Tulahan : Jangan kata Gobala, wakil rakyat PAS pun sama juga

Salam,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjUbDH8CrT5jBKjfDrjK9wHS2GgK9SAsQcb41FbYxcuz5M9Zzo1uQ8awGu9etk-EFIgaDArA68JmEcLBsuZgOgWEZyGSf19Ie2a6qnT5Xb9rMaujkk4NlzVPPKFirZp6IqDmLOanV9yxK6E/s400/rasuah85%25.jpg

Bersembang dengan orang atas pagar di kampung tidak sama bersembang dengan orang atas pagar berpengetahuan. Itulah kesimpulan penulis apabila diajukan dengan persoalan yang penulis sendiri sukar menjawabnya.

Apabila seorang kawan yang nampak neutral tetapi kritikal terhadap parti pemerintah dan pembangkang di Malaysia. Isunya yang dibincangkan mengenai kemampuan Gobala membeli tanah berharga RM 1.4 juta di Kelantan.

Penulis mengharap kawan berkenaan memberi respon yang positif terhadap tindakan Saifuddin mendedahkan perkara berkenaan . Penulis beritahu yang penulis tidak yakin SPRM akan siasat Gobala kerana Gobala sudah menyebelahi BN dengan mengambil contoh ADUN Kulim yang cuba dibeli.

Namun jawapannya , "sama sahaja SPRM ka, Umno ka, PAS ka. Jangan kata Gobala, wakil rakyat PAS pun sama juga". Tersentak penulis kerana sebut nama PAS . Penulis tanya apa yang sama? dia kata baru-baru ini ada laporan oleh Fauzi Muda kepada SPRM mengenai kewangan luar kemampuan pemimpin PR di Perak.

Kawan ini berkata, ada pemimpin PAS Perak yang lepas jadi wakil rakyat boleh pakai kereta mewah, ambil duit mana? bila sakit boleh duduk hospital swasta berhari-hari , ambil duit mana?.

Penulis tanya dia ada bukti ka, dia kata dia baca banyak blog , twitter, fb bukan pembangkang sahaja. Penulis kata mungkin wakil rakyat PAS itu dah memang banyak duit sebelum jadi wakil rakyat.

Kawan ini berkata, "itulah kau sama macam pemimpin PAS yang lain, kau sepatutnya pi la bagi tahu pemimpin tinggi PAS siasat wakil rakyat tu bukan dok pertahan saja, kau kata kat Umno sedangkan PAS pun sama macam Umno lindungi pemimpin yang seleweng"

 
Kawan penulis kata lagi, " Setakat nak dapat salinan bil hospital, resit kereta, resit bank semua tu dalam tangan Umno, jangan bila mai pilihanraya esok baru kelam kabut nak jawab" . Penulis kata, nanti penulis siasat. Lepas tu sembang bab lain pula.

Balik rumah penulis cari google nak tengok semula berita tentang dakwaan Fauzi Muda itu dan berjumpa di sini

Memang Fauzi Muda ada buat dakwaan beberapa pemimpin terbabit boleh beli rumah, boleh pakai kereta mewah, boleh duduk hospital swasta sedangkan dulu susah.

Penulis rasa tak senang hati bila ada kawan yang jauh duduk di luar negara boleh tahu berita politik Malaysia dan buat perbandingan macam tu. Mungkin dia ada maklumat dari blog tertentu, mungkin kawan-kawan Umno di Malaysia yang bagi maklumat.

Penulis rasa bukan dia sahaja yang berpandangan demikian , ramai lagi generasi muda yang banyak maklumat mempunyai pandangan sedemikian. Mengapa , PAS tidak ambil tindakan kepada pemimpin yang terbukti berbelanja di luar kemampuan. Tidakkah sama sahaja macam Umno.

PAS Perak kena siasat siapa wakil rakyatnya yang berkemampuan memiliki kereta mewah , boleh beli rumah baru, boleh membayar hospital swasta selama berhari-hari . Itu yang diberitahu , siasat juga kemewahan berbelanja wakil rakyat PAS yang berada dalam gengaman Umno tapi masih belum didedahkan.

Sepatutnya pimpinan PAS terutama di Perak lebih mengetahui tentang wakil rakyat PAS yang didakwa ini kerana mereka bersama pimpinan PR memegang tampuk pemerintahan. Tentulah mereka lebih tahu dari ahli di luar.

Rakyat sedang menilai ketelusan PAS dalam menangani isu pemimpin bermasalah. Usaha melindungi pemimpin PAS bermasalah hanya akan menghakis keyakinan rakyat terhadap ketelusan PAS.

Kena ingat bukan semua rakyat duduk di kampung, generasi muda mempunyai banyak maklumat termasuk mengenai pemimpin PAS. Pimpinan PAS boleh sahaja berkata, biar SPRM siasat kalau salah, salahlah.

Tapi jika mereka sendiri mengetahui tingkah laku pemimpin PAS bermasalah namun masih membiarkan tanpa tindakan. Tiada tindakan kerana nak menjaga imej parti, tiada tindakan kerana pemimpin ini dikenali. Bagi penulis samalah dengan jawapan Umno melindungi pemimpinnya yang bermasalah.

Penulis memang tertekan sama ada hendak menulis atau tidak tetapi penulis dah simpan lama sehinggalah perasaan mendesak untuk menulis bila mendengar hujah kawan di sini. Biarlah ada yang akan marah penulis kerana bagi penulis jika tak menulis begini akan ramai lagi pemimpin PAS yang berani menyeleweng dari perjuangan.

Laporan Fauzi Muda sudah berada di tangan SPRM dan penulis yakin laporan lengkap itu ada bersama Umno. Memang penulis pun pada asalnya tak ambil hirau tentang laporan berkenaan. Tapi bila ada kawan atas pagar bercakap demikian, penulis rasa Umno sudah ada senjata untuk menyerang PR di Perak.

Malah senjata itu disimpan dan hanya akan dikeluarkan apabila tiba hari pilihanraya. Bak kata kawan penulis, bukan payah untuk Umno dapatkan laporan dari bank, dari pemaju perumahan, dari syarikat kereta, dari hospital swasta.

Bagi penulis kemenangan PAS dalam PRU ke 13 nanti bukan sahaja bergantung kepada gerak kerja tetapi juga tarbiyyah. Bukan mudah untuk dapat kemenangan kerana ada syarat-syarat untuk mencapai kemenangan. Kenapa? kerana ini parti Islam bukan parti kebangsaaan.

Memang penulis akui tarbiyyah yang penulis dapat tidak seberapa mana jika dibandingkan pimpinan PAS . Bagi penulis, melindungi pemimpin bermasalah bukanlah tarbiyyah dalam PAS.

Penulis juga risau kerana sudah pemimpin pemuda PAS yang kata kepada penulis, " kalau semua nak ikut prinsip, teruk la" apabila penulis bersembang mengenai gejala pemimpin bermasalah dalam PAS.

Penulis ingatkan bahawa manusia boleh melindungi kesalahannya, parti boleh lindungi pemimpinnya tapi ingatlah Allah Maha Mengetahui.

Wassalam

Najib usaha tarik orang muda, PAS masih tercari-cari

Mulai 9/3/2011, golongan muda berpendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan boleh membuat pinjaman 100 peratus daripada 25 bank termasuk institusi kewangan Islam bagi membeli rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000 menerusi Skim Rumah Pertamaku.

Skim yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam, membolehkan pekerja swasta berusia 35 tahun ke bawah memohon pinjaman dengan tempoh maksimum pembiayaan 30 tahun.


Kerajaan melalui Cagamas Berhad akan menjamin bayaran pendahuluan atau deposit sebanyak 10 peratus, sebagai jaminan melindungi bank daripada kerugian.

Setelah melihat keputusan yang ketara sokongan undi muda kepada BN,dari PRK Merlimau dan Kerdau. Najib terus tingkatkan usaha bagi manrik sekurangnya 3%-5% lagi undi muda yang akan menjadi deposit besar BN pada Pilihanraya UMUM ke 13 nanti.

Najib sedang melihat kecederaan BN semakin sembuh dimata pengundi muda. Beliau akan menggunakan kesempatan ini untuk terus menarik golongan muda supaya lebih mesra BN.

Manakala PAS pula agak lemah dalam membaca peningkatan sokongan FELDA yang berlaku di Tenang dan Kerdau. PAS dan seluruh parti dalam PR tidak menyediakan ruang, keutamaan, fokus kepada ANAK(Ngo yang golongan Peneroka FELDA), yang telah membuahkan hasilnya dengan jelas dan terbukti.

Sekiranya PAS berada di alam realistik, mereka akan melihat ANAK perlu diberi satu peruntukan oleh tabung HARAKAH, Dana Ahli Parlimen, dan lain lain akses, seperti media, dan agensi Kerajaan Negeri.

BN sedar akan keberkesanan ANAK, pada peringkat awalnya lagi keatas Felda. Sebagai tindakbalas, BN menukar Yusof Nor yang terlalu exklusif gaya dan tindakan, kepada Tan Sri Isa Samad yang lebih down to earth.

PAS telah membiarkan satu segment jenteranya yang paling berkesan, DHPP, yang dulunya dikenali sebagai Kelab Penyokong. Segment ini menjadi beku dan kaku sekarang, di bawah pengurusan yang gagal memahami halatuju dan gaya, serta budaya yang dibentuk oleh pengasasnya. Ini terbukti apabila BN

PAS mesti berhenti melamun dalam seloroh dan gempaq, serta alam angan-angan.. Pemuda parti yang sedang menjelmakan diri seperti Ulama,(walaupun baru jadi Ustaz dari Arab, yang belajar di Masjid dan Madrasah entah apa-apa).
berjaya merampas kembali, sokongan pengundi bukan Melayu, melebihi 4% pada PRK Galas, Merlimau.

Tiada sebarang tindakan strategik, melainkan nak berhimpun ramai dan bersorak, macam penyokong bola sepak. PASTI yang telah lama, tidak digilap dan di lonjakkan sebagai alat komunikasi, dengan ibu muda yang beranak kecil, sudah tentu mibu iu ini pengundi muda.

Kalau tanya Pimpinan PAS, dia mesti kata BN tak pa la, dia banyak duit, dia guna jentera kerajaan. Jawapan yang sama bila kalah Pilihanraya, Duit, Jentera Kerajaan!! PAS ada te***

Harakah yang akaun tak teraudit proper, PASTI yang mempunyai pendapatan hasil buku dan lainnya tak diurus tadbir secara baik, Yuran Ahli, Derma Muktamar mencecah RM100 ribu pernah dicapai.

Dimaklumkan, sejak Dato Husam Musa tak jadi orang penting dalam Pimpinan PAS, Satu tingkat pejabat Agong PAS, tak mampu di baik pulih. Duit tak da? Atau akai tak dak. Kata mamak Penang dalam telo mamaknya, "Ada Arta Takdak Arti".
PAS mesti merombak parti ini pada Muktamar kan datang, bagi menyediakan mereka yang berwibawa membawa kejayaan dalam PRU13.Sembang Kerja


Ubur-ubur raksasa dua kali besar manusia di perairan China


Para pengkaji Jepun pada masa ini sibuk memantau akitiviti ubur-ubur raksasa di perairan China dan mereka mengimbau akan adanya pergerakan makhluk ini ke perairan Jepun dalam waktu terdekat yang berpotensi katastropik.

Kejadian yang sama juga pernah terjadi pada tahun 2005. Para pengkaji laut Jepun menangkap sinyal khuatir terhadap pertumbuhan populasi ubur-ubur Nomura yang luar biasa (ubur-ubur raksasa) yang dapat membesar hingga berdiameter 2 meter dan berat 220 kg.

Para pengkaji mengatakan bahwa arus air laut dapat membawa fauna unik itu memasuki perairan Jepun. Pergerakan besar-besaran ini dipastikan akan memberikan kesan negatif pada industri perikanan Jepun kerana ubur-ubur itu melepaskan toksik yang membunuh ikan tangkapan.

Berikut adalah gambar ubur-ubur raksasa, yang apabila dibandingkan antara ubur-ubur dengan manusia di dalam gambar tersebut menampakkan ubur-ubur 2 kali lebih besar dari manusia tersebut.



Kajian ini dilakukan oleh sebuah kumpulan yang diketuai oleh Shinichi Ue, seorang profesor biologi kelautan di Universiti Hiroshima yang juga mengetuai kumpulan pengkaji kerajaan yang bertugas untuk mengembangkan teknologi untuk memprediksi dan mengendalikan pertumbuhan ubur-ubur.


Prof Ue telah mengkaji populasi ubur-ubur di Laut Kuning dan Laut China selatan sejak tahun 2006.

Ubur-ubur Nomura umumnya hidup di perairan China pada musim semi dan ubur-ubur ini membesar dewasa ketika arus air laut membawa mereka ke utara secara perlahan-lahan.


Pada Julai 2009, ketika kelompok pertama menghampiri Selat Tsushima (utara pulau Kyushu), kebanyakan ubur-ubur ini telah mencapai ukuran seorang ahli Sumo.

Dengan ukuran seperti ini, hanya memerlukan 5 hingga 10 kawanan ubur-ubur untuk memusnahkan industri perikanan.

Sebelumnya, pada tahun 2005, industri perikanan Jepun memberikan info 100.000 kasus kerosakan yang diakibatkan oleh ubur-ubur ini.


Invasi terbesar di tahun itu dianggarkan setiap hari kira-kira 300 juta hingga 500 juta ekor ubur-ubur melepasi Selat Tsushima menuju laut Jepun. forum.vivanews

Anak muda sudah lari kerana PAS gagal fahami anak muda

PAS kehilangan pengundi muda di kesemua 6 pilihanraya kecil kebelakangan ini. Undi yang dulu semasa PRU 12, PAS mendabik dada dengan berkata, kalau sekiranya SPR mendaftarkan pengundi muda yang melebihi 700 ribu orang itu, BN pasti hilang kuasa dan kerajaan.

Sekarang senarionya sudah berubah, dan perubahan amat ketara. Angka telah melepasi 55% undi muda meninggalkan PAS.

Golongan muda mudi merasakan PAS terlalu asing dari mereka. Keadaan ini diterjemahkan, kerana muda mudi Malaysia 99% celik huruf, dan lebih 85% celik Komputer, maknanya membaca dan berpengetahuan.

Saya teringat, baru ini, apabila Ustaz YDP PAS, menegaskan yang dia sengaja memakai serban dan jubah dalam perarakan cingei dan tarian Naga,' kerana nak sampaikan Dawa'ah, supaya mereka kenal Islam'.

Saya jadi terpinga-pinga, adakah Islam dikenali kerana pakaian jubah, atau Nik Aziz itu di kenali kerana amanahnya, Ibnu Sina itu dikenali kerana kepakaranya. Negara Baghdad dan Cordova di kenali kerana tamadun yang dibukti.

Inilah pemikiran kebanyakan pemimpin PAS, memperjuangkan Islam yang tidak realistik dan tidak berpijak dibumi. Dan amat tidak sampai kepada sasaran pengundi

1 Negara dan dasar yang diperjuangkan PAS amat kabur, Contohnya Undang-Undang Keluarga Islam dan Peraturan Islam, mempunyai versi berbeza di Kelantan dan Terengganu (Semasa PAS berkuasa (1999-2004) dan sekarang di Kedah.

2. Kepimpinan yang nak di ketengahkan PAS, terlalu asing dari bidang ilmu dan
pengetahuan mereka. Seperti beruniform (Presiden, Timbalan PAS mesti Ustaz, yang berlatarbelakang pendidikan Islam sahaja) Pemimpin berserban semasa suit baju kot, amat janggal bagi muda mudi.

3. Keterbukaan (hanya bersifat terpilih) di kemukakan penceramah dan media PAS. Sebagai contohnya, Pemimpin tak boleh di kritik, Penulisan yang baik tapi berbeza dari pemimpin tidak dibenarkan siar. Ekonomi , samada teori atau amalan serta syarikat- syarikat perniagaan yang di siar dalam Harakah terlalu tradisional dan lemah dan terasing dari dunia pasaran semasa.

4. Peluang ekonomi tidak meyakinkan yang amat ketara berbeza, dalam Budget Kelantan dan Kedah, kalau nak di bandingkan Budget Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor.

Dengan Bukti yang terang diatas ini, menjadikan Muda-Mudi Malaysia merasakan PAS yang ada seperti berikut.

1 Pemuda yang ada hari ini amat kecewa dengan PAS yang gagal menguruskan dan menyediakan kehendak muda.

2. Pemuda-pemudi sekarang semakin jauh dari pas, yang menjadi Parti EXCLUSIF, atau untuk pihak tertentu sahaja(Ustaz,Ulama, Beruniform)

3. Pemuda-pemudi hanya berhubung dengan PAS melalui acara-acara terpilih dan khusus, hanya tempat tertentu, dan bersifat bilik darjah, monoloque dan tiada berpeluang libat .

4 Pemuda - pemudi melihat tidak konsisten akan pendirian dan keterbukaan PAS, terlalu politik dari kebajikan, sosial dan kesenian.

Dengan kefahaman dan pemerhatian diatas, lalu pemuda membuat keputusan dan diterjemahkan pada peti undi di saluran 4 dan 5 yang menjadi saluran pengundi muda, di PRK Merlimau yang saya pamerkan dibawah.
UNDI POS
BN 46 PAS 2 ROSAK 14 MAJORITI 44 JUMLAH 62

MERLIMAU UTARA
SALURAN 1: BN 328 PAS 110 ROSAK 10 MAJORITI 218 JUMLAH 448

MERLIMAU PASIR
SALURAN 1: BN 217 PAS 79 ROSAK 6 MAJORITI 138 JUMLAH 306
SALURAN 2: BN 334 PAS 159 ROSAK 5 MAJORITI 175 JUMLAH 498
SALURAN 3: BN 327 PAS 110 ROSAK 2 MAJORITI 217 JUMLAH 467
SALURAN 4: BN 340 PAS 115 ROSAK 3 MAJORITI 225 JUMLAH 458

AYER MERBAU
SALURAN 1 :BN 200 PAS 68 ROSAK 7 MAJORITI 132 JUMLAH 275
SALURAN 2 :BN 298 PAS 109 ROSAK 1 MAJORITI 189 JUMLAH 408

CHINCHIN
SALURAN 1 : BN 204 PAS 49 ROSAK 17 MAJORITI 155 JUMLAH 270
SALURAN 2 : BN 349 PAS 123 ROSAK 9 MAJORITI 226 JUMLAH 481
SALURAN 3 : BN 291 PAS 135 ROSAK 9 MAJORITI 156 JUMLAH 435
SALURAN 4 : BN 291 PAS 127 ROSAK 5 MAJORITI 164 JUMLAH 423

JASIN LALANG
SALURAN 1 : BN 196 PAS 35 ROSAK 10 MAJORITI 161 JUMLAH 241
SALURAN 2 : BN 256 PAS 48 ROSAK 3 MAJORITI 208 JUMLAH 307

PERMATANG SERAI
SALURAN 1 :BN 189 PAS 85 ROSAK 1 MAJORITI 104 JUMLAH 275
SALURAN 2 : BN 339 PAS 140 ROSAK 6 MAJORITI 199 JUMLAH 480
SALURAN 3 : BN 305 PAS 126 ROSAK 5 MAJORITI 179 JUMLAH 436
SALURAN 4 : BN 313 PAS 112 ROSAK 2 MAJORITI 201 JUMLAH 487

PENGKALAN SAMAK
SALURAN 1 : BN 204 PAS 70 ROSAK 6 MAJORITI 134 JUMLAH 280
SALURAN 2 : BN 314 PAS 177 ROSAK 6 MAJORITI 137 JUMLAH 497
SALURAN 3 : BN 283 PAS 185 ROSAK 6 MAJORITI 98 JUMLAH 474
SALURAN 4 : BN 338 PAS 127 ROSAK 2 MAJORITI 211 JUMLAH 477
Calon PAS Hassanuddin Salim pula tumpas di tangan Syed Ibrahim Syed Ahmad dengan majoriti 2,724 undi. Hassanuddin mendapat 2,336 undi manakala Syed Ibrahim mendapat 5,060 undi.

Dalam pilihan raya kecil kali ini, seramai 8,999 pemilih layak mengundi – pertambahan 542 orang daripada 8,451 pada tahun 2008.

Manakala peratusan keluar mengundi pula meningkat kira-kira 3 peratus - daripada 80.33 kepada 83.2 peratus. Berdasarkan keputusan di saluran ketiga di Jengka 22, Jengka 23 dan Desa Murni, berbanding 43 peratus (atau 307 pengundi muda) sokongan dalam pilihan raya umum, sokongan kepada PAS merosot 6 peratus kepada 37.44 peratus sahaja.

PAS mendapat 423 undi di ketiga-tiga kawasan itu berbanding BN sebanyak 707 undi. Jika ditanya apakah persamaan antara ketiga-tiga kawasan tersebut dibandingkan dengan tempat lain, mungkin satu jawapannya

Jika diteliti undi di kawasan 3+1, PAS hanya mendapat 1,276 undi berbanding BN sebanyak 2,131. Bagaimanapun, tidak harus menafikan, mereka mendapat tambahan 476 undi di kawasan itu.

Saya sudah beberapa kali mengenegahkan isu ini kepada pimpinan. PRK 13 ini akan melihat peningkatan undi BN 100 undi, bagi setiap Peti Undi,

Kalau setiap DUN ada 9-10 peti undi , maka PAS akan kalah tambahan sebanyak 900-1000 undi, dan kemenangan yang tipis oleh PAS akan disapu oleh UMNO. Oleh kerana PAS asyik dengan himpunan ramai-ramai, UMNO masuk kampung dengan kegiatan...

Kalau PAS terus berdegil dengan gaya yang tidak berpijak dialam Malaysia ini, PRU 13 bakal mengajar PAS, dan PAS parti yang akan menjadi kisah bersamaan dengan Dinasor, di zaman cucu saya.

Mungkin ada orang akan marah pendedahan ini. Kenapa nak dedahkan kelemahan PAS ni di media.. macam saya kata sebelum ini ' Kalau Nabi Sulaiman bunuh Hud-Hud.......Sembang Kerja

10 jenis lipan terbesar di dunia

1. Lipan Galapagos

Scolopendra galapagoensis
(lipan raksasa Galapagos) yang terbesar bersaiz 30-40 cm panjang 44-46 cm.

Kawasan habibat : di Kepulauan Galapagos Island Santa Cruz, di daerah pesisir Ekuador, Peru selatan, di Kepulauan Cook.

Warna hitam raksasa lintibang di Raja. Terdapat juga penemuan jenis ini yang berukuran 62 cm.

2. Lipan Peru


Scolopendra Caribiaenensis
di pulau Curacao, Holland Anttilles telah ditemui bersaiz hingga 41-42 cm. dari individu liar.

Kawasan habitat : Karibia pulau Trinidad, Amerika Selatan, Peru, Ekuador, Brazil, the Amazon River Basin negara dan daerah.

3. Lipan Amazon


Scolopendra gigantea
Robusta (Lipan raksasa amazon) mempunyai panjang 25-30 cm.
Kawasan habitat : Brazil, Ekuador, Peru, the Amazon River Basin negara dan daerah.

Umumnya badan berwarna merah, hitam sebagai individu, adalah hasil dari setiap perbezaan warna berubah, dan lainnya adalah hitam individu sebenarnya lipan raksasa Galapagos.

Paling meyakinkan adalah yang paling banyak disirkulasikan foto masing-masing sepanjang 44 cm, jauh lebih besar daripada mana-mana lipan amazon raksasa.

4. Lipan Puertorico



Scolopendra
sp.cf.crudelis (Lipan raksasa puerto rico) mempunyai panjang 20-25 cm.
Kawasan habitat : di Karibia, Puerto Rico, Haiti dan negara-negara lain dan daerah amerika selatan.

5. Lipan Vietnam


Scolopendra subspinipes
(lipan raksasa Vietnam) mempunyai 18-25 cm panjang.

Kawasan habitat : hutan hujan vietnam

6. Lipan Malayu



Scolopendra subspinipes
ssp. (lipan raksasa malayu) mempunyai 18-20 cm panjang.

Kawasan habitat : di Malaysia, Indonesia.

7. Lipan Pasifik


Scolopendra subspinipes
dehaani (Hastelloy lintibang) mempunyai 16-20 cm panjang.

Kawasan habitat : secara luas di negara-negara barat dan wilayah Pasifik, banyak jenis lintibang, kerana distribusi Scolopendra subspinipes berdekatan dengan daerah Tropika, sehingga badan juga lebih besar.

Di wilayah Kepulauan Solomon masing-masing panjang lebih dari 20 cm.

8. Lipan Amerika Utara


Scolopendra heros
(lipan raksasa di Amerika Utara) mempunyai 18-20 cm panjang.

Kawasan habitat : Amerika Utara, biasanya di daerah bersuhu tinggi.

9. Lipan China


Scolopendra subspinipes
subspinipes (China naga merah lintibang, multi-duri lipan raksasa, China naga merah) mempunyai panjang 14-20 cm.

Kawasan habitat : Sub-Tropika China selatan, di daerah di China, kerana badan gelap merah, juga dikenali sebagai lintibang Kuno di Buku “Tianlong”, digabungkan dengan otot tubuh, yang bernama “naga merah”, yang dengan karakteristik China.

Bahagian dari daratan yang dekat dengan pulau tropika masing-masing dapat mencapai saiz 20 cm

10. Lipan Jepun


Scolopendra subspinipes
mutilans (Scolopendra lintibang / China berambut pirang lintibang)
Kawasan habitat : di Jepun dan China juga, yang terletak di Okinawa, Jepun, masing-masing daerah dapat 20 cm.hendrynote

4 kejadian aneh yang tidak boleh dijelaskan secara ilmiah

Di dunia ini banyak sekali terjadi berbagai fenomena unik yang terkadang sangat sulit dijelaskan oleh logik, bahkan sampai sekarang juga banyak sekali kejadian yang tidak boleh dijelaskan oleh logik.

Di antara kejadian tersebut, terdapat empat kejadian, yang dirakam di dunia moden (setidaknya sampai pada tahun 1518), dan semua kejadian ini sama sekali tidak dapat dijelaskan oleh logik.

1. Kematian Akibat Menari

xxxxxxx

Julai 1518, seorang wanita yang disebut bernama Frau Troffea berjalan di salah satu jalan sempit di Strasbourg, Prancis, dan mulai menari tarian yang berlangsung selama empat atau enam hari berturut-turut.

Di akhir minggu, 34 orang terikut dengan tariannya, dan dalam sebulan, peserta tarian aneh bin ajaib ini mencapai 400 orang.

Pihak kerajaan menyarankan untuk “menari lebih sering” bagi menyembuhkan para penari, tapi pada akhir musim panas, lusinan orang di kota Alsatian meninggal kerana serangan jantung, stroke, kelelahan kerana tarian yang tidak berhenti sama sekali.

Selama beberapa abad, kejadian aneh yang disebut sebagai wabak menari atau Epidemi 1518, sama sekali tidak dapat dijelaskan oleh berbagai ilmuwan mengenai apa yang menyebabkan terjadinya tarian kematian yang aneh dan ajaib ini.

2. Wabak Tawa Tanganyika

xxxxxxx

Mungkin kejadian paling aneh yang berhasil dimasukkan dalam dokumentasi sebagai penyakit psikogenik massal ini adalah Wabah Tawa Tanganyika pada 1962.

Kejadian lengkap atas keadaan ini digambarkan dalam paper yang diterbitkan pada Central African Journal of Medicine yang diterbitkan pada 1963.

Wabak ini dimulai dengan adanya lelucon antara para mahasiswa di salah satu asrama di Tanzania, dan dari hal itu, seorang remaja perempuan mulai tertawa tanpa kawalan.
Pertama hanya ada sedikit tawa, yang kemudian makin lama makin panjang, dari beberapa jam, sampai berhari-hari.

Korban wabak ini, yang hampir semuanya adalah wanita, akhirnya mengalami kesakitan, pengsan, masalah pernafasan, gatal-gatal dan bahkan menangis, yang semuanya muncul akibat tawa histeria.

Bahkan wabak tawa ini menular menjangkiti mahasiswa tua, juga sampai ke sekolah lain dan bahkan ke kampung sekitarnya. Selama 18 bulan lamanya diperlukan sebelum wabak tertawa ini berhenti.

3. Hujan Binatang

xxxxxxx

Kejadian unik ini mungkin adalah kejadian paling banyak ditemui di dunia. Hujan burung, kelelawar, ikan, bahkan cacing dan berudu sudah dilaporkan dari beberapa pelusuk dunia.

Para ilmuwan melaporkan bahwa kemungkinan besar ada taufan dengan kelajuan tinggi dan angin puting beliung yang melewati air, dan menyedut binatang ini, kemudian dijatuhkan di tempat yang jauh.

Hampir selama satu abad ini, para penduduk Honduras merayakan apa yang disebut Lluvia de Peces (Hujan Ikan) setiap tahunnya.

Ikan ini dipercayai disedut dari laut dan dijatuhkan 140 mil ke daratan atau mungkin ikan tersebut disedut dari semacam sumber air bawah.

4. Sungai paling terpolusi di India tiba-tiba menjadi ‘manis’

xxxxxxx

Pada tahun 2006, air laut yang masuk ke Mumbai, tiba-tiba berubah rasa menjadi manis, dan fenomena ini di’temui’ oleh beberapa penduduk Mumbai yang tiba-tiba merasakan air di Sungai Mahim Creek, salah satu sungai paling terpolusi di India, yang menerima ribuan ton sisa mentah dan sisa industri setiap hari-nya tiba-tiba menjadi manis.

Selama beberapa jam, penduduk Gujarat mengatakan bahawa air laut di pantai Teethal juga berubah manis.

Dewan Pengendali Polusi Maharashtra (The Maharashtra Pollution Control Board) telah mengeluarkan peringatan agar tidak ada penduduk yang minum air tersebut, tetapi tetap ada banyak orang mengumpulkan air tersebut dalam botol-botol, walaupun banyak sampah dan plastik yang ikut hanyut dalam arus yang ada.

Sekitar jam 2 pagi keesokan harinya, para penduduk yang berjaga mulai mengakui bahawa air yang tadinya manis berubah masin kembali.juandri93


Tulahan : Saman ekor, PAS pun tak bersunggguh

Salam,

http://www.star-motoring.com/getattachment/News/2010/Saman-ekor-has-to-go-on/009264918.jpg.aspx?width=427&height=286
Saman banyak untung pun banyak

Kes saman ekor dah sampai ke tahap membosankan, kerajaan pimpinan Umno tak hirau langsung kesusahan rakyat. Yang penting duit rakyat mesti dikaut sebanyaknya , peluang melalui kutipan kompaun saman ekor diguna sepuas-puasnya memeras rakyat.

Caranya mudah saja, JPJ senarai hitam kenderaan pemilik yang tak bayar saman. Jadi , rakyat tiada pilihan terpaksa bayar saman beribu RM kerana kereta, motor adalah keperluan. Tak bayar maknanya cukai jalan tak hidup, kena tahan polis kena saman lagi.

Rakyat terpaksa bayar, bukan orang PAS, PKR, DAP sahaja kena bayar. Orang Umno , MCA , MIC pun kena juga. Tak tahulah orang Umno, boleh tunjuk kad Umno maka tak perlu bayar, sebab tu mereka tak kisah.

Mungkin juga kerana kesetian tak berbelah bagi kepada Umno maka biar beratus, beribu RM melayang orang Umno rela. Bagi orang Umno biarlah hilang beratus RM kerana bayar saman , asalkan dapat RM 50 semasa pilihanraya. Itulah standard orang Umno.


Tak lama lagi kerajaan nak bagi syarikat swasta pula buat operasi saman ekor, syarikat swasta ini pula kroni punya. Belum lulus akta, tender dah diberi punya la hebat kerajaan Umno. Syarikat swasta kroni pastinya mahu kaut untung, nak untung saman kena banyak.

Kalau kurang saman maka untung sikit, walau macam mana sekalipun saman kena banyak. Sebelum swasta ini pun, polis buat banyak silap sehinggakan motor kapcai 120 cc boleh bawa selaju 500cc. Bila beri kepada swasta sahih ada motor kapcai 70cc yang hanya guna di kampung, tup!tup! terima saman bawa laju 1000 cc nun kat KL.

Saman tetap saman, polis selalu tak mengaku salah. Jika tak bayar , cukai jalan bukan sahaja kenderaan yang kena saman kena senarai hitam. Kenderaan lain yang tak kena saman pun cukai jalan tak boleh hidup sebab pemiliknya sama, alamatnya kena bayar juga.

Nak buat macam mana, kerajaan Umno dah rasa kuat menang tiga berderet PRK . Bagi Umno rakyat tak kisah kena saman ekor, sebab tu Umno masih menang. Rakyat tak kisah pun harga barang naik, harga minyak naik, cukai tanah naik. Hanya Pakatan Rakyat sahaja yang bising.

Betulkah Pakatan Rakyat pun bersungguh nak bantu rakyat dalam kes saman ekor, nampak macam ala kadar aja. Benarlah PAS dah wujudkan KASE tapi setakat mana KASE membantu rakyat yang kena saman ekor.

Pernah dengar PAS Perak tawarkan peguam secara percuma kepada rakyat yang nak lawan di mahkamah. Ada ka rakyat yang berani lawan? jawabnya tak ada, kenapa? kerana kalau lawan, kes ambil masa nak berjalan, kereta nak pakai jadi bayar saman je la.

Betullah pandangan KASE bahawa kerajaan salah, itu hanya notis bukan saman dan kerajaan dah langgar perlembagaan. Sekadar bagi tahu rakyat, jangan bayar saman sebab tak sah. Rakyat mana nak ikut, tak bayar tak boleh guna kereta.

Tunjukkanlah kesungguhan PAS nak perjuang isu ini, entah-entah pemimpin PAS pun ramai yang dah bayar saman. Sebab tak bayar, kereta tak berjalan. Pemimpin PAS kena buktikan kepada rakyat, mereka juga jangan bayar saman dan mesti ada pemimpin PAS saman kerajaan berdasarkan saman kenderaannya.

Bila ada pemimpin PAS yang saman kerajaan, barulah betul tindakannya dan barulah nampak bersungguh PAS menangani isu saman ekor. Jika nak tunggu rakyat yang di bawah saman dulu payah la.

Kes pemimpin PAS saman kerajaan ini akan mendapat perhatian rakyat dan jika menang kes ini. Barulah rakyat ada keyakinan untuk saman kerajaan dan tuntut balik saman yang mereka sudah bayar.

Pakatan Rakyat pun janganlah berjanji dengan janji yang tak bersungguh. Setakat berjanji bila menang PRU 13 akan mansuh tak jadi. Boleh menangkah dengan janji sebegitu?. Kenalah bersungguh nak bantu rakyat, berjanjilah akan bayar semula semua saman ekor yang telah dibayar oleh rakyat.

Biarlah Umno nak kata negara akan muflis, dah memang perangai busuk Umno macam tu. Bila Pakatan Rakyat dah memerintah negara, penjimatan dari rasuah dan penyelewengan macam amalan kerajaan Pulau Pinang akan mampu mengembalikan semua saman ekor yang dibayar oleh rakyat.

Wassalam

Kisah seorang ahli ibadah yang menyusuri lautan


Abdul Wahid bin Ziyad menceritakan, Kami berada dalam sebuah perahu, lalu kami terlempar oleh angin hingga sampai di sebuah pulau. Kami mendapati seorang laki-laki yang menyembah berhala di pulau itu, maka kami bertanya kepadanya,

‘Kepada siapa kamu menyembah?’ Dia menunjuk kepada sebuah berhala. Kemudian kami berkata,

‘Sesungguhnya ada benda seperti ini dalam perahu kami. Benda (berhala) ini bukanlah tuhan yang patut disembah.’ laki-laki itu balik bertanya,

‘Lalu, kepada siapa kalian menyembah?’

‘Allah.’

‘Siapa Allah itu?’

‘Dzat Yang singgasana-Nya ada di langit, Dzat Yang kekuasaan-Nya ada di bumi, dan Dzat yang kehidupan serta kematian adalah menjadi ketentuan-Nya.’

‘Bagaimana kalian bisa mengetahui dan mengenal-Nya?’

‘Dzat Yang Mahadiraja ini mengirim seorang Rasul kepada kami, lalu Rasul itu mengabarkan kami akan hal itu.’

‘Lantas bagaimana keadaan Rasul itu?’

‘Ketika beliau melaksanakan misinya, Allah mencabut nyawanya.’

‘Apakah dia meninggalkan satu tanda untuk kalian?’

‘Ya, beliau meninggalkan kitab Yang Maha Menguasai.’

‘Tunjukkanlah kitab itu kepadaku. Sudah sepatutnya bila kitab-kitab yang Maha Menguasai adalah indah dan baik.’

Kami pun menyodorkan mushaf Al-Quran kepadanya, lalu dia berkata,
‘Aku tidak tahu ini.’ Kemudian kami membacakan satu surat Al-Quran untuknya. Kami terus membacanya, dan dia menangis hingga kami selesai membaca satu surat itu. Lantas dia berucap,

‘Tidak seharusnya pemilik firman ini didurhakai.’ Setelah itu dia menyatakan diri untuk masuk Islam. Kami membawanya bersama kami, lalu mengajarkan syariat-syariat Islam dan beberapa surat Al-Quran kepadanya.

Ketika malam telah gelap, dan kami usai melaksanakan shalat isya, kami bersiap-siap di pembaringan kami, lalu laki-laki itu bertanya,

‘Wahai kaum, apakah Tuhan yang telah kalian tunjukkan kepadaku ini akan tidur ketika malam telah gelap?’ Kami menjawab,

‘Tidak, wahai hamba Allah. Dia Maha Agung, terus menerus mengurus(makhluk-Nya), Dia tidak pernah tidur.’

‘Seburuk-buruk kaum adalah kalian. Kalian tidur, sedang Tuhan kalian tidak pernah tidur.’ Sungguh ucapannya membuat kami kagum! Saat kami sampai di Ubadan, aku berkata kepada teman-temanku,

‘Laki-laki ini baru mengetahui Islam .’ Kami pun mengumpulkan uang, lalu kami memberikan wang itu kepadanya. Laki-laki itu kembali bertanya,

‘Apa ini?’

‘Kamu akan membelanjakan wang itu.’

‘Tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Allah! Kalian telah menunjukkan jalan yang telah kalian tempuh kepadaku. Dahulu aku berada di sebuah pulau di tengah-tengah lautan dalam keadaan menyembah berhala. Dia tidak menyia-nyiakan aku, sedang aku akan mengenali-Nya.’

Beberapa hari kemudian aku mendengar bahwa dia dalam keadaan menghadapi maut. Maka aku mendatangi dan bertanya kepadanya,

‘Apakah ada sesuatu yang bisa aku lakukan untukmu?’

‘Semua keperluan telah ditunaikan oleh orang-orang kalian yang datang ke pulauku,’ jawabnya.”

Abdul Wahid meneruskan ceritanya, “Mataku terpejam, aku tertidur di sampingnya. Aku melihat pemakaman kota Ubadan menjadi kebun yang di dalamnya terdapat sebuah kubah.

Di dalam kubah itu ada tempat tidur (ranjang) dan seorang wanita yang kecantikannya tiada duanya. Aku pun bergumam,‘Demi Allah, aku tidak memohon kepada-Mu, melainkan agar Engkau segerakan dia, sungguh rasa rinduku kepadanya telah membuncah.’

Lalu aku terbangun, aku mendapatinya telah meninggalkan dunia ini. Aku pun memandikan, mengkafani, dan menguburkannya. Ketika malam telah larut, aku tidur dan melihatnya di kubah itu bersama seorang wanita cantik. Dia membaca ayat,

“Sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu; (sambil mengucapkan): “Salamun ‘alaikum bima shabartum”. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (QS. Ar-Ra’du: 23-24)[1]

Dikutip dari “Belaian Bidadari di Alam Mimpi”
penulis Syaikh ‘Isham Hasanain,
Pustaka at-Tibyan


10 bahasa paling banyak digunakan penduduk dunia

Bahasa boleh dikatakan merupakan salah satu anugerah terindah yang diberikan Tuhan kepada manusia. 
Bayangkan jika di dunia ini tidak ada bahasa atau hanya ada 1 bahasa saja, apakah mungkin para ilmuwan boleh menciptakan penemuan-penemuan vital?

Lalu, ada berapa sebenarnya jumlah bahasa di dunia? Menurut Ethnologi, pada masa ini ada sekitar 6.912 bahasa yang digunakan orang di seluruh dunia. 
Jumlah ini tentu saja masih diragukan kebenarannya kerana setiap hari ada bahasa baru yang mungkin muncul, sebaliknya ada pula bahasa yang lenyap.

Sedih bagi kita orang Melayu, bahasa Melayu tidak termasuk dalam 10 bahasa yang paling banyak digunakan di seluruh dunia. Namun boleh tumpang berbangga dengan bahasa Indonesia yang berada di kedudukan ke 7 kerana bahasa Melayu Malaysia dikira dalam bahasa Indonesia .

Selain itu , kita juga harus berbangga dengan bahasa Al-Quran yakni bahasa Arab yang juga termasuk dalam 10 bahasa ini. 10 bahasa ini adalah ;

10. Bahasa Perancis


 

Bahasa yang sering disebut-sebut sebagai bahasa paling romantik di dunia ini selain digunakan di Perancis juga menjadi bahasa rasmi di beberapa negara yang pernah dikuasainya.

Bahasa Perancis juga adalah salah satu bahasa rasmi di Pertubuhan Bangsa-bangsa (PBB) selain bahasa Inggeris, Mandarin, Rusia, Sepanyol dan Arab.

Jumlah penutur: sekitar 200 juta orang
Jenis Aksara: Latin

Negara Penutur: Perancis, Monaco, Kanada, Swiss, Belgium, Luxemburg, Benin, Burkina Faso, Burundi, Cameron, Afrika Tengah, Chad, Komoro, Kongo/Zaire, Pantai Gading, Djibouti, Guinea, Guinea Katulistiwa, Gabon, Guernsey, Madagaskar, Mali, Mauritius, Niger, Rwanda, Senegal, Seychelles, Togo, Haiti, Lebanon, Kaledonia Baru, Vanuatu. Polynesia, Martinique, Guadalupe. Bahasa rasmi PBB.

Untuk menyapa dalam bahasa Perancis, ucapkan: “Bonjour” (bone-JOOR).



9. Bahasa Benggali



 

Bangladesh adalah sebuah negara yang secara geografi merupakan negara kecil, tapi jumlah penduduknya mencapai 162 juta orang.

Bahasa rasmi Bangladesh adalah Bahasa Bengali. Kerana wilayah Bangladesh hampir seluruhnya bersempadan dengan India maka jumlah pengguna bahasa Bengali menyebar hingga ke beberapa wilayah India.

Jumlah penutur: Sekitar 230 juta orang
Jenis Aksara: Bengali

Negara Penutur: Bangladesh, India

Untuk menyapa dalam bahasa Bengali, katakan “Ei Je” (EYE-jay).
8. Bahasa Portugal




 

Portugal memang hanyalah sebuah negara yang kecil dan boleh dikatakan salah satu negara miskin di Eropah. Namun pada abad ke 15, Portugal merupakan bangsa yang besar kerana merekalah yang mengawali penjelajahan maritim ke seluruh pelusuk dunia.

Berkat jasa para penjelajah seperti Vasco da Gama, Henry the Navigator, Afonso de Albuquerque dan Pedro Álvares Cabral, Portugal memegang wilayah-wilayah penting di Asia, Afrika dan Amerika Selatan dan kemudian menanamkan pengaruh kebudayaannya di sana.

Jumlah penutur: sekitar 240 juta orang
Jenis Aksara: Latin
Negara Penutur: Portugal, Brazil, Angola, Cape Verde, Timor Timur, Guinea-Bissau, Makau, Mozambique, São Tomé e Príncipe.
Untuk menyapa dalam bahasa Portugis, ucapkan: “Bom dia” (Bohn DEE-ah).
7. Bahasa Indonesia


Bahasa indonesia yang termasuk dalam rumpun bahasa Melayu ternyata berada pada kedudukan ke-7 dengan jumlah penutur sekitar 259 juta orang.

Hitungan kasar ini diperoleh dari perkiraan jumlah penduduk indonesia tahun 2009 yang mencapai 230 juta manusia ditambah penduduk Malaysia 28 juta, penduduk Brunei 388 ribu serta sebagian kecil penduduk Thailand, Singapura dan Timor Timur.

Jumlah ini mungkin boleh bertambah kerana sejak tahun 2007 Bahasa indonesia telah dikukuhkan sebagai bahasa rasmi kedua di Vietnam.

Fakta menarik tentang bahasa indonesia:
Bahasa indonesia menduduki kedudukan ke 3 di Asia dan kedudukan ke 26 di dunia dalam perkara Tata bahasa terumit di dunia.

Bahasa indonesia juga mendunia di dunia maya, buktinya wikipedia berbahasa indonesia telah menduduki kedudukan ke 26 dari 250 wikipedia berbahasa asing di dunia dan kedudukan ke 3 di Asia setelah bahasa Jepun dan Mandarin, selain itu bahasa indonesia menjadi bahasa ke 3 yang paling banyak digunakan dalam posting blog di wordpress.

6. Bahasa Rusia



 

Mikhail Gorbachev, Vladimir Putin, Roman Abramovich, Anna Kournikova, dan Maria Sharapova adalah para pengguna bahasa Rusia yang sudah kita ketahui dari berbagai pemberitaan media. Namun, selain mereka tentu sahaja ada 270-an juta orang lainnya yang mengunakan bahasa Rusia sebagai bahasa rasmi.
Jumlah penutur: sekitar 278 juta orang
Jenis aksara: Cyrillic

Negara penutur: Rusia, Belarusi, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Moldova. Bahasa rasmi PBB

Untuk menyapa dalam bahasa Rusia, ucapkan: “Zdravstvuite” (ZDRAST-vet-yah).

5. Bahasa Arab



 

Bahasa Arab adalah salah satu bahasa tertua di dunia dan merupakan bahasa yang dipakai dalam Al-Qur’an. Bahasa Arab banyak meminjamkan kosa katanya ke beberapa bahasa di Eropah terutama bahasa Sepanyol, Portugis dan Sisilia.

Bahasa Arab, seperti juga bahasa Ibrani dan Persia mengunakan kaedah penulisan aksara dari kanan ke kiri. Sejak tahun 1974, bahasa Arab digunakan sebagai salah satu bahasa rasmi di PBB.

Jumlah penutur: sekitar 300 juta orang
Jenis aksara: Arab

Negara penutur: Arab Saudi, Aljazair, Bahrain, Chad, Komoro, Djibouti, Mesir, Eritrea, Irak, Israel, Yordania, Kuwait, Lebanon, Libya, Maroko, Niger, Oman, Palestina, Qatar, Somalia, Sudan, Syria, Tunisia, Uni Emirat Arab, Sahara Barat, Yaman, Mauritania, Senegal, Mali. Bahasa rasmi PBB

Untuk menyapa dalam bahasa Arab, ucapkan: Assalammualaikum Wr Wb.

4. Bahasa Sepanyol

Setelah Portugal menguasai jalur-jalur penjelajahan maritim di Asia, Afrika dan Amerika pada abad ke-15, gantian Sepanyol yang menguasai wilayah-wilayah tersebut sejak abad ke 16 dan 17. Akibatnya, banyak kebudayaan Spanyol yang tertanam kuat di sana.

Pada masa ini, Bahasa Sepanyol banyak digunakan sebagai bahasa rasmi negara-negara di Amerika Tengah dan Selatan. Selain itu, bahasa Sepanyol juga banyak digunakan di beberapa negara bahagian Amerika Syarikat yang bersempadan dengan Mexico.

Bahkan beberapa kosa kata bahasa Inggeris dipinjam dari bahasa Spanyol seperti tornado, bonanza, patio, quesadilla, Enchilada, dan taco grande supreme, dll.

Jumlah penutur: sekitar 400 juta orang
Jenis aksara: Latin

Negara penutur: Spanyol, Argentina, Bolivia, Chile, Dominican Republic, Ecuador, El Salvador, Guinea Katulistiwa, Guatemala, Honduras, Kolombia, Kosta Rika, Cuba, Mexico, Nikaragua, Panama, Paraguay, Peru, Puerto Rico, Uruguay, Venezuela

Untuk menyapa dalam bahasa Spanyol, ucapkan: “Hola”.

3. Bahasa Hindi



India memang unik! Bayangkan sahaja, negara ini mempunyai penduduk terbanyak ke-2 di dunia, filem-filem Bollywood, Taj Mahal, Raja Asoka yang Agung, Mahatma Gandhi…. ehh, ternyata India tidak mempunyai bahasa nasional rasmi.

Bahasa Hindi yang diucapkan oleh sebagian besar masyarakat India hanya diakui sebagai bahasa rasmi sehari-hari bersama bahasa Inggeris dan bukan sebagai bahasa nasional oleh konsitusinya.

Jumlah penutur: sekitar 497 juta orang
Jenis aksara: Devanagari

Negara penutur: India, AS (100.000 jiwa), Mauritius (685.170 jiwa), Afrika Selatan (890.292), Yaman (232.760 jiwa), Uganda (147.000 jiwa), Singapura (5.000 jiwa), Selandia Baru (20.000 jiwa), Jerman (30.000 jiwa), Fiji, Nepal, Suriname, Trinidad & Tobago, Guyana dan Uni Emirat Arab.

Untuk menyapa dalam bahasa Hindi, ucapkan “Namaste” (Nah-MAH-stay).

2. Bahasa Inggeris


Ini dia bahasa paling top di dunia sekaligus bahasa yang paling banyak diambil menjadi bahasa rAsmi di beberapa negara dan organisasi antarabangsa .

Tercatat ada 53 negara dan 10 organisasi antarabangsa yang mengunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi.

Selain itu, hampir semua negara di dunia menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua setelah bahasa kebangsaan masing-masing.

Jumlah penutur: sekitar 500 juta orang
Jenis aksara: Latin

Negara penutur: Inggris Raya, AS, Afrika Selatan, Antigua & Barbuda, Australia, Bahama, Bangladesh, Barbados, Belize, Botswana, Brunei Darussalam, Dominika, Ethiopia, Eritrea, Fiji, Filipina, Gambia, Ghana, Grenada, Guyana, Hong Kong, India, Irlandia, Jamaika, Kamerun, Kanada, Kenya, Kiribati, Lesotho, Liberia, Malawi, Maladewa, Malta, Marshall Kepulauan, Maritius, Micronesia, Namibia, Nauru, Nigeria, Pakistan, Palau, Papua Nugini, Rwanda, Saint Kitts & Nevs, Saint Lucia, Saint Vincent & Grenada, Samoa, Selandia Baru, Seychelles, Sierra Leone, Singapura, Solomon Kepulauan, Somalia, Sri Lanka, Swaziland, Tanzania, Tonga, Trinidad & Tobago, Tuvalu, Uganda, Vanuatu, Zambia, Zimbabwe. Organisasi Internasional: PBB, Uni Eropa, Persemakmuran, CoE, NATO, NAFTA, OAS, OIC, PIF, UKUSA, dll.

Untuk menyapa dalam bahasa Inggeris, ucapkan: F*** U.

1. Bahasa Mandarin


 
Tak diragukan lagi, Bahasa Mandarin adalah bahasa yang paling banyak digunakan orang di seluruh dunia. Jumlah penduduk di China/Tiongkok pada masa ini diperkirakan hampir mencecah 1,4 million juta orang.

Dari jumlah ini, semuanya diwajibkan menggunakan bahasa rasmi dalam satu bahasa yaitu Bahasa Mandarin. Belum lagi, para imigran Tionghoa di berbagai pelusuk dunia yang setia menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa sehari-harinya.

Asal-usul kata Mandarin

Kata mandarin dalam bahasa indonesia sendiri sepertinya diserap dari bahasa Inggeris yang menggambarkan bahasa Cina juga sebagai bahasa Mandarin.

Namun sebenarnya, kata Mandarin ini diserap bahasa Inggeris dari bahasa Cina sendiri. Mandarin secara harfiah berasal dari sebutan orang asing kepada pembesar-pembesar Dinasti Qing di zaman dulu.

Dinasti Qing adalah dinasti yang didirikan oleh suku Manchu, sehingga pembesar-pembesar kekaisaran biasanya disebut sebagai Mandaren (Hanzi: 滿大人) yang berarti Yang Mulia Manchu.

Dari sini, bahasa yang digunakan oleh para pejabat Manchu waktu itu juga disebut sebagai bahasa Mandaren. Penulisannya berkembang menjadi Mandarin di kemudian hari.

Jumlah penutur: sekitar 1,5 milion orang
Jenis aksara: Karakter Cina
Negara penutur: Cina dan komunitas keturunan Cina lainnya di seluruh dunia. Bahasa rasmi PBB.
Untuk menyapa dalam bahasa Mandarin, ucapkan “Ni hao” (Nee HaOW) siangmalamonline