Tulahan : Nak jadi YB , fikir 1000 kali atau nak jadi YB , tak perlu fikir lagi


Salam, 

http://www.therocket.com.my/en/wp-content/uploads/2011/03/Untitled.jpg

Membaca tulisan Dr. Mariah di sini, penulisrasa simpati kepada mereka yang bernama wakil rakyat terutamanya wakil rakyatPR. Simpati lebih lagi kepada wakil rakyat PR di negeri pemerintahan BN, yangdinafikan peruntukan.

Ada YB yang bergolok bergadai kerana naktunai kehendak rakyat. Ada YB yang hutang keliling pingang kerana nak penuhipermintaan rakyat. 

Beruntunglah YB jika jamaah kawasan banyakmembantu, bantu jaga kebajikan rakyat dan aktif adakan aktiviti bersama rakyat.YB hanya tumpang sampaikan kepada penerima, YB cuma hadir dalam aktiviti yangjamaah kawasan jalankan.

Lebih mantap lagi bila YB pun turut turunpadang cari dana kebajikan untuk rakyat, YB pun turut sama merancang aktivitibersama rakyat.

Malanglah bagi YB jika jamaah kawasan jugabergantung harap kepada YB. Semua YB yang kena, dah la kena tolong rakyat .Jamaah kawasan pun mengharap dana dari YB untuk bergerak.

Lebih malanglah bagi YB yang tak mahubersama jamaah kawasan , dah rasa yakin boleh bergerak sendiri. Tak mahu dikawaljamaah kawasan.  Bila tidak ada yangmengawal, tidak ada yang memantau maka tidak ada yang menegur. 

Tahu sahaja bila dah bergerak sendiri. Danakena cari sendiri, aktiviti kena buat sendiri. Jika terdesak, nak minta tolongjamaah kawasan dah malu. 

Akhirnya, terpaksa berhutang sana sini. Hutang sanabayar hutang sini, hutang sini bayar hutang sana. Diri sendiri yang terpaksatanggung, nak buat macam mana.

Sungguhpun begitu, ramai wakil rakyat  jamaah yang berjaya melepasi ujian iniwalaupun ada yang gagal bertahan. 

Bagaimana nak tahu wakil rakyat jamaah ituberjaya ? bila jamaah masih mahu kekalnya sebagai calon, bila ahli jamaahsayang kepadanya, bila rakyat tidak benci kepadanya. Nak tahu wakil rakyat yangtak berjaya ? sebaliknyalah.

Walaupun , susahnya jadi YB. Masih ramaiyang teringin nak jadi calon, ramai yang berharap terpilih jadi calon. 

Penulis cuma berharap janganlah ada dalamjamaah mereka yang pasang pengikut untuk berkempen supaya terpilih jadi calon.

Jangan ada yang tak terpilih jadi calon sanggupperlekeh calon yang dipilih jamaah. Jangan pula berpakat dengan pengikut samanaik reka cerita bukan-bukan  untukburukkan calon yang dipilih.

Jangan ada yang terasa hati sebab takterpilih jadi calon sehingga lemah semangat nak buat kerja bantu jamaah. 

Sekarang masa untuk berkerja memenangkanjamaah bukan masa melemahkan jamaah, memburukkan calon pilihan jamaah.

Jadi YB memang la popular, dikenali,dihormati. Pi mana-mana ramai yang menyambutnya, ramai yang mengelilingi. Namunkena ingat jadi YB juga besar amanahnya . 

Bagi yang dah teringin dan yang dahterpilih , ingatlah bila kita mati amanah sebagai YB itu akan ditanya Allah.Bersediakah YB dihadapan  Allah jikaamanah tidak ditunaikan. Takutlah dengan azab Allah.

Jadi berfikirlah 1000 kali sebelum nak pasang cita-cita nak jadi YB. Jangankan jadikan keingginan nak jadi YB sebagai matlamat utama sehingga bila tak terpilih jadi lemah semangat , dah tak mahu bekerja untuk jamaah.

Boleh nak jadi YB tapi bukan Yang Berhormat tetapi Yang Bekerja. Bekerja untuk jamaah , bekerja untuk menangkan Islam. Nak jadi YB ini tak perlu fikir lagi, dah jadi kewajipan.

Penulis lebih suka bersama dengan ahli dan pemimpin jamaah Yang Bekerja kerana mereka ikhlas bekerja, berkorban masa , tenaga dan wang ringgit demi menangkan jamaah. 

Jadi pilihlah nak jadi Yang Berhormat atau Yang Bekerja. Jangan pula pilih jadi Yang Bermasalah.

Wassalam

0 komentar:

Posting Komentar