Tulahan : Dana halal jadi haram


Salam,

http://www.promosipercuma.com/wp-content/uploads/classipress/jom-buat-duit-intern-158759466.jpg
Penulis terpanggil untuk memaparkan semulatulisan penulis bertajuk Duit Orang Duit Aku di sini semasa mula-mula penulis tulis blog. Ramai yang tak baca lagisebab masa tu pengunjung blog ini tak seramai sekarang.

Kenapa penulis paparkan semula? Kerana nakbagi peringatan kepada mereka-mereka yang memegang amanah menjaga wang orangramai tapi diselewengkan untuk kepentingan peribadi.

Ramai yang diamanahkan mengutip danakebajikan, derma orang ramai, wakaf, zakat , sedekah dan lain-lain sumbangan.Sama ada diamanahkan oleh jamaah atau sesuatu organisasi.

Bagi yang berada di bawah jamaah atau organisasi,masalah tidak amanah dapat dibendung kerana jamaah atau organisasi akanmemantau keluar masuk wang.

Pembentangan dibuat semasa mesyuarat. Walaupun, ada juga yang tidak amanah menggunakan wang orang ramai untuk tujuan peribaditapi jumlahnya terlalu kecil.


Namun, jika dana orang ramai untuk anakyatim, orang miskin, sekolah agama, surau, madrasah dan apa sahaja yangberbentuk keagamaan diurus oleh hanya seorang individu.

Maka , percayalah pasti berlakuketidaktelusan dalam pengurusan kewangan milik orang ramai ini. Inilah bezanyajika diuruskan dalam jamaah atau organisasi berbanding diurus seorang diri,

Percayakah kita, dana orang ramai melaluiderma, sedekah, zakat, wakaf ini tidak digunakan untuk kepentingan peribadiindividu yang menguruskannya. Hatta, yang berada dalam jamaah dan organisasipun boleh menyeleweng walau dipantau. Inikan pula, tiada siapa yangmemantaunya.

Percayakah kita, individu ini tidakmenggunakan dana orang ramai untuk peribadi sekiranya beliau berada dalamkesesakan. Hasutan syaitan pasti datang. Akan timbul dalam hati individu inibisikan “ gunalah dana itu nanti gantilah balik, siapa yang tahu”

Bila individu ini menggunakan dana orangramai ini untuk diri sendiri. Maka, beliau termasuk dalam golongan orang tidakamanah. Malah, dana yang dia ambil untuk kegunaan sendiri adalah haram baginya. Inilah dikatakan, 'dana halal jadi haram'

Jika , dana orang ramai ini diberi makananak isteri maka makanan haram jadi darah daging anak dan isteri. Jika ,digunakan untuk kegunaan peribadi lain , tidak berkatlah harta itu.

Tidak ada ketelusan jika guna duit orangramai senyap-senyap walaupun janji dalam hati nak bayar balik. Bayangkanlahmati tak sempat bayar, tak berdosakah?. Takutlah pada Allah.

Lebih teruk lagi jika ada individu yangmemang sudah diniat dalam hati mengutip dana dari orang ramai untuk kegunaansendiri tetapi berselindung di sebalik projek kebajikan, anak yatim, sekolah agamadan madrasah.

Orang ramai yang ikhlas membantu dan tidakmengetahui perkara sebenar akan memberi derma, sedekah , wakaf, zakat untukprojek berkenaan. Sedangkan hakikatnya digunakan untuk kegunaan sendiri. Inilahcara yang mudah untuk dapatkan duit zaman sekarang.

Justeru, orang ramai yang ingin menyumbangboleh memberi sumbangan pastikan dahulu latar belakangnya. Sekiranya, diuruskanoleh jamaah atau organisasi maka yakinlah dana berkenaan akan diberikan kesaluran yang betul kerana ada pemantauan.

Namun, jika diuruskan hanya oleh seorang individusahaja. Dialah Pengerusi, dialah yang jadi Bendahari. Berhati-hatilah , kerana dana yang diberi tiada pemantauan. Beringatlah…..

Wassalam

0 komentar:

Posting Komentar