Siapa dia Muhammad? Itulah pertanyaan singkat Octhavio kepada bapa saudaranya yang bernama, Luqman Likur. Pertanyaan itu muncul ketika terbangun di siang hari, setelah bermimpi dibangunkan dari tidur.
Kemudian, kisahnya, terdengar suara orang tua, yang mengatakan “Apa yang kamu lihat di atas kuburan kamu itu. Kamu ini suatu masa nanti kalau mati tidak akan masuk syurga. Kerana bukan umat Nabi Muhammad,” kenang dia.
Ia segera menghampiri bapa saudaranya, yang kebetulan seorang Muslim. Bapa saudaranya mengatakan Muhammad adalah pemimpin umat Islam.
Bapa saudaranya lantas mengatakan kepada Thayyib apa yang dimimpikannya merupakan berkah. Namun,bapa saudaranya belum mengatakan bahawa mimpi itu merupakan tanda-tanda hidayah. “Pada masa itu, saya tidak terlalu hiraukan mimpi itu, “ katanya.
Tidak lama kemudian, mimpi itu kembali berrulang. Tepat dua minggu dari masa mimpi yang pertama, pada masa itu hari Jumaat, Thayyib kembali tertidur. Lalu dia kembali bermimpi.
Dalam mimpi itu, ia melihat kumpulan oarang tua berjanggut. Salah seorang dari mereka kemudian mengtuk-getuk pintu rumahnya. “Hei bangun, orang-orang pada solat kamu masih tidur. Ayuh bangun solat,” ungkapnya.
Pada masa Maghrib di hari yang sama, ia membuat keputusan mengejutkan. “Saya mahu masuk Islam,” kata Octhavio. Bapa saudaranya yang terkejut bertanya kepada anak saudaranya itu tentang keseriusannya. Keputusan memeluk Islam, kata bapa saudara, bukan keputusan main-main.
Ia menjawab, urusan memeluk sebuah agama merupakan hal peribadi. Tepat 31 April 2004, dengan disaksikan oleh seorang tua, ia mengucapkan dua kalimat syahadat. Kepada para saksi, ia mengaku dirinya memutuskan memeluk Islam tanpa paksaan. "Wapaupun saya tinggal bersama bapa saudara saya yang Muslim, saya tidak pernah dipaksa beliau untuk memeluk Islam,” kenangnya.
“Pada masa memutuskan memeluk Islam, saya belum tekun mempelajari Islam. Masih banyak perkara yang sepatutnya tidak saya lakukan namun saya langgar,” akui lelaki yang bernama Muslim Muhammad Thayyib Gushah itu.
Berita keislamannya sampai ke telinga ibunya. "Dua tahun saya tidak disapa beliau, tapi saya terus menjelaskan alasan saya memilih Islam," katanya. Ia tetap menghormati ibunya, malah makin menunjukkan rasa hormat dan kasih sayangnya.
Pintu dialog pun terbuka. "Kenapa kau tiba-tiba memperhatikanku," kata ibunya. ”Inilah Islam. Inilah ajaran Islam,” jawab dia. Akhirnya, ibunya menerima keputusan anaknya untuk memeluk Islam. Malah seorang adiknya mengikuti jejak Octhavio memeluk Islam.
Kini ia mendalami agama di Pesantren Annaba Center. “Saya selalu mendapat godaan terutama semasa melihat kaum hawa. Kedua, saya juga mudah tergoda dengan minuman arak dan merokok. Alhamdulilah, sepanjang di Pesantren, saya sudah mengetahui tentang bagaimana menghindari dari larangan oleh Allah,” ujarnya. Dia pun serius mendalami Islam. Sedikit demi sedikit, ia mulai menghafal Al-quran dan rajin solat.
Pada masa depan, Thayyib yang sedang menuntut di Fakulti Sastera Inggeris ini bercita-cita ingin menjadi seorang guru. (republika.co.id)
0 komentar:
Posting Komentar