Suka makan pisang, ini 10 fakta tentang uniknya pisang



Pisang adalah buah popular yang mempunyai banyak rahsia yang belum diketahui. Berikut adalah beberapa fakta aneh tentang buah aneh dan lazat ini.

Pisang adalah penemuan manusia



Pisang seperti yang kita ketahui adalah penemuan manusia dari tahun 5000 SM kerana orang-orang pada zaman itu sangat berkira dalam memilih makanan dan mereka tidak suka buah berbiji.

Jadi, manusia zaman ini menanam tumbuhan hibrid sehingga berhasil menemui tanaman berbuah tanpa biji. Jika masih ada juga biji kecil dalam pisang, mereka tidak peduli. Lihat begitu anehnya pisang pada zaman itu.

Pokok pisang sebenarnya bukan pokok



Memang benar! Pokok itu sebenarnya hanya sejenis herba yang menyerupai pokok. Sejenis herba yang besar yang hampir bentuk seperti pokok kelapa.


Pohon pisang hanya berbuah sekali, kemudian mati



Pokok pisang atau herba hanya menghasilkan satu tandan pisang dan kemudian mati. Untungnya, pokok pisang menciptakan banyak tunas baru (anak pokok) sebelum akhirnya mati. Proses ini berlangsung selama sepuluh tahun, dan kemudian organisme tertentu yang mati. (gambar jantung pisang/ bunga pisang)


Pisang mempunyai risiko pupus



Berdasarkan keterangan di atas (buah herba tanpa biji buatan manusia), di tambah jenis perladangan pertanian (kurangnya varieti = kelemahan genetik) pisang Cavendish yang sangat popular ini banyak berisiko.

Salah satu risiko adalah hama yang agresif atau penyakit, dan pisang akan pupus. Malah, pisang Cavendish yang kita makan pada masa ini sangat berisiko tinggi pupus juga pengganti kepada pisang Gros Michel.


Pisang adalah ubat anti mabuk



Pisang adalah ubat anti mabuk yang luar biasa! sama seperti Coke (soda, minuman cola). Pisang kaya dengan kalium. Makan buah pisang sebelum tidur atau sesudah bangun (dan akan kembali ke tempat tidur).


Anda boleh sial jika membawa pisang di atas kapal (kepercayaan tahyul)



Ini tahyul pelaut. Beberapa kapal seperti Banana Boat atau Banana Republic terdapat tanda larangan membawa pisang. Tidak ada yang benar-benar tahu alasan yang pasti. Ada yang beri tahu kerana kapal yang mengangkut pisang perlu pergi cepat supaya buah tidak rosak.

Beberapa pihak pula mengatakan bahawa buah itu menghasilkan gas metan yang dapat membunuh pelaut. Pendapat yang berbeza ini membuat kita bertanya-tanya, bagaimana nama Banana Boat boleh diberi ?


Anda perlu menggunakan ilmu nuklear hntuk mengekstrak jus dari pisang



Sangat sukar untuk mengekstrak jus dari pisang, meskipun pisang mempunyai 80% air. Apakah anda pernah cuba memerah pisang? struktur molekul pisang tidak mudah diperah.

Jus pisang yang tersedia pada masa ini adalah pisang diblender,bukan perahan pisang. Beberapa pakar atom India sedang berusaha untuk mendapatkan cara untuk mengekstrak jus dari pisang. Pakar atom ini dari Bhabha Atomic Research Centre.


Pisang boleh digunakan sebagai senjata



Di Monrovia, Maryland, seorang lelaki merompak kedai dengan pisang. Pencuri itu menggunakan buah pisang dari atas meja dan memukul petugas, yang mengeluarkan pisau. Malangnya, lelaki dengan pisang itu tidak berjaya dengan pisang itu kerana pisang itu lembik .

Manakala di Winston-Salem, North Carolina, seorang lelaki menyembunyikan pisang di bawah kemejanya dan berpura-pura itu adalah pistol ketika ia cuba untuk merompak kedai . Dia ditangkap oleh pemilik kedai dan menjaga bukti sehingga polis tiba, Anehnya, perompak dituduh berusaha berbuat kejahatan merompak dengan senjata berbahaya.


Pisang merupakan makanan ruji



Tidak mengejutkan pisang bukan sahaja menjadi buah yang paling popular, tetapi mendapat kedudukan keempat sebagai makanan ruji, di belakang gandum, beras, dan jagung. Di beberapa daerah miskin di bumi ini, pisang dimakan untuk 70% dari keperluan makanan.

India adalah negara pengeluar pisang terbesar di dunia diikuti Brazil



Walaupun pisang Cavendish masih menjadi raja, ada banyak jenis pisang lain. Di Brazil misalnya, di dalam satu pasar terdapat setengah dozen jenis pisang : pisang bayi, pisang plantae, pisang ungu, pisang apel, pisang perak, dan banyak lagi. Jenis pisang popular di Malaysia : Berangan, Rastali, Nangka, Tanduk, Emas, Awak, Awak Legur, Awak Kepet, Awak Biji, Abu.Terselubung

0 komentar:

Posting Komentar