Ia masih kerap dipanggil dengan nama lahirnya, Elizabeth. Walau kini, ia telah mengganti semua dokumen rasminya menjadi Safia Al-Kasaby, identiti barunya setelah menjadi seorang Muslimah.
Berita dia bertukar agama sempat menuai kontroversi di Amerika Syarikat. Maklumnya, banyak perkara yang tidak berkaitan mengapa kemudian dia membuat pilihan keyakinannya pada Islam.
Tidak berkaitan? Ya. Safia, 43 tahun, adalah keturunan Yahudi dan Puerto Rico. Datuknya adalah korban Holocaust yang kemudian melarikan diri ke Puerto Rico. Mereka bersembunyi di sebuah rumah ibadah.
Dia juga bekas Sarjan pertama dalam Angkatan Udara AS. Malah, Safia kehilangan lapan ahli keluarga – seorang bapa saudara dan tujuh sepupunya – dalam serangan 11 September yang menjadikan Muslim sebagai “tertuduh” pada 2001.
Namun bagi Safia, semua saling berkaitan. Justeru setelah duka Tragedi 11 September, ia mencari pengetahuan tentang Islam. Dalam dirinya tumbuh keyakinan semakin Islam disudutkan di AS, ia merasa adalah yang salah di sana.
“Saya tidak peduli siapa yang melakukannya,” ujarnya. “Saya hanya beri perhatian kenapa Islam tiba-tiba dibenci. Saya tidak pernah membenci Islam, atau membenci Muslim. Bagi saya untuk marah tentang apa yang terjadi pada menara kembar akan menjadi seperti saya membenci semua orang Jerman yang menewaskan orang-orang Yahudi.”
Semakin ia mentelaah buku-buku tentang Islam, semakin ia jatuh hati pada agama yang disebarkan oleh manusia agung, Muhammad SAW. Ia makin gelisah. Akhirnya timbul keberanian, tahun 2005 atau empat tahun setelah tragedi yang merengut keluarganya itu, ia bersyahadat.
Seperti Muslim lainnya, Safia merasa ketegangan di sekelilingnya: tatapan curiga kerana dia mengenakan jilbab atau tudung dan penjaga kedaiyang tiba-tiba meminta identiti tambahan tiap kali ia pergi ke pusat perbelanjaan.
Malah pejabat di Kedutaan Besar AS di Kaherah menolak permintaan awal dari calon suami barunya, seorang lelaki berasal dari Mesir, untuk visa sementara. Safia dianggap mempunyai agenda tersembunyi lain dengan berkahwin dengan lelaki Mesir.
Agama barunya juga telah memperluas jurang antara dia dan keluarganya. Ibunya, tiga saudara perempuan dan salah seorang anak perempuannya, Sylvia, mempersoalkan pilihannya.
Sylvia malah tidak mahu ada hubungannya dengan ibunya. Sylvia memarahi Safia habis-habisan ketika dia muncul di pengkebumian suaminya mengenakan jilbab dan membawa Alquran.
Namun ia beruntung, seorang anaknya yang lain, Natalia, mendukung pilihannya. “Agama yang dipilih mama sungguh cool,” ujarnya.
Gadis 18 tahun ini menghargai transformasi keyakinan Safia. Ia kerap tidak tahan dengan orang-orang yang mengolok-olok Islam atau stereotip Muslim.
“Saya berkata,” Tunggu sebentar. ibu saya seorang Muslim,” ujarnya mengulang kata-katanya semasa belaiu memotong percakapan rakan-rakannya. “Dan dia bukan teroris.”Republica
0 komentar:
Posting Komentar