Salam,
Sepuluh hari tiada internet menyebabkanbanyak maklumat tentang program di kawasan penulis tak diketahui. Tiadainternet bukan kerana talian di negara orang putih ini teruk tapi keranapenulis pindah rumah jadi ambil masa untuk dapat sambungan internet kembali.
Blog ini serta blog, web dan facebookjamaah kawasan juga tak diupdate selama10 hari. Sebelum tu penulis tahu akan ada program Hempap pemuda negeri dikawasan penulis , akan ada program lujnah kebajikan di kawasan orang Tionghuadan akan ada lawatan anjuran DHPP kawasan ke Kelantan.
Bila dah ada internet baru dapat maklumatprogram-program ini. Bila tengok gambar dan berita di SINI, program Hempapmemang berjaya kumpulkan ribuan pemuda. Cumanya, keadaan cuaca yang hujan padadua malam ceramah menyebabkan ceramah kurang sambutan.
Namun , himpunan pemuda pada siang harimemang berjaya. Rasa ruginya penulis tak dapat bersama buat kerja dengan pemudakawasan untuk jayakan program itu.Memang patut pemuda kawasan diberi ucapan tahniah kerana bukan senang nak anjurprogram besar itu. Target 1000 anak muda dari kawasan penulis juga dikatakanberjaya dicapai.
Unit Amal kawasan juga mainkan perananbesar , separuh dari petugas Unit Amal adalah dari kawasan penulis. Syukurlah,Unit Amal masih ada komitmen dan semangat yang tinggi. Sekurang-kurangnya kurangkanrasa risau penulis kepada Unit Amal kawasan.
Walaupun tidak semua anggota Unit Amalturun bertugas macam dulu , masih ada separuh anggota yang masih bertahan danboleh aktif untuk bertugas. Ini juga hasil kesungguhan dan rajin bekerja PenyelarasUnit Amal Kawasan.
Semasa penulis balik pertama kali keMalaysia dari negara orang putih, penulis ada buat mesyuarat dan cadangkan UnitAmal lantik penasihat bagi aktifkan semula Unit Amal. Sudah pun dilantik tapi mungkin penasihatjuga banyak tugas jamaah lain maka harapan penulis agar Unit Amal aktif semulamasih belum dicapai.
Sebelum itu , penulis pernah cadangkan ada pemudakawasanyang jadi pembimbing Unit Amal seperti dalam N3 sebelum ini. Tapi masihbelum ada pemuda kawasan yang educated yang mampu bersama Unit Amal .
Betullahkata seorang anggota Unit Amal kepada penulis sebelum penulis balik semula kenegara orang putih. Tak sama penulis dengan orang lain, mereka masih harapkanpenulis bersama Unit Amal apabila balik terus dari negara orang putih.
Sekali lagi, jamaah kawasan melalui DHPPKawasan anjur lawatan orang Tionghua keKelantan. Kali ini dapat liputan agak besar dalam media berikutan kenyataanTGNA seperti di SINI . Lawatan kali ini lebih menarik kerana sebahagian besarpeserta lawatan adalah anggota MCA dan GERAKAN.
TGNA dah banyak kali sebut di mana-manatentang kerapnya jamaah kawasan buat lawatan orang Tionghua ke Kelantan. Penulispun pernah menulis mengenainya di SINI. Kali ini Kerajaan Kelantan bagi satu anugerah kepada DHPP Kawasan keranaaktif anjur lawatan orang Tionghua ke Kelantan.
Semua ini juga hasil usaha bekas PengerusiLujnah Perpaduan Nasional Kawasan. Macam lawatan lepas-lepas, semua gerak kerjadibuatnya bersama AJK DHPP.
Beliau minta tak mahu pegang jawatanPengerusi Lujnah kerana nak bagi orang muda supaya ada kesinambungan bila diatiada. Jamaah kawasan terima dan lantik orang baru, namun tak semua orang bolehbuat kerja macam bekas Pengerusi Lujnah. Setakat ini, pengantinya masih belummampu gerakkan Lujnah jika bekas pengerusi tak gerakkan.
Program cakna rakyat Lujnah Kebajikan terusdilaksanakan , kali ini di komuniti orang Tionghua. Ramai yang hadir dangembira kerana jamaah prihatin dengan mereka. Tambah seronok orang Tionghuabila Pusat Khidmat Parlimen ada sediakan teh tarik dan roti canai . WakilRakyat parlimen juga hadir raikan mereka.
Semua program dalam seminggu ini, banyakkerja yang perlu dibuat. Penulis rasa simpati tapi tak dapat bantu Ajk Kawasan,Pemuda , Muslimat yang bersungguh-sungguh jayakan program. Pun begitu, penulisharap janganlah dibebankan tugas hanya kepada beberapa orang Ajk.
Sama-samalah membantu, perhatikan Ajk manayang banyak tugas. Ajk yang kurang tugas , jangan nanti disuruh bantulah samasupaya tidak ada yang rasa terbeban.
Masih ada komen dari OCS (Orang Cari Salah)bahawa jentera pilihanraya kawasan tidak bergerak. Semua program dalam seminggumemang namanya tidak ditulis pilihanraya tapi semuanya menjurus ke arah itu.
Jika ceramah 12 ceramah kelompok dalam masadua minggu pun dikatakan jentera pilihanraya tak bergerak. Tak tahu la nak kataapa lagi, mungkin boleh suruh OCS ini namakan jamaah kawasan lain yang bolehbuat program macam jamaah kawasan.
Wassalam
0 komentar:
Posting Komentar