Helikopter CH-47 Chinook, Sabtu malam, terbang di atas wilayah Wardak, yang ingin melakukan operasi menyelamat pasukan Rangers yang terkepung oleh pejuang Taliban.
Helikopter CH-47 Chinook itu membawa pasukan elite SEAL, Angkatan Laut Amerika Syarikat yang sangat terkenal reputasinya. Pasukan inilah yang disebut- sebut membunuh pemimpin al-Qaidah Usama bin Laden, di Abodtabat, Pakistan, 2 Mei lalu.
Helikopter CH-47 Chinook membawa 38 pasukan elite, sekurang-kurangnya 22 anggota SEAL, termasuk Team Elit 6. Dilengkapi berbagai macam senjata super canggih antara lain teropong infra red, yang dapat menembusi kegelapan malam, anjing penjejak, 7 orang pasukan pemerintah Afghanistan, dan seorang penterjemah.
Helikopter itu juga membawa bahan makanan yang cukup digunakan sepanjang dalam operasi.
Pilot helikopter ini pun dipersiapkan untuk boleh meminimakan serangan tembakan musuh. Dengan cara terbang rendah dan cepat. Inilah yang disebut dengan penerbangan “bumi tertidur”.
Di mana helikopter menjadi sebuah roller coaster udara, kerana perlu terbang rendah lalu memanjat puncak lereng bukit di Afghanistan yang sangat keras, kemudian secara drastik menjunam ke sisi lain. Kelajuannya seperti kerdipan mata, dan menghilang dalam kiraan saat.
Kecuali untuk satu perkara, helikopter tidak boleh terbang laju, ketika mendarat. Helikopter ini harus memperlahankannya sebelum mendarat di tanah. Begitu juga semasa berada di landasan.
Lain halnya jika itu dilakukan di pangkalan tentera yang notabene dibuat dari aspal(asphalt)
Tapi, keadaan di Afghanistan betul betul berbeza. Ketika helikopter CH-47 Chinook, cuba mendaratkan pasukan khas yang akan melakukan operasi ke Lembah Tangi, yang akan membantu unit Ranger yang sudah terkepung Taliban di daerah itu, itulah saat-saat terakhir yang mengerikan bagi pilot CH-47 dan awaknya Sabtu malam dinihari.
Ketika mahu terbang rendah dan perlahan-lahan untuk menurunkan pasukan elit SEAL, ternyata para pejuang Taliban yang tidak jauh dari jarak helikopter CH-47 Chinook, mendengar bunyi kuat dari helikopter itu.
Tanpa mahu melepaskan kesempatan yang yang diberikan Allah SWT tersebut, para pejuang dengan penuh kemahiran menembak helikopter CH-47 Chinook, yang hendak mendarat itu.
Desingan RPG pun bersahutan menyambutnya yang diikuti oleh ledakan dahsyat. Helikopter meledak di udara, dan jatuh ke tanah berkeping-keping.
Pasukan elit itu lupa bahawa Taliban sangat mahir menggunakan senjata yang sangat sederhana yang notabene merupakan “home made”, iaitu RPG.
Yang telah berjaya digunakan sejak berperang melawan Soviet Union, dan sekarang berjaya menghancurkan helikopter canggih milik pasukan tempur Amerika Syarikat bernama CH-47 Chinook, yang mengangkut pasukan elite SEAL. Semuanya musnah, tidak ada yang tinggal. Allahu Akbar…Allahu Akbar….Allahu Akbar.(mh/tm)
0 komentar:
Posting Komentar