Agar puasa kita lancar dan sihat memang kita harus memerlukan makanan yang dapat memberi tenaga kita kembali, tapi alangkah baiknya kita tidak salah memilih makanan, kerana salah-salah malah dapat menjadikan kita lemas, terjadi penambahan lemak, atau malah menjadi penyakit.
Saya teringat dengan iklan minuman yang berbunyi seperti ini : “Berbukalah dengan yang manis.” Nah iklan tersebut telah membuat ramai orang (termasuk saya)tersilap hingga menimbulkan salah tafsir tentang bagaimana berbuka yang baik dan benar. Kerana Rasulullah tidak mencontohkannya demikian!
Bukankah Rasulullah berbuka dengan kurma ?
Rasulullah memang berbuka dengan kurma atau air putih, seperti diriwayatkan oleh Anas bin Malik dalam hadis berikut :
Rasulullah pernah berbuka puasa dengan ruthab (kurma segar) sebelum solat, kalau tidak ada ruthab, maka beliau memakan tamr (kurma kering) dan kalau tidak ada tamr, maka beliau meminum air, seteguk demi seteguk. (Hadis Riwayat Ahmad (3/163), Abu Dawud (2/306), Ibnu Khuzaimah (3/277,278), Tirmidzi 93/70) dengan dua jalan dari Anas, sanadnya shahih).
Dalam hadis tersebut terkandung hikmah yang agung secara kesihatan, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah memilih mendahulukan kurma dan air dari pada yang lainnya sedangkan kemungkinan untuk mengambil jenis makanan yang lain sangat besar, namun kerana ada bimbingan wahyu Illahi maka Rasulullah Shalalllahu ‘alaihi wa sallam memilih jenis makanan kurma atau pun air sebagai yang terbaik bagi orang yang berpuasa
Dari hadis tersebut, jelas sekali disebutkan bahwa Rasulullah berbuka dengan Ruthab (kurma segar), Tamr (kurma kering), dan air putih. Sebaik-baik kurma adalah kurma ajwa (Nabi) dan sebaik-baik air adalah air zam-zam. Jadi sebenarnya, jika kita fahami kita tidak akan tersilap dengan salah satu iklan teh yang diduga menjadi dalang tercetusnya ungkapan "Berbukalah Dengan Yang Manis".
Perlu sekali diketahui bersama bahawa kurma yang dimakan Rasulullah berbeza dengan kurma yang banyak dijual di Indonesia dan Malaysia. Kurma yang biasa kita temui bukanlah Ruthab ataupun Tamr, melainkan manisan kurma atau kurma yang sudah diberi tambahan gula sebagai pengawet.
Lantas bezanya apa? Kan sama-sama kurma juga?
Beza, Manisan kurma mengandungi banyak gula dan rasanya pun sangat manis, sedangkan kurma segar dan kurma kering rasanya tidak terlalu manis.
Makanan yang mengandungi banyak gula adalah “Karbohidrat Sederhana“, sedangkan kurma yang dimakan Rasulullah adalah salah satu makanan yang disebut “Karbohidrat Kompleks” yang sangat baik untuk tubuh kita.
Karbohidrat Sederhana adalah karbohidrat yang mengandung banyak kadar gula dan merupakan sumber tenaga yang sangat besar, namun juga cepat habis. Tenaga yang dihasilkan hanya akan bertahan sebentar dalam tubuh dan apabila berlebih, akan dikumpul menjadi lemak dalam tubuh. Jenisnya dibahagi menjadi 2, iaitu :
1. Karbohidrat sederhana dengan GI (Glycemic Index) tinggi
Mempunyai sifat merangsang penambahan lemak kerana tindakbalas insulin yang tinggi.
Contoh: sirap, minuman ringan, permen, kue-kue, dll. Asasnya yang rasanya sangat manis.
2. Karbohidrat sederhana dengan GI (Glycemic Index) rendah
Memiliki sifat menyediakan tenaga besar yang cepat habis, namun tidak merangsang penambahan lemak kerana tindakbalas insulinnya rendah.
Contoh : aneka buah-buahan manis seperti pisang, epal, pir, dll.
Sedangkan Karbohidrat Kompleks adalah karbohidrat yang mempunyai struktur untaian gula yang panjang dan juga merupakan sumber tenaga besar, namun mempunyai sifat yang menjadikan tenaga yang dihasilkan menjadi lebih tahan lama dan tidak berkumpul menjadi lemak.
Dalam tubuh kita karbohidrat kompleks akan diproses secara perlahan, itulah sebabnya tenagayang dihasilkan menjadi tahan lama. Karbohidrat kompleks juga dibagi menjadi 2, iaitu :
1. Karbohidrat kompleks dengan GI (Glycemic Index) tinggi
Mempunyai sifat merangsang penambahan lemak kerana tindak balas insulin yang tinggi, namun terjadinya secara perlahan sehingga tenaga tersimpan lebih lama. Karbohidrat kompleks yang seperti ini akan menyimpan tenaga dalam tubuh, dan menjadi otot jika dilatih (sukan) secara teratur.
Contohnya: beras putih, jagung, kentang, dll.
2. Karbohidrat kompleks dengan GI (Glycemic Index) rendah
Mempunyai sifat yang menyediakan tenaga lebih lama dengan tindak balas insulin yang rendah, sehingga tidak akan menjadi lemak. Biasanya makanan-makanan yang mengandung hal ini banyak disarankan kerana sifatnya yang sihat.
Contohnya: kurma segar, beras merah, umbi-umbian, sayuran, dll.
Ya, Karbohidrat yang ada dalam kurma lebih mudah sampai ke liver (hati) dan lebih sesuai dengan keadaan organ tersebut. Terutama sekali kurma masak yang masih segar. Liver (hati) akan lebih mudah menerimanya sehingga amat berguna bagi organ ini sekaligus juga dapat terus diproses menjadi tenaga.
Kalau tidak ada kurma basah, kurma kering adalah pilihan kedua, kerana mempunyai kandungan unsur gula yang tinggi pula. Bila semua itu tidak ada juga, cukup beberapa teguk air untuk mendinginkan panasnya perut akibat puasa sehingga dapat sedia menerima makanan sesudah itu”
Dari penjelasan diatas, maka urutan makanan yang terbaik bagi orang yang berbuka puasa adalah ruthab (kurma basah), tamr (kurma kering) kemudian air. Dan mustahil sekali jika di dalam urutan urutan tersebut kita tidak mendapatinya, meskipun cuma AIR
Perlu juga diketahui jika Kurma lebih unggul dari makanan lain yang mengandungi gula. Hal ini juga didukung bukti, iaitu segelas air yang mengandungi glukosa akan diserap tubuh dalam waktu 20-30 minit, tetapi gula yang terkandung dalam kurma baru habis terserap dalam tempoh 45-60 minit. Itulah sebabnya orang yang makan cukup banyak kurma pada waktu sahur akan menjadi segar dan tahan lapar. Wallahu A'lam Bish showab
0 komentar:
Posting Komentar