Part 2 - N/Kebajikan; Ala New Zealand Bukan Ala Raja Bersiong

Oleh Dr. Ubaidullah Mustaffa
(Waktu malam di bandaraya Christchurch, New Zealand)

SAYA amat terkejut apabila mendapati email saya dipenuhi dengan mesej dari pembaca artikel bertajuk New Zealand sebagai model Negara Kebajikan. 


Tidak mungkin saya dapat membalas semua mesej tersebut tetapi saya akan cuba membalas dalam penulisan saya seterusnya.

Apa yang menarik ialah mesej diterima dari pelbagai bangsa Malaysia termasuk dari Sabah, Sarawak dan juga dari rakyat Malaysia yang sedang merantau di seluruh dunia tanpa mengira sempadan fahaman politik. 


Setelah meneliti semua mesej pembaca saya membuat kesimpulan bahawa rakyat mahukan Malaysia mengamalkan konsep negara kebajikan secara ikhlas serta disuntik dengan sifat kasih sayang di antara kerajaan dengan rakyat.

Gempa bumi di Christchurch masih belum reda. Setiap hari bumi Christchurch bergegar di antara 2 -3 kali. Saya dapat mengecam gempa bumi akan berlaku apabila terdengar bunyi yang menakutkan memenuhi atmosfera bumi. 

Bunyi seperti benda berat lagi besar bergerak di perut bumi dan benda itu rasanya amat dekat dengan tapak kaki saya. Beberapa saat selepas bunyi itu kedengaran maka bergegar dan bergoyang semua yang ada di sekeliling saya.

Kejadian gempa bumi selalunya tidak lama. Ada yang tidak sampai 5 saat dan yang paling lama saya rasai ialah lebih kurang 15 saat. Selepas gempa bumi kuat, air bawah tanah akan melimpah keluar bersama-sama lumpur. 


Kadang-kadang mengakibatkan banjir lumpur. Bekalan letrik dan bekalan air akan terputus. Namun begitu pihak kerajaan New Zealand pantas bertindak. Bekalan letrik dan air dapat disambungkan semula dalam tempoh beberapa jam sahaja kecuali dalam kes-kes teruk terpaksa mengambil masa melebihi 24 jam untuk dipulihkan.

Gempa bumi tapi air percuma

Walau pun dilanda gempa bumi bekalan air bersih di New Zealand adalah percuma. Salah seorang petugas gempa bumi memberitahu saya bahawa air adalah keperluan asas rakyat dan segala kehidupan di muka bumi ini.

Berasaskan fakta itu, kerajaan dan rakyat New Zealand bersetuju bahawa air perlu diberi percuma kepada rakyat. Pihak kerajaan menggunakan dana negara yang dikutip melalui sistem pencukaian negara untuk menyediakan bekalan air percuma.

Satu penyelesaian yang amat mudah difahami kerana dilakukan atas dasar kasih sayang antara kerajaan dan rakyat. Semua rakyat termasuk anggota kerajaan sendiri akan mendapat manfaat dari niat baik yang diterjemahkan dalam bentuk perbuatan.

Terkenang saya di negara sendiri tentang isu air. Hujan di negara kita jauh lebih lebat dan lebih banyak dari New Zealand kerana negara kita adalah negara di zon tropika. Tambahan lagi negara kita tidak ada masalah gempa bumi seperti New Zealand. 

Tapi malangnya air di negara kita terpaksa dibayar. Lebih ironi lagi harga air boleh diumumkan naik oleh pihak tertentu jika perlu mengikut kontrak perjanjian tertentu.

Terdapat usaha kebajikan beberapa kerajaan negeri untuk memberi air percuma kepada rakyat tapi dihalang oleh Kerajaan Persekutuan dengan pelbagai cara. 

Jika Kerajaan Persekutuan tidak mahu mengamalkan konsep negara kebajikan jangan pula menghalang Kerajaan Negeri untuk berbuat kebajikan. Kerajaan Pusat tidak bersetuju memberi air percuma pada rakyat kononnya bimbang negara akan bankrupt. 

Apa yang dapat kita perhatikan bahawa negara New Zealand tidak menjadi bankrupt kerana memberi air percuma kepada rakyatnya.

Jelas sekali isu negara kebajikan berkaitan air telah dipolitikkan dan diniagakan sehingga menyebabkan rakyat dinafikan hak kebajikan mereka. Di New Zealand tidak ada pengerusi bekalan air yang dibayar gaji ratusan ribu sebulan atau jutaan ringgit setahun. 

Malah tidak ada negara di dunia ini yang membayar gaji pengerusi bekalan air beratus-ratus ribu sebulan dan apabila dicampur untuk setahun akan menjadi jutaan ringgit. Rakyat bukan membayar kos rawatan air tetapi membayar gaji pengerusi bekalan air.

Rakyat perlu ingat bahawa negara kebajikan adalah hak rakyat yang perlu ditunaikan tanggungjawab tersebut oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat. 

Jikalau makanan ruji rakyat New Zealand ialah beras, saya yakin kerajaan New Zealand akan memberi beras percuma kepada rakyatnya atau harga beras yang paling rendah supaya tidak menjadi beban pada rakyatnya. 

Sangkaan saya tidak meleset kerana pada hari ini tanggal 22/7/2011 kerajaan New Zealand telah mengumumkan harga susu segar dan cheese diturunkan di antara NZD$0.50 sehingga NZD$1.00 mengikut gred tertentu. Sudah tentu rakyat New Zealand sayang pada kerajaan mereka kerana menjaga kebajikan mereka.

(Masjid An-Nur yang terletak di Deans Avenue, Christchurch, New Zealand)

Mari kita bandingkan dengan negara kita. Harga barangan di negara kita selalu naik dan tidak pernah turun.

Kerajaan kita sibuk bermain politik, sibuk berada di mercu kuasa, sibuk menapis video lucah, sibuk mencari saksi dan bukti kes peguam, sibuk dengan publisiti memuji diri sendiri sehingga lupa kebajikan rakyat yang telah mereka janjikan dalam manifesto mereka dulu. Sudah tentu timbul perasaan benci rakyat terhadap kerajaan.

Perasaan benci tersebut bukan kerana dihasut fahaman politik dan bukan benci bersifat peribadi, Perasaan benci rakyat terhadap kerajaan ialah kerana mereka gagal melaksanakan tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat. 

Apabila kerajaan sibuk berada di mercu kuasa maka kelemahan diri tidak dapat dilihat lagi. Segala cermin yang ada di hadapan mereka tidak menunjukkan cacat cela.

Segala teguran rakyat terhadap mereka dianggap permusuhan. Mereka lupa bahawa cermin sebenar mereka ialah rakyat kerana mereka juga adalah rakyat. Jangan dikasari cermin itu kerana bimbang cermin itu akan pecah di mana kaca cermin itu akan melukakan diri sendiri. 

Salah seorang rakan saya telah meninggal dunia kerana menumbuk cermin dan urat darah dipergelangan tangan putus semasa ia menarik tumbukan keluar dari serpihan kaca yang pecah.

Aku Tuan Kamu Hamba

Semua rakyat menolak pelaksanaan negara kebajikan yang berasaskan semangat tuan dengan hamba di mana kerajaan mahu dihormati sebagai tuan serba pandai dan rakyat dilayan sebagai hamba serba bodoh dan jahil. 

Rakyat dilayan kerajaan seperti hamba di mana mereka dinafikan hak-hak yang dibenarkan Perlembagaan serta menganggap diri mereka mengetahui segala-galanya. Hanya mereka tidak mengaku diri mereka sebagai tuhan sahaja.

Tindak tanduk serta percakapan mereka menunjukkan hati dan jiwa mereka tidak ada sifat kasih sayang terhadap rakyat. Tidak mungkin seorang tuan akan memberi kasih sayang kepada seorang hamba. 

Mereka hanya mengaku bahawa mereka adalah hamba rakyat semasa kempen pilihanraya sahaja. Apabila telah menang pilihanraya dan diberi kuasa oleh rakyat maka pada waktu itu mereka akan memperhambakan rakyat demi kepentingan peribadi dan politik mereka.

Apabila kerajaan berjanji akan melaksanakan negara kebajikan atau telah melaksanakan negara kebajikan maka ingatlah bahawa lidah tidak bertulang. Negara kebajikan tidak akan wujud tanpa diiringi oleh perasaan kasih sayang di antara kerajaan dengan rakyat.

Publisiti: Kerajaan jadi macam artis

Apa yang menarik hati saya ialah kerajaan New Zealand tidak pernah membuat publisiti pada dunia tentang pelaksanaan dasar sebuah negara kebajikan. 

Mereka tidak bercakap banyak tapi bekerja memenuhi tanggungjawab terhadap rakyat sebagai sebuah kerajaan yang dipilih rakyat. Mereka bekerja memenuhi janji-janji dalam manifesto mereka. Masa bercakap telah tamat. Tiba pula masa bekerja.

Terbalik dengan negara kita di mana banyak bercakap kurang bekerja. Masa bercakap tidak ada titik tamat. Sangat rajin membuat publisiti seperti artis mempromosi album untuk meningkatkan jualan dan menang anugerah. 

Dunia tidak sedar pun bahawa kerajaan New Zealand sangat menjaga kebajikan rakyatnya serta sesiapa sahaja yang diterima sebagai pemastatutin di New Zealand. 

Kerajaan New Zealand tidak membuat publisiti kerana mereka sedar melaksanakan dasar negara kebajikan adalah tanggungjawab kerajaan.

Semasa pilihanraya kerajaan membentangkan manifesto sebagai janji untuk memenuhi tanggungjawab. Setelah dipilih menjadi kerajaan, maka menjadi tanggungjawab untuk melaksanakan manifesto tersebut. 

Sebagai contoh, tidak ada ibu-bapa yang membuat publisiti apabila melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga.

Tidak ada anak-anak yang membuat publisiti apabila melaksanakan tanggungjawab terhadap ibu-bapa. Begitu juga dengan suami yang melaksanakan tanggungjawab terhadap isteri atau sebaliknya. 

Publisiti tidak sesuai dalam urusan tanggungjawab. Malangnya, terdapat kerajaan yang tidak memahami konsep tanggungjawab.terhadap rakyat termasuk di negara kita sendiri.

Tanggungjawab mesti ditunaikan sama ada suka atau tidak. Tidak ada pilihan dalam menunaikan tanggungjawab. Tidak perlu buat publisiti dan tidak perlu minta dipuji. Kalau tidak mahu melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat maka tidak perlu menjadi kerajaan. 

Mesej ini amat difahami oleh ahli-ahli politik di New Zealand tetapi mungkin tidak begitu dihayati oleh ahli-ahli politik di tanahair.

Kerajaan bukan maharaja

Kerajaan juga adalah golongan rakyat yang dipilih rakyat dalam sistem pilihanraya. Maka rakyat yang telah dipilih menjadi kerajaan jangan lupa diri tentang status rakyat mereka dan tanggungjawab yang telah dijanjikan semasa berkempen. 

Rakyat memberi mereka undi kerana percaya mereka akan melaksanakan tanggungjawab bukan kerana suka-suka. Jangan pula lupa diri dan menganggap diri mereka sebagai maharaja paling berkuasa, membuat tafsiran hukum undang-undang demi kepentingan politik sendiri, menyalah guna instrument kuasa yang diberi rakyat kepada mereka atau menyakiti rakyat yang lain dengan apa jua cara sekali pun.

Kini negara kita telah dipalit noda dosa antara kerajaan dengan rakyat. Mereka lupa asal-usul bahawa mereka juga adalah rakyat dan bukannya maharaja berkuasa atau raja Bersiong. 

Cerita Raja Bersiong pun sebenarnya adalah sindiran rakyat kepada pemimpin yang lupa diri, menindas rakyat, mencederakan dan membunuh rakyat sendiri, Kalau kerajaan sudah menjadi seperti Raja Bersiong maka rakyat akan berada dalam kepayahan dan darurat.

Wujudnya Keturunan Raja Bersiong

Mengikut cerita hikayat, Raja Bersiong lupa diri dan lupa tanggungjawab terhadap rakyat sampai ke akhir hayatnya. Beliau tidak mahu mendengar nasihat rakyat kerana beliau menganggap rakyat adalah hamba yang bodoh lagi jahil. 

Raja Bersiong menangkap rakyatnya beramai-ramai untuk diambil darah sebagai hidangan istimewa. Ada yang cedera, ada yang separuh mati dan ada juga yang mati. 

Raja Bersiong melanggar hak asasi manusia tetapi pada zaman itu tidak ada undang-undang memelihara hak asasi manusia.

Pada zaman moden ini pun terdapat kerajaan yang mempunyai perangai sama seperti Raja Bersiong. Mereka melanggar hak asasi manusia di atas nama undang-undang. 

Kerajaan mencedera rakyat dan membunuh rakyat di atas nama perlembagaan dan perundangan. Mereka menghalalkan pertumpahan darah, bertindak kejam pada rakyat sendiri dan mengistihar perang ke atas rakyat sendiri.

Barangkali keturunan Raja Bersiong masih ada di negara kita kerana Raja Bersiong adalah cerita dari negara kita sendiri. Mungkin Raja Bersiong pun akan guna senapang, gas pemedih mata atau water cannon sekiranya teknologi tersebut ada pada waktu itu untuk memberhentikan kebangkitan dan kemarahan rakyat terhadapnya. 

Kalau Raja Bersiong ada mahkamah pada waktu itu mungkin dia akan menggunakan instrument perundangan untuk mengajar rakyat supaya takut untuk melawannya. Mungkin mahkamah Raja Bersiong akan dipenuhi kes-kes politik yang bertangguh kerana mencari bukti yang direkacipta olehnya sendiri.

Tidak mungkin kerajaan seperti Raja Bersiong akan berjaya melaksanakan negara kebajikan kerana dalam jiwanya tiada perasaan kasih sayang terhadap rakyat tetapi menganggap dirinya tuan yang serba pandai dan rakyat sebagai hamba bodoh lagi jahil. 

Akhirnya rakyat menghalau Raja Bersiong yang sempat melarikan diri entah ke mana. Jikalau negara kita terdapat kerajaan keturunan Raja Bersiong maka menjadi tanggungjawab kita semua untuk menghalau keturunan Raja Bersiong tersebut. Raja Bersiong dan keturunannya tidak layak menjadi kerajaan untuk negara kita yang tercinta.

Kebajikan Misi Nombor wahid kerajaan

Melaksanakan negara kebajikan adalah tanggungjawab kerajaan yang dipilih rakyat. Rakyat memilih kerajaan bukan untuk menembak gas pemedih mata ke arah mereka atau water cannon atau dibelasah dengan belantan atau disepak terajang atau di tampar tumbuk tetapi untuk menjaga kebajikan rakyat.

Pada kerajaan New Zealand kebajikan rakyat adalah misi nombor wahid mereka. Mereka menganggap kebajikan bukan sekadar memberi bantuan material tetapi merangkumi perlindungan, memberi promosi dan peningkatan taraf ekonomi serta kebahagiaan sosial setiap warga negara termasuk juga pelarian yang telah diberi status mastatutin atau sesiapa sahaja yang telah dianugerah status mastautin.

Kerajaan New Zealand percaya bahawa negara kebajikan mesti berasaskan prinsip peluang yang sama rata (equality of opportunity), agihan kekayaan negara secara sama rata (equitable distribution of wealth) dan tanggungjawab awam terhadap ahli masyarakat yang kurang bernasib baik.

(Hagley Park adalah taman rekreasi yang luas di tengah bandaraya Christchurch, New Zealand. Masjid An-Nur terletak di hadapan Hagley Park)

Proses kebajikan mungkin melibatkan sumber kewangan secara langsung dari tabung kewangan negara atau melalui perkhidmatan yang diberikan seperti perkhidmatan kesihatan dan pendidikan atau kedua-dua sekali.

Kebajikan di New Zealand melibatkan pemberian bantuan kewangan kepada individu yang memerlukan melalui sistem agihan cukai.

Menurut undang-undang sosial New Zealand, ibu-bapa mesti meluangkan masa untuk membawa anak-anak beriadah pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Jika tidak membawa anak-anak beriadah merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang. 

Pihak kerajaan tidak terus menguatkuasa undang-undang tersebut. Mereka memperkenalkan skim basikal percuma kepada setiap keluarga yang mempunyai anak-anak.

New Zealand beri basikal percuma

Pada mulanya agensi kebajikan kerajaan menghantar dua buah basikal percuma lengkap dengan helmet ke rumah saya untuk dua orang anak lelaki saya yang berusia 12 tahun dan 13 tahun. 

Basikal dan helmet untuk lelaki berbeza dengan basikal dan helmet untuk perempuan. Menjadi kesalahan jika lelaki mengguna basikal perempuan dan begitu juga sebaliknya. Dua hari kemudian mereka menghantar dua buah basikal lagi ke rumah saya. 

Rupa-rupanya mereka memberi basikal itu satu untuk saya sendiri dan satu lagi untuk isteri saya supaya dapat beriadah bersama-sama dengan anak-anak. Saya rasa terharu sangat menerima semua basikal percuma tersebut.

Setiap hari waktu subuh saya akan menaiki basikal tersebut ke masjid untuk berjemaah subuh. Saya tidak lagi menaiki kereta ke pusat bandar kerana lebih gemar menaiki basikal kesayangan saya itu. 

Setiap hari Sabtu dan Ahad seluruh ahli famili saya pasti ke Hagley Park untuk beriadah. Jikalau kerajaan New Zealand tidak memberi saya dan isteri basikal tentu kami tidak dapat mengejar kelajuan basikal tunggangan anak-anak.

Jangan kedekut dengan rakyat

Pemikiran kerajaan New Zealand tentang negara kebajikan melampau batas pemikiran kita kerana pemikiran mereka berasaskan kasih sayang dan bukannya publisiti politik semata-mata. Terkenang saya pada negara sendiri.

Semenjak zaman YM Tunku Abdul Rahman sehingga zaman YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, saya tidak pernah menerima sebuah basikal percuma pun dari kerajaan. Famili saya pun tidak pernah menerima basikal percuma dari mereka. 

Mungkin zaman YM Tunku Abdul Rahman adalah zaman kemiskinan. Kerajaan tidak mampu untuk menghadiah basikal kerana basikal pun mungkin tidak banyak pada waktu itu.

Zaman kebangkitan industri dan kekayaan ekonomi semasa era pemerintahan Dr. Mahathir pun saya tidak menerima basikal untuk tujuan kebajikan dan memupuk kasih sayang keluarga secara beriadah bersama-sama. Tidak ada sebuah basikal pun yang saya terima di zaman pemerintahan Tun Hussein Onn dan Pak Lah.

Barangkali idea memberi basikal kepada rakyat tidak pernah timbul dalam benak pemikiran mereka sebagai salah satu langkah kebajikan yang dapat memupuk perasaan kasih sayang sesama ahli keluarga sebagai unit penting dalam sebuah Negara yang mahu maju di masa hadapan. 

Saya pernah menderma basikal sebanyak 20 buah sempena Hari Keluarga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dahulu apabila diminta berbuat demikian oleh kakitangan DBKL. 

Mungkin kakitangan DBKL tersebut tersalah tempat meminta derma basikal untuk ahli keluarga kakitangannya kerana saya bukan badan kebajikan kerajaan dan saya bukan wakil rakyat kerajaan.

Barangkali Visi 2020 kerajaan dipenuhi publisiti minta dipuji dan angan-angan yang tidak realistik sehingga perkara yang realistik pun tidak mampu dilaksanakan demi kebajikan rakyat, Jika negara mampu membina kilang kereta sudah tentu negara mampu membina kilang basikal untuk rakyat. 

Isu basikal adalah isu kecil tetapi isu memupuk perasaan kasih sayang dalam keluarga adalah isu besar. Perasaan kasih sayang keluarga tidak cukup sekadar mendengar ceramah di RTM1 atau RTM2. 

Lagi pun siaran-siaran yang dipaparkan di RTM1 dan RTM2 tidak diminati rakyat kerana dipenuhi propaganda dan publisiti. Propaganda dan publisiti membuatkan rakyat muak untuk menonton rancangan di RTM1 dan RTM2. 

Lagi pun kualiti penerbitan rancangan di RTM perlu diperbaiki jika mahu berperanan secara berkesan dalam merealisasikan sebuah negara kebajikan.
Lebih memeranjatkan saya lagi ialah setiap tiga bulan agensi kebajikan New Zealand akan menghantar beberapa orang mekanik basikal untuk memperbaiki basikal rosak secara percuma. 

Alat ganti basikal yang rosak ditukar secara percuma. Kita boleh menukar basikal lain jika kita mahu. Agensi kebajikan akan memilih satu pusat komuniti untuk tujuan servis basikal. 

Maka pada hari tersebut ibu-bapa akan menjadi sibuk membawa basikal masing-masing untuk diperbaiki atau ditukar. Satu pesta yang sangat unik di Christchurch walau pun dilanda gempa bumi setiap hari.

Ternakan pastoral di Amberly

Musim sejuk New Zealand datang lagi. Pada waktu malam suhu boleh jatuh sehingga paras negatif tetapi yang anehnya tidak ada salji yang turun.

(Salji di Mt. Hutt dalam daerah Canterbury, New Zealand merupakan tempat tumpuan pelancong dari luar dan dalam negara)

Bumbung dan cermin kereta yang diletakkan dibahu jalan terdapat ais membeku tetapi bukan salji yang biasa saya lihat di benua Eropah. Barangkali musim sejuk di hemisfera selatan agak berbeza dari benua Eropah di hemisfera utara.

Saya memang suka melihat salji turun kerana ia membuat jiwa saya tenang memikirkan kebesaran Allah swt yang menurunkannya dari langit luas tiada bertiang tiada sempadan. 

Kerinduan saya terhadap salji terubat jua apabila kelihatan salji putih melitupi puncak-puncak gunung semasa saya dalam perjalanan ke Amberly di utara daerah Caterbury di New Zealand.

Saya ke Amberly untuk meninjau sistem ternakan ruminen iaitu haiwan ternakan makan rumput seperti kambing, lembu dan rusa. Ladang Amberly terbentang luas, indah dan kemas ditanam rumput berkualiti tinggi sebagai padang ragut ternakan ruminen. 

Penternak ruminen memberitahu saya bahawa rumput adalah makanan murah untuk ternakan ruminen. Menanam rumput sebagai sumber makanan ruminen hanya tinggi pada peringkat awalan tetapi akan menjadi semakin ekonomik pada jangka masa panjang. 

Menanam rumput berkualiti tinggi (pastoral) sebenarnya adalah input pertanian yang ekonomik untuk ternakan ruminen jangka panjang berbanding dengan sistem feedlot.

Kesannya ialah kos output pertanian akan menjadi rendah. Maka petani dapat menjual hasil pertanian di pasaran dengan harga yang rendah juga. 

Mekanisme inilah yang membuatkan bahan mentah makanan di New Zealand lebih murah dari Malaysia serta lebih segar dan berkualiti tinggi bertaraf dunia.

Apa yang menghairankan saya ialah negara kita mahu berjaya dalam industri ternakan dengan cara sistem feedlot. Lembu diberi makan dedak sawit dan daun sawit. 

Oleh kerana tidak ada pilihan maka lembu terpaksa makan dedak sawit atau daun sawit yang dihancurkan. Kaedah feedlot tidak sesuai dengan sifat lembu yang suka ragut rumput segar. 

Dalam konteks ini semua jenis ruminen gemar meragut rumput segar bukan makan dedak sawit, atau daun sawit yang dikisar atau rumput yang dipotong. Rumput yang dipotong cepat layu dan hilang kandungan airnya.

Jangan jadi hamba lembu kambing

Lagi pun haiwan ternakan kuat makan rumput. Setakat mana manusia mampu untuk melayan haiwan ternakan dengan memotong rumput setiap hari untuk dihidangkan pada ternakan di feedlot. 

Lebih baik membiarkan haiwan meragut sendiri rumput dari dihidang oleh penternak. Jangan jadi hamba lembu dan jangan jadi hamba kambing. 

Feedlot digunakan semasa peringkat akhir penternakan iaitu sebelum disembelih atau sebelum dijual.

Kesimpulan

Sebelum kerajaan memberi basikal percuma kepada rakyat untuk beriadah adalah lebih baik jika kerajaan membasmi masalah anjing liar dahulu. Rakyat New Zealand yang pernah melancong ke Malaysia kehairanan melihat begitu banyak anjing liar di Malaysia. Rakyat New Zealand memang suka anjing tetapi mereka tidak suka anjing liar. 

Mereka kehairanan mengapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menternak begitu banyak anjing liar. Salah seorang pelancong yang baru kembali dari Kuala Lumpur ingin kepastian dari saya adakah ternakan anjing liar di Malaysia termasuk dalam Wawasan 2020.

Dalam nada seloka saya memberitahu bahawa anjing-anjing tersebut akan digunakan oleh Kementerian Pertanian Malaysia untuk menjaga kambing, lembu dan rusa yang akan penuh di ladang-ladang Malaysia dalam masa terdekat. 

Barangkali rakan saya itu percaya kerana anjing memang digunakan di New Zealand untuk membantu petani mengawal haiwan ternakan.

---------------------------------------
Penulis kini tinggal di Chrischurch, New Zealand. Ini adalah tulisan kedua beliau tentang negara kebajikan ekoran tema muktamar PAS ke 57 Kearah Negara Berkebajikan. Beliau boleh dihubungi melalui ubaidi_script@yahoo.com.my

Part 1 - Kebajikan: Negeri Christchurch Ikut Islam.. M'sia?

Oleh Dr. Ubaidullah Mustaffa
Catatan Pengalaman: Christchurch Sebagai Contoh Negara Berkebajikan
Pengenalan

Saya dan keluarga tiba di New Zealand semasa musim luruh. Pada waktu itu cuaca tidak begitu sejuk lagi. Kerajaan New Zealand melalui agensi-agensi kebajikannya telah menemui saya di sebuah masjid di New Zealand untuk menghulur bantuan sebagai persiapan menghadapi musim sejuk.

Saya memberitahu mereka bahawa saya baru sahaja tiba dari Malaysia dan rumah saya kosong tanpa perabut, katil dan tiada peralatan dapur. Tiga hari kemudian badan kebajikan milik kerajaan New Zealand telah menghantar ke rumah saya satu set sofa ruang tamu, dua unit TV 24”, tiga unit pemanas rumah, empat katil dan tilam lengkap dengan cadar, bantal dan selimut, peti ais, micro-wave oven, pinggan mangkuk, sudu, pisau dan bermacam-macam lagi.

Tidak pun sampai seminggu rumah saya lengkap segala-galanya secara percuma pemberian kerajaan New Zealand. Mereka membantu manusia tanpa mengira bangsa atau agama.

Terkenang saya pada negara sendiri. Tidak pernah saya menerima bantuan dan layanan seperti itu walau pun di negara sendiri. Kerajaan kita banyak bercakap tentang konsep negara kebajikan tetapi pelaksanaannya mungkin tidak sama dengan konsep yang dicanangkan.

Elok juga kita mengkaji New Zealand sebagai salah satu model negara kebajikan terhadap rakyat. Oleh kerana New Zealand agak luas maka saya akan memilih bandaraya Christchurch sebagai contoh dalam perbincangan model negara kebajikan.
Christchurch

Christchurch adalah sebuah bandaraya terbesar di Pulau Selatan New Zealand dalam Daerah Canterbury. Jika dibandingkan dengan seluruh New Zealand Christchurch adalah bandaraya kedua paling ramai penghuni di New Zealand iaitu hampir 864 orang setiap kilometer persegi.

Perbualan saya dengan penduduk tempatan Christchurch mendapati kejadian gempa bumi bukan perkara biasa di sepanjang kehidupan mereka di Christchurch. Walau pun New Zealand berada dalam garisan lingkaran api bersama-sama dengan Indonesia dan Jepun tetapi Christchurch tidak pernah mengalami gempa bumi sehingga kejadian pertama gempa bumi pada bulan September 2010.

Bantuan kerajaan


Kerajaan New Zealand membantu secara konsisten setiap rakyat mereka yang ditimpa bencana gempa bumi. Mereka membina rumah-rumah di luar kawasan gempa bumi dan mempelawa rakyat mereka untuk menyewa dan terus membeli rumah-rumah tersebut dengan harga yang sangat berpatutan iaitu lebih rendah dari harga pasaran semasa.

Rancangan penempatan semula disusun dan dikawal dengan rapi. Tidak ada individu atau syarikat yang cuba mengambil kesempatan membuat keuntungan dengan menangguk di air keruh. Harga rumah akan melambung tinggi sekiranya terdapat ahli politik atau kroni mereka yang mendapat kontrak untuk membina rumah-rumah penempatan semula gempa bumi.

Mari kita perhatikan apa yang telah berlaku di negara kita semasa bencana tsunami dan banjir dahulu. Bantuan lambat sampai dan proses bantuan tidak konsisten. Bantuan yang dihulurkan berbentuk jangka pendek sahaja dan tidak menyeluruh. Kerajaan Malaysia menganggap bencana alam negeri-negeri di bawah pimpinan pembangkang bukan tanggungjawab mereka.

Kerajaan New Zealand sanggup melupakan segala perbezaan politik apabila menghadapi bencana alam. Kerajaan New Zealand sangat sayang setiap rakyat mereka tanpa megira ugama atau bangsa. Kewujudan perasaan kasih sayang ini adalah perbezaan besar di antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan New Zealand di dalam merealisasikan sebuah negara kebajikan.

Apabila wujud perasaan kasih sayang terhadap rakyat maka negara kebajikan akan diterjemahkan dalam setiap tindakan yang dibuat oleh kerajaan. Tanpa kasih sayang terhadap rakyat maka negara kebajikan hanya wujud sebagai konsep sahaja. Kerajaan akan menindas rakyat secara sah dari segi perlembagaan dan perundangan seperti mana di buat oleh penjajah semasa zaman penjajahan.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa masyarakat kita pada hari ini dijajah dan ditindas oleh rakyat negara kita sendiri yang telah dipilih melalui sistem pilihanraya. Setelah mereka diberi kuasa melalui pilihanraya mereka akan mula menjajah dan menindas rakyat yang telah memberi mereka kuasa. Sikap ini mungkin berlaku secara sedar atau tidak sedar atau kedua-duanya sekali. Maka perlu ada satu sistem check & balance supaya kerajaan yang dipilih tidak akan menjajah dan menindas rakyat mereka sendiri.

Pada 4 September 2010, Christchurch digegarkan oleh gempa bumi berukuran 7.1 iaitu hari Sabtu pukul 4.35 pagi waktu tempatan. Gempa bumi ini tidak menyebabkan kematian kerana pusat gempa adalah 40 km di luar bandaraya Christchurch, hanya kerosakan sistem paritan, paip air, jalanraya dan gangguan bekalan letrik sahaja.

Hospital Christchurch terpaksa menggunakan generator kerana bekalan letrik terputus pada waktu itu. Darurat dan perintah berkurung telah diistiharkan untuk menjaga keselamatan dan kerja-kerja pengosongan bangunan di sekitar bandaraya Christchurch. Lapangan terbang antarabangsa Christchurch ditutup sementara menanti pemeriksaan keselamatan jalan pendaratan dan perlepasan kapalterbang.

Dalam tempuh 48 jam selepas itu terdapat tiga lagi gempa bumi berukuran 5.2 berlaku di Christchurch. Mengikut pengalaman saya, gempa bumi 5.2 adalah cukup kuat untuk merasai seluruh rumah bergegar dan cukup kuat untuk mengejutkan saya sekeluarga dari tidur yang nyenyak.

Selalunya gempa bumi datang bersama-sama dengan bunyi yang kuat seperti bunyi keretapi kargo membawa muatan berat. Perbezaannya ialah bunyi gempa bumi amat menakutkan kerana bunyi itu dikaitkan dengan kebinasaan dan kematian. Jika gempa bumi lebih kuat berlaku kita akan terdengar bunyi letupan kuat seperti letupan bom berlaku serentak dengan gegaran bumi.

Gempa bumi yang berlaku beberapa saat mungkin tidak sempat meruntuhkan sebuah bangunan kuat, tetapi jika berlaku beberapa minit maka bahan binaan bangunan akan menjadi longgar dan runtuh. Kadang-kadang mentol lampu gugur dari siling ke lantai setelah beberapa hari gempa bumi berlaku.

Penduduk tempatan memberitahu saya, jika gempa bumi berlaku melebihi 10 saat, lebih baik mengajak ahli keluarga berlindung di bawah meja untuk mengelak dari ditimpa bahan binaan yang runtuh. Elok juga menyediakan lampu suluh selalu kerana jika bekalan letrik terputus, mangsa gempa bumi tidak tinggal dalam kegelapan. Saya tidak menyediakan lampu suluh kerana telefon bimbit saya memang mempunyai lampu suluh. Gempa bumi berukuran kecil selalu dapat dirasai di Christchurch.

Gempa kedua

Gempa bumi yang kedua berukuran 6.3 berlaku di Christchurch pada 22 Febuari 2011, jam 12.51 petang. Dari segi ukuran gempa bumi ini tidak sekuat gempa bumi pada bulan September 2010 iaitu 7.1 tetapi gempa bumi inilah yang banyak meragut nyawa serta memberi kerosakan yang teruk pada Christchurch.

Gempa bumi ini kena tepat pada pusat Bandar Christchurch dan sekaligus meranapkan pusat Bandar Christchurch yang menjadi pusat utama ekonomi dan pelancongan Christchurch. Yang tinggal hanyalah bandar-bandar kecil yang dahulunya menyokong bandaraya utama Christchurch seperti Riccarton, Tower Junction, Addington dan Bush Inn.

Gempa bumi ini kuat kerana pusat gempa bumi berlaku sangat dekat dengan bandaraya Christchurch iaitu di Lyttelton yang terletak hanya 10 km dari bandaraya Christchurch pada kedalaman hanya 5 km dalam perut bumi. Kesannya ialah gegaran yang sangat kuat sehingga menyebabkan bangunan runtuh menghempap dan menimbus manusia hidup-hidup.

Persatuan Islam

Persatuan Islam Canterbury yang berpusat di Masjid Annur menghulur bantuan tenaga dan wang ringgit untuk kerja-kerja menyelamat di tempat runtuhan. Kebetulan pula Masjid Annur terletak dalam kawasan pusat perdagangan utama Christchurch iaitu di Deans Avenue bersebelahan Hagley Park yang menjadi kebanggaan penduduk Christchurch.

Kalau penduduk di London berbangga dengan Hyde Park maka penduduk Christchurch sangat berbangga dengan Hagley Park. Kawasan Central Business District di Christchurch terletak dalam kawasan yang di kelilingi oleh Bealey Avenue, Fitzgerald Avenue, Moorhouse Avenue dan Deans Avenue.

Masjid Annur mempunyai tanah kosong lebih kurang setengah ekar yang dicadangkan untuk membangun bilik-bilik sewa untuk musafir Islam yang merantau ke Christchurch dan juga pusat pengajian Quran, Hadis dan Tahfiz. Setakat ini Masjid Annur sedang menanti sumbangan tempatan dan juga antarabangsa untuk membuat pembangunan tersebut.

Apa yang menarik dan istimewa ialah Masjid Annur memberi izin kepada mangsa gempa bumi untuk mendapat perlindungan di tanah kosong masjid dengan mendirikan khemah-khemah serta menyediakan makanan percuma pada mangsa. Harga makanan siap di Christchurch adalah agak mahal tetapi hasil sumbangan derma umat Islam Christchurch dan mereka masak sendiri untuk menjamu mangsa gempa bumi membuatkan kos makanan rendah serta ramai mangsa mendapat manfaat tanpa mengira ugama atau bangsa.

Namun begitu terdapat satu siaran TV swasta yang menyiarkan berita negatif tentang penganiayaan orang Arab Kristian di Mesir oleh orang Islam Arab Mesir. Terdapat juga pelekat kereta yang berbunyi PRAY FOR OUR CHRISTIAN BROTHERS IN EGYPT, yang menghasut orang ramai dengan menggunakan sentiment ugama.

Boleh dikatakan masyarakat New Zealand tidak gemar bermain sentimen ugama atau bangsa kerana kedua-dua sentimen ini boleh mencetus huru-hara dan pergaduhan. Kesannya ialah semua pihak akan rugi.
Tiada anjing liar

Saya dan keluarga dapat beriadah di Hagley Park tanpa perlu takut dikejar oleh anjing liar. Saya juga dapat berjalan kaki ke Masjid Annur awal pagi untuk berjemaah subuh tanpa perlu bimbang diserang hendap oleh kumpulan anjing liar. Apa yang saya perhatikan ialah Christchurch sangat menjaga keselamatan bandaraya Christchurch dari gangguan bahaya anjing liar. Tidak ada anjing liar walau pun seekor.

Keistimewaan bandaraya Christchurch ini tidak dapat kita nikmati di Malaysia. Walau pun mengalami bencana gempa bumi yang kuat tetapi masalah anjing liar masih dapat dibasmi terus.

Masalah anjing liar perlu dibasmikan kerana anjing liar adalah punca kepada penyakit anjing gila dan juga serangan merbahaya kepada manusia terutamanya kepada kanak-kanak. Boleh dikatakan hampir setiap taman perumahan di negara kita mempunyai masalah anjing liar yang tidak dibasmikan. Masalah anjing liar tidak boleh dikawal lagi tetapi perlu dibasmikan demi keselamatan awam. Kejayaan bandaraya Christchurch membasmi masalah anjing liar perlu dicontohi oleh setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara kita.

Kakitangan PBT yang terlibat dalam pembasmian anjing liar perlu dibawa ke bandaraya Christchurch untuk melihat sendiri dan merasai sendiri betapa aman dan damainya keadaan tanpa anjing liar berkeliaran. Barangkali selepas merasai sendiri betapa selamatnya suasana kehidupan tanpa bahaya anjing liar akan timbul sifat kesungguhan untuk membasmi anjing liar di kawasan PBT masing-masing.
Makanan murah

Walau pun harga makanan siap di Christchurch adalah mahal tetapi harga bahan mentah makanan masih murah jika dibandingkan dengan negara kita. Harga daging lembu dan kambing segar lagi berkualiti masih rendah dari harga di Malaysia. Segala jenis sayuran di Christchurch adalah segar dari ladang dan yang istimewanya ialah harga segala jenis sayuran adalah jauh lebih murah dari Malaysia. Bagaimanakah Christchurch dapat mengeluarkan bahan makanan yang murah berbanding dengan negara kita?

Jawapannya terletak kepada cara Christchurch mengeluarkan hasil pertanian. Christchurch tidak mengamalkan sistem feedlot untuk pengeluaran daging lembu dan daging kambing tetapi menggunakan sistem pertanian pastoral yang canggih.

Sistem feedlot yang menjadi pilihan kepada cara pengeluaran hasil ternak di Malaysia sebenarnya mempunyai kos yang tinggi berbanding dengan system pertanian pastoral. Sistem pastoral memberi makanan yang lebih asli, segar dan sihat kepada ternakan berbanding dengan makanan dalam sistem feedlot.

Masalah kekurangan keluasan tanah boleh diimbangi dengan menggunakan pastoral bermutu tinggi serta pengurusan pastoral yang berkesan. Penyelidikan pertanian yang telah saya lakukan di beberapa ladang dalam daerah Canterbury menggunakan kaedah yang sama dalam teknik pengeluaran hasil ternakan. Yang penting di sini ialah input pertanian mesti rendah supaya output yang dihasilkan tidak terhakis oleh input yang tinggi.

Selepas membuat beberapa penyelidikan pertanian di Christchurch saya dapati cara pengeluaran hasil ternakan di Malaysia perlu direvolusikan iaitu menukar dari cara feedlot kepada pastoral.

Infrastruktur feedlot yang sedia ada tidak perlu dirobohkan kerana masih boleh digunakan
walau pun kita menggunakan sistem pastoral. Saya sempat menimba ilmu dari petani Christchurch tentang cara-cara menyediakan tanaman pastoral dan pemilihan benih untuk pastoral yang bermutu tinggi. Mereka juga telah mencurahkan ilmu mereka kepada saya tentang pengurusan pastoral secara saintifik demi menghasilkan livestock yang bermutu tinggi dan kos pengeluarannya pula adalah murah.

Pertanian adalah punca ekonomi utama Christchurch dan juga seluruh New Zealand. Negara New Zealand maju dalam industri Agribusiness tanpa perlu slogan yang bukan-bukan oleh pihak kerajaan New Zealand. Industri agribusiness di Malaysia perlu kepada sebuah revolusi berasaskan ilmu yang digabungkan dengan keperluan amali serta tuntutan pasaran semasa.

Jika tidak harga bahan makanan akan terus meningkat seperti yang sedang berlaku sekarang di Malaysia. Apabila harga bahan makanan meningkat maka kerajaan sepatutnya mengkaji semula di mana salah silap serta membuat pembetulan dalam dasar pertanian negara. Jika sesat kembali ke pangkal jalan.

Musim sejuk


Christchurch terletak di hemisphera selatan bumi. Ini bermakna setiap tahun bulan Jun, Christchurch akan mengalami musim sejuk manakala negara-negara Eropah di hemisphera utara bumi sedang mengalami musim panas. Apabila musim sejuk tiba Masjid Annur akan menerima sumbangan baju sejuk dari orang ramai yang memerlukan baju sejuk percuma.

Segala jenis pakaian musim sejuk akan diletakkan dalam kotak tepi pintu keluar masjid. Sesiapa yang memerlukan pakaian boleh memilih untuk keperluan masing-masing. Selain dari pakaian terdapat juga umat Islam yang menyumbang buah tamar dan buah anggur untuk para Jemaah masjid.

Waktu subuh masuk pukul 6.15 pagi tetapi para Jemaah subuh menunaikan solat subuh jam 7.00 pagi. Masjid Annur penuh dengan para Jemaah subuh walau pun cuaca sangat sejuk dalam kegelapan pagi musim sejuk di Christchurch. Terdapat ramai pelajar Malaysia yang sedang mengikuti kursus perubatan ikut serta menjadi Jemaah sembahyang subuh di Masjid Annur. Selain dari itu terdapat juga ahli Jemaah subuh dari Somalia, Mesir, Afrika dan juga Singapura.

Harga kereta murah


Satu lagi perkara yang menarik di New Zealand ialah harga kereta yang sangat murah berbanding dengan negara kita Malaysia. Harga kereta akan menjadi mahal apabila kerajaan gagal mengawal harga kereta dalam pasaran. Kereta merupakan keperluan rakyat dan bukan barang mewah. Setiap rakyat memerlukan kenderaan untuk bergerak.

Kerajaan New Zealand menyedari hakikat ini lantas mengawal harga kenderaan supaya semua rakyatnya mampu membeli kenderaan. Kesannya ialah rakyat New Zealand jarang-jarang menjadi penghutang bank untuk membeli kereta kerana mereka mampu membeli kereta secara tunai.

Ramai pelajar Malaysia di New Zealand telah membeli kereta secara tunai. Mereka dapat pergi belajar di Universiti dengan selesa serta mengatur jadual waktu pengajian dengan lebih berkesan. Malangnya, apabila mereka kembali ke Malaysia kelak mereka pasti akan terjebak dengan masalah harga kereta yang mahal di Malaysia serta terpaksa berhutang dengan institusi kewangan untuk membeli kereta. Mereka akan dibebani hutang membeli kereta selama 5 tahun hingga 7 tahun. Jelas sekali negara kita Malaysia di bawah pimpinan kerajaan BN gagal untuk menangani isu harga kereta yang melambung tinggi.

Kerajaan sedia ditegur
Satu lagi perbezaan yang ketara ialah kerajaan New Zealand bersedia menerima teguran dari rakyat. Mereka amat mengalu-alukan teguran dan pendapat rakyat. Kerajaan New Zealand tidak pernah ugut rakyat mereka untuk ditahan polis atau dikenakan tindakan undang-undang.

Kerajaan New Zealand tidak menggunakan instrument kerajaan untuk membalas dendam terhadap rakyat atau mengajar rakyat. Demonstrasi jalanan berlaku juga di Auckland dan Christchurch tetapi kerajaan New Zealand melayan petunjuk perasaan dengan baik. Tidak ada petunjuk perasaan ditembak gas pemedih mata atau water cannon.

Tidak ada peperangan antara kerajaan dengan rakyat. Kerajaan New Zealand sangat menghormati perasaan seluruh rakyat mereka. Alangkah baiknya jika kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencontohi sikap murni ini. Sikap murni ini dapat menjalin kasih sayang antara kerajaan dengan rakyat dan bukan permusuhan atau dendam kesumat. Perlu diingat bahawa anggota kerajaan juga adalah rakyat dan rakyat yang memilih mereka menjadi anggota kerajaan. Perhubungan antara kerajaan dan rakyat perlu berasaskan kasih sayang dan bukan perundangan semata-mata.

Kesimpulan


Christchurch adalah sebuah bandaraya yang agak malang kerana dilanda bencana gempa bumi. Walau pun begitu rakyatnya cepat bangun dari runtuhan gempa bumi untuk meneruskan kehidupan. Sekarang ini Majlis Bandaraya Christchurch sedang mengedarkan risalah pada semua penduduk Christchurch meminta pandangan dan maklumbalas terhadap pembinaan bandaraya baru Christchurch. Mereka meminta pandangan dari rakyat mereka untuk mengetahui apa yang rakyat mahu ada dalam bandaraya baru yang bakal dibina tidak lama lagi.

Mereka menghadapi bencana dalam kata sepakat dan kerjasama yang sangat indah untuk bangun semula membina kehidupan baru. Mereka faham bahawa dalam runtuhan gempa bumi itu ada rahmat dan peluang yang sedang menanti mereka. Rahmat dan peluang akan datang ke Christchurch bagi mereka yang sabar dan bijak membina peluang selepas runtuhan gempa bumi.

Kerajaan New Zealand melibatkan rakyat dalam proses pembangunan negara dan mereka tidak memaksa rakyat menerima pembangunan ciptaan kerajaan semata-mata. Penglibatan rakyat diperlukan kerana rakyat adalah pelanggan utama kerajaan. Penglibatan rakyat secara menyeluruh sebenarnya adalah salah satu resipi utama di dalam mewujudkan sebuah negara kebajikan.

Semasa Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri dahulu beliau melibatkan rakyat semasa melancarkan projek Proton Saga sebagai kereta buatan Malaysia walau pun semua rakyat Malaysia tahu bahawa kereta buatan Malaysia hanya gimik pada nama sahaja. Rakyat Malaysia sangat gembira melibatkan diri dengan pertandingan memberi nama pada kereta tersebut.

Setelah itu Dr. Mahathir membina Putrajaya tanpa penglibatan rakyat. Maka berlaku penolakkan oleh rakyat sebagai projek membazir dengan tuduhan untuk kenyangkan para krooni dan ahli-ahli politik yang menyokong kerajaan. Tuduhan tersebut mungkin benar dan mungkin tidak benar tetapi kebarangkalian tetap wujud dalam mana-mana projek pembangunan. Lebih-lebih lagi rakyat melihat ahli-ahli politik penyokong kerajaan menjadi kaya raya dalam sekelip mata.

Hampir semua kerajaan di dunia ini akan mencanangkan konsep negara kebajikan sebagai modal kempen politik untuk menang pilihanraya tetapi rakyat akan menilai siapa yang mempunyai kasih sayang dan keikhlasan jiwa untuk melaksanakan konsep negara kebajikan.

Rakyat akan menilai sejauh manakah kerajaan Malaysia yang memimpin negara sekarang benar-benar jujur dalam pelaksanaan negara kebajikan. Rakyat sudah muak mendengar janji manis dan mahu melihat perubahan yang relevan ke arah pembinaan negara kebajikan demi faedah rakyat bersama.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Negara Islam adalah sebuah negara kebajikan. Negara yang mementngkan kebajikan rakyatnya. Lihat pemerintahn di zaman Khalifah Ar-Rasyidin. Kalau negara orang bukan Islam mengambil ciri-ciri kebajikan dalam negaranya bererti ia ikut Islam dan mengambil manfaat dari kebaikan yang ada dalam Islam. Malang bagi negara orang Islam yang tidak memanfaatkan kebaikan Islam untuk rakyatnya. Termasuk Malaysia...

PENULIS

Penulis kini tinggal di Christchurch, New Zealand. Beliau boleh dihubungi melalui email ubaidi_script@yahoo.com.my. (IH)


Rahsia senyum Rasulullah

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjUA8Tu4Pe0XjmvZEOpRTPAxtU1nkToFBdoz8_AijxLQVAaezksGrFdTiQu_vB2gBAH3tdHY0dggdQ-IH5yUPSkprX9U3ZCJ86DgmySEZY5-kQLCkquSXfxjFZkiTCVG1lJAcyyvL1WzTA/s400/senyum2.jpg
Ketika anda membuka lembaran sirah kehidupan Muhammad saw., anda tidak akan pernah berhenti kagum melihat kemuliaan dan kebesaran peribadi beliau saw. Sisi kebesaran itu kelihatan dari sikap seimbang dan selaras dalam setiap perilakunya, sikap beliau dalam menggunakan segala media untuk meluluhkan kalbu setiap orang dalam setiap kesempatan.

Media paling besar yang dilakukan Muhammad saw. dalam dakwah dan perilaku beliau adalah, gerakan yang tidak memerlukan kos yang besar, tidak memerlukan tenaga berlebihan, meluncur dari bibir untuk seterusnya masuk ke lubuk hati yang sangat dalam.

Jangan anda tanyakan keberkesanannya dalam mempengaruhi akal fikiran, menghilangkan kesedihan, membersihkan jiwa, menghancurkan tembok penghalang di antara anak manusia!. Itulah ketulusan yang mengalir dari dua bibir yang bersih, itulah senyuman!

Itulah senyuman yang dicatat dalam Al Qur’an tentang kisah Nabi Sulaiman as, ketika Ia berkata kepada seekor semut,

“Maka dia tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: “Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; Dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh”. An Naml:19
Senyuman itulah yang sentiasa keluar dari bibir mulia Muhammad saw., dalam setiap perilakunya. Beliau tersenyum ketika bertemu dengan sahabatnya. Semasa beliau menahan amarah atau ketika beliau berada di majlis peradilan sekalipun.

Diriwayatkan dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata, “Sejak aku masuk Islam, Rasulullah saw tidak pernah menghindari dariku. Dan beliau tidak melihatku kecuali beliau pasti tersenyum kepadaku.”

Suatu ketika Muhammad saw. didatangi seorang Arab Badwi, dengan serta merta ia berlaku kasar dengan menarik selendang Muhammad saw., sehingga leher beliau membekas merah. Orang Badwi itu bersuara keras, “Wahai Muhammad, perintahkan sahabatmu memberikan harta dari Baitul Maal! Muhammad saw. menoleh kepadanya lalu tersenyum. Kemudian beliau menyuruh sahabatnya memberi harta dari baitul maal kepadanya.”

Ketika beliau memberi hukuman keras terhadap orang-orang yang terlambat dan tidak ikut serta dalam perang Tabuk, beliau masih tersenyum mendengarkan alasan mereka.
Ka’ab ra. berkata setelah mengungkapkan alasan orang-orang munafik dan sumpah palsu mereka:
“Saya mendatangi Muhammad saw., ketika saya mengucapkan salam kepadanya, beliau tersenyum, senyuman orang yang marah. Kemudian beliau berkata, “Kemari. Maka saya mendekati beliau dan duduk di depan beliau.”

Suatu ketika Muhammad saw. melintasi masjid yang di dalamnya ada beberapa sahabat yang sedang membicarakan masalah-masalah jahiliyah terdahulu, beliau lewat dan tersenyum kepada mereka.

Beliau tersenyum dari bibir yang lembut, mulia nan suci, sampai akhir detik-detik hayat beliau.
Anas bin Malik berkata diriwayatkan dalam sahih Bukhari dan Muslim, “Ketika kaum muslimin berada dalam solat subuh, di hari Isnin, sedangkan Abu Bakar menjadi imam mereka, ketika itu mereka dikejutkan oleh Muhammad saw. yang membuka hijab bilik Aisyah. Beliau melihat kaum muslimin sedang dalam shaf shalat, kemudian beliau tersenyum kepada mereka!”

Sehingga tidak menghairankan beliau mampu meluluhkan kalbu sahabat-sahabatnya, isteri-isterinya dan setiap orang yang berjumpa dengannya!

Menyentuh Hati

Muhammad saw. telah meluluhkan hati siapa saja dengan senyuman. Beliau mampu “menyihir” hati dengan senyuman. Beliau menumbuhkan harapan dengan senyuman. 
Beliau mampu menghilangkan sikap keras hati dengan senyuman. Dan beliau saw. mensunnahkan dan memerintahkan umatnya agar menghiasi diri dengan akhlak mulia ini. 
Bahkan beliau menjadikan senyuman sebagai tempat berlumba dalam kebaikan. Rasulullah saw. bersabda,
“Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.” At Tirmidzi dalam sahihnya.

Meskipun sudah sangat jelas dan terang petunjuk Nabi dan praktik beliau secara terus ini, namun anda masih banyak melihat sebahagian manusia masih berlaku keras terhadap anggota keluarganya, tehadap rumah tangganya dengan tidak melebarkan senyuman dari bibirnya dan dari ketulusan hatinya.

Anda merasakan bahawa sebahagian manusia -kerana bersikap marah dan muka masam- mengira bahawa giginya bahagian dari aurat yang harus ditutupi! Di mana mereka di depan petunjuk Nabi yang agung ini! Sungguh jauh mereka dari contoh Nabi muhammad saw.!

Ya, kadang anda melepasi jam-jam anda dengan dirundung duka, atau disibukkan beragam pekerjaan, akan tetapi anda selalu bermuka masam, marah dan menahan senyuman yang merupakan sedekah, maka demi Allah, ini adalah perilaku keras hati, yang semestinya tidak terjadi. Wal iyadzubillah.

Pengaruh Senyum

Sebahagian manusia ketika berbicara tentang senyuman, mengaitkan dengan pengaruh psikologi terhadap orang yang tersenyum. Namun, seorang muslim memandang hal ini dengan kaca mata lain, iaitu kaca mata ibadah, bahawa tersenyum adalah bahagian dari mencontohi Nabi saw. yang disunnahkan dan bernilai ibadah.

Para pakar dari kalangan muslim mahup un non muslim melihat seuntai senyuman sangat besar pengaruhnya.

Dale Carnegie dalam bukunya yang terkenal, “Bagaimana Anda Mendapatkan Teman dan Mempengaruhi Manusia” menceritakan:

“Wajah merupakan cermin yang tepat bagi perasaan hati seseorang. Wajah yang ceria, penuh senyuman semulajadi, senyum tulus adalah sebaik-baik media memperolehi teman dan kerja sama dengan pihak lain. Senyum lebih berharga dibanding sebuah pemberian yang dihadiahkan seorang lelaki. Dan lebih menarik dari lipstik dan bedak yang melekat di wajah seorang wanita. Senyum bukti cinta tulus dan persahabatan yang murni.”

Ia meneruskan, “Saya minta setiap mahasiswa saya untuk tersenyum kepada orang tertentu sekali setiap bandarnya. Salah seorang mahasiswa datang bertemu dengan peniaga, ia berkata kepadanya, “Saya pilih tersenyum kepada isteriku, ia tidak tahu sama sekali perihal ini. 
Hasilnya adalah saya menemui kebahagiaan baru yang sebelumnya tidak saya rasakan sepanjang akhir tahun-tahun ini. Yang demikian menjadikan saya senang tersenyum setiap kali bertemu dengan orang. 
Setiap orang membalas penghormatan kepada saya dan bersegera melaksanakan khidmat -pelayanan- kepada saya. Kerana itu saya merasakan hidup lebih ceria dan lebih mudah.”

Kegembiraan meluap ketika Carnegie menambahkan, “Ingatlah, bahawa senyum tidak memerlukan kos sedikitpun, malah membawa kesan yang luar biasa. Tidak akan menjadi miskin orang yang memberinya, justeru akan menambah kaya bagi orang yang mendapatkannya. Senyum juga tidak memerlukan waktu yang berlarutan, namun membekas kekal dalam ingatan sampai akhir hayat. Tidak ada seorang fakir yang tidak memilikinya, dan tidak ada seorang kaya pun yang tidak memerlukannya.”

Betapa kita sangat memerlukan sosialisasi dan penyedaran petunjuk Nabi yang mulia ini kepada umat. Dengan niat taqarrub ilallah -pendekatan diri kepada Allah swt.- lewat senyuman, dimulai dari diri kita, rumah kita, bersama isteri-isteri kita, anak-anak kita, teman sepejabat kita. Dan kita tidak pernah merasa rugi sedikit pun! Bahkan kita akan rugi, rugi dunia dan agama, ketika kita menahan senyuman, menahan sedekah ini, dengan selalu bermuka masam dan marah dalam kehidupan.

Pengalaman membuktikan bahawa kesan positif dan efektif dari senyuman, iaitu senyuman menjadi pendahuluan ketika hendak meluruskan orang yang keliru, dan menjadi muqaddimah ketika mengingkari yang munkar.

Orang yang selalu masam tidak mensengsarakan kecuali dirinya sendiri. Bermuka masam bererti mengharamkan menikmati dunia ini. Dan bagi siapa sahaja yang mahu menebar senyum, selamanya ia akan senang dan gembira. Allahu a’lam. Situslakalaka

Pemimpin yang dicari dan dirindui

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjnORov92z84tcx-A7xySok3bDO3qP6Dhri7oeCHYY0RnH3DR7iCWwajIMKLIc146E6qqHLm4Mnv7w0GBr5rnOrGzeIXmpPpngQciByeRuojrUamLMXzgERyPybbgm9fakbQIG7mm3Vvrk/s1600/MuhammadurRasulullah-1.jpg
Suatu ketika Rasulullah S.A.W bersama para sahabat selesai melaksanakan solat berjemaah, Umar bin Khattab yang berada di saf depan berasa terganggu fikirannya. 

Setiap gerakan Rasulullah S.A.W di depan para sahabat terasa berat dan sukar. Terdengar bunyi seolah sendi baginda saling bergesel antara satu sama lain. Solat kali ini terasa lebih lama dari biasa.

Selepas solat, Umar R.A yang begitu khuatir dengan keadaan Rasulullah mendatangi baginda. Dengan hati-hati Umar duduk di sisi beliau dan serta-merta beliau sambut dengan senyuman. 
 
“Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah engkau sedang menanggung penderitaan yang sangat berat, sakitkah engkau, ya Rasul?” tanya Umar. 
 
Rasulullah S.A.W tersenyum sambil menggeleng, “Tidak wahai Umar, alhamdulilah aku sihat.”

“Mengapa setiap kali engkau menggerakkan tubuhmu, kami mendengar seolah-olah sendi tubuhmu saling bergeselan? Kami yakin engkau sedang sakit wahai Rasul.” Meskipun keadaannya agak lemah dan agak pucat, Rasulullah S.A.W tetap tersenyum.

Kerana jawapan “tidak” atau “aku baik-baik saja”, baginda rasakan sudah tidak cukup lagi, lalu Rasulullah S.A.W mengangkat jubahnya hingga ke bahagian perut. Seketika Umar dan sahabat terperanjat. 
 
Kelihatan perut baginda begitu kempis, perut itu dililit oleh kain yang berisi batu kerikil. Kerikil-kerikil ini yang menimbulkan bunyi ketika mengimami solat.

“Ya Rasul,” suara Umar bergetar oleh rasa hiba dan penyesalan, “Apakah jika engkau mengatakan engkau sedang lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan menyediakan dan menyiapkannya untuk engkau?”

Baginda menutup kembali perutnya dengan jubahnya seraya menatap Umar “Tidak, ya Umar. Aku tahu, apa pun kalian akan korbankan demi aku, akan tetapi apa yang akan aku katakan di hadapan Allah nanti jika sebagai pemimpin aku menjadi beban bagi umatku?”

Baginda mengedarkan pandangan kepada para sahabatnya yang lain seraya berkata, “Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah dari Allah untukku agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia, terlebih di akhirat.”

———————

Subhanallah, siapa pun yang mendengar kalimat baginda akan terdiam seketika, ada yang menangis, teresak dan terharu. Maha suci Allah yang telah mengutus seorang pemimpin yang begitu mulia akhlak dan perkataannya. 
 
Alangkah rindunya kita kepada pemimpin sebijaksana baginda yang tidak mahu membebani umatnya. Kelak pemimpin seperti inilah yang akan dinaungi oleh naungan Allah pada masa tidak ada naungan selain dariNya.Pendrive Hitam


Hari Raya Idul Fitri : Makna dan keutamaannya

 http://salafytobat.files.wordpress.com/2010/08/taqabbal.jpg?w=300
Rasulullah.saw bersabda : “Puasa dan Al-Qur'an akan memberi syafaat bagi hamba pada hari kiamat. Puasa berkata, 'Ya Rabbi, aku mencegahnya makanan dan syahwat, maka berilah aku syafaat kerananya.' Al-Qur'an berkata, 'Aku mencegahnya tidur pada malam hari, maka berilah aku syafaat kerananya'. Beliau bersabda, 'Maka keduanya diberi syafaat',” (Diriwayatkan Ahmad)

Ketika mendengar kata Idul Fitri, tentu dalam benak setiap orang yang ada adalah kebahagiaan dan kemenangan. Dimana pada hari itu, semua manusia merasa gembira dan senang kerana telah melaksanakan ibadah puasa sebulan penuh.

Dalam Idul Fitri juga ditandai dengan adanya ”(balik kampung)” yang notabene hanya ada di Malaysia Selain itu, hari raya Idul Fitri juga kerap ditandai dengan hampir 90% mereka memakai sesuatu yang baru, mulai dari pakaian baru, kasut baru, motor baru, kereta baru, atau malah isteri baru (bagi yang baru berkahwintentunya...). 
Maklum sahaja kerana pusingan wang terbesar ada pada masa Lebaran. Kalau sudah demikian, bagaimana sebenarnya makna dari Idul Fitri itu sendiri. Apakah Idul Fitri cukup ditandai dengan sesuatu yang baru, atau dengan balik kampunguntuk bersilaturrahim kepada sanak saudara dan kaum keluarga?.


Idul Fitri, ya suatu hari raya yang dirayakan setelah umat Islam melaksanakan ibadah puasa Ramadhan satu bulan penuh. Dinamakan Idul Fitri kerana manusia pada hari itu laksana seorang bayi yang baru keluar dari dalam kandungan yang tidak mempunyai dosa dan salah.


Idul Fitri juga diertikan dengan kembali ke fitrah (awal kejadian). Dalam erti mulai hari itu dan seterusnya, diharapkan kita semua kembali pada fitrah. Di mana pada awal kejadian, semua manusia dalam keadaan mengakui bahawa Allah adalah satu-satunya Tuhan. 
Dalam istilah sekarang ini dikenali dengan ”Perjanjian Primordial” sebuah perjanjian antara manusia dengan Allah yang berisi pengakuan ketuhanan.
Allah.swt berfirman :

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ

"(Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhan-mu?” Mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi”. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lalai terhadap ini (keesaan Tuhan)”)"
. (al-A’raf  7 :172)

Seiring dengan perkembangan itu sendiri, banyak di antara manusia dalam perjalanan hidupnya yang melupakan Allah serta telah melakukan dosa dan salah kepada Allah dan kepada sesama manusia. 
Untuk itu, memahami kembali makna Idul Fitri (kembali ke fitrah) dengan membina semula pengabdian hanya kepada Allah adalah sebuah keharusan sehingga kita semua dapat menjadi hamba-hamba muttaqin dan hamba yang tidak mempunyai dosa. Dosa kepada Allah terhapus dengan jalan bertaubat dan dosa kepada sesama manusia dapat terhapus dengan silaturrahim.

Idul Fitri
atau kembali ke fitrah akan sempurna tatkala terhapusnya dosa kita kepada Allah diikuti dengan terhapusnya dosa kita kepada sesama manusia. Terhapusnya dosa kepada sesama manusia dengan jalan kita memohon maaf dan memaafkan orang lain.

(Dari al-Hasan bin Ali dan Muhammad bin al-Mutawakkil keduanya dari Abd al-Razaq dari al-Ma’mar dari al-Hasan dan Malik bin Anas dari al-Zuhri dari Abi Salamah dari Abi Hurairah berkata bahawa Rasulullah SAW senang melaksanakan
Qiyam Ramadhan (Tarawih) walaupun tidak mewajibkannya. 
Kemudian bersabda : ”Barangsiapa melaksanakan Qiyam ramadhan (tarawih) kerana Allah dan mencari pahala dari Allah akan diampuni dosanya yang telah lalu". Kemudian Rasulullah wafat, sedang masalah Qiyam Ramadhan tetap seperti sediakala pada pemerintahan Sayyidina Abu Bakar.ra dan pada awal pemerintahan Sayyidina Umar bin Khattab.ra).

(Dari Muhammad bin Salam dari Muhammad bin Faudhail dari Yahya bin Sa’id dari Abi Salamah dari Abi Hurairah berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda :
"Barangsiapa yang berpuasa pada bulan ramadhan dengan kepercayaan bahawa perintah puasa itu dari Allah dan hanya mengharap pahala dari Allah akan diampuni dosanya").

Dosa merupakan catatan keburukan di sisi Allah yang telah dilakukan oleh setiap manusia kerana mereka tidak menjalankan perintah atau kerana mereka melanggar larangan Allah dan RasulNya.


Bulan Ramadhan merupakan bulan khusus yang dikhususkan Allah untuk Umat Islam. Di bulan ini terdapat maghfirah, rahmah dan itqun minan nar. Selain itu, bulan Ramadhan juga menjadi sarana umat manusia untuk memohon dan meminta pengampunan dari Allah dengan jalan melaksanakan ibadah puasa dan solat tarawih


Syeikh Abdul Qadir al-Jailany
dalam al-Gunyah-nya berpendapat, merayakan Idul Fitri tidak harus dengan baju baru, tapi jadikanlah Idul fitri pesta tasyakur, refleksi diri untuk kembali mendekatkan diri pada Alah Swt. Masa mengasah kepekaan sosial kita. 
Ada suasana lain yang harus kita amati, betapa di masa kita berbahagia , saudara-saudara kita di tempat-tempat lain masih banyak menangis menahan lapar. Bersyukurlah kita!Syiar Islam