rumahnya yang tidak disertai oleh mana-mana lelaki ajnabi.

Usia Ummu Waraqah semakin lanjut, dan anak-anaknya semakin meningkat dewasa. Lalu anak-anak perempuannya berkahwin dan mengikut suami masing-masing dan tidak tinggal lagi bersamanya. 


Sehubungan dengan itu, Ummu Waraqah telah mengambil seorang hamba lelaki dan seorang hamba wanita untuk menguruskan rumahnya. Ummu Waraqah telah menjanjikan kepada hamba-hambanya bahawa mereka akan merdeka dan terlepas daripada belenggu perhambaan selepas kematiannya.

Ummu Waraqah menaruh sepenuh kepercayaan kepada kedua-dua orang hamba tersebut. Beliau tidak melayan mereka sebagai seorang hamba, sebaliknya melayan mereka dengan penuh kebaikan. 



Akan tetapi hamba-hamba tersebut agak kecewa kerana mereka mengharapkan untuk mendapatkan pembebasan segera dengan kematian Ummu Waraqah, namun Ummu Waraqah masih lagi bernafas dan lanjut usianya. 

Lalu kedua-dua orang hamba tersebut telah merancang untuk membunuh Ummu Waraqah dengan harapan untuk mendapat kemerdekaan daripada perhambaan dengan kadar segera. 

Setelah berjaya membunuh Ummu Waraqah dengan menjerut pakaian di lehernya, kedua-dua hamba tersebut terus melarikan diri sebagai orang yang merdeka.

Pada keesokannya harinya, Saidina 'Umar al-Khattab yang telah biasa mendengar azan berkumandang dari rumah Ummu Waraqah telah tertanya-tanya ke mana hilangnya suara bacaan al-Quran Ummu Waraqah yang sudah tidak kedengaran sejak semalam. 


Lantas Saidina Umar mengarahkan seseorang untuk pergi ke rumah Ummu Waraqah bertanyakan keadaannya. Utusan Saidina Umar kembali kepadanya dengan berita bahawa rumah Ummu Waraqah berkunci dan tiada sesiapa pun menjawab apabila dipanggil. 

Saidina Umar mengesyaki sesuatu perkara buruk telah berlaku, lalu beliau sendiri segera pergi ke rumah Ummu Waraqah untuk menyiasat apa yang berlaku.

Apabila Saidina Umar berjaya memasuki rumah Ummu Waraqah, beliau amat terkejut kerana mendapati Ummu Waraqah telah meninggal dunia. Lalu Saidina Umar pun berkata: 'Allahu Akbar, benarlah Rasulullah saw yang telah menggelarkan Ummu Waraqah sebagai al-syahidah!. 


Kemudian Saidina Umar pun menaiki mimbar dan mengisytiharkan tentang syahidnya Ummu Waraqah dan memerintahkan agar dua orang hamba yang membunuh Ummu Waraqah dicari segera untuk menerima pembalasan dan hukuman.

Gerakan memburu dua orang pembunuh tersebut dijalankan, akhirnya mereka berdua dapat ditangkap dan dibawa ke hadapan Saidina Umar. Setelah siasatan dijalankan, kedua-dua hamba tersebut telah membuat pengakuan bahawa mereka telah membunuh Ummu Waraqah. Kedua-dua hamba tersebut pun dijatuhkan hukuman di atas kesalahan dan jenayah pembunuhan itu.

Sesungguhnya pemergian Ummu Waraqah meninggalkan pengajaran dan pengiktibaran yang banyak di sepanjang kehidupannya. 


Beliau menjadi contoh kepada wanita Islam sebagai seorang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam agama, dan memberikan sumbangan dengan mengajarkan ilmu kepada wanita-wanita lain selain turut menjadi imam solat kepada wanita di Madinah. 

Tambahan daripada itu, beliau juga merupakan seorang yang amat komited dengan perjuangan Islam dan sentiasa mengimpikan untuk mendapat syahid di jalan Allah.paspangkor


Dari mubaligh Hindu kepada pendakwah Islam


Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. 

Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja. Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat.

Lelaki itu menghidupkan TV dan kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam sedang berlangsung. Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato’ Dr. Haron Din.

Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bukanlah asing baginya. Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. 

Malah, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran Islam melalui rancangan tersebut. Lagipun, dia suka melihat kepetahan ahli panel itu memberi ceramah dalam bahasa Melayu, secara tidak langsung, dia boleh belajar bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik.

Sedang asyik mengikuti perbincang-an itu, tiba-tiba, lelaki tersebut tersentak apabila mendengar Haron Din mengatakan: “Bandingan segala kebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang, mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itu menjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauh daripada kebenaran.”

Mendengar kata-kata Haron Din, darah lelaki India itu menyirap. Perasaan marah menyelinap masuk ke dalam hatinya. Mana boleh! Itu tidak adil! Takkan Tuhan hanya menerima kebaikan orang Islam sahaja? Bagaimana dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam?

Bahkan, sepanjang hidupnya, dia melihat banyak kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam, dan ada kalanya, melebihi daripada Kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang Islam itu sendiri. 

Apakah segala kebaikan itu tidak diterima? Dia mula menganggap, ajaran Islam mengamalkan sikap kasta. Jika begitu ajaran Islam, bermakna ia double standard.

Rasa tidak puas hati terus menyelubungi fikiran lelaki tersebut. Lelaki India itu tekad untuk berjumpa dengan Haron Din. Dia ingin berdebat dengan ulama tersebut. 

Pada fikirannya, mana boleh seorang ulama mengeluarkan kenyataan yang tidak adil seperti itu, dan boleh menyentuh perasaan orang bukan Islam di negara ini seperti dirinya. Apatah lagi ia dilakukan secara terbuka di kaca TV.

Lelaki itu tahu, Haron Din bukanlah calang-calang orang, tetapi dia tidak peduli. Dia tetap mahu berjumpa dengan ulama tersebut dan mesti mencari jalan bagaimana untuk bertemu dengannya. Setelah beberapa bulan memendam niat untuk bertemu Haron Din akhirnya hasrat itu tercapai. 

Melalui seorang pelanggan yang dikenali ketika berurusan di bank tempatnya bekerja, lelaki itu dibawa bertemu dengan Haron Din di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Petaling Jaya. Haron Din mengadakan usrah di rumah ahli perniagaan tersebut pada hari Khamis malam Jumaat, seminggu sekali.

Ketika sampai di rumah ahli perniagaan tersebut, kuliah baru saja bermula. Di hadapan lebih 20 orang jemaah, kelihatan Haron Din duduk bersila sambil memegang sebuah kitab. Kebetulan pada malam itu, Haron Din mengajar tentang bab syirik. Bila ternampak muka Haron Din, hatinya menjadi panas.

Lelaki itu membulatkan tekad, selepas tamat kuliah, dia mahu berjumpa dengan Haron Din. Dia mahu mengajak Haron Din berdebat. Lelaki itu memang betul-betul tidak berpuas hati dengan kenyataan Haron Din di dalam Forum Perdana. Ia masih terngiang-ngiang di telinganya biarpun sudah beberapa bulan berlalu.
 
Namun, tidak disangka-sangka, segala yang dirancangnya tidak menjadi. Perasaan marah dan bengang yang bersarang dalam dirinya selama beberapa bulan itu mula surut apabila dia duduk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ulama tersebut.

Setelah tamat kuliah yang diberikan Haron Din, lebih kurang dua jam selepas itu, semangatnya yang tadi berkobar-kobar mahu berdebat dengan ulama tersebut, kian kendur. 

Rupa-rupanya, dalam diam, dia mengakui, cara penyampaian, serta kupasan Haron Din yang begitu terperinci dalam bab-bab syirik, membuatkan dia rasa amat terpegun.

Sebelum ini, lelaki India itu tidak pernah mendengar penjelasan mengenai Islam dan ketuhanan seperti yang didengarnya pada malam itu. Biarpun hati lelaki berkenaan sudah mula mahu akur pada kebenaran Islam, namun egonya masih menebal. 

Lelaki ini memperingatkan dirinya, kedatangannya pada malam itu bukan untuk terpengaruh dengan kata-kata Haron Din, tetapi untuk mengajak ulama itu berdebat dengannya.

Akhirnya dia memutuskan untuk menangguhkan hasrat berdebat dengan Haron Din. Bukan tidak berani, tetapi sebenarnya pada malam itu segala persepsi buruknya terhadap Haron Din dan Islam telah mula berubah.

Pun demikian, lelaki itu tidak mahu mengalah dengan perasaannya. Ego yang ada dalam dirinya mengaburi kewarasan akalnya. Misinya berjumpa dengan Haron Din ialah untuk menyatakan apa yang dikatakan oleh ulama tersebut dalam Forum Perdana adalah tidak adil. Tidak lebih daripada itu.

Dan yang paling penting, tujuan dia bertemu ulama tersebut bukanlah untuk mengakui kebenaran Islam. Lelaki itu membuat perancangan sendiri. Dia akan terus mengikuti kuliah Haron Din di situ, agar dia lebih faham tentang Islam dan senang nanti untuk dia berhujah dengan ulama tersebut kelak.

Selepas itu, pada setiap malam Jumaat, lelaki berkenaan menghadiri kuliah Haron Din. Kali ini dia pergi seorang diri. Tetapi ‘masalahnya’ semakin lama mengikuti usrah Haron Din, semakin jelas dilihatnya kebenaran Islam.

Lama-kelamaan, tujuan asal lelaki ini untuk berdebat dengan Haron Din dan mengatakan bahawa Islam agama yang double standard, bertukar menjadi sebaliknya. 

Setiap kali dia mengikuti usrah Haron Din, semakin hampir hatinya pada Islam. Islam itu dilihatnya tulus, lurus tanpa simpang-siur.

Niat asalnya untuk berdebat dengan Haron Din akhirnya terpadam begitu sahaja. Sebaliknya, hatinya menjadi semakin lembut dan lelaki India itu bertambah berminat untuk mengetahui tentang ajaran Islam dengan lebih mendalam.

Suatu hari ketika mengikuti usrah Haron Din di rumah ahli perniagaan tersebut, lelaki India itu mengambil peluang bertanyakan bermacam-macam soalan tentang Islam. 

Dia bertanya, mengapa perlu meninggalkan agamanya dan memeluk Islam? Bukankah semua agama itu sama. Bukankah Islam itu juga sama seperti agama lain, menyuruh membuat kebalkan dan meninggalkan kejahatan?

Dan yang paling penting, dia mahu tahu, kenapa Haron Din mengatakan hanya amalan orang Islam sahaja yang diterima Allah, dan amalan orang bukan Islam tidak diterima-Nya seperti yang disebut di dalam Forum Perdana Ehwal Islam tidak berapa lama dulu.

Haron Din tersenyum dan secara berkias beliau menjawab; ” Untuk memudahkan saudara memahaminya, biar saya berikan contoh begini: kita adalah seorang hamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, baja dan segala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut.

“Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat seperti mana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudian bila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah. Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukan apa yang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain?

“Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?”

Ternyata segala jawapan dan hujah yang diberikan oleh Haron Din atas pertanyaannya itu, membuatkan dia mati akal. Begitu juga dengan setiap hujah dan persoalan yang cuba ditimbulkan lelaki itu dengan mudah dipatahkan oleh Haron Din dengan cara yang lembut dan bijaksana, tanpa sedikit pun menyinggung perasaannya sebagai orang bukan Islam.

Setelah empat minggu berturut-turut mengikuti kuliah yang diberikan oleh Haron Din, ego yang ada di dalam dirinya hancur dengan kebenaran Islam. 

Akhirnya hati lelaki itu terbuka untuk memeluk Islam. Enam bulan selepas itu, secara rasmi lelaki India tersebut memeluk Islam.

Dalam satu pertemuan empat mata dengan Haron Din setelah lelaki itu memeluk Islam, dia sempat bertanya mengapakah ulama tersebut mengeluarkan kenyataan seperti itu di kaca TV, sedangkan kenyataan itu boleh mengundang rasa tidak puas hati di kalangan bukan Islam, seperti apa yang dirasakannya.

Haron Din menjelaskan kepada lelaki India tersebut: “Memang kenyataan itu saya tujukan khusus untuk orang bukan Islam. Saya mahu orang bukan Islam berfikir tentang kehidupan, asal usul manusia dan kebenaran agama. Saya mendapat maklum balas, ramai di kalangan bukan Islam yang menonton rancangan itu. Jadi, sengaja saya bacakan ayat al-Quran itu agar mereka berfikir.”

Mohammad Fitri Abdullah

“Dan saya adalah di antara mereka yang terkena provokasi Haron Din itu. Biarpun pada peringkat awalnya saya bertemu beliau atas sebab tidak puas hati dengan kenyataannya, namun akhirnya, saya bersyukur, kerana ia menjadi penyebab yang membuatkan saya akhirnya menerima cahaya kebenaran Islam,” jelas Mohammad Fitri Abdullah, 43, lelaki India yang dimaksudkan dalam cerita di atas.

Ketika Mastika menemuinya di pejabat Perkim bahagian Shah Alam di Masjid Negeri Shah Alam, Fitri berulang kali menyatakan betapa syukurnya dia mendapat hidayah biarpun pada mulanya dia langsung tidak terfikir untuk memeluk Islam.

“Seperti yang saya katakan, pada awalnya niat saya adalah untuk berdebat dengan Haron Din akibat rasa tidak puas hati terhadap kenyataannya itu. Tetapi, apabila saya mendengar penjelasan beliau, ego saya jatuh dan dalam diam-diam saya mengakui, saya bukanlah orang yang layak untuk berdebat dengan beliau,” jelasnya.

Sebenarnya sebelum memeluk Islam, Fitri memang seorang yang taat terhadap agamanya. Dia bukan sekadar seorang pengikut yang taat, tetapi juga bergerak aktif dalam beberapa persatuan yang berteraskan agama yang dianutinya. 

Selain itu, dia turut mengajar di beberapa rumah ibadat di sekitar ibu kota. Biarpun kuat terhadap agamanya, namun jauh disudut hati, lelaki itu sering merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan agama yang dianutinya.

“Sebenarnya, agama tersebut juga mengajar pengikutnya untuk menyembah Tuhan yang satu. Di dalam kitab-kitab lama, itulah ajarannya. Tapi masalahnya, apa yang dilakukan oleh penganut agama tersebut berlainan daripada apa yang diajar di dalam kitab.

“Mereka tidak menyembah Tuhan yang satu, sebaliknya menyembah bermacam-macam Tuhan, selain dari Tuhan yang satu,” tegas lelaki yang berasal dan Banting, Selangor ini. 

Lantaran itulah kata Fitri, hatinya sering berasa ragu dengan agama sendiri. Perasaan ini bukannya baru, malah timbul sejak dia berusia belasan tahun lagi. 

Dia melihat apa yang diajar di dalam kitab, dengan apa yang dipraktikkan oleh penganut agama lamanya, termasuk dirinya sendiri, ternyata bercanggah sama sekali.

“Tetapi apabila saya mendengar kuliah Haron Din, diam-diam saya mula sedar, saya memang berada dalam kesesatan yang nyata. Pertama kali mendengar ceramah beliau, sudah cukup untuk memberi kesedaran pada diri saya sekali gus berjaya mengubah pandangan saya terhadap Islam selama ini. Mungkin itulah kelebihan yang Allah berikan pada Haron Din,” kata Fitri lagi.

Kejadian itu sebenarnya telah pun berlalu hampir 15 tahun, namun cahaya iman yang menyerap ke dalam hatinya masih lagi sesegar dulu. Malah, dari hari ke hari semakin kukuh bertapak di dalam dirinya.

Jika dahulu Fitri seorang mubaligh yang aktif menyebarkan agama lamanya, kini Fitri masih tetap begitu. “Cuma bezanya, hari ini saya bergerak di atas landasan agama yang benar iaitu Islam. Saya cukup sedih bila mendengar ada saudara seagama saya, terutamanya di kalangan orang Melayu yang sanggup keluar dari Islam. Murtad.

“Hari ini, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mereka, memulihkan iman mereka, dengan pelbagai usaha dan cara, termasuk berkongsi pengalaman yang saya lalui sebelum ini.

“Ini adalah tuntutan wajib buat diri saya. Dengan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada saya, saya perlu laksanakan amanah ini biarpun berat, sebagai usaha saya membantu menyemarakkan agama Allah di muka bumi yang bertuah ini,” ujarnya bersungguh-sungguh mengakhiri pertemuan kami pada petang itu.

Wallahu’alam….

Dipetik Dari: halaqah.net


5 kapal kayu terbesar di dunia


Wyoming (137.16 m)
Kapal terbesar di dunia ini dibuat dari kayu dan dibina pada tahun 1909 oleh perusahaan bernama Percy & Small. Kapal ini panjangnya 137,16 m dan beratnya dianggarkan 4.000 ton. 
 
Wyoming dilengkapi dengan mesin kerek jangkar Hyde dan mesin wap. Salah seorang yang membuat pelaburan untuknya adalah Gabenor Negara Wyoming sehingga kapal diberi nama sebagai Wyoming. Kos pembinaannya hampir $ 175.000.USS 


Dunderberg (115 m)
Kapal kayu  kedua
terbesar yang dibina di New York, Amerika Syarikat. Panjangnya 115 meter, dengan kelajuan 15 knot. 
 
Kapal itu dibina untuk dijual kepada Angkatan Laut AS, walaupun kapal ini tidak selesai dibina sebelum perang American Libration War. 
 
The Dunderberg kemudian ditolak oleh angkatan laut Amerika Syarikat dan kemudian dimusnahkan pada tahun 1874.


Caligula’s Giant Ship (104 m)
Kapal ini digunakan untuk mengangkut obelisk di Lapangan Santo Petrus dari Mesir atas perintah Kaisar Rom Caligula. Kapal Caligula’s Giant panjangnya 104 meter, boleh membawa 800 kru anak kapal. Kapal itu juga dipanggil round ship.
 


Pretoria (102.1 m)
Kapal Pretoria dibina di West Bay City, Michigan. Tujuan utamanya adalah untuk digunakan di Great Lakes. Sebagai kapal keempat
terbesar di dunia panjangnya 103 meter, lebar 13,3 meter dan 7 meter kedalaman. 
 
Kapal itu boleh membawa 5.000 ton bijih besi, 175,000 gantang gandum, malah 300.000 gantang gandum. Sayangnya, kapal ini tenggelam kerana badai taufan pada tahun 1905


Great Republic (102.1 m)
Kapal ini rancangannya akan diluncurkan pada 4 September 1853 tetapi kerana peningkatan mendadak harga kayu, maka ditunda sehingga 4 Oktober 1853. 
 
Dua bulan kemudian pada 27 Desember kapal itu terbakar dan hampir rosak keseluruhannya oleh api. Kapal itu dijual kepada Kapten Nathaniel Palmer kemudian dibina kembali dan dimodifikasi. 
 
Great Republic kemudian beralih ke Denmark ketika dibeli oleh Merchants’ Trading Company. Memiliki kapasiti untuk membawa barang seberat 5.000 ton dengan kelajuan 19 kn (35,2 km / jam). Kapal tua ini akhirnya ditinggalkan pada tahun 1872.capcus


Pengacara `Discovery Chanel’ mendapat hidayah di bawah lautan

 http://shareurs.files.wordpress.com/2010/03/mr-jacques-yves-costeau.jpg
Jika anda termasuk orang yang gemar menonton acara TV `Discovery Chanel’ pasti kenal Mr. Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli Oceanografer dan pakar selam terkemuka dari Perancis. 

Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke berbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton oleh seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba Captain Jacques Yves Costeau menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding  yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu menjadikan Mr. Costeau pelik dan mendorongnya untuk mencari jawapan penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. 
 
Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak juga mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
 
Sehingga pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. 
 
Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laayabghiyaan…” Artinya: “Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.
 
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tidak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. 
 
Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” Ertinya “Dari keduanya keluar mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemui mutiara.
 
Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. 
 
Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman semasa belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman lautan.
 
Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.
 
Subhanallah… Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim. 
 
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” 
 
Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” 
 
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”unila.ac



Teguhnya hati Rasulullah

 http://donialsiraj.files.wordpress.com/2011/04/kaligrafi-muhammad-saw.jpg?w=400&h=400

Nabi Muhammad Saw, adalah orang yang terkenal teguh hatinya. Maksudnya, ia sangat taat dalam menjalankan kebenaran. Suatu kebenaran yang datang dari Allah dipertahankannya walau keselamatan beliau terancam.
 
Alkisah, Nabi Muhammad Saw, telah menerima wahyu dari Allah. Nabi diutus kepada seluruh umat manusia untuk menyembah Allah. Sejak itu, Nabi mulai aktif berdakwah sendirian.

Pada awalnya, beliau berdakwah kepada isterinya, lalu kepada kaum keluarganya. Kerana Nabi berasal dari suku Quraisy, beliau sering berdakwah setiap ada perkumpulan suku Quraisy. Nabi tidak mendapatkan banyak sambutan, tetapi lebih banyak cemuhan. 

Semakin lama para tokoh Quraisy mulai gusar juga. Beramai-ramai mereka menemui bapa saudara Nabi, Abu Thalib. Selama ini, beliaulah yang menjadi pelindung Nabi setelah datuk Nabi meninggal. 

Seseorang berkata, ”Hai, Abu Thalib! Kau tahu anak saudaramu itu telah membuat fitnah di halaman rumah kita, bahkan perkumpulan kita. Ia mengatakan sesuatu yang tidak kita sukai. Kami berharap engkau dapat menghentikannya!”

Abu Thalib lalu memanggil puteranya, Aqil. ”Wahai Aqil, pergilah engkau cari Muhammad, dan bawa ia kepadaku!”

Aqil pergi mencari dan mendapati Muhammad berada di sebuah pondok dari deretan rumah Abu Thalib. Lalu, Muhammad berjalan beriringan dengan Aqil. Ia kelihatan susah payah berjalan kerana kelaparan. 

Sedih, sungguh mengenang keadaan junjungan kita ini, hati menjadi tersentuh. Beliau memang sering menahan lapar dan kesejukan ketika sedang berdakwah.

Sesampainya di rumah, Abu Thalib berkata kepadanya, ”Wahai Anak Saudaraku! Sungguh aku tahu bahawa kau anak baik-baik. Tadi, telah datang beberapa orang dari kaummu yang menuduh engkau selalu berbuat yang tidak baik. Engkau mengatakan sesuatu yang mereka tidak suka. Engkau menyakiti hati mereka. Nah, aku fikir lebih baik engkau hentikan kata-kata serupa itu!”

Nabi Muhammad termenung seketika mendengar perkataan bapa saudaranya. Pada mulanya, beliau merasa kecewa. Nabi menyangka bapa saudaranya tidak akan membelanya lagi. Ia lalu memandang ke atas langit.

”Wahai, bapa saudaraku! Jika mereka letakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku untuk memaksaku berhenti berdakwah, aku tetap tidak akan meninggalkannya hingga Allah memenangkannya atau aku binasa kerananya!”

Nabi Muhammad Saw mengucapkannya sambil teresak-esak. Bahkan, beliau sempat menangis sambil terus pergi meninggalkan bapa saudaranya.

Abu Thalib merasa serba salah. Lalu, ia kembali memanggil Muhammad.
“Wahai, Anak Saudaraku! Teruskan dan serukanlah apa yang kamu inginkan. Sungguh, aku akan tetap membelamu!”

Oh, sungguh ucapan ini menambah keteguhan hati Nabi Muhammad Saw. Inilah salah satu perkara yang membuat beliau begitu mencintai bapa saudaranya. 

Kelak, ketika bapa saudaranya wafat dan juga isterinya, Nabi Saw sangat berduka sekali. Tahun wafatnya dua orang tersebut, terkenal dengan sebutan “Tahun Duka Cita”.

Selepas meninggalnya Abu Thalib, Nabi Muhammad Saw tetap bersemangat untuk berdakwah. Namun, ia kehilangan orang yang membelanya selama ini. 

Akibatnya, para pemimpin Quraisy pun mulai merancang mengenakannya Bahkan, ada yang ingin membunuhnya.

Suatu ketika, Nabi berada di Ka’bah. Beliau hendak melaksanakan solat. Ketika itu dengan diam-diam, datanglah Uqbah bin Abu Mu’aith. Tiba-tiba, Uqbah membelitkan selembar kain ke tengkuk nabi Muhammad Saw. 

Kain itu disentakkan dengan kuat sekali. Nabi Muhammad tercekik dan jatuh tersungkur. Orang-orang yang melihat kejadian itu menjerit. Mereka menyangka Nabi telah wafat.

Abu Bakar r.a., sahabat beliau, melihat kejadian itu. Ia dengan cepat menghampiri Uqbah dan melepaskan cekikannya. Abu Bakar pun membentak Uqbah, 

”Apa ini? Apakah engkau hendak membunuh orang yang mengatakan bahawa Tuhanku adalah Allah’?”

Uqbah tidak menjawab pertanyaan Abu Bakar r.a. Ia terus berlalu pergi, dan berkumpul kembali dengan para pemimpin Quraisy.

Nabi Muhammad Saw, tetap bersabar menerima perlakuan itu. Ia tidak berkata sepatah pun. Ia malah bangkit, lalu menunaikan solatnya yang terganggu.

Sedemikian teguh hati Nabi dalam menerima celaan, hinaan, bahkan siksaan.makalah sekolah


Kisah meninggalkan khianat mendapat rahmat

 http://asep4212.files.wordpress.com/2010/07/1010523_dsc04790.jpg
Al-Qadhi Abu Bakar Muhammad bin Abdul Baqi bin Muhammad Al-Bazzar Al-Anshari berkata: "Dulu, aku pernah berada di Mekah semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala selalu menjaganya, suatu hari aku merasakan lapar yang sangat. 

Aku tidak mendapatkan sesuatu yang dapat menghilangkan laparku. Tiba-tiba aku menemui sebuah kantung dari sutera yang diikat dengan kaus kaki yang diperbuat dari sutera juga.

Aku memungutnya dan membawanya pulang ke rumah. Ketika aku buka, aku dapatkan didalamnya sebuah kalung permata yang tidak pernah aku lihat sebelumnya.

Aku lalu keluar dari rumah, dan pada masa itu ada seorang bapa tua yang berteriak mencari kantungnya yang hilang sambil memegang kantung kain yang berisi wang lima ratus dinar. 

Dia mengatakan, 'Ini adalah bagi orang yang mahu mengembalikan kantung sutera yang berisi permata'. 

Aku berkata pada diriku, 'Aku sedang memerlukann, aku ini sedang lapar. Aku boleh mengambil wang dinar emas itu untuk aku manfaatkan dan mengembalikan kantung sutera ini padanya'.

Maka aku berkata pada bapa tua itu, 'Hai, kemarilah'. Lalu aku membawanya ke rumahku. Setibanya di rumah, dia menceritakan padaku ciri kantung sutera itu, ciri-ciri kaus kaki pengikatnya, ciri-ciri permata dan jumlahnya berikut benang yang mengikatnya. 

Maka aku mengeluarkan dan memberikan kantong itu kepadanya dan dia pun memberikan untukku lima ratus dinar, tetapi aku tidak mahu mengambilnya. 

Aku katakan padanya, 'Memang seharusnya aku mengembalikannya kepadamu tanpa mengambil upah untuk itu'. 

Ternyata dia berkeras, 'Kau patut menerimanya', sambil memaksaku terus-menerus. Aku tetap pada pendirianku, tak mahu menerima.

Akhirnya bapa tua itu pun pergi meninggalkanku. Adapun aku, beberapa waktu setelah kejadian itu aku keluar dari kota Makkah dan berlayar dengan perahu. 
 
Di tengah laut, perahu tumpangan itu pecah, orang-orang semua tenggelam dengan harta benda mereka. Tetapi aku selamat, dengan menumpang potongan papan dari pecahan perahu itu. Untuk beberapa waktu aku tetap berada di laut, tak tahu ke mana hendak pergi!

Akhirnya aku tiba di sebuah pulau yang berpenduduk. Aku duduk di salah sebuah masjid mereka sambil membaca ayat-ayat Al-Qur'an. 

Ketika mereka tahu bagaimana aku membacanya, tidak seorang pun dari penduduk pulau tersebut kecuali dia datang kepadaku dan mengatakan, 'Ajarkanlah Al-Qur'an kepadaku'. Aku penuhi permintaan mereka. Dari mereka aku mendapat harta yang banyak.

Di dalam masjid, aku menemui beberapa lembar dari mushaf, aku mengambil dan mulai membacanya. Lalu mereka bertanya, 'Kau boleh menulis?', aku jawab, 'Ya'. 

Mereka berkata, 'Kalau begitu, ajarilah kami menulis'. Mereka pun datang dengan anak-anak juga dan para remaja mereka. Aku ajari mereka tulis-menulis. 

Dari itu juga aku mendapat banyak wang. Setelah itu mereka berkata, 'Kami mempunyai seorang puteri yatim, dia mempunyai harta yang cukup. Mahukah kau menikahinya?' Aku menolak. 

Tetapi mereka terus mendesak, 'Tidak boleh, kau mesti terima'. Akhirnya aku menuruti keinginan mereka juga. Ketika mereka membawa anak perempuan itu kehadapanku, aku pandangi dia. 

Tiba-tiba aku melihat kalung permata yang dulu pernah aku temui di Mekah melingkar di lehernya. Tak ada yang aku lakukan pada masa itu kecuali hanya terus memperhatikan kalung permata itu.

Mereka berkata, 'Sungguh, kau telah menghancurkan hati perempuan yatim ini. Kau hanya memperhatikan kalung itu dan tidak memperhatikan orangnya'. 

Maka saya ceritakan kepada mereka kisah saya dengan kalung tersebut. Setelah mereka tahu, mereka meneriakkan tahlil dan takbir hingga terdengar oleh penduduk setempat. 'Ada apa dengan kalian?', kataku bertanya. 

Mereka menjawab, 'Tahukah engkau, bahawa orang tua yang mengambil kalung itu darimu pada masa itu adalah ayah anak perempuan ini'. 

Dia pernah mengatakan, 'Aku tidak pernah mendapatkan seorang muslim di dunia ini (sebaik) orang yang telah mengembalikan kalung ini kepadaku'.

Dia juga berdoa, 'Ya Allah, pertemukanlah aku dengan orang itu hingga aku dapat menikahkannya dengan puteriku', dan sekarang sudah menjadi kenyataan'. 

Aku mulai mengharungi kehidupan bersamanya dan kami dikurnikan dua orang anak. Kemudian isteriku meninggal dan kalung permata menjadi harta pusaka untukku dan untuk kedua anakku. 

Tetapi kedua anakku itu meninggal juga, hingga kalung permata itu jatuh ke tanganku. Lalu aku menjualnya seharga seratus ribu dinar. Dan harta yang kalian lihat ada padaku sekarang ini adalah baki dari wang 100 ribu dinar itu."