10 taman negara terindah di dunia

Taman Negara adalah sesuatu yang sangat berharga, kerana di dalamnya kita boleh melihat banyak keindahan alam flora dan fauna yang khas dari suatu kawasan.

Negara-negara di dunia ini berusaha untuk memulihara dan mempercantik taman negara yang ada di negara masing-masing, disamping usaha dari kerajaan, keindahan alam semulajadi juga turut mempengaruhi tahap keindahan taman negara tersebut.

Berikut adalah senarai 10 taman negara terindah di dunia yang diambil dari sumber Listphobia:

10. Snowdonia National Park, Wales, Great BritainInilah salah satu taman negara terindah di Britain, dengan hamparan hijau pemandangan pergunungan Snowdon di ketinggian 3560 kaki dari atas permukaan laut, menjadikannya mempunyai suhu yang sejuk dan tentunya indah untuk dinikmati.

http://listphobia.com/wp-content/uploads/083109_1045_10MostBeaut1.jpg

9. Grand Canyon National Park, Arizona
Taman negara paling dikenali di dunia ini adalah salah satu aset pemandangan alam terindah milik Amerika Syarikat. Alam semulajadinya yang berbatu, menjadikan tempat ini menjadi tumpuan pelancong.
http://listphobia.com/wp-content/uploads/083109_1045_10MostBeaut2.jpg

8. Kruger National Park, South Africa
Taman negara yang terindah di afrika selatan adalah Kruger Park. Taman negara yang penuh dengan sensasi kehidupan alam liar Afrika Selatan yang sangat memukau dan sesuai untuk pengembaraan melihat alam binatang.

http://listphobia.com/wp-content/uploads/083109_1045_10MostBeaut3.jpg

7. Deosai National Park
Taman negara yang terletak di Wilayah Scardu pakistan ini adalah salah satu taman negara terindah di Wilayah Asia. Taman ini terkenal dengan pemandangan musim seminya dimana bunga-bunga banyak bermekaran serta kupu-kupu banyak berterbangan.
http://listphobia.com/wp-content/uploads/083109_1045_10MostBeaut4.jpg

6. Kakadu National Park, Northern Territory, Australia
Ini adalah taman negara yang menjadi tempat tinggal orang asli suku Aborigin Australia. Dengan pemandangan alam indah serta berpadu dengan kehidupan liar khas Australia menjadikan wilayah ini adalah kawasan yang sangat sesuai bagi pasangan yang berbulan madu.
http://listphobia.com/wp-content/uploads/083109_1045_10MostBeaut5.jpg

5. Iguazu National Park Argentina
Taman negara ini dipenuhi keindahan alam khas Argentina dan Brazil. Terdapat pemandangan alam hijau khas Amerika Selatan disamping pemandangan alam menakjubkan berupa air terjun Iguazu yang sangat masyhur.
http://listphobia.com/wp-content/uploads/083109_1045_10MostBeaut6.jpg

4. Sagarmantha National Park, Nepal

Taman negara yang masih merupakan teritori pergunugan Everest ini menawarkan sensasi keindahan alam semulajadi dengan pergunungan sejuk khas Nepal serta dihias dengan biara - biara yang ada di wilayah ini.
http://listphobia.com/wp-content/uploads/083109_1045_10MostBeaut7.jpg

3. Madain Saley National Historic Park, Saudi Arabia
Wilayah ini mungkin disebut dengan sebutan Midian. Salah satu sebab kenapa taman negara ini boleh disenaraikan kerana faktor keindahan gurun dan batuan alam khas gurun yang semulajadi serta dihias dengan keindahan bangunan kuno yang ada di beberapa bahagian wilayah taman negara ini.
http://listphobia.com/wp-content/uploads/083109_1045_10MostBeaut8.jpg

2. Plitvice Lakes National Park, Croatia
Taman negara ini mempunyai pemandangan alam indah berpadu dengan tasik bersih nan biru . Taman negara mempunyai pemandangan alam khas Eropah dengan tasik biru yang indah.
http://listphobia.com/wp-content/uploads/083109_1045_10MostBeaut9.jpg

1. Hortobagy National Park, Hungary
Taman negara ini adalah pertama di Hungari, di dalamnya terdapat banyak pemandangan alam yang indah serta berbagai jenis spesies burung yang hampir pupus. Kesemuanya berpadu dengan harmoni menghasilkan keindahan alam khas Eropah Timur.
http://listphobia.com/wp-content/uploads/083109_1045_10MostBeaut10.jpg
Terselubung

0 komentar:

Posting Komentar