Suatu hari anak penulis yang belajar di sekolah negara orang putih menerangkan undang-undang yang berkaitan hak-hak polis di negara orang putih itu. Penulis tanya dia, adakah wajib pelajaran itu. Beliau jawab, wajib dipelajari setiap pelajar sekolah.
Penulis terfikir, patutlah polis di negara orang putih tidak boleh bertindak sesuka hati kerana setiap rakyat tahu undang-undang. Mereka diajar sejak dibangku sekolah. Rakyat di luar negara sebenarnya sudah lama tahu hak-hak mereka. Tahu apa yang boleh dibuat, apa yang salah termasuk polis.
Kenapa Malaysia tidak begitu ? Bukankah kerana rakyat buta undang-undang menyebabkan mereka tidak tahu yang mana salah , yang mana betul. Oleh kerana , rakyat tidak tahu undang-undang maka mereka yang tahu undang-undang mengambil kesempatan terhadap rakyat yang tidak tahu.
Polis bertindak sesuka hati terhadap rakyat sehingga melampaui kuasa mereka. Polis langsung tidak merasa bersalah kerana tahu rakyat tidak tahu undang-undang. Kenapa polis tidak berani sesuka hati terhadap peguam? Kerana , peguam tahu undang-undang.
Malah ada ketikanya dalam mahkamah, polis paling tidak suka berhadapan dengan peguam. Mereka tidak boleh lagi menggunakan kuasa mereka. Kadang-kadang peguam memarahi mereka kerana polis sendiri tak tahu undang-undang.
Himpunan BERSIH 2.0 sudah hampir berlaku dua hari lagi. Apabila melihat tindakan pemimpin UMNO mempergunakan polis untuk kepentingan politik UMNO, rasa terlalu jijik sekali.
Polis DiRaja Malaysia sepatutnya bebas dari kawalan politik UMNO tidak lagi patuh nasihat Tuanku. Nama Polis DiRaja sepatutnya ditukar menjadi Polis DiUMNO kerana polis menjaga kepentingan UMNO bukan rakyat.
Walaupun rakyat Malaysia yang cintakan pilihanraya bersih dan adil menghadapi tekanan hebat dari polis yang diperguna UMNO. Rakyat Malaysia bukan semakin takut malah semakin berani. Kenapa rakyat semakin berani? Kerana rakyat semakin tahu hak mereka sebagai rakyat yang termaktub dalam perlembagaan.
Polis yang megah kerana kuasa di tangan mereka mungkin tidak menyedari bahawa mereka akan berhadapan dengan rakyat yang sudah banyak belajar dan tahu bidang kuasa polis.
Kali ini polis tidak boleh mengambil tindakan sesuka hati kerana rakyat yang cerdik akan menjadi ‘peguam’ bagi diri sendiri. Dulu , memang polis boleh buat sesuka hati melampaui bidang tugas mereka. Kali ini, tidak lagi malah mereka bakal disaman jika menyalahgunakan kuasa.
Peguam-peguam pun ramai yang secara sukarela akan mewakili rakyat yang dizalimi polis. Polis yang melampau bakal menghadapi saman dari rakyat. Jika didapati bersalah, polis berkenaan bakal digantung tugas atau kerja.
UMNO akan membela merekakah. Jangan harap ! Tanggunglah sendiri. Dah banyak kes berlaku. UMNO hanya mempergunakan polis, bukan membela polis.
BERSIH 2.0 sebenarnya telah menyedarkan rakyat pentingnya pengetahuan tentang hak-hak sebagai rakyat yang tidak boleh dicabul polis. Tidak seperti himpunan BERSIH tahun 2007, himpunan kali ini rakyat yang menyertainya sudah diberi penerangan tentang hak-hak mereka dan hak-hak polis.
Gelombang BERSIH 2.0 bukan sahaja mengoncang SPR yang sering menipu membantu UMNO / BN memenangi pilihanraya, tetapi mencetuskan kesedaran rakyat tentang pentingnya pengetahuan tentang hak masing-masing yang dijamin perlembagaan.
Ikuti soal jawab polis dan rakyat di bawah :
Polis : BERSIH 2.0 adalah pertubuhan haram
Rakyat : BERSIH 2.0 bukan pertubuhan tetapi hanya kempen . 66 pertubuhan sah yang mendukung BERSIH 2.0
Polis : BERSIH 2.0 tidak boleh memohon permit sebab pertubuhan haram
Rakyat : BERSIH 2.0 memang tidak boleh mohon sebab bukan sebuah pertubuhan . Salah satu dari 66 pertubuhan boleh memohon permit.
Polis : Boleh berhimpun kalau di luar KL
Rakyat : Perlembagaan membenarkan kami berhimpun secara aman. Kami nak berhimpun di dalam KL di Stadium Merdeka
Polis : Berhimpun di KL, sesakkan KL
Rakyat : Kami tak pergi naik kereta. Kami naik komuter, bas awam dan berjalan kaki dari luar KL
Polis : Polis tidak beri permit jika Perbadanan Stadium Merdeka tidak beri kelulusan
Rakyat : Perbadanan Stadium Merdeka tak bagi kelulusan. Kami berhimpun di luar Stadium Merdeka
Polis : Perintah larangan mahkamah terhadap 66 individu BERSIH 2.0 dari masuk KL telah diperolehi
Rakyat : Hanya 66 individu tak boleh masuk , kami boleh masuk sebab tidak ada nama kami dalam perintah larangan mahkamah
Polis : Sudah ada dijumpai senjata termasuk parang, molotov cocktails, mercun dan botol plastik berisi petrol bersama baju BERSIH 2.0.
Rakyat : Mana ada bukti itu angkara BERSIH 2.0. Mungkin sabotaj dari pihak lain yang mahu cemarkan nama BERSIH 2.0. Kami pun boleh tuduh polis yang sabotaj sebab polis dah rampas banyak baju BERSIH 2.0. Warna sama tulisan pun sama.
Polis : Sudah lebih 4000 laporan polis dibuat terhadap BERSIH 2.0 bukti rakyat tidak setuju himpunan BERSIH 2.0
Rakyat : 4000 laporan polis hanya mewakili UMNO bukan mewakili rakyat. Polis terima sahaja laporan tak siasat NGO yang buat laporan NGO berdaftar atau hanya ciptaan UMNO.
Polis : Kami akan buat sekatan jalan raya
Rakyat : Sebab itu KL sesak, kenderaan terhalang akibat sekatan polis. Bukan semua kami datang dengan kereta. Kenapa tidak buat juga sekatan terhadap komuter / LRT.
Polis : Kami akan halang sesiapa sahaja yang hendak pergi himpunan BERSIH 2.0.
Rakyat : Polis tidak boleh sekat , tidak boleh suruh kami pulang kerana Perkara 9(2) Perlembagaan Persekutuan menjamin setiap warganegara bebas untuk bergerak ke mana-mana di dalam Malaysia. Tidak ada bukti kami hendak pergi demo.
Polis : Kami sudah tangkap dan dakwa ramai yang terlibat dengan BERSIH 2.0
Rakyat : Polis boleh tangkap, boleh dakwa di mahkamah. Semua yang ditangkap akan mengaku tidak bersalah . Hanya menteri kata BERSIH 2.0 pertubuhan haram, mahkamah tidah pernah isytihar BERSIH 2.0 pertubuhan haram.
Polis : Kami akan tangkap sesiapa sahaja yang disyaki
(sila catatkan nama penuh polis itu, no. badan dan alamatnya dan serahkan kepada peguam Bersih-0163126463/0163126473/0
Setelah saudara dibebaskan, saudara perlu segera membuat laporan polis. Saudara boleh guna format berikut untuk laporan polis.
Contoh laporan polis jika rakyat ditahan:
Pada ................... hari ............... jam ........... hingga jam ................., saya ditahan oleh anggota polis bernama ................. no. badan ............... (masukkan semua nama pegawai penangkap) di ......................... Pegawai polis tersebut enggan membenarkan saya untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur tanpa sebarang alasan/tanpa alasan yang munasabah/pegawai tersebut tidak menyatakan sebarang alasan saya ditahan (pilih yang mana berkaitan). Saya buat laporan ini supaya tindakan undang-undang diambil ke atas pegawai terlibat kerana telah melanggar hak asasi saya untuk bergerak bebas.
Wassalam
0 komentar:
Posting Komentar