Hampir seluruh umat yang beragama tahu bahawa kitab yang diturunkan Allah kepada semua NabiNya adalah satu, tidak berbilang. Umpamanya untuk Nabi Musa as, diturunkan kepadanya Kitab Taurat, itulah satu-satunya kitab yang diikuti oleh orang Yahudi. Sementara Nabi Daud as, diturunkan kepadanya Kitab Zabur, iaitu satu-satunya kitab yang dikenal oleh Yahudi dan Nasrani. Dan sudah tentu, melalui Nabi Muhammad SAW diturunkan Kitab Al-Quran, yakni kitab yang khas untuk seluruh umat manusia.
Oleh itu, bagaimana pula Kitab Injil boleh berbilang-bilang? Sedangkan Tuhan yang menurunkannya kepada Nabi Isa as, hanya satu, serta Nabi yang menerima Injil itu juga adalah satu. Hakikat ini jelas membuktikan bahawa Injil yang ada masa kini adalah bukan Injil asal yang diturunkan kepada Nabi Isa as.
Sesungguhnya, orang yang paling tahu mengenai Injil adalah para ahlinya. Ternyata ada di antara mereka yang mengetahui masalah itu lalu meninggalkan agama Kristian dan memilih Islam sebagai pegangannya.
Ustaz Syeikh Abdullah Khalis yang sebelum memeluk Islam bernama Abdul Masih menceritakan tentang sebab-sebab beliau memeluk Islam melalui suratnya yang disiarkan akhbar terkemuka – Al-Hidayah Al-Baghdadiyah. Kandungan surat berkenaan adalah seperti berikut: “Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji hanyalah hak Allah semata, selawat dan salam untuk Rasul pilihan, Muhammad SAW berserta sahabatnya.
“Sesungguhnya saya Abdullah Khalis dari keturunan Peterix Tarquin, berasal dari negara Artioche kemudian menetap di kota Cairo, Mesir. Pada masa itu saya menganut aliran Ya’kubi Ortodox. Nama asal saya ialah Abdul Masih. Dalam agama Kristian saya telah mencapai tingkat Materix, lalu diangkat menjadi Pater Abdul Masih di kota Meridian (Turki) sebagai ketua pemimpin aliran Ortodox dan sebagai Materix di kota Diyar Bakr dan sekitarnya.
“Ketika saya memegang jawatan sebagai Materix inilah, saya ditugaskan sebagai pengawas tempat-tempat ibadat agama Kristian yang beraliran Ya’kubi yang berpusat di kota Anatolie (Turki). Sesudah itu saya pula diangkat sebagai Wakil Paterix yang menghubungkan berbagai macam kegiatan baik di dalam dan di luar negara.
“Ketika apa yang aku miliki, dari kehidupan yang mewah, kedudukan dan pangkat, serta ketekunanku terhadap ajaran Kristian itulah Allah SWT telah menyinari hatiku dan melapangkan dadaku untuk memeluk agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
“Perkara ini terjadi kerana aku sendiri merasakan ajaran Kristian dengan kitab-kitab Injilnya saling bertentangan antara yang satu dengan yang lainnya. Ketika aku cuba mendalami hujah beberapa agama, aku tidak melihat terdapat satu agama pun yang benar-benar jelas mengarahkan supaya menyemabah kepada Allah SWT, kecuali agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
“Sepatutnya Kitab Injil yang diakui oleh umat Kristian sebagai Kalam Allah, seharusnya hanya terdiri dari satu Injil sahaja, sebagaimana halnya dengan Al-Quranul Karim.
“Maka bagaimana dapat diterima oleh akal apabila Injil itu berbilang hingga mereka dapat mendatangkan empat puluh (40) buah Injil, kemudian setelah itu mereka meringkaskannya menjadi empat (4) Injil?
“Sesungguhnya hal yang sedemikian itu membuatkan mereka keluar dari kebenaran bahkan mereka hanya mengikuti hawa nafsu dan mendatangkan cacat dan cela dalam agamanya. Perkara ini tidak akan dilakukan oleh seseorang, kecuali orang gila. Maka jadilah keadaan mereka lebih buruk jika dibandingkan dengan penyembah berhala.
“Di samping itu mereka juga mengakui bahawa Nabi Isa itu adalah anak Tuhan (Allah). Sedangkan yang lainnya pula berpendapat bahawa Islam itu adalah Allah sendiri dan yang lainnya pula berkeyakinan akan keyakinan triniti (tiga oknum Tuhan tetapi satu). Sesungguhnya Maha Suci Allah dari apa yang mereka katakan.
“Mustahil seseorang yang dilahirkan dari perut ibunya itu menjelaskan tentang nasab keturunan Nabi Isa. Beliau dikatakan sebagai anak dari Nabi Yusuf, padahal Maryam bukanlah isteri Nabi Yusuf. Sayang sekali, mereka sesat dengan membenarkan apa yang dikatakan oleh orang Yahudi.
“Berbeza dengan penjelasan Al-Quran yang agung, yang diturunkan kepada penutup para Nabi. Ia membebaskan Maryam dan Nabi Isa daripada segala sifat tercela. Al-Quran juga menjelaskan bahawa Nabi Isa itu adalah manusia biasa yang tidak berbeza dengan manusia lainnya, hanya dia adalah sebagai Nabi utusan Allah SWT.”
Kepada umat Kristian, Syeikh Abdullah Khalis berseru, katanya:
“Wahai orang-orang yang sedang berada dalam kebingungan, sesungguhnya bangunan agama yang kamu semua dirikan adalah sangat lemah. Lebih lemah daripada sarang labah-labah. Cukuplah hanya sekali hentakan sahaja, maka akan terbukalah kepalsuan agama yang kamu anuti itu.
“Oleh kerana itu, maka palingkanlah diri kamu kepada agama yang dianut oleh umat Islam, iaitu agama orang-orang yang beriman kepada Allah, kepada para MalaikatNya, Kitab-kitabNya serta para RasulNya. Agama kebenaran yang keadaan malamnya sama seperti siang. Aku mengajak kamu semua kepada agama yang terang, yang akan menyelamatkan hidup manusia, baik di dunia mahupun di akhirat kelak.”Sa-Melayu

0 komentar:
Posting Komentar