Cara membezakan kucing sebenar dengan kucing jelmaan jin


 (Surah Yassin, Ayat 9)


Ayat tersebut boleh dijadikan sebagai doa pelindung sama ada untuk melindungi diri, keluarga atau harta. Semasa membaca perkataan "sadda" yang bermaksud benteng/dinding, bayangkan perkara yang ingin dilindungi itu dibentengkan oleh benteng yang sangat hebat. 
Petua ni saya ambil dari rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 yang membicarakan topik sihir oleh Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie, seorang pengamal perubatan Islam yang bernaung di bawah syarikat Sinar Zamdurrani.
Ni gambar hiasan saja okeh. Jangan lak ko nampak kucing macam ni, terus ko pecut 100km/jam!


Selain tu nak kongsi jugak mengenai ciri-ciri kucing jelmaan jin yang dikongsi dalam perbincangan tersebut:

  1. Berwarna hitam.
  2. Petua untuk membezakan kucing sebenar dengan kucing jelmaan jin, perhatikan pada mata kucing tersebut sama ada berkelip atau tidak. Sekiranya berkelip, maka itu adalah kucing sebenar. Jika tidak, itu adalah kucing jelmaan jin.
  3. Cara mudah untuk membuatkan mata kucing tersebut berkelip, pegang kepala kucing kemudian garu/usap di bawah leher/tengkuk kucing tersebut. Kucing sebenar pasti akan berkelip matanya sekiranya ia diperlakukan sebegitu, manakala kucing jelmaan jin tetap tidak akan menutup matanya (berkelip).
  4. Jika kucing tersebut adalah jelmaan jin, suruh kucing itu keluar dalam cara apa sekalipun.


Selain kucing, ustaz tu pun ada kongsi macam mana untuk membezakan antara ular sebenar dengan ular jelmaan jin.
Ko tak payah la carik penyakit nak gi tangkap ular tu usap tengkuk dia macam kucing!..lunalanun


0 komentar:

Posting Komentar