10. Rubah - 42 Mil/jam (67.2 Km/jam)
Rubah adalah pemburu yang memakan daging dan sayur sayuran.Binatang ini menggunakan kelajuannya untuk memburu kelinci, tikus-tikus malah burung-burung.
9. Coyote - 43 Mil/jam (68.8 Km/jam)
9. Coyote - 43 Mil/jam (68.8 Km/jam)
Coyote menggunakan kelajuannya untuk memburu binatang kecil seperti kelinci, tikus-tikus, tupai, rusa dan binatang ternak. Binatang pemakan daging ini, hidup berkelompok, dan memburu sepanjang musim.
8. Anjing Pemburu - 45 Mil/jam (72 Km/jam)
Anjing ini menggabungkan antara kepantasan dan kecerdikan dalam memburu mangsanya. Binatang ini memburu secara berkumpulan dan sangat tersusun.
Salah seekor anjing mengarahkan mangsanya ke satu tempat, dan anjing lain bersedia menyerang silih berganti sehingga mangsa tak berdaya.
7. Rusa Tanduk Besar
Rusa ini sering dianggap sebagai rusa kedua terbesar didunia, dan juga salah satu jenis mamalia terbesar di Amerika Utara dan Asia Timur. Berbeza dengan binatang pantas yang lainnya, binatang ini menggunakan kepantasannya untuk menghindari pemangsa.
Apabila melihat ukuran dan kelajuannya, banyak pemangsa sekalipun lapar, lebih suka memendamkan niatnya untuk memburu rusa ini.
6. Kuda - 47,5 Mil/jam (76 Km/jam)
Jenis kuda terpantas ini adalah Quarter Horse, mendapatkan namanya “quarter’ kerana dalam larian kuda boleh memimpin larian hampir seperempat panjang trek dari kuda jenis biasa lainnya, kuda ini boleh mencapai kelajuan maksima 76 km perjam.
5. Rusa Thompson - 50 Mil/jam (80 Km/jam)
Dinamai sempena nama orang pertama menemuinya, Joseph thompson. Rusa Thompson diakui di dunia sebagai rusa terbaik, baik dari segi bentuk fizikal, kepantasan, juga kecerdikannya dibanding jenis rusa lainnya, dalam usaha menghindari musuh utamanya cheetah.
Rusa ini boleh mencapai kelajuan 80 km/jam disertai dengan pergerakan zigzag yang mengelirukan. Rusa ini juga mempunyai ketahanan lebih baik dari cheetah.
4. Singa - 50 Mil/jam (80 Km/jam)
Raja dari segala pemburu, Singa, tidak perlu memiliki kepantasan untuk menjadikan dirinya sebagai yang terbaik diantara yang terbaik, dalam berburu untuk melangsungkan hidupnya.
Kebanyakan usaha menangkap mangsa dikerjakan oleh singa betina, namun singa jantan boleh berlari mencapai kelajuan 80km/jam.
3. Wildebeest - 50 Mil/jam (80 Km/jam)
Wildebeest adalah binatang yang menyandarkan hidupnya pada kepantasannya untuk menghidari dari pemangsa.
Binatang ini adalah makanan kegemaran kucing besar,memandangkan tempat tinggal Wildebeest di daratan terbuka Afrika. Binatang ini adalah kumpulan terbesar yang boleh hidup sehingga 20 tahun.
2. Antelop - 61 Mil/jam (80 Km/jam)
Binatang ini juga dikenali sebagai binatang kedua terpantas di dunia.Kelajuan maksima binatang ini sangat sukar untuk dipastikan secara akurat, kerana tiap seekor binatang ini mempunyai kemampuan yang berbeza-beza.
Binatang ini juga mempunyai kemampuan sprint lebih lama kerana disokong ruang paru paru dan jantung yang lebih besar.
1. Cheetah - 70 Mil/jam (112 Km/jam)
Cheetah adalah binatang terpantas yang pernah hidup di daratan, boleh mencapai kelajuan 112 km/jam sehingga 120 km/jam hanya pada lapangan sepanjang 460m (500yard).
Kemampuannya bertindakbalas juga tidak boleh ditandingi mahluk lain. Cheetah boleh mencapai kelajuan dari 0 km/jam sampai 110 km/jam hanya dalam masa 3 saat..Unikaja
0 komentar:
Posting Komentar