Keteguhan Ali menunggu berita Fatimah dipinang dua sahabat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhv-qPaiCUNoHMYsfmSUrdKSWuYlOBN7wp8ymS6Zh_PP6zzp6YaEy75iSWZz4_oVEKr7gniqp37uWyQj7g0SuYF_g__oLoqBipiAWyElIyqNjs0tVm2Dl0Sx1Xg1vqu9iOG2UHPbYoDgV4/s1600/imam_ali_bin_abi_talib1.jpg
Pemuda itu hanya termangu diam disebelah pokok kurma ditepi padang pasir di kota Madinah. Betapa hatinya bergoncang apabila dia tahu bahawa wanita itu akan disunting oleh sahabat seniornya sendiri yang bernama Abu Bakar. Seorang sahabat yang tidak diragukan lagi kesetiaannya pada rasul. Sahabat senior yang menemani rasul semasa berhijrah dan lelaki soleh itu pula yang menyumbangkan seluruh hartanya untuk Islam ini tanpa baki sedikitpun.

Ia cuba untuk tetap tersenyum. Sejak dari dulu seharusnya ia sedar harus menepis apa yang dirasakannya itu, cukuplah hanya sebatas kagum kepada wanita ahli syurga yang juga puteri dari orang yang sangat dikasihinya. Akhirnya ia putuskan untuk menyimpan didalam hatinya saja. Cukup dia dan Allah yang tahu. Apalagi sekarang sudah ada Abu Bakar, sekarangpun ia boleh tenang kerana ada lelaki yang lebih sempurna dan lebih baik darinya yang meminang bidadari dunia itu.
 
Dialah Ali Bin Abi Thalib. Seorang pemuda yang cerdas dan malah Nabi pun memuji kerana kecerdasannya itu sendiri. Butiran pasir terus beterbangan dengan indahnya dipadang pasir tempat pemuda itu merenung. Tidak berapa lama kemudian, tersebarlah berita bahawa lamaran Abu Bakar ditolak oleh rasul. Entah seperti ada setitis embun yang menyejukan hatinya. Ternyata harapan itu masih ada. Maka dia cuba melekatkan kembali cebisan harapannya kembali untuk membina perasaan keberanian dan semangatnya lagi untuk bertemu rasul. Ia pifir setiap manusia memang layak mendapatkan kesempatan kedua.

Tapi ternyata ia terlambat. Ada seorang sahabat senior lagi yang mendahului geraknya untuk meminang wanita solehah itu. Dia bernama Umar Bin Khatab. Ali menelan kepahitan sekali lagi. “Apa yang kurang dari Umar?” Ia adalah lelaki yang sangat kuat imannya malah sampai syatan yang bertugas menggodanya pun sangat takut dengannya. “Mungkin dialah orang yang dicari rasul”, kata hatinya. Sebagai seorang manusia, ia cuba  mententeramkan fikirannya kembali. Ya, sebenarnya itu dia lakukan agar ia boleh tenang didalam hatinya untuk tetap dapat berzikir ikhlas kepada Allah. Tidak ada alasan untuk menolak lelaki kuat seperti diri Umar Bin Khatab.
Tapi lagi-lagi Allah berkehendak lain. Lamaran Umar pun ditolak oleh rasul. Entah si cerdas itu setengah percaya atau setengah tidak, tapi yang pasti itulah yang terjadi. Siapakah sebenarnya yang rasul cari. Apakah keimanan Abu Bakar dan Umar Bin Khatab beserta kekayaannya masih belum cukup bagi rasul?

Didalam biliknya, wanita ahli syurga itu masih boleh tenang dan berfikir. Fatimah belum mengerti maksud ayahnya. Sudah dua lelaki soleh yang ditolak. Fatimah tidak tahu apakah ayahnya dapat membaca isi hatinya atau tidak. Tetapi sebenarnya Fatimah pada masa ini pun memendam detik-detik kagumnya kepada seorang pemuda soleh diluar sana. Seorang pemuda yang sangat luar biasa keimanannya, yang lidahnya terus dibasahi oleh zikir-zikir cinta kepada Allah. Pada masa ini, seandainya dia mahu, mungkin ia dapat dengan mudah menceritakan perasaannya pada ayahnya yang sangat menyayanginya. Namun kerana kesucian dirinya, sepenuh jiwanya berjihad menahan perasaannya kepada pemuda yang bernama Ali Bin Abi Thalib itu.

Disekitar padang pasir sana masih sering kelihatan Ali yang sedang merenung, namun Ali nampaknya kini sudah lebih kuat. Walaupun ia sudah tahu bahawa Umar kini cuba meminang diri Fatimah. Baginya, kecintaan kepada seorang insan tidak akan boleh mengalahkan rasa cinta murninya kepada Allah. Kerana Allah mudah sekali membolak-balikan hati seorang hambanya. Maka tak perlulah ia terlalu gusar, kerana satu yang ia fahami. Bahawa kematian, rezeki dan pasangan hidup telah diputuskan sebelum ia lahir ke bumi ini oleh pencipta dirinya.

Nampak sekumpulan pemuda Ansar itu tergopoh-gopoh menuju ketempat Ali berada. Raut wajah mereka nampak senang sekali seakan-akan ingin menyampaikan berita gembira kepada Ali. Ali mengira bahawa mereka akan menyampaikan khabar gembira bahawa rasul telah menyambut seruan Umar Bin Khatab untuk mendampingi wanita itu. Kalaupun benar khabar itu, kini ia telah sedia menerima khabar itu.

“Rasul menolak pinangan dari Umar, Ali”, teman Ansarnya berkata kepada dirinya. “Ali, mungkin engkaulah yang dinanti Rasul”, temannya kembali menegaskan. Ali terdiam sejenak. Mungkin ia boleh senang pada masa ini, tapi ia masih bertanya-tanya, siapakah sebenarnya yang dicari lelaki agung itu, apakah benar dirinya. ”Ah tak mungkin”, keras hatinya. “Engkau adalah pemuda yang soleh dan selalu menjaga zikirmu kepada Allah, mungkin rasul sangat menginginkanmu datang kepadanya”, temannya cuba terus mendorong.

Ada celah-celah langit hatinya yang bersinar kembali, setelah awan ketidakyakinan menutupi relung jiwanya. “Inikah kesempatan keduaku?” Ali cuba memantapkan keyakinannya kembali. Pada masa itu pula Ali belum yakin apakah ia akan memenuhi celah langit didalam hatinya. Namun berkat dorongan teman-teman dan kemantapan hatinya akhirnya ia temui lelaki agung itu, Rasulullah Sholallahu ‘Alaihi Wasalam.

Suasana rumah rasul hening untuk sesaat. Mungkin pada masa itulah yang paling mendebarkan didalam hidup Ali Bin Abi Thalib, seorang pemuda yang kini cuba meminang diri Fatimah Az Zahra. Fatimah pun dengan segenap ketegangannya berada dibalik tabir biliknya mendengar secara sayup-sayup percakapan mereka berdua. Tiba-tiba mulut rasul mulai mengeluarkan kata-kata

“Ahlan wa Sahlan wahai Ali”. Kata-katanya cukup sampai disana. Tidak kurang dan tidak lebih. Apakah itu pertanda Iya atau Tidak itu masih belum jelas. Makna kalimat yang begitu luas seperti lautan tadi membuat Ali disana dan Fatimah didalam biliknya tenggelam pada kebingungan.

Lambat-laun akhirnya Ali faham maksud dari rasul. Namun kini ia sampai pada pertanyaaan yang sangat menusuk kerongkongnya. “Apakah mahar yang kau boleh berikan Ali kepada anakku Fatimah?”. Suasana menjadi hening kembali. ia cuba merangkai-rangkai alasan untuk tidak menjawabnya secara langsung.

Meminta waktu dua atau tiga tahun untuk bersedia? Itu memalukan!
Meminta Fathimah menantikannya di sempadan waktu hingga ia sedia? Itu sangat kekanakan. Usianya telah berkepala dua sekarang.

”Engkau pemuda sejati wahai ’Ali!”, begitu nuraninya mengingatkan. Pemuda yang siap bertanggungjawab atas rasa cintanya. Pemuda yang siap memikul risiko atas pilihan-pilihannya. Pemuda yang yakin bahawa Allah Maha Kaya. Akhirnya dia hanya boleh berkata bahawa hanya baju perang tua kesayangannya lah yang dapat ia jadikan mahar untuk meminang wanita yang dikaguminya itu. Dan dengan ekspresi senangnya, rasul pun mengiyakan apa yang dikatakan oleh Ali.

Dan akhirnya dua tali kekaguman yang tak tersampaikan itupun mampu terlilit kuat dan rapi. Allah lah yang melilitkan ikatan cinta suci itu. Inilah kisah kesabaran dan ketegaran Ali, kawan. Kisah ini terus menjadi inspirasi untuk setiap insan beriman yang ingin menjaga hatinya. Betapapun kamu kagum kepada seseorang, Allah pasti tahu itu. Maka izinkanlah hatimu itu untuk menjaganya kawan.Situslakalaka

0 komentar:

Posting Komentar