15 Masjid terbesar dan termegah di dunia

Masjid merupakan tempat ibadah bagi umat Islam. Kewujudannya sangat penting sekali. Malah di beberapa tempat, masjid dibangun dengan cukup besar, harapannya adalah agar mampu menampung jamaah yang ramai semasa beribadah. Ini adalah 15 masjid terbesar di dunia diambil dari dunia kita .

15. Masjid Al-Aqsha di Palestin


Masjid Al-Aqsa awalnya masjid kecil yang dibangun oleh Khulafa ar- Rasyidin, khalifah Umar Bin Khattab, tapi dibangunkan dan diperluaskan kembali oleh Khalifah Bani Umayyah Abdul-Malik Bin Marwan dan diselesaikan oleh puteranya al-Walid Bin Abdul Malik pada tahun 705 Masehi.

Setelah gempa bumi di tahun 746, masjid tersebut benar-benar hancur dan dibangun kembali oleh khalifah Abbasiyah al-Mansur pada tahun 754.

14. Masjid Al-Fath di Bahrain


Masjid Al-Fath, juga disebut sebagai Islamic Center Al-Fath dan Masjid Raya Al Fath, merupakan salah satu daripada masjid terbesar di dunia yang mampu manampung lebih dari 7000 orang jamaah solat dalam waktu yang sama.

Masjid tersebut merupakan tempat ibadah terbesar di Bahrain. Masjid ini terletak di jalan raya Raja Faisal di Juffair, sebuah bandar kecil yang berlokasi di ibu kota Manama.

13. Masjid Sultan Ahmad di Turki

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijQggYo_ca74Vkv8nmCGHr8veME3bi9akqhvCMGB9nZnC_O5Q0XCNisBnBaTgDx_tAE2QxN03ytsQEaF6v6PacHMIqX6lUF0pZXWpo6HzfjjUERBWJejLgLhyphenhyphen8M-j5ELFf5idJWY1ZfCU/s400/MasjidSultanAhmadTurki2.jpghttp://lh6.ggpht.com/_4qHSfCYJVIY/SCP5-neMD_I/AAAAAAAABFg/oNiq-WJyjN0/blue%2520mosque.jpg

Masjid Sultan Ahmad merupakan masjid Nasional Turki, dan merupakan masjid bersejarah di Istanbul, bandaraya terbesar di Turki dan kekalifahan Ustmaniah (Ottoman Empire) dari tahun 1453 – 1923 M.

Masjid ini lebih dikenali sebagai Masjid Biru kerana seramik biru yang menghiasi dinding dan interiornya. Masjid tersebut dibangun antara tahun 1609 dan 1616 M, selama pemerintahan Sultan Ahmad 1.

Seperti kebanyakan masjid-masjid lain, bangunan itu juga terdiri dari kuburan, madrasah dan sebuah hospice. Masjid Sultan Ahmad telah menjadi daya tarik pealncong terkenal di Istanbul.

12. Masjid Negara di Malaysia


Masjid Negara merupakan masjid Nasional di Malaysia, berlokasi di Kuala Lumpur. Masjid tersebut berkapasiti 15,000 orang dan terletak diantara 13 acre (52,000m) dari taman-taman yang indah.

11. Masjid Id Kah di Kasgar, Xinjiang


Masjid Id Kah merupakan masjid yang berlokasi di Kasgar Xinjiang, di bahagian barat China. masjid ini merupakan masjid terbesar di China.

Setiap Jumaat masjid tersebut di penuhi 10,000 orang jamaah dan dapat menampung 20,000 orang jamaah sekaligus.

10. Masjid Baitul Mukharam di Dakha, Bangladesh


Baitul Mukharam merupakan masjid Nasional Bangladesh, berlokasi di Dhaka, ibukota Bangladesh, didirikan pada tahun 1960. Masjid tersebut berkapasiti 30,000 orang, menjadikannya termasuk dalam diantara 10 masjid terbesar di dunia.

Namun, masjid tersebut sentiasa penuh sesak. ini khususnya terjadi semasa bulan suci Ramadhan, yang mengakibatkan pemerintah Bangladesh menambah keluasan pada masjid sehingga meningkatkan kapasitinya menjadi hampir 40,000 orang jamaah.

9. Masjid Jami’ Delhi, India


Masjid Jahan Numa, umumnya lebih dikenali dengan nama Masjid Jami’ Delhi, merupakan masjid utama dari bandar Tua Delhi di India.

Masjid tersebut di bangunkan oleh Raja Mugal Syah Jehan, pembina Taj Mahal, dan selesai pada tahun 1656 AD.
Masjid ini merupakan masjid terbesar dan terkenal di India. terletak di jalan paling sibuk di ibu kota Tua Delhi, Channi Chowk.

8. Masjid Sheikh Zayed di Emiriah Arab Bersatu


Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi merupakan masjid terbesar di Emiriah Arab Bersatu dan masjid ke enam terbesar di dunia.

Masjid ini dinamakan dengan Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, pembina dan Presiden pertama Emiriah Arab Bersatu yang juga di makamkan disana. Masjid tersebut rasmi di buka pada bulan suci Ramadhan tahun 2007.

7. Masjid Badshahi di Lahore ,Pakistan


Masjid Badshahi atau “Masjid Kaisar” di Lahore merupakan masjid terbesar kedua di Pakistan dan di Asia Selatan dan merupakan masjid ke lima terbesar di dunia.

Mampu menampung 10,000 jamaah di ruang solat utama dan 100,000 di halaman dan serambi, masjid tersebut merupakan masjid terbesar di dunia selama kurun waktu 313 tahun (1673-1986) sebelum akhirnya di kalahkan dalam ukuran oleh Masjid Faisal di Islamabad.

6. Masjid Faisal di Islamabad, Pakistan


Masjid Faisal di Islamabad adalah masjid terbesar di Pakistan dan Asia Selatan dan masjid terbesar keenam di dunia. Ini adalah masjid terbesar di dunia sejak tahun 1986-1993 ketika dikalahkan dalam ukuran setelah selesai pembinaan Masjid Hassan II di Casablanca, Maroko.

Keluasan selanjutnya dari Masjidil Haram (Grand Mosque) di Mekah dan Masjid Nabawi (Mesjid Nabi) di Madinah, Arab Saudi selama tahun 1990-an menjadikan Masjid Faisal berada di kedudukan keempat dari segi ukuran.

Masjid Faisal adalah Masjid Nasional Pakistan. Masjid ini memiliki daerah tertutup 5.000 m2 (54.000 sq ft) dan memiliki kapasiti untuk menampung sekitar 300.000 jamaah (100.000 dalam ruang solat utama, halaman dan portico dan 200.000 lainnya di lahan sebelah).

Meskipun ditutupi ruang solat utama lebih kecil daripada Masjid Hassan II di Casablanca. Masjid Faisal memiliki kapasiti terbesar ketiga menampung jamaah dalam pekarangan setelah Masjidil Haram (Grand Mosque) Mekkah, Masjid Nabawi (Mesjid Nabi) di Madinah.

Masing-masing dari empat menara masjid tingginya adalah 80 m (260 kaki) merupakan menara tertinggi di Asia Selatan dengan diameter 10 m. Masjid Faisal ini diberi nama sesuai dengan nama almarhum Raja Faisal bin Abdul Aziz dari Arab Saudi, yang menyokong dan membiayai projek ini.

5. Masjid Hassan II di Casablanca


Masjid Hassan II yang terletak di Casablanca adalah masjid terbesar di Maroko dan masjid terbesar ketiga di dunia setelah Masjidil Haram (Grand Mosque) di Mekah dan Al-Masjid Nabawi (Mesjid Nabi) di Madinah.

Dirancang oleh arkitek Perancis Michel Pinseau dan dibangun oleh Bouygues. Masjid Itu berdiri di sebuah tanjung menghadap ke perairan Atlantik, yang dapat dilihat melalui lantai kaca raksasa. Menara Masjid Hassan merupakan yang tertinggi di dunia mencapai 210 m.

4. Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia


Masjid Istiqlal, atau Masjid Kemerdekaan di Jakarta, Indonesia merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara dari segi kapasiti untuk menampung jumlah orang. Namun dari segi struktur bangunan dan luas tanah, Istiqlal merupakan yang terbesar di Asia Tenggara.

Masjid nasional di Indonesia dibangun untuk memperingati kemerdekaan Indonesia, sebagai rasa syukur atas berkat rahmat Allah; kemerdekaan Indonesia tercapai. Oleh kerana itu masjid nasional di Indonesia ini bernama “Istiqlal”, sebuah kata dalam bahasa Arab untuk “Kemerdekaan”.

3. Masjid Muhammad Ali Pasha di Cairo, Mesir


Masjid Muhammad Ali Pasha atau Masjid Alabaster adalah sebuah masjid yang terletak di dalam Benteng Kairo di Mesir dan dperintahkan di bangunkan oleh Muhammad Ali Pasha antara 1830 dan 1848.

Terdapat di puncak benteng, masjid Utsmani ini, dengan siluet animasi dan dua menara kembar, merupakan masjid yang paling terlihat di Kairo.

Masjid ini dibangun untuk mengenang Tusun Pasha, putera tertua Muhammad Ali, yang meninggal pada 1816. Masjid ini, bersama dengan benteng, adalah salah satu landmark dan tujuan pelancongan di Kairo Mesir dan merupakan salah satu tempat pertama yang akan terlihat ketika mendekati kota dari sisi mana pun.

2. Masjid Nabawi di Madinah, Arab Saudi


Masjid Nabawi yang sering disebut Masjid Nabi, adalah sebuah masjid yang terletak di kota Madinah. Sebagai tempat peristirahatan terakhir dari Nabi Islam Muhammad, dianggap sebagai tempat tersuci kedua dalam Islam Sunni maupun kaum Syiah

Salah satu rekabentuk yang paling terkenal dari mesjid ini adalah Kubah Hijau di tengah-tengah masjid, tempat makam Nabi Muhammad berada.

Perkara ini tidak diketahui dengan pasti bila dibangunkan kubah hijau tetapi naskah menanggalkan pada awal abad ke-12. Kubah ini dikenali sebagai Kubah Hijau Nabi. Para penguasa Islam setelahnya memperluas dan menghiasinya.

Masjid ini aslinya adalah sebuah bangunan terbuka. Reka bentuk dasar bangunan telah ditiru dalam pembangunan masjid lain di seluruh dunia. Masjid ini juga berfungsi sebagai pusat kegiatan masyarakat, pengadilan, dan sebuah sekolah agama.

Dalam Islam Haram hukumnya membuat makam di dalam masjid, jadi Masjid Nabawi bukan tempat peristirahatan terakhir dari Rasullullah Muhammad. Akan tetapi akibat dari perluasan masjid menjadikan makam Rasullullah Muhammad berada di dalam Masjid. Makam Rasullullah Muhammad berada di dalam kamar beliau di rumahnya yang berada di sebelah masjid pada masa itu.

1. Masjidil Haram di Mekah, Arab Saudi


Masjidil Haram atau Masjid Suci, adalah masjid terbesar di dunia. Terletak di kota Mekah Saudi Arabia, masjid tersebut mengelilingi Ka’bah, tempat orang Muslim menghadap di waktu solat sehari-hari dan dianggap sebagai tempat tersuci di bumi oleh umat Islam.

Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Agung. Masjid ini memiliki kawasan mencukupi seluas 400.800 meter persegi (99,0 hektar) termasuk luar dan dalam ruang berdoa dan dapat menampung sehingga 4 juta jamaah semasa musim haji. duniakitainfo

7 binatang bersuara kuat

Binatang menghantar maklumat untuk alasan-alasan yang sangat spesifik, seperti untuk tanda bahaya atau untuk mengawan.

Beberapa panggilan tersebut begitu keras dapat melalui air atau melalui pokok-pokok dalam jarak yang jauh untuk sampai ke penerima mereka, seperti binatang berikut.

1. Paus Biru


Suara paus biru adalah yang paling kuat di bumi, dengan kekuatan 188 desibel, jika kita bandingkan dengan konsert rock yang rata-rata hanya mencapai 100 desibel, maka ini hampir dua kali ganda.

Paus biru jantan biasa menggunakan suara kuatnya untuk menarik pasangan yang jaraknya ratusan mil jauhnya.

2. Howler Monkey


Binatang ini ditemui di hutan Hujan Amerika. Boleh membesar sehingga mencapai tinggi 4 kaki dan biasa hidup berkumpulan.

Lolongan monyet ini boleh didengari sehingga 10 mil, dan masuk rekod guinness sebagai the loudest land animal.

3. Gajah


Ketika gajah memijakkan kakinya,getaran boleh didengari sehingga 20 mil melalui tanah. Sebagai informasi gajah juga melakukan komunikasi melalui kaki yang dihasilkan getaran tersebut.

Kajian di afrika mengidentifikasi gajah menghantar maklumat untuk peringatan, untuk menyapa dan untuk mengumumkan..”Let’s go..”.

Suara ini berkekuatan 80-90 desibel, lebih kuat daripada kebanyakan manusia bertempik.

4. North American Bullfrog


Namanya berasal dari suara kuatnya, teriakan jauh yang dikeluarkan katak jantan. Suaranya boleh didengari hingga satu setengah mil jauhnya, membuat mereka jauh lebih besar dan lebih ganas daripada sebenarnya.

Untuk membuat suara beresonansi yang digunakan untuk panggilan mengawan, katak jantan mengepam udara bolak-balik antara paru-paru dan mulut dan diseberang pita suaranya.

5. Hyena

Jika anda kebetulan mendengar suara tertawa atau melihat hyena, kami sarankan anda meninggalkan tempat itu.

Hyena membuat staccato, serangkaian suara hee-hee-hee bernada tinggi atau disebut “cekikikan” oleh ahli zoologi ketika mereka sedang terancam, dikejar, atau diserang. Tawa mengganggu ini boleh didengari hingga lapan mil jauhnya.

6. Singa Afrika


Mungkin adalah binatang yang suaranya paling dikenali, raungan singa jantan digunakan untuk memburu saingan dan untuk menunjukan dominasi.

Sedangkan singa betina meraung untuk melindungi anaknya dan menarik perhatian singa jantan. Auman singa yang didengari boleh mencapai 5 mil jauhnya.

7. Northern Elephant Seal Bull


Sepanjang garis pantai California, hidup gajah laut berwajah aneh, dengan moncong besar dan bergerak terhuyung-huyung.

Ketika tiba waktunya untuk mengawan, yang jantan mengeluarkan panggilan serupa dengan suara gajah.

Panggilan ini dapat didengari untuk beberapa mil, memungkinkan jantan dan betina yang dekat tahu siapa yang berkuasa.einsteinanakcerdas

Arak menjadi madu

Sujud

Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa kendi.

Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Omar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?"

Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu.

Walhal benda itu ialah khamar. Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus minum arak.

Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama itu.

Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang ditegah oleh agama itu.

Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini berisikan madu."

Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu.

Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.

Allah Taala berfirman,

"Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardu dan sunatnya selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'.

Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?"

Jawab Rasulullah, "Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! "kisah teladan


Tikus dalam lubang dubur pemuda tetapi bukan Si Saifool


Dua tiga hari ini puak-puak Umno, Perkasa, GAPS dan beberapa NGO Melayu ciptaan Umno mengadakan demo menuntut DSAI menyerahkan DNAnya.

Walaupun hanya beberapa orang yang berdemo tetapi mendapat liputan meluas dari media massa arus perdana. Malah tidak ada seorang pun antara mereka ditahan polis. Berlainan jika demo anjuran PR pasti ada yang ditangkapnya.

Entah apa yang merasuk Umno bersungguh hendak dapatkan DNA DSAI sedangkan semua itu masih dalam proses perbicaraan mahkamah. Mereka melolong, memaki, menjerit hanya kerana lubang dubur Si Saifool.

Apa yang menariknya lubang dubur Si Saifool sehingga menjadi peransang kegilaan Umno untuk berdemo kerana lubang dubur itu?

Rupanya, ada istimewanya lubang dubur sehingga Umno bersemangat terhadapnya. Bukan sahaja Umno tikus juga minat dengan lubang dubur seorang pemuda. Ini terbukti dalam berita yang tersiar dalam akhbar di Amerika Syarikat. Bacalah.........

Seorang pemuda mabuk yang menceroboh masuk ke sebuah rumah di South Carolina, Amerika Syarikat (AS), ditemui dengan seekor tikus tepat di dalam lubang duburnya.

Polis sebelumnya berusaha keras untuk menangkap pemuda itu kerana memikirkan beliau sering mengamuk pada masa polis hendak mententeramkannya.

Polis bahkan kerap ditampar, ditendang malah digigit pemuda yang sedang mabuk tersebut. Demikian diberitakan Associated Press.

Pihak berkuasa memberitahu Noah Smith menceroboh masuk secara paksa ke rumah orang dan mulai mengamuk dengan melempar barang-barang yang ada di dalamnya.

Pada masa polis menemui pemuda berusia 31 tahun itu memang dalam pengaruh ubat.

Semasa menangkapnya, polis terpaksa menutup kepalanya dengan selimut agar tidak menggigit polis. Malah beliau terpaksa diikat seperti orang sakit jiwa, kerana amarahnya yang berlebihan.


Tetapi yang membuat polis terkejut adalah penemuan seekor tikus di lubang duburnya. Semasa dibawa ke hospital, petugas perubatan melihat buntut tikus tergantung di lubang dubur pemuda itu.

Semasa dilakukan sinar rontgen, ternyata di dalam lubang duburnya itu ada seekor tikus hidup.

Smith mengaku kepada pembantu perubatan bahawa beliau tidak ingat apa yang terjadi. Ia juga tidak ingat pergelutannya dengan anggota polis.

Smith di dakwa atas tuduhan menolak untuk ditangkap, menyerang, mengamuk dan perbuatan tidak senonoh.okezone


Kisah wanita kafir dan limau

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiifbPQLDxQg9X3O8cACijzWSy11uDEJV61OeRCLyA4uJg-97V1QI03h8bRDXlfRR-okyYxvdTTD9hzHdGSHY5pXDpt70cQiUvFDgH6Iy4NppUtJRsVB_9xDT2ESiKEUkPfPDKPKehRPuc/s1600/limau.jpg

Gambar hiasan

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.

Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.


Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan

"Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula.

Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu.

Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.Kisah Teladan

Ariel Sharon : Dulu zalimi rakyat Palestin kini menjadi bangkai bernyawa

http://buletinonline.net/images/stories/berita43/ariel.jpgKaum yang keji dan ganas serta zalim. Kaum pembunuh dan penumpah darah manusia. Kalau nabi disembelih, digergaji disula dan dibakar... apalah sangat manusia lain.

Kini penerus kezaliman itu akan terus muncul. Terbaru, Anak sulung bekas Perdana Menteri Rejim Zionis Israel Ariel Sharon mengusulkan untuk membakar bangsa Arab.

Laman al-Islam al-Youm melaporkan, Gilad Sharon putra sulung pembunuh kem Pelarian Palestine Sabra dan Shatila dalam sebuah wawancara dengan akhbar Yediot Aharonot mengatakan, orang-orang Arab harus dibakar.

Dia menyatakan, pengepungan atas orang-orang Arab dan Palestin harus diperketat. Gilad Sharon adalah putra Ariel Sharon yang melakukan kejahatan kemanusiaan dengan membunuh 3500 orang di kem pelarian Palestine Sabra dan Shatila tahun 1982. Beliau merupakan Perdana Menteri Israel dari 7 Mac 2001 hingga 14 April 2006.

Sepanjang tempoh itu Ariel Sharon telah banyak merosakkan bumi Palestin. Banyak air mata yang telah mengalir kerana kezalimannya. Ramai pejuang yang telah terkorban kerana kekejamannya.

Anak-anak kecil Palestin perlu mengenal erti keganasan, peperangan kerana sikap kejam Ariel Sharon. Hari ini, Ariel Sharon bagaikan mayat hidup selepas 4 tahun koma.

Sehinggakan media di seluruh dunia terutamanya media barat berasa malu untuk menerbitkan gambar-gambar keadaan Ariel Sharon yang ada pada hari ini.

Kini Ariel Sharon yang berusia 81 tahun dikatakan mempunyai berat sekitar 15 kg sahaja (gambar). Doktor yang merawatnya mengatakan Ariel Sharon akan terus koma sehingga umur 90 tahun.


Beliau dah jadi umpama mumia firaun. Terpenjara dalam jasad yang sudah membusuk. Kini mewariskan perangai jahat dan kejam kepada anaknya pula. Sama seperti firaun membakar rakyatnya dalam parit berapi… kini Gilad Sharon nampaknya bakal menjadi firaun baru.

Tidak cukupkah peringatan Allah terhadap golongan ini. Rupanya tak menghentikan kerakusan dan kejahatan mereka. Sementara itu, dilaporkan bahwa tentara dan penjajah Zionis menyerang warga Palestine yang sedang menunaikan sembahyang di Masjid Aqsa.


Serangan yang terjadi Ahad baru-baru ini menyebabkan kecederaan dikalangan jamaah solat. Laporan lainnya menyebutkan bahwa tentara Zionis juga menyerang sebuah daerah di dekat kota Selfit, Tepi Barat Sungai Jordan.

Satu bangsa yang tak mempedulikan orang lain. Herannya! mana Pertubuhan Keselamatan Bangsa Bersatu PBB? OIC? adakah kerana mereka Yahudi & Nasara, mereka diam membisu? Adakah kerana mereka Islam, maka tiada nilai nyawa dan darah mereka?BO


Kisah aneh semasa menguruskan jenazah

http://pakarhowto.com/wp-content/uploads/2010/05/jenazah.jpg
Gambar Hiasan

Ini adalah kisah benar, kisah proses pengebumian seseorang di sebuah bandar di Jawa Timur. Nama dan alamat sengaja tidak disebutkan untuk menjaga nama baik jenazah dan keluarga yang ditinggalkan. Insya Allah kisah ini menjadi hikmah dan cermin bagi kita semua sebelum ajal menjemput.

Kisah ini diceritakan langsung oleh seorang Modin (pengurus jenazah) kepada saya. Dengan gaya bertutur, selengkapnya ceritanya begini :


Saya terlibat dalam pengurusan jenazah lebih dari 16 tahun, berbagai pengalaman telah saya lalui, sebab dalam jangka atau kurun waktu tersebut macam-macam jenis mayat sudah saya tangani. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.

Bagaimanapun, pengalaman mengurus satu jenazah seorang yang kaya serta berpengaruh ini, menyebabkan saya dapat kesempatan 'istimewa' sepanjang hidup. Inilah pertama kali saya bertemu cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekaligus memberikan banyak hikmah.

Sebagai Modin tetap di kampung, saya diminta oleh anak almarhum mengurus jenazah bapanya. Saya terus pergi ke rumahnya. Ketika saya tiba sampai ke rumah almarhum tercium bau jenazah itu sangat busuk.

Baunya cukup memualkan perut dan menjijikan. Saya telah mengurus banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini. Ketika saya lihat wajah almarhum, sekali lagi saya tersentuh.

Saya tengok wajahnya seperti dirundung oleh macam-macam perasaan takut, cemas, kesal dan macam-macam. Wajahnya seperti tidak mendapat nur dari Allah SWT.


Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak almarhum dan saya potong. Secara kebetulan pula, disitu ada dua orang yang pernah mengikuti kursus "fardu kifayah" atau pengurus jenazah yang pernah saya ajar. Saya ajak mereka mambantu saya dan mereka setuju.


Tetapi selama memandikan mayat itu,kejadian pertama pun terjadi, sekadar untuk pengetahuan pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut-urut untuk mengeluarkan kotoran yang tersisa. Maka saya pun urut-urut perut almarhum. Tapi apa yang terjadi, pada hari itu sangat mengejutkan.


Allah SWT berkehendak dan menunjukkan kekuasaannya kerana pada hari tersebut, kotoran tidak keluar dari dubur akan tetapi melalui mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang terjadi di depan saya ini?

Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan kotoran, saya harap hal itu tidak terulang lagi kerana saya mengurut perutnya untuk kali terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah SWT berlaku, ketika saya urut perutnya keluarlah dari mulut mayat itu kotoran bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup.

Ulat itu adalah seperti ulat kotoran (belatung). Padahal almarhum meninggal dunia akibat diserang jantung dan waktu kematiannya dalam tempoh yang begitu singkat mayatnya sudah menjadi demikian rupa ? saya lihat wajah anak almarhum.


Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapanya,kemudian saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejut dan panik.

Saya katakan kepada mereka,"Inilah ujian Allah terhadap kita". Kemudian saya minta salah satu seorang dari pada pembantu tadi pergi memanggil semua anak almarhum.


Almarhum pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, kesemuanya laki-laki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di rumah. Ketika semua anak almarhum masuk,saya nasihati mereka.

Saya mengingatkan mereka bahwasanya tanggung jawab saya adalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka,bukan menguruskan semuanya,tanggung jawab ada pada ahli warisnya.


Sepatutnya sebagai anak, mereka yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu,bukan hanya iman,hanya bilal,atau guru. Saya kemudian meminta izin serta bantuan mereka untuk menunggingkan mayat itu.

Takdir Allah ketika ditunggingkan mayat tersebut,tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup, hampir sebaskom banyaknya. Baskom itu kira-kira besar sedikit dari penutup saji meja makan.

Subhanallah suasana menjadi makin panik. Benar-benar kejadian yang luar biasa sukar diterima akal fikiran manusia biasa. Saya terus berdoa dan berharap tidak terjadi lagi kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya memandikan kembali mayat tersebut dan saya ambilkan wudhu. Saya meminta anak-anaknya kain kafan.


Saya bawa mayat ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu terkecuali waris yang terdekat sebab saya takut kejadian yang lebih aib akan terjadi. Peristiwa apa pula yang terjadi setelah jenazah diangkat ke bilik dan hendak dikafani, takdir Allah jua yang menentukan.

Ketika mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu hanya cukup menutupi hujung kepala dan kaki tidak ada lebih, maka saya tak dapat mengikat kepala dan kaki. Tidak keterlaluan kalau saya katakan ia seperti kain kafan itu tidak mahu menerima mayat tadi.

Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil pula kain, saya potong dan tampung di tempat-tempat yang kurang.Memang kain kafan jenazah itu jadi sambung-menyambung, tapi apa mau dikata, itulah yang dapat saya lakukan.

Dalam waktu yang sama saya berdoa kepada Allah "Ya Allah, jangan kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hamba-Mu ini."


Selepas itu saya beri taklimat tentang solat jenazah tadi, satu lagi masalah timbul, jenazah tidak dapat dihantar ke tanah pekuburan kerana tidak ada kereta jenazah/mobil ambulance.

Saya hubungi kelurahan, pusat Islam, masjid, dan sebagainya, tapi susah. Semua sedang digunakan, beberapa tempat tersebut juga tidak mempunyai kereta jenazah lebih dari satu kerana kereta yang ada sedang digunakan pula.


Suatu hal yang saya fikir bukan sekedar kebetulan. Dalam keadaan itu seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk mengeluarkan van/sejenis kereta pick-up dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van.

Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu dirumah almarhum, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata dikhalayak ramai:

"Mas, saya tidak benarkan kereta kita ini digunakan untuk angkat jenazah itu, sebab semasa hayatnya dia tidak pernah mengizinkan kita naik keretanya."

Renungkanlah kalau tidak ada apa-apanya,tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan yang punya van itu membawa kembali vannya.


Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mengaku dia anak murid saya. Dia meminta izin saya dalam 10-15 minit membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu,muncul kereta tersebut, tapi dalam keadaan basah dibasuh.

Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya lori. Dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam ke pasar,dalam perjalanan menuju kawasan pekuburan.

Saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya masyarakat tidak usah membantu kami menguburkan jenazah,cukup tinggal di camping saja akan lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi, takdir Allah yang terakhir amat memilukan.


Sesampainya Jenazah tiba di tanah pekuburan, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang dan tiga lagi menurunkan jenazah.

Allah berkehendak semua atas makhluk ciptaan-Nya berlaku, semasa jenazah itu menyentuh ke tanah tiba-tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah tanah yang pada asal mulanya kering.


Hari itu tidak ada hujan, tapi dari mana datang air itu? sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak almarhum, supaya jenazah bapa mereka dikemas dalam keranda dengan hati-hati.

Saya takut nanti ia terlentang atau telungkup na'udzubillah. Kalau mayat terlungkup, tak ada harapan untuk mendapat syafa'at Nabi. Papan keranda diturunkan dan kami segera timbun kubur tersebut.

Selepas itu kami injak-injak tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap/ambrol. Tapi sungguh menghairankan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi lecak. Saya tahu, jenazah yang ada di dalam telah tenggelam oleh air hitam yang busuk itu.


Melihat keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak almarhum supaya berhenti menginjak tanah itu. Tinggalkan lobang kubur 1/4 meter.

Maksudnya kubur itu tidak ditimbus hingga ke permukaan lubangnya, tapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak bacakan talqin, saya lihat tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air.


Masya Allah, dalam sejarah peristiwa seperti itu terjadi. Melihat keadaan itu, saya ambil keputusan untuk selesaikan penguburan secepat mungkin.


Sejak lama terlibat dalam penguburan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talqimkan. Saya bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas.

Setelah saya pulang ke rumah almarhum dan mengumpulkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri almarhum, apakah yang telah dilakukan oleh almarhum semasa hayatnya.


1. Apakah dia pernah menzalimi orang alim ?

2. Mendapat harta secara merampas,menipu dan mengambil yang bukan haknya?
3. Memakan harta masjid dan anak yatim ?
4. Menyalahkan jabatan untuk kepentingan sendiri ?
5. Tidak pernah mengeluarkan zakat, sedekah atau infaq ?

Isteri almarhum tidak dapat memberikan jawabannya. Memikirkan mungkin dia malu Untuk memberi tahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah. Tapi sedihnya hingga sekarang, tidak seorang pun anak almarhum menghubungi saya.

Untuk pengetahuan umum, anak almarhum merupakan orang yang berpendidikan tinggi hingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun.

Peristiwa ini akan tetap saya ingat. Dan kisah ini benar-benar nyata bukan rekaan. Semua kebenaran saya kembalikan kepada Allah SWT pencipta alam ini.


Kepada kita semua pembaca setia renungan Media Informasi ini, tanyalah diri kita akankah kita menginginkan peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu, bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita ?


Renungkanlah...

Pada akhirnya setelah semalam merenungkan artikel ini dalam hati terbit do'a: "Ya Allah jauhkanlah Aku dan keluargaku dari peristiwa itu dan peristiwa yang semacam dengan itu. Ya Allah jauhkanlah Aku dan keluargaku dari akhlaq yang menjadikan peristiwa itu dan peristiwa yang semacam dengan itu."

Wassalamu'alaikum.


Untuk saudara-saudaraku yang kucintai kerana Allah...kirimkan berita ini kepada saudara-saudara kita yang lain untuk mengingatkan diri kita semua untuk selalu memperbaiki semua amalan dalam diri kita dan kita adalah mahluk yang lemah dimana apapun yang Allah inginkan tiada yang dapat menghalangiNya.


Sumber:

- Peristiwa aneh dari sebuah jenazah oleh Sugeng Marjoko (LOC II)
- majalah.hidayatullah.com

10 binatang yang pernah ke luar angkasa

Sebelum Yuri Gagarin mencipta sejarah dengan menjadi orang pertama di luar angkasa pada 12 april 196, suatu percubaan yang panjang astronot non-manusia sudah diluncurkan ke atmosfera untuk menentukan apakah bentuk kehidupan boleh bertahan hidup di luar angkasa.

 
Bahkan setelah misi luar angkasa berawak menjadi prosedur biasa, pelbagai binatang terus digunakan untuk eksperimen ruang angkasa. Para astronot binatang telah berperanan dalam membantu manusia berhasil dalam perjalanan antariksa, inilah 10 binatang berjasa tersebut.

10. Tikus


Tikus pertama di ruang angkasa, pada bulan februari tahun 1961,Perancis mengirimkan tikus bernama hector ke ruang angkasa. Setelah terbang ke ketinggian 93 mil, hector dapat kembali dengan selamat.

9. Marmut


Marmut yang pertama kali ke luar angkasa terbang dengan pesawat ruang angkasa sputnik 9 soviet pada tanggal 9 mac 1961, bersama dengan seekor anjing bernama chernushka, seorang kosmonot bernama ivan ivanovich dummy, dan berbagai jenis tikus dan reptila. 
 
Ivan dapat kembali ke bumi dengan selamat dan begitu juga dengan binatang lain. Pada tanggal 5 oktober 1990, China meluncurkan biosatellite fsw-1 3 berisi koleksi dari 60 tanaman dan binatang termasuk marmut. Setelah lapan hari, biosatellite telah berjaya ditemui dengan selamat.
 

8. Kadal air


Misi The Bion 7 (1985) membawa 10 kadal air Liberia di dalamnya, bersama dengan serangkaian spesimen biologi lainnya (termasuk dua monyet). 
 
Dalam rangka untuk memberikan pemahaman tentang luka dan tingkat regenerasi dalam ruang angkasa, kadal air malang itu dilukai di bahagian dari kaki depan mereka. 
 
Para pengkaji mengamati bahawa kadal air mampu beregenerasi secara signifikan lebih cepat di ruang angkasa. Kadal air diikutsertakan pada penerbangan Bion lain. 
 
Mereka juga telah digunakan untuk eksperimen di Columbia (1994), misi foton-m2 (2005), ruang unit jepun flyer (1995), dan mir space station.

7. Katak


Pada tahun 1970, Nasa meluncurkan sesuatu yang disebut program Orbiting Frog Otolith dengan mengirimkan dua katak ke orbit (otolith kata yang mengacu pada suatu mekanisme telinga-dalam untuk mengawal keseimbangan). 
 
Percubaan OFO dikembangkan sehingga para ilmuwan boleh menentukan bagaimana otolith yang disesuaikan dengan bobot. Katak berada di ruang angkasa dari 9-15 November dan percubaan itu berjaya. 
 
Pengkaji dapat mengumpulkan data neurofisiologis yang mereka inginkan, tetapi sayangnya pesawat tidak dapat ditemui kembali setelah mendarat.

6. Ikan


Jenis ikan pertama di ruang angkasa iaitu mummichog, spesimen air yang seringkali digunakan untuk projek-projek pengkajian kerana kemampuannya untuk bertahan hidup di kondisi ekstrim. Sepasang mummichog menyertai Misi Skylab 3 (1973) untuk memberikan informasi lebih lanjut tentang organ otolith.

5. Kura-Kura


Pada tanggal 15 September 1968, Kesatuan Soviet meluncurkan pesawat ruang angkasa Zond 5 dengan muatan biologi yang termasuk dua ekor kura-kura. 
 
Pada tanggal 18 September, Zond 5 membuat putaran di sekitar bulan dan selamat kembali ke bumi pada tanggal 21. Kura-kura mengalami sedikit penurunan berat badan, tetapi itu sudah sangat jauh lebih baik daripada meletus dalam api dan terbakar sampai mati saat peluncuran. 
 
Misi Soviet Soyuz 20 (17 November 1975 – 16 Februari 1976) kura-kura disimpan di ruang angkasa selama 90,5 hari, menjadi rekor durasi terlama untuk binatang.

4. Kucing


Tidak puas dengan hanya meluncurkan tikus pertama ke ruang angkasa, Perancis memutuskan mereka juga mengirimkan kucing pertama di bulan pada Oktober tahun 1963. 
 
Mereka menemuki kucing tersebut di jalanan, dan menamainya Felix, dengan sebuah roket AGI Véronique, mereka meluncurkannya ke angkasa. Dan ya, kucingnya kembali dengan selamat. Perancis mendapatkan penghargaan ” Kucing Pertama di Ruang Angkasa”.

3. Labah-Labah

Pada tahun 1973, misi Skylab 3 membawa sepasang labah-labah ladang Eropah bernama Arabella dan Anita untuk pertama kalinya. 
 
Projek “labah-labah ruang angkasa” adalah sebuah projek percubaan sains yang berasal dari impian seorang mahasiswa bernama Judy Miles, dan gagasan ini berguna untuk mengamati bagaimana bobot dan gravitasi luar angkasa akan mempengaruhi konstruksi dari jaring labah-labah. 
 
Kedua laba-laba berhasil memintal jaring, Arabella yang pertama kali selesai. Para ilmuwan kemudian menetapkan bahawa meskipun terdapat perbezaan jaring ruang dan ketebalan, mereka memiliki kualiti yang lebih baik secara keseluruhan. 
 
Kedua labah-labah mati di ruang angkasa disebabkan dehidrasi, tubuh mereka sekarang dipamerkan di Smithsonian.

2. Monyet


Peluncuran Air Force Aeromedical Laboratory “Albert” (Juni 1948 –Ogos 1950) di White Sands, NM adalah eksperimen pertama yang menggunakan primata. 
 
Albert, pertama diluncurkan pada tanggal 11 Jun 1948. Sayangnya dia tidak dapat bertahan hidup (sebenarnya, ia bahkan tidak sampai ke ruang angkasa). 
 
Barulah pada tanggal 14 Jun 1949, Albert II menjadi monyet pertama dalam ruang angkasa ketika ia mencapai ketinggian 83 mil.

1. Anjing


Soviet lebih memilih untuk menggunakan sepasang anjing betina liar untuk eksperimen ruang angkasa mereka pada tahun 50-an dan 60-an. 
 
Kebanyakan dari penerbangan mereka berhasil, dan beberapa anjing telah terbang lebih dari sekali. Pada tahun 1951, Dezik dan Tsygan menjadi anjing pertama yang bertahan hidup di luar angkasa. 
 
Sayangnya, Dezik mati dalam peluncuran berikutnya. 2 anjing dari Soviet, Belka dan Strelka (bersama dengan kelinci, dua tikus, dan spesimen biologi lainnya) pertama mencapai luar angkasa bersama Sputnik 5. 
 
Salah satu jenis anjing Strelka yang kemudian diberikan sebagai hadiah kepada anak Presiden Kennedy.apakabardunia


Kisah lelaki menghukum bayang-bayang

http://1.bp.blogspot.com/_NtiPnFxaCAo/TGQQ67AbLDI/AAAAAAAAAZ8/-ye_kZA5T_4/s640/bayang1.jpg

Seorang lelaki telah bermimpi menggauli seorang perempuan di dalam tidurnya sehingga junub. Dia merasa puas dan bangga walaupun hanya bermimpi.

Kebetulan pula perempuan yang dimimpikan itu sudah punya anak lelaki yang sudah dewasa. Maka pergilah dia kepada anak lelaki itu dan memberitahukan mimpinya.

"Aku bermimpi telah berjunub bersama ibumu." kata lelaki yang bermimpi.

Anak lelaki itu marah-marah kerana merasa lelaki yang bermimpi itu telah mencabuli ibunya.

"Kalau begitu engkau telah berbuat jahat, engkau mesti dihukum." kata anak lelaki itu membela ibunya.

"Aku kan hanya bermimpi....."

Kedua-dua lelaki itu bertengkar yang berkepanjangan. Yang bermimpi mengatakan tidak bersalah, sedang anak kepada perempuan yang dimimpikan menganggapnya salah.

Akhirnya mereka membawa masaalahnya kepada Ali bin Abi Talib untuk mencari keadilan.

"Lelaki ini mengaku telah bermimpi menggauli ibuku." "Betulkah itu?" tanya Ali.

"Betul." jawab lelaki yang bermimpi.

"Dia mesti dihukum kerana telah berbuat jahat."

"Aku hanya bermimpi..."

"Baiklah, engkau bawa lelaki yang bermimpi ini dan berdirikan di bawah sinar matahari. Kemudian kau pukullah bayang-bayangnya." kata Ali bin Abi Talib.mushahidah

Kisah binatang menyelamatkan manusia

Kucing menyelamatkan rumah dari kebakaran


Dianne Busscher terbangun dari tidur pada jam 4:45 oleh jeritan kucing. Busscher terbangun untuk melihat apa yang menyebabkan kucingnya menjerit.
Apa yang dilihatnya adalah asap dan api, cepat-cepat ia menyambar kucing dan bergegas kembali ke dalam untuk membangunkan suami dan kelima anak mereka.
Ikan lumba-lumba menyelamatkan remaja yang tenggelam

Davide Ceci berumur 14 tahun dan tidak boleh berenang ketika ia jatuh dari perahu bapanya di selatan-timur Italia. Filippo telah menjadi daya tarikan pengunjung, popular dari Manfredonia di selatan-timur Itali selama dua tahun.
Sementara Ceci Emanuele telah menyedari anaknya telah jatuh ke dalam ombak, Filippo menarik dia keluar dari air untuk diselamatkan.
Davide Signora ibu Ceci berkata: “Sebuah pahlawan, nampaknya tidak mungkin binatang boleh melakukan sesuatu seperti itu,dan merasakan asing untuk menyelamatkan kehidupan manusia.”
Filippo telah hidup di perairan Manfredonia sejak ia terpisah dari pusat penjagaan ikan lumba-lumba.Jadi tidak hairan ia boleh melakukan hal yang luar biasa untuk menyelamatkan manusia.
 
Anjing menyelamatkan wanita di sungai

Brenda Owen telah cepat-cepat pergi keluar untuk ia melihat sebuah kurusi roda di tepi sungai, ia melihat seorang wanita terapung di sungai.
Dia memanggilnya tapi tidak ada jawapan dia mengatakan kepada anjingnya, Penny, untuk “Ambil! Fetch! “
Tanpa ragu-ragu anjing itu berlari ke sungai, berenang ke wanita itu dan menariknya ke pantai. Brenda berkata bahwa Penny anjing yang sangat patuh,walaupun sudah berumur 10 tahun dia masih sangat sihat.

Anjing menyelamatkan budak lelaki dari ular

Di Texas, pada tahun 1982, seorang anak berusia 2 tahun sedang berjalan bersama neneknya.

Mrs Sparks ,ibu dari Balita ini menembak seekor ular yang mendekati anaknya tetapi sebelum itu anjingnya yang bernama ARF menggigit dan mencakar ular tersebut daripada mematuk kanak-kanak itu.
Kesan pergelutan itu mengakibatkan ARF perlu mendapat rawatan di klinik veterinar selama 24 hari.

Lembu Watusi menyelamatkan perempuan dari ular

Janice Wolf berada di belakang padang rumput yang beroperasi di Arkansas ketika berusia 11 bulan . Secara tiba-tiba Lembu Watusi tiba-tiba berbalik dan menghalangi jalannya, ia tidak faham mengapa lembu itu berkelakuan demikian, jadi dia memegang tanduknya dan cuba menariknya.
Pada masa itulah dia melihat seekor ular tembaga di tanah. Ular Tembaga mempunyai bisa yang biasanya tidak bahaya bagi orang dewasa, namun boleh memberi kesan untuk dirinya kerana ia lebih sensitif terhadap gigitan serangga di masa lalu

Ikan lumba-lumba menyelamatkan peluncur dari ganasnya ikan hiu

Pada suatu hari yang panas di bulan Ogos, Todd Endris, pemilik Aquarium Monterey memutuskan untuk pergi meluncur dengan beberapa temannya.
Semasa beluncur,ikan hiu setinggi 15 kaki muncul. Hiu tersebut cuba menggigitnya, sehingga ia kehilangan banyak kulit di punggungnya, tiba-tiba ikan lumba-lumba keluar dan membentuk lingkaran pelindung di sekelilingnya.
Ikan lumba-lumba mengambil masa yang lama menghalang ikan hiu di teluk untuk melindungi Todd dan segera kembali ke pantai untuk menerima pertolongan kecemasan.
Anjing Pit bull menyelamatkan perempuan yang sedang diserang

Pada tahun 2008 seorang wanita dan anak laki-laki muda sedang berjalan dari tempat bermain; ketika mereka memasuki tempat parkir seorang laki-laki memegang pisau mendekati mereka dan mengatakan kepada mereka agar menyerah.
Anjing Pit bull besar berlari entah dari mana datangnya dan menyerbu orang itu dengan dan seketika mereka melarikan diri.
Pengawas binatang mengatakan mereka tidak tahu apa niat orang tersebut tapi itu sangat mungkin bahawa anjing Angela menyelamatkan Angela dan hidup anak-anaknya.

Gorila menyelamatkan budak lelaki yang sedang diserang

Pada 16 Ogos 1996 di Brookfield Zoo, seorang anak lelaki berusia 3 tahun jatuh ke dalam kandang Gorilla dan tidak sedarka diri.
Binti Jua Lowland Gorilla betina, menjaga anak lelaki itu dari serangan Gorila lain di kandang, ia kemudian memeluk dia di lengannya (sementara dia sendiri bayi berusia 17 bulan) dan membawanya agar penjaga boleh mengambil dia.
Pada 31 Ogos 1986 di Zoo Jersey anak 5 tahun jatuh ke kandang Gorilla dan tidak sedarkan diri. Gorilla jantan yang besar bernama Jambo berdiri menjaga anak lelaki itu dan tidak mengizinkan gorila lain untuk datang dekat.
Ketika anak itu terbangun dan mulai menangis semua Gorila mundur dan penjaga zoo (bersama dengan ambulans) dapat mengambil anak tersebut dengan selamat.

Ikan lumba-lumba menyelamatkan penyelam dari serangan ikan hiu

Niccy, dan dua kawanyanya berada pantai dekat Samudera Whangarei di Pulau Utara Selandia Baru, ketika sekumpulan ikan lumba-lumba tiba-tiba muncul.
Ikan Lumba-lumba tersebut mulai menggiring manusia; mereka mendorong mereka berempat bersama-sama dan membentuk lingkaran di sekitar mereka.
Howes cuba menjauhi dari kumpulan itu, tetapi dua ekor ikan lumba-lumba yang lebih besar menggiring dia kembali pada waktu yang sama ia melihat seekor ikan hiu putih besar setinggi 10 kaki menuju ke arahnya.
“Saya hanya berundur,” katanya. “Itu hanya kira-kira dua meter dari saya,Lumba-lumba tersebut membentuk lingkaran hanya untuk melindungi kami. “
Anjing Treo membantu mencari bom

Anjing Treo mendengus menjumpai dua bom tersembunyi di Kawasan Helmand, dan berjaya menyelamatkan banyak nyawa, dan sekarang pada usianya yang lapan tahun memang layak dipuji.

Penjaganya, Sersan David Heyhoe, telah bekerja dengannya selama 5 tahun dan Treo sekarang binatang peliharaan keluarga.
Di England, Treo baru-baru ini di beritakan untuk memenangi penghargaan Dickin Medal, binatang yang setara dengan Victoria Cross. Beberapa dari mereka yang mendapat penghargaan ini berjumlah sebanyak 26 ekor anjing.Kaskus-us