Kehidupan dan gambar-gambar ular berkepala dua di seluruh dunia

Tidak seperti biasanya jika ular normal kemunculannya merupakan perkara biasa bagi manusia, tapi kemunculan ular berkepala dua ini mengejutkan manusia.

Sesungguhnya ular berkepala dua merupakan haiwan kembar siam, yang bercantum satu sama lain melalui organ-organ atau bahagian badan.Ular ini saling berbahagi organ, salah satu kepalanya merupakan parasit bagi lainnya.





Lahirnya kembar siam seperti ini terjadi semasa pembelahan embrio pada proses pembentukan menjadi kembar identik, alasan sebelum kelahirannya pembelahan tersebut tidak sempurna.

Titik dimana embrio berhenti membelah bervariasi sehingga ular-ular ini boleh bersambung di mana saja di bahagian tubuhnya. Kajian pada ular-ular ini menunjukkan bahawa hampir semua ular berkepala dua mengalami kesulitan dalam persekitarannya.




Walaupun ular berkepala dua ini perlu berbahagi bahagian badan, kedua kepalanya tidak begitu saling "memahami" satu sama lain sehingga menganggap hidup secara individual. Jadi seringkali kedua kepala bertarung terutama semasa menemui makanan.

Memandangkan kepala ular ini berbahagi pada badan yang sama,jadi semasa kepala yang satu makan, maka kepala yang lainnya akan juga merasa kenyang. Mungkin ini yang tidak difahami kepala yang tidak makan semasa merasa kenyang juga sementara dia tidak melakukan apa-apa.




Satu masalah lagi selain semasa makan, ialah semasa menentukan ke mana arah harus bergerak. Ini kerana kedua kepala masing-masing mempunyai otak yang mungkin saja menerima informasi yang berbeza sehingga yang terjadi salah satu kepala akan selalu dominan menarik kepala yang lainnya pada arah yang lain.



Situasi bertambah rumit semasa menghadapi serangan musuh. Salah satu dari dua kepala itu mungkin menghendaki melawan musuh sementara satunya lagi menghendaki menghindari musuh sehingga sering kehilangan masa pada waktu yang kritikal. Keadaan ini turut menyebabkan peluang hidup ular berkepala dua di alam liar menjadi tipis.


Jika bernasib baik, ular berkepala dua boleh mencapai usia hingga dua puluh tahun atau lebih dengan kepala sebelah kanan biasanya menjadi lebih dominan sebagai pembuat keputusan, ke arah mana berjalan hingga mangsa apa yang akan dijadikan makanan.




pendidikan-pesantren

0 komentar:

Posting Komentar